Kemahiran Perkhemahan(kebudayaan)

  • Uploaded by: diyana amalin
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kemahiran Perkhemahan(kebudayaan) as PDF for free.

More details

  • Words: 789
  • Pages: 22
Loading documents preview...
Kemahiran Perkhemahan (Kebudayaan) AIMI ATHIRAH BINTI RUSLAN DAYANG AZIAH BINTI AG AHMAD

Definisi Kebudayaan • Menurut kamus, kebudayaan dimaksudkan sebagai satu cara kehidupan. Kamus Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya • Ralph L. Beals dan Harry Hoijer dalam bukunya An Introduction to Antropology menyatakan konsep kebudayaan ialah mengenalpasti kelakuan yang biasa dipraktikkan, diperolehi melalui pembelajaran oleh sesuatu kumpulan masyarakat

LAGU

LAGU PBSMM (Jom menyanyi!)

Contoh lagu

PERMAINAN Permainan adalah salah satu aktiviti dalam bidang PBSMM. Aktiviti ini dijalankan bagi tujuan menerapkan penguasaan kemahiran, semangat kerjasama, kepekaan dan kepimpinan di samping memberi elemen keseronokan kepada ahli. Berikut adalah beberapa contoh permainan dalam aktiviti PBSMM:

Permainan Dalam / Kelas 1.Lakonan Bisu • Alatan: kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu gerakerja yang perlu dilakukan oleh ahli PBSMM) • Satu patrol menghantar seorang wakil dan dia dikehendaki mencabut satu kertas. Setelah membaca kandungannya, dia hendaklah beraksi di hadapan patrolnya dan mereka cuba meneka lakonan yang dipamerkan.

2.Permainan Ingat Deria Lihat • Alatan: pensil, paku, pemadam, duit syiling, pin, mancis, pen, kertas, batu, pisau dll. (sediakan lebih kurang 30 jenis). • Sediakan dua set alatan. Letakkan alatan pada set pertama untuk menjadi set kawalan. Objek tersebut diletakkan di atas meja dan tutup dengan kain atau kertas surat khabar. Setiap patrol diberi masa 3 minit untuk memerhati objek-objek yang diberi (masa boleh disesuaikan) dan bila sampai masa, setiap ahli patrol akan mengingat dan menyusun alat-alat yang terdapat di atas meja set kawalan tersebut menggunakan alatan set yang kedua.

Deria Sentuh • Alatan: pensil, pen, pemadam, lencana, paku, skrew, batu kecil, botol, duit syiling, kotal mancis, penutup botol, getah bulat dll. • Objek-objek tersebut dimasukkan ke dalam karung /beg/kotak. Tutup mata setiap ahli dan semua diberi masa 1 minit untuk menyentuh objek- objek. • Setelah semua ahli dalam patrol tersebut menyentuhnya, mereka dikehendaki berbincang dan ketua menulis senarai nama objekobjek tersebut.

Deria Dengar • Alatan: Pita rakaman (pelbagai bunyi misalnya, bunyi enjin, air dibuka, kayu patah, membuka penutup, laci, pintu, mengheret kerusi, menggoncang dan lain-lain.) • Jika tidak menggunakan pita rakaman, ahli PBSMM boleh membuat bunyi-bunyian. • Mainkan pita rakaman untuk didengari oleh ahli PBSMM. Selepas semua bunyi itu dimainkan, mereka boleh berbincang dan menyenaraikan bunyi-bunyian yang telah didengarinya tadi.

Deria Hidu • Alatan: Minyak wangi, minyak angin, halia, cuka, kopi, bawang, ubat gigi, minyak rambut dan sebagainya. • Ahli PBSMM dikehendaki menutup matanya dan menghidu objek-objek itu bergilir-gilir. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menulis jawapannya.

Deria Rasa • Alatan: Kunyit, garam, gula, lada, bunga cengkih, cili dsb. • Ahli PBSMM dikehendaki merasa dengan lidah bahan-bahan/serbuk yang disediakan itu bergilir-gilir. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menuliskan jawapannya.

3.Ilmu PBSMM • Sediakan beberapa soalan mengenai Pengetahuan Am PBSMM. Misalnya, sejarah PBSMM, simpulan dan ikatan dll. Kemudian sorokkan soalan-soalan tadi. • Setiap ahli diminta untuk mencari soalan-soalan yang disorokkan tadi dan menjawab soalan yang dijumpai. Kumpulan yang berjaya menjawab soalan yang paling banyak dikira sebagai pemenang.

4.Harta Tersembunyi • Ahli PBSMM disuruh keluar mencari beberapa objek/benda yang telah ditentukan oleh pemimpin seperti daun, rumpu t-rampai, buah-buahan dll. Pemimpin akan memberi ciri-ciri benda yang perlu dicari. • Setiap ahli akan mencari benda yang tersembunyi itu mengikut ciri-ciri yang dinyatakan. • Pasukan yang pertama dapat menyerahkan tugasan kepada pemimpin dianggap pemenang.

5.Ibu Ayam • Seorang ahli PBSMM menjadi “helang” dan pemimpin /ketua patrol menjadi `ibu ayam’. Ahli PBSMM dibahagikan kepada beberapa patrol. Setiap patrol memilih nama seekor burung. Ibu ayam akan melaungkan nama sesuatu patrol (ikut nama burung yang telah dipilih) bergilir-gilir. • Apabila anak burung (patrol itu) berlari ke arah `ibu ayam’, `helang’ akan cuba menangkapnya. `Ibu ayam’ hendaklah berdiri di tengah-tengah kawasan yang ditandakan, patrol-patrol burung ditempatkan pada jarak yang sama jauh dari `ibu ayam’.

6.Lumba Lari Keldai Berganti-ganti • Dua garisan A dan B ditandakan pada jarak 10 meter. Patrol-patrol dibahagikan dua kumpulan: satu kumpulan berdiri di belakang garisan A dan B. Bila isyarat`mula’ diberikan, peserta pertama merangkak songsang (ke belakang) kearah peserta kedua pasukannya yang berada di belakang garisan B. Peserta kedua mula merangkak songsang apabila sahaja peserta pertama melintasi garisan B. Begitulah seterusnya bertukar ganti.

7.Tinju Sebelah Tangan/ Tampar Beruk • Setiap pasangan memegang pergelangan tangan kiri atau tangan kanan lawan masingmasing. Tujuannya ialah cuba mencuit (menyentuh) muka lawannya. Lawannya cuba seberapa yang boleh mengelakkan dirinya supaya mukanya tidak disentuh.

8.Gusti Lengan • Tiap-tiap pasangan menggenggam tapak tangan lawan dengan setiap siku berkedudukan selari dan sebelah tangan lagi memegang tangan lawan yang berkedudukan bersilang di bawah tangan yang akan bergusti. • Pasangan perlulah menumbangkan tangan lawan sehingga rebah.

Malam kebudayaan

Seloka/ Dikir Barat

Sketsa Tanpa Suara

Lakonan Bertemakan Perkhemah an

Tarian

MALAM KEBUDAYAAN

Nyanyian Kumpula n

Sketsa Watak

Sketsa Pantun

Sketsa Cerita Rakyat

Talent Time

Rujukan • https://www.vbook.pub.com/doc/35449609/Cont oh-Permainan-Aktiviti-BSMM • http://BSMMkanakkanaknt.blogspot.my/p/bl og-page_5813.html • https://www.vbook.pub.com/doc/283578788/Tem a-Malam-Kebudayaan-Perkhemahan • http://pbsmmrsmkk.blogspot.my/2012/05/bulan-sabitmerah-di-malaysia-giat.html

Related Documents


More Documents from "yusri_mym88"