Perjanjian Versailles

  • Uploaded by: SyiQah Sapian
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perjanjian Versailles as PDF for free.

More details

  • Words: 6,140
  • Pages: 20
Loading documents preview...
PENDAHULUAN Dalam memperkatakan mengenai Perjanjian Versailles, satu perkara yang perlu dan akan diperkatakan di sini adalah berkenaan kesan termeterainya perjanjian ini sendiri kepada negaranegara Asia Timur. Melihat kepada perkara ini, setelah Jerman dan negara pengikutnya menyerah kepada tentera bersekutu pada November 1918, negara-negara yang memenangi peperangan ini telah mula melakukan satu persidangan di Paris pada 28 Jun 1919 di mana persidangan ini dihadiri oleh 70 delegasi yang mewakili 27 negara pemenang.1 Daripada kenyataan di atas, peperangan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada perang Dunia Pertama yang berlaku antara tahun 1914-1918 dan tujuan persidangan ini pula diadakan adalah bertujuan sebagai penanda aras berakhirnya peperangan yang sekaligus menyaksikan pula bermulanya kedamaian di antara negara-negara yang terlibat sehingga termeterainya Perjanjian Versailles. Oleh kerana itulah perjanjian ini juga dikenali juga sebagai perjanjian damai. Namun, persoalan pokoknya di sini, betulkah kedamaian yang diuar-uarkan melalui Perjanjian Versailles ini benar-benar terjadi? benarkah perjanjian yang termeterai ini telah sedikit sebanyak meningkalkan kesan kepada negara yang secara langsung terlibat di dalam syarat perjanjian ini. Semua persoalan ini akan dijawab dan dirungkai satu persatu kemudian.

PENGLIBATAN CHINA DAN JEPUN DALAM PERANG DUNIA PERTAMA 1914-1918 Perang Dunia Pertama yang berlaku pada Ogos 19142 hingga tahun 1918 telah menunjukkan keterlibatan Jepun dan China dalam perang tersebut. Perkara yang menyebabkan China dan Jepun terlibat sama dalam perang Dunia Pertama ialah Pemberontakan Tonghak yang berlaku di Korea. Setelah China dikalahkan, China telah menandatangani Perjanjian Shimonoseki.Taiwan telah

diserahkan

kepada

Jepun

termasuk

kepulauan

Pescadores

dan

Semenanjung

Liaotung.Walau bagaimanapun, Semenanjung Liaotung dikembalikan kepada China selepas menerima bantahan dari Jerman, Rusia dan Perancis. Maharaja

Korea telah meminta

bantuandari China untuk menghancurkan pemberontakan Tonghak dan China telah menghantar 3000 tentera ke Korea manakala Jepun menghantar 8000 tentera. Warganegara Jepun di Korea 1

Nana Supriatna, Mamat Ruhimat dan Kosim. (2006). Ilmu Pengetahuan Sosial (Geografi, Sejarah, Sosiologi, Ekonom). Indonesia:Grafindo Media Pratama. Hlm 20. 2 W. Scott Morton. (2006). Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 188.

1|PERJANJIAN VERSAILLES

mendesak Jepun dan China melakukan reformasi di Korea bagi memulihkan keadaan.China menolak cadangan itu dengan alasan Korea adalah negara naungannya dan menganggap Jepun tidak berhak ke atas Korea. Maharaja Korea enggan mengiktiraf kekuasaan Jepun ke atas negaranya.Tentera Jepun menangkap beberapa anggota keluarga diraja Korea dan melantik seorang raja boneka.3 Maharaja yang didalangi oleh Jepun itu menghantar surat perintah kepada China bahawa hubungan Korea dan China terputus serta baginda juga telah meminta tentera Jepun untuk mengusir tentera China dari Korea. Perang Dunia Pertama yang berlaku telah memperlihatkan Jepun, Amerika Syarikat, Itali, Perancis dan Britain telah bergabung untuk melawan Jerman.Walaupun Jepun merupakan sebuah negara Asia yang kecil, namun kejayaannya telah menaikkan prestij dan maruahnya di mata dunia. Jepun sebenarnya mempunyai kepentingan yang lain di China iaitu bukan tertumpu dalam aspek ekonomi dan pasaran semata-mata, malah dari aspek kestabilan politik juga. Pada tahun 1914, setelah Jepun berjaya menawan Jerman di Tsingtau, Jepun telah bertapak di Shantung dan Manchuria. Tsingtau telah dikepong selama lebih kurang lima minggu. Jepun telah memasuki Perang Dunia Pertama dua minggu setelah meletusnya perang tersebut, dan seterusnya dalam masa tiga minggu sahaja telah berjaya merampas hak-hak serta kepentingan Jerman di Shantung.4Manakala duta British di Tokyo pula telah meminta Jepun untuk memberi bantuan untuk mengusir kapal-kapal Jerman dari China dan Pasifik Utara.Perkara ini sebenarnya telah memberi kekalahan kepada Jerman.Jepun sebenarnya adalah sebuah negara yang pintar.Jepun telah melihat peluang yang ada untuk membolehkannya bertindak dengan lebih berleluasa dengan mengisytiharkan permusuhannya dengan Jerman.Melalui perkara ini, Jepun telah menggunakan kesempatan ini dan bertindak terhadap kepentingan-kepentingan wilayah yang berada di bawah penguasaan Jerman yang ada di Timur Jauh khususnya Shantung. Kekuatan ketenteraan Jerman yang lemah telah memudahkan penguasaan Jepun di kawasan tersebut. Setelah menguasai Manchuria, Rusia telah membantu China untuk menyingkirkan Jepun daripada Manchuria.

3 4

Marjorie Dryburgh. (2000). North China and Japanese Expansion 1933-1937. Surrey: Curzon Press. Hlm. 63. W. Scott Morton. (2006). Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 188.

2|PERJANJIAN VERSAILLES

Jepun yang telah keluar dari Manchuria telah bertahan di Korea.Perkara ini telah menimbulkan kebimbangan kepada Russia kerana telah mendapat Semenanjung Liaotung.Rusia sudah mula mahu bergerak untuk mencampuri hal ehwal dalam negeri Korea.Demi kesejahteraan Jepun sendiri, adalah perlu baginya untuk mempunyai jiran yang stabil keadaannya dan lebih kukuh sekiranya berjaya menanam pengaruh atau kuasanya di situ. Setelah berjaya menawan Jerman di Tsingtau, Jepun telah bertapak di Shantung dan Manchuria. Tsingtau telah dikepong selama lebih kurang lima minggu. Satu pasukan tentera British yang kecil telah mengambil bahagian dalam gerakan tersebut. Dalam pertempuran ini, Jepun buat pertama kalinya telah menggunakan kekuatan tentera udara.5 Pengenalan dasar Terauchi terhadap China ialah mencuba menguasai negeri itu dengan rasuah dan bukan dengan ancaman. China seterusnya telah dipancing untuk memberikan pinjaman seterusnya berlakulah peristiwa yang mengubah perjalanan Perang Dunia Pertama. Yuan Shih-kai bertindak membelakangi kepentingan negara apabila membuat permohonan pinjaman sebanyak 25 juta daripada kerajaan asing tanpa pengetahuan parlimen.6 Jepun telah mengambil kesempatan di atas kematian Yuan Shih Kai dalam Jun 1916 secara mengejut7 lantas menghantar seorang wakil ke Peking. Jepun seterusnya telah memperluaskan kuasanya di kawasan Asia Timur dan mengukuhkan kuasa mereka. Pengukuhan kuasa bagi Jepun adalah penting sebagai sumber ekonomi kepada negara.Jepun sebenarnya ingin membalas dendam kepada negara Jerman kerana Jerman pernah terlibat secara langsung dalam perang China - Jepun yang telah menyebabkan Jepun terpaksa menyerahkan Semenanjung Liaotung kepada negara China sebelum ini. PERJANJIAN VERSAILLES (PERSETIAAN DAMAI. (1917-1919)) Persetiaan Damai Versailles atau Perjanjian Versailles ini telah ditandatangani pada 18 Januari 1919 di Istana Versailles, Paris Perancis dihadiri oleh wakil dari 27 buah negara dengan dipimpin oleh Perdana Menteri Perancis waktu itu iaitu George Clemenceau 8. Secara umumnya, Perjanjian Versailles ini dilihat sebagai satu perjanjian damai yang telah dibuat selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama dan menunjukkan bahawa kekalahan telah berlaku pada 5

W. Scott Morton. (2006). Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 188. Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 106. 7 Ibid. Hlm.108. 8 Maswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd. Hlm 205. 6

3|PERJANJIAN VERSAILLES

pihak Jerman. Perjanjian Versailles ini secara tidak langsung membuat Jepun berasa sangat selesa kerana bagi Jepun, dengan termeterainya perjanjian ini, maka secara automatiknya pihak Barat seperti Amerika Syarikat turut mengiktiraf perkara 21 tuntutan yang telah dibuat oleh Jepun terhadap negara China. Dalam Tuntutan 21 ini terkandung lima bahagian yang dilihat menekankan kepentingan Jepun di China yang merangkumi wilayah Shantung, mengenai Manchuria Selatan dan Pendalaman Mongolia Timur, mengenai masa hadapan Kilang Besi Sino Jepun, Han Yeh Ping di Lembah Yangtze, dan juga menuntut China untuk mengambil kakitangan Jepun sebagai penasihat tentera dan beberapa hal lain lagi yang dilihat memberi kepentingan kepada Jepun.9 Perjanjian ini menuntut kuasa-kuasa besar Barat untuk menghormati pemilikan wilayah oleh pihak China secara jujur dan pada masa yang sama mengambil tahu tentang pemilikan wilayah oleh pihak Jepun yang telah memberikan faedah khas kepada benua Asia.10 Antara lain yang tertulis dalam perjanjian tersebut ialah seperti Kerajaan Amerika Syarikat mengiktiraf bahawa kerajaan Jepun mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu di China terutama di kawasan haknya yang kukuh.11 Selain itu, kerajaan Amerika Syarikat juga mempunyai keyakinan yang penuh terhadap jaminan dari Kerajaan Diraja Jepun bahawa ia akan tetap dengan pendiriannya terhadap prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Dasar Buka Pintu ataupun peluang-peluang yang sama terhadap perdagangan dan perindustrian di China.12 Di sini, jelas dapat dilihat bahawa sebelum berakhirnya perang dunia pertama lagi, hubungan Jepun dengan Barat itu sememangnya sudah mula dijalinkan. Presiden Wilson tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut kerana baginya, ia akan memberi satu tamparan yang hebat kepada negara China itu sendiri. Bagi pihak Jepun pula, perjanjian tersebut dilihat menguntungkan kerana ia seperti menunjukkan bahawa Amerika Syarikat seolah-olah mengakui hak keistimewaan Jepun di China dan pada masa yang sama Jepun boleh memanfaatkan perjanjian tersebut untuk memburukkan Amerika Syarikat di China. Dengan termeterainya Perjanjian Versailles ini mengukuhkan lagi kedudukan Jepun semakin diiktiraf oleh kuasa Barat. Pada dasarnya, tindakan pihak Britain untuk menarik Jepun menyertai 9

Joginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 191-193. W. Scott Morton. (2006) Jepun : Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur : Universiti Malaya Hlm. 189 11 Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 201 12 Ibid. 10

4|PERJANJIAN VERSAILLES

Perang Dunia Pertama adalah untuk melemahkan konsesi Jerman di China. Britain nampaknya tidak mahu bersaing dengan Jerman di kawasan Asia. Manakala Jepun pula melihat keadan itu sebagai satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan. Dalam Perjanjian Versailles ini, wakil Jepun iaitu Baron Makino Nobuki dan Viscount Chinda Sutemi telah menguatkan tuntutan mereka.Antara tuntutan yang dibuat ialah seperti tuntutan untuk memberi hak kepada Jepun untuk mengambil alih pulau-pulau bekas kepunyaan Jerman di Lautan Pasifik Utara seperti Marianas, Carolines dan Marshalls yang terletak di bahagian Utara Garisan Khatulistiwa. Jepun mendapat hak kerana kemenangan pihak Bersekutu dalam Perang Dunia pertama ini yang memaksa Jerman menyerahkan daerah jajahannya kepada Jepun. Selain itu, pihak Jepun juga menuntut supaya kuasa-kuasa Barat ini membuat perakuan kepada tuntutan Jepun ke atas bekas-bekas hak dan kepentingan Jerman di wilayah Shantung sebelum itu. Sehubungan itu juga, Jepun turut menuntut untuk mendapatkan pengakuan bagi persamaan taraf dalam kalangan bangsa-bangsa sebagai prinsip asas bagi persatuan bangsa-bangsa.13 Pada masa ini, Presiden Wilson sekali lagi tidak bersetuju dengan tuntutan yang dibuat oleh Jepun dalam perjanjian Versailles ini terutamanya mengenai hak persamaan hak dan bangsa.. Akhirnya, melalui Perjanjian Versailles ini, pada bahagian IV termaktub bahawa Kepulauan Marshall dan Shantung telah diserahkan kepada Jepun.14Amerika Syarikat menyedari bahawa terlalu banyak keistimewaan diperolehi Jepun menerusi Perjanjian Versailles ini juga tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana Jepun sudah mengatur strateginya dengan mengikat kuasa Barat melalui perjanjian sulit yang sudah ditandatangani. Namun begitu, Perjanjian ini tidak ditandatangani oleh pihak China kerana wakil dari China iaitu C.T Wang dan Wellington Koo kerana telah mendapat ugutan daripada rakyat

China supaya tidak menandatangani

perjanjian tersebut untuk menyelamatkan Shantung daripada jatuh ke tangan Jepun. Jepun turut dilihat telah berjaya mengekalkan mandat Liga Bangsa-Bangsa terhadap Kepulauan Pasifik Jerman yang silam dan mengingatkan hak-hak khasnya di Shantung.15 Walau bagaimanapun, pihak Jepun gagal untuk memberikan jaminan terhadap „Fasal Kesaksamaan 13

Maswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd. Hlm 205. 14 Ibid. 15 W. Scott Morton. (2006) Jepun : Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Hlm. 190

5|PERJANJIAN VERSAILLES

Bangsa‟ yang terkandung dalam perjanjian Liga Bangsa-Bangsa, berhutang dengan pihak pembangkang, kepada pendatang-pendatang asing yang bukan berkulit putih ke Australia dan California. Perjanjian Versailles atau Persetiaan Damai Versailles ini juga memperlihatkan mengenai Jepun telah membantah kemasukan klausa tentang „persamaan ras‟, tetapi ini telah disekat oleh Amerika Syarikat dan Britain. Hal ini demikian kerana terdapatnya tentangan yang kuat di Amerika, Canada, dan juga Australia berkaitan dengan imigrasi golongan Oriental. 16 Di sini, jelas dapat dilihat bahawa Jepun sememangnya sudah pun mewujudkan hubungan dengan pihak Barat sebelum Perang Dunia Pertama itu tamat dengan kuasa dominan waktu itu seperti Jerman, Britain dan juga Amerika Syarikat. Hal ini terus terjalin dengan selangkah ke hadapan lagi apabila Jepun itu sendiri dilihat seolah-olah mempunyai hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa Barat ini sehinggalah membawa kepada termeterainya Perjanjian Versailles ini selepas tamatnya Perang Dunia Pertama itu. KESAN PERJANJIAN VERSAILLES KEPADA JEPUN Untuk menilai signifikan Perjanjian Versailles kepada Jepun, kita perlu melihat keinginan negara matahari terbit itu untuk mendapatkan wilayah-wilayah penting di China iaitu Shantung dan juga kawasan Lautan Pasifik sebelum perjanjian itu ditandatangani pada 28 Jun 1919.Seperti yang diketahui, kawasan atau wilayah-wilayah penting ini pada asalnya merupakan kawasan jajahan Jerman.Ketika berlakunya Perang Dunia Pertama, Jepun mendapat peluang untuk mengambil alih wilayah-wilayah tersebut dari Jerman apabila pihak British meminta bantuan perlindungan lalu lintas di perairan Lautan Pasifik. Akhirnya pada 7 Oktober 1914, Jepun berjaya mengusir tentera Jerman daripada Shantung dan menakluki pulau-pulau kepunyaan Jermaniaitu Marianas, Carolinesdan Marshalls menjelang awal tahun 1915.17 Selepas memeterai Perjanjian Versailles pada tahun 1919 bersama-sama dengan negara Perikatan yang lain, Jepun telah berjayamendapatkanwilayahShandungdanmenguasaiseluruh kepentingan Jerman di China seperti Tsingtao dan juga menakluki kepulauan Jerman di Pasifik Utara iaitu Marianas, Carolines, dan Marshalls setelah menerima mandat daripada kuasa-kuasa Eropah hasil perjanjian tersebut.18Kepulauan-kepulauan yang telah jatuh di tangan Jepun ini 16

Edwin O. Reischauer. (2006). Jepun : Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 121. M. Rajendran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arena buku Sdn Bhd. Hlm 122-123. 18 Edwin O. Reischauer. (2006). Jepun : Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 120. 17

6|PERJANJIAN VERSAILLES

telah diberikan mandat kelas C oleh Mandat Bangsa-Bangsa Bersatu yang bermaksud Jepun tidak dibenarkan membina benteng pertahanan tentera di pulau-pulau itu.Walaupun begitu, Jepun telah berjaya mencapai objektif-objektifnya untuk menjamin kedudukannya di Shantung dan juga menguasai hak milik Jerman di Lautan Pasifik.19Ini juga bermakna bahawa Jepun telah diiktiraf sebagai satu kuasa besar kerana mendapat mandat dari kuasa Eropah untuk mentadbir wilayah Shantung dan kepulauan-kepulauan di Lautan Pasifik setanding dengan kuasa besar Eropah lain seperti Perancis dan British walaupun berbeza mandat dan had kuasanya. Di bawah kuasa Jepun, pulau-pulau ini yang mempunyai kebudayaan, ekonomi dan pembangunan politik yang lemah, telah ditadbir secara langsung oleh badan pentadbiran yang dikenalisebagaiNanyo yang memegangtampuk pemerintahan terhadap sistem domestik yang sah dan memberikan hak pentadbiran kepada orang awam pada tahun 1922.Walaupun begitu Jepun telah mengelak untuk melaporkan perkembangan dan pembangunan yang dilakukan di kawasan tersebut pada waktu-waktu yang ditetapkan.Kawasan-kawasan kepulauan ini telah menjadi tempat untuk penduduk Jepun terutamanya di kawasan Okinawa melakukan migrasi berikutan tekanan ekonomi Jepun ketika mendapat memegang mandat tersebut. Walau apa pun cita-cita Jepun terhadap pemikiran pentadbiran dan kemanusiaan, sukar untuk menolak bahawa sebenarnya mandat tersebut telah digunakan oleh Jepun mengikut acuan sendiri berdasarkan kepentingannya.20 Jepun telah menguasai hampir keseluruhan aktiviti ekonomi di kawasan kepulauan tersebut.Syarikat perdagangan Jepun yang mendapat sokongan daripada kerajaannya telah mengetuai pembangunan perdaganganhasil-hasil tempatan seperti gula yang merupakan barang komoditi yang mendapat permintaan tinggi dari golongan atasan Jepun.Selain daripada mengaut keuntungan hasil bahan mentah di kawasan kepulauan ini, Jepun juga mengeksploitasi hasil-hasil galian seperti fosfat oleh syarikat perlombongan Jepun untuk kepentingan negara tersebut. 21Jelas ini menunjukkan bahawa walaupun Jepun mengalami masalah ekonomi dari segi dalamannya namun usaha untuk mengembalikan semula kestabilan ekonomi tersebut telah pun dilakukan

19

M. Rajendran.. (1988). Sejarah Jepun.Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn Bhd. Hlm 128. Michael A. Schneider. (1985). League of Nations, Mandate. Dalam Louis G. Perez (Ed.), Japan at War: An Encyclopedia. (hlm 204). California: ABC-CLIO. 21 Ibid. Hlm 205. 20

7|PERJANJIAN VERSAILLES

hasil daripada mandat yang diberikan oleh pihak Bangsa-Bangsa Bersatu di kawasan-kawasan yang menjadi hak Jepun. Namun begitu, penyerahan Shantung kepada Jepun sebenarnya juga telah melemahkan ekonomi Jepun di China.Ini disebabkan oleh bantahan rakyat China terhadap penyerahan tersebut selepas sebelum ini kawasan tersebut menjadi jajahan Jerman. Mereka mengecam pemimpin pada ketika itu sebagai pengecut dan juga mengutuk Jepun dengan hebatnya dan menuduh Jepun telah cuba mengaburi mata pemimpin mereka. Oleh itu, pada 7 Mei 1919 pemboikotan terhadap semua jenis barang Jepun serta perkara-perkara yang berunsur Jepun telah dimulakan di Shanghai.Tindakan protes ini akhirnya telah merebak dengan meluas ke seluruh negara.Gerakan-gerakan menentang dan memulaukan unsur-unsur Jepun ini mendapat sambutan di kalangan pelajar-pelajar. Ekoran dari itu, pihak Jepun telah bersetuju untuk mengadakan rundingan dengan China berkaitan hasrat mereka untuk menyerahkansemulawilayahKiaochow.Namun hasrat itu telah ditolak disebabkan China hanya mahukan Jepun keluar dari Shantung secara aman menyebabkan rundingan-rundingan yang dirancang selepas itu menemui jalan buntu dan hubungan antara kedua buah negara ini semakin runcing.22 Keadaan ini berterusan sehinggalah berlaku Perjanjian China-Jepun pada 4 Februari 1922 apabila Jepun bersetuju untuk menyerahkan semula Shantung kepada China dengan mengenakan beberapa syarat iaitu pengiktirafan terhadap hak-hak ekonomi Jepun di Shantung dan pemberian kuasa ke atas landasan kereta api Tainan-Tsingtao selama 15 tahun.23 Hasil daripada Perjanjian Versailles juga, Jepun telah dilihat sebagai sebuah kuasa baru yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang kuat terutamanya dari segi pasukan angkatan tentera

laut

mereka.Amerika

Syarikat

yang

sebelum

ini

merupakan

pihak

yang

bertanggungjawab dalam merangka Perjanjian Versailles telah melihat Jepun sebagai ancaman utama kepada kedudukannya di rantau Pasifik dan Persidangan Washington merupakan satu perjumpaan dan perbincangan yang menyaksikan tiga buah kuasa besar ketika itu iaitu Britain, Amerika Syarikat dan Jepun bersetuju untuk melakukan gencatan senjata.

24

Dalam persidangan

22

Joginder Singh Jessy. (1978). Sejarah China dan Jepun. Anthonian Store: Kuala Lumpur. Hlm 236. M. Rajendran. (1988). Sejarah Jepun.Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn Bhd. Hlm 136. 24 Ibid. Hlm 130. 23

8|PERJANJIAN VERSAILLES

ini, 3 perkara penting telah menjadi topik perbincangan iaitu mencari penyelesaian kepada persaingan peningkatan kedudukan tentera laut di antara ketiga-tiga kuasa tersebut dan keperluan untuk menggantikan Perikatan Inggeris-Jepun, serta isu Shantung. Isu Shantung bukanlah satu isu

yang menjadi perhatian Amerika Syarikat

terutamanya.Paling utama yang membawa kepada persidangan ini adalah kerana inginkan pengukuhan terhadap kuasa tentera laut mereka. Jepun pada ketika itu yang menjadi salah sebuah kuasa tentera laut yang unggul kerana mempunyai kapal-kapal perang yang paling mahal dan paling besar di duniasepertiNagatodanMutsu. Perundingan yang berlarutan beberapa selama beberapa bulan memperlihatkan pengurangan kekuatan tentera laut serta-merta di kalangan kuasa-kuasa besar yang terlibat termasuklah mengurangkan pembinaan kapal pejuang dan juga memberhentikan pembinaan kapal-kapal perang.Perundingan tersebut akhirnya mencapai kemuncakapabilaisumenghadkankekuatandankehadiran tentera dibangkitkan.25 Pada mulanya perwakilan Jepun telah menuntut untuk mendapatkan kadar nisbah 10:10:7 tetapi telah ditolak oleh Britain dan Amerika Syarikat. Sebagai jalan penyelesaian, Jepun menerima cadangan pengimbangan nisbah 5:5:3 sekiranya Amerika Syarikat, Britain dan Jepun bersetuju untuk mengekalkan status quo di kawasan Pasifik dengan tidak mengukuhkan atau membina kekuatan tentera mereka di kawasan tersebut.26 Perjanjian ini yang dikenali sebagai Perjanjian Laut telah ditandatangani pada 5 Februari 1922 yang berkuat kuasa sehingga 31 Disember 1936 dan ini telah memberi Jepun pegangan yang kuat terhadap jalan masuk ke pantai China serta mempertingkatkan keselamatan Jepun kerana Britain dan Amerika tidak akan mendirikan pangkalan pertahanan berhampiran negara Jepun. KESAN PERJANJIAN VERSAILLES KEPADA CHINA Sebelum peperangan dunia pertama tamat, pihak Jepun telah meneruskan usaha-usaha untuk mendapatkan Shantung. Salah satu langkah yang diambil oleh pihak Jepun ialah dengan membuat perjanjian sulit dengan dengan negara-negara Barat untuk mendapatkan sokongan mereka. Perjanjian-perjanjian telah ditandatangani antara bulan Februari dan Mac 1917 dengan

25 26

Richard Storry. (1967). Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 151. Ibid. Hlm 152.

9|PERJANJIAN VERSAILLES

Rusia, Britain, Perancis dan Itali.27 Sebelum itu, pada 18 Januari 1915, Jepun telah menekan negara China dengan membuat Dua Puluh Satu Tuntutan ke atas Negara China. Kesibukan kuasa-kuasa Barat di Eropah memberi jalan yang luas kepada Jepun dengan memaksa negara China menerima tuntutan mereka. Antara tuntutan Jepun ialah mengiktiraf kedudukan Jepun di Shantung, kedudukan istimewa Jepun di Manchuria dan Mongolia, usaha sama Jepun dan China dalam pembuatan keluli, meminta China agar tidak menyerahkan mana-mana kawasan perairan China kepada kuasa ketiga dan kekuasaan Jepun dalam mengawal beberapa pentadbiran tempatan penting di China. 28 Setelah berlangsungnya perjanjian sulit tersebut maka terbentuklah perjanjian Versailles yang telah memutuskan bahawa semua hak Jerman di Shantung akan diserahkan kepada Jepun.manakala kepulauan Carolina, Marshall dan Mariana akan ditadbir oleh Jepun sebagai wilayah mandat Liga Bangsa-bangsa. Perjanjian Versailles seolah-olah memberi pengiktirafan kepada Jepun untuk menjadi kuasa imperialisme baru di Asia Timur. Manakala bantahan China terhadap perjanjian tersebut tidak dilayan oleh kuasa-kuasa Barat. Malah, tuntutan Jepun dipersetujui oleh kuasa-kuasa Barat.29 Sungguhpun perundingan telah mencapai persetujuan, namun masih terdapat beberapa kekeliruan. Presiden Wilson tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut kerana ianya merupakan tamparan yang hebat kepada negeri China dan juga kepentingan Amerika Syarikat di negeri itu. Kesan daripada itu, telah berlakunya ketidakpuasan hati dalam kalangan pemerintah China mahupun dalam kalangan masyrakat China itu sendiri. Perjanjian Versailles telah memberikan kesan buruk kepada negara China. Oleh hal yang demikian, selepas perjanjian Versailles ini ditandatangani, pada 4 Mei 1919, kira-kira 5000 orang pelajar di Peking telah berhimpun di dataran Tiananmen. Mereka melaungkan slogan “Pelihara Kedaulatan China”. “Hukum Pengkhianat” dan “Jangan Tandatangani Perjanjian”. Pembelot yang dimaksudkan dalam perjanjian ini ialah Tsao Ju Lin, Chang Tsung –hsiang dan Lu Zongyu. Tiga tokoh ini dianggap orang yang bertanggungjawab membuat perjanjian rahsia dengan Jepun untuk menyerahkan Shantung.30 Sebelum tercetusnya peristiwa demonstrasi 27

Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd. Hlm. 203. 28 Abdullah ZakariaGhazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros & Suffian Mansor (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Hlm 408. 29 Ibid. 30 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: PenerbitUniversiti Malaya. Hlm 118.

10 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S

tersebut, penduduk Shantung telah mengadakan bantahan dan mengadakan rapat umum mendesak Shantung dikembalikan kepada China. Akibatnya, beberapa pemipin pelajar ditangkap oleh pihak kerajaan. Namun demikian, api kemarahan pelajar itu tidak luntur apabila mereka mendesak Presiden China membebaskan pelajar yang ditahan. Di Tientsin, para pelajar mengadakan perhimpunan di Universiti Nankai. Gerakan ini bukan tertumpu di utara China sahaja, tetapi mulai tersebar luas ke seluruh China. Mereka menjalankan aktiviti–aktiviti menyelamatkan kedaulatan China dengan menubuhkan persatuan patriotik dan menerbitkan telegram anti-perjanjian tersebut. Mereka juga mengirim telegram ke seluruh negara dan kepada perwakilan China di Paris yang menuntut membatalkan perjanjian rahsia China-Jepun dan melindungi kedaulatan China. Liang Ch‟i-chao pula menerbitkan artikel “A Diplomatic Warning To Nation” dalam Morning News di Beijing. Apabila kerajaan tidak mengendahkan tuntutan mereka, golongan pelajar mula bergerak ke rumah bekas menteri China ke Jepun iaitu Tsao Ju Lin. Pelajar memusnahkan rumahnya tetapi Tsao Ju Lin berjaya menyelamatkan diri.31 Gerakan ini mulai meresap ke seluruh lapisan penduduk China. Ia turut mempengaruhi golongan pekerja kilang, pekerja pejabat dan pekedai. Golongan ini bergandingbahu dengan golongan pelajar membantah perjanjian tersebut. Para pekerja kilang mengadakan rapat umum dan mogok sebagai tanda bantahan. Manakala pekedai pula mengadakan usaha memulaukan barangan Jepun dan menutup kedai-kedai mereka. Di Tientsin kebanyakan kedai dan bank kepunyaan China telah ditutup untuk menekan kerajaan China supaya menerima tuntutan pelajar China. Kempen pemulauan ke atas barangan Jepun dikembangkan lagi dengan usaha memulau perkhidmatan orang Jepun seperti penggunaan bank dan iklan serta menolak wang Jepun. Sebaliknya, mereka mendesak supaya menyokong barangan industri tempatan. Oleh itu, semua perkara berkaitan Jepun menjadi mangsa. Hampir setiap hari, barangan buatan Jepun dibakar. Penarik beca pula enggan menerima syiling Jepun. Keadaan ini bersifat menyeluruh dan bukan semata-mata disebabkan oleh perasaan menentang perjanjian tersebut. Gerakan ini berkesinambungan sejak tahun 1915. Perkara ini ditegaskan oleh Arthur N.Holcombe bahawa gerakan ini bukannya gerakan yang spontan, tetapi

31

Ibid.

11 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S

telah dibawa oleh golongan intelektual yang percaya bahawa masyarakat China perlu disusun semula. Perkara ini bersesuaian dengan pandangan Jerome B.Grieder bahawa gerakan ini membawa kemunculan semula golongan elit intelektual yang mempunyai kesedaran dalam kehidupan masyarakat China. Mereka merupakan tokoh penting dalam menjana idea-idea baru untuk memelihara dan menyelamatkan kedaulatan China. 32 Sebagai langkah selanjutnya, pihak Jepun telah membuat perjanjian dengan pemerintah baru Peking untuk memberi bantuan kepada Peking. Tuan Chi-Jui dengan tujuan untuk menguat dan mengukuhkan kedudukannya telah membuat perjanjian sulit dengan Jepun dalam bulan September 1918. Perkara yang dibincangkan di dalam perjnjian tersebut termasuklah Jepun akan memberi pinjaman kepada pihak China sebanyak 20 juta Yen. Manakala perjanjian kedua, oleh sebab pemberian pinjaman wang sebanyak 20 juta Yen kepada pihak China maka Jepun akan diberi kebenaran untuk membina dua jalan atau landasan keretapi di Shantung. Sebenarnya, jika diteliti melalui perjanjian ini,pihak Jepun cuba melakukan langkah awal dalam mengeksploitasi terhadap kepentingan yang terdapat di Shantung iaitu melalui pembinaan landasan keretapi tersebut. Selain itu, perjanjian ketiga yang ditandatangani ialah Jepun diberikan hak untuk meletakkan tenteranya di pusat-pusat yang penting.33 Keadaan ini berlaku lagi menjaga dan mengawal kepentingan Jepun tersebut ke atas kawasan-kawasan yang penting terutamanya kawasan perdagangan. Seterusnya, isi kandungan keempat terhadap pihak Cina ialah Jepun akan melatih pegawai-pegawai keretapi Cina. Isi kandungan ini dimasukkan dalam perjanjian tersebut sebenarnya bagi memujuk pihak Cina untuk menandatangani perjanjian tersebut iaitu dengan menunjukkan kesungguhan pihak Jepun untuk melatih pegawai-pegawai keretapi China walhal tugas tersebut adalah sedikit berbanding dengan kepentingan yang diperolehi oleh pihak Jepun ke atas China melalui perjanjian tersebut. Namun begitu, perjanjian ini telah mendapat bantahan daripada orang-orang Cina dan menyifatkan ianya sebagai pengkhianatan terhadap negara kerana perjanjian itu secara tidak langsung menyerahkan hak-hak China di Shantung kepada Jepun. Akibatnya desakan-desakan telah disuarakan supaya Tuan Chi-Jui meletakkan jawatan. Perjanjian ini telah memberikan kesan besar ke atas China kerana wakil Jepun iaitu Baron Makino Nobuaki dan Viscount Chinda 32

Ibid. Hlm. 119. Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd. Hlm. 204. 33

12 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S

Sutemi telah menguatkan tuntutannya kerana mereka tahu negara Barat tidak dapat berbuat apaapa kerana terikat dengan perjanjian sulit yang telah ditandatangani. Tuntutan-tuntutan yang dilakukan oleh pihak Jepun termasuklah mendapatkan pengakuan kepada tuntutan Jepun ke atas bekas-bekas hak dan kepentingan Jerman di wilayah Shantung.34 Presiden Wilson sedar pentingnya Jepun kepada badan dunia serta Presiden Wilson mengetahui negara-negara Barat lain telah terikat dengan perjanjian sulit. Akhirnya penetapan telah dibuat dan Jepun berhak ke atas Shantung. Sebaliknya bagi negeri China, setelah peperangan tamat, mereka mengharapkan Shantung dikembalikan kepada pangkuan China. Alasan yang dikemukakan ialah mengikut perjanjian China-Jerman mengenai Shantung yang menyatakan bahawa Jerman tidak boleh menyerahkan wilayah tersebut kepada kuasa-kuasa lain lagipun pada tahun 1917 kerajaan China telah mengisytiharkan perang ke atas Jerman dan oleh itu Cina berhak menerima faedah-fedahnya. Sehubungan itu, pada 17 November 1918 telah diadakan satu perbarisan kira-kira eramai 6,000orang di Peking untuk menyambut kemenangan dan mengharapkan pemulangan Shantung. Seterusnya kerajaan China mengharapkan bantuan daripada pihak Barat untuk mendapatkan kembali Shantung malangnya tidak diendahkan oleh pihak Barat. Perjanjian Versailles yang ditandatangani oleh pihak Berkat dan Jerman yang mengandungi 15 Bahagian dan dalam Bahagian IV dinyatakan bahawa Kepulauan Marshall dan Shantung diserahkan kepada pihak Jepun dan dengan ini bermakna satu kemenangan kepada pihak Jepun walaupun Jepun gagal mendapatkan persamaan Bangsa. Perwakilan China iaitu C.T. Wang dan Wellington Koo enggan menandatangani perjanjian tersebut setelah mendapat ugutan daripada orang-orang China yang menentang penyerahan Shantung kepada Jepun. Keputusan itu sungguh memeranjatkan orang China dan mereka tidak lagi percayakan kepada Presiden Wilson yang dianggap sebagai pembela negeri China dan penipuan yang dilakukan oleh pihak Berikat. Reaksi- reaksi telah meletus dalam kalangan orang-orang Cina yang kemudiannya meletus peristiwa “Gerakan 4 Mei”.35 Gerakan 4 Mei 1919 di China adalah satu gerakan patriotik yang dimulakan oleh mahasiswa di Peking University. Gerakan tersebut yang berlaku lapan tahun selepas revolusi China pada tahun 1911 menandakan kecekalan rakyat China untuk membersihkan saki-baki 34 35

Ibid. Hlm. 205. Ibid.

13 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S

anasir yang menghalang hasrat rakyat untuk terlepas daripada belenggu semi-kolonial, sekaligus mengubah senario politik, sosial, budaya dan pemikiran bangsa China pada tahap awal kurun yang lalu. Gerakan yang membawa tujuan anti-imperialisme Jepun yang menakluki China serta anti-kuasa feudal yang cuba menegakkan semula pemerintahan monarki pada masa itu. Keduadua semangat itu membawa kebangkitan kepada China dan ia masih diraikan oleh golongan cendekiawan sehingga kini. Gerakan ini telah mencapai matlamat perjuangannya. Wakil China dalam Persidangan Damai Versailles iaitu C.T. Wong dan Wellington Khoo tidak menandatangani Perjanjian Versailles yang dijadualkan pada 28 Jun 1919 akibat dari desakan pelajar. Tiga orang ahli politik China yang dianggap pro Jepun dan bertanggungjawab bagi penerimaan “21 Tuntutan” Jepun oleh China iaitu Chang Tsung Hsing, Lu Tsung Yu dan Tsao Ju Lin telah meletakkan jawatan. Dalam Persidangan Washington pada 21 November 1921, negeri Jepun telah bersetuju untuk menarik diri dari Shantung. Selain itu,gerakan 4 Mei telah melahirkan semangat kebangsaan di kalangan orang-orang China. Ianya merupakan saru revolusi mental di kalangan orang-orang China yang digerakkan oleh golongan intelek. Pelajar muncul sebagai golongan penting pembela kepentingan nasional China. Dalam hubungan mengembangkan semangat nasionalisme, golongan pelajar dan intelek dari Universiti Kebangsaan Peking memainkan peranan penting. Demonstrasi oleh pelajarpelajar mengakibatkan demonstrasi dan permogokan di seluruh China. Golongan pelajar juga telah menganjurkan pemulauan barang-barang buatan Jepun. Pemulauan ini mendapat sokongan ramai dan menjejaskan perdagangan Jepun dengan China. Perasaan anti Jepun juga bertambah di kalangan orang-orang China akibat dari Gerakan 4 Mei. Buat pertama kalinya pekerja-pekerja China mengadakan demonstrasi-demonstrasi secara besar-besaran di Peking, Tientsin, Shanghai, Hankow dan bandar-bandar lain. Gerakan ini juga telah membuka jalan kepada perkembangan fahaman Komunis di negeri China. Ideologi-ideologi Barat telah menarik minat intelek-intelek China yang merupakan pengasas Gerakan 4 Mei. Dalam tahun 1918, Li Ta Chao telah menubuhkan “Society for the Study of Marxism” di Universiti Peking yang merupakan pusat Gerakan 4 Mei. Kebanyakan ahlinya terdiri dari pelajar-pelajar Universiti Peking seperti Chang Kuo Tao dan Mao Tse Tung yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam gerakan Komunis di negeri China. Chen 14 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S

Tu Hsiu seorang pemimpin terkemuka Gerakan 4 Mei telah menganut fahaman Marx-Lenin dalam tahun 1920. Beliau telah menubuhkan “Socialist Youth Corps” di Shanghai pada tahun 1920. Pada tahun tesebut juga, Li Ta Chao telah menubuhkan “Socialist Youth Corps” di Peking. Pada tahun 1920 juga, pertubuhan-pertubuhan Marxism telah disatukan dan pada tahun 1921, Chen Tu Hsiu dan Li Ta Chao telah menubuhkan Parti Komunis China dengan bantuan Comintern. Gerakan 4 Mei telah melemahkan kedudukan panglima-panglima perang yang menguasai Kerajaan China di Peking. Golongan pelajar yang mendapat sokongan orang ramai telah menyalahkan mereka di atas kegagalan negeri China menjaga kepentingannya dalam Perjanjian Versailles 1919. Akibat desakan orang ramai, Kabinet China yang dipimpin oleh Tuan Chi Jui terpaksa dibubarkan. Gerakan 4 Mei telah memperbaiki kedudukan Kuomintang yang bertujuan untuk menyatukan negeri China. Akibat dari tindakan Sun Yat Sen menyokong Gerakan 4 Mei menyebabkan Kuomintang mendapat sokongan ramai terutamanya di kalangan pelajar. Sokongan ini memberi inspirasi kepada Sun Yat Sen untuk menegakkan kuasa Kuomintang di negeri China. Sokongan ini juga membolehkan Sun Yat Sen menyusun semula dan memperkuatkan Kuomintang sehingga Kuomintang di bawah Chiang Kai Shek berjaya menubuhkan kerajaan baru di Nanking pada tahun 1928. Gerakan 4 Mei merupakan satu gerakan kebangsaan yang telah mempengaruhi perkembangan politik dan sosial negeri China. Negeri China telah mengalami perubahan politik dan sosial yang mendadak selepas gerakan ini dan ianya juga telah merintis jalan kepada kemunculan Parti Komunis China sebagai sebuah kuasa yang berpengaruh dewasa itu sehingga akhirnya PKC berjaya menubuhkan sebuah Kerajaan Republik Komunis pada tahun 1949.

15 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S

KESAN PERJANJIAN VERSAILLES KEPADA KOREA Kesan perjanjian Versailles terhadap Korea tidak dapat dilihat secara lansung kerana Korea langsung tidak terlibat dalam perang Dunia Pertama. Perkaitan Korea dengan perjanjian Versailles berlaku berikutan Jepun yang terlibat di dalam perang Dunia pertama telah memberikan kesan terhadap tanah jajahan mereka iaitu Korea.Korea telah menjadi jajahan Jepun sejak tahun 1910 dengan melantik Jeneral Terauchi Masatake sebagai residen –Jeneral baru36dan telah memerintah Korea semalam 35 tahun. Semasa Perang Dunia Pertama Presiden Amerika iaitu Woodrow Wilson telah memperkenalkan Doktrin penentuan sendiri masa depan sendiri. Beliau memperkenalkan Doktrin ini bertujuan untuk member respon kepada pergerakan –pergerakan kemerdekaan di seluruh Negara dalam persidangan Damai Versailles.Terdapat nasionalis Korea yang dibuang si Shanghai, Timur Jauh Rusia, dan Amerika Syarikat semasa cuba untuk menghantar delegasi ke Versailles. Doktrin ini memberi dorongan kepada pergerakan nasionalis Korea untuk mendapatkan kemerdekaan Korea.37 Justeru, Jepun pada masa itu yang menjajah Korea terasa tergugat dengan kebangkitan yang dilakukan oleh rakyat Korea hasil daripada kesan Perang Dunia Pertama. Rakyat Korea telah sedar akan kekejaman yang dilakukan oleh Jepun, oleh itu suatu pengumuman Perisytiharaan Kemerdekaan yang dirangka oleh tiga puluh tiga wakil rakyat Korea. Berikutan daripada pengumuman ini, maka pergerakan 1 Mac sebagai usaha damai.38 Pergerakan 1 Mac telah membuatkan Jepun terpaksa mengubah dasar kolonialnya di Korea dengan menytiharkan dasar Pentadbiran Sedar. Pergerakan 1 Mac adalah sebuah gerakan nasionalisme. Dasar baru Jepun ini telah didedahkan sebagai palsu dan dunia telah mengkritik tindakan Jepun.39 Pergerakan 1 mac adalah kesan daripada perang dunia pertama yang dijalankan oleh golongan pelajar lelaki dan perempuan. Mereka dianjurkan diri mereka ke dalam menerbitkan manifesto kemerdekaan Korea pada bulan Februari tahun 1919, dan tidak lama lagi mereka bergabung dengan pelajar-pelajar yang berfikiran seperti di tanah air mereka untuk merekrut

pemimpin

sosial

dan

budaya

untuk

demonstrasi

besar-besaran

bagi

36

Ki-baiK LEE. (1990) Sejarah Baru Korea. (M. Rajendran, Terjemah). Kuala Lumpur: IIchokak Publisher. Hlm 425 37 Ibid. 38 Ibid. Hlm 462. 39 Ibid. Hlm. 467.

16 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S

kemerdekaan.40Pergerakan ini menyebabkan kuasa Jepun di Korea terhakis. Walupun pergerakan ini mengalami kegagalan, namun ia telah banyak member inspirasi kepada generasi akan datang dalam menuntut kemerdekaan Korea daripada Jepun. ANALISIS Perjanjian Versailles sememangnya telah mengubah langkap politik, ekonomi dan sosial di kawasan Asia Timur. Meskipun dapat dilihat bahawa pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke20, sudah berlaku perubahan di kalangan negara-negara Asia Timur seperti Jepun dan China, namun selepas perjanjian ini perubahan-perubahan berlaku dengan lebih drastik kesan daripada perjanjian tersebut. Bukti yang jelas dapat dilihat di negara Jepun. Umum megetahui bahawa Jepun telah memulakan langkah pemodennya mula berlaku setelah peristiwa penyerahan kuasa yang bersejarah kepada Maharaja Meiji yang berlaku pada 24hb.Okt.1867 dan secara rasminya pada bulan April 1868 dan sehubungan dengan itu bulan April Maharaja Meiji (nama sebenarnya Maharaja Mutsuhiro)41, dengan nasihat beberapa orang yang mempunyai azam untuk menaikan taraf Negara Jepun supaya sama dengan Negara Barat. Justeru itu, Jepun telah melakukan pelbagai perubahan dan akhirnya perjanjian ini bolehlah dikatakan perjanjian ini telah menjadi “bukti rasmi” bahawa Jepun telah menjadi negara maju setaraf dengan kuasa Barat. Malahan secara tidak langsung kuasa Barat juga telah mengiktiraf Jepun sebagai salah satu “pemain penting” di dalam arena politik antarabangsa pada ketika itu. Manakala perubahan yang ketara turut berlaku di dalam negara China. Hal ini kerana perjanjian ini telah meletakkan China ke tahap yang sangat rendah. Hal ini berkait rapat dengan isu wilayah Shantung. Namun perkara yang menarik dan perlu diberikan perhatian adalah bermulanya penyerapan yang sangat kukuh ideologi komunis kesan daripada Perjanjian Versailles ini. Bahkan ideologi ini kekal sehingga ke hari ini. Justeru itu, tidak ketelaluan jika dikatakan perjanjian ini menjadi pemangkin kepada kukuhnya ideologi komunis di China

40 41

Kyung Moon Hwang. (2010) A Histroy Of Korea. New York: Palgrave Macmillan. Hlm 163. Mohd.Yusof Ibrahim. (1972). Jepun Selepas Meiji. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Bhd. Hlm. 13.

17 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S

malahan menjadi turning point yang penting dan membuka lembaran baru di dalam aspek politik negara China secara keseluruhannya.42 Manakala akibat daripada Perjanjian Versailles juga berlaku kesan yang mendalam terhadap pelbagai aspek di dalam negara Korea. Meskipun kesan tersebut merupakan kesan tidak langsung tetapi perkara ini turut memberikan perubahan kepada wilayah Asia Timur secara keseluruhan. Perjanjian ini juga menunjukkan berlakunya “teori domino”. Hal ini kerana apabila berlaku perubahan di negara China dan Jepun, Korea turut akan mengalami perubahan. Oleh yang demikian di dalam konteks Perjanjian Versailles ini Korea telah menerima tempias hasil daripada perjanjian tersebut disebabkan oleh beberapa aspek seperti aspek geografi. Malahan hubungan ketiga-tiga negara ini di wilayah Asia Timur turut menjadi pemangkin kepada perubahan yang berlaku.

KESIMPULAN Kesimpulannya, hujah-hujah dan analisis di atas ini telah menjawab bahawa Perjanjian Versailles ini sememangnya telah memberikan kesan dan impak yang mendalam kepada wilayah Asia Timur. Perjanjian ini yang dirangka selepas Perang Dunia Pertama telah membuka lembaran baru di dalam pelbagai aspek terutama sekali politik di negara-negara seperti Jepun, China dan Korea. Justeru itu, penulis ingin tegaskan lagi bahawa perjanjian ini merupakan salah satu turning point yang mencorak sejarah di kawasan Asia Timur dan kepentingannya dalam memahami perjalanan sejarah di wilayah tersebut tidak dapat disangkal sama sekali terutama sekali ketika akhir abad ke-19 dan awal abad ke 20.

42

Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: PenerbitUniversiti Malaya. Hlm 117.

18 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S

BIBLIOGRAFI Abdullah Zakaria Ghazali. Azharudin Mohamed Dali. Azhar Mad Aros. Suffian Mansor. 2000. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Edwin O. Reischauer. 2006. Jepun Sejarah Sebuah Negara. Penerbit Universiti Malaya: Kuala Lumpur

Joginder Singh Jessy. 1978. Sejarah China dan Jepun.Anthonian Store: Kuala Lumpur

Ki-baiK LEE. 1990. Sejarah Baru Korea. (M. Rajendran, Terjemah). Kuala Lumpur: Iichokak Publisher.

Kyung Moon Hwang. 2010. A Histroy Of Korea. New York: Palgrave Macmillan.

Marjorie Dryburgh .2000. North China and Japanese Expansion 1933-1937. Surrey: Curzon Press.

Maswari Rosdi .1985. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.

M. Rajendran. 1988. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arena buku Sdn Bhd

Michael A. Schneider. 1985. League of Nations, Mandate. Dalam Louis G. Perez (Ed.), Japan at War: An Encyclopedia. California: ABC-CLIO.

19 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S

Mohd.Yusof Ibrahim, (1972). Jepun Selepas Meiji. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Bhd.

Nana Supriatna, Mamat Ruhimat dan Kosim .2006. Ilmu Pengetahuan Sosial (Geografi, Sejarah, Sosiologi, Ekonom). Indonesia:Grafindo Media Pratama.

Richard Storry. 1967. Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Suffian Mansor .2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

W. Scott Morton .2006. Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

20 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S

Related Documents


More Documents from "Izatul Hairani Hairudin"

Perjanjian Versailles
January 2021 1