Perjanjian Versailles Meninggalkan Kesan Yang Mendalam Terhadap Kedaulatan Negara Jerman.bincangkan

  • Uploaded by: blue jonghyun
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perjanjian Versailles Meninggalkan Kesan Yang Mendalam Terhadap Kedaulatan Negara Jerman.bincangkan as PDF for free.

More details

  • Words: 905
  • Pages: 8
Loading documents preview...
DISEDIAKAN OLEH :  DAYAH

PENGENALAN

 Perjanjian Versailles juga dikenali sebagai Triti Versailles merupakan satu daripada lima perjanjian yang ditandatangani semasa Persidangan Damai Paris yang bermula pada 12 Januari 1919.  Perjanjian Versailles merupakan perjanjian yang paling penting kerana berjaya menamatkan Perang Dunia Pertama.  Perundingan ini diketuai oleh lima kuasa besar yang berjaya menewaskan Kuasa Paksi iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali dan Jepun.  Tokoh-tokoh yang utama yang terlibat di dalam perundingan ini termasuklah Georges Clemenceau (Perancis) David Lloyd George (Britain), Vittorio Orlando (Itali) dan Woodrow Wilson (Amerika Syarikat).  Perjanjian ini dimeterai di Istana Versailles, Perancis pada 28 Jun 1919 selepas berunding selama 6 bulan.

PENEGASAN KEHENDAK SOALAN

 Perjanjian Versailles telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dan penting kepada Jerman.

FAKTA

RAKYAT DAN PEMIMPIN JERMAN BERASA TIDAK PUAS HATI

HURAIAN

 Pemeteraian perjanjian Versailles telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan pemimpin Jerman.  Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat Jerman tidak puas hati dengan perjanjian Versailles yang berat sebelah.  Syarat – syarat yang ditetapkan dalam perjanjian ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat danpemimpin Jerman.  Pada masa perjanjian Versailles ditandatangani, pemimpin Jerman tidak diberi peluang untuk menyuarakan pandangannya.  Perjanjian Versailles ini juga dianggap tidak adil kerana menjejaskan maruah dan kedaulatan Jerman sebagai sebuah negara yang kuat kepada negara yang kecil.dengan alatan dan tentera peperangan yang diminimumkan oleh negara – negara seperti Amerika,Jepun dan Perancis melalui perjanjian tersebut  Perjanjian Jerman juga telah menyebabkan Jerman menyerahkan 12% daripada jumlah pendudukdan menyerahkan 13% daripada daerahnya termasuk hasil besi dan arang batu.  Hal ini sangat merugikan Jerman kerana mereka terpaksa membayar ganti rugi peperangan dan penyerahkan segelintir rakyat Jerman dan hasil negaranya lagi memburukkan keadaan.

CONTOH

 Perdana Menteri Jerman, Philip Scheldemann telah meletak jawatannya sebagai tanda protes .  Jerman ialah menyerahkan 12% daripada jumlah penduduknya, menyerahkan 13% daripada daerahnya termasuk ¾ hasil besi dan 1/5 hasil arang batu serta membayar ganti rugi dan pemapasan perang yang tinggi

PENEGASAN Jelaslah bahawa,perjanjian Versailles menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpindan rakyat Jerman.

FAKTA

KEKUTAN TENTERA JERMAN DILUMPUHKAN

HURAIAN

 Perjanjian Versailles melarang Jerman meningkatkan kekuatan pasukan tenteranya.  Hal ini dikatakan demikian kerana matlamat perjanjian ini adalah untuk melumpuhkan Jerman sebagai satu kuasa besar.  Jerman dilarang daripada membuat kapal perang atau kapal terbang.  Selain itu, Jerman juga dilarang membeli senjata,meriam besar serta kapal perang.  Angkatan tentera laut pula hanya dibenarkan memiliki 6 buah kapal perang kecil  Kekuatan angkatan tentera jerman juga telah di hadkan melalui syarat yang terkandung di dalam perjanjian Versailles ini.  Alatan dan tentera peperangan telah diminimumkan oleh negara–negara seperti Amerika,Jepun dan Perancis melalui perjanjian tersebut  Semua sekatan ini dikenakan kerana kuasa – kuasa lain sedar bahawa Jerman merupakan kuasa yang hebat. Sekatan tersebut juga dikenakan kerana mereka takut bahawa Jerman akan bangkit balik.  Sektan ini juga sangat penting dalam Perjanjian Versailles untuk memastikan Jerman tidak mempunyai alatan peperangan yang cukup untuk mencetuskan peperangan atau berperang dengan negara – negara lain.

CONTOH

 Jerman mengurangkan tenteranya daripada 400 000 orang kepada 200 000 menjelang 30 september 1919 dan 100 000 menjelang 13 mac 1920.

PENEGASAN Oleh itu, kekuatan tentera Jerman telah terjejas disebabkan oleh Perjanjian Versailles.

FAKTA

JERMAN KEHILANGAN WILAYAH

HURAIAN

Perjanjian Versailles juga telah menyebabkan jerman kehilangan sebahagian wilayah dan jajahan takluknya. Mereka terpaksa menyerahkan wilayah mereka kepada Perancis dan merelakan pemisahan beberapa kawasan.

CONTOH

 Jerman terpaksa menyerah wilayah Alsace dan Loraine kepada

Perancis, wilayah Memel kepada Poland dan wilayah Saar kepada Perancis sebagai pampasan untuk ganti rugi perang yang telah tercetus.  Jerman juga dikehendaki menyerahkan tanah jajahannya di seberang laut kepada Pihak Berikat seperti Shantung di China. Britain, Perancis dan Jepun pula mendapat Afrika dan rantau Pasifik.  Selain itu, wilayah Samoa diserah kepada New Zealand manakala Yogoland dan Cameroon diserah kepada Britain dan Perancis. PENEGASAN

Ringkasnya, kehilangan wilayah melalui Perjanjian Versailles telah memberikan kesan yang mendalam kepada Jerman

FAKTA

EKONOMI JERMAN MERUNDUM

HURAIAN

 Perjanjian itu bukan sahaja menyebabkan kuasa ketenteraan Jerman menjadi lemah, tetapi juga menyebabkan ekonomi mereka merudum.  Jerman dikehendaki membayar pampasan berjumlah kira – kira 33 billion USD (132 billion Gold Mark) kepada Pihak Berikat akibat kekalahan dalam perang dunia pertama.  Pembayaran ganti rugi tersebut hanya diselesaikan sepenuhnya pada Oktober 2010.  Nilai matawang Mark jatuh teruk dan inflasi yang meningkat menyebabkan harga barang naik melambung.  Keadaan ekonomi yang menekan mendorong rakyat untuk bangkit menentang pemerintah sedia ada dan membentuk kepimpinan mereka sendiri.  Orang awam menubuhkan parti politik dengan inisiatif sendiri yang berasaskan ideologi Nasionalisme, Sosialisme dan juga Komunisme.

CONTOH

 Marxist mengambil tempat di Berlin dan Munich. Begitu juga dengan parti seperti (DDP), Kommunistische Partei Deutschland (KPD), Sozialdemokratische Partei Deutschlands (SPD), Zentrumspartei dan Bolsheviks Nasional.

PENEGASAN

Jelaslah, kejatuhan ekonomi Jerman merupakan kesan daripada Perjanjian Versailles

KESIMPULAN

Perjanjian Versailles merupakan satu tamparan yang cukup hebat kepada rakyat Jerman yang bangga akan kegemilangan mereka yang lampau. perjanjian versailles tidak memusnahkan negara jerman namun hanya dilemahkan sementara waktu sahaja. Adolf hitler melalui parti sosialis berjaya mengatasi masalah pengganguran dan memulihkan keadaan ekonomi yang teruk pada masa itu . Beliau juaga meulihkan semangat rakyat jerman dengan menghapuskan syarat-syarat perjanjian versailles. Rakyat jerman menyokong adolf hitler. Itali jugak tidak menyokong dan tidak berpuas hati dengan perjanjian versailles. Walaubagaimanapun,syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian tersebut telah menjadi faktor utama kepada tercetusnya Perang Dunia Kedua.

PENEGASAN

Oleh itu, perjanjian Versailles sememangnya telah memberikan kesan yang mendalam kepada Jerman.

Related Documents


More Documents from "Vinz Laiho"