Resipi Nasi Ayam

  • Uploaded by: Umi Raihanah
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Resipi Nasi Ayam as PDF for free.

More details

  • Words: 1,108
  • Pages: 31
Loading documents preview...
www.amazingayu.com

Resepi perapan ayam yang diadaptasi daripada resepi masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham dan rahsia mendapatkan ayam yang juicy.

Tips penting bagaimana hendak membuat ayam kita juicy.

www.amazingayu.com

1. Masak air hingga mendidih 2. Selepas menggelegak baru masukkan ayam. Ayam pilih 2kg ke atas. Terpulang nak potong 12 ke, nak potong 4 ke atau ayam seekor direbus. 3. Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit. (Kalau ayam seekor mungkin perlu tambah 3 ke 4 minit). 4. Api mesti besar. Air rebusan ini akan digunakan untuk buat sup ayam dan masak nasi.

*Tujuan kita gunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam.

Merendam Beras. Rendam beras dengan kunyit dalam 15 minit dan toskan.

www.amazingayu.com

Memadai 1 kecil sudu serbuk kunyit sahaja. Kita hanya mahu nasi ayam kita kuning kuning krim sahaja. Warna pastel menampak hidangan kita kelihatan 'mewah'.

www.amazingayu.com

Mengasingkan Lemak Ayam Tips penting. Ini kita dalam proses nak keluarkan lemak ayam. Lemak ayam inilah sebenarnya the ultimate secret dalam pembuatan nasi ayam.

Lemak paling banyak di bahagian b*nt*t ayam. Jangan buang, ambil lemak tersebut untuk kita gunakan dalam proses seterusnya

Masak Nasi Ayam.

Bahan utama untuk menghasilkan NASI AYAM.

www.amazingayu.com

1. Beras 2. 2 ulas bawang putih 3. 1 inci halia 4. Kiub pati ayam (optional) 5. Bay leaf (atau daun pandan) untuk wangi 6. Lemak ayam 7. Air rebusan ayam 8. Serbuk kunyit

Rahsia Lemak Ayam. -Lemak ayam digunakan untuk mengekalkan rasa pada nasi ayam.

www.amazingayu.com

www.amazingayu.com

Menumis Lemak Ayam

Panaskan lemak ayam dalam rice cooker. Tutup.

www.amazingayu.com

Menumis Lemak Ayam

Apabila masak, lemak ayam akan bertukar menjadi minyak .

www.amazingayu.com

Menumis Lemak Ayam

Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus..

www.amazingayu.com

Menumis Lemak Ayam

Kemudian,masukkan bay leaf dan kiub pati ayam.

Memasak Nasi.

www.amazingayu.com

-Masukkan beras. Perhatikan kita ingat sukatan beras banyak mana sebab nanti air rebusan ayam yang akan dimasukkan juga sama sukatannya dengan sukatan beras tadi. *output untuk jenis beras adalah berlainan bergantung pada jenis beras seperti beras biasa, beras wangi atau beras basmathi. Untuk resepi ini, saya menggunakan beras wangi

www.amazingayu.com

Memasak Nasi

Masukkan beras dan masak sebentar. Tips : Goreng beras sampai bunyi tik tik tik. Baru masukkan air. Rahsia nasi berderai sebiji sebiji. (Halimah Ali) Sukatan air mengikut jenis beras sebenarnya. Sukatan air boleh disemak di plastik pembungkusan beras. Beras yang terdapat di pasaran adalah beras biasa, beras wangi dan beras basmathi.

www.amazingayu.com

Memasak Nasi

-Masukkan air rebusan ayam sama sukatan dengan beras. (Beras yang dah terendam. Biasanya beras akan kembang sedikit) -Air ngam ngam hor sebab beras dah kembang masa kita rendam. -Letakkan garam dan biarkan rasanya sedikit masin. Rasa ini akan diseimbangkan selepas proses penyerapan.

www.amazingayu.com

Memasak Nasi

-Pindahkan ke rice cooker. -Biar sehingga “Keep Warm”. (Jangan buka tutup periuk semasa proses memasak).

www.amazingayu.com

Memasak Nasi

- Alhamdulillah. Cantikkan kejadian nasi kita.

Ilham resepi daripada blog Aziejayakitchen.blogspot.com http://aziejaya.blogspot.my/2013/04/ nasi-ayam-kak-laily-subang-jayayang.html

www.amazingayu.com

Perapan Ayam

Adaptasi resepi masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham England. Ilham resepi dari Tuan Haji Mustaffa Othman, Menate Steak House .

1. 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 2. 3 sudu madu 3. 2 sudu sos tiram 4. 1 sudu kicap pekat 5. 1 sudu minyak bijan (optional) 6. Sedikit lada sulah *Kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin

www.amazingayu.com

Perapan Ayam

-Campurkan kesemua bahan didalam satu bekas, dan gaul rata.

www.amazingayu.com

Perapan Ayam

-Perap ayam yang direbus tadi selama 15 minit atau 30 minit.

Menggoreng Ayam. -Apabila minyak betul betul panas. Masukkan ayam.

www.amazingayu.com

Tengok buih dalam minyak membuat macam itu bermaksud api betul betul panas. Saya suka memasak guna api sederhana kecil. Minyak panas sepenuhnya walapun mengambil masa. Kalau api besar, pemanasan mengejut nanti luar macam dah garing sangat, isi dalam belum berapa masak.

www.amazingayu.com

Menggoreng Ayam

-Kalau guna kuali boleh sahaja. Jangan masuk banyak sangat. Kita nak matikan air sahaja. Tidak terlalu garing. Sama masak dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.

*Memasak ini perlu latihan selalu turun ke dapur. Nanti lama lama kita semakin mahir.

Menggoreng Ayam. -Hasil ayam yang digoreng tadi. Hangus hangus tu yang sedap😅

www.amazingayu.com

Manis pahit masin.

Membuat Sambal.

www.amazingayu.com

1. 6 biji lada merah (dalam gambar 2 sebab saya lupa ambil gambar masa prepare tadi) 2. 2 ulas bawang putih 3. 1 sudu jus limau nipis 5. Sedikit halia (anggaan 1 ruas jari kelingking) 4. 4 sudu besar gula 5. 1 sudu kecil garam 6. Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml) 7. 1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air (ayu tak letak, saje nak cuba resepi tanpa tepung jagung)

Membuat Sambal. Ini air rebusan ayam tadi. Ingat kita bahagi 3 kegunaan air rebusan ayam.

www.amazingayu.com

1. Untuk nasi ayam 2. Untuk sambal 3. Untuk sup kosong

Membuat Sambal. Blender semua bahan. Masukkan air rebusan tadi.

www.amazingayu.com

Tips : Bawang putih, lada dan halia tadi mesti potong kasar sebelum masuk blender. Kalau masuk sebiji sebiji bawang putih nanti tak hancur.

www.amazingayu.com

Membuat Sambal -Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil. Ingat, jangan masak guna api besar. Kita nak semua bahan mesra mesra gitu. Barulah sedap masakan kita.

www.amazingayu.com

Membuat Sambal

-Apabila mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis. -Untuk pekatkan kuah, masukkan 1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu besar air. Tuang ketika mendidih. *Boleh tambahkan sos cili atau sos tomato. Boleh juga memekatkan sambal nasi ayam. Sejujurnya, saya belum menjumpai resepi sambal yang betul betul umph! Sekiranya ada, boleh share dengan saya melalui facebook rafiza idayu atau email [email protected]

SUP KOSONG

2 biji bawang merah dihiris nipis 2 biji bawang putih dihiris nipis 1 inci halia diketuk 3 cawan air rebusan ayam

www.amazingayu.com

Tumis ke semua bahan hingga naik bau. Masukkan air rebusan dan masak hingga mendidih. Perasakan dengan kiub pati ayam atau garam. *Sebelum ini saya memang masak sup letak sup bunjut atau 4 sekawan rempah, tetapi rasa rempah yang agak kuat meninggalkan rasa ‘residue’ yang menyebabkan rasa nasi ayam kurang umph! Tetapi terpulanglah nak buat yang mana satu. Yang paling penting masukkan elemen KASIH SAYANG dalam masakan kita. -

Aksesori Nasi Ayam -Sediakan bahan sampingan, sepeti salad,tomato,timun atau nenas.

www.amazingayu.com

www.amazingayu.com

Penyediaan Nasi Ayam Umi sedia dihidang. Selamat Mencuba!

Screenshoot Checklist ini dan forward kepada en suami dan adik yang mahu beli barang di pasar. www.amazingayu.com

Nuha Bwg.Goreng RM 5.00

Rempah Sup RM 10.00

Pakej Nasi Ayam RM 40.00 Harga Promosi

RM 37.00 www.amazingayu.com Alamat Kedai Kami 00 07 Ground Floor, Pangsapuri Sri Malaysia, Jalan 3/141 Kampung Sri Malaysia, 57100 Sungai Besi, Kuala Lumpur,Malaysia. Tel/WA:+6011-2800 3058

RM 5.00 Ayam Probiotik (Frozen) RM 15.00

Serbuk Kunyit RM 10.00

Related Documents

Resipi Nasi Ayam
February 2021 1
Nasi Muslimani
January 2021 1
Laporan Biologi Hati Ayam
February 2021 1
Deviasi Septum Nasi
January 2021 1
Laporan Mie Ayam
February 2021 5

More Documents from "Rizal Barutama"