Tamadun India

  • Uploaded by: MuraliAbdullah
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tamadun India as PDF for free.

More details

  • Words: 305
  • Pages: 1
Loading documents preview...
Rumusan Tamadun India Tamadun india merupakan antara tamadun tertua di dunia. Tamadun India bermula sekitar 3000sm-1500sm iaitu di Zaman Proto-Sejarah di Tamadun Lembah Indus. Tapak penemuan di sekitar Mohenjodaru dan Harappa. Di zaman Sejarah Awal terdapat empat peringkat iaitu Zaman Vedik, Empayar Maurya, Empayar Gupta, dan Zaman Sangam. Tamadun India merupakan tamadun yang dinamik dan cemerlang. Pencapaiannya dalam pelbagai bidang ilmu dan pengetahuan dapat dilihat dari segi sistem sosial, corak kehidupan masyarakat, budaya, politik pemerintahan, falsafah, kepelbagaian agama, ekonomi, sains dan teknologi dan juga

keunikan seni. Dari aspek-aspek ini menunjukkan Tamadun India merupakan

tamadun yang berkembang maju dan mampu berdiri cemerlang seperti tamdun lain.

Sumbangan Tamadun India dalam bidang ilmu seperti seperti perubatan, fizik, kimia, astronomi, matematik, senibina, bahasa dan sebagainya. Perkembangan ilmu pengetahuan dalam tamadun India berlaku seawal zaman pra sejarahnya iaitu Lembah Indus, kemudian berkembang ke zaman Vedik, zaman Islam dan era penjajahan Inggeris. Selain itu tanadun India juga berkembang pesat dalam bidang kesenian, bidang Bahasa dan kesusasteraan, serta bidang seni bina. Tamadun India membuat pembahagian masyarakat mengikut wilayah. Masyaraat Indo-Aryan di utara India, Dravida di selatan India, Gurkha, Buthiya dan Khasi di kawasan Gunung Himalaya, dan masyarakat Mundas, Bhil dan Khol merupakan masyarakat asli India. Budaya hidup masyarakat di India terbahagi kepada empat iaitu sistem kasta , peringkat kehidupan, objektif kehidupan dan kedudukan wanita. Agama dan keercayaan India juga terbahagi kepada empat iaitu Hinduisme, Buddhisme, Sikhisme, dan Jainisme. Hubungannya dengan Asia Tenggara adalah melalui jalan laut,perkhawinan dengan rakyat tempatan, jajahan takhluk yang dikuasai , juga pelayaran dan perdagangan. Kesan daripada hubungannnya dengan tamadun di Asia Tenggara terbahagi dari segi agama, budaya, kesenian, dan juga bahasa. Mereka menyebarkan agama hindu dan buddha melalui kuil dan candi seperti di Bali, Lembah Bujang dan Sumatera. Kesan daripada interaksi di Asia Tenggara juga mempengaruhi dalam penerbitan hikayat-hikayat seperti Hikayat Sang Boma , dan Hikayat Seri Rama.

Related Documents

Tamadun India
January 2021 1
Tamadun India
January 2021 1
Tamadun India
January 2021 1
Tamadun India
January 2021 1
Tamadun India
January 2021 1
Tamadun India
January 2021 1

More Documents from "Haziq Iqbal"

Tamadun India
January 2021 1