Tamadun India

  • Uploaded by: Ubaidillah Yusof
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tamadun India as PDF for free.

More details

  • Words: 1,479
  • Pages: 7
Loading documents preview...
TAMADUN INDIA: PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG

PENDAHULUAN Kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan antara elemen penting dalam setiap tamadun. Tamadun India adalah antara tamadun yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu pengetahuan dunia seperti perubatan, fizik, kimia, astronomi, matematik, senibina, bahasa dan sebagainya. Tidak dinafikan penerokaan yang dibuat oleh sarjana India telah memberi inspirasi kepada sarjana dunia yang lain untuk memperkembangkannya menjadi ilmu yang lebih mantap. Perkembangan ilmu pengetahuan dalam tamadun India berlaku seawal zaman pra sejarahnya iaitu Lembah Indus, kemudian berkembang ke zaman Vedik, zaman Islam dan era penjajahan Inggeris. Faktor sejarah diakui oleh para sarjana sebagai elemen penting kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan dalam tamadun ini Selain itu, elemen agama juga merupakan unsur penting dalam setiap perkembangan ilmunya

TAHAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DAN ILMU PENGETAHUAN

Tamadun Lembah Indus- tidak begitu ketara namun terdapat penemuan dan elemen pendidikan seperti perbandaran, hubungan dengan masyarakat luar dan lain-lain. Zaman VedikKecemerlangan empayar-empayar awal seperti Maurya, Gupta, Sangam, Pallava dan Chola. Kemasukan orang-orang Aryan yang telah memiliki teknologi besi kemudiannya memperkukuhkan lagi perkembangan ilmu seiring dengan perkembangan ajaran Hindu

Zaman Islam telah mempengaruhi perkembangan senibina, bahasa/sastera, astronomi, matematik, perubatan dan lain-lain. Manakala Zaman penjajah (Portugis, Belanda, Peranchis dan Inggeris) telah mempengaruhi dari sudut bahasa, sains dan teknologi moden.

SUMBER ILMU PENGETAHUAN INDIA - Kitab-kitab Veda - Tamadun Mesopotamia - Tamadun Islam

- Tamadun China - Tamadun Barat

Pencapaian - Bidang Pendidikan - Bidang sains - Matematik - Astronomi dan kalendar - Fizik dan kimia - Logam - perubatan

- Bidang kesenian - Muzik - Tarian - Drama - Lukisan - Bidang bahasa dan kesusasteraan - Bidang seni bina

- Bidang Pendidikan - Dikuasai oleh kasta Brahmin- kitab2 Veda - Penubuhan universiti - Zaman Islam; berkembang pesat – semua golongan. Bertambah pusat pendidikan. - Zaman Inggeris: pendidikan Inggeris berkembang

MATEMATIK

Sistem Angka Sistem angka sifar(dikenali juga sebagai sunya). Mempelopori penggunaan sistem nombor 0 hingga 9. Konsep sifar ini menjadi asas kpd angka kosong dalam sistem matematik hari ini. Pesat di zaman yang dikenali sebagai sulvasutra (aturan tali). Aktiviti matematiknya berdasarkan aturan kiraan tali. Matematik berkembang pada waktu ini kerana keperluan agama (pemujaan dan pengorbananan). Diperkenalkan pada zaman

Gupta. Sebelum adanya konsep sifar hanya nombor positif sahaja yang diketahui. Setelah nombor sifar ditemui wujudlah nombor negatif yang kita kenali sekarang ini. Sifar atau kosong ini diwakili oleh titik yang dikenali sebagai Pujyam. Konsep kosong juga dikenali sebagai Shukla dan Shubra. Orang Arab kemudiannya memanggilnya Siphra atau sifr.

Geometri Mencapai tahap cemerlang apabila ia menjadi asas penting dalam senibina. Digunakan secara meluas terutama dalam merangka mandala. Bentuk-bentuk geometri juga telah digabungkan dengan bentuk tumbuhan dan menjadi hiasan kuil-kuil di seluruh India. Aryabhata telah menulis dalam Aryabhaliyam tentang teori-teori geometri. Aryabhata turut berjaya mengira dengan tepat jumlah hari dalam setahun iaitu 365 hari. Beliau juga membuktikan bumi berputar di atas paksinya dan gerhana pula disebabkan bayang bumi.

Algebra Berkembang sejak abad ke 5 Masihi dan dikenali sebagai Ganitam (dari perkataanBijaganitam). Orang Arab selepas kurun ke-13 telah mengkaji tentang matematik India apabila mereka mula memasuki India. Mereka telah memperkembangkan lagi ilmu matematik yang diperoleh dari sini yang kemudiannya diberi nama Al-Jabar. ‘Al’ bermaksud satu, ‘Jabr’ pula bermaksud penggabungan. Pada zaman pertembungan antara tamadun Islam dengan barat, kaedah algebra ini telah disebarkan ke barat. Algebra yang dikenali pada masa ini adalah dari ‘al-Jabr’ yang dibangunkan orang Arab dari Bijaganitam yang berasal dari India.

Sistem perpuluhan Ada sarjana yang mengatakan ia adalah ciptaan orang Arab tetapi dakwaan ini disangkal kerana orang Arab menamakannya sebagai Hindisat (seni India). Jadi kemungkinan melalui hubungan dagangan yang kukuh antara India dan Timur Tengah telah memungkinkan orang Arab mempelajari seni matematik dari orang India.

Trigonometri trigonometri (sinus, kosinus dan kotangen) yang dibangunkan pada kurun ke 15 dianggap contoh pertama bagi siri kuasa (selain siri geometri). Trigonometri dimajukan

apabila kiraan satu-satu sudut menggunakan kaedah separuh dan ia kekal hingga hari ini. Kaedah ini dikembnagkan dalam kitab Aryabhatiya yang ditulis oleh Aryabhata dan kitab Pancasiddahta karya Varamahira.

LOGAM Terbukti dengan pembinaan Iron Pillar of Delhi atau Menara Besi (tiang Besi) di Delhi (berdekatan Qutb Minar yang dibuat pada 5M. Ia merupakan sebatang besi 7 meter tinggi dan begitu tulen sehingga tidak berkarat. Berat menara ini dianggarkan 6 tan dan sehingga sekarang tidak terjejas. Keupayaan melebur logam ini juga menjadikan perkembangan pesat dalam pembuatan duit-duit syiling yang telah digunakan sekurang-kurangnya sejak abad ke 8 SM.

IRON PILLAR OF DELHI

FIZIK DAN KIMIA Ia ada kaitan dengan teologi dan agama. Alam semesta dipercayai mengandungi lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Hampir semua aliran agama di India percaya unsur-unsur alam kecuali angkasa adalah bercirikan atom.

Dunia mempunyai 5 elemen asas: Bumi, Api , Udara, air dan gelombang. Lima (5) elemen tersebut mempunyai kaitan dengan kehidupan manusia contohnya, bumi dikaitkan dengan bau, udara dengan perasaan, api dengan pandangan, air dengan rasa dan gelombang dengan bunyi/pendengaran. Mengikut falsafah Vaisheshika, atom yang wujud dalam kehidupan boleh dipisahpisahkan. Sesuatu objek akan mempunyai kadar berat yang lebih besar apabila ia berada dalam air berbanding di udara kerana densiti atom dalam air lebih tinggi dari di udara.

Kimia: Kajian tertumpu pada peleburan logam, pembuatan wangian dan pewarna. Juga pembuatan ubat. Pengetahuan kimia tidak digunakan untuk mengubah dan menjadikan logam besi kepada emas seperti yang dilakukan di Eropah. Orang India buat ubat untuk

hidup lama, racun dan antidotnya. Melalui kimia perubatan juga beberapa bahan alkali utama, asid dan garam logam dicipta dengan proses yang mudah seperti pembakaran dan penyulingan. Mereka juga dipercayai mencipta ubat bedil.

ASTRONOMI DAN KALENDAR Brahmagupta telah memperkenalkan hukum graviti dan berjaya menghitung dengan tepat ukur lilit bumi. Varahamitra pula menulis buku Panchasiddhantika atau lima aliran astronomi yang menjadi bahan rujukan di sekolah-sekolah. Jyotisa atau ilmu kaji bintang adalah salah satu bahagian utama Rig Veda. Ia merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman awal menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan. Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kalendar matahari. Orang India berjaya menemui 7 planet tanpa bantuan teknologi peralatan. Planet-planet tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Zuhal dan dan kemudian 2 lagi iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada pada arah bertentangan 180 darjah. 27 bintang (nakshatra) ditemui dan mempercayai bintang dan planet ini mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan inilah yang menjadi asas bagi kemunculan astrologi.

Astronomi India sudah pun mengetahui yang bintang adalah sama seperti matahari yang merupakan pusat kepada sistem solar. Pada abad ke-7 M, Brahmagupta telah berjaya menganggarkan jarak di antara bumi dan matahari iaitu sejauh 5000 Yojanas. Satu Yojanas bersamaan dengan 7.2 km. Anggaran yang dibuat beliau ini hampir menyamai jarak sebenar iaitu kurang 36000 km. Pada zaman Gupta lagi mereka telah menyedari tentang adanya medan graviti dan mengetahui bahawa dunia ini adalah berbentuk sfera.

Brahmagupta pada kurun ke-7 M menyatakan yang semua jasad akan jatuh ke arah bumi kerana secara semulajadinya bumi akan menarik apa sahaja jasad. Teori ini kemudiannya dikembangkan oleh Barat dengan kemunculan ahli sains barat seperti Sir Isaac Newton yang mengenengahkan teori gravitinya Aryabhatta telah memperkenalkan teori Heliocentric yang kemudiannya dikembangkan oleh Copernicus lebih seribu tahun kemudian.

Barat tidak begitu tertarik dengan idea Aryabhatta tentang matahari sebagai sumber

kepada cahaya bulan sehinggalah dibuktikan oleh Copernicus dan Galileo. Bukti ketinggian ilmu matematik dan astronomi India terpapar dengan terbinanya Universiti Nalanda yang merupakan antara universiti yang terawal di dunia yang menarik ramai sarjana dari seluruh dunia seperti dari Greek, Parsi dan China. PERUBATAN Ilmu perubatan India bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir. Unsur-unsur perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang , telah wujud sebelum tahun Masihi. Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2 ) dan Susruta (kurun ke 4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen BIDANG KESENIAN Muzik: Terdapat empat kategori dalam alat muzik iaitu tata (tali), avanaddha (dram), ghana (solid/ideophone) dan susira (angin). Berbeza India Utara dan India Selatan. India Utara: sitar, sahnai dan tabla. India Selatan: Karnataka

Tarian: Tarian yang tulen adalah mempunyai pergerakan gaya tangan, kaki, tangan muka, perasaan.

Drama: Antara yang terkenal drama Sakuntala

Lukisan: Dinding istana, ruang dalaman rumah golongan kaya, kuil. Pengaruh dari epik klasik Ramayana dan Mahabrata

BIDANG SENI BINA Merangkupi binaan, ukiran gua, kuil, duit syiling. Zaman Maurya, seni bina dan seni ukir berkembang maju. Tiang Asoka adalah antara kemegahan senibina/ukir India. Zaman Gupta: seni bina lebih cemerlang. Zaman Islam: gabungan unsur Parsi dan Hindu berkembang

BAHASA DAN KESUSASTERAAN Dari sudut pencapaian bahasa terdapat lebih 325 bahasa dan 750 loghat tapi 14 sahaja jadi bahasa utama dan diperakui oleh perlembagaan. Antaranya, Hindi, Tamil, Punjabi, Malayalam dan lain-lain. Bahasa Indo-Arya: Sanskrit spt Hindi, Kashmiri dan lain-lain.

Bahasa Dravida: Telegu, Tamil, Malayalam dan lain-lain. Terdapat juga bahasa Urdu, bahasa Inggeris.

KESUSASTERAAN Terdapat kesusasteraan Indo-Arya, kesusasteraan Vedik, kesusasteraan Epik dan lainlain

KESIMPULAN Kemajuan dalam tamadun India tidak dinafikan mempengaruhi perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi moden Perkembangan dan kemajuannya juga hasil pengaruh dari Tamadun Islam, China dan Yunani Kemajuan dalam sains kini memperlihatkan India juga adalah antara negara penting dunia yang memajukan sains angkasa, nuklear, persenjataan teknologi maklumat dan sebagainya.

Related Documents

Tamadun India
January 2021 1
Tamadun India
January 2021 1
Tamadun India
January 2021 1
Tamadun India
January 2021 1
Tamadun India
January 2021 1
Tamadun India
January 2021 1

More Documents from "Haziq Iqbal"