Amsh5103 Isu Kontemporari Dalam Pengajian Hadis.pdf

  • Uploaded by: yusof
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Amsh5103 Isu Kontemporari Dalam Pengajian Hadis.pdf as PDF for free.

More details

  • Words: 63,974
  • Pages: 266
Loading documents preview...
AMSH5103 ISU KONTEMPORARI DALAM PENGAJIAN HADIS Zulhilmi Mohamed Nor Robiatul Adawiyah Mohd@Amat Norzulaili Mohd Ghazali

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Pengarah Projek:

Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil Dr Rozeman Abu Hassan Open University Malaysia

Penulis Modul:

Zulhilmi Mohamed Nor Robiatul Adawiyah Mohd@Amat Norzulaili Mohd Ghazali Universiti Sains Islam Malaysia

Penyederhana:

Suraiani Sudi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Dibangunkan oleh:

Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia

Dicetak oleh:

Meteor Doc. Sdn. Bhd. Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9, Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Edisi Pertama, Disember 2013 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2013, AMSH5103 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Isi Kandungan Panduan Kursus

xi-xvi

Topik 1

Metode-metode Asas dalam Syarah Teks Hadis 1.1 Metode Syarah Kitab-kitab Hadis Secara Umum 1.1.1 Definisi Metode dan Syarah 1.1.2 Metode yang Digunakan oleh Pensyarah Hadis 1.1.3 Cara atau Kaedah Mensyarahkan Hadis 1.1.4 Jenis-jenis Syarah Hadis 1.2 Metode Pensyarah Kitab-kitab Syarah Hadis 1.2.1 Aplikasi Metode Tahlili 1.2.2 Aplikasi Metode Ijmali 1.2.3 Aplikasi Metode Muqarin Rumusan Kata Kunci Rujukan

1 2 2 3 8 15 18 18 20 21 22 23 23

Topik 2

Kaedah Sahih Silam dalam Syarah Hadis 2.1 Kaedah Penjelasan Martabat Hadis Sama Ada Sahih atau Sebaliknya 2.1.1 Pengertian Hadis Sahih 2.1.2 Proses Meletakkan Martabat Sesuatu Hadis 2.2 Penguasaan dan Kemahiran Ilmu al-Syawahid dan al-MutabaÊat dalam Menentukan Keabsahan Matan dan Sanad 2.2.1 Maksud al-Syawahid dan Pembahagiannya 2.2.2 Maksud al-MutabaÊat dan Jenisnya 2.2.3 Jenis-jenis al-MutabaÊah 2.2.4 Kepentingan al-Syawahid dan al-MutabaÊat 2.3 Kaedah Ulama dalam Memahami Syarah Hadis 2.3.1 Sebab-sebab Kemunculan Syarah Hadis 2.3.2 Prinsip Asas dalam Berinteraksi dengan Hadis 2.3.3 Cara Terbaik Memahami Hadis Rumusan Kata Kunci Rujukan

25

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

26 27 28

30 30 32 32 35 39 39 41 42 48 49 49

iv



Topik 3

Topik 4

ISI KANDUNGAN

Metode Sahih Kontemporari dalam Syarah Hadis 3.1 Metode Pengarang Kitab-kitab Hadis Secara Umum dan Martabat Hadisnya 3.1.1 Sahih al-Bukhari 3.1.2 Sahih Muslim 3.1.3 Sunan Abi Dawud 3.1.4 JamiÊ al-Tirmizi 3.1.5 Sunan al-NasaiÊ 3.1.6 Sunan Ibn Majah 3.2 Kitab-kitab yang Membantu Memahami Hadis Nabi s.a.w. dan Metodologinya 3.2.1 Kitab Gharib Al-Hadith 3.2.2 Kitab Mukhtalaf Al-Hadith 3.2.3 Kitab Syarah Al-Hadith 3.3 Metode Memahami Konsep Al-Tarjih di Sisi Ulamak dan Sebab-sebab Khilaf Pendapat 3.3.1 Percanggahan Hadis 3.3.2 Sebab-sebab Khilaf Pandangan Ulama terhadap Sesuatu Hadis 3.4 Metode Ilmu Al-Takhrij bagi Menentukan Keabsahan Hadis dan Syarah Hadis 3.4.1 Pengertian Ilmu Al-Takhrij dan Kepentingannya Rumusan Kata Kunci Rujukan Metode Menyeleweng Silam dalam Syarah Hadis 4.1 Faktor-faktor Penyelewengan Silam dalam Syarah Hadis 4.1.1 Pengertian Hadis MaudhuÊ dan Hukumnya 4.1.2 Sejarah Penyelewengan Hadis 4.1.3 Faktor-faktor Penyelewengan Silam dalam Hadis 4.2 Jenis-jenis Penyelewengan Silam dalam Hadis 4.2.1 Penyelewengan Silam dalam Hadis oleh Mazhab yang Terpesong dari Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah 4.2.2 Jenis-jenis Penyelewengan Silam Hadis 4.2.3 Karya-karya Ulama Berkaitan Penyelewengan Hadis Silam 4.3 Tanda-tanda Penyelewengan Silam Dalam Hadis 4.3.1 Tanda-tanda Penyelewengan dalam Sanad 4.3.2 Tanda-tanda Penyelewengan dalam Matan 4.3.3 Kitab-kitab yang Meriwayatkan Hadis Palsu

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

51 52 53 55 57 58 59 61 62 62 63 64 66 66 69 71 72 74 75 75 77 78 79 80 80 84

85 87 88 89 90 91 94

ISI KANDUNGAN



Cara-cara Mengatasi Penyelewengan Silam dalam Syarah Hadis 4.4.1 Kaedah Pencegahan 4.4.2 Kaedah Pembasmian Rumusan Kata Kunci Rujukan

v

4.4

Topik 5

Topik 6

Metode Menyeleweng Kontemporari dalam Hadis 5.1 Penyelewengan Kontemporari dalam Hadis 5.2 Penyelewangan Disebabkan Tidak Memahami Takhrij Hadis dan Metode Fikah Ahli Hadis 5.2.1 Penyelewangan Disebabkan Tidak Memahami Takhrij Hadis 5.2.2 Penyelewengan Disebabkan Tidak Memahami Metode Fikah Ahli Hadis 5.3 Penyelewangan Disebabkan Tidak Memahami Usul Fuqaha Rumusan Kata Kunci Rujukan Syarah Hadis tentang Akidah (Azab Kubur dan Penyakit Berjangkit) 6.1 Kubur dan Hakikatnya 6.1.1 Kubur dan Hadis yang Berkaitan Dengannya 6.2 Azab Kubur 6.2.1 Dalil Kebenaran Wujudnya Azab Kubur 6.2.2 Hujah Golongan yang Menolak Kewujudan Azab Kubur 6.3 Penyakit Berjangkit 6.3.1 Hadis yang Menunjukkan Ketiadaan Penyakit Berjangkit 6.3.2 Hadis yang Menunjukkan Kewujudan Penyakit Berjangkit 6.3.3 Percanggahan 6.3.4 Tawfiq Rumusan Kata Kunci Rujukan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

95 95 96 97 98 98 100 101 104 105 108 112 121 121 122

124 125 125 128 128 133 135 136 137 138 140 142 142 143

vi



Topik 7

ISI KANDUNGAN

Syarah Hadis tentang Konsep Ibadat 7.1 Fuqaha dan Ahli Hadis (Muhaddithin) 7.1.1 Pengertian Fuqaha dan Pembahagian Fiqh 7.1.2 Ijtihad 7.1.3 Pengertian Ahli Hadis (Muhaddithin) 7.2 Metodologi Fuqaha dalam Membicarakan Hukum 7.2.1 Pengenalan Ringkas Metodologi Fuqaha 7.2.2 Sebab Ikhtilaf Fuqaha dalam Memahami Hukum bagi Sesebuah Hadis 7.2.3 Pendirian Muslim terhadap Ikhtilaf Fuqaha dalam Hadis Hukum 7.3 Metodologi Ahli Hadis dalam Membicarakan Hukum 7.3.1 Kemuliaan Ahli Hadis 7.3.2 Metodologi Ahli Hadis dalam Membicarakan Hukum 7.4 Contoh Huraian Konsep Ibadat dalam Kitab Fiqh 7.4.1 Contoh Metode Imam Nawawi dalam Konsep Ibadat Menerusi Kitab Al-MajmuÊ Syarh

Al-Muhazzab 7.5

Contoh Huraian Konsep Ibadat dalam Kitab Syarah Hadis 7.5.1 Contoh Metode Imam Al-Bukhari dalam Konsep Ibadat Menerusi Sahih Al-Bukhari 7.5.2 Contoh Metode Imam Al-Syawkani dalam Nail Al-Awtar Rumusan Kata Kunci Rujukan

Topik 8

Syarah Hadis tentang Misoginis 8.1 Metode Sahih Memahami Syarah Hadis tentang Misoginis 8.2 Pengertian Misoginis 8.2.1 Pengertian Misoginis 8.2.2 Pemikiran Songsang Feminisme Islam Mengenai Hadis Misoginis 8.3 Hadis Pertama: Wanita, Keldai dan Anjing Pemutus Solat 8.3.1 Teks Hadis 8.3.2 Analisa Sanad 8.3.2 Analisa Matan dan Pemahaman Hadis 8.3.3 Permasalahan Hadis dan Penyelesaiannya

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

144 145 146 147 148 149 150 152 155 155 156 157 160

162 164 164 166 169 169 169 171 172 175 175 175 178 178 178 179 181



vii

8.4

Hadis Kedua: Wanita Punca Ketidakberuntungan 8.4.1 Teks Hadis 8.4.2 Analisa Sanad 8.4.3 Analisa Matan dan Pemahaman Hadis 8.4.4 Permasalahan Hadis dan Penyelesaiannya 8.5 Hadis Ketiga: Ketidaksempurnaan Akal dan Agama Wanita 8.5.1 Teks Hadis 8.5.2 Analisa Sanad 8.5.3 Analisa Matan dan Pemahaman Hadis Rumusan Kata Kunci Rujukan

181 182 182 182 184 186 186 187 187 192 193 193

Syarah Hadis tentang Sains (HabbatussaudaÊ) 9.1 Hadis HabbatussaudaÊ 9.1.1 Teks Hadis dan Terjemahannya 9.2 Pemahaman Hadis HabbatussaudaÊ 9.2.1 Syarah Hadis dari Kitab Fathul Baari Syarh Sahih

194 196 196 197

ISI KANDUNGAN

Topik 9

Bukhari 9.2.2

Syarah Hadis dari Kitab Al-Minhaj Syarh Sahih

Muslim Bukti/Penemuan Saintifik terhadap Kebenaran Hadis 9.3.1 Pengenalan Pokok HabbatussaudaÊ 9.3.2 Kajian Saintifik Berkenaan HabbatussaudaÊ Rumusan Kata Kunci Rujukan

201 204 204 206 208 208 209

Syarah Hadis tentang Taqlid 10.1 Pengertian Taqlid dan Perbezaannya dengan Al-IttibaÊ 10.1.1 Pengertian Taqlid dari Sudut Bahasa dan Istilah 10.1.2 Perbezaan antara al-IttibaÊ dan Taqlid 10.2 Hukum Taqlid dalam Masalah Aqidah dan Perkara Cabang 10.2.1 Taqlid dalam Masalah Aqidah 10.2.2 Taqlid dalam Masalah Cabang 10.3 Hadis Berkaitan dengan Taqlid 10.3.1 Lafaz Hadis dan Takhrij 10.3.2 Syarah Hadis Rumusan Kata Kunci Rujukan

210 211 211 212 213 213 216 218 218 220 222 223 223

9.3

Topik 10

198

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

viii 

Topik 11

ISI KANDUNGAN

Syarah Hadis tentang Fanatik dan Taasub 11.1 Fanatik dan Taasub 11.1.1 Pengertian Fanatik dan Taasub dan Hakikatnya 11.1.2 Hadis-hadis Nabi s.a.w. Berkaitan dengan Fanatik dan Taasub 11.2 Fanatik dan Taasub dalam Masyarakat 11.2.1 Punca Taasub 11.1.2 Contoh Taasub dalam Masyarakat 11.3 Wasatiyyah dalam Beragama 11.3.1 Pengertian Wasatiyyah 11.3.2 Konsep Wasatiyyah dalam Ibadah 11.3.3 Penyelesaian Masalah Rumusan Kata Kunci Rujukan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

225 226 227 229 233 233 233 238 238 239 245 246 248 248

PANDUAN KURSUS

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS



xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN AMSH5103 Isu Kontemporari dalam Pengajian Hadis adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana Pendidikan Islam Kursus ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pelajar tentang Isu kontemporari dalam Pengajian Hadis. Ia membentangkan metodmetod dan aliran-aliran dalam mensyarahkan hadis-hadis. Ini termasuklah metod silam dan metod kontemporari. Perbincangan lebih menonjolkan beberapa kesalahan dan penyelewengan dalam mensyarahkan hadis-hadis, khasnya bagi hadis-hadis yang lebih abstrak seperti tentang hari kiamat, yang berkaitan dengan sains dan perubatan Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

xii 

PANDUAN KURSUS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran

Jam Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal

3

Membaca modul

60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial

10

Perbincangan atas talian

12

Ulang kaji

15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan

20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN

120

OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menjelaskan metode-metode asas syarah hadis;

2.

Menerangkan aliran-aliran hadis semasa dan hubungkaitnya dengan aliranaliran terdahulu;

3.

Membentangkan aliran-aliran terkini dalam menghurai teks hadis; dan

4.

Membezakan antara metode sahih dan metode menyeleweng dalam syarah hadis.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS

 xiii

SINOPSIS KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 11 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 membentangkan metod-metod asas dalam syarah teks hadis. Topik 2 membincangkan kaedah sahih silam dalam syarah hadis. Topik 3 membincangkan metod sahih kontemporari dalam syarah hadis. Topik 4 membincangkan metod menyeleweng silam dalam syarah hadis. Topik 5 membincangkan metod menyeleweng kontemporari dalam hadis. Topik 6 membincangkan syarah hadis tentang akidah, khas yang berkaitan dengan azab kubur dan penyakit berjangkit. Topik 7 membincangkan syarah hadis tentang konsep ibadat. Topik 8 membincangkan syarah hadis tentang Misoginis. Topik 9 membincangkan syarah hadis tentang Sains (HabbatussaudaÊ). Topik 10 membincangkan syarah hadis tentang Taqlid. Topik 11 membincangkan syarah hadis tentang fanatik dan taasub.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

xiv 

PANDUAN KURSUS

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Pada akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Pada akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagianbahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS



xv

PENGETAHUAN ASAS Pelajar kursus ini ialah mereka yang memiliki ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin atau yang setara dengannya. Selain dari itu, pelajar harus memiliki ijazah Sarjana Muda dalam bidang lain dari Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin atau yang setara dengannya, juga boleh mengikuti kursus ini melalui Flexible Entry beserta dengan pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan Islam dan berumur 35 ke atas.

KAEDAH PENILAIAN Penilaian bagi kursus ini boleh disenaraikan seperti berikut: (a)

Penilaian berterusan:  

Tugasan 1 Tugasan 2 40%

(b)

Ujian-ujian  

(c)

Ujian Pertengahan Semester Ujian Akhir

Peperiksaan Akhir

60%

RUJUKAN Abd al-Latif, & Abd al-Mawjud Muhammad. (1990). Al-Sunnah al-Nabawiyyah bayn DuÊat al-Fitnah wa AdÊiyaÊ al-ÂIlm. Qahiran: Dar al-TibÊah al-Muhammadiyyah. Adian Husaini. (2006). Hermeutik feminisme: Satu Kajian Kritis: Jurnal Kajian Islam dan Wanita. No 3. Vol. 2. Jakarta: Gema Insani. Haziyah Hussin, & Mohd Khafidz Soroni et. al. (2006). Kelangsungan Pengajian Hadis: Cabaran dan Masa Depan. Selangor: Jabatan al-Quran dan alSunnah, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangas Selangor (KUIS).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

xvi 

PANDUAN KURSUS

Faisal Ahmad Shah, et. al. (2010). Manahij al-Muhaddithin: Metode dan pendekatan sarjana hadith. Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan alHadith, Akademi Pengajian Islam, Univarsiti Malaya.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik



1

Metodemetode Asas dalam Syarah Teks Hadis

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menerangkan maksud metode dan syarah hadis;

2.

Menerangkan metode-metode syarah hadis;

3.

Menghuraikan pengertian, kelebihan dan kekurangan metodemetode syarah hadis;

4.

Menjelaskan kaedah syarah hadis yang digunakan oleh ulama;

5.

Membincangkan jenis-jenis syarah hadis; dan

6.

Mengenal pasti aplikasi metode-metode digunakan oleh pensyarah kitab-kitab hadis.

syarah

hadis

yang

 PENGENALAN Hadis adalah sumber kedua di dalam syariat Islam. Sebagai sumber penting di dalam perundangan Islam, inti pati dan pengajaran daripada hadis perlu difahami dengan sebaik mungkin. Justeru, untuk memahami pengajaran dan kehendak sesebuah hadis, ia perlu disyarahkan atau ditafsirkan. Semasa mensyarahkan hadis, ulama telah berpegang kepada metode-metode tertentu. Menerusi topik ini, anda akan pelajari metode-metode ini dan bagaimana ia diaplikasikan di dalam kitab syarah. Selain itu, anda juga akan didedahkan dengan sub topik yang berkaitan dengan syarah hadis iaitu; kaedah syarah hadis Copyright © Open University Malaysia (OUM)

2



TOPIK 1

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

dan jenis syarah hadis. Moga maklumat yang akan anda pelajari menerusi topik ini dapat menambahkan lagi pengetahuan anda mengenai ilmu hadis.

AKTIVITI 1.1 Sebelum anda meneruskan pembacaan, nyatakan apa yang anda tahu tentang hadis dan syarah hadis. Cuba lontarkan pendapat anda mengenai perkara tersebut dan bandingkan jawapan anda dengan penerangan yang akan diberikan oleh tutor.

1.1

METODE SYARAH KITAB-KITAB HADIS SECARA UMUM

Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan secara umum metode syarah kitab-kitab hadis.

1.1.1

Definisi Metode dan Syarah

Metode berasal daripada bahasa Yunani yang membawa maksud cara atau jalan. Metode dalam bahasa Arab dikenali sebagai manhaj. Menurut Kamus Dewan, metode bermaksud cara melakukan sesuatu atau sistem. Sementara metodologi pula bererti sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu disiplin. (Kamus Dewan, 2007)

Perkataan syarah pula merupakan perkataan Arab. Ia berasal dari perkataan

syaraha, yasyruhu dan syarhan yang membawa bermaksud menerangkan, melapangkan dan membukakan. Perkataan syarah biasanya digunakan untuk menerangkan atau menjelaskan hadis. Manakala perkataan „tafsir‰ digunakan untuk menerangkan atau menjelaskan ayat al-Quran. Namun kedua istilah „Âsyarah‰ dan ‰tafsir‰ ini berlegar mengenai penjelasan terhadap maksud, erti kandungan nas atau pengajaran yang difahami daripada sesuatu nas. Justeru, bila dikatakan metode syarah hadis, maksudnya ialah cara-cara memahami hadis iaitu memahami inti sari dan pengajaran hadis.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS



3

Berkenaan dengan ilmu syarah hadis, Imam al-Qannauji (1978) di dalam kitabnya ÂAbjad al-ÂUlumÊ menerangkan bahawa ia adalah satu ilmu yang dilakukan mengikut kemampuan atau keupayaan manusia dalam mencari, meneliti dan mengkaji mengenai kehendak dan makna sesebuah hadis Rasulullah s.a.w. berdasarkan kaedah-kaedah atau prinsip-prinsip Bahasa Arab dan Usul Syariah.

1.1.2

Metode yang Digunakan oleh Pensyarah Hadis

Menyentuh mengenai metode yang digunakan oleh ulama semasa mensyarahkan hadis, ia boleh diringkaskan seperti berikut (Nizar Ali, 2001): (a)

Metode Tahlili (Analisis) Metode pertama yang akan anda pelajari ialah metode tahlili iaitu metode analisis. Sekiranya anda pernah mempelajari metode mentafsir al-Quran, sudah tentu anda telah pun mempunyai serba sedikit maklumat mengenai metode ini. Sekarang cuba anda baca dan fahamkan bagaimana metode tahlili digunakan semasa mensyarah hadis. (i)

Pengertian dan Penerangan Ringkas Metode tahlili atau syarah tahlili menjelaskan hadis-hadis Nabi dengan memaparkan segala aspek yang terkandung dalam sesebuah hadis serta menerangkan makna-makna yang tercangkup di dalamnya sesuai dengan kecenderungan dan kepakaran seseorang pensyarah. Berdasarkan metode ini, seseorang pensyarah yang mensyarahkan hadis akan menjelaskan hadis berdasarkan turutan asal hadis yang terdapat di dalam kitab-kitab hadis yang dikenali sebagai al-kutub alsittah. Kebiasaannya, pensyarah memulakan penjelasannya dari kalimat demi kalimat dan hadis demi hadis secara berurutan. Huraian yang dibuat melibatkan pelbagai aspek yang terkandung di dalam hadis seperti kosa kata, makna perkataan, latar belakang turunnya hadis (jika ada), kaitannya dengan hadis lain serta pendapat-pendapat ulama yang berkaitan dengan hadis tersebut, sama ada pendapat para sahabat, para tabiin mahupun pendapat para ulama hadis.

(ii)

Ciri-ciri Metode Tahlili Secara umumnya, kitab-kitab syarah yang menggunakan metode tahlili biasanya berbentuk maÊthur (riwayat) atau raÊy (pendapat atau pemikiran rasional). Syarah yang berbentuk maÊthur merupakan riwayat-riwayat yang datang daripada para sahabat, tabiin dan ulama Copyright © Open University Malaysia (OUM)

4



TOPIK 1

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

hadis. Sementara syarah yang berbentuk raÊy merupakan pemikiran atau pendapat seseorang pensyarah itu sendiri. Kitab-kitab yang menggunakan metode tahlili mempunyai ciri-ciri yang berikut: 

Syarahan yang dilakukan menggunakan pendekatan menjelaskan makna yang terkandung di dalam hadis secara komprehensif dan menyeluruh;



Semasa mensyarahkan hadis, dijelaskan perkataan demi perkataan yang terdapat di dalam hadis tersebut secara berurutan, juga turut diterangkan sabab al-wurud yang difahami daripada hadis-hadis lain, sekiranya hadis tersebut memiliki sabab alwurud;



Huraian dan pemahaman yang dibuat oleh para sahabat, tabiin dan ulama syarah hadis yang lain, merangkumi pelbagai disiplin ilmu;



Dijelaskan juga hubungan (munasabah) antara satu hadis dengan hadis lain; dan



Dalam sesetengah keadaan, syarah hadis dengan metode ini menggambarkan kecenderungan pensyarah terhadap mazhab tertentu.

(iii) Kelebihan dan Kekurangan Metode Tahlili Berikut adalah kelebihan dan kekurangan metode tahlili yang digunakan semasa mensyarahkan hadis. 

Kelebihan 

Ruang lingkup perbahasan yang luas: Metode tahlili mencangkupi pelbagai aspek iaitu kata, frasa, kalimat, sabab al-wurud, munasabah dan lain-lain lagi.



Memuatkan pelbagai idea dan gagasan: Dengan berpegang kepada metode ini, pensyarah berkesempatan melontarkan idea-idea dan pemahamanpemahaman yang dikemukakan oleh para ulama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1



(b)

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS



5

Kekurangan 

Menjadikan petunjuk hadis bersifat parsial: Metode analisis menjadikan petunjuk atau pengajaran hadis bersifat parsial iaitu terpisah-pisah, hingga seolah-olah pengajaran daripada hadis menjadi tidak jelas dan menyeluruh kerana syarahnya hanya tertumpu kepada hadis yang sama dan kurang memberi perhatian kepada hadis yang mirip dengannya.



Melahirkan syarah yang berbentuk subjektif: Menerusi metode analisis, penulis tidak sedar bahawa dia telah mensyarahkan hadis secara subjektif dan tidak mustahil pula ada di antara mereka yang mensyarahkan hadis berdasarkan kemahuan peribadinya tanpa memberi perhatian kepada kaedah atau prinsip yang sepatutnya.

Metode Ijmali (Global) Berikut adalah metode Ijmali: (i)

Pengertian dan Penerangan Ringkas Metode Ijmali (global) menjelaskan atau menerangkan hadis-hadis sesuai dengan urutan dalam kitab hadis yang ada di dalam al-kutub al-sittah secara ringkas, tetapi dalam masa yang sama dapat mempersembahkan syarahan hadis dengan bahasa yang mudah difahami.

(ii)

Ciri-ciri Metode Ijmali 

Pensyarah melakukan penjelasan hadis dari awal sampai akhir tanpa perbandingan dan penetapan judul.



Penjelasan umum sangat ringkas. Pensyarah tidak mengemukakan pendapat semaksimum yang mungkin. Namun demikian, penerangan terhadap hadis-hadis tertentu diberikan agak terperinci, tetapi tidak sebagaimana yang dilakukan di dalam metode tahlili.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

6



TOPIK 1

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

(iii) Kelebihan dan Kekurangan 



(c)

Kelebihan 

Ringkas dan padat: Metode ini agak ringkas dan ia dirasakan lebih praktikal kerana mudah difahami oleh pembaca. Syarahannya tidak panjang berjela, sanad dan kritik matan sangat minimum.



Gaya bahasa yang mudah: Pensyarah hanya menjelaskan perkataan atau maksud hadis dengan tidak mengemukakan idea atau pendapatnya secara peribadi.

Kekurangan 

Menjadikan petunjuk hadis bersifat parsial atau terpisahpisah. Metode Ijmali tidak menerangkan hadis secara menyeluruh dan ini sekaligus menjadikan petunjuk atau pengajaran hadis bersifat parsial iaitu terpecah-pecah dan tidak berkait antara satu sama lain, sehingga hadis yang bersifat umum atau samar tidak diperjelaskan dengan hadis lain yang lebih terperinci.



Tidak ada ruang untuk mengemukakan analisis. Metode ini mengehadkan peluang penulis untuk mengetengahkan pendapat terhadap pemahaman sesuatu hadis.

Metode Muqarin (Analisis) Berikut pula adalah metode muqarin atau analisis. (i)

Pengertian dan Penerangan Ringkas Metode muqarin ialah metode memahami hadis dengan dua cara. Pertama, membandingkan hadis yang memiliki lafaz yang sama atau mirip dalam tajuk yang sama atau memiliki lafaz yang berbeza tetapi masih dalam tajuk yang sama. Kedua, membandingkan pelbagai pendapat ulama syarah dalam mensyarahkan hadis. Justeru itu, berdasarkan metode ini, syarahan hadis tidak hanya membandingkan hadis dengan hadis yang lain, bahkan turut dibandingkan pendapat ulama syarah dalam mensyarahkan hadis.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS



7

Di antara kitab yang menggunakan metode muqarin ini ialah Sahih Muslim bi Syarah Imam Nawawi, ÂUmdah al-QariÊ Syarah Shahih alBukhari dan lain-lain lagi. (ii)

Ciri-ciri Metode Muqarin 

Membahas dan membandingkan lafaz-lafaz hadis (mabahith lafziyah), periwayat-periwayat dan kandungan makna dari setiap hadis yang dibandingkan semasa mensyarahkan.



Perbandingan pendapat para pensyarah hadis dilakukan secara meluas kerana huraiannya meliputi pelbagai aspek termasuklah kandungan makna hadis dan kaitan (munasabah) antara satu hadis dengan hadis yang lain.

(iii) Urutan Metode Muqarin Metode ini dimulai dengan menjelaskan suku kata (mufradat) dan lafaz-lafaz hadis yang hampir sama. Jika perbandingan yang akan dibuat berkaitan dengan kemiripan lafaz hadis misalnya, maka langkah-langkah semasa mensyarahkan hadis adalah seperti berikut: 

Mengenal pasti dan menghimpun hadis-hadis yang mempunyai susunan kata (lafaz) yang hampir sama;



Lafaz-lafaz hadis yang hampir sama ini dibandingkan, seterusnya dikenal pasti sama ada ia membicarakan tajuk yang sama atau tajuk yang berbeza tetapi lafaznya sahaja yang sama;



Menganalisa perbezaan yang terdapat di dalam lafaz-lafaz hadis yang hampir sama, baik perbezaan itu melibatkan maksud hadis mahupun susun kata atau lafaznya; dan



Membandingkan pendapat ulama berkaitan hadis yang dijadikan topik perbahasan.

(iv) Kelebihan dan Kekurangan 

Kelebihan 

Memberi pemahaman yang lebih jelas kepada pembaca jika dibandingkan dengan metode lain;



Memberi ruang kepada penulis untuk berlapang dada menerima pendapat orang lain yang berbeza dengan pendapatnya; Copyright © Open University Malaysia (OUM)

8



TOPIK 1



METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS



Pemahaman berdasarkan metode ini amat berguna bagi mereka mengetahui kepelbagaian pendapat mengenai sesebuah hadis; dan



Pensyarah didorong untuk mengkaji pelbagai hadis serta pendapat para pensyarah yang lain.

Kekurangan 

Metode ini tidak relevan bagi pembaca peringkat permulaan kerana perbahasan yang dikemukakan agak luas sehingga sukar untuk menentukan pilihan.



Metode ini cenderung menelusuri perbandingan pendapat antara para pensyarah dan ia tidak mengemukakan pendapat atau idea yang baru. Justeru, perbahasan hadis berdasarkan metode ini mungkin tidak sesuai dijadikan jalan penyelesaian bagi masalah kehidupan yang dihadapi masyarakat kerana ia tidak mengetengahkan penerangan yang terperinci bagi masalah yang berkaitan dengan hadis.

SEMAK KENDIRI 1.1 1.

Huraikan dengan terperinci kelebihan dan kekurangan setiap metode yang digunakan semasa mensyarahkan hadis.

2.

Pada pendapat anda, metode syarah hadis yang manakah paling sesuai dan mudah difahami oleh mahasiswa IPTA/IPTS di Malaysia? Mengapa?

3.

Berikan pandangan anda mengapa ilmu syarah hadis ini penting dipelajari?

1.1.3

Cara atau Kaedah Mensyarahkan Hadis

Tahukah anda bahawa ulama telah mengkategorikan cara mensyarahkan hadis kepada empat kategori. (a)

Pertama: Syarah Hadis dengan Hadis Apa yang dimaksudkan dengan cara pertama ini ialah ulama mensyarahkan sesuatu hadis berdasarkan apa yang telah dijelaskan di dalam hadis yang lain atau di dalam riwayat yang lain. Cara ini merupakan Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS



9

cara yang paling baik (afdhal) dan selamat daripada berlakunya kesalahan semasa mensyarahkan hadis. Imam Ahmad bin Hanbal berkata „Sesebuah hadis apabila tidak dihimpunkan jalan-jalannya (turuq) ia tidak difahami, dan sesebuah hadis itu menerangkan hadis yang lain‰. Imam Ibn Hazm pula menyatakan, „andai kata berlaku pertentangan (taÊarudh) antara beberapa hadis, maka perlu dilakukan sesuatu agar hadis tersebut difahami. Dan cara yang paling tepat untuk memahaminya ialah dengan cara menggabungkan hadis-hadis tersebut, dan tidak boleh berpegang kepada sebahagian hadis sahaja dan mengabaikan sebahagian yang lain‰. Qadhi ÂIyadh (2006) pula berkata „Sesuatu hadis berperanan dalam menentukan hukum antara satu sama lain, ia juga berperanan dalam menerangkan perkara-perkara yang musykil di dalam hadis lain‰. Kata-kata ulama yang dibawakan sebentar tadi, jelas menunjukkan tahap pentingnya sesebuah hadis disyarahkan dengan hadis yang lain. Tahukah anda cara mensyarahkan atau mentafsirkan hadis dengan hadis? Ia berlaku dalam dua keadaan: (i)

Keadaan pertama ialah sesebuah hadis ditafsirkan atau disyarahkan dengan hadis yang sama. Maksudnya adalah hadis tersebut ditafsirkan melalui riwayat atau jalan lain yang juga turut meriwayatkan hadis yang sama. Jadi, kita lihat di sini berlakunya proses pengumpulan jalan-jalan dan riwayat-riwayat yang mendatangkan hadis yang sama. Namun, kadang-kadang keadaan ini tidak boleh terjadi kerana terdapat sesetengah hadis yang tidak mempunyai jalan riwayat yang banyak (al-Bazmul, 2009). Ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu berkaitan dengan kepelbagaian riwayat bagi sesebuah hadis. Perkara tersebut ialah: 

Terdapat di dalam suatu riwayat apa yang tidak ada pada riwayat yang lain. Apa yang dimaksudkan di sini ialah beberapa riwayat diambil atau kumpulkan dengan tidak menafikan atau menolak mana-mana riwayat. Hal ini berlaku kerana cerita yang terkandung di dalam riwayat-riwayat ini sama, begitu juga dengan maknanya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

10 

TOPIK 1

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS



Terdapat perbezaan antara apa yang ada pada suatu riwayat berbanding riwayat yang lain. Perbezaan yang dimaksudkan ialah perbezaan dari sudut lafaz dan makna. Sekiranya ada kemungkinan untuk disatukan kesemua riwayat yang berbeza ini, maka ia hendaklah disatukan. Sekiranya ia tidak boleh disatukan, maka ia perlu ditarjihkan; iaitu memilih riwayat yang paling kuat (rajih).



Terdapat beberapa riwayat yang terkandung di dalamnya perbezaan atau percanggahan pada sesuatu perkara di samping terdapat persamaan pada perkara yang lain. Percanggahan atau perbezaan ini mestilah tidak memberi kesan kepada perkara yang disepakati. Jika keadaan ini berlaku, hendaklah berpegang kepada perkara yang disepakati dan ditinggalkan apa yang bercanggah atau berbeza kerana perbezaan ini dikenali oleh ulama hadis sebagai mudhtarib dan ia tertolak.



Terdapat pelbagai versi lafaz dalam beberapa riwayat tetapi masih berlegar pada makna yang sama. Perkara ini berlaku kerana perawi meriwayatkan hadis berdasarkan makna dan ini diterima oleh ulama hadis.

Selain daripada apa yang disebut di atas, tahukah anda apa faedah yang diperoleh daripada pengumpulan jalan-jalan atau riwayatriwayat bagi hadis yang sama atau hadis yang berlainan di dalam satu topik? Antara faedahnya ialah: 

Dapat mentafsirkan perkataan yang gharib. Perkara ini diakui oleh ulama sebagai cara terbaik untuk menjelaskan perkataan yang gharib yang terdapat di dalam sesetengah riwayat hadis (alSuyuty, 2003);



Dapat mengetahui sabab wurud hadis yang mana sabab wurud ini amat berperanan dalam menentukan maksud sesebuah hadis;



Dapat diketahui ketidakjelasan maksud (mubham) dalam matan hadis kerana perkara mubham ini hanya berlaku pada riwayat tertentu sahaja. Oleh yang demikian, riwayat yang tidak terdapat padanya mubham menjelaskan riwayat yang matannya tidak jelas; Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

(ii)

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS



11



Dapat menjelaskan riwayat yang umum (mujmal) kerana terdapat riwayat lain yang mengkhususkan atau menjelaskannya;



Dapat dipilih (ditarjih) makna yang sesuai bagi makna-makna yang ada pada satu riwayat;



Dapat ditentukan perkara yang tepat (jazm) bagi sesuatu riwayat dan ditolak perkara yang syak; dan



Dapat membuat pilihan (tarjih) jika berlaku kesamaran atau keraguan (taraddud) daripada perawi di dalam riwayatnya.

Keadaan kedua pula ialah sesebuah hadis ditafsirkan atau disyarahkan dengan hadis yang lain tetapi masih di dalam bab yang sama. Keadaan ini memerlukan kepada merujuk kitab-kitab atau karya hadis yang disusun berdasarkan tajuk (maudhuÊat) seperti: al-

Mushannafat, al-Muwattaat, al-JawamiÊ, al-Sunan, al-Mustadrakat, alMustakhrajat dan al-AjzaÊ (Bazmul, 2009).

AKTIVITI 1.2 Sila cari maklumat berkenaan dengan karya hadis yang disusun berdasarkan tajuk (maudhuÊat) iaitu al-Mushannafat, al-Muwattaat, alJawamiÊ, al-Sunan, al-Mustadrakat, al-Mustakhrajat dan al-AjzaÊ. Bentangkan dalam bentuk kumpulan beberapa nama buku beserta nama penulis bagi setiap jenis karya hadis yang disusun berdasarkan tajuk (maudhuÊat) ini. (b)

Kedua: Syarah Hadis dengan Kata-kata Sahabat Sekarang, mari kita lihat pula kaedah kedua yang digunakan untuk mensyarahkan hadis. Kaedah kedua ini ialah sesebuah hadis disyarahkan dengan kata-kata sahabat. Sila baca penerangan berikut dengan teliti agar anda dapat memahami kaedah kedua ini dengan baik. Tahukah anda siapa yang dimaksudkan dengan sahabat? Sahabat ialah individu yang bertemu dengan Rasulullah s.a.w. semasa hayatnya dan dia beriman dengan baginda sehingga akhir hayat walaupun dia pernah murtad tetapi kembali memeluk Islam dan dia mati sebagai seorang Islam. Ulama hadis bersepakat mengatakan semua sahabat Rasulullah s.a.w. adalah adilÊ dan thiqah. Justeru, periwayatan mereka diterima kerana mereka tidak melakukan pendustaan terhadap Rasulullah s.a.w. sekaligus Copyright © Open University Malaysia (OUM)

12 

TOPIK 1

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

diiktiraf sebagai salah satu kaedah untuk mensyarahkan hadis (al-Abadiyy, 1999). Kenapa kata-kata para sahabat diambil kira sebagai salah satu kaedah untuk mensyarahkan hadis? Sahabat adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah s.a.w., mereka hidup pada ketika wahyu masih diturunkan dan mereka mengetahui perkara-perkara berkaitan dengan keadaan (qaraÊin al-ahwal) ketika sesebuah hadis itu dikeluarkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh yang demikian, mereka dapat memahami sesebuah hadis dengan baik. Lebih-lebih lagi, jika sahabat ini juga merupakan perawi hadis, nescaya dia akan lebih mengetahui dan memahami hadis yang diriwayatkannya berbanding orang lain. Tahukah anda, bahawa kelebihan yang ada pada diri sahabat ini menyebabkan ulama hadis amat memberi perhatian kepada kata-kata para sahabat. Di dalam ilmu hadis, kata-kata sahabat ini dikenali sebagai athar. Terdapat banyak karya hadis yang menghimpunkan athar sahabat, antaranya: MuwataÊ Imam Malik, hadis-hadis muÊallaq dalam Sahih Bukhari, Musannaf Abdul Razak, Musannaf Ibn Abi Syaybah, Kitab alAthar karangan Muhammad bin Hasan al-Syaybani, Kitab al-Athar karangan Abu Yusuf dan lain-lain lagi. Kata-kata sahabat juga turut dimuatkan di dalam ajzaÊ yang berkaitan dengan sesuatu topik (maudhuÊ) atau hadis tertentu. Ia bertujuan untuk menjelaskan makna perkara atau hadis tersebut. Sebagai contoh juzÊ bacaan di belakang imam dan juzÊ mengangkat kedua tangan karangan Imam Bukhari dan ajzaÊ hadithiyyah bagi Imam Abi Dunya. Selain itu, untuk mengambil kira tafsiran sahabat bagi mensyarahkan hadis, kedudukan sahabat ini sebagai perawi hadis tersebut ataupun bukan sebagai perawi hadis tersebut amat memainkan peranan. Kata-kata para sahabat yang berperanan mensyarahkan sesebuah hadis boleh dikategorikan kepada beberapa jenis. Jenis-jenis tersebut ialah seperti berikut: (i)

Sama ada tafsiran mereka bertentangan sama sekali dengan hadis;

(ii)

Sama ada tafsiran mereka serupa atau sama dengan hadis; atau

(iii) Sama ada tafsiran mereka sama dengan hadis pada sesetengah bahagian dan berlainan pula pada bahagian yang lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS



13

Berikut adalah penjelasan bagi pembahagian di atas. Jika tafsiran sahabat ini bertentangan sama sekali dengan hadis dan beliau merupakan perawi hadis tersebut, maka tafsiran yang diambil kira (al-muÊtabar) ialah apa yang diriwayatkan (‫ﺭﻭﻯ‬

‫)ﲟﺎ‬

dan bukan apa yang dilihat (‫ﺭﺃﻯ‬

‫)ﲟﺎ‬

. Jika

sahabat itu bukan perawi hadis, maka yang diambil kira ialah hadis tersebut dan bukannya tafsiran sahabat ini. Kiranya kata-kata sahabat yang meriwayatkan hadis tersebut sama dengan hadis, maka ia diambil kira sebagai tafsiran kepada hadis tersebut. Begitu juga jika sesuatu tafsiran sahabat itu dipersetujui oleh sebahagian sahabat dan tidak dipersetujui oleh sebahagian sahabat yang lain, maka yang diambil kira ialah tafsiran yang disepakati oleh para sahabat. Jika tafsiran sahabat ini tidak dipersetujui oleh sahabat yang lain, sedangkan beliau merupakan perawi hadis tersebut, maka tafsiran beliau tetap diambil kira kerana beliau lebih mengetahui dan memahami apa yang diriwayatkan. Namun sekiranya sahabat ini bukan perawi hadis ini, bukanlah bererti tafsiran sahabat yang bertentangan dengan tafsirannya diterima pakai, sebaliknya tafsiran yang diambil kira ialah apa yang ditarjihkan oleh ulama atau ahli ilmu (Bazmul). (c)

Ketiga: Syarah Hadis dengan Kata-kata Tabiin Tabiin ialah individu yang bertemu sahabat. Kata-kata tabiin dikenali sebagai athar. Kata-kata sahabat juga dikenali dengan athar. Tabiin bertemu dan belajar daripada sahabat ilmu-ilmu agama dan ulama hadis turut memberi perhatian terhadap kata-kata tabiin dan mereka menghimpun kata-kata tabiin di dalam karya-karya tertentu. Sekiranya tidak terdapat kata-kata tabiin yang mensyarahkan hadis tertentu, maka bolehlah menggunakan kaedah keempat.

(d)

Keempat: Syarah Hadis Berdasarkan Ijtihad dan Konteks Bahasa Maksud kaedah keempat ini ialah sesebuah hadis disyarahkan berdasarkan ijtihad dan konteks bahasa dengan berpandukan pendapat ulama yang terdapat sama ada di dalam kitab syarah, fikah, adab atau akidah (Bazmul, 2009). Ibn Abi al-ÂIzz al-Hanafi (1985) berkata: „Adalah merupakan satu kesalahan bagi sesiapa yang menyangka bahawa dia mengetahui hukum-hakam melalui al-Quran dan sunnah tanpa melihat dan mengetahui pendapat ulama mengenainya, kerana dengan meneliti pandangan ulama ini akan membawa kepada penemuan jawapan atau hukum yang boleh dipegang atau diikut‰. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

14 

TOPIK 1

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

Tahukah anda perbezaan antara menerangkan maksud sesuatu perkataan dan menerangkan maksud yang dikehendaki daripada sesuatu perkataan? Apa yang dimaksudkan dengan menerangkan sesuatu perkataan ialah menerangkannya dari sudut bahasa iaitu dengan merujuk kepada buku-buku lughah atau buku gharib hadis. Manakala menerangkan maksud yang dikehendaki daripada sesuatu perkataan pula ialah mencari makna perkataan berdasarkan konteks ayat iaitu dengan merujuk kepada buku-buku syarah. Dan tidak semestinya maksud perkataan dari sudut bahasa itu merupakan maksud yang dikehendaki daripada perkataan tersebut. Menyentuh mengenai kaedah mensyarahkan hadis berdasarkan ijtihad dan konteks bahasa, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Perkara tersebut ialah: (a)

Hendaklah berpegang kepada kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak semasa mentafsir nas-nas syarak iaitu mentafsir lafaz atau perkataan berdasarkan Âuruf syarak terlebih dahulu. Dan sekiranya tidak ada, maka barulah ditafsirkan mengikut Âuruf sahabat dan seterusnya Âuruf bahasa, di samping menjaga konteks ayat dan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh syarak;

(b)

Hendaklah merujuk kepada hadis Rasulullah s.a.w. secara keseluruhannya; dan

(c)

Telah terdapat pendapat ulama terdahulu bagi makna yang dipilih berdasarkan ijtihad atau konteks bahasa ini.

SEMAK KENDIRI 1.2 1.

Mensyarahkan hadis dengan hadis adalah cara yang paling afdhal. Berikan pendapat anda kenapa cara ini dianggap paling baik.

2.

Berpegang kepada pendapat atau kata-kata sahabat dan tabiin adalah antara cara mensyarahkan hadis. Siapakah yang dimaksudkan dengan sahabat dan tabiin dan sebutkan beberapa nama sahabat dan tabiin yang banyak meriwayatkan hadis?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

1.1.4

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS



15

Jenis-jenis Syarah Hadis

Perbahasan sebelum ini membicarakan mengenai metode yang digunakan oleh ulama semasa mensyarahkan hadis dan juga kaedah yang digunakan oleh mereka semasa mensyarahkan hadis. Sekarang, kita pelajari pula satu lagi perkara penting di dalam pembahagian syarah hadis iaitu jenis-jenis syarah hadis. Sebelum memulakan perbincangan mengenai jenis-jenis syarah hadis, anda perlu jelas mengenai maksud metode syarah hadis dan kaedah mensyarahkan hadis agar anda dapat membezakan antara kedua-dua perkara ini dengan jenis syarah hadis yang bakal dibincangkan sebentar lagi. Ulama hadis membahagikan syarah hadis kepada beberapa jenis. Berikut adalah jenis-jenis syarah hadis ini. (a)

Al-Syarh al-Qawli Al-Syarh al-Qawli digunakan oleh pensyarah hadis di kala beliau memetik sebahagian daripada sanad atau matan hadis dan kebiasaannya beliau menggunakan perkataan „‫ﻛﺬﺍ‬:‫ ﻗ ﻮ ﻟ ﻪ‬‰. Kemudian beliau akan membahaskan petikan tersebut sama ada secara ringkas atau terperinci, mengikut urutan lafaz sanad dan matan bagi petikan tersebut. Contoh al-Syarh al-Qawli ialah sebagaimana yang didatangkan oleh Ibn Hajar al-ÂAsqalani di dalam kitabnya Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari semasa mensyarahkan hadis "‫ﺣﺮﺍﻡ‬

‫"ﻛﻞ ﺷﺮﺍﺏ ﺃﺳﻜﺮ ﻓﻬﻮ‬. Ibn Hajar berkata

(1993):

‫ﻗﻮﻟﻪ "ﻛﻞ ﺷﺮﺍﺏ ﺃﺳﻜﺮ" ﺃﻱ ﻛﺎﻥ ﻣﻦ ﺷﺄﻧﻪ ﺍﻹﺳﻜﺎﺭ ﺳﻮﺍﺀ ﺣﺼﻞ ﺑﺸﺮﺑﻪ ﺍﻟﺴﻜﺮ ﺃﻡ ﻻ ﻗﺎﻝ‬ ‫ﺍﳋﻄﺎﰊ ﻓﻴﻪ ﺩﻟﻴﻞ ﻋﻠﻰ ﺃﻥ ﻗﻠﻴﻞ ﺍﳌﺴﻜﺮ ﻭﻛﺜﲑﻩ ﺣﺮﺍﻡ ﻣﻦ ﺃﻱ ﻧﻮﻉ ﻛﺎﻥ ﻷﻬﻧﺎ ﺻﻴﻐﺔ ﻋﻤﻮﻡ‬ ‫ﺃﺷﲑ ﻬﺑﺎ ﺇﱃ ﺟﻨﺲ ﺍﻟﺸﺮﺍﺏ ﺍﻟﺬﻱ ﻳﻜﻮﻥ ﻣﻨﻪ ﺍﻟﺴﻜﺮ ﻓﻬﻮ ﻛﻤﺎ ﻟﻮ ﻗﺎﻝ ﻛﻞ ﻃﻌﺎﻡ ﺃﺷﺒﻊ ﻓﻬﻮ‬ ‫ﺣﻼﻝ ﻓﺄﻧﻪ ﻳﻜﻮﻥ ﺩﺍﻻ ﻋﻠﻰ ﺣﻞ ﻛﻞ ﻃﻌﺎﻡ ﻣﻦ ﺷﺄﻧﻪ ﺍﻻﺷﺒﺎﻉ ﻭﺃﻥ ﱂ ﳛﺼﻞ ﺍﻟﺸﺒﻊ ﺑﻪ ﻟﺒﻌﺾ‬ ‫ﺩﻭﻥ ﺑﻌﺾ ﻭﻭﺟﻪ ﺍﺣﺘﺠﺎﺝ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﺑﻪ ﰲ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺒﺎﺏ ﺃﻥ ﺍﳌﺴﻜﺮ ﻻ ﳛﻞ ﺷﺮﺑﻪ ﻭﻣﺎ ﻻ ﳛﻞ‬ ."‫ﺷﺮﺑﻪ ﻻ ﳚﻮﺯ ﺍﻟﻮﺿﻮﺀ ﺑﻪ ﺍﺗﻔﺎﻗﺎ ﻭﺍﷲ ﺃﻋﻠﻢ‬

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

16 

(b)

TOPIK 1

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

Al-Syarh al-MaudhuÊi Al-Syarah al-MaudhuÊi ialah pengarang kitab syarah membahaskan sesebuah hadis dengan membahagikan perbincangannya kepada tajuktajuk kecil. Setiap tajuk kecil ini diberikan nama tertentu dan seterusnya tajuk ini dikupas berdasarkan kehendak tajuk tersebut. Ia boleh jadi ringkas dan kadangkala menjadi panjang. Antara contoh al-Syarah al-MaudhuÊi di dalam kitab syarah hadis ialah apa yang didatangkan oleh Imam Badr al-Din Abu Muhammad Mahmud bin Ahmad al-ÂAini (2002) di dalam kitabnya ÊUmdah al-QariÊ Syarah Sahih al-

Bukhari semasa mensyarahkan hadis "...‫ﺑﺎﻟﻨﻴﺎﺕ‬

‫"ﺇﳕﺎ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ‬. Beliau berkata:

‫ ﺇﻥ ﺍﷲ ﺗﻌﺎﱃ ﺃﻭﺣﻰ ﺇﱃ ﻧﺒﻴﻨﺎ ﻭﺇﱃ ﲨﻴﻊ ﺍﻷﻧﺒﻴﺎﺀ ﻋﻠﻴﻬﻢ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﺇﻥ‬:‫"ﺑﻴﺎﻥ ﺗﻌﻠﻖ ﺍﳊﺪﻳﺚ ﺑﺎﻵﻳﺔ‬ ‫ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺑﺎﻟﻨﻴﺎﺕ ﻭﺍﳊﺠﺔ ﻟﻪ ﻗﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﱃ ) ﻭﻣﺎ ﺃﻣﺮﻭﺍ ﺇﻻ ﻟﻴﻌﺒﺪﻭﺍ ﺍﷲ ﳐﻠﺼﲔ ﻟﻪ ﺍﻟﺪﻳﻦ ( ﻭﻗﻮﻟﻪ‬ ‫ ﺍﻟﻨﻴﺔ ﻗﺎﻝ‬:‫ ﻭﺍﻹﺧﻼﺹ‬.‫ﺷﺮﻉ ﻟﻜﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﻣﺎ ﻭﺻﻰ ﺑﻪ ﻧﻮﺣﺎ ﻭﺍﻟﺬﻱ ﺃﻭﺣﻴﻨﺎ ﺇﻟﻴﻚ‬:‫ﺗﻌﺎﱃ‬ ."‫ "ﻭﺻﺎﻫﻢ ﺑﺎﻹﺧﻼﺹ ﰲ ﻋﺒﺎﺩﺗﻪ‬:‫ﺃﺑﻮ ﺍﻟﻌﺎﻟﻴﺔ‬ ‫ ﺫﻛﺮ ﻓﻴﻪ ﻭﺟﻮﻩ ﺍﻷﻭﻝ ﺃﻥ ﺍﻟﻨﱯ ﺧﻄﺐ ﻬﺑﺬﺍ ﺍﳊﺪﻳﺚ ﳌﺎ ﻗﺪﻡ‬:‫"ﺑﻴﺎﻥ ﺗﻌﻠﻖ ﺍﳊﺪﻳﺚ ﺑﺎﻟﺘﺮﲨﺔ‬ ."‫ﺍﳌﺪﻳﻨﺔ ﺣﲔ ﻭﺻﻞ ﺇﱃ ﺩﺍﺭ ﺍﳍﺠﺮﺓ ﻭﺫﻟﻚ ﻛﺎﻥ ﺑﻌﺪ ﻇﻬﻮﺭﻩ ﻭﻧﺼﺮﻩ ﻭﺍﺳﺘﻌﻼﺋﻪ ﻓﺎﻷﻭﻝ‬

‫ ﻭﻫﻢ ﺳﺘﺔ ﺍﻷﻭﻝ ﺍﳊﻤﻴﺪﻱ ﻫﻮ ﺃﺑﻮ ﺑﻜﺮ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺑﻦ ﺍﻟﺰﺑﲑ ﺑﻦ ﻋﻴﺴﻰ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ‬:‫"ﺑﻴﺎﻥ ﺭﺟﺎﻟﻪ‬

‫ﺍﷲ ﺑﻦ ﺍﻟﺰﺑﲑ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺑﻦ ﲪﻴﺪ ﺑﻦ ﺃﺳﺎﻣﺔ ﺑﻦ ﺯﻫﲑ ﺑﻦ ﺍﳊﺮﺙ ﺑﻦ ﺃﺳﺪ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻌﺰﻯ ﺑﻦ‬ ‫ﻗﺼﻲ ﺍﻟﻘﺮﺷﻲ ﺍﻷﺳﺪﻱ ﳚﺘﻤﻊ ﻣﻊ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﰲ ﻗﺼﻲ ﻭﻣﻊ ﺧﺪﳚﺔ ﺑﻨﺖ ﺧﻮﻳﻠﺪ ﺑﻦ ﺃﺳﺪ‬ ‫ﺯﻭﺝ ﺍﻟﻨﱯ ﰲ ﺃﺳﺪ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻌﺰﻯ ﻣﻦ ﺭﺅﺳﺎﺀ ﺃﺻﺤﺎﺏ ﺍﺑﻦ ﻋﻴﻴﻨﺔ ﺗﻮﰲ ﲟﻜﺔ ﺳﻨﺔ ﺗﺴﻊ ﻋﺸﺮﺓ‬ ."‫ﻭﻣﺎﺋﺘﲔ‬

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

(c)

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS



17

Al-Syarh al-Muzawwaj Al-Syarah al-Muzawwaj ialah syarah yang menghimpunkan secara serentak sanad hadis, matannya dan syarah yang dikemukakan oleh pensyarah hadis di dalam satu rentak gaya bahasa. Antara kitab syarah yang memuatkan jenis syarah seumpama ini ialah kitab syarah Sunan Abi Dawud karangan Ibn Ruslan al-Ramli semasa mensyarahkan hadis WaÊil bin Hajar:

‫ ﺍﳊﺎﻓﻆ‬،‫ ﺛﻨﺎ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﺮﲪﻦ ﺑﻦ ﺳﻠﻴﻤﺎﻥ{ ﺍﳌﺮﻭﺯﻱ ﺑﺎﻟﻜﻮﻓﺔ‬:‫ ﻗﺎﻝ‬،‫"}ﺛﻨﺎ ﻋﺜﻤﺎﻥ ﺑﻦ ﺃﰊ ﺷﻴﺒﺔ‬ ‫ ﺍ]ﻱ ﻋﺮﻭﺓ }ﺍﻟﻨﺨﻌﻲ{ ﺃﺧﺮﺝ ﻟﻪ ﻣﺴﻠﻢ ﰲ‬،‫ }ﻋﻦ ﺍﳊﺴﻦ ﺑﻦ ﻋﺒﻴﺪ ﺍﷲ{ ﺑﺎﻟﺘﺼﻐﲑ‬.‫ﺍﳌﺼﻨﻒ‬ ‫ ﺃﻧﻪ ﺃﺑﺼﺮ ﺍﻟﻨﱯ‬:‫ ﻋﻦ ﺃﺑﻴﻪ‬،‫ }ﻋﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﳉﺒﺎﺭ ﺑﻦ ﻭﺍﺋﻞ‬.‫ ﻣﺎﺕ ﺳﻨﺔ ﺗﺴﻊ ﻭﺛﻼﺛﲔ ﻭﻣﺌﺔ‬،‫ﻣﻮﺍﺿﻊ‬

‫ "ﺭﻓﻊ ﻳﺪﻳﻪ ﺣﲔ ﺩﺧﻞ ﰲ ﺍﻟﺼﻼﺓ‬:‫ ﻟﻔﻆ ﻣﺴﻠﻢ‬.‫ ﺣﲔ ﻗﺎﻡ ﺇﱃ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﺭﻓﻊ ﻳﺪﻳﻪ{ ﺃﻱ ﻛﻔﻴﻪ‬ ‫ }ﺃﺫﻧﻴﻪ{ ﺃﻱ‬."‫ "ﺑﻜﺴﺮ ﺍﳊﺎﺀ‬:‫ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻨﻮﻭﻱ‬.{‫ }ﺣﱴ ﻛﺎﻧﺘﺎ ﲝﻴﺎﻝ‬."‫ﻛﱪ ﻭﺻﻒ ﻛﻔﻴﻪ‬ ‫ }ﻭﺣﺎﺫﻱ{ ﺃﻱ ﻗﺎﺑﻞ‬."‫ ﻭﺇﺯﺍﺀ ﲟﻌﲎ ﻭﺍﺣﺪ‬،‫ ﻭﺣﺬﺍﺀ‬،‫ "ﺍﳊﻴﺎﻝ‬:‫ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻘﺮﻃﱯ‬.‫ﻗﺒﺎﻟﺘﻬﻤﺎ‬ ،‫ ﺣﺎﺫﻱ ﺑﺈﻬﺑﺎﻣﻴﻪ‬:‫ ﻭﳛﺘﻤﻞ ﺃﻥ ﻳﻜﻮﻥ ﻋﻠﻰ ﺣﺬﻑ ﺣﺮﻑ ﺍﳉﺮ ﺃﻱ‬،‫}ﺇﻬﺑﺎﻣﻴﻪ{ ﻫﻜﺬﺍ ﺍﻟﺮﻭﺍﻳﺔ‬ ‫ }ﺃﺫﻧﻴﻪ{ ﻭﺭﻭﺍﻳﺔ‬.‫ ﺃﻱ ﳜﻮﻓﻜﻢ ﺑﺄﻭﻟﻴﺎﺋﻪ‬  :‫ﻓﻠﻤﺎ ﺣﺬﻑ ﺣﺮﻑ ﺍﳉﺮ ﺍﻧﺘﺼﺐ ﻛﻘﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﱃ‬ ‫ "ﺣﱴ‬:‫ ﻭﻟﻔﻆ ﺍﻟﻨﺴﺎﺋﻲ‬."‫ "ﻳﺮﻓﻊ ﺃﻏﻬﺎﻣﻴﻪ ﺇﱃ ﺷﺤﻤﺔ ﺃﺫﻧﻴﻪ‬:‫ﺍﺑﻦ ﺣﺒﺎﻥ ﻣﻦ ﺭﻭﺍﻳﺔ ﻭﺍﺋﻞ ﺃﻳﻀﹰﺎ‬ :‫ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﺮﻭﺍﻳﺔ ﻣﻊ ﺭﻭﺍﻳﺔ ﺍﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﺍﳌﺘﻘﺪﻣﺔ‬.{‫ }ﰒ ﻛﱪ‬."‫ﻳﻜﺎﺩ ﺇﻬﺑﺎﻣﺎﻩ ﲢﺎﺫﻱ ﺷﺤﻤﺔ ﺃﺫﻧﻴﻪ‬ ‫ ﻳﺪﻻﻥ ﻋﻠﻰ ﺃﻧﻪ‬،‫ ﺃﻱ ﻭﳘﺎ ﻗﺎﺭﻧﺎﻥ‬."‫ ﰒ ﻛﱪ ﻭﳘﺎ ﻛﺬﻟﻚ‬،‫"ﺭﻓﻊ ﻳﺪﻳﻪ ﺣﱴ ﻳﻜﻮﻧﺎ ﺣﺬﻭﻣﻨﻜﺒﻴﻪ‬ ..."‫ ﺃﻱ ﻳﺮﺳﻠﻬﻤﺎ ﺑﻌﺪ ﻓﺮﺍﻏﻪ‬،‫ ﰒ ﻳﻜﱪ‬،‫ﻳﺮﻓﻊ ﻳﺪﻳﻪ ﺑﻼ ﺗﻜﺒﲑ‬

Satu perkara yang perlu anda beri perhatian di dalam syarah hadis ialah seseorang pensyarah hadis mungkin akan menggunakan lebih daripada satu metode semasa mensyarahkan hadis. Dan semasa beliau mensyarahkan hadis berdasarkan metode tertentu, beliau dalam masa yang sama turut menggunakan kaedah syarah hadis yang tertentu atau menggunakan beberapa kaedah lain. Begitu juga jika seseorang pensyarah hadis tidak hanya berpegang kepada satu jenis syarah sahaja, bahkan kadang-kadang beliau menggunakan ketiga-tiga jenis syarah semasa mensyarahkan hadis di dalam kitabnya. Kesimpulannya, seseorang pensyarah hadis mungkin menggunakan lebih dari satu metode, kaedah dan jenis di dalam kitab syarahnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

18 

1.2

TOPIK 1

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

METODE PENSYARAH KITAB-KITAB SYARAH HADIS

Anda telah pelajari metode, kaedah dan jenis syarah yang digunakan oleh ulama hadis semasa mensyarahkan hadis. Sekarang marilah pula kita lihat bagaimana pensyarah kitab hadis yang terkenal mengaplikasikan metode syarah hadis ini di dalam karya mereka.

AKTIVITI 1.3 Pernahkah anda mendengar berkenaan dengan al-sunan al-sittah? Cuba cari maklumat tentang maksud al-sunan al-sittah dan sila kenal pasti kitab-kitab syarah bagi al-sunan al-sittah ini.

1.2.1

Aplikasi Metode Tahlili

Sekarang kita lihat pula bagaimana metode analisis, metode ijmali dan metode muqarin digunakan oleh para ulama di dalam kitab syarah mereka. Kita mulakan dengan metode analisis. Antara ulama yang menggunakan metode analisis ini ialah Imam Ibn Hajar al-ÂAsqalani (1993) di dalam kitabnya Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari. Berikut adalah contoh yang dipetik daripada kitab tersebut.

‫"ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺍﳊﻤﻴﺪﻱ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺑﻦ ﺍﻟﺰﺑﲑ ﻗﺎﻝ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﳛﲕ ﺑﻦ ﺳﻌﻴﺪ ﺍﻷﻧﺼﺎﺭﻱ ﻗﺎﻝ ﺃﺧﱪﻧـﻲ ﳏﻤّﺪ ﺍﺑﻦ‬ ‫ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﺍﻟﺘﻴﻤﻲ ﺃﻧﻪ ﲰﻊ ﻋﻠﻘﺔ ﺑﻦ ﻭﻗﺎﺹ ﺍﻟﻠﻴﺜﻲ ﻳﻘﻮﻝ ﲰﻌﺖ ﻋﻤﺮ ﺑﻦ ﺍﳋﻄﺎﺏ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ ﻋﻠﻰ‬ ‫ﺍﻟـﻤﻨﱪ ﻗﺎﻝ ﲰﻌﺖ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﹼﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﹼﻤﻴﻘﻮﻝ ﺇﻧّﻤﺎ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺑﺎﻟﻨّﻴﺎﺕ ﻭ ﺇﻧّﻤﺎ ﻟﻜ ﹼﻞ ﺍﻣﺮﺉ‬ ."‫ﻣﺎ ﻧﻮﻯ ﻓﻤﻦ ﻛﺎﻧﺖ ﻫﺠﺮﺗﻪ ﺍﱃ ﺩﻧﻴﺎ ﻳﺼﻴﺒﻬﺎ ﺃﻭ ﺇﱃ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﻳﻨﻜﺤﻬﺎ ﻓﻬﺠﺮﺗﻪ ﺇﱃ ﻣﺎ ﻫﺠﺮ ﺇﻟﻴﻪ‬ ‫ﻭﻗﺪ ﺍﻋﺘﺮﺽ ﻋﻠﻰ ﺍﳌﺼﻨﻒ ﰲ ﺇﺩﺧﺎﻟﻪ ﺣﺪﻳﺚ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﻫﺬﺍ ﰲ ﺗﺮﲨﺔ ﺑﺪﺀ ﺍﻟﻮﺣﻲ ﻭ ﺃﻧﻪ ﻻ ﺗﻌﻠﻖ‬.." ‫ﻟﻪ ﺑﻪ ﺃﺻﻼ ﲝﻴﺚ ﺃﻥ ﺍﳋﻄﺎﰊ ﰲ ﺷﺮﺧﻪ ﻭ ﺍﻹﲰﺎﻋﻴﻠﻲ ﰲ ﻣﺴﺘﺨﺮﺟﻪ ﺃﺧﺮﺟﺎﻩ ﻗﺒﻞ ﺍﻟﺘﺮﲨﺔ‬ ‫ﻻﻋﺘﻘﺎﺩﳘﺎ ﺃﻧﻪ ﺇﳕﺎ ﺃﻭﺭﺩﻩ ﻟﻠﺘﱪﻙ ﺑﻪ ﻓﻘﺪ ﻭﺍﺳﺘﺼﻮﺏ ﺃﺑﻮ ﺍﻟﻘﺎﺳﻢ ﺑﻦ ﻣﻨﺪﻩ ﺻﻨﻴﻊ ﺍﻹﲰﺎﻋﻴﻠﻲ ﰲ ﺫﻟﻚ‬ ‫ﻭﻗﺎﻝ ﺑﻦ ﺭﺷﻴﺪ ﱂ ﻳﻘﺼﺪ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﺑﺈﺭﺍﺩﻩ ﺳﻮﻯ ﺑﻴﺎﻥ ﺣﺴﻦ ﻧﻴﺘﻪ ﻓﻴﻪ ﰲ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺘﺄﻟﻴﻒ ﻭ ﻗﺪ ﺗﻜﻠﻔﺖ‬ ‫ﻣﻨﺎﺳﺒﺘﻪ ﻟﻠﺘﺮﲨﺔ ﻓﻘﺎﻝ ﻛﻞ ﲝﺴﺐ ﻣﺎﻇﻬﺮ ﻟﻪ ﺍﻧﺘﻬﻰ ﻭ ﻗﺪ ﻗﻴﻞ ﺇﻧﻪ ﺃﺭﺍﺩ ﺃﻧﻴﻘﻴﻤﻪ ﻣﻘﺎﻡ ﺍﳋﻄﺒﺔ ﻟﻠﻜﺘﺎﺏ‬ Copyright © Open University Malaysia (OUM)

‫‪19‬‬

‫‪‬‬

‫‪METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS‬‬

‫‪TOPIK 1‬‬

‫ﻷﻧﻪ ﰲ ﺳﻴﺎﻗﻪ ﺃﻥ ﻋﻤﺮ ﻗﺎﻟﻪ ﻋﻠﻰ ﺍﳌﻨﱪ ﲟﺤﻀﺮﺓ ﺍﻟﺼﺤﺎﺑﺔ ﻓـﺈﺫﺍ ﺻﻠﺢ ﺃﻥ ﻳﻜﻮﻥ ﰲ ﺧﻄﺒﺔ ﺍﳌﻨﱪ‬ ‫ﺻﻠﺢ ﺃﻥ ﻳﻜﻮﻥ ﰲ ﺧﻄﺒﺔ ﺍﻟﻜﺘﺎﺏ ﻭﺣﻜﻰ ﺍﳌﻠﻬﺐ ﺃﻥ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﹼﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﹼﻢ ﺧﻄﺐ ﺑﻪ ﺣﲔ‬ ‫ﻗﺪﺩﻡ ﺍﳌﺪﻳﻨﺔ ﻣﻬﺎﺟﺮﺍ ﻓﻨـﺎﺳﺐ ﺇﻳﺮﺍﺩﻩ ﰲ ﺑﺪﺀ ﺍﻟﻮﺣﻲ ﻷﻥ ﺍﻷﺣﻮﺍﻝ ﺍﻟﱵ ﻛﺎﻧﺖ ﻗﺒﻞ ﳍـﺠﺮﺓ ﻛﺎﻧﺖ‬ ‫ﻛﺎﳌﻘﺪﻣﺔ ﳍﺎ ﻷﻥ ﺑﺎﳍﺠﺮﺓ ﺍﻓﺘﺘﺢ ﺍﻹﺫﻥ ﰲ ﻗـﺘﺎﻝ ﺍﳌﺸﺮﻛﲔ ﻭﻳﻌﻘﺒﻪ ﺍﻟﻨﺼﺮ ﻭﺍﻟﻈﻔﺮ ﻭﺍﻟﻔﺘﺢ ﺍﻧﺘﻬﻰ‬ ‫ﻭﻫﺬﺍ ﻭﺟﻪ ﺣﺴﻦ ﺇﻻ ﺃﻧﲏ ﻷﻡ ﺃﺭ ﻣﺎﺫﻛﺮﻩ ﻣﻦ ﻛﻮﻧـﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻘﻮﻝ ﻳﺎﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻨﺎﺱ‬ ‫ﺇﻧـﻤﺎ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺑﺎﻟﻨﻴﺔ ﺍﳊﺪﻳﺚ ﻓﻔﻲ ﻫﺬﺍ ﺇﱃ ﺃﻧﻪ ﻛﺎﻥ ﰲ ﺣﺎﻝ ﺍﳋﻄﺒﺔ ﺃﻣﺎ ﻛﻮﻧﻪ ﰲ ﺍﺑﺘﺪﺍﺀ ﻗﺪﻭﻣﻪ ﺇﱃ‬ ‫ﺍﳌﺪﻳﻨـﺔ ﻓﻠﻢ ﺃﺭ ﻣﺎﻳﺪﻝ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﻟﻌﻞ ﻗﺎﺋﻠﻪ ﺍﺳﺘﻨﺪ ﺇﱃ ﻣﺎﺭﻭﻯ ﰲ ﻗﺼﺔ ﻣﻬﺎﺟﺮ ﺃﻡ ﻗﻴﺲ ﻗﺎﻝ ﺑﻦ ﺩﻗﻴﻖ‬ ‫ﺍﻟﻌﻴﺪ ﻧﻘﻠﻮﺍ ﺃﻥ ﺭﺟﻼ ﻫﺎﺟﺮ ﻣﻦ ﻣﻜﺔ ﺇﱃ ﺍﳌﺪﻳﻨﺔ ﻻ ﻳﺮﻳﺪ ﺑﺬﻟﻚ ﻓﻀﻴﻠﺔ…"‪.‬‬ ‫"‪ ...‬ﻷﻥ ﺍﳌﺮﺍﺩ ﺑﺎﻷﻋﻤﺎﻝ ﺃﻋﻤﺎﻝ ﺍﻟﻌﺒﺎﺩﺓ ﻭﻫﻲ ﻻ ﺗﺼﺢ ﻣﻦ ﺍﻟﻜﺎﻓﺮ ﻭﺇﻥ ﻛﺎﻥ ﳐﺎﻃﺒﺎ ﻬﺑﺎ ﻣﻌﺎﻗﺒﺎ ﻋﻠﻰ‬ ‫ﺗﺮﻛﻬﺎ ﻭﻻ ﻳﺮﺩ ﺍﻟﻌﺘﻖ ﻭ ﺍﻟﺼﺪﻗﺔ ﻷﻧـﻬﻤﺎ ﺑﺪﻟﻴﻞ ﺁﺧﺮ ﻗﻮﻟﻪ ﺑﺎﻟﻨﻴﺎﺕ ﺍﻟﺒﺎﺀ ﻟﻠﻤﺼﺎﺣﺒﺔ ﻭ ﳛﺘﻤﻞ ﺃﻥ‬ ‫ﺗﻜﻮﻥ ﻟﻠﺴﺒﺒﻴﺔ ﲟﻌﲎ ﺃﻬﻧﺎ ﻣﻘﻮﻣﺔ ﻟﻠﻌﻤﻞ ﻓﻜﺄﻬﻧﺎ ﺳﺒﺐ ﰲ ﺍﳚﺎﺩﻩ ﻭ ﻋﻠﻰ ﺍﻷﻭﻝ ﻓﻬﻲ ﻣﻦ ﻧﻔﺲ ﺍﻟﻌﻤﻞ‬ ‫ﻓﻴﺸﺘﺮﻁ ﺃﻥ ﻻ ﺗﺘﺨﻠﻒ ﻋﻦ ﺃﻭﻟﻪ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻨﻮﻭﻱ ﺍﻟﻨﻴﺔ ﺍﻟﻘﺼﺪ ﻭﻫﻲ ﻋﺰﳝﺔ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻭ ﺗﻌﻘﺒﻪ ﺍﻟﻜﺮﻣﺎﱐ ﺑﺄﻥ‬ ‫ﻋﺰﳝﺔ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻗﺪﺭ ﺯﺍﺋﺪ ﻋﻠﻰ ﺃﺻﻞ ﺍﻟﻘﺼﺪ ﻭﺍﺧﺘﻠﻒ ﺍﻟﻔﻘﻬﺎﺀ ﻫﻞ ﻫﻲ ﺭﻛﻦ ﺃﻭ ﺷﺮﻁ ﻭﺍﳌﺮﺟﺢ ﺃﻥ‬ ‫ﺍﳚﺎﺩﻫﺎ ﺫﻛﺮﺍ ﰲ ﺃﻭﻝ ﺍﻟﻌﻤﻞ ﺭﻛﻦ ﻭﺍﺳﺘﺼﺤﺎﺑـﻬﺎ ﺣﻜﻤﺎ ﲟﻌﲎ ﺃﻥ ﻻﻳﺄﰐ ﲟﻨﺎﻑ ﺷﺮﻋﺎ ﺷﺮﻁ ﻭ‬ ‫ﻻﺑﺪ ﻣﻦ ﳏﺬﻭﻑ ﻳﺘﻌﻠﻖ ﺑﻪ ﺍﳉﺎﺭ ﻭ ﺍﺠﻤﻟﺮﻭﺭ ﻓﻘﻴﻞ ﺗﻌﺘﱪ ﻭ ﻗﻴﻞ ﺗﺼﺢ ﻭ ﻗﺒﻞ ﲢﺼﻞ ﻭ ﻗﻴﻞ ﺗﺴﺘﻘﺮ"‪.‬‬ ‫"‪...‬ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻄﱯ ﻛﻼﻡ ﺍﻟﺸﺎﺭﻉ ﳏﻤﻮﻝ ﻋﻠﻰ ﺑﻴﺎﻥ ﺍﻟﺸﺮﻉ ﻷﻥ ﺍﳌﺨﺎﻃﺒﲔ ﺑﺬﻟﻚ ﻫﻢ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻠﺴﺎﻥ‬ ‫ﻓﻜﺄﻧـﻬﻢ ﺧﻮﻃﺒﻮﺍ ﲟﺎ ﻟﻴﺲ ﳍﻢ ﺑﻪ ﻋﻠﻢ ﺇﻻ ﻣﻦ ﻗﺒﻞ ﺍﻟﺸﺎﺭﻉ ﻓﻴﺘﻌﲔ ﺍﳊﻤﻞ ﻋﻠﻰ ﻣﺎﻳﻔﻴﺪ ﺍﳊﻜﻢ‬ ‫ﺍﻟﺸﺮﻋﻲ ﻭﻗﺎﻝ ﺍﻟﺒﻴﻀﺎﻭﻱ ﺍﻟﻨﻴﺔ ﻋﺒﺎﺭﺓ ﻋﻦ ﺍﻧﺒﻌﺎﺙ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﳓﻮ ﻣﺎﻳﺮﺍﻩ ﻣﻮﺍﻓﻘﺎ ﻟﻐﺮﺽ ﻣﻦ ﺟﻠﺐ ﻧﻔﺢ ﺃﻭ‬ ‫ﺩﻓﻊ ﺿﺮ ﺣﺎﻻ ﺃﻭ ﻣﺎﻵ ﻭﺍﻟﺸﺮﻉ ﺧﺼﺼﻪ ﺑﺎﻻﺭﺍﺩﺓ ﺍﳌﺘﻮﺟﻬﺔ ﳓﻮ ﺍﻟﻔﻌﻞ ﻻﺑﺘﻐﺎﺀ ﺭﺿﺎﺀ ﺍﷲ ﻭﺍﻣﺘﺜﺎﻝ‬ ‫ﺣﻜﻤﻪ ﻭﺍﻟﻨﻴﺔ ﰲ ﺍﳊﺪﻳﺚ ﳏﻤﻮﻟﺔ ﻋﻠﻰ ﺍﳌﻌﲎ ﺍﻟﻠﻐﻮﻱ ﻟﻴﺤﺴﻦ ﺗﻄﺒﻴﻘﻪ ﻋﻠﻰ ﻣﺎﺑﻌﺪﻩ ﻭﺗﻘﺴﻴﻤﻪ ﺃﺣﻮﺍﻝ‬ ‫ﺍﳌﻬﺎﺟﺮ ﻓﺈﻧـﻪ ﺗﻔﺼﻴﻞ ﳌﺎ ﺃﲨﻞ‪"....‬‬

‫)‪Copyright © Open University Malaysia (OUM‬‬

20 

TOPIK 1

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

Ini adalah contoh daripada syarah yang dilakukan oleh Imam Ibn Hajar di dalam kitabnya Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari. Beliau menggunakan pendekatan metode tahlili semasa mensyarahkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam alBukhari ini. Minta bantuan tutor anda untuk kedudukan syarah hadis ini di dalam kitab sebenar agar anda dapat memahami metode ini dengan lebih jelas.

1.2.2

Aplikasi Metode Ijmali

Antara kitab syarah yang menggunakan Metode Ijmali ialah Imam Muhammad bin Asyraf bin Ali al-Haidar al-Siddiqi al-ÂAzim Abadiyy (2004) di dalam kitabnya Auni al-MaÊbud Syarah Sunan Abi Dawud. Berikut adalah contoh penggunaan metode Ijmali di dalam kitab ini.

‫")ﻏﺴﻞ ﻳﻮﻡ ﺍﳉﻤﻌﺔ ﻭﺍﺟﺐ( ﻗﺎﻝ ﺍﳋﻄﺎﰊ ﻣﻌﻨﺎﻩ ﻭﺟﻮﺏ ﺍﻻﺧﺘﻴﺎﺭ ﻭ ﺍﻻﺳﺘﺤﺒﺎﺏ ﺩﻭﻥ ﻭﺟﻮﺏ‬ ‫ﺍﻟﻔﺮﺽ ﻛﻤﺎ ﻳﻘﻮﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ ﻟﺼﺎﺣﺒﻪ ﺣﻘﻚ ﻋﻠﻲ ﻭﺍﺟﺐ ﻭﺃﻧﺎ ﺃﻭﺟﺐ ﺣﻘﻚ ﻭ ﻟﻴﺲ ﺫﻟﻚ ﲟﻌﲎ ﺍﻟﻠﺰﻭﻡ‬ ‫ﻭ ﺍﻟﺬﻱ ﻻ ﻳﺴﻊ ﻏﲑﻩ ﻭﻳﺸﻬﺪ ﻟﺼﺤﺔ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺘﺄﻭﻳﻞ ﺣﺪﻳﺚ ﻋﻤﺮ ﺍﻟﺬﻱ ﺗﻘﺪﻡ ﺫﻛﺮﻩ ﺍﻧﺘﻬىﺰ ﻗﺎﻝ ﺍﺑﻦ‬ ‫ﺩﻗﻴﻖ ﺍﻟﻌﻴﺪ ﰲ ﺷﺮﺡ ﻋﻤﺪﺓ ﺍﻷﺣﻜﺎﻡ ﺫﻫﺐ ﺍﻷﻛﺜﺮﻭﻥ ﺇﱃ ﺍﺳﺘﺤﺒﺎﺏ ﻏﺴﻞ ﺍﳉﻤﻌﺔ ﻭ ﻫﻢ ﳏﺘﺎﺟﻮﻥ‬ ‫ﺇﱃ ﺍﻷﻋﺘﺬﺍﺭ ﻋﻦ ﳐﺎﻟﻔﺔ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻈﺎﻫﺮ ﻭﻗﺪ ﺃﻭﻟﻮﺍ ﺻﻴﻐﺔ ﺍﻷﻣﺮ ﻋﻞ ﺍﻟﻨﺪﺏ ﻭ ﺻﻴﻐﺔ ﺍﻟﻮﺟﻮﺏ ﻋﻠﻰ‬ ‫ﺍﻟﺘﺄﻛﻴﺪ ﻛﻤﺎﻳﻘﺎﻝ ﺇﻛﺮﺍﻣﺎﻙ ﻋﻠﻰ ﻭﺍﺟﺐ ﻭﻫﻮ ﺗﺄﻭﻳﻞ ﺿﻌﻴﻒ ﺇﳕﺎ ﻳﺼﺎﺭ ﺇﻟﻴﻪ ﺇﺫﺍ ﻛﺎﻥ ﺍﳌﻌﺎﺭﺽ ﺭﺍﺟﺤﺎ‬ ‫ﻋﻠﻰ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻈﺎﻫﺮ ﻭﺃﻗﻮﻯ ﻣﺎﻋﺎﺭﺿﻮﺍﺑﻪ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻈﺎﻫﺮ ﺣﺪﻳﺚ ﻣﻦ ﺗﻮﺿﺄ ﻳﻮﻡ ﺍﳉﻤﻌﺔ ﻓﻴﻬﺎ ﻭﻧﻌﻤﺖ ﻭﻣﻦ‬ ‫ﺍﻏﺘﺴﻞ ﻓﺎﻟﻐﺴﻞ ﺃﻓﻀﻞ ﻭﻻﻳﻌﺎﺭﺽ ﺳﻨﺪﻩ ﺳﻨﺪ ﻫﺬﻩ ﺍﻷﺣﺎﺩﺙ ﺍﻧﺘﻬﻰ )ﻋﻠﻰ ﻛﻞ ﳏﺘﻠﻢ( ﺃﻱ ﺑﺎﻟﻎ ﻭﺇﳕﺎ‬ ‫ﺫﻛﺮ ﺍﻹﺣﺘﻼﻡ ﻟﻜﻮﻧﻪ ﺍﻟﻐﺎﻟﺐ ﻭﺗﻔﺴﲑﻩ ﺑﺎﻟﺒﺎﻟﻎ ﳎﺎﺯ ﻷﻥ ﺍﻹﺣﺘﻼﻡ ﻳﺴﺘﻠﺰﻡ ﺍﻟﺒﻠﻮﻍ ﻭﺍﻟﻘﺮﻳﻨﺔ ﺍﳌﺎﺳﺔ ﻋﻦ‬ .‫ﺍﳊﻤﻞ ﻋﻠﻰ ﺍﳊﻘﻴﻘﺔ ﺃﻥ ﺍﻹﺣﺘﻼﻡ ﺇﺫﺍ ﻛﺎﻥ ﻣﻌﻪ ﺍﻧﺰﺍﻝ ﻣﻮﺟﺐ ﻟﻠﻐﺴﻞ ﺳﻮﺍﺀ ﻛﺎﻥ ﻳﻮﻡ ﺍﳉﻤﻌﺔ ﺃﻡ ﻻ‬ ."‫ﺫﻛﺮﻩ ﺍﻟﺰﺭﻗﺎﱐ ﻗﺎﻝ ﺍﳌﻨﺬﺭﻱ ﻭ ﺃﺧﺮﺟﻪ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﻭ ﻣﺴﻠﻢ ﻭﺍﻟﻨﺴﺎﺋﻲ ﻭﺍﺑﻦ ﻣﺎﺟﻪ‬ Sekali lagi, minta bantuan tutor untuk menunjukkan kepada anda kedudukan sebenar syarah hadis ini di dalam kitab sebenar Auni al-MaÊbud Syarah Sunan Abi Dawud agar anda dapat memahami metode ijmali ini dengan lebih jelas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

‫‪21‬‬

‫‪‬‬

‫‪METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS‬‬

‫‪TOPIK 1‬‬

‫‪Aplikasi Metode Muqarin‬‬

‫‪1.2.3‬‬

‫‪Kita telah melihat aplikasi metode analisis dan metode ijmali di dalam dua buah‬‬ ‫‪kitab syarah hadis yang dikarang oleh ulama terkemuka. Sekarang mari kita lihat‬‬ ‫‪pula aplikasi metode ketiga, iaitu metode muqarin di dalam kitab syarah hadis.‬‬ ‫‪Pendekatan yang diambil oleh Imam Badr al-Din Abu Muhammad Mahmud bin‬‬ ‫‪Ahmad al-ÂAiniyy (2002) di dalam kitabnya ÊUmdah al-QariÊ Syarah Sahih al‬‬‫‪Bukhari boleh dijadikan contoh. Semoga dengan contoh ini, anda akan lebih‬‬ ‫‪faham bagaimana metode muqarin digunakan di dalam kitab syarah hadis.‬‬

‫"ﻗﺪ ﺣﺼﻞ ﻣﻦ ﺍﻟﻄﺮﻕ ﺍﳌﺬﻛﻮﺭﺓ ﺃﺭﺑﻌﺔ ﺃﻟﻔﺎﻅ "ﺇﳕﺎ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺑﺎﻟﻨﻴﺎﺕ" ﻭ" ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺑﺎﻟﻨﻴﺔ" ﻭ "ﺍﻟﻌﻤﻞ‬ ‫ﺑﺎﻟﻨﻴﺔ" ﻭﺍﺩﻋﻰ ﺍﻟﻨﻮﻭﻱ ﰲ ﺗﻠﺨﻴﺼﻪ ﻗﻠﺘـﻬﺎﺯ ﻭﺍﻟﺮﺍﺑﻊ "ﺇﻧـﻤﺎ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺑﺎﻟﻨﻴﺔ" ﻭﺃﻭﺭﺩﻩ ﺍﻟﻘﻀﺎﻋﻲ ﰲ‬ ‫ﺍﻟﺸﻬﺎﺏ ﺑﻠﻔﻆ "ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺑﺎﻟﻨﻴﺎﺕ" ﲝﺬﻑ "ﺇﳕﺎ" ﻭ ﺍﳊﺎﻓﻆ ﺃﺑﻮ ﻣﻮﺳﻰ ﺍﻷﺻﺒـﻬﺎﱐ‪ :‬ﻻ ﻳﺼﺢ‬ ‫ﺇﺳﻨﺎﺩﻫﺎ‪,‬ﻭﺇﻗﺮﻩ ﺍﻟﻨﻮﻭﻱ ﻋﻠﻰ ﺫﻟﻚ ﰲ ﺗﻠﺨﻴﺼﻪ ﻭﻏﲑﻩ‪,‬ﻭﻫﻮ ﻏﺮﻳﺐ ﻣﻨﻬﻤﺎ‪,‬ﻭﻫﻲ ﺭﻭﺍﻳﺔ ﺻﺤﻴﺤﺔ‬ ‫ﺃﺧﺮﺟﻬﺎ ﺍﺑﻦ ﺣﺒﺎﻥ ﰲ ﺻﺤﻴﺤﻪ‪...‬ﻭ ﺃﻭﺭﺩﻩ ﺍﻟﺮﺍﻓﻌﻲ ﰲ ﺷﺮﺣﻪ ﺍﻟﻜﺒﲑ ﺑﻠﻔﻆ ﺁﺧﺮ ﻏﺮﻳﺐ ﻭﻫﻮ "ﻟﻴﺲ‬ ‫ﻟﻠﻤﺮﺀ ﻣﻦ ﻋﻤﻠﻪ ﺇﻻ ﻧﻮﺍﻩ"‪....‬ﻭﰲ ﺍﻟﺒﻴﻬﻘﻲ ﰲ ﺣﺪﻳﺚ ﺁﺧﺮ ﻣﺮﻓﻮﻋﺎ"ﻻ ﻋﻤﻞ ﻟـﻤﻦ ﻻ ﻧﻴﺔ‬ ‫ﻟﻪ‪....‬ﻟﻜﻦ ﺍﺳﻨﺎﺩﻩ ﺟﻬﺎﻟﺔ"‪.‬‬ ‫"‪....‬ﺍﻷﻭﻝ‪ :‬ﺍﺣﺘﺠﺖ ﺍﻷﺋﻤﺔ ﺍﻟﺜﻼﺛـﺔ ﰲ ﻭﺟﻮﺏ ﺍﻟﻨﻴﺔ ﰲ ﺍﻟﻮﺿﻮﺀ ﻭﺍﻟﻐﺴﻞ ﻓﻘﺎﻟﻮﺍ‪ :‬ﺍﻟﺘﻘﺪﻳﺮ ﻓﻴﻪ‬ ‫ﺻﺤﺔ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺑﺎﻟﻨﻴﺎﺕ ﻭﺍﻷﻟﻒ ﻭ ﺍﻟﻼﻡ ﻓﻴﻪ ﻻﺳﺘﻐﺮﺍﻕ ﺍﳉﻨﺲ‪,‬ﻓﻴﺪﺧﻞ ﻓﻴﻪ ﲨﻴﻊ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﻣﻦ ﺍﻟﺼﻮﻡ‬ ‫ﻭ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭ ﺍﻟﺰﻛﺎﺓ ﻭ ﺍﻟﻮﺿﻮﺀ‪...‬ﻭﻣﻦ ﺍﻟﺜﺎﱐ ﺃﻥ ﺍﻟﻨﻴﺎﺕ ﺇﳕﺎ ﺗﻜﻮﻥ ﻣﻘﺒﻮﻟﺔ ﺇﺫﺍ ﻛﺎﻧﺖ ﻣﻘﺮﻭﻧـﺔ‬ ‫ﺑﺎﻹﺧﻼﺹ ﺍﻧﺘﻬﻲ‪ .‬ﻭﺫﻫﺐ ﺃﺑﻮ ﺣﻨﻴﻔـﺔ ﻭ ﺃﺑﻮ ﻳﻮﺳﻒ ﻭ ﳏﻤﺪ ﻭ ﺯﻓﺮ ﻭﺍﻟﻨﻮﺍﻭﻱ ﻭﺍﻷﻭﺯﺍﻋﻲ ﻭ‬ ‫ﺍﳊﺴﻦ ﺑﻦ ﺣﻲ ﻭﻣﺎﻟﻚ ﰲ ﺭﻭﺍﻳﺔ ﺇﱃ ﺃﻥ ﺍﻟﻮﺿﻮﺀ ﻻ ﳛﺘﺎﺝ ﺇﱃ ﻧﻴﺔ‪,‬ﻭﻛﺬﻟﻚ ﺍﻟﻐﺴﻞ‪ .‬ﻭ ﺯﺍﺩ ﺍﻷﻭﺯﻋﻲ‬ ‫ﻭ ﺍﳊﺴﻦ ﺍﻟﺘﻴﻤﻢ‪.‬ﻭﻗﺎﻝ ﻋﻄﺎﺀ ﻭﳎﺎﻫﺪ‪ :‬ﻻ ﳛﺘﺎﺝ ﺻﻴﺎﻡ ﺭﻣﻀﺎﻥ ﺇﱃ ﻧﻴﺔ ﺇﻻ ﺃﻧﻴﻜﻮﻥ ﻣﺴﺎﻓﺮﺍ ﺃﻭ‬ ‫ﻣﺮﻳﻀﺎ‪"...‬‬

‫)‪Copyright © Open University Malaysia (OUM‬‬

22 

TOPIK 1

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

‫ﺍﻟﺜﺎﱐ ﺍﺣﺘﺠﺖ ﺑﻪ ﺃﺑﻮ ﺣﻨﻴﻔﺔ ﻭ ﻣﺎﻟﻚ ﻭﺃﲪﺪ ﰲ ﺃﻥ ﻣﻦ ﺃﺣﺮﻡ ﺑﺎﳊﺞ ﰲ ﻏﲑ ﺃﺷﻬﺮ ﺍﳊﺞ ﺃﻧﻪ ﻻ‬..." :‫ﺇﻻ ﺃﻥ ﺍﻷﺋﻤﺔ ﺍﻟﺜﻼﺛﺔ ﻗﺎﻟﻮﺍ‬,‫ﻭﻫﻮ ﺃﺣﺪ ﺃﻗﻮﺍﻝ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ‬,‫ﻳﻨﻌﻘﺪ ﻋﻤﺮﺓ ﻷﻧـﻪ ﱂ ﻳﻨﻮﻫﺎ ﻓﺈﳕﺎ ﻟﻪ ﻣﺎﻧﻮﺍﻩ‬ "...‫ﻭﱂ ﳜـﺘﻠﻒ ﻗﻮﻝ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﺃﻧـﻪ ﻻ ﻳﻨﻌﻘﺪ ﺑﺎﳊﺞ‬,‫ﻳﻨﻌﻘﺪ ﺇﺣﺮﺍﻣﻪ ﺑﺎﳊﺞ ﻭﻟﻜﻨـﻪ ﻳﻜﺮﻩ‬ "...‫ ﺍﺣﺘﺠﺖ ﺑﻪ ﻣﺎﻟﻚ ﰲ ﺍﻛﺘﻔﺎﺋﻪ ﺑﻨﻴﺔ ﻭﺍﺣﺪﺓ ﰲ ﺃﻭﻝ ﺷﻬﺮ ﺭﻣﻀﺎﻥ‬:‫ﺍﻟﺜﺎﻟﺚ‬..." Ini adalah contoh aplikasi metode muqarin yang digunakan oleh Imam al-ÂAini di dalam kitab syarahnya. Sekiranya anda kurang faham mengenai metode ini, minta bantuan tutor anda untuk menjelaskan dan menerangkannya.



Syarah hadis adalah satu ilmu yang dilakukan mengikut kemampuan atau keupayaan manusia dalam mencari, meneliti dan mengkaji mengenai kehendak dan makna sesebuah hadis Rasulullah s.a.w. berdasarkan kaedahkaedah atau prinsip-prinsip Bahasa Arab dan Usul Syariah.



Metode yang digunakan oleh ulama untuk mensyarahkan hadis ialah metode tahlili, ijmali dan muqarin. Setiap metode mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.



Terdapat tiga kaedah utama dalam mensyarahkan hadis. Kaedah tersebut ialah: syarah hadis dengan hadis; syarah hadis dengan kata-kata sahabat; dan syarah hadis dengan kata-kata tabiin.



Ulama telah membahagikan syarah-syarah hadis ini kepada beberapa jenis iaitu al-Syarh al-Qawli, al-Syarh al-MaudhuÊi dan al-Syarh al-Muzawwaj.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

Al-Syarh al-MaudhauÊi

Kitab Syuruh

Al-Syarh al-Muzawwaj

MaÊthur

Al-Syarh al-Qawli

Metode syarah hadis

Athar

Muqarin RaÊy

Cara atau kaedah mensyarah hadis

Tabiin

Ijmali

Tahlili



23

Jenis syarah hadis

Ahmad bin Ali bin Hajar al-'Asqalani. (1993). Fath al-Bari bi Syarh Sahih alBukhari. Beyrut: Dar al-Fikr. Al-Suyuty. (2003). Tadrib al-Rawi Syarh Taqrib al-Nawawi. Riyadh: Dar alÂAsimah. Al-Quran al-Karim. Badr al-Din Muhammad bin Ahmad al-ÂAiniyy. (2002). ÂUmdah al-QariÊ Syarah Sahih al-Bukhari. Beyrut: Dar al-Fikr. Ibn Abi al-ÂIzz al-Hanafi. (1985). Al-ItbaÊ. Al-Qahirah: Dar al-Salafiyah. Ibn MusaÂIyadh. (2006). Ikmal al-MuÊallim bi Fawaid Muslim. Beyrut: Dar alKutub al-ÂIlmiyah. Kamus Dewan (Cetakan ke-4). (2007). Kuala Lumpur: DBP. Khatib al-Baghdadiyy. (1994). Al-JamiÊ Li Akhlaq al-Rawi wa Adab al-SamiÊ. Beyrut: Muassasah al-Risalah. Muhammad Abu Layth al-Abadiyy. (2000). Ulum al-Hadith Asiliha wa MuÊasiruha. Bangi: Dar al-Syakir.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

24 

TOPIK 1

METODE-METODE ASAS DALAM SYARAH TEKS HADIS

Muhammad bin Umar bin Salam Bazmul. (2009). ÂIlmu Syarah al-Hadis wa Rawafid al-Baht Fihi. Retrieved from uqu.edu.sa/files2/tiny_mce/plugins/ .../shrh.pdf Muhammad Shams al-Haq ÂAzim al-Abadiyy. (2004). ÂAuni al-MaÊbud Âala Sunan Abi Dawud. Amman: Bayt al-Afkar al-Dawliyah. Muhammad Siddiq bin Hasan al-Qannauji. (1978). Abjad al-ÂUlum. Dimasyq: Wizarat al-Thaqafah wa al-Irsyad al-Qawmi. Nizar Ali. (2001). Memahami hadis nabi: Metode dan pendekatan. Yogyakarta: CESaD TPI al-Rahman. Prosiding Muktamar Syuruh al-Hadihtiyah. (2009). Jabatan Quran dan Sunnah. UIAM. Lihat artikel: Al-Bayanuniyy. Fath al-Din. Ahammiyah al-Syuruh alHadithiyah wa QawaÊiduha. Prosiding Muktamar Syuruh al-Hadihtiyah. (2009). Jabatan Quran dan Sunnah. UIAM. Lihat artikel: ÂIzzi. Ahmad bin Abdul Qadir. Manahij al-Muhaddithin fi Syuruh al-Hadith. Yusuf al-Qardawi. (1993). Kaif NataÊamal MaÊa al-Sunnah. Beirut: Dar al-Fikr.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik



2

Kaedah Sahih Silam dalam Syarah Hadis

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menjelaskan bagaimana satu-satu hadis dikatakan sebagai hadis sahih;

2.

Menghuraikan al-mutabaÊat;

3.

Mengenal pasti enam faktor kemunculan hadis; dan

4.

Mempraktikkan kaedah ulama dalam memahami hadis.

maksud

dan

kepentingan

al-syawahid

dan

 PENGENALAN Tahukah anda bahawa ulama terdahulu telah meletakkan beberapa kaedah tertentu dalam menghasilkan karya mereka atau ketika berurusan dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w.? Kesemua kaedah ini hendaklah diketahui oleh mereka yang ingin mendalami bidang pengajian hadis Nabi Muhammad s.a.w. Pengetahuan ini adalah penting untuk dipelajari kerana ilmu pengajian hadis memerlukan kita mengetahui bagaimana sesuatu hadis diberikan darjatnya, apakah ilmu-ilmu lain yang membantu dalam pengkajian hadis dan sebagainya. Di samping itu, perkara utama yang diharapkan daripada hadis Baginda adalah untuk memahami dan mengamalkannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

26 

TOPIK 2

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

Tahukah anda sejarah perkembangan kemunculan syarah hadis? Apakah aspekaspek utama yang diberikan penekanan oleh ulama terdahulu ketika mensyarahkan hadis? Semua persoalan ini akan kita bincangkan dan perhalusi dalam topik kedua ini. Selamat belajar!

AKTIVITI 2.1 Ketika kita membaca buku-buku agama, kita akan dapati beberapa hadis yang dijadikan hujah akan disebut sumbernya dan ada kalangan penulis tidak menyebut sumber hadis tersebut. Apakah kepentingan kita mengetahui sumber sesuatu hadis? Sejauh manakah ia dipraktikkan di negara ini?

2.1

KAEDAH PENJELASAN MARTABAT HADIS SAMA ADA SAHIH ATAU SEBALIKNYA

Bagaimanakah caranya kita menentukan kedudukan hadis sama ada ia sahih, hasan, daif mahupun maudhuÊ? Kedudukan hadis sama ada ia sahih, hasan, daif mahupun maudhuÊ memerlukan kepada pengkajian yang teliti daripada ulama yang muktabar. Kajian ini memiliki kaedah tersendiri yang menampakkan keutuhan dan keyakinan terhadap hukum atau darjat hadis yang diberikan oleh ulama muhaddithin. Sebagai seorang penuntut ilmu agama, kita harus mengetahui dengan lebih terperinci bagaimana sesuatu hadis itu diletakkan martabat atau darjatnya. Pengetahuan kita terhadap kaedah ini akan memberikan keyakinan yang penuh kepada ketentuan hukum yang diletakkan di mana ia tidak didasari dengan hawa nafsu atau sebab-sebab luaran yang buruk, malah sematamata untuk memelihara agama Allah s.w.t. dan hadis Rasulullah s.a.w. dari sebarang bentuk penyelewengan dan pengingkaran. Persoalannya penting di sini ialah, apakah kaedah yang digunakan oleh ulama hadis dalam menentukan darjat sesuatu hadis dan apakah proses yang dijalankan untuk mengetahuinya? Sebelum kita mengupas dengan lebih lanjut persoalan tadi, mari kita pelajari terlebih dahulu kita apakah maksud hadis sahih agar dapat kita bezakan dengan hadis-hadis yang lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

2.1.1

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS



27

Pengertian Hadis Sahih

Apakah yang dimaksudkan dengan hadis sahih? Maksud sahih dapat dilihat dari dua sudut iaitu: Dari Segi Bahasa

Dari Segi Istilah Pengajian Ilmu Hadis

Perkataan Sahih (‫ )صحيح‬dalam Bahasa Arab diambil daripada kata dasarnya sahha (‫ )صح‬yang membawa maksud selamat daripada keaiban atau benar dan betul.

Hadis sahih ialah hadis yang bersambung sanadnya, diriwayatkan oleh perawi yang Âadil, kuat hafalan, dari permulaan sanad sehingga ke akhirnya, tanpa ada percanggahan atau kecacatan (Ibn Hajar alÂAsqalani, t.t)

Daripada pengertian hadis sahih ini, jelas kepada kita, bahawa jika hadis tersebut tidak memiliki kesemua syarat yang telah disenaraikan berikut dalam pengertiannya, maka hadis itu dianggap sebagai hasan atau daif atau maudhuÊ. Apakah syarat-syarat tersebut? Syarat-syarat tersebut diterangkan dalam Rajah 2.1 berikut.

Rajah 2.1: Syarat-syarat hadis sahih

Syarat-syarat ini adalah antara aspek-aspek yang mesti dikaji oleh ulama hadis dalam menentukan darjatnya. Kajian yang mendalam perlu dilakukan bagi memastikan syarat-syarat ini wujud. Ketiadaan salah satu syarat akan menyebabkan hadis jatuh ke darjat yang seterusnya. Sebagai contoh, jika sesebuah hadis itu memiliki kelima-lima syarat yang dinyatakan, tetapi setelah dikaji, jelas bahawa perawi yang meriwayatkannya adalah bersifat dengan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

28 

TOPIK 2

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

hafalan yang tidak berapa kuat, maka hadis tadi akan turun ke darjat hadis hasan secara umumnya.

2.1.2

Proses Meletakkan Martabat Sesuatu Hadis

Tahukah anda terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan oleh seseorang ulama sebelum mengkaji kelima-lima aspek tadi untuk meletakkan hukum ke atas sesuatu hadis? Apakah proses-proses tersebut? Proses-proses tersebut diterangkan dalam Jadual 2.1 berikut. Jadual 2.1: Dua Proses dalam Meletakkan Martabat Sesuatu Hadis Proses

Huraian

Mengumpulkan kesemua turuq (isnad-isnad) hadis untuk mengetahui sama ada hadis tersebut mutawatir atau ahad atau hadis yang boleh dijadikan hujah atau sebaliknya

Ulama yang mengkaji mestilah mengetahui sama ada hadis tersebut mutawatir dan dihukumkan sebagai sahih, atau tidak mutawatir dan dilakukan kajian dengan lebih mendalam.

Mengkaji secara terperinci isnad dan matan hadis

Peringkat Pertama ‒ Kajian terhadap perawi dari sudut al-Âadalah, al-dabt dan sanad yang bersambung.

Peringkat Kedua ‒ Kajian terhadap hadis sama ada terdapat percanggahan atau kecacatan yang tersembunyi.

Peringkat pertama merangkumi kajian terhadap keseluruhan perawi dari sudut al-jarh wa al-taÊdil dan al-Âadalah dan al-dabt menurut pandangan ulama yang muktabar dan pakar berkaitan dengan para perawi.

Peringkat kedua merangkumi proses-proses seperti mengumpulkan semua riwayat hadis bagi mengetahui perbezaan riwayat, perbezaan perawi dan bukti-bukti yang ada bagi menjelaskan kecacatan hadis jika ia cacat (Sabbah, Abd al-Karim IsmaÊil, 1998).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS



29

Apakah maksud Âadil atau al-adalah? ÂAdil atau al-Âadalah bermaksud perawi yang memiliki kemampuan untuk melazimi ketaqwaan dan menjaga maruah.

Bagaimana pula dengan dabt?

Dabt bermaksud menghafal apa yang didengarinya daripada hadis dan mampu menyampaikannya apabila diperlukan atau menjaga kitabnya daripada sebarang perubahan dan penyelewengan.

Di zaman moden ini, kebanyakan hadis telah pun dinyatakan martabat atau darjatnya oleh para ulama sama ada yang silam mahupun kontemporari. Para ulama tersebut juga menggunakan proses seumpama ini untuk sampai kepada darjat sesuatu hadis yang dikaji. Namun terdapat juga pertembungan atau pertentangan darjat sesuatu hadis antara ulama. Ia berpunca daripada perbezaan pandangan ketika penetapan darjat seseorang perawi, penentuan bersambungan sesuatu sanad dan kajian mereka terhadap percanggahan atau kecacatan yang mungkin jelas di sisi seseorang ulama, tetapi tidak jelas di sisi ulama yang lain. Sebagai seorang penuntut ilmu, kita mestilah bersikap profesional dalam berhadapan dengan situasi ini. Kita perlu bersikap tidak terlalu cepat menghukum ulama sebagai salah atau sebagainya. Sebaliknya kita perlu mengkaji terlebih dahulu kaedah yang digunakannya agar kita mampu membina kesatuan yang utuh sesama muslim. Semua ulama yang memiliki kemahiran dan kedalaman ilmu hadis berhak untuk mengkaji darjat sesuatu hadis. Di samping itu mereka perlu bertolak ansur, menghormati pandangan orang lain, tawaduk, ikhlas dan sebagainya; ini adalah antara syarat-syarat untuk memastikan hukum terhadap hadis yang dinyatakan tidak mempunyai agenda lain selain mengharapkan keredaan Allah s.w.t. Apakah yang dapat anda simpulkan mengenai suptopik ini? Sebagai rumusan, kita dapat merumuskan dalam penentuan darjat sesuatu hadis, terdapat proses dan kaedah yang perlu diikuti. Ini melambangkan ketinggian kaedah yang digunakan oleh ulama bagi memastikan isi kandungan agama Allah s.w.t. tetap suci dan terpelihara daripada sebarang unsur penyelewengan. Ia juga membuktikan bahawa Allah s.w.t. tetap akan memelihara agamaNya dengan Copyright © Open University Malaysia (OUM)

30 

TOPIK 2

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

mentakdirkan kumpulan-kumpulan ulama yang berusaha bersungguh-sungguh membanteras sebarang bentuk atau perkara asing masuk ke dalam agama ini. Sebagai umat Islam, kita seharusnya menyokong dan mempraktikkan usaha ini bagi menolak sebarang pemikiran yang bertentangan dengan Islam masuk ke dalam fikiran umat Islam.

SEMAK KENDIRI 2.1 1.

Apakah definisi hadis sahih?

2.

Huraikan proses yang perlu dijalankan untuk meletakkan hukum atau darjat sesuatu hadis.

3.

Apakah pendirian kita apabila berhadapan dengan perselisihan pandangan ulama terhadap darjat sesuatu hadis?

2.2

PENGUASAAN DAN KEMAHIRAN ILMU AL-SYAWAHID DAN AL-MUTABA’AT DALAM MENENTUKAN KEABSAHAN MATAN DAN SANAD

Apakah maksud al-syawahid dan al-muyabaÊat? Dalam subtopik ini kita akan membincangkan apakah maksud dan kepentingan al-syawahid dan al-

muyabaÊat.

2.2.1

Maksud al-Syawahid dan Pembahagiannya

Tahukah anda kaedah yang digunakan oleh ulama dalam meletakkan darjat sesuatu hadis memerlukan satu proses yang dinamakan sebagai al-iÊtibar? Apakah maksud al-iÊtibar?

Al-iÊtibar merupakan nama yang diberikan kepada proses pencarian atau kajian terhadap kewujudan al-syawahid dan al-mutabaÊat. Apakah maksud al-syawahid dan mutabaÊat? Mari kita pelajari terlebih dahulu maksud al-syawahid dan mutabaÊat sebelum mengupas kepentingan dan keperluannya dalam pengkajian hadis.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS



31

Definisi al-syawahid boleh dilihat dari dua sudut iaitu sudut bahasa dan sudut istilah. Dari Sudut Bahasa

Dari Sudut Istilah

Al-syawahid adalah

Al-syawahid bermaksud seorang sahabat r.a. yang meriwayatkan matan hadis yang turut diriwayatkan oleh sahabat r.a. yang lain dengan lafaznya (yang sama) atau makna yang sama; hadis setiap daripada sahabat r.a. tersebut sebagai syahid (dalil, bukti) kepada hadis sahabat r.a. yang seorang lagi. Dalam erti kata lain, al-syawahid adalah dua atau lebih sanad hadis yang saling sokong menyokong antara satu dengan yang lain (Fathur Rahman, 2011).

berasal daripada perkataan ‫ الشاھد‬dan jamaknya ialah ‫شواھد‬ ِ ََ bermaksud dalil atau bukti.

Berikut adalah contoh bagi maksud al-syawahid dari segi istilah: Sesebuah hadis yang diriwayatkan oleh seorang sahabat yang bernama Abu Hurairah r.a. Setelah dikaji, didapati hadis yang sama, sama ada dari sudut makna atau lafaznya juga diriwayatkan oleh seorang sahabat lain bernama Ibn Abbas r.a. Ini bermakna hadis Ibn Abbas r.a. menjadi bukti kebenaran hadis yang dibawa oleh Abu Hurairah r.a. atau sebagai penyokongnya dan begitulah sebaliknya. Tahukah anda bahawa al-Syawahid boleh dibahagikan kepada dua bahagian? Apakah bahagian-bahagian tersebut? Dua bahagian tersebut ditunjukkan dalam Rajah 2.2 berikut.

‫الشاھد‬/‫الشواھد‬ Al-Syawahid

‫الشاھد المعنوي‬ Dari sudut makna ‒ sama dari sudut maknanya tetapi agak berbeza dari sudut lafaznya

‫الشاھد اللفظي‬ Dari sudut lafaz ‒ sama dari segi lafaz dan makna

Rajah 2.2: Dua bahagian al-syawahid

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

32 

TOPIK 2

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

Berikut adalah makna bagi al-syahid al-maÊnawi dan al-syahid al-lafzi.

Al-syahid al-maÊnawi adalah dua buah hadis atau lebih yang sama dari sudut makna secara keseluruhannya, walaupun agak berbeza dari sudut beberapa lafaz atau perkataan.

Al-syahid al-lafzi pula dua buah hadis atau lebih yang sama dari sudut lafaz dan maknanya.

2.2.2

Maksud al-Mutaba’at dan Jenisnya

Terdapat dua sudut untuk kita melihat maksud al-mutaba'at iaitu: Dari Segi Bahasa

Dari Segi Istilah

Al-mutaba'at ( ‫ )متابعة‬dan

Seorang perawi sebuah hadis berkongsi sama dalam meriwayatkan sebuah hadis dengan seorang perawi yang lain; sama ada ia meriwayatkan hadis itu dari guru yang sama ataupun guru yang lebih atas sehinggalah ke akhir sanad dan sekurang-kurangnya perkongsian riwayat itu ialah pada sahabat yang sama.

kata jamaknya (‫)متابعات‬ membawa maksud bersetuju, berkongsi sama atau bersepakat.

2.2.3

Jenis-jenis al-Mutaba’ah

Terdapat dua jenis al-mutabaÊah iaitu pertama al-mutabaÊah al-tammah (perkongsian penuh) dan yang keduanya al-mutabaÊah al-qasirah (perkongsian kurang penuh) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.3 berikut.

‫المتابعة‬ Al-Mutaba’ah

‫المتابعة القاصرة‬

‫المتابعة التامة‬

Al-Mutaba’ah al-Qasirah (Perkongsian Kurang Penuh)

Al-Mutaba’ah al-Tammah (Perkongsian Penuh)

Rajah 2.3: Jenis-jenis al-mutabaÊah Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS



33

Mari kita lihat dua jenis al-mutabaÊah ini satu persatu. (a)

Al-MutabaÊah at-Tammah Iaitu terdapat persamaan/perkongsian riwayat bagi seseorang perawi dari awal sanadnya (iaitu ada seorang atau beberapa orang perawi lain yang meriwayatkannya). Sebagai contoh: SyuÊbah bin al-Hajjaj meriwayatkan dari Qatadah, daripada Salim bin Abu Al-JaÊd, daripada MaÊdam bin Abu Talhah daripada Abu DardaÊ daripada Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Apakah kalian lemah (tidak mampu) untuk membaca satu pertiga al-Quran dalam satu malam? Lalu para sahabat bertanya: Bagaimana dibaca satu pertiga al-Quran itu (dalam satu malam)? Lalu Baginda pun bersabda: Bacalah (‫)قل ھو ﷲ أحد‬, sesungguhnya surah itu menyamai satu pertiga al-Quran. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Aban al-Attar daripada Qatadah dengan sanad yang sama seperti di atas. Dengan ini Aban dianggap sebagai MutabiÊ tam (berkongsi penuh) bagi SyuÊbah bin al-Hajjaj kerana mereka berdua meriwayatkan hadis dari guru yang sama iaitu Qatadah dan dari riwayat sahabat yang sama iaitu Abu al-DardaÊ r.a. (hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitab Solat al-Musafirin, No 811). Turutan hadis ini ditunjukkan dalam Rajah 2.4 berikut.

Rajah 2.4: Turutan hadis secara al-mutabaÊah at-tammah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

34 

(a)

TOPIK 2

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

Al-MutabaÊah al-Qasirah Iaitu terdapat persamaan atau perkongsian riwayat bagi seseorang perawi di pertengahan sanadnya. Sebagai contoh: Al-Imam Malik meriwayatkan daripada Saleh bin Kisan, daripada Urwah bin al-Zubair daripada Aisyah r.a., beliau berkata: „Solat itu pada mulanya difardukan dua rakaat, dua rakaat sama ada bermukim ataupun bermusafir. Kemudian bilangan rakaat solat bagi orang bermusafir ditetapkan begitu, manakala bilangan rakaat solat bagi orang bermukim pula ditambah.‰ Hadis yang sama diriwayatkan oleh Sufyan ibnu Uyainah daripada Ibn Syihab al-Zuhri daripada Urwah bin al-Zubair daripada Aisyah r.a. Dalam sanad ini terdapat perkongsian riwayat di antara Malik dan Sufyan Ibn Uyainah di pertengahan sanadnya iaitu pada Urwah (sebagai guru kepada guru-guru mereka) hingga ke atas. Maka kedua-dua mereka saling menjadi mutabiÊ qasir (berkongsi kurang penuh) bagi yang lain (hadis di atas diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitab Solat al-Musafirin, 685). Turutan hadis ini ditunjukkan dalam Rajah 2.5 berikut.

Rajah 2.5: Turutan hadis secara al-mutabaÊah al-qasirah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

2.2.4

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS



35

Kepentingan al-Syawahid dan al-Mutaba’at

Al-syawahid dan al-mutabaÊat yang termasuk dalam proses al-iÊtibar merupakan salah satu kaedah untuk menentukan sama ada sesuatu hadis itu sahih atau sebaliknya. Sepertimana yang diketahui, sesuatu hadis yang daif atau hasan apabila disokong dengan al-syawahid atau al-mutabaÊat akan menjadikan hadis tersebut bertambah kuat dan meningkatkan martabat hadis itu daripada hadis

daif kepada hadis hasan li ghairihi dan daripada hadis hasan kepada hadis sahih li ghairihi berpandukan syarat-syarat yang ditetapkan oleh ulama hadis. Jadual 2.2 menyenaraikan kepentingan al-syawahid dan al-mutabaÊat berdasarkan kepada perlakuan Imam Muslim di dalam kitab sahihnya. Jadual 2.2: Kepentingan Al-Syawahid dan Al-MutabaÊat Kepentingan

Penerangan

Sebagai penguat kandungan hadis

Motif ini jelas sekali dapat kita akan temui dalam pelbagai tempat di Sahih Muslim. Salah satunya dalam kitab bersuci (al-Taharah). Imam Muslim meriwayatkan hadis Ibn ÂUyainah, dari Abu al-Zinad, dari alAÊraj, dari Abu Hurairah, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: „Apabila salah seorang kamu beristinjak dengan batu, maka beristinjaklah tiga kali. Dan jika seseorang kamu berwuduk, maka masukkanlah air di hidungnya lalu hembuskanlah.‰ Beliau lalu menyokong hadis ini dengan riwayat Abd al-Razzaq, dari MaÊmar, dari Hammam, dari Abu Hurairah, dari Nabi Muhammad s.a.w.: „Jika salah seorang kamu berwuduk, maka masukkanlah air ke hidungnya lalu hembuskanlah.‰ Kedua-dua riwayat yang disebutkan ini adalah sahih dan saling menyokong satu sama lain. Imam Muslim menyusunnya dengan sangat teliti dan menempatkan sanad yang terkuat sebelum sanad yang lebih rendah daripadanya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

36 

TOPIK 2

Menunjukkan tambahan (ziyadah) dalam

sanad

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

Dalam kitab al-RadhaÊ (susuan), Imam Muslim meriwayatkan dari Sufyan al-Thauri, dari Muhammad bin Abi Bakar, dari Abdul Malik bin Abi Bakar bin Abd al-Rahman bin al-Harith bin Hisyam, dari bapanya, dari Umi Salamah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. apabila mengahwininya menetap bersama selama tiga hari. Hadis ini bersambung (muttasil) dari awal hingga ke akhirnya. Setelah hadis ini, Imam Muslim lalu meriwayatkan dari Malik, dari Abdullah bin Abi Bakar, dari Abdul Malik bin Abi Bakar, dari Abu Bakar bin Abd al-Rahman, dari Nabi Muhammad s.a.w. Hadis ini mursal sebab ia tidak menyebutkan sahabat yang menghubungkan antara Abu Bakar bin Abd al-Rahman dan Nabi Muhammad s.a.w. Riwayat ini disokong oleh riwayat Sulaiman bin Bilal, dari Abd alRahman bin Humaid, dari Abdul Malik bin Abu Bakar yang meriwayatkannya secara mursal seperti riwayat Malik. Ini menunjukkan adanya perbezaan dalam sanad hadis ini, adakah ia muttasil atau mursal. Kenyataan Imam Muslim mendahulukan hadis Sufyan yang muttasil menunjukkan bahawa beliau memilih untuk mensahihkan hadis ini dan menerima sanad Sufyan sebagai ziyadah thiqat (penambahan oleh perawi thiqah). Beliau lalu menyokongnya dengan riwayat Abd al-Rahman bin Ziyad, dari Abu Bakar bin Abd al-Rahman, dari Umi Salamah di akhir bab.

Menunjukkan kesalahan perawi dalam

sanad

Sebagai contoh, hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di muqaddimah sahihnya, dari Muaz al-ÂAnbari dan Ibn Mahdi, keduanya dari SyuÊbah, dari Khubaib bin Abd al-Rahman, dari Hafs bin ÂAsim, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: „Cukuplah seseorang berdusta, jika ia menceritakan semua yang ia dengar.‰ Hadis ini mursal sebab Hafs bin ÂAsim bukan seorang sahabat, beliau tidak pernah berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. Imam Muslim lalu meriwayatkan setelahnya, hadis dari ÂAli bin Hafs, dari SyuÊbah, dengan sanad dan matan seperti di atas, kemudian beliau berkata: dari Hafs bin ÂAsim, dari Abu Hurairah, dari Nabi Muhammad s.a.w. Maka, ÂAli bin Hafs menyebutkan dalam sanad hadis ini nama Abu Hurairah, sementara murid-murid SyuÊbah yang lain tidak menyebutkannya. Imam Muslim mengisyaratkan bahawa tambahan ini lemah dan tertolak dengan meletakkan hadis mursal riwayat MuÊaz dan Ibn Mahdi sebelum hadis ÂAli bin Hafs. Hadis ini, adalah mursal menurut Imam Muslim.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

Menunjukkan kesalahan perawi dalam menyebut nama

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS



37

Di awal kitab al-Talaq, Imam Muslim menyebutkan pelbagai hadis berkaitan dengan kisah Ibn Umar r.a. yang menceraikan isterinya dalam keadaan haid, lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkannya untuk merujuk isterinya kembali. Di akhir bab, beliau menyebutkan hadis Hajaj bin Muhammad, dari Ibn Juraij, dari Abu al-Zubair, bahawa beliau mendengar Abd al-Rahman bin Ayman Maula ÂAzzah bertanya kepada Ibn Umar: „Apa pendapatmu jika seseorang menceraikan isterinya dalam keadaan haid?‰ Ibn ÂUmar menjawab: ... Imam Muslim menyebutkan setelah sebuah riwayat dari Abd alRazzaq, dari Ibn Juraij, Abu Al-Zubair memberitahuku bahawa beliau mendengar Abd al-Rahman bin Ayman Maula ÂUrwah bertanya kepada Ibn ÂUmar... Imam Muslim berkata: Beliau keliru dengan mengatakan: Maula ÂUrwah, sebenarnya adalah: Maula ÂAzzah.‰

Menunjukkan kekeliruan perawi dalam matan hadis

Di dalam kitab Solat al-Musafirin wa Qasruha, Imam Muslim meriwayatkan hadis Malik bin Anas, dari Abu al-Zubair, dari Said bin Jubair, dari Ibn ÂAbbas: „Rasulullah s.a.w. pernah menjamakkan zuhur dan asar, maghrib dan isyak, bukan kerana takut dan musafir.‰ Ia adalah sanad yang paling kuat bagi hadis ini kerana diriwayatkan oleh tokoh-tokoh fikah dan hadis dari Madinah. Terutamanya Imam Malik disokong oleh Zuhair bin MuÊawiyah yang meriwayatkan hadis ini dari Abu al-Zubair dengan sanad dan lafaz yang sama. Beberapa hadis selepasnya, Imam Muslim meriwayatkan dari Sulaiman al-AÊmasy, dari Habib bin Abi Thabit, dari Said bin Jubair, dari Ibn Abbas dengan lafaz yang sama. Tetapi beliau berkata di akhirnya „bukan kerana takut dan hujan.‰ Imam Muslim sengaja menyebutkan riwayat ini untuk menunjukkan kekeliruan yang terdapat di dalam matan. Sepatutnya adalah: „bukan kerana takut dan musafir‰ seperti riwayat Malik dan Zuhair. Perkara tersebut dijelaskan oleh tokoh-tokoh besar ahli hadis dari kalangan ulama terdahulu seperti Ibn Khuzaimah, al-Baihaqi dan Ibn Abd alBar. Pendapat ini lebih kuat jika dibandingkan dengan penilaian tokoh-tokoh terkemudian seperti Ibn Taymiah dan Syeikh al-Albani yang mensahihkan riwayat Habib bin Abi Thabit ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

38 

TOPIK 2

Menjelaskan tambahan kata dalam hadis

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

Imam Muslim meriwayatkan dari sanad Malik, dari NafiÊ, dari Ibn ÂUmar bahawa beliau menceraikan isterinya dalam keadaan haid di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Umar bin al-Khattab menceritakan perkara itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maka Baginda bersabda: „Perintahkan dia untuk merujuknya, lalu membiarkannya hingga suci (dari haid), lalu haid lagi hingga suci. Setelah itu, jika dia berkehendak, bolehlah dia menahannya. Atau jika dia berkehendak, bolehlah dia menceraikannya. Itulah Âiddah yang Allah perintahkan untuk menceraikan isteri padanya.‰ Setelah hadis ini, Imam Muslim membawakan riwayat al-Laith, dari Nafi, dari Ibn ÂUmar: bahawa beliau menceraikan isterinya yang sedang haid dengan talak satu. Riwayat ini membawa tambahan lafaz yang tidak terdapat dalam riwayat Malik. Dan orang yang meriwayatkan tambahan ini seseorang yang layak dipercaya, iaitu alImam al-Laith bin Saad, maka tambahan ini boleh diterima sebagai ziyadah thiqat. Berkata al-Imam Muslim: „Al-Laith memperelok hadis ini dengan ucapannya: talak satu.

SEMAK KENDIRI 2.2 1.

Huraikan maksud al-syawahid dan al-mutabaÊat dari sudut bahasa dan istilah.

2.

Kaji dan nyatakan contoh bagi al-syawahid dan al-mubabaÊat di dalam kitab Sunan Abu Daud.

3.

Nyatakan kepentingan al-iÊtibar dalam menentukan keabsahan hadis.

AKTIVITI 2.2 Kepelbagaian riwayat bagi sesuatu hadis memiliki kelebihan yang tersendiri. Ia tidak hanya berguna untuk memastikan kekuatan hadis tersebut, tetapi juga mampu untuk menerangkan perkataan yang tidak jelas, nama perawi dan sebagainya. Bincangkan keperluan mengkaji kepelbagaian riwayat sesuatu hadis dalam tujuan untuk memahami isi kandungan hadis tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

2.3

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS



39

KAEDAH ULAMA DALAM MEMAHAMI SYARAH HADIS

Sebelum kita mengupas apakah kaedah-kaedah ulama dalam memahami hadis Rasulullah s.a.w., mari kita pelajari terlebih dahulu sebab-sebab kemunculan dan perkembangan syarah hadis. Melalui sebab-sebab ini, kita akan lebih mudah memahami kaedah-kaedah yang digunakan oleh ulama dalam syarah hadis.

2.3.1

Sebab-sebab Kemunculan Syarah Hadis

Faktor-faktor kemunculan syarah hadis telah dikaji oleh ulama-ulama dan hasilnya mereka telah mengenal pasti enam faktor seperti yang disenaraikan dalam Rajah 2.6 berikut.

Rajah 2.6: Faktor-faktor kemunculan syarah hadis

Mari kita lihat sebab-sebab kemunculan syarah hadis ini dengan lebih lanjut seperti yang dijelaskan dalam Jadual 2.3 berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

40 

TOPIK 2

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

Jadual 2.3: Huraian tentang Enam Faktor Kemunculan Syarah Hadis Faktor

Huraian

Bahasa

Ia adalah hasil daripada perluasan kekuasaan kerajaan Islam di mana ramai bangsa dan kabilah selain Arab yang memeluk agama Islam. Ini menyebabkan berlakunya percampuran antara bangsa dan kabilah tersebut. Semua ini menyebabkan penguasaan bahasa Arab menjadi semakin lemah kerana golongan Muslimin yang baharu ini memerlukan huraian dan syarah hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Pengumpulan Sunnah Nabawiyyah

Pengumpulan Sunnah juga menjadi sebab kepada pengumpulan syarah dan keterangan yang menyelesaikan kesamaran dalam hadis. Ini bagi memudahkan kefahaman serta melengkapkan kekurangan antara riwayat-riwayat yang ada. Semua ini merupakan antara tugas para pensyarah hadis dan tanggungjawab mereka.

Kemunculan Mazhab-mazhab Fikah

Kepelbagaian mazhab fikah turut membawa kepada kemunculan syarah hadis di mana ia sebagai sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran; ia memerlukan keterangan dan kefahaman bagi setiap mazhab. Setiap permasalahan dan isu yang baru perlu dikaji berpandukan hadis. Hadis juga digunakan untuk berkhidmat kepada mazhab dan membantu perkembangannya.

Mendekatkan Diri kepada Allah

Ini adalah antara objektif yang tertinggi. Meneliti dan memahami hadis merupakan ibadah yang utama, faham dan memahamkan sesuatu yang boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Bahkan syarah hadis bertujuan melaksanakan ketaatan dan menjauhkan kemungkaran.

Memenuhi Kehendak Para Pelajar atau Individu Tertentu

Menjadi suatu kebiasaan untuk seorang ulama besar menyusun sesebuah kitab semata-mata atas permintaan rakannya atau muridnya untuk lebih memahami hadis Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh, kitab Syarah Hadis Sunan Abi Daud yang disusun oleh alImam al-Khatabi adalah semata-mata atas permintaan muridnya.

Persaingan Ilmu

Ia adalah suatu persaingan yang sihat di mana setiap ulama berlumba menghasilkan karya yang bermutu untuk kegunaan umat Islam. Begitu juga bagi syarah hadis yang menyaksikan kemunculan pelbagai kitab syarah (Umar Abdul Aziz al-ÂAni, 2006).

Kesemua sebab-sebab ini telah membawa kepada kemunculan syarah hadis di kalangan umat Islam.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

2.3.2

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS



41

Prinsip Asas dalam Berinteraksi dengan Hadis

Apakah prinsip asas dalam berinteraksi dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w.? Secara umumnya terdapat tiga prinsip asas dalam berinteraksi dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w. iaitu: (a)

Memastikan kewujudan hadis dan kesahihannya berpandukan piawaian yang digariskan oleh mereka yang berkuasa. Setiap teks atau nas yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. hendaklah dipastikan kebenarannya sama ada ia bersumberkan dari Rasulullah s.a.w. atau sebaliknya. Justeru itu, ilmu-ilmu mengenai sanad dan matan menjadi keperluan asas untuknya;

(b)

Memahami nas yang keluar dari Rasulullah s.a.w. selari dengan petunjuk bahasa, konteks hadis dan latar belakangnya, berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadis-hadis yang lain termasuk prinsip umum syariat dan Maqasid alIslam; dan

(c)

Memastikan tiada percanggahan antara nas dengan yang lebih kuat darinya sama ada al-Quran atau hadis yang lain (al-Qaradawi, 1991).

Tidak mungkin wujud pertentangan antara hadis dengan al-Quran, sebagaimana tiada pertentangan antara hadis dengan hadis yang lain. Dengan ini tidak wajar bagi seseorang dengan sewenang-wenangnya mendakwa adanya pertentangan antara kedua-duanya. Sikap terburu-buru inilah yang menyebabkan ada di kalangan yang menolak hadis yang sahih atas dakwaan bercanggah dengan alQuran. Hadis perlu dipastikan kebenarannya bahawa ia memang datang dari Rasulullah. Jika terdapat percanggahan, langkah berikutnya adalah menyerasikan antara kedua-duanya. Masalah akan timbul jika nas-nas sahih yang bercanggah itu tidak diuruskan berpandukan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh para ulama hadis. Ilmu-ilmu seperti Mukhtalaf al-Hadith dan Nasikh Mansukh sangat diperlukan bagi mengelakkan kekeliruan. Sikap memandang mudah oleh sesetengah golongan dalam interaksi mereka dengan hadis akan lebih memburukkan keadaan, apatah lagi jika ia melibatkan kalangan ilmuwan. Oleh sebab itu muncullah hadis-hadis yang tidak boleh dipertanggungjawabkan seperti „Cintakan watan adalah separuh daripada iman‰, „Sesiapa yang mengenali dirinya, dia akan mengenali Tuhannya‰ dan „Perselisihan di kalangan umat adalah rahmat‰ (Fauzi Deraman, 2006).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

42 

TOPIK 2

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

Kita juga mendengar ulasan yang begitu bebas terhadap hadis Nabi Muhammad s.a.w. sehingga ada yang tanpa segan silu mengulas sendiri. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa kita lebih tahu dalam urusan dunia kita lebih daripada Baginda, "Kamu lebih mengetahui dengan urusan dunia kamu" (Riwayat Imam Muslim). Kesemua situasi ini memerlukan kita untuk lebih mendalami ilmu hadis Nabi Muhammad s.a.w. berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh ulama hadis agar kita tidak terjebak dalam jenayah pendustaan terhadap Baginda. Sebelum berbicara berkaitan dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w., seseorang itu mestilah memiliki ilmu alat yang melayakkannya untuk mengupas dengan panjang lebar sesuatu yang menjadi permasalahan berkenaan dengan hadis Baginda. Inilah prinsip utama dalam memahami hadis.

2.3.3

Cara Terbaik Memahami Hadis

Tahukah anda semua ilmu mempunyai cara tersendiri untuk memahaminya? Begitu juga hadis Nabi Muhammad s.a.w. Malah wajib bagi umat Islam meneliti hadis dengan cara yang sebenar agar dapat memahaminya mengikut kehendak Allah s.w.t. dan RasulNya. Yusuf al-Qaradawi (1991) telah menggariskan lapan panduan untuk memahami hadis dengan baik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.7 berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS



43

Rajah 2.7: Panduan-panduan untuk memahami hadis dengan baik

Mari kita pelajari kelapan-lapan panduan ini dengan lebih lanjut seperti yang dihuraikan seperti berikut. (a)

Memahami Hadis Berdasarkan al-Quran Sunnah adalah penjelasan teori dan amali bagi al-Quran. Dengan itu ia tidak sekali-kali akan bercanggah dengan al-Quran yang diterangkan itu. Andainya ada dakwaan percanggahan di antara kedua-duanya, ia mungkin berpunca dari kebarangkalian berikut; hadis itu tidak sahih, kefahaman terhadapnya salah atau ia hanyalah sangkaan semata-mata. Contohnya, menolak kewujudan syafaat di akhirat dengan dakwaan ia bercanggah dengan al-Quran. Dengan itu hadis-hadis sahih berkenaan syafaat ditolak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

44 

(b)

TOPIK 2

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

Menghimpunkan Hadis Mengikut Sesuatu Topik Gambaran sebenar yang dikehendaki oleh hadis dapat difahami dengan baik andainya hadis-hadis berkaitan sesuatu topik dikumpulkan. Selain itu ia memudahkan perkaitan di antaranya disemak dengan senang, mengkhususkan perkara yang umum menjadi lebih spesifik dan memudahkan penentuan mutlaknya. Contohnya: Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Abu Umamah al-Bahili apabila beliau melihat alat pembajak, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: „Tidaklah akan masuk (alat) ini mana-mana rumah sesuatu kaum, kecuali Allah memasukkan kehinaan.‰ Hadis ini secara zahirnya menggambarkan seolah-olah Rasulullah s.a.w. tidak menyukai aktiviti pertanian yang boleh membawa kehinaan kepada golongan petani. Kalangan orientalis telah mengambil kesempatan dari hadis ini untuk mencetuskan kekeliruan mengenai sikap Islam terhadap pertanian. Jelasnya, hadis ini mengundang tanda tanya. Apakah makna zahir ini yang dimaksudkan? Adakah Islam tidak suka kepada aktiviti pertanian? Ini bertentangan dengan maksud hadis-hadis sahih yang lain. Orang-orang Ansar agak maju dalam bidang pertanian, Rasulullah s.a.w. tidak pernah memerintahkan mereka meninggalkan pekerjaan mereka itu. Bahkan hadishadis mengenai pertanian, pengairan dan saliran, serta menghidupkan tanah yang terbiar agak banyak. Dengan mengumpulkan hadis-hadis berkenaan dan dirujuk pula kepada ulasan-ulasannya dapat diketahui maksud sebenar hadis Abu Umamah. Apa yang dimaksudkan adalah penglibatan yang boleh menyebabkan terabai perkara-perkara lain yang diperintahkan seperti jihad. Ada pula yang mengkhususkan kepada mereka yang berada di perbatasan dengan musuh yang menumpukan kepada kerja-kerja pertanian sehingga mengabaikan latihan dan persiapan perang. Malah hadis Ibn Umar, riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyebut: „Bila kamu berpuas hati dengan bercucuk tanam, dan meninggalkan jihad, Allah akan meratakan ke atas kamu kehinaan‰, lebih menjelaskan lagi maksud sebenar hadis Abu Umamah tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

(c)

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS



45

Menggabungkan atau Mentarjihkan Hadis yang Kelihatan Bercanggah Nas-nas syarak pada prinsipnya tidak bertentangan antara satu dengan yang lain kerana kebenaran tidak akan bercanggah dengan kebenaran. Jika terdapat juga itu hanya pada lahirnya sahaja bukannya hakikat. Terdapat penyelesaian yang sesuai untuk memurnikan percanggahan itu. Ilmu Mukhtalaf al-Hadith adalah ilmu khusus untuk menyelesaikan kes-kes seperti ini. Bahkan isu Muktalaf turut berkaitan dengan ilmu Nasikh Mansukh. Contoh: Hadis Ummu Salamah r.a. yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi yang mengharamkan wanita melihat lelaki walaupun dia seorang yang buta dengan hadis Aisyah r.a. yang dilindungi oleh Rasulullah s.a.w. melihat Habsyi yang berlatih di masjid yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Contoh lain adalah hadis-hadis berkenaan ziarah kubur oleh wanita.

(d)

Memahami Hadis Berpanduan Latar Belakang dan Tujuannya Ada hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang berkait rapat dengan isu-isu tertentu yang berkait dengan masa dan tempat. Dengan itu ia memerlukan kepada pengamatan yang teliti dan mendalam untuk mengelakkan kekeliruan. Oleh itu mengetahui Asbab al-Wurud bagi sesebuah hadis sangat penting kerana ia dapat membantu memahami maksud sebenar hadis berkenaan. Hadis riwayat Muslim dari ÂAisyah dan Anas r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: „Kamu lebih mengetahui akan urusan dunia kami‰ boleh dijadikan contoh. Ada pihak yang menjadikan hadis ini sebagai alasan untuk melarikan diri dari hukum Allah yang berkaitan dengan ekonomi, politik, kewangan dan lain-lain dengan alasan Allah telah membenarkannya kerana ia adalah urusan dunia dan kita lebih mengerti mengenainya. Contoh lain ialah mengenai latar belakang hadis yang berkaitan dengan cantuman debunga jantan dan betina bagi pokok kurma yang menjelaskan maksud sebenar hadis. Ia perlu diteliti agar kita tidak tersalah anggap sabda Nabi Muhammad s.a.w. Baginda hanya mencadangkan agar dibiarkan sahaja proses pendebungaan berlaku sendiri dengan secara semula jadi; ini adalah pandangan Baginda. Tetapi pandangan tersebut bersalahan dengan praktikal yang biasa dilakukan oleh golongan Ansar iaitu kaum yang mahir bercucuk tanam lantas menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w. mengeluarkan sabdaan tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

46 

TOPIK 2

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

(e)

Membezakan antara Wasilah yang Berubah dengan Objektif yang Tetap Kegagalan membezakan antara dua perkara ini juga mengundang salah faham terhadap hadis. Yusuf al-Qaradawi telah menjadikan ubatan, pemakanan dan cara perawatan dan bijirin yang terdapat dalam Tibb alNabawi sebagai contoh. Menurut beliau, objektif dan ruh Tibb al-Nabawi adalah untuk menjaga kesihatan insan dan keselamatan fizikalnya. Adapun wasilah ataupun cara penjagaan kesihatan sentiasa berubah dari masa ke semasa mengikut keadaan dan tempat.

(f)

Memisahkan antara Perkara Hakikat dan Simbolik Perkara ini adalah berkaitan dengan penggunaan bahasa dari seorang insan yang paling fasih pertuturannya iaitu Rasulullah s.a.w. Penggunaan simbolik dalam bahasa Arab juga sangat ketara. Dengan itu, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak terkecuali dengan tamsil, perumpamaan dan seumpamanya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: „Orang yang paling cepat menyusuli aku di kalangan kamu adalah yang paling panjang tangannya‰ (Riwayat Muslim). Realitinya Ummahat al-Mukminin yang pertama meninggal dunia selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. adalah Sayyidah Zaynab binti Jahsy r.a. yang merupakan seorang yang sangat pemurah, dermawan dan sangat gemar berbuat kebajikan. Maka yang dimaksudkan dengan Âyang paling panjang tangannyaÊ di dalam hadis tersebut ialah Sayyidah Zaynab. Begitu juga dengan hadis Qudsi: „Apabila hamba Ku mendekati Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta...‰, golongan muktazilah telah mengecam ahli hadis kerana menyerupakan Tuhan dengan makhluk. Pendapat mereka ini ditolak oleh Ibn Qutaybah dengan menjelaskan bahawa maksud hadis ini adalah "Sesiapa yang mendatangi Ku dengan bersegera melakukan ketaatan, Aku mendatanginya dengan pahala lebih segera dari kedatangannya".

(g)

Memisahkan antara yang Ghaib dan Nyata Antara ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah berkaitan dengan perkara-perkara ghaib yang tidak boleh digambarkan dan tidak boleh dibandingkan dengan alam nyata sekarang. Ada yang berkaitan dengan kehidupan di alam barzakh selepas mati dan ada juga mengenai akhirat. Justeru itu, ada di kalangan al-Firaq al-Islamiyyah yang menolak hadis-hadis sahih disebabkan berpegang kepada logik akal. Antaranya mengenai soalan dua malaikat dalam kubur, juga nikmat dan seksaan di dalam kubur.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

(h)

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS



47

Memastikan Maksud Sebenar Ungkapan-ungkapan yang Terdapat dalam Hadis Bahasa bukanlah statik. Ia terus berkembang sejajar dengan keadaan sekelilingnya. Begitu juga perkataan dan ungkapannya. Dengan itu ungkapan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadisnya menggambarkan zamannya. Umat Islam harus peka tentang hal ini. Apalagi di kalangan kaum yang tidak dapat menguasai bahasa Arab dengan baik. Justeru, kita mendapati terdapat pelbagai ulasan terhadap hadis yang mengecam akan mengenakan seksaan yang berat kepada (‫( )المصورون‬Fauzi Deraman, 2006). Ini kerana perkataan al-musawwirun pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. dikhususkan kepada pembuat-pembuat patung atau berhala yang menyerupai makhluk dan kepada mereka inilah amaran keras ini ditujukan. Situasi zaman ini amat berbeza dengan kemunculan pelbagai alat yang turut dinamakan sebagai al-taswir. Pemahaman dan mendalami bahasa Arab amat diperlukan sejajar dengan peredaran masa dan kemajuan sesebuah masyarakat.

SEMAK KENDIRI 2.3 1.

Nyatakan kaedah sebenar memahami hadis menyeleweng dari kehendak Rasulullah s.a.w.

agar

tidak

2.

Apakah asas yang mesti dimiliki oleh seseorang yang ingin berinteraksi dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w.?

AKTIVITI 2.3 Kebanyakan ulama hadis adalah juga termasuk di kalangan ulama fikah. Bincangkan situasi ini dengan menyatakan beberapa ulama yang pakar serta menjadi rujukan dalam bidang fikah dan hadis. Adakah terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua golongan ulama ini? Jelaskan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

48 

TOPIK 2

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS



Ulama hadis telah meletakkan kaedah yang begitu teliti untuk memastikan hadis yang sampai kepada umat Islam tersaring dan bebas daripada penyelewengan.



Pengkategorian hadis kepada sahih, hasan, daif dan melambangkan kekuatan kaedah yang digunakan oleh ulama.



Hadis sahih adalah hadis yang diriwayatkan dengan sanad yang bersambung, dengan para perawi yang Âadil, dhabit, dari permulaan sanad sehinggalah ke akhirnya tanpa sebarang percanggahan dan kecacatan.



Dalam meletakkan martabat sesuatu hadis, ia melalui proses yang amat teliti dan tersusun bermula daripada pengumpulan semua turuq sehinggalah kepada kajian terperinci terhadap sanad dan matan.



Pertembungan antara pandangan ulama terhadap martabat hadis sama ada di zaman silam atau kontemporari perlulah dihormati dan diteliti dengan hati yang terbuka dan dikaji kebenarannya.



Al-syawahid bermaksud seorang sahabat r.a. yang meriwayatkan matan

sebagainya

hadis yang turut diriwayatkan oleh sahabat r.a. yang lain dengan lafaznya (yang sama) atau makna yang sama. 

Al-mutabaÊat bermaksud seorang perawi sebuah hadis berkongsi sama dalam meriwayatkannya dengan seorang perawi yang lain, sama ada ia meriwayatkan hadis itu dari guru yang sama ataupun guru yang lebih atas sehinggalah ke akhir sanad, dan sekurang-kurangnya perkongsian riwayat itu ialah pada sahabat yang sama.



Terdapat enam faktor kemunculan dan perkembangan syarah hadis. Antaranya ialah bahasa, kemunculan mazhab-mazhab, persaingan ilmu dan sebagainya.



Berinteraksi dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w. memerlukan kepada kaedah yang tepat agar tidak lari dari landasan yang sebenar.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2



KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS



49

Ulama telah menggariskan cara-cara tertentu atau panduan untuk memahami dengan baik hadis Nabi Muhammad s.a.w. Panduan ini mestilah dipelajari dan dipraktikkan dengan baik agar mampu melaksanakan ajaran Islam mengikut acuan Allah dan RasulNya. Terdapat lapan panduan untuk memahami hadis dengan baik. Antaranya ialah memahami hadis berdasarkan al-Quran, memisahkan antara yang ghaib dengan yang nyata, memisahkan antara perkara hakikat dengan simbolik dan lain-lain.

Sahih

Maqasid al-Islam

ÂAdalah

Mukhtalaf al-hadith

Al-dabt

Nasikh Mansukh

Al-jarh wa al-taÊdil

Asbab al-wurud

Al-syawahid

Wasilah

Al-mutabaÊat

Simbolik

Al-iÊtibar

Hakikat

Al-ÂAni, ÂUmar ÂAbd al-ÂAziz. (2006). AdhwaÊ Âala al-manhaj al-fiqhi fi syarah alhadith al-syarif. Kuala Lumpur: UIAM. Kertas kerja Seminar Metodologi Tafsir al-Quran dan Syarah al-Hadith. Al-ÂAsqalani, Ibn Hajar. (t.t.). Nuzhah al-nazar syarah nukhbah al-fikr. Beirut: Dar al-Kutub al-ÂIlmiyyah. Al-Qaradawi, Yusuf. (1991). Al-madkhal li dirasat al-sunnah al-nabawiyyah. Kaherah: Maktabah Wahbah. Halaqah.net. (2011). Sahih Muslim bukan untuk bacaan awam. Dicapai dari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=14691.0 Haziyah Hussin, et.al. (2006). Kelangsungan pengajian hadis: Cabaran dan masa depan. Selangor: Kolej Islam Antarabangsa Selangor.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

50 

TOPIK 2

KAEDAH SAHIH SILAM DALAM SYARAH HADIS

Sabbah, Abd al-Karim IsmaÊil. (1998). Al-hadith al-sahih wa manhaj ÂulamaÊ alMuslimin fi al-tashih. Riyadh: Maktabah al-Rusyd. Yulian Purnama. (2011). I'tibarat, mutaba'at, syawahid dan afrad. Dicapai dari http://kangaswad.wordpress.com/2011/02/11/itibarat-mutabaatsyawahid-dan-afrad/

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik



3

Metode Sahih Kontemporari dalam Syarah Hadis

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menerangkan metodologi ulama hadis dalam karya-karya mereka;

2.

Mengenal pasti kitab-kitab yang membantu memahami syarah hadis yang dipelajari;

3.

Menghuraikan konsep al-Tarjih di sisi ulama berkaitan hadis yang kelihatan bertentangan;

4.

Membincangkan metodologi hadis ulama fikah dan muhaddithin; dan

5.

Menerangkan maksud Takhrij al-Hadith serta kepentingannya.

 PENGENALAN Kita telah mempelajari berkaitan dengan metodologi silam dalam memahami hadis Nabi s.a.w. Secara umumnya, ia adalah berkenaan ilmu-ilmu yang mesti di miliki oleh seseorang yang ingin mendalami ilmu hadis Nabi s.a.w. Seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi, ilmu hadis juga berkembang dan ulama telah menyusun pelbagai kaedah, cara dan ilmu sesuai dengan kemajuan umat Islam. Munculnya pelbagai jenis karya berkaitan hadis dan ilmu yang membantu memahaminya. Sebagai umat yang komited dan bersemangat untuk melaksanakan agama Islam, kita sepatutnya mengetahui dan mendalami karya-karya tersebut dengan mempelajari metodologi penulisnya agar dapat memudahkan kita menelaah dan mengkajinya. Justeru, topik ini akan Copyright © Open University Malaysia (OUM)

52 

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

membincangkan metodologi pengarang-pengarang kitab hadis secara umum, metodologi kitab-kitab syarah hadis, apakah kaedah yang digunakan apabila bertemu dengan hadis yang kelihatan secara zahirnya bercanggah antara satu dengan lain. Metodologi fuqaha dan muhaddithin dalam memahami hadis serta metodologi ilmu Takhrij al-Hadith dalam membantu memahami hadis Nabi s.a.w.

AKTIVITI 3.1 Sebelum membaca mana-mana karya dalam agama, kita seharusnya mengetahui metodologi penulisannya agar dapat memudahkan kita memahami isi kandungannya. Kaji metodologi penulisan kitab-kitab yang disusun oleh ulama Malaysia seperti kitab Mustika Hadis atau kitab-kitab berbahasa Melayu yang berkaitan dengan hadis yang lain.

3.1

METODE PENGARANG KITAB-KITAB HADIS SECARA UMUM DAN MARTABAT HADISNYA

Sepertimana yang telah dinyatakan, pengetahuan tentang metodologi sesebuah kitab hadis amat penting untuk memudahkan kita memahami kupasan, huraian dan perbincangan yang diberikan. Ulama hadis telah meletakkan pelbagai syarat dan kaedah ketika menyusun karya-karya mereka. Metodologi penulisan mereka telah pun dikaji dan disemak oleh ulama yang datang selepas daripada mereka. Kita hanya perlu memahami metodologi tersebut dan membaca karya beserta dengan metodologinya. Kitab-kitab hadis yang besar (sila lihat Rajah 3.1) seperti al-Sunan al-Sittah yang merangkumi Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, JamiÊ al-Tirmizi, Sunan al-Nasai dan Sunan Ibn Majah telah dihurai dengan panjang lebar olah ulama kontemporari berkaitan dengan metodologi penulisan kitab-kitab tersebut. Kita akan cuba mengetahui dan mengenal pasti metodologi mereka secara umum berserta dengan martabat hadis di dalam setiap daripadanya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS



53

Rajah 3.1: Kitab-kitab hadis yang besar

3.1.1

Sahih al-Bukhari

Kitab yang amat masyhur dan terkenal ini ditulis oleh Imam Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-JuÊfi al-Bukhari (194H256H). Nama sebenar kitab ini adalah al-JamiÊ al-Sahih al-Musnad min Hadith Rasulullah wa Sunanihi wa Ayyamihi dan lebih dikenali dengan nama Sahih al-Bukhari. Imam al-Bukhari mengambil masa selama lebih kurang 16 tahun menjelajah dan mencari dengan penuh kesulitan dan kesusahan ke serata pelusuk dunia. Ia juga kitab yang pertama mengasingkan di antara hadis sahih daripada hadis daif. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-ÂAsqalani, bilangan hadis yang berulang di dalam kitab ini adalah sebanyak 7,397 nas hadis tanpa hadis muÊallaqat, mutabaÊat dan mawqufat dan tanpa pengulangan adalah sebanyak 2,602 buah hadis (Faisal Ahmad Shah et al., 2010). Karya ini dianggap sebagai karya yang pertama yang menghimpunkan hadishadis sahih sahaja. Walaupun Imam al-Bukhari tidak menyatakan secara langsung metodologi serta syatar-syarat yang digunakan oleh beliau, para ulama telah berjaya mengesannya. Antara syarat dan metodologi yang dimaksudkan ialah: (a)

Pemilihan Kualiti Perawi Hadis yang Tinggi Dasar penentuan sahihnya adalah perkaitan rapat antara hadis dan keadilan para perawi serta asalnya iaitu guru-guru yang Âadil dan thiqah. Menurut al-Hafiz Abu Bakar al-Hazimi, syarat al-Sahih adalah perawiperawinya mesti terdiri daripada seorang Muslim, berakal, benar, tiada keaiban yang tersembunyi dan tidak terganggu fikirannya serta Copyright © Open University Malaysia (OUM)

54 

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

mempunyai sifat-sifat adil, teguh ingatannya serta tepat, tiada angan-angan dan betul pegangan akidahnya (Faisal Ahmad Shah, 2010). Murid-murid Imam al-Zuhri terdiri daripada lima generasi dan setiap satunya mempunyai kelebihan yang tertentu berbanding generasi selepas mereka. Golongan pertama adalah yang mengambil hadis daripada tabiin dan mereka dinamakan tabi al-tabiin. Kumpulan daripada golongan inilah dianggap riwayat yang paling sahih dan merekalah yang dimaksudkan oleh Imam al-Bukhari dalam memilih hadis-hadis untuk kitab Sahihnya. Antara tokoh yang menjadi pilihan Imam al-Bukhari ialah Yunus bin Yazid, Aqli bin Khalid al-ÂIliyyun, Malik bin Anas dan sebagainya. Golongan kedua adalah sama dengan golongan pertama dari sudut kekuatan. Cuma dalam golongan pertama terhimpun sifat-sifat hafalan dan keteguhannya serta lama bergaul dengan Imam al-Zuhri sehingga ada di kalangan mereka yang bersama dengannya sama ada di rumah atau ketika bermusafir. Golongan ini adalah yang hidup sezaman dengan tabiin tetapi tidak berpeluang untuk mengambil hadis dari tabiin yang besar. Tokoh yang termasuk di dalam golongan ini adalah: Al-AuzaÊi, al-Layth bin SaÊad, ÂAbd al-Rahman bi Khalid bin Musafir dan Ibn Abu ZuÊaib. Walaupun demikian, yang paling utama bagi Imam al-Bukhari adalah golongan yang pertama, tetapi ada kalanya juga beliau memasukkan juga pengriwayatan daripada golongan ini. Manakala golongan ketiga dan keempat adalah menjadi pilihan kepada Imam al-Tirmizi. Manakala golongan akhir adalah diterima oleh Imam Abu Daud dan muhaddisin lain untuk maksud Âiktibar dan istisyhad (Faisal Ahmad Shah, 2010). Al-Imam al-Bukhari juga mensyaratkan setiap perawi telah dipastikan bahawa beliau telah bertemu dengan gurunya dan meriwayatkan daripada gurunya walaupun hanya sekali. Imam al-Bukhari tidak cukup hanya pernyataan bahawa perawi dan gurunya hidup di zaman yang sama, sepertimana yang menjadi syarat bersambungnya sanad di sisi Imam Muslim yang hanya memastikan perawi dan gurunya berada di zaman yang sama (Ibn Hajar al-ÂAsqalani, t.t.).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS



55

(b)

Memilih Hadis yang Sahih Sahaja Perkara ini jelas melalui nama kitabnya. Imam al-Bukhari telah pun mengkaji dan menyelidik semua hadis-hadis yang sampai kepadanya daripada guru-guru ataupun para perawi yang lain. Beliau memilih antara hadis-hadis yang berjumlah ratusan ribu dan dikumpulkan hadis yang terkuat di sisinya di dalam kitabnya al-JamiÊ al-Sahih. Setiap hadis yang ingin diletakkan di dalam kitabnya, beliau akan memohon kepada Allah s.w.t. petunjuk serta bantuanNya dengan melakukan solat dua rakaat serta menyiapkannya di samping jasad Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabawi di Madinah Munawwarah.

(c)

Mengulang-ulang, Menjuzukkan dan Meringkaskan Hadis Apabila kita membaca atau mengkaji kitab Sahih al-Bukhari, kita akan dapati beberapa hadis di sebut berulang-ulang di dalam beberapa bab yang tertentu. Begitu juga terdapat hadis-hadis yang disebut secara ringkas oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab Sahihnya. Semua ini dilakukan berdasarkan tujuan atau objektif yang tertentu. Antara tujuannya adalah: (i)

Memperbanyakkan turuq al-hadith;

(ii)

Sebagai maklumat tambahan kepada perselisihan makna lafaz-lafaz tertentu di dalam matan; dan

(iii) Sebahagian riwayat adalah dalam bentuk ÂanÊan, iaitu hadis yang diriwayatkan secara lafaz Âan (‫( )عن‬daripada). Maka ia memerlukan pembuktian melalui riwayat lain yang jelas menunjukkan berlakunya al-SimaÊ (mendengar dengan sebenarnya) sebagai ganti kepada lafaz Âan (Faisal Ahmad Shah, 2010).

3.1.2

Sahih Muslim

Kitab Sahih Muslim ini ditulis oleh seorang ulama terkenal dan hebat bernama Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi al-Naysaburi (204H-261H). Imam Muslim mendapat didikan daripada ulama-ulama tersohor di zamannya termasuklah Imam al-Bukhari sendiri. Kitab yang menjadi karyanya dinamakan dengan al-JamiÊ al-Sahih al-Musnad min Hadith Rasulillah s.a.w. dan lebih terkenal dengan nama Sahih Muslim. Kitab Sahih Muslim memiliki sebanyak 4,000 hadis yang tidak berulang dan 7,275 bilangan hadis termasuk yang berulang-ulang (Al-Zahrani, 1996).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

56 

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

Metodologi penulisan bagi kitab ini adalah seperti berikut: (a)

Mempunyai Mukadimah Imam Muslim memulakan kitabnya dengan memberikan mukadimah yang amat bernilai. Beliau mengupas di dalam mukadimahnya ini segala perkara yang dianggap sebagai syarat atau prinsip dalam berinteraksi dengan hadis Rasulullah s.a.w. Antara aspek yang dihuraikan di dalam mukadimah kitabnya ialah kewajipan mengambil riwayat hadis daripada perawi yang thiqah dan meninggalkan periwayatan daripada perawi yang dusta, amaran daripada berdusta terhadap Baginda s.a.w., larangan daripada memperdengarkan setiap yang didengari, larangan daripada mengambil riwayat daripada perawi yang daif, keterangan berkaitan isnad adalah daripada agama, menyingkap keaiban perawi hadis dan para pembawa riwayat, perkara berkaitan riwayat yang sahih di kalangan para perawi dan kesahihan mengambil riwayat yang bersifat muÊanÊan (Muslim, t.t.).

(b)

Menghimpunkan Semua Matan-matan Berserta Turuqnya dalam Satu Tempat Sahih Muslim agak berbeza dan unik daripada kitab-kitab hadis yang lain disebabkan oleh beberapa perkara iaitu: (i)

Keelokan dan kekemasan susunannya. Imam Muslim mempunyai kecenderungan untuk menghimpunkan semua matan-matan yang sama berserta sanadnya sekali pada satu tempat;

(ii)

Beliau tidak akan mengasingkan atau memisahkannya dalam bab-bab yang lain; dan

(iii) Beliau juga tidak banyak mengulang hadis kecuali sedikit, iaitu apabila terdapat keperluan untuk menguatkan matan atau sanad. Perkara ini jelas kerana Imam Muslim tidak memfokuskan usahanya untuk menerangkan fikah, atau mengeluarkan hukum dan adab daripadanya. Ini adalah berbeza dengan Imam al-Bukhari yang lebih menumpukan kepada pengeluaran hukum dan fikah daripada hadis-hadis riwayatnya (Faisal Ahmad Shah, 2010). (c)

Hanya Memilih Hadis daripada Perawi yang Thiqah dan Dabt Sepertimana gurunya Imam al-Bukhari, Imam Muslim tidak akan mengambil hadis daripada seseorang perawi kecuali telah menepati syaratsyarat sahih yang telah ditentukannya. Seseorang perawi itu mestilah Âadil dan dabit, dipercayai, mempunyai daya ingatan yang kuat dan tidak lupa. Beliau juga tidak mengambil hadis yang tidak bersambung sanadnya dan tidak disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. (Faisal Ahmad Shah, 2010). Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

(d)

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS



57

Melazimkan Dirinya dengan Syarat-syarat Tertentu Sebagaimana Imam al-Bukhari Seperti yang dinyatakan bahawa murid Imam al-Zuhri dibahagikan kepada lima generasi dan Imam al-Bukhari hanya mengambil daripada para perawi generasi pertama dan sedikit daripada generasi kedua. Manakala Imam Muslim pula meliputi generasi pertama, kedua dan sedikit generasi ketiga, tetapi ini hanya melibatkan hadis-hadis mutabaÊat dan syawahid sahaja. Begitu juga dengan syarat al-LiqaÊ dan al-MuÊasarah antara perawi. Bagi Imam al-Bukhari, kedua-dua syarat tersebut wajib ditepati untuk memenuhi syaratnya. Namun bagi Imam Muslim, menepati syarat al-LiqaÊ sahaja sudah memadai. Walaupun pegangan Imam Muslimn kelihatan lebih longgar berbanding gurunya. Walaubagaimanapun, ia tidak menjejaskan kualiti dan kredibiliti kitabnya (Faisal Ahmad Shah, 2010).

3.1.3

Sunan Abi Dawud

Sunan Abi Dawud adalah hasil karya pengarangnya Imam Abu Dawud Sulayman bin al-AsyÊath bin Ishaq bin Basyir bin Syadad bin ÂAmr bin ÂImran alAzdi al-Sajistani (220H-275H). Seorang ulama masyhur yang telah menghasilkan banyak karya terutama yang berkaitan dengan hadis dan syariah. Terdapat di kalangan ulama yang menganggarkan karyanya sebanyak 12 buah dan yang paling masyhur adalah kitab sunannya. Sunan Abi Dawud adalah kitab yang telah diletakkan oleh ulama pada tangga ketiga selepas Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Setelah beliau menyelesaikan penulisan kitab ini, beliau membentangkannya di hadapan Imam Ahmad dan diperakui oleh Imam Ahmad. Kitab ini tidak hanya mengumpulkan hadis sahih, malah di dalamnya terdapat hadis hasan dan daif. Sunan Abi Dawud mempunyai 5,274 hadis yang berulang-ulang, sebanyak 35 buah kitab dan 1,871 bab (Faisal Ahmad Shah, 2010). Metodologi penulisannya adalah seperti berikut: (a)

Menyusun Kitab Berdasarkan Bab-bab Fikah dan Membatasinya untuk al-Sunnah dan Hukum Ahkam Sahaja Metodologinya adalah jelas, iaitu menghadkan pemilihan pada hadis-hadis fikah sahaja dan tidak berkaitan dengan kisah-kisah, peringatan, zuhud, adab, tafsir, kelebihan amalan dan sebagainya. Ia telah dianggap sebagai karya pertama yang disusun berdasarkan bab fiqh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

58 

(b)

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

Memilih Hadis Sahih, Hasan dan Selain daripadanya dengan Disertakan Penjelasan Kitab ini lebih dianggap sebagai sebuah karya hadis hasan. Imam Abu Dawud menjelaskan metodologinya di dalam artikel yang dihantarkan kepada penduduk Mekah dengan katanya: „Saya menyebut hadis sahih dan yang menghampirinya (hasan) di dalam kitab saya ini. Jika hadisnya terlalu daif, saya akan jelaskan. Dalam kitab ini juga, tidak ada suatu hadis pun yang berasal daripada perawi yang matruk, jika terdapat hadis yang munkar, saya akan jelaskan (Faisal Ahmad Shah, 2010)‰.

3.1.4

Jami’ al-Tirmizi

JamiÊ al-Tirmizi merupakan hasil karya pengarangnya Imam Abu ÂIsa Muhammad bin ÂIsa bin S.a.w.rah bin Musa bin Dahhak al-Salmi al-Tirmizi (290H-279H). Imam al-Tirmizi berpeluang berguru dengan ramai di kalangan ulamak hebat di zamannya di pelbagai displin ilmu. Di antara gurunya adalah Imam al-Bukhari, Imam Muslim dan Imam Abu Daud. Beliau juga mahir dalam bidang fikah dan ia jelas melalui susunan bab dan hadis di dalam kitab JamiÊnya. Kitab ini juga dikenali dengan nama Sunan al-Tirmizi dan ia telah mendapat pengiktirafan daripada ulama sezaman dengannya sehingga mereka berkata: Sesiapa yang menyimpan kitab ini, seolah-olah Nabi sedang bersabda di dalam rumahnya. Secara umumnya, hadis-hadis yang terdapat di dalam JamiÊ al-Tirmizi dibahagikan kepada empat bahagian (Faisal Ahmad Shah, 2010): (a)

Hadis yang dipersetujui oleh al-Bukhari dan Muslim;

(b)

Hadis yang kurang sedikit martabat sahihnya daripada hadis yang pertama iaitu mengikut syarat Imam Abu Dawud an al-Imam al-NasaiÊ;

(c)

Hadis yang diriwayatkan kerana ia menjadi dalil dalam masalah khilaf. Imam al-Tirmizi akan mendatangkan hadis bagi mazhab yang rajih dan yang tidak rajih. Bagi yang tidak rajih, Imam al-Tirmizi akan membuat penilaian terhadap hadis tersebut dan menerangkan Âillah di dalamnya; dan

(d)

Hadis-hadis yang diamalkan oleh para fuqahaÊ sama ada ia sahih atau tidak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS



59

Metodologi penulisan bagi kitab ini pula adalah seperti berikut: (a)

Tidak Hanya Mengkhususkan pada Hadis Sahih Sahaja Imam al-Tirmizi tidak bermaksud untuk mengumpulkan hadis sahih sahaja di dalam kitab JamiÊnya, bahkan beliau turut meletakkan hadis yang sahih, hasan, daif, gharib, muÊallal yang dinyatakan Âillahnya. Beliau banyak memuatkan hadis yang hasan dan hasan di sisinya bermaksud: Hadis yang tiada pada sanadnya perawi yang dituduh berdusta, tidak shaz dan diriwayatkan melalui tariq atau sanad yang lain yang menyokongnya (Ibn Hajar al-ÂAsqalani, t.t.).

(b)

Memilih Hadis yang Boleh Diamalkan dan Dijadikan Hujah Beliau meletakkan syarat untuk meletakkan hadis yang boleh diamalkan sahaja dan dijadikan hujah. Dapat difahami bahawa semua hadis di dalam kitab ini boleh diamalkan dan dipersetujui oleh kebanyakan ulama kecuali dua buah hadis sahaja.

(c)

Menerangkan Darjat Hadis serta Pembahagian Hadis dalam Bentuk Baru Di antara keistimewaan kitab JamiÊ ini adalah ulasan darjat hadis yang dinyatakan oleh Imam al-Tirmizi, iaitu sama ada sahih, hasan, daif dan gharib. Manakala pada akhir kitab ini pula dimasukkan kitab al-ÂIlal. Paling menarik ia adalah kitab yang pertama yang membahagikan hadis kepada sahih, hasan dan daif, berbeza dengan karya sebelumnya. Beliau juga telah membahagikan daif kepada dua bahagian: (i)

Daif yang boleh dijadikan amalan; dan

(ii)

Daif yang ditolak, iaitu al-Wahi.

Beliau juga menggunakan istilah yang baru dalam menerangkan darjat hadis-hadisnya, antaranya (Faisal Ahmad Shah, 2010): (i)

Hadis hasan sahih;

(ii)

Hadis hasan gharib; dan

(iii) Hadis hasan sahih gharib.

3.1.5

Sunan al-Nasai’

Sunan al-NasaiÊ adalah hasil karya ulama besar yang bernama Abu ÂAbd alRahman Ahmad bin ÂAli bin SyuÊaib bin ÂAli in Sinan al-Khurasani. Beliau dilahirkan di bandar NasaÊ pada tahun 215H dan meninggal dunia pada tahun 303H. Seorang ulama yang memiliki kesungguhan dalam ilmu dan ibadah, berguru dengan ramai tokoh ulama yang besar di zamannya seperti Abu Daud Copyright © Open University Malaysia (OUM)

60 

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

al-Sajistani dan al-Tirmizi. Imam al-NasaiÊ mempunyai fizikal yang elok rupawan, rajin beribadah dan berjihad di jalan Allah s.w.t. Al-NasaiÊ merupakan seorang tokoh hadis yang ketat syaratnya terutama yang melibatkan para perawi hadis. Kitab Sunan al-NasaiÊ pada asalnya adalah hadishadis yang dipilih dan diringkaskan daripada kitabnya yang lebih besar iaitu alSunan al-Kubra dan kitab Sunannya yang baru dikenali dengan al-Sunan alSughra atau al-Mujtaba. Sesetengah ulama meletakkan kedudukan Sunan alNasai selepas al-Sahihayan kerana ia adalah karya Sunan yang mempunyai bilangan hadis daif yang paling sedikit. Para perawinya juga yang paling sedikit menerima kritikan al-Jarh. Metodologi penulisan penulisan bagi kitab ini adalah seperti berikut: (a)

Penyusunan Berdasarkan Bab Fikah Sebagaimana kitab Sunan yang lain, Sunan al-NasaiÊ juga disusun berdasarkan pecahan bab fikah.

(b)

Kedudukan Hadis dalam al-Sunan al-Sughra Walaupun al-NasaiÊ mengasingkan hadis sahih dalam al-Sunan al-Sughra, namun di dalamnya terdapat juga hadis hasan dan daif tetapi dalam bilangan yang sedikit. Pandangan yang mengatakan bahawa di dalam alSunan al-Sughra kesemua hadisnya adalah sahih merupakan pandangan yang tidak tepat.

(c)

Riwayat yang Baru dalam al-Sunan al-Sughra Walaupun al-Sunan al-Sughra merupakan ringkasan daripada al-Sunan alKubra, Imam al-NasaiÊ juga meletakkan riwayat-riwayat yang baru di dalamnya. Ini bermakna semua hadis di dalam al-Sunan al-Kubra terdapat di dalam al-Sunan al-Sughra dan tidak semua hadis di dalam al-Sunan alSughra boleh didapati di dalam al-Sunan al-Kubra.

(d)

Syarat-syarat Al-NasaiÊ terkenal dengan syaratnya yang ketat, para perawi yang diterima olah al-Imam al-NasaiÊ hanyalah daripada peringkat ketiga, iaitu gurugurunya sendiri. Manakala peringkat keempat hanya diambil sebagai tujuan mutabaÊat dan syawahid sahaja (Faisal Ahmad Shah, 2010).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

3.1.6

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS



61

Sunan Ibn Majah

Kitab Sunan ini disusun oleh Imam Abu ÂAbdullah bin Yazid bin Majah alQazwini yang dilahirkan pada tahun 209H dan meninggal dunia pada tahun 273H. Imam Ibn Majah dilahirkan di Kota Qazwin yang telah menyaksikan kemunculan banyak ulama yang tersohor. Imam Ibn Majah merupakan seorang yang thiqah dan al-Zahabi menyifatkannya sebagai al-Huffaz al-Kabir, alMufassir, pengarang kitab al-Sunan dan al-Tafsir. Kitab Sunan Ibn Majah mengandungi 4,341 buah hadis yang disusun berdasarkan pecahan bab fikah, mempunyai 32 buah kitab dan 1,105 buah bab. Metodologi penulisannya adalah seperti berikut: (a)

Permulaan Bab yang Tersendiri Al-Imam Ibn Majah melakukan kelainan dengan memulakan babnya dengan tajuk „Bab IttibaÊ Sunnah Rasulillah s.a.w.‰ dan diikuti dengan hadis yang menjadi dalil al-Sunnah sebagai hujah serta kewajipan mengikuti dan beramal dengannya.

(b)

Syarat-syarat Ibn Majah tidak mensyaratkan hanya hadis sahih sahaja malah meliputi juga hadis-hadis yang lain. Beliau dikatakan telah memilih juga para perawi di kalangan peringkat kelima iaitu dari golongan para duÊafaÊ.

(c)

Kedudukan Sunan Ibn Majah Ulama berselisih pendapat terhadap kitab Sunan Ibn Majah. Bagi ulama yang mewujudkan istilah Usul Kutub al-Hadith, mereka tidak memasukkan Sunan Ibn Majah. Tetapi bagi ulama yang mewujudkan istilah Usul al-Sittah, maka Sunan Ibn Majah adalah karya keenam daripadanya, juga terdapat di kalangan ulama yang menggantikannya dengan MuwattaÊ al-Imam Malik.

(d)

Hadis-hadis di dalam Sunan Ibn Majah Hadis-hadisnya meliputi sahih, hasan, daif dan sedikit munkar dan maudhuÊ. Disebabkan perkara inilah ia diletakkan sebagai karya terakhir daripada al-Sunan al-Sittah. Karya al-Sunan al-Sittah telah pun disyarahkan hadis-hadisnya sama ada secara terperinci atau ringkas di dalam kitab-kitab syarah yang telah dihasilkan. Kita boleh merujuk kepada karya tersebut untuk mengetahui dengan lebih mendalam maksud sesebuah hadis Rasulullah s.a.w. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

62 

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

SEMAK KENDIRI 3.1 1.

Apakah yang dimaksudkan dengan al-Sahihain? Bincangkan darjat hadis di dalamnya.

2.

Nyatakan syarat-syarat al-Imam al-Tirmizi di dalam JamiÊnya.

3.

Berikan nama lain bagi Sunan al-NasaiÊ.

3.2

KITAB-KITAB YANG MEMBANTU MEMAHAMI HADIS NABI S.A.W. DAN METODOLOGINYA

Kita telah mengupas perkara berkaitan dengan kitab-kitab utama dalam hadis Nabi s.a.w., sekarang kita akan sama-sama mengkaji syarah-syarah kepada hadis-hadis yang telah disusun oleh para ulama. Memahami hadis Nabi s.a.w. memerlukan kepada ilmu, yang paling utama adalah mengetahui kaedah atau sumber kepada kitab-kitab yang mensyarahkan hadis. Ulama hadis telah menghasilkan pelbagai karya yang membantu umat Islam memahami hadis Nabi s.a.w. Antara karya yang dapat memudahkan kefahaman terhadap hadis ialah: (a)

Kitab Gharib al-Hadith;

(b)

Kitab Mukhtalaf al-Hadith; dan

(c)

Kitab Syarah al-Hadith.

3.2.1

Kitab Gharib Al-Hadith

Kitab Gharib al-Hadith adalah salah satu bentuk sumbangan ulama hadis yang muncul pada permulaan kurun ketiga Hijrah. Kitab Gharib al-Hadith bermaksud kitab-kitab yang mengumpulkan perkataan atau kalimah yang memiliki makna yang agak samar atau sukar difahami daripada hadis-hadis Nabi s.a.w. Al-Hafiz Ibn al-Salah berkata: „Gharib al-Hadith adalah ungkapan yang ada di dalam matan hadis daripada lafaz-lafaz yang sukar difahami disebabkan jarang digunakan (al-Zahrani, 1996).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS



63

Di antara kitab Gharib al-Hadith yang muktabar adalah Kitab al-Nihayah Fi Gharib al-Hadith oleh Ibn al-Athir. Kitab ini disusun oleh al-Hafiz Majd al-Din Abu al-SaÊadat bin Muhammad al-Jazari yang lebih dikenali dengan Ibn al-Athir (w 606H). Metodologi Ibn al-Athir di dalam kitab ini adalah seperti berikut: (a)

Beliau menyusun kitabnya berpandukan huruf mukjam dengan susunan yang amat teliti. Mengambil kira asal sesuatu perkataan. Kitab ini dianggap sebagai kitab yang paling sempurna berkaitan dengan Gharib al-Hadith; dan

(b)

Penulis berkata: ‰Aku melihat di dalam kitab Abu Musa al-Madini yang dihasilkan sebagai menyempurnakan kitab al-Harawi, kitab yang memiliki kehalusan dan kesempurnaan. Jika terdapat seseorang yang ingin mengetahui perkataan yang sukar, maka perlulah dia mencarinya di dalam kedua-dua kitab tersebut... tetapi kedua-duanya mempunyai kesukaran untuk digunakan, maka aku berhasrat untuk mengumpulkan sesuatu di dalam ilmu ini berkaitan Gharib al-Hadith tanpa mengupas berkaitan Gharib al-Quran... Setiap yang diambil daripada kitab al-Harwi akan ditanda dengan huruf HaÊ... daripada kitab Abi Musa dengan huruf Sin, dan apa yang aku tambah tidak akan disertakan dengan apa-apa tanda (AlZahrani, 1996)‰.

3.2.2

Kitab Mukhtalaf Al-Hadith

Mukhtalaf juga dibaca dengan Mukhtalif. Dengan bacaan Mukhtalaf ia bermakna dua buah hadis yang saling bertentangan antara satu dengan lain dari segi makna yang zahir. Jika dibaca dengan Mukhtalif ia bermaksud sebuah hadis yang bertentang pada zahirnya dengan sebuah hadis lain yang sama dengannya (Ibn Hajar, t.t.). Karya-karya dalam ilmu ini juga termasuk TaÊwil Mukhtalaf al-Hadith, Musykil al-Hadith atau Munaqadah al-Ahadith wa Bayan Mahamil Sahihiha. Karya Mukhtalaf al-Hadith ini dapat membantu para pengkaji dan pencinta ilmu untuk mengetahui penyelesaian kepada hadis-hadis yang dilihat secara zahirnya adalah bertentangan antara satu dengan lain, atau hadis-hadis yang kelihatan bertentangan dengan al-Quran, Ijmak, Qiyas, serta logik akal serta jalan keluar daripada masalah ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

64 

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

Antara kitab yang disusun di dalam jenis ini ialah Ikhtilaf Al-Hadith oleh Imam al-SyafiÊe. Kitab ini disusun oleh Imam Abu ÂAbdullah Muhammad bin Idris bin al-ÂAbbas bin ÂUthman al-Hasyimi al-Quraysyi yang merupakan pengasas kepada mazhab SyafiÊe. Kitab ini memperkenalkan kaedah yang terbaik dalam berinteraksi dengan hadis Nabi s.a.w. dan menyelesaikan pertentangan yang kelihatan padanya. Namun begitu hadis-hadis yang dikemukakan oleh Imam al-SyafiÊe tidak menyeluruh kerana hanya menyentuh persoalan fikah sahaja dan tidak menghuraikan permasalahan aqidah, akhlak dan sebagainya. Secara umumnya, beliau menggunakan tiga kaedah utama dalam menyelesaikan kontradiksi yang terdapat dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. iaitu al-JamÊ atau al-Nasakh atau alTarjih. Metodologi yang digunakan oleh al-Imam al-SyafiÊe adalah seperti berikut (Faisal Ahmad Shah, 2010): (a)

Menyusun hadis-hadis tanpa menurut sistematik topik-topik fikah yang biasa;

(b)

Mengemukakan hadis yang bertentangan serta sanadnya;

(c)

Menegaskan bahawa hadis-hadis tersebut tidak bertentangan dengan menggunakan kaedah al-JamÊ, al-Naskh dan al-Tarjih;

(d)

Mengiringi hadis-hadis yang diriwayatkan dengan al-Syawahid yang menyokong tafsiran tepat;

(e)

Kadangkala membawa hujah dari qiyas dan al-Nazar;

(f)

Menerangkan darjat sesetengah hadis; dan

(g)

Menyentuh tentang petunjuk i dan al-Nawahi.

3.2.3

Kitab Syarah Al-Hadith

Kitab yang amat membantu pembaca kitab-kitab hadis dalam memahami hadis Nabi s.a.w. adalah kitab Syarah al-Hadith yang telah pun disusun oleh ulamaulama hebat sama ada ulama silam mahupun kontemporari. Definisi syarah hadis seperti yang dinyatakan oleh Dr Ahmad bin Muhammad bin Humayd ialah ilmu yang menjelaskan sanad dan matan bagi hadis Nabi s.a.w. (Faisal Ahmad Shah, 2010).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS



65

Antaranya kitab syarah hadis ialah Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim Bin al-Hajjaj oleh Imam Nawawi. Kitab ini disusun oleh Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf bin Muri bin Hasan bin Muhammad bin Hizam al-Nawawi. Kitab ini merupakan kitab yang mensyarahkan dan menghuraikan hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab Sahih Muslim. Metodologi Imam al-Nawawi di dalam kitab ini adalah seperti berikut (Faisal Ahmad Shah, 2010): (a)

Mengambil pendekatan sederhana dalam mensyarahkan hadis Nabi s.a.w.;

(b)

Mengekalkan hadis-hadis serta sanadnya sepertimana yang terdapat di dalam Sahih Muslim;

(c)

Mendiskusikan hadis secara menyeluruh dengan penekanan terhadap ilmu riwayah dan dirayah selain menyentuh persoalan furuÊ fiqhiyyah, usul fikah, bahasa dan sebagainya;

(d)

Tidak menyandarkan pendapat-pendapat yang masyhur kepada sumbernya melainkan disebabkan terlupa pada beberapa tempat sama ada disebabkan ulasan yang panjang atau telah diterangkan dalam bab yang lepas;

(e)

Tidak mengulang syarahan sesuatu hadis yang berulang, mengisyaratkan bahawa hadis tersebut telah disyarahkan; dan

(f)

Mentakhrijkan hadis-hadis yang terdapat di dalam kitabnya.

hanya

SEMAK KENDIRI 3.2 1.

Kupas definisi Mukhtalaf al-Hadith.

2.

Huraikan metodologi yang digunakan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Minhaj Syarh Sahih Muslim Ibn al-Hajaj.

3.

Apakah kepentingan mengetahui kitab-kitab yang membantu kita memahami hadis Nabi s.a.w.?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

66 

3.3

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

METODE MEMAHAMI KONSEP AL-TARJIH DI SISI ULAMAK DAN SEBAB-SEBAB KHILAF PENDAPAT AKTIVITI 3.2

Golongan yang mempunyai keraguan tentang agama akan cuba menzahirkan sesuatu yang kelihatan bertentangan dan tidak dapat diterima oleh akal pada pandangan mereka. Apakah cara yang boleh kita usahakan untuk menjawab persoalan dan pertentangan yang kelihatan wujud di dalam hadis Nabi s.a.w.? Perbahasan mengenai al-Tarjih adalah berkait rapat dengan pertentangan atau perbezaan yang kelihatan wujud di antara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Secara zahirnya seolah-olah ia saling bertentangan antara satu sama lain. Permasalahan seperti ini jika tidak diselesaikan akan mengundang kepada salah faham dan penyelewengan dalam berinteraksi dengan hadis Rasulullah s.a.w. Mari samasama kita selidiki cara ulama berhadapan dengan percanggahan hadis dan kupasan mengenainya.

3.3.1

Percanggahan Hadis

Imam Abu Bakar al-Baqilani berkata, bahawa setiap dua hadis yang dikenal pasti datang daripada Rasulullah s.a.w., tidak harus berlakunya percanggahan dalam apa jua bentuk, sekalipun nampak pada zahir kedua-duanya saling bercanggah (Dr Rohaizan Baru et al., 2007). Imam al-SyafiÊe berkata: „Tidak kami temui sesuatu daripada Rasulullah s.a.w. yang kelihatan bercanggah, kemudian kami mengkajinya, kecuali pasti kami akan menemui jalan yang boleh menyelesaikannya sehingga ia tidak bercanggah (Dr Rohaizan Baru et al., 2007).‰ Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: Hadis Maqbul dibahagikan kepada yang boleh diamalkan, dan yang tidak diamalkan. Jika ia selamat daripada sebarang percanggahan, maka ia dipanggil sebagai al-Muhkam, apabila ia bercanggah dengan hadis yang lain, sama ada hadis yang bercanggah tersebut maqbul atau mardud... jika hadis yang bercanggah itu maqbul dan sama kuatnya, maka hendaklah dilihat sama ada ia boleh digabungkan, maka ketika itu dinamakan Mukhtalif al-Hadith, atau dikenal pasti tarikhnya, maka yang terkemudian itu adalah Nasikh dan yang terdahulu itu Mansukh, atau jika tidak dikenal pasti,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS



67

maka terpaksalah di buat pemilihan (al-Tarjih), dan akhir sekali ditawaqqufkan (Ibn Hajar al-ÂAsqalani, t.t.). Cara atau metode para ulama membuat pilihan apabila berlaku percanggahan antara dua hadis sebenarnya melibatkan dua ilmu yang penting dalam Islam iaitu ilmu hadis dan ilmu usul fikah. Ilmu hadis digunakan semasa mengamati hadis-hadis yang berkaitan masalah yang timbul, sementara ilmu usul fikah, dapat diambil faedah daripada kaedah-kaedah dan hukum-hukumnya yang telah ditetapkan berdasarkan nas-nas lain daripada al-Quran dan hadis. Penyelesaian kepada masalah percanggahan dua hadis yang masing-masing membawa makna yang berbeza memerlukan pengamatan dan pemahaman yang terperinci serta perlu dicari titik pertemuan antara kedua-duanya. Para ulama telah meletakkan kaedah bagaimana berhadapan dengan situasi seperti ini. Antara kaedah berhadapan dengan dua hadis yang kelihatan bertentangan adalah: (a)

Apabila boleh dikumpulkan dan digabungkan antara kedua-dua hadis yang saling bertentangan, maka hendaklah digabungkan dan wajib beramal dengan kedua-duanya.

(b)

Apabila tidak dapat digabungkan dan dikumpulkan antara kedua-duanya, maka ia perlu melalui beberapa peringkat: (i)

Jika diketahui salah satu nasakhnya, maka didahulukan hadis yang menasakhkannya dan beramal dengannya, serta ditinggalkan hadis yang dinasakhkan;

(ii)

Jika tidak dapat diketahui antara nasakh dan mansukh, maka ditarjihkan salah satu daripadanya dengan melihat kepada beberapa aspek tarjih dan kemudian beramal dengan hadis rajih tersebut; dan

(iii) Dan jika tidak dapat dilakukan tarjih salah satu daripadanya, maka ditawaqqufkan iaitu tidak beramal dengan hadis-hadis tersebut sehingga jelas yang rajih kepada kita. (c)

Antara kaedah-kaedah tarjih yang ditetapkan oleh ulama ialah: (i)

Tarjih berdasarkan sanad, seperti ditarjihkan riwayat nas mutawatir daripada riwayat Ahad;

(ii)

Tarjih berdasarkan matan, seperti ditarjihkan hadis yang memiliki nas matan yang hakiki berbanding yang bersifat majaz;

(iii) Tarjih berdasarkan al-madlul (apa yang dikehendaki) daripada nasnas yang bertentangan, seperti mentarjihkan madlul yang menunjukkan haram daripada madlul yang menunjukkan harus; dan Copyright © Open University Malaysia (OUM)

68 

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

(iv) Tarjih berdasarkan perkara yang luar daripada nas-nas yang bercanggah seperti mentarjihkan hadis yang disokong dengan dalil yang lain daripada al-Quran atau sunnah atau ijmak atau qiyas. Contoh kaedah ulama berhadapan dengan dua hadis yang bertentangan adalah hadis yang berkaitan menghadap atau membelakangkan kiblat ketika sedang membuang air kecil atau besar. Perbezaan ini berlaku kerana terdapat beberapa hadis yang berkaitan dengan masalah yang kelihatan bercanggah. Antaranya hadis Abu Ayyub al-Ansari r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda:

.‫ ﻭﻟﻜﻦ ﺷﺮﻗﻮﺍ ﺃﻭ ﻏﺮﺑﻮﺍ‬،‫ﺇﺫﺍ ﺃﺗﻴﺘﻢ ﺍﻟﻐﺎﺋﻂ ﻓﻼ ﺗﺴﺘﻘﺒﻠﻮﺍ ﺍﻟﻘﺒﻠﺔ ﻭﻻ ﺗﺴﺘﺪﺑﺮﻫﺎ‬ Maksudnya: Jika salah seorang dari kamu membuang air, maka janganlah kamu menghadap kiblat atau membelakangkannya, tetapi hadapkanlah ke arah timur atau ke barat. (Al-Bukhari, Abwab al-Qiblah, Bab Qiblah Ahli al-Madinah wa Ahli al-Syam wa al-Masyriq, Jilid 1, halaman 153, nombor 386 dan Muslim, Kitab al-Taharah, Bab al-Istatobah, Jilid 1, halaman 259, nombor 632) Hadis yang lain pula berbunyi:

‫ ﻓﺮﺃﻳﺖ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﻗﺎﻋﺪﺍ‬،‫ ﺍﺭﺗﻘﻴﺖ ﻋﻠﻰ ﻇﻬﺮ ﺑﻴﺖ ﺃﺧﱵ ﺣﻔﺼﺔ‬:‫ﻋﻦ ﺍﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻬﻤﺎ ﻗﺎﻝ‬ .‫ﳊﺎﺟﺘﻪ ﻟﺒﻨﺘﲔ ﻣﺴﺘﻘﺒﻞ ﺍﻟﺸﺎﻡ ﻣﺴﺘﺪﺑﺮ ﺍﻟﻘﺒﻠﺔ‬ Maksudnya: Ibn ÂUmar r.a. berkata: Aku pernah naik ke atas bumbung rumah kakakku Hafsah dan terlihat Rasulullah s.a.w. duduk di atas dua batu untuk membuang air dengan keadaan menghadap Baitul Maqdis (al-Syam) dan membelakangi kiblat. (Muslim, Kitab al-Taharah, Bab al-Istatobah, Jilid 1, halaman 262, nombor 635) Pendapat ulama dalam masalah ini terbahagi kepada tiga (Ibn Rushd: 1995). Terdapat ulama yang menggabungkan kedua-dua hadis, ada ulama yang mentarjihkan salah satu daripadanya dan terdapat juga ulama yang mengembalikannya kepada asal iaitu tanpa sebarang hukum. Pendapat ulama mazhab al-Syafie, Maliki dan Hambali adalah di kalangan ulama yang menggabungkan kedua-dua hadis tersebut dengan mengatakan: Larangan menghadap dan membelakangi kiblat dalam hadis Abu Ayyub r.a. apabila berada di tanah yang lapang dan tidak tertutup. Sementara keizinan menghadap atau membelakangi kiblat di dalam hadis Ibn ÂUmar r.a. adalah apabila berada di tempat yang tertutup dan di dalam bangunan. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS



69

Ulama yang mentarjihkan salah satu daripada keduanya, memilih hadis Abu Ayyub r.a. kerana apabila berlaku pertentangan antara dua hadis, salah satu daripada hadis ini adalah permulaan kepada masalah yang dibangkitkan dan satu lagi kembali kepada asal iaitu tiada hukum baginya. Ulama yang mengatakan tiada apa-apa hukum dalam masalah ini pula mengatakan bahawa dalam masalah ini terdapat syak, oleh itu syak tidak dapat memutuskan sesuatu hukum (Norzulaili, Rabiatul Addawiyyah, & Mohd Zohdi, 2007).

3.3.2

Sebab-sebab Khilaf Pandangan Ulama terhadap Sesuatu Hadis

Terdapat banyak faktor yang membawa kepada perbezaan ulama dalam meletakkan darjat sesuatu hadis atau keharusan beramal dengan sesuatu hadis. Secara umumnya perbezaan ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian (sila lihat Rajah 3.2):

Rajah 3.2: Perbezaan ulama berkaitan penerimaan sesuatu hadis

Secara ringkasnya, terdapat beberapa perbezaan di kalangan ulama fikah dan ulama hadis dalam berurusan dengan hadis Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan di atas. Walaupun begitu, ada juga beberapa aspek yang mereka turut sama bersepakat mengenainya, antaranya penerimaan hadis mutawatir, kemestian berhujah dengan hadis yang sahih dan menolak hadis daif jika di dalam sesuatu Copyright © Open University Malaysia (OUM)

70 

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

masalah terdapat hadis sahih dan daif, dan sebagainya. Kita juga hendaklah memahami bahawa kebanyakan ulama hadis juga termasuk dalam golongan ulama fikah yang masyhur seperti al-Imam al-Nawawi, al-Imam Ibn ÂAbd al-Bar, al-Imam Ibn Hajar al-ÂAsqalani dan sebagainya. Ulama fikah berbeza pandangan dalam masalah berkaitan keharusan beramal dengan sesuatu hadis. Ia merangkumi perbezaan mereka dalam sesetengah syarat hadis sahih, adakah menjadi kemestian sesuatu hadis itu sahih barulah ia boleh diamalkan serta masalah memastikan lafaz yang sebenar daripada Nabi s.a.w. (Norzulaili, Rabiatul Addawiyyah, & Mohd Zohdi, 2007). Perbezaan pandangan dalam perkara seperti ini telah mengakibatkan perbezaan hukum bagi suatu masalah yang timbul. Perbezaan ulama fikah dalam memahami hadis berpunca daripada dua perkara: Pertama, perbezaan dari sudut akal fikiran dan kedua, terdapat lafaz hadis yang mengandungi lebih daripada satu makna (Norzulaili, Rabiatul Addawiyyah, & Mohd Zohdi, 2007). Ini kerana tidak semua manusia diciptakan dengan memiliki kelebihan yang sama, begitu hadis Nabi s.a.w. yang mengandungi bahasa yang memiliki banyak makna yang memerlukan kepada kefahaman yang lebih dan kajian yang mendalam. Perbezaan kadar merujuk terhadap hadis boleh diungkapkan dengan kata-kata lain iaitu sesetengah ulama tidak mendengar atau menjumpai hadis Rasulullah s.a.w. semasa berijtihad. Ia bukanlah bermaksud para ulama mesti menghafal kesemua hadis tetapi setiap ulama mempunyai pengetahuan yang berbeza-beza mengikut kelebihan dan keupayaan mereka (Norzulaili, Rabiatul Addawiyyah, & Mohd Zohdi, 2007). Manakala ulama hadis pula telah banyak dikupas metodologi mereka di dalam bab sebelum ini berkaitan Metode Sahih Silam Dalam Syarah Hadis dan banyak dikupas di dalam kitab-kitab Mustalah al-Hadith. Kebanyakannya merujuk kepada penentuan kewujudan syarat-syarat sesuatu hadis itu sama ada ia boleh diterima atau tidak atau sahih atau daif. Berkemungkinan syarat keÊadilan dan hafalan bagi seseorang ulama hadis lebih ketat dan kuat berbanding ulama yang lain, dan ini membawa kepada perbezaan hukum dan amalan. Para ulama hadis bersepakat dalam menerima hadis yang sahih dan menolak hadis yang terlalu daif, tetapi mereka berbeza pandangan pada penentuan kewujudan syarat-syarat hadis sahih dan penentuan sesuatu hadis itu sama ada ia terlalu daif atau tidak, juga perbezaan mereka terhadap darjat perawi-perawi hadis.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS



71

SEMAK KENDIRI 3.3 1.

Nyatakan proses yang dilakukan oleh ulama apabila terdapat dua hadis yang bertentangan secara zahir.

2.

Mengapakan perbezaan dari sudut kefahaman hadis boleh membawa kepada perbezaan hukum sesuatu masalah?

3.

Apakah syarat-syarat hadis sahih?

3.4

METODE ILMU AL-TAKHRIJ BAGI MENENTUKAN KEABSAHAN HADIS DAN SYARAH HADIS AKTIVITI 3.3

Pengetahuan tentang darjat sesuatu hadis amat penting dalam memastikan hadis-hadis yang disampaikan adalah berautoriti dan dijadikan hujah. Kaji situasi masyarakat Malaysia yang hanya menerima hadis tanpa mengetahui darjat atau kesahihannya.

Setiap kali kita menyelak sesebuah buku yang berunsurkan Islam, sudah pasti dimuatkan di dalamnya beberapa buah hadis Rasulullah s.a.w. Ia bertujuan untuk mengukuhkan hujah atau sebagai dalil kepada sesuatu permasalahan. Tetapi kadang kala kita akan menjumpai beberapa hadis yang dinyatakan di dalam karya yang tidak diketahui akan darjatnya. Bagi seseorang yang mementingkan keabsahan sesuatu hujah, sudah pasti keadaan seperti ini agak menggusarkan kerana kita tidak mengetahui kekuatan hujah dan dalil yang digunakan bagi menentukan sesuatu hukum. Pengetahuan tentang sumber atau kedudukan hadis dan darjatnya memerlukan kita mendalami ilmu al-Takhrij. Ilmu yang menekankan pengetahuan tentang asal usul sesuatu hadis, kekuatan para perawinya dan syarat-syarat yang diletakkan oleh pengarang kitab hadis tersebut. Maka, marilah sama-sama kita mengenal ilmu takhrij dan kepentingannya. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

72 

3.4.1

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

Pengertian Ilmu Al-Takhrij dan Kepentingannya

Pengkaji dan pakar-pakar hadis di zaman ini memberikan definisi al-takhrij alhadith dengan makna berikut.

Al-Takhrij menyandarkan hadis kepada imam-imam yang mengeluarkannya, perbincangan tentangnya setelah mengkaji tentang keadaannya (kuat atau lemah dari sudut matan) dan keadaan perawi-perawinya (Abu Bakr ÂAbd alSamad bin Bakr, 2001). Al-Takhrij merangkumi yang berikut: (a)

Hendaklah al-takhrij itu daripada kitab-kitab imam-imam ahli hadis;

(b)

Mengandungi perbincangan tentang darjat hadis dari sudut diterima atau ditolak; dan

(c)

Penyandaran sesuatu hadis itu kepada sumbernya hendaklah jelas dan mudah untuk dirujuk kepada sumbernya yang asal.

Imam Muslim ada menyatakan di dalam mukadimah Kitab Sahihnya seperti yang berikut. Maksudnya: Bab kewajipan meriwayatkan daripada golongan yang thiqah dan meninggalkan periwayatan golongan pendusta serta amaran daripada mendustai Rasulullah s.a.w.: Ketahuilah, semoga kamu diberi tawfiq oleh Allah, sesungguhnya menjadi kewajipan bagi setiap orang untuk membezakan di antara riwayatriwayat yang sahih dan riwayat yang daif, perawi-perawi yang thiqah daripada perawi-perawi yang dituduh (berdusta) supaya tidak meriwayatkan daripadanya (hadis-hadis) kecuali yang diketahui kebenaran tempat sumbernya, bebas perawi-perawinya (dari sebarang tuduhan yang boleh melemahkan hadis), dan mengelakkan daripada mengambil daripada orang yang dituduh (berdusta) dan yang ingkar dari kalangan ahli bidaah. (Al-Imam Muslim, Muslim bin al-Hajjaj, Sahih Muslim, Muqaddimah: Wujub Riwayah ÂAn al-Thiqat)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS



73

Prof Dr Yusuf al-Qaradawi menyatakan di dalam bukunya Kaifa NataÊamal MaÊa al-Sunnah al-Nabawiyyah:Ê MaÊalim wa Dawabid: Prinsip-prinsip asas di dalam berurusan dengan al-Sunnah ialah dengan memastikan kebenaran dan kesahihan al-Sunnah berdasarkan timbangan keilmuan yang mendalam yang telah digariskan oleh para ulama, merangkumi sanad dan matan sama ada sunnah berbentuk perkataan, perbuatan dan pengakuan (Al-Qaradawi, 1991). Ungkapan yang dinyatakan oleh Imam Muslim dan Prof Dr Yususf al-Qaradawi jelas menunjukkan kewajipan mengguna dan berhujah dengan hadis-hadis yang pasti kebenarannya. Para penuntut ilmu agama yang tidak lari daripada berhujah dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. seharusnya sudah menyematkan di dalam diri mereka akan kepentingan mempelajari ilmu berkaitan dengan hukum hadis Rasulullah s.a.w. Di antara kepentingan mempelajari ilmu al-takhrij adalah (Abu Bakr ÂAbd alSamad bin Bakr, 2001): (a)

Memastikan kesahihan hadis dan mengetahui darjatnya mengikut timbangan ahli hadis;

(b)

Mengetahui penambahan dan pengurangan yang berlaku di dalam matan hadis, lantas akan menghasilkan pengetahuan tentang lafaz yang sahih atau syaz atau munkar atau mudraj;

(c)

Mengetahui lafaz dan bentuk yang pelbagai bagi riwayat hadis yang mana membantu proses pengeluaran hukum daripada hadis;

(d)

Membetulkan nas hadis yang berlaku padanya penyelewengan, kesalahan atau kesilapan dan seterusnya sampai kepada nas yang sahih;

(e)

Membetulkan nama-nama para perawi dalam sanad, menentukan nama yang tidak sempurna atau tidak pasti kebenarannya serta bacaan nama yang sebenar; dan

(f)

Faedah yang kembali kepada orang yang mempraktikkan ilmu al-takhrij ini dengan terbinanya kemampuan dan kemahiran mengenal pasti nas yang sahih dan sebagainya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

74 

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

SEMAK KENDIRI 3.4 1.

Huraikan maksud sebenar ilmu al-takhrij.

2.

Apakah kepentingan ilmu al-takhrij pada zaman ini?



Kitab-kitab hadis yang disusun oleh para ulama memiliki metodologi yang tersendiri yang sepatutnya difahami agar dapat memudahkan penggunaan dan mendapat manfaat daripadanya.



Kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim telah disepakati oleh seluruh ulama dan masyarakat Islam sebagai kitab hadis yang terbaik dan memiliki syarat yang kuat dan kukuh dalam pemilihan hadis sahih.



Al-Sunan al-ArbaÊah atau Ashab al-Sunan tidak mengkhususkan kitab-kitab mereka dengan hadis-hadis sahih sahaja, malah terdapat di dalamnya hadis sahih, hasan, daif serta juga beberapa hadis yang dihukumkan sebahagian ulama sebagai palsu.



Kesemua al-Kutub al-Sittah (Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, JamiÊ al-Tirmizi, Sunan al-Nasai dan Sunan Ibn Majah) sudah pun disyarahkan hadis-hadisnya oleh para ulama. Bagi memastikan para penuntut ilmu memahami hadis-hadis, mereka mestilah merujuk kitab-kitab tersebut dan berpandukan pandangan ulama.



Antara kitab-kitab yang turut membantu kita memahami hadis Nabi s.a.w. adalah kitab Gharib al-Hadith, Mukhtalaf al-Hadith dan kitab Syuruh alHadith. Di samping kitab-kitab lain yang turut menyumbang ke arah kefahaman hadis Nabi s.a.w.



Setiap hadis yang kelihatan bertentangan secara zahirnya perlu diselesaikan dengan pandangan para ulama agar tidak menimbulkan keraguan terhadap hadis Nabi s.a.w. Ulama telah meletakkan garis panduan dalam berhadapan dengan percanggahan hadis-hadis Nabi s.a.w. Kita hendaklah merujuk pandangan mereka di samping menambah ilmu pengetahuan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS



75



Wujudnya khilaf di kalangan ulama berkaitan dengan hadis Nabi s.a.w. adalah merujuk kepada beberapa faktor. Faktor-faktor ini terarah kepada hadis dan syarat-syarat sahihnya. Begitu juga pemahaman ulama dan kewujudan hadis di sisinya.



Ilmu al-takhrij penting untuk mengetahui tentang darjat sesuatu hadis.

Al-JamÊu

Gharib al-Hadith

Al-Kutub al-Sittah

Khilaf

Al-Sunan al-ArbaÊah

Metodologi

Al-Takhrij

Mukhtalaf al-Hadith

Al-Tarjih

Nasikh wa Mansukh

Al-Tawaqquf

Penetapan

Al-Tawfiq

Syuruh al-Ahadith

Al-ÂAsqalani, Ibn Hajar. (t.t.). Nuzhah al-Nazar Syarah Nukhbah al-Fikr. Beirut: Dar al-Kutub al-ÂIlmiyyah. Al-Qaradawi, Yusuf. (1991). Al-Madkhal Li Dirasat al-Sunnah al-Nabawiyyah. Kaherah: Maktabah Wahbah. Al-Zahrani, Muhammad bin Matar. (1996). Tadwin al-Sunnah al-Nabawiyyah. Riyadh: Dar al-Hijrah li al-Nasyr wa al-TawziÊ. Ali ÂAbid, Abu Bakr ÂAbd al-Samad bin Bakr. (2001). Al-Madkhal Ila Takhrij alAhadith wa al-Athar wa al-Hukm ÂAlaih. Madinah Munawwarah. Faisal Ahmad Shah, Mohd Khafiz Soroni, & Rosni Wazir. (2010). Manhaj alMuhaddithin: Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith. Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith UM.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

76 

TOPIK 3

METODE SAHIH KONTEMPORARI DALAM SYARAH HADIS

Norzulaili Mohd Ghazali, Rabiatul Addawiyyah Mohd, & Mohd Zohdi Mohd Amin. (2007). Perbezaan penerimaan dan pemahaman hadis: Kesannya terhadap ikhtilaf fuqaha. Nilai: Kertas Kerja Seminar Warisan Nabawi, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM. Rohaizan Baru, Ahmad Fauzi Hasan, & Zulkifli Mohd. (2007). Hadith-hadith

kontradiksi dalam konteks kontemporari penyelesaian tawfiq satu pilihan. Nilai: Kertas Kerja Seminar Warisan Nabawi, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik



4

Metode Menyeleweng Silam dalam Syarah Hadis

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menerangkan makna dan pengertian hadis maudhu, hukum dan sejarahnya;

2.

Menghuraikan faktor-faktor dan jenis-jenis penyelewengan silam dalam syarah hadis;

3.

Mengenal pasti karya-karya ulama hadis berkaitan penyelewengan hadis silam;

4.

Membincangkan perbezaan tanda-tanda penyelewengan dalam sanad dan matan; dan

5.

Menjelaskan cara-cara mengatasi penyelewengan silam dalam syarah hadis.

 PENGENALAN Kita telah membincangkan secara panjang lebar mengenai metode asas syarah hadis, metode sahih silam dan kontemporari dalam syarah hadis dalam topiktopik yang lalu. Dalam topik ini, anda akan mempelajari mengenai penyelewengan silam dalam syarah hadis. Antara topik utama yang akan dikupas ialah penyelewengan silam dalam syarah hadis, faktor-faktor penyelewengan, jenis-jenis dan tanda-tandanya serta kaedah mengatasi penyelewengan silam dalam syarah hadis. Namun, sebelum kita membincangkan topik ini dengan Copyright © Open University Malaysia (OUM)

78 

TOPIK 4

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

terperinci, pernahkah anda mempelajari mengenai hadis maudhuÊ? Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan hadis maudhuÊ dan bilakah ia muncul? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan hadis maudhuÊ ini? Adakah penyelewengan syarah hadis silam mempunyai kaitan dengan munculnya hadis maudhuÊ ini? Sejauhmanakah bahayanya penyelewengan syarah hadis dan hadis maudhuÊ ini dalam kehidupan seorang Muslim? Kesemua persoalan ini akan dikupas dalam topik ini. Selamat membaca!

AKTIVITI 4.1 Pengaruh hadis maudhuÊ semakin menular dalam masyarakat kita hari ini. Sepanjang pengalaman anda mendengar kupasan syarahan agama, khutbah Jumaat atau melalui bahan bacaan seperti buku-buku agama, majalah atau suratkhabar, dapatkah anda mengesan wujudnya hadis maudhuÊ dalam bahan-bahan tersebut? Secara berkumpulan, berikan dua contoh hadis maudhuÊ yang pernah anda dapati daripada bahan-bahan tersebut.

4.1

FAKTOR-FAKTOR PENYELEWENGAN SILAM DALAM SYARAH HADIS

Menyentuh mengenai penyelewengan silam dalam syarah hadis, tajuk ini sebenarnya tidak dibahaskan oleh ulama hadis secara langsung. Namun, apa yang dibincangkan oleh ulama silam adalah penyelewengan yang berlaku dalam hadis yang dikenali sebagai hadis maudhuÊ atau hadis palsu. Hal ini juga turut diakui oleh Prof Dr Abu Lais Khair Abadi di UIAM dan Prof Madya Dr Najm Abd Rahman Khalaf di USIM yang mempunyai kepakaran dalam bidang hadis. Berdasarkan temubual yang dibuat oleh penulis, kedua-dua ahli akademik ini menyatakan bahawa penyelewengan silam dalam syarah hadis bertitik tolak daripada kemunculan hadis maudhuÊ itu sendiri. Namun begitu, penyebaran hadis maudhuÊ daripada menular dalam kitab syarah hadis dapat dikawal hasil daripada langkah pencegahan yang dibuat oleh ulama silam bagi memastikan kesucian hadis Nabi s.a.w. Walaupun demikian, bagi golongan atau mazhab yang terpesong daripada ajaran ahli Sunnah wal Jamaah seperti golongan Syiah, Khawarij dan Muktazilah. Mereka telah melakukan penyelewengan dalam kitab syarah hadis mereka mengikut pegangan mazhab mereka. Justeru, dalam topik ini anda akan mempelajari mengenai hadis maudhuÊ secara terperinci serta perkara yang berkaitan dengannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

4.1.1

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS



79

Pengertian Hadis Maudhu’ dan Hukumnya

Apakah yang dimaksudkan dengan hadis maudhuÊ? Dari segi bahasa, perkataan MaudhuÊ (‫ )موضوع‬dalam bahasa Arab diambil daripada kata dasarnya wadaÊa (‫ )وضع‬yang membawa maksud letak dan tinggalkan sesuatu atau melahirkan anak. Dalam istilah pengajian ilmu hadis, hadis maudhuÊ bermaksud hadis dusta yang direka dan dicipta oleh seseorang perawi dan disandarkan hadis tersebut kepada Rasulullah s.a.w. secara dusta dan tidak benar.

Hukumnya adalah haram bagi seseorang meriwayatkan hadis maudhuÊ sama ada ditulis di dalam kitab atau disebut dalam percakapan, melainkan apabila disertakan dengan penjelasan mengenai kepalsuannya, kerana dengan penjelasan tersebut akan menghilangkan kekeliruan pembaca atau pendengar tentang kedudukannya sama ada hadis sahih atau palsu (Abdul Wahab Faid, 1980). Ulama bersepakat menyatakan pendustaan terhadap Rasulullah s.a.w. merupakan dosa besar dan menyebabkan pendustanya dianggap bersedia untuk masuk neraka. Rasulullah s.a.w. melarang keras kepada sesiapa yang melakukan pendustaan ke atasnya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Jangan kamu dustakan terhadapku, sesungguhnya sesiapa mendustakan terhadapku, maka biarlah dia persiapkan tempatnya di neraka. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Hadis maudhuÊ terbahagi kepada dua: (a)

Pendusta meletakkan kata-kata daripada dirinya sendiri, kemudian disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. atau sahabat; dan

(b)

Pendusta meletakkan kata-kata daripada sahabat atau tabiin, atau ahli pujangga atau riwayat israiliyyat, kemudian disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. untuk menarik minat pendengar sekaligus menerimanya (Abu Lais, 2009).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

80 

4.1.2

TOPIK 4

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

Sejarah Penyelewengan Hadis

Sejarah penyelewengan hadis berlaku pada zaman awal Islam, iaitu seawal zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Dalam kitab Musykil al-Athar, diriwayatkan oleh al-Tahawi daripada Buraydah yang melaporkan bahawa seorang lelaki pergi ke sebuah perkampungan di pinggir Madinah, lalu dia menyampaikan bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruhnya memutuskan hukum tentang mereka berdasarkan pendapat peribadinya (Al-Idlibi. 1983). Sedangkan Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyuruhnya memutuskan hukum kecuali dengan hukum Allah s.w.t. dan rasulNya. Namun begitu, pengkaji sejarah penyelewengan hadis hampir sepakat menyatakan bahawa ia bermula sejak berlakunya krisis politik antara Ali dan MuÊawiyah. Menurut Mustafa SibaÊi (1998) krisis tersebut merupakan penyumbang besar kepada pemalsuan hadis, dan beliau meletakkan tahun 40H sebagai tahun bermulanya penyelewengan hadis secara meluas.

4.1.3

Faktor-faktor Penyelewengan Silam dalam Hadis

Terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada penyelewengan dalam hadis seperti berikut. (a)

Faktor Agama Faktor agama merupakan faktor utama berlakunya penyelewengan dalam hadis (Abu Lais, 2009). Faktor agama berlaku lahir dari perasaan dendam dan dengki penganut agama lain seperti agama Yahudi, Nasrani dan Majusi untuk merosakkan akidah umat Islam. Antara yang mereka lakukan ialah dengan cara menyelewengkan hadis dan menerapnya ke dalam warisan Islam. Penyelewengan ini berlaku hampir dalam semua perkara dalam Islam seperti dalam hal-hal akidah yang berkaitan dengan ketuhanan dan alam ghaib. Mereka mencipta hadis-hadis untuk mengaburkan ajaran-ajaran Islam dan untuk menikam Islam dari belakang. Mereka melakukan demikian kerana tidak mampu untuk melawan Islam secara terang-terangan, maka mereka lakukan secara halus. Apa yang lebih membahayakan lagi, hadis-hadis palsu ini telah meresap masuk ke dalam kitab-kitab tafsir yang dinamakan sebagai riwayat Israiliyyat tanpa sebarang penjelasan dan ulasan mengenai bahayanya hadis palsu tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS



81

(b)

Faktor Politik Krisis politik yang membabitkan dua kumpulan umat Islam, Ali dan Muawiyah, yang mendakwa masing-masing berada di pihak yang benar meyumbang kepada kelahiran hadis maudhuÊ. Penyokong setiap kumpulan mempunyai kecenderungan memalsukan hadis bagi menunjukkan kebenaran pihak masing-masing dan kelebihan pemimpinnya, sekali gus merendah-rendahkan kumpulan dan pemimpin pihak lawan. Golongan Syiah yang menyokong Ali mempunyai perbendaharaan hadis maudhuÊ dengan jumlah yang sangat besar. Mereka memalsukan hadis tentang kelebihan Ali dan kumpulannya. Begitu juga yang berlaku di pihak Muawiyah, penyokong Muawiyah juga tidak ketinggalan memalsukan hadis dengan cara mengagungkan Muawiyah dan penyokongnya.

(c)

Faktor Mazhab Perbezaan pendapat atau mazhab di kalangan ulama adalah sesuatu yang tabii. Ia berpunca daripada dalil-dalil itu sendiri yang berbeza dari segi kekuatan dan kelemahannya. Kepelbagaian mazhab dalam agama Islam merupakan rahmat bagi umatnya. Namun, bagi penganut fanatik sesuatu mazhab yang tidak mampu mengawal emosi diri, mereka telah menyelewengkan hadis dan mencipta hadis palsu bagi mengukuhkan pendapat dan mazhab pegangannya. Keadaan ini telah menyumbang kepada kemunculan penyelewengan hadis. Walaupun begitu, pengasas mazhab tidak ada kena mengena dengan pemalsu ini kerana mazhab itu diasaskan atas prinsip-prinsip yang sah sebagai seorang mujtahid yang cukup syarat dan mampu berijtihad. Menurut pengkaji hadis masa kini, Syeikh Syuaib al-Arnaout, penggunaan hadis-hadis dhaif boleh membawa kepada sikap al Ghuluw (melampau) dalam agama dan membanyakkan ibadah yang menyusahkan dan ini telah menghilangkan gambaran sebenar tentang mudahnya Islam (Ibn Muflih, t.t.). Pemalsu-pemalsu hadis dari faktor ini mempunyai pelbagai latarbelakang dan tahap keilmuan; ada yang tinggi dan ada yang rendah, ada yang niatnya suci dan ada yang kotor. Sebagai contoh, Ibn Hajar al-Asqalani ada menulis riwayat hidup seorang pemalsu hadis bernama Muhammad Ibn Ukkasyah al-Kirmani (Ibn Hajar, 1988): Penama ini seorang yang berpewatakan mulia, selalu menangis apabila membaca al-Quran. Orang ramai terasa denyutan jantungnya apabila dia memimpin solat. Tetapi dia seorang yang banyak meriwayatkan hadishadis palsu. Beliau memalsukan hadis: „barangsiapa mengangkat tangannya ketika rukuk maka batal solatnya‰. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

82 

(d)

TOPIK 4

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

Faktor Kempen Faktor kempen ini dipelopori oleh ahli ibadat yang terkenal dengan kezuhudannya, tetapi terjebak dalam kegiatan penyelewengan hadis dengan niat baik supaya orang kembali kepada Allah s.w.t. dan meninggalkan amalan-amalan keji dan mungkar. Mereka beranggapan bahawa berdusta terhadap Nabi Muhammad s.a.w. berdosa sekiranya ia membawa atau menambahkan maksiat dan kemungkaran. Adapun sekiranya ia membawa kepada kebaikan dan menguntungkan Islam maka tidak ada salahnya berdusta, sekalipun terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Golongan ini paling berbahaya kepada agama kerana perwatakannya yang baik dan alim menjadi senjata untuk menghalalkan perbuatannya yang keji. Al-Suyuti ada memberikan beberapa contoh pemalsu hadis yang didorong oleh faktor ini, antaranya Abu ÂIsmat Nuh Ibn Abu Maryam yang memalsukan hadis tentang kelebihan surah-surah al-Quran. Apabila ditanya mengapa dia berdusta pada riwayatnya, dia menjawab (Al-Suyuti, 1989): Kerana orang ramai berpaling tadah daripada al-Quran, mereka lebih berminat kepada fikah Imam Abu Hanifah dan maghazi Ibn Ishaq, lalu aku ciptakan hadis semata-mata kerana mengharapkan keredaan Allah s.w.t.

(e)

Faktor Keduniaan Terdapat golongan manusia yang cintakan dunia dan sanggup menggadaikan agama demi kepentingan dunia. Tujuan utamanya adalah untuk mendapat kemewahan dan kesenangan hidup di dunia walaupun sanggup menjual maruah agama dengan melakukan pembohongan ke atas Rasulullah s.a.w. Dalam faktor keduniaan ini, anda akan mendapati bahawa pemalsu hadis menggunakan beberapa strategi untuk mencapai matlamat keduniaan, antaranya ialah: (i)

Mengampu Golongan Pemerintah Golongan ini sanggup mencipta dan menyelewengkan hadis bagi membodek orang kenamaan dan pemimpin untuk mencari habuan dan faedah untuk diri mereka. Sejarah turut merakamkan beberapa individu yang pernah menawarkan dirinya untuk mencipta hadis bagi mengangkat seseorang tokoh dan sekaligus memburukburukkan kumpulan lawan, seperti yang berlaku kepada Muqatil Ibn Sulaiman al-Khurasani yang menawarkan dirinya kepada al-Mahdi untuk mencipta hadis yang memuji-muji khalifah al-ÂAbbas (AlSuyuti, 1989).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS



83

Mereka sanggup mengampu raja dan golongan tertentu untuk mencari nama dan pangkat. Perbuatan mereka ini dicatat oleh pengarang-pengarang kitab Rijal, Mustolah dan MawduÊat, antaranya riwayat hidup Ghiyath Ibn Ibrahim al-NakhaÊi yang selalu keluar masuk istana al-Mahdi untuk mencipta hadis bagi menyokong kegiatan negatif yang dilakukan oleh khalifah al-Mahdi (Abu Lais, 2009). (ii)

Menjadi Tukang Cerita untuk Meraih Wang daripada Orang Ramai Golongan pendusta hadis ini tanpa rasa malu sanggup menjadi tukang cerita meriwayatkan hadis palsu yang direka-reka kepada orang ramai bagi menimbulkan minat orang mendengar cerita-cerita yang pelik untuk meraih habuan dunia. Golongan ini juga ada yang terdiri daripada mereka yang berpura-pura menjadi alim, lalu mencipta hadis bagi menunjukkan bahawa dia seorang yang berilmu dan berpengetahuan luas. Apabila diselidiki ternyata mereka mempunyai agenda tersendiri di sebalik kepura-puraannya menjadi alim. Ibn Jawzi ada melaporkan sebuah kisah yang sangat menarik melalui sanadnya kepada Abu JaÊfar al-Tayalisi, katanya: Pada suatu hari, Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Yahya bin MaÊin bersembahyang di salah sebuah masjid, tiba-tiba bangun seorang penceramah agama, lalu membaca sebuah hadis kononnya diriwayatkan daripada Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Yahya bin MaÊin dengan sanad mereka daripada Anas Ibn Malik bahawa barangsiapa mengucap la ilaha illa Allah, nescaya dikurniakan seekor burung, paruhnya emas dan bulunya permata intan. Setelah selesai ceramah, orang ramai menghulurkan wang yang cukup banyak kepadanya. Imam Ahmad dan Yahya Ibn MaÊin yang kebetulan hadir pada ketika itu terkejut apabila nama mereka disebut sebagai periwayat hadis palsu itu, lalu tercengang-cengang melihat antara satu sama lain dan segera menemui penceramah berkenaan. Penceramah itu segera datang kerana menyangka mereka akan memberi wang kepadanya. Lalu mereka bertanya: „Dari manakah kamu mengambil hadis itu? Saya sebenarnya Yahya Ibn MaÊin‰, kata Yahya. „Dan saya sebenarnya Ahmad Ibn Hanbal‰, kata Imam Ahmad. Jawab penceramah itu: „Bukan hanya kamu bernama Yahya dan Ahmad. Aku mempunyai 17 orang bernama Yahya Ibn MaÊin dan Ahmad Ibn Hanbal‰ (Shakir, 1997). Copyright © Open University Malaysia (OUM)

84 

TOPIK 4

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

(iii) Meraih Keuntungan dalam Perniagaan Golongan ini pula sanggup menyeleweng hadis untuk tujuan ekonomi dengan memalsukan hadis tentang kelebihan sesuatu barang yang dijual seperti menceritakan kelebihan kayu koka, buah terung, kacang dal, mentimun, buah delima, anggur dan sebagainya. Ini dilakukan bagi melariskan barang jualan mereka (Mohd Radzi Othman, 2008). Antaranya hadis palsu yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Hajjaj al-Lakhmiy al-Wasitiy menceritakan mengenai makanan harisah (bubur daripada gandum yang dikisar dengan daging) bahawa Jibril a.s. telah memberikan Nabi s.a.w. harisah untuk menguatkan belakang Nabi s.a.w. untuk mengerjakan qiamullail. Hakikatnya pereka hadis palsu ini iaitu Muhammad bin Hajjaj al-Lakhmiy merupakan seorang penjual harisah. Kesimpulannya, sindiket penyelewengan dan pemalsuan hadis ini diketahui melalui catatan sejarah yang ditulis oleh para muhaddisin di dalam kitab-kitab Rijal, Mustolah dan MawdhuÊat. Kemana perginya hadis-hadis ini? Setakat yang dapat dikesan oleh para muhaddisin, sebahagiannya diserap masuk ke dalam kitab-kitab tafsir, tasawwuf, targhib wa tarhib dan pelbagai kitab warisan Islam seperti sejarah, kisah anbiya dan lain-lain.

4.2

JENIS-JENIS PENYELEWENGAN SILAM DALAM HADIS AKTIVITI 4.2

Penyumbang utama amalan bidaah dalam masyarakat Melayu hari ini adalah daripada hadis-hadis palsu. Bersama rakan anda, sila dapatkan lima contoh amalan bidaah dalam masyarakat kita serta hadis palsu yang meriwayatkannya. Cadangkan langkah-langkah yang anda fikirkan sesuai bagi membersihkan ajaran Islam daripada amalan bidaah yang disebabkan hadis palsu ini?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

4.2.1

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS



85

Penyelewengan Silam dalam Hadis oleh Mazhab yang Terpesong dari Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah

Perpecahan di kalangan umat Islam membawa kepada kewujudan kumpulankumpulan yang menyeleweng dalam politik, aqidah, feqah dan sebagainya. Selepas pembunuhan Sayyidina Uthman, fitnah di kalangan umat Islam semakin memuncak. Umat Islam pada masa itu mula berpecah kepada beberapa kumpulan seperti kumpulan yang ingin menuntut bela di atas kematian Uthman r.a. dan kumpulan yang menyokong Sayyidina Ali (Syiah). Selepas peperangan Siffin, muncul pula beberapa kumpulan yang lain seperti kumpulan Khawarij dan kumpulan yang menyokong Sayyidina Muawiyah (Ijjaj Khatib, 1989). Selepas itu perpecahan umat Islam semakin merebak pula kepada perpecahan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah. Hasil daripada itulah, munculnya kumpulan-kumpulan yang lain lagi seperti Murjiah, Qadariyah, Jahmiyyah dan lain-lain lagi. Seterusnya pula umat Islam berpecah kepada pelbagai mazhab feqah di mana secara tidak langsung telah mencetuskan wujudnya hadis-hadis maudhuÊ. Perpecahan ini telah memberi kesan yang besar ke arah penciptaan hadis-hadis

maudhuÊ. Hal ini telah menyebabkan golongan-golongan yang cetek iman berasakan perlu dicipta kata-kata yang dapat menunjukkan kelebihan dan kekuatan kumpulan masing-masing dan pemimpin-pemimpin mereka. Hasil daripada inilah munculnya hadis-hadis maudhuÊ yang menyebutkan kelebihan tentang kumpulan masing-masing dan juga pemimpin-pemimpin mereka (Abdul Fatah Abu Ghudah, 1995). Antara penyelewengannya adalah seperti berikut: (a)

Hadis-hadis berhubung kelebihan Saidina Ali bin Abi Talib r.a. yang dipalsukan oleh puak Rafidhah/Syiah. Menurut al-Hafiz Abu YaÊla alKhalili dalam kitab Irsyad: „Golongan al-Rafidhah telah memalsukan lebih kurang tiga ratus ribu hadis berhubung kelebihan Ali bin Abi Talib dan ahli bayt‰.

(b)

Keadaan ini meyebabkan sebahagian daripada pengikut-pengikut kumpulan lain yang jahil seperti golongan yang ingin membela Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah, turut mencipta hadis-hadis maudhuÊ bagi menonjolkan kelebihan pemimpin-pemimpin mereka dan seterusnya menandingi kelebihan-kelebihan yang telah dicipta oleh

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

86 

TOPIK 4

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

kumpulan yang lain. Antara hadis-hadis maudhuÊ yang dicipta ialah seperti berikut: (i)

„Sesungguhnya Allah s.w.t. akan mendedahkan dirinya pada hari Kiamat kepada manusia secara umum tetapi kepada Abu Bakar secara khusus‰;

(ii)

„Tidak ada sesuatu pun yang dicurahkan dalam dadaku kecuali turut dicurahkan ke dalam dada Abu Bakar‰;

(iii) „Rasulullah apabila baginda rindu kepada syurga, baginda mencium uban Abu Bakar‰; (iv) „Aku dan Abu Bakar adalah seperti dua ekor kuda yang dipertaruhkan untuk perlumbaan‰; dan (v)

„Tatkala Allah mahu memilih roh-roh, Allah telah memilih roh Abu Bakar‰.

(c)

Begitu juga dengan kemunculan kumpulan-kumpulan yang berkaitan dengan ilmu kalam daripada kalangan Ahli Sunnah, Muktazilah, Murjiah, Jabariyah, Jahmiyyah, Karamiyah dan sebagainya. Kesan daripada ini, golongan-golongan yang mementingkan hawa nafsu di dalam kumpulan masing-masing cuba untuk menguatkan pegangan mereka dengan mencipta hadis-hadis maudhuÊ dan sekaligus menolak pegangan kumpulan yang lain. Antara hadis-hadis yang dicipta dalam hal ini adalah seperti: „Iman itu adalah ucapan dan amalan, akan bertambah dan berkurangan‰. Walaubagaimanapun maksud ucapan ini adalah benar sebagaimana yang diijmakkan oleh salaf tetapi lafaznya adalah rekaan di atas nama Nabi s.a.w. (Al-Manar al-Munif, 1970). Golongan yang berpendapat sebaliknya pula mencipta hadis yang lain seperti: „Iman itu adalah ucapan dan amalan itu adalah syariatnya, tidak akan bertambah dan berkurangan‰.

(d)

Imam-imam keempat-empat mazhab juga tidak terlepas daripada sikap fanatik sebahagian daripada pengamal mazhab mereka. Ada sebahagian daripada mereka yang mencipta hadis maudhuÊ bagi menunjukkan mazhab mereka adalah mazhab yang diakui oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Ibnu Qayyim mengatakan antara hadis yang dicipta oleh pereka-pereka hadis ialah hadis berkenaan dengan kelebihan Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie dengan disebut secara jelas nama mereka berdua (Al-Manar al-Munif, 1970). Begitu juga dicipta hadis-hadis yang dapat menguatkan pendapat mazhab masing-masing seperti hadis (Abdul Fatah Abu Ghuddah, 1995): Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS



87

(i)

„Berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam hidung bagi orang yang berjunub sebanyak tiga kali itu adalah wajib‰;

(ii)

„Jibril menjadi imam kepada aku dekat kaabah lalu dia menguatkan bacaan bismillahir rahmanir rahim‰; dan

(iii) „Sesiapa yang mengangkat tangannya ketika mahu rukuk dan ketika selepas mengangkat kepala daripada rukuk, maka tidak ada sembahyang baginya‰.

4.2.2

Jenis-jenis Penyelewengan Silam Hadis

Selain daripada contoh penyelewengan hadis dalam mazhab yang terpesong daripada ajaran ahli Sunnah wal Jamaah seperti golongan Syiah, Khawarij dan sebagainya, hadis palsu ini juga terdapat dalam perkara-perkara berikut: (a)

Hadis-hadis berhubung kelebihan akal;

(b)

Hadis-hadis yang menyebut al-Khidir masih hidup;

(c)

Hadis-hadis yang ditolak oleh hadis-hadis yang sahih;

(d)

Hadis-hadis berhubung fadilat solat pada siang dan malam dalam seminggu. Begitu juga hadis-hadis berkaitan solat al-Raghaib yang dilakukan pada malam jumaat pertama di awal bulan;

(e)

Hadis-hadis berhubung fadilat solat malam nisfu Syaaban;

(f)

Hadis-hadis yang menghina warga Habsyah, Sudan, Turki, al-Khusyan dan golongan al-Mamalik;

(g)

Hadis-hadis berkenaan kelebihan burung merpati (tiada satu pun yang sahih);

(h)

Hadis-hadis berhubung kelebihan memelihara ayam;

(i)

Hadis-hadis yang menghina anugerah anak;

(j)

Hadis-hadis berhubung kelebihan bercelak, berhias, masak bubur dan bersolat pada hari Asyura (tiada satu pun yang sahih melainkan hadis menggalakkan berpuasa pada hari itu);

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

88 

TOPIK 4

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

(k)

Hadis-hadis yang menyebutkan kelebihan surah-surah tertentu dalam alQuran dan ganjaran orang yang membacanya daripada awal sehingga akhir sebagaimana yang disebut oleh al-ThaÊlabiy dan al-Wahidiy pada setiap awal surah dan yang disebut oleh al-Zamakhsyariy di akhir setiap surah. Menurut Abdullah bin Mubarak: „Saya beranggapan golongan zanadiqah yang merekakannya‰;

(l)

Hadis-hadis berhubung kelebihan Saidina Abu Bakar r.a. yang dipalsukan oleh golongan yang jahil seperti hadis yang menyebut apabila Allah s.w.t. mencipta roh, maka Allah s.w.t. memilih roh Abu Bakar. Begitu juga hadis yang mengkhabarkan Allah s.w.t. bertajalli kepada Abu Bakar r.a. pada hari Kiamat secara khusus;

(m) Hadis-hadis berhubung kelebihan Imam Abu Hanifah dan al-SyafiÊe yang menyebut nama kedua-duanya dengan jelas; dan (n)

Hadis-hadis yang menyebut iman bertambah dan berkurang dan sebaliknya, semuanya adalah palsu, ia bukan hadis yang bersumberkan Rasulullah s.a.w. Walau bagaimanapun, kata-kata itu adalah benar dari sudut maknanya dan merupakan ijmak para ulama salaf.

4.2.3

Karya-karya Ulama Berkaitan Penyelewengan Hadis Silam

Selain daripada perkara-perkara yang dinyatakan di atas, terdapat juga cara lain yang boleh membantu kita mengenal hadis palsu. Antaranya adalah dengan membaca kitab-kitab karya ulama yang berkaitan dengan hadis palsu. Para ulama telah mengumpulkan hadis-hadis palsu ini dalam karya-karya dan kitabkitab mereka. Kitab-kitab ini dapat membantu kita mengenal pasti penyelewengan yang berlaku dalam hadis. Menerusinya juga kita dapat mengetahui hadis-hadis yang telah dikenal pasti oleh para ulama sebagai palsu. . Antara karya ulama tentang hadis-hadis palsu adalah seperti berikut: (a)

‫ﺍﻟﺘﺬﻛﺮﺓ ﰲ ﺍﻷﺣﺎﺩﻳﺚ ﺍﳌﻮﺿﻮﻋﺔ‬ Karangan: Muhammad bin Tahir al-Maqdisi (wafat 507H)

(b)

‫ﺍﻷﺑﺎﻃﻴﻞ ﻭﺍﳌﻨﺎﻛﺮ ﺍﻟﺼﺤﺎﺡ ﻭﺍﳌﺸﺎﻫﲑ‬ Karangan: Abu Abdullah al-Husayn bin Ibrahim al-Juzqani (wafat 543H)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

(c)

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS



89

‫ﺍﻟﻜﱪﻯ ﺍﳌﻮﺿﻮﻋﺎﺕ‬ Karangan: Ibn al-Jawziyy (wafat 597H)

(d)

‫ﺍﳌﻨﺎﺭ ﺍﳌﻨﻴﻒ ﰲ ﺍﻟﺼﺤﻴﺢ ﻭﺍﻟﻀﻌﻴﻒ‬ Karangan: Ibn Qayyim al-Jawziyyah (wafat 751H)

(e)

‫ﺍﻟﻶﱄ ﺍﳌﺼﻨﻮﻋﺔ ﰲ ﺍﻷﺣﺎﺩﻳﺚ ﺍﳌﻮﺿﻮﻋﺔ‬ Karangan: al-Suyuti (wafat 911H)

(f)

‫ﺗﻨﺰﻳﻪ ﺍﻟﺸﺮﻳﻌﺔ ﺍﳌﺮﻓﻮﻋﺔ ﻋﻦ ﺍﻷﺣﺎﺩﻳﺚ ﺍﳌﻮﺿﻮﻋﺔ‬ Karangan: Ibn Iraq al-Kinani (wafat 963H)

(g)

‫ﺳﻠﺴﻠﺔ ﺍﻟﻀﻌﻴﻔﺔ ﻭﺍﳌﻮﺿﻮﻋﺔ‬ Karangan: Muhammad Nasiruddin al-Albaniyy (wafat 1420H/1999)

SEMAK KENDIRI 4.1 1.

Jelaskan pengertian hadis maudhuÊ serta hukum meriwayatkannya berserta dalil.

2.

Sebutkan faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya penyelewengan syarah hadis silam.

3.

Jelaskan kaitan antara penyelewengan silam dalam syarah hadis dengan kemunculan hadis maudhuÊ.

4.3

TANDA-TANDA PENYELEWENGAN SILAM DALAM HADIS

Menurut salah seorang pengkaji hadis masa kini, Syeikh Abd. Fattah Abu Ghuddah: „Hadis-hadis palsu itu telah memberi kemudaratan dalam pelbagai aspek seperti aqidah, ibadah, akhlak, pemikiran dan sosial dan ia telah mencemarkan kesucian Islam. Usaha untuk membebaskan diri daripada hadishadis palsu ini sangat susah dan memerlukan kepada pembacaan yang berterusan dan peringatan yang tidak putus‰ (Ali al-Qari, t.t.). Copyright © Open University Malaysia (OUM)

90 

TOPIK 4

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

Rajah 4.1: Tanda penyelewengan dalam sanad dan matan

Ibn Hajar al-Asqalani ada menyebut tentang tanda-tanda penyelewengan dalam hadis, ia boleh dikenal pasti melalui dua kaedah, iaitu melalui kajian sanad dan matan seperti dalam rajah berikut:

4.3.1

Tanda-tanda Penyelewengan dalam Sanad

Di antara tanda-tanda penyelewengan hadis menerusi kajian terhadap sanad hadis adalah seperti berikut: (a)

Pengakuan dan ikrar pemalsu hadis itu sendiri bahawa dia telah melakukan pemalsuan dalam hadis. Ia merupakan bukti yang kukuh kerana berdasarkan pengakuan pelakunya sendiri. Namun pengakuan itu diselidiki untuk melihat sejauhmana kebenarannya (Ibn Hajar, 1999);

(b)

Perawinya adalah seorang yang dikenali sebagai pendusta. Kebiasaannya hadis tersebut tidak akan diriwayatkan oleh perawi-perawi thiqah yang lain; dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

(c)

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS



91

Kenyataan perawi yang bercanggah dengan fakta. Secara tidak langsung dan tanpa disedari, ia sebenarnya telah membuat pengakuan mendustakan hadis. Sebagai contoh, apabila ia ditanya tentang diri syeikh yang meriwayatkan hadis kepadanya, ia tidak dapat memberikan maklumat yang betul berkenaan syeikh tersebut. Mungkin sebenarnya ia tidak pernah berjumpa langsung dengan syeikh itu sama ada ia dilahirkan selepas kematian syeikh tersebut ataupun perawi dan syeikh itu tinggal di tempat yang berlainan dan tidak pernah bertemu.

4.3.2

Tanda-tanda Penyelewengan dalam Matan

Ibn Qayyim al-Jawziyyah telah menyenaraikan secara jelas dan terperinci mengenai ciri-ciri untuk mengenal hadis palsu dalam kitab beliau al-Manar alMunif fi al-Sahih wa al-Dhaif. Kitab beliau ini cukup bermakna dan boleh membantu dalam menilai matan-matan hadis palsu. Selain kitab tersebut, terdapat kitab yang dikarang oleh Ibn Jawziyyah yang bernama MawduÊat. Merujuk kepada kedua-dua kitab ini dan kitab-kitab lain berkaitan cara mengecam kepalsuan dalam matan-matan hadis, dapatlah disenaraikan tandatandanya seperti berikut: (a)

Matan Hadis Bercanggah dengan Nas al-Quran Contohnya (Al-Dumaini, 1984):

‫ال يدخل ولد الزنا وال شيء من نسله إلى سبعة آباء الجنة‬ Maksudnya: Anak zina tidak akan masuk syurga sampai tujuh keturunan. Hadis ini bercanggah dengan firman Allah s.w.t. dalam surah al-AnÊam, ayat 164:

∩⊇∉⊆∪ ... 4 3“t÷zé& u‘ø—Íρ ×οu‘Η#uρ â‘Ì“s? Ÿωuρ... Maksudnya: ... dan seorang itu tidak akan menanggung dosa orang lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

92 

(b)

TOPIK 4

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

Matan Hadis Bercanggah dengan Nas Hadis Sahih Contohnya:

‫من رفع يديه في التكبير في التكبير فال صالة له‬ Maksudnya: Sesiapa yang mengangkat kedua-dua tangannya ketika bertakbir, maka tidak dikira solat untuknya (solatnya tidak sah). Matan tersebut bertentangan dengan hadis-hadis sahih yang menyebut Nabi Muhammad s.a.w. mengangkat kedua-dua tangan baginda semasa bertakbir (Al-Dumaini, 1984). (c)

Matan Mengandungi Sesuatu yang Mustahil dan Ditolak Akal yang Waras Contohnya (Al-Dumaini, 1984):

‫ خلق خيال‬،‫ ال من األرض وال من السماء‬:‫ يا رسول ﷲ مم ربنا؟ قال‬:‫قيل‬ ‫فأجراھا فعرقت فخلق نفسه من ذلك العرق‬ Maksudnya: Rasulullah ditanya, wahai Rasulullah, dari apakah Tuhan kita? Jawab baginda: tidak dari bumi dan tidak juga dari langit. Dia menciptakan kuda lalu dilarikannya sehingga kuda itu berpeluh, lalu dari peluh itu Dia mencipta diri-Nya. (d)

Terdapat Unsur-unsur Janggal yang Membuktikan ia Bukan daripada Hadis Nabi Muhammad s.a.w. Ciri ini banyak terdapat pada matan-matan hadis palsu. Contohnya (Al-Jawziyyah, 1970):

،‫ خاق ﷲ من تلك الكلمة طائراً له سبعون ألف لسان‬،‫من قال ال إله إال ﷲ‬ ‫لكل لسان سبعون ألف لغة يستغفرون له‬ Maksudnya: Sesiapa menyebut la ilaha illa Allah, Allah akan menjadikan daripada kalimat tersebut seekor burung yang mempunyai 70 ribu lidah, setiap lidah pula mempunyai 70 ribu bahasa yang semuanya memohon keampunan Allah untuknya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

(e)

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS



93

Perasaan (yang Benar) Boleh Mengesani Kepalsuan dan Menolaknya Contohnya:

‫الباذنجان شفاء من كل داء‬ Maksudnya: Terung adalah penawar bagi setiap penyakit. Bahkan matan ini juga bercanggah dengan ilmu dan kaedah perubatan. (f)

Matan Mengandungi Perkara-perkara yang Buruk dan Bahan Ketawa Contohnya (Al-Jawziyyah, 1970):

‫ ولو يعلم بنو آدم ما في صوته الشتروا ريشه‬،‫ فإنه صديقي‬،‫ال تسبوا الديك‬ ‫ولحمه بالذھب‬ Maksudnya: Janganlah kamu mencela ayam kerana ia adalah temanku. Sekiranya anak Adam tahu menilai keistimewaan suara ayam nescaya ia akan membeli bulu dan dagingnya dengan tukaran emas. (g)

Matan Jelas Bercanggah dengan Sunnah Contohnya (Al-Jawziyyah, 1970): Hadis-hadis yang menyanjung orang yang bernama Ahmad atau Muhammad di mana sesiapa yang namanya Ahmad atau Muhammad tidak akan masuk neraka. Hakikatnya, masuk atau tidaknya seseorang ke dalam neraka bukanlah bergantung pada namanya, akan tetapi ia bergantung pada keimanannya.

(h)

Matan Tidak Menyerupai Kata-kata Para Nabi, Lebih-lebih Lagi Kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. dan Bicara Para Sahabat Contohnya (Al-Jawziyyah, 1970):

‫النظر إلى الوجه الجميل عبادة‬ Maksudnya: Memandang kepada wajah yang cantik adalah satu ibadah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

94 

(i)

TOPIK 4

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

Matan Lebih Mirip kepada Nasihat dan Pandangan Tabib Contohnya (Al-Jawziyyah, 1970):

‫أكل السمك يوھن الجسد‬ Maksudnya: Memakan ikan boleh melemahkan tubuh badan.

4.3.3

Kitab-kitab yang Meriwayatkan Hadis Palsu

Anda telah pun mempelajari pengertian dengan hadis maudhuÊ, faktor-faktor kemunculannya dan tanda-tandanya. Mungkin anda tertanya-tanya, kitab apakah yang banyak meriwayatkan hadis-hadis maudhuÊ atau palsu ketika mensyarahkan isi kandungannya? Tidak dinafikan bahawa penyebaran hadis palsu ini masih terdapat dalam kitab-kitab agama seperti kitab tafsir, ilmu tasawwuf, akhlak dan sebagainya. Di negara kita sendiri, masih terdapat lambakan buku agama yang dipenuhi hadis palsu ini, malah dalam ceramah agama, kuliah yang diberikan oleh mereka yang berkelulusan agama pun masih tidak cermat dalam mengkaji kesahihan sesebuah hadis. Setakat yang dapat dikesan oleh para ulama hadis, sebahagian hadis palsu ini diserap masuk ke dalam kitab-kitab tafsir, tasawwuf, sejarah, kisah para nabi, kitab akhlak, targhib dan tarhib dan lain-lain. Antara kitab tersebut ialah: (a)

Al-Kasyfu wa al-Bayan fi Tafsir al-Quran karya ThaÊlabi;

(b)

Anwar al-Tanzil wa Asrar al-TaÊwil karya al-Baydhawi; dan

(c)

Al-Kasysyaf Âan Haqaiq al-Tanzil wa Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-TaÊwil karya al-Zamakhsyari.

SEMAK KENDIRI 4.1 1.

Nyatakan bidang ilmu agama yang banyak diserapi oleh anasir hadis maudhuÊ.

2.

Ibn Hajar al-Asqalani ada menjelaskan dua kaedah bagi mengenal pasti tanda-tanda penyelewengan dalam hadis. Huraikan dua kaedah tersebut dengan terperinci.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

4.4

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS



95

CARA-CARA MENGATASI PENYELEWENGAN SILAM DALAM SYARAH HADIS

Kita telah pun mempelajari betapa bahayanya kesan penyelewengan dalam hadis. Malah, secara tidak langsung, ia mencemarkan kesucian hadis dan membawa kesan yang amat buruk terhadap umat Islam. Justeru, ulama-ulama hadis telah memainkan peranan yang sangat besar dalam mengatasi penyelewengan hadis. Pelbagai usaha dan kaedah telah digunakan bagi membasmi masalah ini. Secara amnya, ulama telah menggariskan dua kaedah utama, iaitu kaedah pencegahan dan kaedah pembasmian. Apakah yang dimaksudkan dengan dua kaedah tersebut? Mari kita lihat penjelasannya.

4.4.1

Kaedah Pencegahan

Pelbagai usaha telah dijalan oleh para ulama bagi mengatasi penyelewengan yang berlaku dalam hadis. Antara langkah awal yang dijalankan oleh para ulama ialah dengan menggunakan kaedah pencegahan. Pepatah ada menyebut „mencegah lebih baik daripada merawat‰. Justeru, kaedah pencegahan ini diambil bagi mengatasi masalah ini di peringkat akar umbi lagi. Antaranya, para ulama hadis telah memperketatkan pengambilan dan periwayatan hadis kepada pelajarnya. Sebelum meriwayatkan hadis, pelajar-pelajar ini wajib melakukan kajian terperinci terhadap sanad dan matan hadis, supaya sanad dan matan yang palsu dapat dikenal pasti dari awal, sekaligus menolak terus periwayatannya. Selain itu, pengambilan dan periwayatan hadis hanya dibenarkan ke atas para rijal hadis yang benar-benar dikenali umum dalam bidang hadis bagi mengelakkan berlakunya kesamaran dan penyelewengan dalam hadis. Dengan ini, periwayat hadis yang tidak dikenali umum akan digugurkan dari senarai periwayatan hadis. Secara tidak langsung, ia mencegah daripada bercampurnya antara hadis sahih dan hadis palsu. Langkah ini diambil sejak timbulnya penyelewengan hadis, iaitu pada zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan. Menurut Imam Muhammad bin Sirin: „Pada awalnya mereka tidak pernah mempersoalkan tentang sanad sesebuah hadis, namun apabila berlakunya fitnah mereka berkata: Namakan kepada kami perawi-perawi hadis kamu, sekiranya ia daripada ahli sunnah maka kata-kata mereka diambil, dan sekiranya ia daripada ahli bidaah, maka kata-kata mereka ditolak (Abu Lais, 2009)‰.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

96 

TOPIK 4

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

Oleh yang demikian, para ulama hadis melarang keras pengambilan hadis dan meriwayatkannya daripada para ahli bidaah, perawi-perawi yang lemah (dhoif) dan juga dari para tukang cerita kerana golongan-golongan tersebut mempunyai potensi besar untuk menyelewengkan hadis. Mereka juga tidak selayaknya meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w. Dengan kaedah pencegahan ini, hadis Rasulullah s.a.w. dapat dipelihara kesuciannya dari sebarang penyelewengan dan pendustaan.

4.4.2

Kaedah Pembasmian

Manakala kaedah kedua bagi mengatasi penyelewengan silam dalam hadis, ialah kaedah pembasmian. Dalam kaedah pembasmian penyelewengan hadis ini, para ulama hadis telah menggariskan beberapa langkah pembasmian. Mari kita lihat pada Rajah 4.1 di antara langkah-langkah pembasmian ini.

Rajah 4.2: Antara langkah-langkah pembasmian penyelewengan hadis

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS



97



Penyelewengan silam dalam syarah hadis tidak dibahaskan oleh ulama hadis secara langsung.



Penyelewengan silam yang berlaku dalam hadis dikenali sebagai hadis maudhuÊ atau hadis palsu.



Penyelewengan silam dalam hadis berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya faktor agama, politik, mazhab, kempen dan keduniaan.



Penyebaran hadis maudhuÊ dapat dikawal daripada menular dalam kitab syarah hadis melalui dua kaedah yang dilaksanakan oleh ulama silam iaitu kaedah pencegahan dan pembasmian bagi memastikan kesucian hadis Nabi s.a.w. terus terpelihara.



Penyelewengan silam syarah hadis dapat dikesan melalui ajaran mazhab yang terpesong daripada ajaran ahli Sunnah wal Jamaah seperti golongan Syiah, Khawarij dan Muktazilah. Mereka telah melakukan penyelewengan dalam kitab syarah hadis mereka supaya selari dengan ajaran mazhab mereka.



Sindiket penyelewengan dan pemalsuan hadis ini dapat diketahui melalui catatan sejarah yang ditulis oleh para muhaddisin di dalam kitab-kitab Rijal, Mustolah dan MawdhuÊat.



Setakat yang dapat dikesan oleh para muhaddisin, sebahagian hadis maudhuÊ diserap masuk ke dalam kitab-kitab tafsir, tasawwuf, targhib wa tarhib dan pelbagai lagi kitab warisan Islam yang lain seperti sejarah, kisah anbiya dan sebagainya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

98 

TOPIK 4

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS

Faktor penyelewengan

Mustolah

Hadis maudhuÊ

Penyelewengan silam

Hadis palsu

Perawi hadis

Kaedah pembasmian

Perawi palsu

Kaedah pencegahan

Rijal hadis

Khawarij

Sanad

Matan

Syiah

MuÊtazilah

Abdul Fatah Abu Ghuddah. (1995). Lamhat Min Tarikh al-Sunnah wa ÂUlum alHadith. Lubnan: Maktab MatbuÊat al-Islamiyyah. Abdul Wahab Faid. (1980). Al-Dakhil fi Tafsir al-Quran al-Karim. Kaherah: MatbaÊah al-Hadharah al-Arabiyyah. Abu Lais, Muhammad al-Khair Abadi. (2009). Ulum al-Hadith: Asiluha wa Muasiruha. Kuala Lumpur: Dar al-Syakir. Al-Asqalaniy, Ahmad ibn Ali ibn Hajar. (1988). Lisan al-Mizan. Beirut: Dar alFikr. Al-Dumaini, Musfir. (1984). Maqayis Ibn Jawziyy fi Naqd Mutun al-Sunnah min khilal Kitabihi al-MaudhuÊat. Jeddah: Dar al-Madaniyy. Al-Idlibi, Salah al-Din, (1983). Manhaj Naqd al-Matn. Beirut: Dar al-Afaq alJadidah. Al-Suyuti. (1989). Tadrib al-Rawi. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Fallatah, Umar bin Hasan bin Uthman. (t.t.). Al-WadÊu fi al-Hadis. Beirut: Muassasah Manahil al-ÂIrfan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

METODE MENYELEWENG SILAM DALAM SYARAH HADIS



99

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Muhammad bin Abu Bakar. (1994). Al-Manar alMunif fi al-sahih wa al-dhaif. Halab: Maktab MatbuÊat al-Islamiyyah. Muhammad Ijjaj Khatib. (1989). Usul al-Hadis: Ulumuhu Wa Mustolahuhu. Beirut: Dar al-Fikr. SibaÊi, Mustafa. (1998). Al-Sunnah wa Makanatuha fi al-TasyriÊ al-Islami. Beirut: Al-Maktab al-Islami.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik



5

Metode Menyeleweng Kontemporari dalam Hadis

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menerangkan penyelewengan kontemporari yang berlaku di dalam hadis;

2.

Menghuraikan penyelewengan hadis yang berlaku kerana kurang maklumat mengenai ilmu takhrij;

3.

Mengenal pasti penyelewengan hadis yang berlaku kerana tidak memahami metode ahli fikah; dan

4.

Membincangkan penyelewengan hadis yang berlaku kerana tidak memahami metode usul fikah.

 PENGENALAN Prof Dr Abu Layth (2005) telah menukilkan daripada Munir al-BaÊlabaki berkenaan pemodenan dalam agama. Al-BaÊlabaki berkata: Ia berlaku atas kepercayaan bahawa perkembangan ilmu pengetahuan di zaman moden memerlukan kepada penafsiran semula ilmu-ilmu agama yang klasik selari dengan prinsip dan falsafah moden yang ada. Bagi mereka yang berpendirian sebegini, mereka akan cuba menginterpretasikan agama (al-Quran dan hadis) sesuai dengan kehendak modenisme. Bertitik tolak dari sinilah berlakunya penyelewengan yang pelbagai dalam hadis. Menerusi Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

 101

topik ini, kita akan melihat beberapa contoh penyelewengan yang berlaku di dalam hadis. Penyelewengan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor dan ia dilakukan oleh individu tertentu mahupun golongan yang berkepentingan.

AKTIVITI 5.1 Penyelewengan di dalam hadis bukan dilakukan oleh individu Muslim bahkan ia turut melibatkan golongan orientalis. Dengan bimbingan tutor, bincangkan siapakah yang dimaksudkan dengan orientalis dan bagaimanakah pendirian mereka terhadap sunnah Rasulullah s.a.w.

5.1

PENYELEWENGAN KONTEMPORARI DALAM HADIS

Jika ditinjau dari sudut sejarah, penyelewengan dalam hadis sebenarnya telah pun berlaku dengan munculnya hadis maudhuÊ. Pendustaan terhadap hadis Rasullulah s.a.w. ini tidak terhenti di situ sahaja, bahkan ia berterusan. Hari ini kita mungkin tidak menjumpai hadis baru yang direka, namun penyelewengan dalam hadis sebenarnya tetap berlaku tetapi dalam bentuk yang berbeza. Penyelewangan yang berlaku bukan sahaja menafikan maksud sebenar hadis bahkan lebih dahsyat lagi ia membawa kepada penolakan hadis sebagai hadis sumber kedua syariat Islam. Menyentuh soal penyelewengan kontemporari dalam hadis, ia boleh berlaku dalam beberapa keadaan seperti yang berikut. (a)

Menggunakan Logik Akal Antara individu yang berani mengetengahkan pendirian peribadinya terhadap hadis ialah Rasyid Redha. Rasyid dilihat mengikut logik akal dan ada kalanya menentang hadis sahih sekiranya hadis tersebut tidak selari dengan corak pemikirannya. Keadaan ini dapat dikesan ketika Rashid membicarakan tentang hadis berkaitan dengan Masih al-Dajjal sebagai salah satu tanda hari kiamat (Abu Layth, 2005). Dalam hal ini, Rasyid Redha berpendapat bahawa hadis-hadis yang membicarakan tentang Dajjal di dalamnya ada musykilah. Ia boleh dilihat dalam dua keadaan iaitu:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

102  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

(i)

Pertama: Ia menafikan hikmah peringatan dan amaran di dalam alQuran berkenaan hampir berlakunya hari kiamat dan kedatangannya secara tiba-tiba. Ulasan: Tidak ada penafian antara datangnya kiamat itu secara tibatiba atau ia akan berlaku dan didahului dengan tanda-tandanya kerana jarak masa antara satu tanda ke satu tanda yang lain boleh jadi mengambil masa yang lama pada pandangan manusia, tetapi tidak pada pandangan Allah. Ini dijelaskan dalam al-Quran menerusi Surah Al-MaÊaarij, ayat 6-7:

∩∠∪ $Y7ƒÌs% çμ1ttΡuρ ∩∉∪ #Y‰‹Ïèt/ …çμtΡ÷ρttƒ öΝåκ¨ΞÎ) Maksudnya: Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku). Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku). (ii) Kedua: Segala perkara pelik atau di luar adat yang dilakukan oleh Dajjal. Ia adalah seperti perintah Dajjal kepada langit untuk hujan, maka turunlah hujan, perintah ke bumi, maka tumbuhlah tumbuhan, membunuh pemuda muslim, kemudian dihidupkannya kembali dan lain-lain lagi. Ini adalah tidak logik diberikan kepada Dajjal yang bertujuan untuk memberitahu manusia mengenai fitnah (kejahatan) di akhir zaman. Semua perkara yang di luar adat ini adalah dikurniakan Allah s.w.t. kepada para rasul bertujuan untuk memberi hidayah kepada manusia. Selain itu, perkara yang di luar adat yang dilakukan oleh Dajjal ini bertentangan dengan sunnatullah kerana Allah s.w.t. telah menetapkan di dalam al-Quran tidak akan berlaku perubahan terhadap sunnatullah. Oleh yang demikian, segala riwayat yang menceritakan perkara di luar adat ini tidak boleh diguna pakai kerana bertentangan dengan sunnatullah (Abu Layth, 2005). Ulasan: Tidak sepatutnya hadis berkaitan Dajjal ini ditolak atas alasan perkara-perkara luar adat yang dilakukan oleh Dajjal menyamai perkara-perkara yang terjadi kepada para nabi dan rasul. Anggapan sebegini sebenarnya sama seperti pendirian Muktazilah dan Jahmiyyah kerana Dajjal mendakwa dirinya sebagai tuhan, bukan nabi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

 103

Sebenarnya apa yang diberikan Allah s.w.t. kepadanya tidak sesuai untuk dia mendakwa dirinya nabi. Dakwaan Dajjal bahawa dirinya adalah tuhan merupakan pendustaan yang nyata kerana keadaan fizikalnya yang mempunyai sebelah mata merupakan suatu kecacatan dan kekurangan padanya. Selain itu Dajjal juga tidak boleh menghilangkan perkataan ‰kufur‰ yang terdapat di antara kedua matanya. Ternyatalah Dajjal bukan tuhan kerana Allah s.w.t. suci daripada semua kekurangan. Sebenarnya perkara luar biasa yang diberikan kepada Dajjal ini adalah sebagai ujian dan fitnah bagi umat Nabi Muhammad s.a.w. di akhir zaman. Perkara ini telah disebut berulang kali di dalam alQuran surah al-Anbiya, ayat 35.

$uΖøŠs9Î)uρ ( ZπuΖ÷FÏù Îösƒø:$#uρ Îh¤³9$$Î/ Νä.θè=ö7tΡuρ 3 ÏNöθyϑø9$# èπs)Í←!#sŒ <§øtΡ ‘≅ä. ∩⊂∈∪ tβθãèy_öè? Maksudnya: Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. Hadis-hadis mengenai Dajjal ini tidak peru dipertikaian kesahihannya kerana ia datang dalam banyak jalan (turuq). Perkara ghaib seumpama ini bukanlah sesuatu yang mustahil berlaku tambahan pula ia disampaikan oleh insan agung Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang Islam, kita seharusnya beriman dengan perkara ghaib seumpama ini dan kita harus tahu bahawa akal manusia tidak mampu menjangkau perkara-perkara yang belum berlaku (Abu Syahbah, 1989). (b)

Berhujah dengan Sumber yang Tidak Kuat Masyarakat kadang-kadang dilihat berlumba-lumba mencari maklumatmaklumat yang berlainan dan kadang kala pelik jika dibandingkan dengan orang lain. Mereka mungkin bertujuan agar kelihatan lain dari yang lain dan saling berlumba untuk mencuri perhatian masyarakat. Justeru, terdapat banyak maklumat palsu terserap masuk melalui hadis-hadis

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

104  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

palsu yang dijadikan hujah. Ini juga adalah salah satu bentuk penyelewengan yang berlaku di dalam sunnah semenjak dulu hingga kini. Antara contoh hadis palsu yang disukai orang ramai ialah hadis yang menjanjikan ganjaran yang hebat iaitu: „Sesiapa yang beramal dengan apa yang diketahuinya, Allah s.w.t. akan mewarisi kepadanya ilmu yang dia sendiri belum mengetahuinya‰ (Haziyah Hussin, 2006). Inti pati hadis di atas ternyata bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Islam. Islam memerintahkan umatnya menuntut dan ilmu adalah milik siapa yang mencarinya. Barang siapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia menuntut ilmu. Begitu jugalah barang siapa yang inginkan akhirat maka hendaklah dia menuntut ilmu dan barang siapa yang inginkan kedua-duanya maka hendaklah dia menuntut ilmu.

SEMAK KENDIRI 5.1 1.

Sila dapatkan tiga hadis yang membicarakan tentang Dajjal di dalam versi bahasa Arab dengan terjemahannya yang lengkap.

2.

Kemunculan hadis palsu mengakibatkan penyelewengan di dalam memahami maksud matan hadis. Huraikan bagaimana perkara ini boleh berlaku?

5.2

PENYELEWANGAN DISEBABKAN TIDAK MEMAHAMI TAKHRIJ HADIS DAN METODE FIKAH AHLI HADIS

Cuba lakukan aktiviti-aktiviti yang berikut dan kemudian teruskan pembelajaran kita mengenai penyelewengan dalam hadis.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

 105

AKTIVITI 5.2 1.

Sila cari maklumat berkenaan dengan pengertian ilmu takhrij dan pembahagiannya.

2.

Sila dapatkan penerangan mengenai maksud „sahabat‰ menurut ulama hadis dan dapatkan senarai lima orang sahabat yang meriwayatkan paling banyak hadis.

5.2.1

Penyelewangan Disebabkan Tidak Memahami Takhrij Hadis

Ketiadaan maklumat mengenai ilmu takhrij hadis sama ada secara sedar atau tidak boleh membawa kepada berlakunya penyelewengan terhadap makna atau kehendak hadis. Bahkan dalam sesetengah keadaan, ia boleh menyebabkan penolakan terus sesebuah hadis. Menerusi subtopik ini, anda akan diberi pendedahan bagaimana kekurangan maklumat terhadap ilmu takhrij memberi impak kepada pemahaman dan penerimaan sesebuah hadis. (a)

Anggapan Bukan Semua Sahabat ÂAdalah Ulama takhrij sepakat mengatakan perawi hadis di kalangan para sahabat semuanya bersifat Âadalah dan tidak perlu diragui kethiqahan mereka. Namun masih kedapatan pendapat yang mengatakan sifat Âadalah ini bukan sifat mutlak bagi semua sahabat bahkan ia hanya dimiliki oleh kebanyakan sahabat sahaja. Antara individu yang mendakwa bukan semua sahabat bersifat Âadalah ialah Rasyid Redha. Rasyid pada dasarnya mengakui bahawa para sahabat bersifat Âadalah tapi bukan semua mereka bersifat demikian. Sebaliknya Âadalah sahabat hanya aghlabiyyah. Buktinya terdapat pada zaman Nabi orang munafik berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah at-Taubah, ayat 101 yang berbunyi:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

106  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

( ÏπuΖƒÏ‰yϑø9$# È≅÷δr& ô⎯ÏΒuρ ( tβθà)Ï≈oΨãΒ É>#tôãF{$# š∅ÏiΒ /ä3s9öθym ô⎯£ϑÏΒuρ §ΝèO È⎦÷⎫s?§¨Β Νåκæ5Éj‹yèãΖy™ 4 öΝßγßϑn=÷ètΡ ß⎯øtwΥ ( ö/àSßϑn=÷è?s Ÿω É−$xÏiΖ9$# ’n?tã (#ρߊttΒ ∩⊇⊃⊇∪ 8Λ⎧Ïàtã A>#x‹tã 4’n<Î) šχρ–ŠtムMaksudnya: Dan di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang „A'raab ‰ ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik; Engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar. Ia juga diterangkan dalam Surah Muhammad, ayat 30 seperti yang berikut.

Ç⎯óss9 ’Îû óΟßγ¨ΨsùÌ÷ètGs9uρ 4 óΟßγ≈yϑ‹Å¡Î0 ΟßγtGøùtyè=n sù óΟßγs3≈oΨ÷ƒu‘V{ â™!$t±nΣ öθs9uρ ∩⊂⊃∪ ö/ä3n=≈yϑôãr& ÞΟn=÷ètƒ ª!$#uρ 4 ÉΑöθs)ø9$# Maksudnya: Dan sekiranya Kami kehendaki, tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (Wahai Muhammad), lalu Engkau tetap mengenalinya dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka; dan demi sesungguhnya, Engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya. Dan (ingatlah kamu masing-masing), Allah mengetahui segala yang kamu lakukan. Ulasan: Perlu diketahui bahawa golongan munafikin tidak termasuk dalam kategori sahabat kerana mereka tidak beriman. (b)

Tidak Mengambil Berat pada Kedudukan Sesebuah Hadis Terdapat sesetengah pihak yang menganggap bahawa hukum hakam syarak hanya dianggap furuÊ atau cabang agama sahaja. Lantaran itu mereka tidak memberi perhatian kepada kedudukan hadis ketika menjadikan hadis tersebut sebagai dalil. Akibatnya mereka berhujah Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

 107

dengan hadis palsu. Hal sebegini mencemarkan kesucian syariat Islam dan mengancam ketulenan agama suci ini (Haziyah Hussin et al, 2006). Ibn al-Jawzi telah menyebut sebuah hadis dengan sanadnya hinggalah kepada Abdullah Ibn Umar sebagai contoh hadis palsu yang mengandungi hukum-hakam syarak (Haziyah Hussin et al, 2006). Hadisnya ialah:

‫ﻣﻦ ﺻﻠﻰ ﺑﲔ ﺍﳌﻐﺮﺏ ﻭﺍﻟﻌﺸﺎﺀ ﻋﺸﺮﻳﻦ ﺭﻛﻌﺔ ﺑﲎ ﺍﷲ ﻟﻪ ﺑﻴﺘﹰﺎ ﰲ ﺍﳉﻨﺔ‬ Maksudnya: Barang siapa menunaikan solat di antara maghrib dan isyak sebanyak dua puluh rakaat, Allah akan bina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga. Kenyataan yang terdapat di dalam hadis palsu ini jika dipegang dan dijadikan dalil boleh menyebabkan berlakunya penetapan dan perubahan hukum. Oleh yang demikian, amatlah penting diketahui kedudukan sesebuah hadis sebelum berdalil dengannya demi mengelakkan pendustaan terhadap ajaran Islam yang telah di bawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. (c)

Menolak Penghujahan yang Telah Thabit di dalam Hadis Sahih Sebagai seorang Muslim, kita wajib beriman dengan perkara-perkara ghaib seperti beriman dengan seksaan kubur, nikmat syurga dan azab neraka. Namun, apa yang menyedihkan golongan anti-hadis menolak kewujudan seksaan kubur di alam barzakh walaupun perkara ini telah thabit di dalam hadis sahih. Bagi golongan ini seksaan kubur tidak disebut di dalam al-Quran dan hadis-hadis mengenainya adalah palsu belaka. Ini kerana Allah s.w.t. tidak akan menghukum manusia sebelum dibicarakan di Padang Mahsyar. Mati ibarat tidur dan jangka waktu di antara mati dengan hari pembalasan bagi mereka (yang sudah mati) adalah terlalu cepat (http://www.sabahforum. com/forum/islam/topic12992.html). Ulasan: Terdapat beberapa hadis sahih yang menunjukkan tentang seksaan kubur. Antaranya adalah sabda Rasululllah s.a.w. yang bermaksud: Rasululllah s.a.w. melalui dua buah kubur. Lalu Baginda bersabda: „Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah keduaduanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya Copyright © Open University Malaysia (OUM)

108  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu-domba. Lalu Baginda mengambil pelepah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian Baginda pacakkan ke atas setiap kubur tersebut. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya: „Mengapa Tuan berbuat demikian? Baginda menjawab dan bersabda: „Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering.‰ (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w. membaca doa selepas solat yang bermaksud: Ya Allah aku mohon perlindungan-Mu daripada azab kubur. (Hadis Riwayat al-Bukhari) Hadis-hadis di atas membicarakan tentang azab kubur dan ia adalah sahih. Azab kubur bukanlah sesuatu yang mustahil. Ia boleh diibaratkan seperti dua orang yang sedang tidur bermimpi. Seorang mengalami mimpi ngeri dan seorang lagi sedang bermimpi diberikan harta yang banyak. Beginilah juga keadaan di dalam alam barzakh, tempat persinggahan sebelum dihisab di mahsyar. Ada yang menderita di dalamnya, ada pula yang bergembira.

5.2.2

Penyelewengan Disebabkan Tidak Memahami Metode Fikah Ahli Hadis

Anda telah pelajari sebelum ini bagaimana penyelewengan di dalam hadis berlaku kerana kekurangan maklumat terhadap ilmu takhrij. Sekarang, anda akan pelajari pula penyelewengan yang berlaku disebabkan tidak memahami dengan baik metode fikah muhaddithin. Berikut adalah contoh bagaimana ketidakfahaman terhadap metode fiqh muhaddithin mengganggu gugat kesucian sesebuah hadis. (a)

Menganggap Hadis Ahad Bukan Hujah Ulama hadis bersepakat mengatakan semua hadis ahad yang maqbul (sahih dan hasan) boleh dijadikan hujah untuk berdalil dalam akidah ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat (Tahhan, 1994). Hadis ahad boleh menasakhkan mutawatir, mengkhususkan umum dan boleh didahulukan daripada qiyas (Basri bin Ibrahim, 2011). Namun terdapat pihak yang menolak penghujahan hadis ahad. Menerusi subtopik ini, anda Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

 109

akan pelajari dan ketahui sebab penolakan hadis sebagai sumber hukum di dalam syarak oleh individu tertentu. Antara individu yang menolak penghujahan hadis ahad ialah Rashid Redha. Rashid menganggap hadis ahad bukanlah hujah bagi semua orang. Ini kerana kedudukan hadis ini adalah zann dan buknnya qatiÊe. Justeru, ia dikira hujah bagi sesiapa yang boleh menerima kedudukannya sahaja. Bagi Rashid, ada beberapa dalil yang menunjukkan demikian. Antaranya ialah: (i)

Para sahabat tidak mencatat hadis melainkan dalam bilangan yang amat sedikit. Itu pun bertujuan menyeru agar beramal dengan alQuran; dan

(ii) Imam Malik tidak membenarkan orang ramai berpegang dan beramal dengan kitabnya al-MuwattaÊ, sedangkan kitab ini merupakan sebaikbaik kitab yang meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w. Ulasan: Menerusi dalil yang pertama, Rashid seolah-olah berpendirian bahawa sunnah jika dicatat maka ia akan menjadi hujah. Jika tidak, ia tidak boleh dianggap sedemikian. Sedangkan realitinya tidak begitu kerana tidak semestinya semua yang dicatat itu boleh menjadi hujah. Ada faktor lain yang perlu dilihat, antaranya thiqah (kebolehpercayaan) seseorang penulis. Dalam kes penulis yang tidak thiqah, apa yang ditulis tetap tidak akan diterima walaupun ia dicatat (Abu Layth, 2005). Selain daripada Rashid Reda, Ahmad Amin juga turut berpendirian bahawa hadis ahad bukan hujah. Ini kerana hadis ahad bukan mutawatir dan kebanyakan ulama usul dan ulama fikah tidak beramal dengan hadis ini. Dan hadis ahad hanya boleh dijadikan hujah sekiranya telah diyakini kebenarannya (Abd al-Latif, 1991). Ulasan: Difahami daripada pendirian Ahmad Amin ini bahawa hukum beramal dengan hadis ahad ada dua; boleh beramal dengannya dan tidak boleh beramal dengannya. Pendirian sebegini amat bahaya kerana ia menolak dan menafikan banyak hukum-hakam di dalam syariat Islam (Abd al-Latif, 1991). Ini kerana kebanyakan hukum di dalam Islam diistinbatkan daripada hadis ahad.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

110  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

Turut sama berpegang kepada prinsip hadis ahad bukan hujah ialah Sisters In Islam (SIS) (Norzulaili et al, 2007). SIS mempersoalkan kesahihan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Rasululllah s.a.w. bersabda: „Jika sekiranya aku menyuruh seseorang sujud kepada seseorang, nescaya aku akan menyuruh isteri sujud kepada suami‰. (Hadis Riwayat al-Tirmidhi) Bagi SIS, walaupun hadis ini diriwayatkan dalam pelbagai versi oleh Abu Daud, al-Tirmidhi, Ibn Majah, Imam Ahmad, al-Nasa'i dan Ibn Hibban, namun hadis tersebut tidak mencapai tahap hadis sahih iaitu Hadis ahad dan tidak mencapai tahap tawatur. Manakala perawinya pula diragui

kethiqahannya. Ulasan: Difahami daripada penghujahan ini bahawa SIS tidak memahami pembahagian hadis dengan mantap. Bagi SIS, hadis yang sahih ialah hadis tawatur sahaja, manakala khabar ahad adalah tidak sahih. Maka kerana itu mereka menolak kesemua hadis ahad. Keadaan sebenarnya tidaklah sedemikian. Sesebuah hadis itu dikatakan sahih apabila ia memenuhi lima kriteria iaitu rantai perawi yang bersambung, dinaqalkan oleh perawi yang adil serta kuat ingatannya, tiada ada sebarang pertentangan (dengan hadis yang lain) serta tidak mempunyai sebarang kecacatan (al-Khatib, 1981). Maka mana-mana hadis ahad yang memenuhi kriteria ini dikategorikan sebagai hadis sahih. Hadis tawatur pula ialah hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai pada setiap peringkat atau tabaqah di mana mustahil dari segi akal mereka berpakat untuk menipu. Ulama juga bersepakat bahawa hadis tawatur mencapai darjat ilmu yaqin iaitu ilmu yang wajib diterima dengan penerimaan yang kukuh tanpa sebarang ragu-ragu dan wajib beramal dengannya. Kesemua hadis mutawatir adalah sahih. Selain itu, perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah klasifikasi darjat hadis yang diberi oleh periwayat hadis. Al-Tirmidhi (2000) menyatakan hadis ini hasan sahih. Manakala al-Hakim (2000) menyatakannya sebagai hadis sahih isnadnya. Ibn Hibban (2000) juga mengeluarkan hadis ini dalam kitab sahihnya. Hadis ini mempunyai turuq (jalan) lain iaitu menerusi hadis Talaq bin Ali yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan alNasai dan juga hadis Ummu Salamah riwayat al-Tirmidhi dan Ibn Majah yang diklasifikasikan sebagai sebagai hadis hasan sahih. Oleh yang demikian, hadis ini dalam pelbagai versi periwayatan menguatkan antara Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

 111

satu sama lain. Justeru, tidak ada halangan untuk beramal dengannya ( Norzulaili et al, 2007). (b)

Berhujah dengan Berpegang kepada Zahir Hadis Untuk mengetahui maksud dan kehendak sesebuah hadis perlulah terlebih dahulu memahami inti pati hadis tersebut berdasarkan penerangan dan penjelasan yang telah dibuat oleh ulama muktabar. Hal ini amat penting kerana tindakan berpegang kepada zahir hadis tanpa melihat kepada perbahasan ulama muktabar tentang hadis tersebut boleh membawa kepada pentafsiran yang salah terhadap kehendak sebenar sesebuah hadis, bahkan boleh menyebabkan penetapan hukum yang bercanggah dengan apa yang telah disepakati ulama. Sebagai contoh kepada penerangan di atas, mari kita sama-sama lihat contoh bagaimana yang dikatakan berpegang kepada zahir hadis tanpa melihat kepada penerangan dan huraian ulama terhadap sesebuah hadis. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: Dari Ummu Waraqah r.a., bahawasanya mengarahkannya mengimami ahli rumahnya.

Rasululullah

s.a.w.

Dalam hadis lain menyebut: Daripada Ummu Waraqah, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah datang ke rumahnya dan telah memberi kepadanya muazzin, dan memerintahkannya mengimami solat di rumahnya. Abdul Rahman berkata: „Dan aku melihat bahawa muazzinnya seorang yang tua‰. Literasi daripada kedua-dua hadis di atas menunjukkan keharusan wanita menjadi imam bagi jemaah lelaki dan wanita. Dalam isu wanita menjadi imam ini, SIS berpegang kepada zahir hadis ini dan mengharuskan wanita menjadi imam bagi lelaki (www.sistersinislam. org.my/news.php?item.967.50). Sedangkan jumhur fuqaha menolak penghujahan ini dan berhujah bahawa hadis ini tidak jelas. Ia tidak menerangkan bahawa muazzin tersebut mengerjakan solat di belakang Ummu Waraqah. Berkemungkinan muazzin tersebut hanya melaungkan azan dan beliau pergi ke masjid untuk menunaikan solat bersama jemaah lelaki sebagaimana yang dinyatakan sebentar tadi (al-Subki, t.t.).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

112  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

Begitu juga boleh dikatakan kes ini khas untuk Ummu Waraqah kerana dia telah berusia dan menghafaz al-Quran. Oleh itu, hadis ini tidak wajar dijadikan dalil dan hujah kepada kes-kes lain. Ini kerana terdapat kaedah yang mengatakan

‫ﺇﻥ ﻗﻀﺎﻳﺎ ﺍﻷﻋﻴـﺎﻥ ﻻ ﺗـﺼﻠﺢ ﺩﻟـﻴﻼ ﻟﻠﻌﻤـﻮﻡ‬.

Maksudnya:

Sesungguhnya perkara-perkara yang khusus (tertentu) tidak harus dijadikan dalil untuk umum. Oleh yang demikian, kes Ummu Waraqah ini termasuk dalam kes-kes pengecualian (al-Bakri & al-Takiri, 2005). Selain daripada itu, Syeikh Ahmad al-Syarbashi mengatakan bahawa Ummu Waraqah mengimami solat di rumahnya, yang tidak disertai oleh mana-mana lelaki ajnabi (al-Bakri & al-Takiri, 2005). Berdasarkan huraian di atas, tindakan SIS berhujah dengan hadis ini tidak tepat. Hadis ini tidak menunjukkan adanya lelaki menunaikan solat di belakang Ummu Waraqah. Oleh yang demikian, andaian semata tanpa melihat kepada kitab syarah atau buku-buku muktabar adalah terbatal kerana dibimbangi ia dipandu oleh akal dan nafsu semata.

SEMAK KENDIRI 5.2 1.

Berikan pendapat anda kenapa tindakan berpegang pada zahir hadis amat bahaya kepada umat Islam?

2.

Huraikan pengertian hadis ahad dan pembahagiannya dengan terperinci.

5.3

PENYELEWANGAN DISEBABKAN TIDAK MEMAHAMI USUL FUQAHA

Sumber penetapan hukum di dalam syariat Islam ada empat iaitu; al-Quran, Sunnah, Qiyas dan Ijmak. Namun, terdapat golongan anti hadis (quraniyyun) menolak autoriti sunnah sebagai sumber hukum kedua di dalam syariat Islam. Pelbagai alasan dan hujah diberi demi untuk mempertahankan pendirian mereka. Mari kita sama-sama melihat alasan dan hujah yang menyokong pendirian mereka ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

(a)

METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

 113

Sunnah Bukan Wahyu daripada Allah Ada pihak yang mendakwa sunnah bukan wahyu daripada Allah s.w.t. bahkan ia merupakan kata-kata yang dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. Tiada wahyu lain yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Rasululllah s.a.w. melainkan al-Quran sahaja. Walaupun sesetengah pihak berpendirian bahawa sunnah Nabi itu adalah wahyu, namun ia tidak wajib diikuti. Prof Dr. Abu Layth (2005) menukilkan kata-kata Abdullah al-Jakralawi mengenai perkara ini, katanya: „Sekiranya sunnah itu wahyu tentulah tidak boleh didatangkan seumpamanya, sedangkan realitinya hadis Nabi terdapat ratusan malah ribuan hadis yang direka‰. Prof juga menukilkan kata-kata Ghulam Ahmad: „Wahyu terbahagi kepada dua; yang jelas yang dibaca dan yang tersembunyi dan tidak boleh dibaca. Pembahagian wahyu seumpama ini menyerupai ajaran Yahudi yang membahagikan wahyu kepada dua, iaitu: syabkatab (yang bertulis) dan syabÊalfah (yang dipindahkan secara riwayat). Dan pembahagian ini tidak ada kaitan dengan agama Islam. Ulasan: Dakwaan bahawa sunnah bukan wahyu daripada Allah s.w.t. adalah sama sekali tidak benar. Ini kerana Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Qiyamah, ayat 16-19:

∩⊇∠∪ …çμtΡ#u™öè%uρ …çμyè÷Ηsd $uΖøŠn=tã ¨βÎ) ∩⊇∉∪ ÿ⎯ÏμÎ/ Ÿ≅yf÷ètGÏ9 y7tΡ$|¡Ï9 ⎯ÏμÎ/ õ8ÌhptéB Ÿω ∩⊇®∪ …çμtΡ$uŠt/ $uΖøŠn=tã ¨βÎ) §ΝèO ∩⊇∇∪ …çμtΡ#u™öè% ôìÎ7¨?$$sù çμ≈tΡù&ts% #sŒÎ*sù Maksudnya: Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) ă kerana hendakkan cepat menghafaz al-Quran Yang diturunkan kepadamu ă menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

114  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

Ayat ini dengan jelasnya menerangkan bahawa Allah s.w.t. menjelaskan kandungan al-Quran. Dan penjelasan ini tidak akan dapat diketahui dan difahami melainkan dengan perantaraan Rasullullah s.a.w. Sebagai contoh, perintah menunaikan solat disebut di dalam al-Quran secara umum sahaja. Bagaimana cara melakukannya dan berapa bilangan rakaatnya dijelaskan oleh hadis Rasululllah s.a.w. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Nahl, ayat 44:

öΝÍκös9Î) tΑÌh“çΡ $tΒ Ä¨$¨Ζ=Ï9 t⎦Îi⎫7t çFÏ9 tò2Ïe%!$# y7ø‹9s Î) !$uΖø9t“Ρr&uρ 3 Ìç/–“9$#uρ ÏM≈uΖÉit7ø9$$Î/ ∩⊆⊆∪ šχρã©3xtGtƒ öΝßγ¯=yès9uρ Maksudnya: Dan Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya. Ayat di atas menerangkan bahawa tugas Rasullullah s.a.w. ialah memberi penjelasan kepada isi kandungan al-Quran. Penjelasan Rasullullah s.a.w. merupakan penjelasan atau keterangan Allah s.w.t. juga kerana baginda tidak bercakap berdasarkan hawa nafsu. Ini bermakna penerangan Rasulullah s.a.w. itu adalah wahyu, sama ada ia berbentuk jelas yang dibaca (al-Quran) atau pun ia berbentuk tersembunyi yang tidak dibaca (sunnah). Dengan ini terbuktilah bahawa sunnah itu merupakan wahyu Allah s.w.t. Dakwaan pembahagian wahyu seumpama ini seperti meniru pembahagian agama Yahudi adalah tidak masuk akal sama sekali kerana hadis yang kita terima mempunyai rangkaian sanad yang bersambung. Para ulama hadis juga telah menetapkan metode yang ketat yang perlu dipatuhi sebelum menerima sesebuah hadis. (b)

Penetapan Hukum Berdasarkan Sunnah Merupakan Penyekutuan terhadap Allah sebagai Pembuat Hukum Golongan quraniyyun mendakwa kaedah penetapan hukum berdasarkan sunnah membawa kepada syirik. Ini kerana perbuatan ini bertentangan dengan ketetapan yang telah tertulis di dalam firman Allah s.w.t. dalam surah al-AnÊaam, ayat 57 yang berbunyi:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

 115

$tΒ ”ωΖÏã $tΒ 4 ⎯ÏμÎ/ ΟçFö/¤‹Ÿ2uρ ’În1§‘ ⎯ÏiΒ 7πuΖÉit/ 4’n?tã ’ÎoΤÎ) ö≅è% çöyz uθèδuρ ( ¨,ysø9$# Èà)tƒ ( ¬! ωÎ) ãΝõ3ß⇔ø9$# ÈβÎ) 4 ÿ⎯ÏμÎ/ šχθè=É∨÷èGt ó¡n@ ∩∈∠∪ t⎦,Î#ÅÁ≈xø9$# Maksudnya: Katakanlah: „Sesungguhnya Aku tetap berada di atas (kebenaran yang berdasarkan) bukti-bukti yang nyata (al-Quran) dari Tuhanku; sedang kamu mendustakannya. tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan (dari azab seksa); hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; ia menerangkan kebenaran, dan Dia lah sebaik-baik yang memberi keputusan‰. Salah seorang daripada pendokong quraniyyun, Ahmaduddin alAmretseri berpendapat kewujudan sunnah menyumbang ke arah berlakunya syirik secara berleluasa. Walaupun kita diperintahkan untuk mengikut Rasul tetapi kita perlu sedar ikutan itu bukanlah yang asal kerana yang wajib ditaati hanya Allah s.w.t. Justeru, cukuplah Allah s.w.t. sebagai pemutus hukum hakam dan tidak perlu kepada Rasul kerana mengikutnya membawa kepada syirik. Ulasan: Ayat yang dijadikan dalil disebut di dalam al-Quran sebanyak tiga kali. (i)

Pertama: Diturunkan untuk menolak permintaan orang kafir yang meminta agar disegerakan penurunan beberapa ayat. Dan menerusi ayat ini Allah s.w.t menegaskan bahawa hanya Dialah yang berkuasa menentukan perkara tersebut dan tiada kuasa lain yang boleh menyekutukan-Nya.

(ii) Kedua: Didatangkan sebagai nasihat kepada Nabi Yusuf a.s. ketika baginda berada di dalam penjara agar baginda meninggalkan syirik. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Yusuf, ayat 40:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

116  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

Νà2äτ!$t/#u™uρ óΟçFΡr& !$yδθßϑçGøŠ£ϑy™ [™!$yϑó™r& HωÎ) ÿ⎯ÏμÏΡρߊ ⎯ÏΒ tβρ߉ç7÷ès? $tΒ HωÎ) (#ÿρ߉ç7÷ès? ωr& ttΒr& 4 ¬! ωÎ) ãΝõ3ß⇔ø9$# ÈβÎ) 4 ?⎯≈sÜù=ß™ ⎯ÏΒ $pκÍ5 ª!$# tΑt“Ρr& !$¨Β ∩⊆⊃∪ šχθßϑn=ôètƒ Ÿω Ĩ$¨Ζ9$# usYò2r& £⎯Å3≈s9uρ ãΝÍh‹s)ø9$# ß⎦⎪Ïe$!$# y7Ï9≡sŒ 4 çν$−ƒÎ) Maksudnya: Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun tentang nama-nama itu. keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (iii) Ketiga: Diturunkan sebagai cerita mengenai nasihat nabi Yaakub a.s. terhadap anak-anaknya yang memasuki kota Mesir. Menerusi nasihat ini, baginda memberitahu anak-anak baginda jika berlaku perkara yang tidak diingini ia adalah daripada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Dan Ya'qub berkata: „Hai anak-anakku janganlah kamu (bersamasama) masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlain-lain; Namun demikian aku tiada dapat melepaskan kamu barang sedikitpun dari pada (takdir) Allah. keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada-Nyalah aku bertawakkal dan hendaklah kepada-Nya saja orang-orang yang bertawakal berserah diri‰.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

 117

Ternyata, ketiga-tiga kedudukan ayat di atas tidak boleh dijadikan hujah untuk mendokong pandangan bahawa mengikut Rasul itu sebagai syirik. Jelasnya, dakwaan ini dilihat sekadar cuba menggoyahkan kepercayaan (thiqah) orang Islam terhadap hadis (Abu Layth, 2005). (c)

Sunnah Tidak Dikira sebagai Syarak pada Zaman Nabi Prof. Dr Abu Layth (2005) menukilkan pendapat Ghulam Ahmad yang berkata: „Pada zaman Nabi, para sahabat ditegah daripada menulis dan mencatat sunnah. Mereka sekadar memahami sunnah tanpa menulisnya. Rasulullah s.a.w. juga tidak meletakkan manhaj atau metode bagi menjaganya sebagaimana baginda meletakkan metode mencatit dan menghafal al-Quran bertujuan untuk memeliharanya. Sekiranya sunnah ini merupakan sebahagian daripada agama, nescaya baginda tidak melarang para sahabat mencatat dan menulisnya. Ulasan: Sanggahan yang dilemparkan ini amat tidak tepat dan ia hanyalah pendapat yang berdasarkan nafsu semata. Ini kerana Rasullullah s.a.w. berpesan agar disampaikan sunnahnya. Baginda bersabda yang berbunyi:

‫ ﻓﺮﺏ ﻣﺒﻠﻎ ﺃﻭﻋﻰ ﻣﻦ ﺳﺎﻣﻊ‬،‫ﻧﻀﺮ ﺍﷲ ﺍﻣﺮﺀﹰﺍ ﲰﻊ ﻣﻨﺎ ﺷﻴﺌﹰﺎ ﻓﺒﻠﻐﻪ ﻛﻤﺎ ﲰﻊ‬ Maksudnya: Sesungguhnya Allah memuji dan mengelokkan seseorang yang mendengar daripada kami (hadis Rasulullah s.a.w.) sesuatu, maka disampaikannya sepertimana yang didengari, berkemungkinan orang yang menyampaikan lebih memahami dan mengetahuinya daripada orang yang mendengar. Hadis di atas menunjukkan kepentingan menyampaikan hadis. Mereka yang mendengar hadis Rasululllah s.a.w. diminta menyampaikannya kepada yang tidak hadir. Perintah ini jelas membuktikan kepentingan dan autoriti sunnah dalam agama. Selain itu, sekali lagi dijelaskan bahawa larangan mencatat hadis Rasulullah s.a.w. bukanlah mutlak bahkan ia berkait rapat dengan Âillah larangan tersebut iaitu kebimbangan percampuran antara teks al-Quran dan hadis. Sekiranya Âillah ini tidak berlaku, maka hadis boleh dicatat atau ditulis.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

118  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

(d)

Sunnah Hanya Sesuai bagi Situasi dan Kondisi Persekitaraan pada Zaman itu Sahaja Golongan yang mengingkari sunnah mendakwa sunnah tidak boleh dijadikan sandaran agama kerana ia hanya sesuai dipraktikkan pada situasi dan kondisi persekitaraan pada zaman Rasulullah s.a.w. sahaja. Justeru, segala ajaran dan petunjuk yang datang daripada baginda hanya sesuai diimplementasikan kepada para sahabat yang ada pada ketika itu sahaja. Selain itu, ketaatan dan kepatuhan kepada juga hanya terbatas semasa hayat baginda sahaja dan tidak melibatkan umat selepas kewafatan baginda. Kitab hadis juga hanya untuk bangsa Arab sahaja dan tidak seperti kitab al-Quran yang bersifat umum. Ulasan: Tohmahan seumpama ini dapat ditolak dengan apa hadis Rasulullah s.a.w. yang berikut:

‫ﺖ‬ ُ ‫ ﻋﻦ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﺃﻧﻪ ﻗﺎﻝ " ﺃﻻ ﺇﱐ ﺃﹸﻭﺗِﻴ‬: ‫ﻋﻦ ﺍﳌﻘﺪﺍﻡ ﺑﻦ ﻣﻌﺪ ﻳﻜﺮﺏ‬ ‫ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻬﺑﺬﺍ‬:‫ ﺃﻻ ﻳﻮﺷﻚ ﺭﺟﻞ َﺷﺒْﻌﺎﻥ ﻋﻠﻰ ﺃﺭﻳﻜﺘﻪ ) ﺍﻟﺴﺮﻳﺮ ( ﻳﻘﻮﻝ‬،‫ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻭﻣﺜﻠﹶﻪ ﻣﻌﻪ‬ ‫ ﻭﺇﻥ ﻣﺎ ﺣﺮّﻡ‬.‫ ﻭﻣﺎ ﻭﺟﺪﰎ ﻓﻴﻪ ﻣﻦ ﺣﺮﺍﻡ ﻓﺤﺮﻣﻮﻩ‬،‫ ﻓﻤﺎ ﻭﺟﺪﰎ ﻓﻴﻪ ﻣﻦ ﺣﻼﻝ ﻓﺄﺣﻠﻮﻩ‬،‫ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ‬ ‫ ﺃﻻ ﻻ ﳛﻞ ﻟﻜﻢ ﺍﳊﻤﺎﺭ ﺍﻷﻫﻠﻲ ﻭﻻ ﻛﻞ ﺫﻱ ﻧﺎﺏ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﺒﻊ ﻭﻻ‬،‫ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﻛﻤﺎ ﺣﺮﻡ ﺍﷲ‬ ‫ﻟﻘﻄﺔ ﻣﻌﺎﻫﺪ ﺇﻻ ﺃﻥ ﻳﺴﺘﻐﲏ ﻋﻨﻬﺎ ﺻﺎﺣﺒﻬﺎ ﻭﻣﻦ ﻧﺰﻝ ﺑﻘﻮﻡ ﻓﻌﻠﻴﻬﻢ ﺃﻥ ﻳﻘﺮﻭﻩ ﻓﺈﻥ ﱂ ﻳﻘﺮﻭﻩ ﻓﻠﻪ‬ . " ‫ﺃﻥ ﻳﻌﻘﺒﻬﻢ ﲟﺜﻞ ﻗﺮﺍﻩ‬ Maksudnya: Daripada al-Miqdam bin MaÊdikarib berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: „Ketahuilah sesungguhnya aku diberikan (diwahyukan) al-Quran dan yang seumpama dengannya (yakni hadis). Ketahuilah, hampir-hampir ada seorang lelaki dalam keadaan kenyang duduk di atas singgahsananya, dia berkata: ÂHendaklah kamu semua berpegang dengan al-Quran ini (sahaja), apa yang kamu dapati di dalamnya tentang perkara yang halal, maka halalkanlah, apa yang kamu dapati di dalamnya daripada perkara yang haram, maka haramkanlahÊ. Dan sesungguhnya apa yang diharamkan oleh Rasulullah adalah sama dengan hukum yang diharamkan oleh Allah. Ketahuilah, tidak halal kepada kamu semua keldai yang dipelihara, juga setiap yang mempunyai taring yang tajam (untuk memburu dan melapah daging), tidak halal juga barang jumpaan (kepunyaan orang kafir yang duduk di negara Islam) kecuali jika pemiliknya sudah tidak memerlukannya lagi. Sesiapa yang tiba dan datang kepada sesuatu kaum, maka hendak mereka (kaum tersebut) melayannya sebagai tetamu, jika Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

 119

mereka tidak melakukannya, maka boleh dihukumkan dengan diambil daripada kaum itu sekadar haknya sebagai tetamu‰. Intipati hadis ini membuktikan bahawa larangan Rasulullah s.a.w. merupakan larangan Allah s.w.t. kerana baginda tidak bercakap berdasarkan hawa nafsu. Dan larangan ini sesuai sepanjang zaman, terpakai kepada semua umat Islam tidak mengira bangsa. Justeru, dakwaan Rasulullah s.a.w. hanya diutuskan kepada orang Arab adalah tidak betul sama sekali kerana Rasulullah s.a.w. adalah utusan bagi sekalian manusia. Allah s.w.t. berfirman dalam surah SabaÊ, ayat 28:

Ĩ$¨Ζ9$# usYò2r& £⎯Å3≈s9uρ #\ƒÉ‹tΡuρ #Zϱo0 Ĩ$¨Ψ=Ïj9 Zπ©ù!$Ÿ2 ωÎ) y7≈oΨù=y™ö‘r& !$tΒuρ ∩⊄∇∪ šχθßϑn=ôètƒ Ÿω Maksudnya: Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui. (e)

Menganggap Sunnah Tidak Boleh Dijadikan Sandaran Agama Rasyid Redha berpendirian bahawa sunnah bukanlah pegangan mutlak seperti al-Quran. Sekiranya sunnah adalah pegangan seperti al-Quran, nescaya Rasulullah s.a.w. tidak melarang para sahabat daripada mencatat dan menulis sunnah pada zaman turunnya wahyu. Dan sudah tentu para sahabat akan mengumpul hadis dan menyebarkannya. Namun yang berlaku adalah sebaliknya, di mana para sahabat pada ketika itu hanya berpegang kepada al-Quran (Abu Layth, 2005). Ulasan: Perkara yang didakwa oleh Rashid sama sekali tidak benar kerana larangan Rasulullah s.a.w. agar para sahabat tidak mencatat atau menulis hadis bukanlah larangan yang qatÊie. Terdapat para sahabat yang mencatat hadis Rasulullah s.a.w. antaranya Abdullah bin ÂAmru, Abu Shah alYamani dan Ali. Larangan ini dibuat kerana baginda bimbang akan berlaku percampuran antara nas al-Quran dan hadis. Sekiranya kebimbangan ini tidak berlaku, maka ketika itu ia dibolehkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

120  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

(f)

Kritikan terhadap Matan dan Sanad Sunnah Menghilangkan Autoritinya sebagai Sumber Agama/Kedudukannya dalam Agama Pendokong quraniyyun berpendirian sunnah tidak seperti al-Quran yang sentiasa dijaga dan dipelihara kesuciannya oleh Allah s.w.t. Sedangkan sunnah berlaku kritikan terhadap sanad dan matannya. Keadaan ini menjadikan sunnah tidak sesuai dijadikan sandaran agama kerana sandaran agama tidak boleh terdapat di dalamnya sebarang kritikan. Di samping itu, menerusi hadislah timbul pelbagai tohmahan yang mencemar kesucian agam Islam kerana ia tidak datang daripada Allah s.w.t. bahkan rekaan manusia semata. Oleh itu, hanya al-Quranlah satu-satunya sumber agama kerana ayat-ayatnya terpelihara daripada sebarang kritikan (Abu Layth, 2005). Ulasan: Pendokong quraniyyun tidak faham tujuan ahli hadis melakukan kritikan terhadap sanad dan matan hadis. Mereka melakukan semua ini semata-mata untuk menjaga kesahihan hadis. Metode yang diletakkan oleh muhaddithin ini mampu membezakan antara hadis yang diterima (maqbul) dan hadis yang ditolak (mardud) atau hadis yang direka (maudhuÊ). Melalui kritikan terhadap sanadnya contohnya, kita dapat mengetahui perihal perawi hadis dan seterusnya dapat mengetahui darjah hadis tersebut. Metode ini amat penting kerana sunnah melewati banyak peringkat sebelum ia dibukukan. Bermula dengan para sahabat yang menyampaikannya hinggalah kepada individu yang bertanggungjawab menghimpun dan membukukannya. Justeru, tentu banyak perkara yang berlaku dalam tempoh waktu yang begini lama dan tanpa metode kritik sanad dan matan, mustahil kita akan tahu mana hadis yang benar-benar datang daripada Rasulullah s.a.w. dan mana yang direka. Selain itu, golongan quraniyyun perlu akur bahawa musuh Islam khususnya orentalis akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mencari kelemahan Islam. Mereka bukan sahaja menjatuhkan martabat Islam menerusi sunnah bahkan mereka juga mendakwa kezaliman Islam menerusi ayat al-Quran. Mereka menolak hudud, mendakwa ketidakadilan dalam poligami dan mentohmah kezaliman dalam pembahagian harta pusaka sedangkan semua perkara ini ditetapkan dengan jelasnya di dalam al-Quran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

 121

SEMAK KENDIRI 5.3 1.

Terdapat beberapa sebab penolakan golongan quraniyyun terhadap sunnah nabawiyah. Huraikan tiga daripadanya dengan teliti.

2.

Bincangkan peranan sunnah sebagai sumber kedua hukum di dalam syariat Islam dengan terperinci.



Penyelewengan kontemporari dalam hadis berlaku menerusi penggunaan logik akal dan keterujaan mencari maklumat yang berlainan berbanding orang lain.



Penyelewengan hadis berlaku kerana kurang maklumat mengenai ilmu takhrij yang menyebabkan kegagalan mengenal kedudukan hadis dan juga anggapan yang salah terhadap para sahabat.



Penyelewengan hadis berlaku kerana tidak memahami metode fiqh ahli hadis yang sekaligus menolak penghujahan hadis ahad dan berpegang kepada zahir hadis semata tanpa merujuk kitab syarah.



Penyelewengan hadis yang berlaku kerana tidak memahami metode ahli fiqh yang membawa kepada penolakan autoriti sunnah sebagai sumber kedua di dalam syariat Islam.

Metode fiqh ahli hadis

Takhrij hadis

Penyelewengan silam dan kontemporari

Usul fuqaha

Syarah hadis

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

122  TOPIK 5 METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

Al-Quran al-Karim. Al-Abadiyy, Muhammad Abu Layth. (2005). Ittijahat Fi Dirasat al-Sunnah Qadimuha Wa Hadithuha. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Al-Bakri, Zulkifli Muhammad & Al-Takiri, Mohd Khiruddin Aman Razali. (2005). Hukum wanita menjadi imam solat. Kajang: Darul Fuqaha Interprise. Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail Abu Abdullah. (1987). Sahih Bukhari (Cet.3). Tahqiq: Mustafa Dib al-Bahga. Yamamah: Dar Ibn Kathir. Abu Syahbah, Muhammad bin Muhammad. (1989). Difac cAn al-Sunnah. Kaherah: Maktabah al-Sunnah. Abd al-Latif, Abd al-Mawjud Muhammad. (1990). Al-Sunnah al-Nabawiyyah bayn Ducat al-Fitnah wa Adciya' al-cIlm. Al-Qahirah: Dar al-Tibacah alMuhammadiyyah. Al-'Asqalani, Ahmad bin Ali bin Hajar. (1993). Fath al-Bari bi Syarh Sahih alBukhari. Beyrut: Dar al-Fikr. Mohd Khfidz Soroni, Haziyah Hussin, Farhah Zaidar Mohd Ramli, & Rosni Wazir. (2006). Kelangsungan pengajian hadis: Cabaran dan masa depan. Jabatan al-Quran & al-Sunnah, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Kolej Universiti Antarabangsa Selangor. Ibn Hibban, Muhammad Bin Hibban Bin Ahmad Abu Hatim al Tamimiy. (1993). Sahih Ibn Hibban (Jil. 9. ed. 2). Beyrut: Muassasah al Risalah. Mohd Radhi Othman, Atikullah Abdullah, Mohd Asri Zainul Abidin, Jasni Sulong, Mohd Khairul Anwar Osman, Noor Shakirah Mat Akhir, & Rokiah Awang. (2008). Warisan al-hadis: Antara teras dengan dinamika pemikiran. USM Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Muslim ibn Hajjaj. (1992). Sahih Muslim. Istanbul: Dar Sahnun.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

METODE MENYELEWENG KONTEMPORARI DALAM HADIS

 123

Norzulaili Mohd Ghazali, Robiatul Adawiyah Mohd @ Amat, & Mohd Zohdi Mohd Amin. (2009). Gerakan pejuang hak wanita dan metodologinya

dalam memahami al-Quran dan Sunnah: Kajian terhadap pertubuhan „Sisters In Islam‰. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia. Al-Subki, Mahmud Khattab. (t.t.). Syarah Sunan Abi Daud. Qaherah: Dar alManar. Al-Tirmizi, Muhammad bin ÂIsa (t.t.). Sunan al-Tirmizi Tahqiq: Ahmad Muhammad Syakir dan lain-lain. Beirut; Dar al-Turath al-ÂArabi. Al-Qardawi, Yusuf. (1993). Kaif NataÊamal MaÊa al-Sunnah. Beyrut: Dar alFikr. Ajaran al-Quran menolak hadith. (2009). Dicapai dari http://www.sabahforum. com/forum/islam/topic12992.html Sisters in Islam. (2005) Dicapai dari http://www.sistersinislam.org.my/ news.php?item.967.50

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik



6

Syarah Hadis tentang Akidah (Azab Kubur dan Penyakit Berjangkit)

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menjelaskan maksud azab kubur;

2.

Menyatakan dalil adanya azab kubur;

3.

Menjelaskan pendapat golongan yang menolak adanya azab kubur; dan

4.

Menghuraikan konsep penyakit berjangkit dan permasalahannya.

 PENGENALAN Topik-topik sebelum ini telah mengupas metodologi-metodologi bagi memudahkan kefahaman kita terhadap hadis Rasulullah s.a.w. Kesemua topik yang telah dibincangkan mestilah difahami dengan mendalam agar kita dapat menggunakannya dalam mengetahui maksud sabdaan Rasulullah s.a.w. dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian. Sekarang, marilah kita samasama mengambil beberapa contoh hadis Rasulullah s.a.w. yang berkait dengan Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)



125

permasalahan umat masa kini, dan kita praktikkan segala ilmu berkenaan metodologi ahli hadis di dalamnya. Dalam topik ini, kita akan mempelajari mengenai hadis berkaitan akidah yang lebih terarah kepada permasalahan azab kubur dan penyakit berjangkit. Ini kerana kedua-dua permasalahan tersebut mempunyai kaitan dengan keteguhan pegangan kita terhadap agama Allah s.w.t., sejauh mana kita menguruskan hadishadis yang berkaitan dan menyelesaikan permasalahan yang ada juga menggunakan dalil-dalil sama ada daripada al-Quran mahupun al-Sunnah. Lebihlebih lagi apabila terdapat di kalangan umat Islam yang beriman mengaku sebagai hamba Allah s.w.t. tetapi mempersoalkan kedudukan al-Sunnah dan meragui ketinggian hadis Nabi s.a.w.

AKTIVITI 6.1 Perkembangan teknologi maklumat yang ada menyebabkan semua orang berhak untuk menyampaikan pegangan dan kepercayaan mereka. Selidik laman-laman web atau kata-kata yang kelihatan bercanggah dengan akidah Islam yang dikemukakan oleh orang Islam serta perhatikan hujah-hujah mereka yang boleh ditolak dengan dalil-dalil daripada hadis Nabi s.a.w.

6.1

KUBUR DAN HAKIKATNYA

Di sini, kita akan membincangkan kubur dan hakikatnya.

6.1.1

Kubur dan Hadis yang Berkaitan Dengannya

Kubur adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab ‫ قبر‬yang boleh dibaca sama ada dengan baris atas huruf Qaf atau baris hadapan. Kubur bermaksud tempat yang dikebumikan jenazah di dalamnya. (Ibn al-Athir, 2001)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

126  TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang memperkatakan tentang kubur dan hukum-hukum yang berkaitan dengannya, antaranya hadis:

‫ﻬﻧﻰ ﺍﻟﻨﱯ ﻋﻦ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﰲ ﺍﳌﻘﱪﺓ‬ Maksudnya: Rasulullah s.a.w. melarang untuk melakukan solat di perkuburan (Al-Tirmizi: Kitab al-Solat, Bab Ma Jaa Fi Karahiyyah Ma Yusalli Ilayhi, nombor hadis: 346).

‫ ﻻ ﲡﻌﻠﻮﺍ ﺑﻴﻮﺗﻜﻢ ﻣﻘﺎﺑﺮ‬:‫ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬ Maksudnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah jadikan rumah-rumah kamu seperti perkuburan (Muslim: Kitab Solat al-Musafirin, Bab Istihbab Solat al-Nafilah, nombor hadis: 1821). Begitu juga hadis-hadis yang lain sehinggakan banyak di kalangan ulamak yang mengkhususkan sebuah karya yang memperkatakan tentang kematian, kubur dan hari akhirat. Antaranya ialah kitab al-Tazkirah Fi Ahwal al-Mauta Wa Umur al-Akhirah oleh al-Imam al-Qurtubi, kitab al-Ruh oleh al-Imam Ibn al-Qayyim, kitab Ithbat ÂAzab al-Qabr oleh al-Imam al-Bayhaqi, kitab Kasyf al-Sitr ÂAmma Warada Fi al-Safar Ila al-Qabr oleh Sheikh Hammad bin Muhammad al-Ansari dan sebagainya. Kesemua kitab ini membicarakan tentang hadis dan athar yang berkaitan dengan kematian, persiapan seseorang menghadapi kematian, keadaan kubur dan juga hari akhirat. Kubur merupakan tempat persinggahan selepas kematian seseorang hamba Allah s.w.t. sebelum dia dibangkitkan semula di hari kebangkitan kelak dan akan dihisab segala amalannya. Sudah tidak ada lagi sebarang amalan yang boleh dilakukan atau bekalan untuk dibawa ke hari pembalasan apabila hamba itu sudah mendiami kubur yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Al-Imam Ibn Majah meriwayatkan hadis daripada ÂUthman bin ÂAffan r.a.:

‫ ﻓﻘﻴﻞ ﻟﻪ ﺗﺬﻛﺮ ﺍﳉﻨﺔ ﻭﺍﻟﻨﺎﺭ ﻭﻻ‬.‫ ﺣﱴ ﻳﺒﻞ ﳊﻴﺘﻪ‬.‫ﻛﺎﻥ ﻋﺜﻤﺎﻥ ﺑﻦ ﻋﻔﺎﻥ ﺇﺫﺍ ﻭﻗﻒ ﻋﻠﻰ ﻗﱪ ﻳﺒﻜﻲ‬ ‫ ) ﺇﻥ ﺍﻟﻘﱪ ﺃﻭﻝ ﻣﻨﺎﺯﻝ‬:‫ ﻭﺗﺒﻜﻲ ﻣﻦ ﻫﺬﺍ؟ ﻗﺎﻝ ﺇﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ‬.‫ﺗﺒﻜﻲ‬ ( ‫ ﻭﺇﻥ ﱂ ﻳﻨﺞ ﻣﻨﻪ ﻓﻤﺎ ﺑﻌﺪﻩ ﺃﺷﺪ ﻣﻨﻪ‬.‫ ﻓﺈﻥ ﳒﺎ ﻣﻨﻪ ﻓﻤﺎ ﺑﻌﺪﻩ ﺃﻳﺴﺮ ﻣﻨﻪ‬.‫ﺍﻵﺧﺮﺓ‬

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)



127

Maksudnya: ÂUthman r.a. apabila berdiri berhampiran dengan kubur, akan menangis sehingga basah janggutnya, lantas dikatakan orang kepadanya: Ingatlah syurga dan neraka dan janganlah menangis, adakah kamu menangis disebabkan kematiannya? Maka ÂUthman r.a. menjawab, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya kubur adalah tempat permulaan bagi hari akhirat: jika seseorang itu terselamat daripadanya (daripada azab di dalamnya) maka urusan selepas itu akan menjadi lebih mudah baginya, tetapi jika dia tidak selamat di dalamnya, maka perkara selepas itu lebih dahsyat daripadanya (Ibn Majah: Kitab al-Zuhd, Bab Zikr al-Qabr Wa al-Bala, nombor hadis: 4267). Hadis ini dihukumkan hasan oleh Sheikh al-Albani. Juga hadis yang dinyatakan hukumnya sebagai Gharib atau daif oleh al-Imam alTirmizi adalah:

‫ ﺇﳕﺎ ﺍﻟﻘﱪ ﺭﻭﺿﺔ ﻣﻦ ﺭﻳﺎﺽ ﺍﳉﻨﺔ ﺃﻭ ﺣﻔﺮﺓ ﻣﻦ ﺣﻔﺮ ﺍﻟﻨﺎﺭ‬:‫ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ‬ Maksudnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya kubur itu adalah taman daripada taman-taman syurga atau ia menjadi lubang daripada lubang-lubang neraka (alTirmizi: Kitab Sifat al-Qiyamah Wa al-Raqaiq Wa al-WaraÊ, nombor hadis 2460). Alam kubur juga dinamakan sebagai alam barzakh. Menurut Syeikh Abu Bakar al-Jazairi dalam bukunya ÂAqidatul-Mukmin, alam barzakh ini dapat diibaratkan sebagai alam perhentian dan penantian sementara menunggu tibanya akhirat bagi orang-orang yang telah mati dan berpisah dengan dunia. Di alam barzakh ini roh-roh dihimpunkan hinggalah sampai masa berlakunya kiamat di mana ia akan dipertemukan kembali dengan jasadnya. Namun dengan mengaitkan alam ini dengan kubur tidaklah bermakna hanya orang yang ditanam di dalam kubur sahaja akan menempuh alam barzakh dan merasai nikmat atau azab di alam tersebut. Panggilan dengan nama alam kubur adalah merujuk kepada kebiasaan sahaja iaitu biasanya orang yang telah mati akan ditanam di dalam kubur. Namun banyak juga orang mati yang tidak ditanam di dalam kubur kerana mayatnya tidak dijumpai, mati terbakar dan menjadi abu, dimakan binatang buas dan sebagainya. Jadi, sama ada suatu mayat di tanam di dalam kubur atau tidak, ia pada hakikatnya telah berada di alam barzakh dan berhadapan dengan segala peristiwa yang berlaku di alam barzakh seperti soalan dari Munkar dan Nakir, nikmat bagi orang yang taat dan azab bagi orang kafir dan ingkar dan sebagainya (http://bliss-infinity.blogspot.com/2009/09/alam-barzakh-danazab-kubur.html).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

128  TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)

Rajah 5.1 menunjukkan mayat yang telah dikapankan dan akan ditanam di dalam kubur.

Rajah 5.1: Mayat yang akan ditanam dalam kubur

6.2

AZAB KUBUR

Seterusnya kita akan meneruskan perbincangan kita mengenai azab kubur.

6.2.1

Dalil Kebenaran Wujudnya Azab Kubur

Sepertimana yang telah dihuraikan, kubur merupakan tempat persinggahan setiap hamba Allah s.w.t. sebelum dibangkitkan semula untuk dihisab. Walaupun begitu, Allah s.w.t. melalui ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. telah menerangkan keadaan setiap orang mati sama ada mendapat nikmat atau azab daripadaNya. Cuma dalam topik ini, kita hanya akan membincangkan permasalahan azab kubur yang menjadi subjek penafian beberapa individu mahupun kelompok yang mengaku beriman kepada segala yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Berikut disenaraikan beberapa dalil daripada al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. mengenai kesahihan kewujudan azab kubur:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)



129

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-AnÊam, ayat 93:

óΟÎγƒÏ‰÷ƒr& (#þθäÜÅ™$t/ èπs3Íׯ≈n=yϑø9$#uρ ÏNöθpRùQ$# ÏN≡tyϑxî ’Îû šχθßϑÎ=≈©à9$# ÏŒÎ) #“ts? öθs9uρ tβθä9θà)s? öΝçFΖä. $yϑÎ/ Èβθßγø9$# z>#x‹tã šχ÷ρt“øgéB tΠöθu‹ø9$# ( ãΝà6|¡àΡr& (#þθã_Ì÷zr& ∩®⊂∪ tβρçÉ9õ3tFó¡n@ ⎯ÏμÏG≈tƒ#u™ ô⎯tã öΝçGΨä.uρ Èd,ptø:$# uöxî «!$# ’n?tã Maksudnya: Alangkah dahsyatnya jika kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan-tekanan sakaratulmaut, sedang para malaikat memukul dengan tangan mereka dan berkata: Keluarkanlah nyawamu, di hari ini kamu dibalas dengan seksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah perkataan yang tidak benar dan kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya. Jelas di dalam ayat ini, orang-orang yang zalim akan mendapat pukulan dan seksaan ketika hendak mati lagi, sebagai permulaan kepada azab kubur dan azab di akhirat. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Taubah, ayat 101:

∩⊇⊃⊇∪ 8Λ⎧Ïàtã A>#x‹tã 4’n<Î) šχρ–Štム§ΝèO È⎦÷⎫s?§¨Β Νåκæ5Éj‹yèãΖy™ Maksudnya: Nanti mereka akan Kami seksa dua kali, kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar. Al-Imam al-Tabari mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan dua kali seksaan sebelum seksaan yang besar di akhirat adalah seksaan di dunia dengan kebuluran, pembunuhan dan sebagainya. Manakala seksaan yang kedua adalah di dalam kubur (al-Tabari, 2000).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

130  TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)

Firman Allah s.w.t. dalam surah Ghafir, ayat 45-46:

#xρ߉äî $pκön=tæ šχθàÊt÷èムâ‘$¨Ψ9$# ∩⊆∈∪ É>#x‹yèø9$# â™þθß™ tβöθtãöÏù ÉΑ$t↔Î/ s−%tnuρ ∩⊆∉∪ É>#x‹yèø9$# £‰x©r& šχöθtãöÏù tΑ#u™ (#þθè=Åz÷Šr& èπtã$¡¡9$# ãΠθà)s? tΠöθtƒuρ ( $|‹Ï±tãuρ Maksudnya: Dan Firaun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada waktu pagi dan petang, dan pada hari terjadinya kiamat (Dikatakan kepada malaikat): Masukkanlah firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras. Al-Imam Ibn Kathir berkata: Ini adalah asas yang paling kukuh bagi Ahli Sunnah yang membuktikan kewujudan azab di barzakh di dalam kubur. Al-Imam Ibn Kathir juga membawakan beberapa hadis yang menunjukkan kepada kewujudan azab kubur (Ibn Kathir, 1999). Berkaitan dengan hadis pula, al-Imam al-Bukhari di dalam kitab Sahihnya telah meletakkan satu bab khusus untuk membuktikan kewujudan azab kubur. Semua hadis yang disenaraikannya adalah hadis yang diakui sahih oleh semua ulama hadis, antaranya:

‫ ﺇﺫﺍ ﺃﻗﻌﺪ ﺍﳌﺆﻣﻦ ﰲ ﻗﱪﻩ‬:‫ﻋﻦ ﺍﻟﱪﺍﺀ ﺑﻦ ﻋﺎﺯﺏ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ‬ ‫ﺃﰐ ﰒ ﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ ﻭﺃﻥ ﳏﻤﺪﺍ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﻓﺬﻟﻚ ﻗﻮﻟﻪ } ﻳﺜﺒﺖ ﺍﷲ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﺁﻣﻨﻮﺍ ﺑﺎﻟﻘﻮﻝ‬ { ‫ﺍﻟﺜﺎﺑﺖ { ( ﺣﺪﺛﻨﺎ ﳏﻤﺪ ﺑﻦ ﺑﺸﺎﺭ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻏﻨﺪﺭ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺷﻌﺒﺔ ﻬﺑﺬﺍ ﻭﺯﺍﺩ } ﻳﺜﺒﺖ ﺍﷲ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﺁﻣﻨﻮﺍ‬ .‫ﻧﺰﻟﺖ ﰲ ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﻘﱪ‬ Maksudnya: Daripada al-BarraÊ bin ÂAzib r.a., daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seorang mukmin (yang sudah meninggal dunia) didudukkan di kuburnya, maka datanglah (kepadanya dua malaikat dan bertanya kepadanya), lantas dia menjawab dengan menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasul utusan Allah. Itulah maksud ayat Allah: (yang bermaksud): Sesungguhnya Allah

meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu... Disampaikan kepada kami oleh Muhammad bin Bassyar, diceritakan kepada kami SyuÊbah dengan lafaz ini dan ditambah: Sesungguhnya Allah meneguhkan Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)



131

iman orang-orang yang beriman.. ia diturunkan berkaitan dengan azab kubur (Al-Bukhari: Kitab al-Janaiz, Bab Maa Jaa Fi ÂAzab al-Qabr, nombor hadis: 1303).

:‫ ﺍﻃﻠﻊ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻋﻠﻰ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻘﻠﻴﺐ ﻓﻘﺎﻝ‬:‫ﻋﻦ ﺍﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ ﻗﺎﻝ‬ .‫ ﻭﻣﺎ ﺃﻧﺘﻢ ﺑﺄﲰﻊ ﻣﻨﻬﻢ ﻭﻟﻜﻦ ﻻ ﳚﻴﺒﻮﻥ‬:‫ ﻓﻘﻴﻞ ﻟﻪ ﺗﺪﻋﻮ ﺃﻣﻮﺍﺗﺎ ؟ ﻓﻘﺎﻝ‬.‫ﻭﺟﺪﰎ ﻣﺎ ﻭﻋﺪ ﺭﺑﻜﻢ ﺣﻘﺎ‬ Maksudnya: Daripada Ibn ÂUmar r.a. berkata: Nabi s.a.w. memandang ke dalam telaga yang menjadi tempat kematian golongan kuffar (kafir), lantas Baginda bersabda: „Adakah kamu semua sudah mendapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu adalah benar? (berkaitan azab yang mereka rasai). Ditanya kepada Baginda: Adakah Tuan menyeru kepada mayat-mayat tersebut? Jawab Nabi SAW: „Tidaklah kamu lebih mendengar daripada mereka, tetapi mereka tidak mampu untuk menjawabnya‰. (al-Bukhari: Kitab al-Janaiz, Bab Maa Jaa Fi ÂAzab al-Qabr, nombor hadis: 1304).

‫ ﺃﻥ ﻳﻬﻮﺩﻳﺔ ﺩﺧﻠﺖ ﻋﻠﻴﻬﺎ ﻓﺬﻛﺮﺕ ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﻘﱪ ﻓﻘﺎﻟﺖ ﳍﺎ ﺃﻋﺎﺫﻙ ﺍﷲ‬:‫ﻋﻦ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻬﺎ‬ .‫ ﻧﻌﻢ ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﻘﱪ ﺣﻖ‬:‫ ﻓﺴﺄﻟﺖ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻬﺎ ﻋﻦ ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﻘﱪ ﻓﻘﺎﻝ‬.‫ﻣﻦ ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﻘﱪ‬ ‫ ﻓﻤﺎ ﺭﺃﻳﺖ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺑﻌﺪ ﺻﻠﻰ ﺻﻼﺓ ﺇﻻ ﺗﻌﻮﺫ‬:‫ﻗﺎﻟﺖ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻬﺎ‬ .‫ﻣﻦ ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﻘﱪ‬ Maksudnya: Daripada ÂAisyah r.a. berkata: Seorang wanita Yahudi datang menemuinya dan berkata kepadanya tentang azab kubur, wanita itu berkata: Aku harapkan Allah mengelakkan kamu dari azab kubur. Maka ÂAisyah r.a. bertanya kepada Nabi s.a.w. tenang azab kubur. Jawab Baginda: „Ya, azab kubur itu benar‰. ÂAisyah r.a. berkata: Setelah itu, aku tidak dapati Rasulullah s.a.w. apabila menunaikan solat kecuali akan memohon lindung daripada azab kubur. (al-Bukhari: Kitab alJanaiz, Bab Maa Jaa Fi ÂAzab al-Qabr, nombor hadis: 1306).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

132  TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)

‫ ﺇﻥ ﺍﻟﻌﺒﺪ ﺇﺫﺍ ﻭﺿﻊ ﰲ‬:‫ ﺃﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ‬:‫ﻋﻦ ﺃﻧﺲ ﺑﻦ ﻣﺎﻟﻚ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ‬ ‫ ﻣﺎ ﻛﻨﺖ ﺗﻘﻮﻝ ﰲ‬:‫ ﻓﻴﻘﻮﻻﻥ‬،‫ ﺃﺗﺎﻩ ﻣﻠﻜﺎﻥ ﻓﻴﻘﻌﺪﺍﻧﻪ‬،‫ﻗﱪﻩ ﻭﺗﻮﱃ ﻋﻨﻪ ﺃﺻﺤﺎﺑﻪ ﻭﺇﻧﻪ ﻟﻴﺴﻤﻊ ﻗﺮﻉ ﻧﻌﺎﳍﻢ‬ :‫ ﻓﻴﻘﺎﻝ ﻟﻪ‬،‫ ﺃﺷﻬﺪ ﺃﻧﻪ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﻭﺭﺳﻮﻟﻪ‬:‫ ﻓﺄﻣﺎ ﺍﳌﺆﻣﻦ ﻓﻴﻘﻮﻝ‬،‫ﺍﻟﺮﺟﻞ؟ ﶈﻤﺪ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ‬ ‫ ﻭﺃﻣﺎ ﺍﳌﻨﺎﻓﻖ ﻭﺍﻟﻜﺎﻓﺮ‬.‫ ﻗﺪ ﺃﺑﺪﻟﻚ ﺍﷲ ﺑﻪ ﻣﻘﻌﺪﺍ ﻣﻦ ﺍﳉﻨﺔ ﻓﲑﺍﳘﺎ ﲨﻴﻌﺎ‬،‫ﺍﻧﻈﺮ ﺇﱃ ﻣﻘﻌﺪﻙ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﺎﺭ‬ ‫ ﻻ‬:‫ ﻓﻴﻘﺎﻝ‬،‫ ﻻ ﺃﺩﺭﻱ ﻛﻨﺖ ﺃﻗﻮﻝ ﻣﺎ ﻳﻘﻮﻝ ﺍﻟﻨﺎﺱ‬:‫ ﻣﺎ ﻛﻨﺖ ﺗﻘﻮﻝ ﰲ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺮﺟﻞ؟ ﻓﻴﻘﻮﻝ‬:‫ﻓﻴﻘﺎﻝ ﻟﻪ‬ .‫ ﻓﻴﺼﻴﺢ ﺻﻴﺤﺔ ﻳﺴﻤﻌﻬﺎ ﻣﻦ ﻳﻠﻴﻪ ﻏﲑ ﺍﻟﺜﻘﻠﲔ‬،‫ ﻭﻳﻀﺮﺏ ﲟﻄﺎﺭﻕ ﻣﻦ ﺣﺪﻳﺪ ﺿﺮﺑﺔ‬،‫ﺩﺭﻳﺖ ﻭﻻ ﺗﻠﻴﺖ‬ Maksudnya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: „Sesungguhnya seseorang hamba (yang sudah meninggal dunia), jika diletakkan di dalam kuburnya, para sahabatnya berlalu pergi dan dia akan mendengar bunyi gerakan selipar-selipar mereka. Maka akan didatangi kepadanya dua malaikat, mereka mendudukkannya dan berkata kepadanya: Apakah yang akan kamu katakan tentang lelaki ini? Dengan mengisyaratkan kepada Rasulullah s.a.w. Bagi seorang hamba mukmin akan berkata: Aku menyaksikan bahawa dia adalah hamba Allah dan rasulNya. Maka dikatakan kepada hamba tadi: Lihatlah kepada tempatmu yang pada asalnya di neraka, telah digantikan oleh Allah s.w.t. dengan tempatmu di syurga. Maka dia melihat kedua-duanya. Manakala orang munafik dan kafir, akan dikatakan kepadanya: Apakah yang kamu katakan tentang lelaki ini? Dia menjawab: Aku tidak tahu, aku akan berkata mengikut apa yang dikatakan tentangnya oleh manusia. Lantas dikatakan kepadanya: Kamu tidak mengetahui dan tidak membaca. Dia kemudiannya dipukul dengan pemukul daripada besi dengan sekali pukulan. Lantas hamba kafir atau munafik tadi menjerit dengan kuat sehingga didengari oleh makhluk kecuali manusia dan jin. (al-Bukhari: Kitab al-Janaiz, Bab Maa Jaa Fi ÂAzab alQabr, nombor hadis: 1308). Kesemua hadis-hadis ini dan banyak lagi membuktikan kepada kita bahawa azab kubur memang diakui kewujudannya oleh Nabi s.a.w. Banyak lagi hadishadis Nabi s.a.w. yang menyentuh tentang azab kubur ini, di dalam kitab-kitab hadis yang lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

6.2.2

SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)



133

Hujah Golongan yang Menolak Kewujudan Azab Kubur

Golongan yang hanya berpegang kepada akal fikiran dan logik tanpa berpandukan kepada wahyu Ilahi, mereka mudah untuk menyeleweng dan menolak banyak perkara yang bersangkut paut dengan keimanan dan perkara ghaib. Antaranya adalah permasalahan azab kubur. Hujah yang mereka gunakan, antaranya ialah: (a)

Azab kubur itu tidak benar kerana apabila dibongkar semula kubur, tidak didapati sesuatu yang boleh mengaitkannya dengan azab kubur;

(b)

Tiada ayat al-Quran yang secara jelas menerangkan kewujudan azab kubur;

(c)

Hadis-hadis yang membicarakan tentang azab kubur adalah bersifat ahad dan ia tidak boleh digunakan dalam mensabitkan perkara keimanan; dan

(d)

Mempertikaikan cara azab kubur kepada mayat yang tidak di kuburkan dan mendakwa adalah tidak adil jika mayat yang mati dahulu akan diazab lebih lama dari mayat yang kematiannya lewat.

Jelas kepada kita akan sikap golongan yang tidak beriman dengan perkara ghaib ini dan hanya berpegang kepada logik akal semata-mata. Banyak hujah-hujah yang dinyatakan telah ditolak dengan dalil-dalil yang dibawa sebelum ini. Begitu juga pandangan ulama berkenaan dengannya. Hujah yang pertama amat dangkal dan sempit sekali. Pemikiran golongan ini berpandangan bahawa semua perkara boleh didengar dan dilihat dengan pancaindera anggota tubuh. Bukankah banyak perkara dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. yang tidak dapat dilihat mahupun dikesan antaranya kewujudan para malaikat, golongan jin dan syaitan, kewujudan syurga dan neraka dan sebagainya. Allah s.w.t. mempunyai hak yang tersendiri untuk melakukan sesuatu kepada hambaNya dan ia jelas melalui al-Quran dan hadis yang sahih. Hujah yang kedua adalah berkaitan dengan tafsiran ayat-ayat Allah s.w.t. yang menunjukkan kepada kewujudan azab kubur. Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. mentafsirkan bahawa ayat-ayat berkenaan adalah merujuk kepada azab kubur. Maka pendapat yang mengatakan ianya hanya tafsiran ulama sahaja adalah tidak benar. Sahabat-sahabat yang cukup terkemuka ini telah mendapat pengiktirafan Nabi s.a.w. sendiri seperti Abdullah Ibn Abbas dan Abdullah Ibn MasÊud r.a. Selain itu, pentafsiran al-Quran menurut kaedah bahasa Arab yang Copyright © Open University Malaysia (OUM)

134  TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)

betul menguatkan lagi ketepatan tafsiran ayat-ayat ini bahawa ia sememangnya merujuk kepada azab kubur. Hujah yang ketiga berkaitan dalil-dalil hadis. Walaupun hadis berkaitan dengan azab kubur ini adalah hadis Ahad, tetapi ia termasuk dalam mutawatir dari sudut makna (mutawatir ma'na). Hal yang sama dinyatakan juga dalam kitab: (

‫ﻓﺘﺎﻭﻯ ﺍﻟﻠﺠﻨﺔ ﺍﻟﺪﺍﺋﻤﺔ ﻟﻠﺒﺤﻮﺙ ﺍﻟﻌﻠﻤﻴﺔ‬

‫ )ﻭﺍﻹﻓﺘﺎﺀ‬Fatawa al Lajnah ad-Daaimah lil al-Buhuth al-Ilmiah wa al-Ifta' (jilid ke3, diterjemahkan dari bahasa Arab) pada muka surat 444, sebagai berikut: „Dan sesungguhnya telah mutawatir hadis-hadis dari Rasulullah s.a.w. di dalam mengisbatkan soal jawab mayat ke atas mayat di dalam kuburnya dan juga telah thabit (tetap) berkaitan dengan nikmat-nikmat dan azab kubur bergantung pada akidahnya (si mati) dan amalannya (si mati) di mana tidak ada ruang untuk ragu-ragu dalam masalah ini (nikmat dan azab kubur) dan tidak diketahui dari para sahabat khilaf dalam masalah ini. Oleh yang demikian itu Ahli Sunnah Wa al Jamaah menetapkannya (adanya azab dan nikmat kubur).‰ Begitu juga dengan hujah yang terakhir. Menurut ulama', mayat yang tidak dikuburkan seperti disimpan di dalam peti sejuk di rumah-rumah mayat, atau terbakar atau hancur berkecai dan ditiup angin tetap menerima azab kubur. Berikut adalah kesimpulan yang telah dibuat oleh beberapa orang ulama'. Menurut al-Allamah Muhammad as-Safarini (‫ﺍﻟﺴﻔﺎﺭﻳﲏ‬ Lawami'i al-Anwar al-Bahiyyah (‫ﺍﻟﺒﻬﻴﺔ‬

‫ )ﳏﻤﺪ‬di dalam kitabnya

‫)ﻟﻮﺍﻣﻊ ﺍﻷﻧﻮﺍﺭ‬:

„Sesiapa yang tidak

dikuburkan seperti disalib dan sebagainya tetap akan menerima soalan dan himpitan kubur.‰ Di dalam kitab Ar Ruh, Al-Imam Al-Muhaqqiq mengatakan: „Suatu perkara yang wajar diketahui bahawa azab kubur itu adalah azab barzakh. Maka setiap yang mati sedang ia layak untuk diazab akan menerima habuannya sama ada ia dikuburkan atau tidak walaupun dimakan binatang buas, terbakar menjadi abu, diterbangkan angin atau tenggelam di dasar lautan tetap akan sampai azabnya sepertimana orang yang dikuburkan juga.‰ (http://www.e-infad.my/ifms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink& link_id=1841&Itemid=48)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)



135

SEMAK KENDIRI 6.1 1.

Huraikan hakikat kubur melalui definisinya.

2.

Bincangkan hujah-hujah golongan yang menafikan kewujudan azab kubur.

3.

Senaraikan hadis-hadis yang menyatakan tentang kebenaran azab kubur.

6.3

PENYAKIT BERJANGKIT AKTIVITI 6.2

Bincang dengan rakan anda tentang penyakit yang semakin banyak jenisnya. Senaraikan penyakit yang masih tidak ditemui penawarnya dan penyakit yang boleh berjangkit dengan mudah. Kupas masalah ini dengan hadis Nabi s.a.w.: „Tidak Allah a.w.t. jadikan penyakit, kecuali akan diturunkan bersama-samanya penawar‰. Hadis Sahih

Umum sedia maklum bahawa terdapat pelbagai jenis penyakit yang menimpa manusia. Faktor-faktor atau sebab-sebab sesuatu penyakit itu terkena juga adalah pelbagai. Berdasarkan kajian perubatan dan situasi yang kita lihat, terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh berjangkit dengan mudah. Terdapat juga penyakit yang berpunca daripada keturunan mahupun gaya hidup seseorang. Apabila kita mengupas permasalahan penyakit berjangkit ini menurut pandangan Islam, kita akan mendapati di sana terdapat hadis-hadis yang zahirnya seolah-olah menafikan kewujudan penyakit berjangkit, dan sekumpulan hadis yang lain pula seolah-olah mengakui kewujudan dan menyarankan tindakan-tindakan yang sepatutnya dilakukan. Bagi memperincikan permasalahan ini dan mengetahui penyelesaiannya menurut pandangan ulama, mari sama-sama kita hayati perbincangan tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

136  TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)

6.3.1

Hadis yang Menunjukkan Ketiadaan Penyakit Berjangkit

Wujud beberapa hadis sahih yang menunjukkan penafian kepada penyakit yang boleh berjangkit, antaranya:

‫ ﻻ ﻋﺪﻭﻯ ﻭﻻ ﻃﲑﺓ ﻭﻻ‬:‫ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ‬:‫ﻋﻦ ﺃﰊ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ ﻳﻘﻮﻝ‬ .‫ﻫﺎﻣﺔ ﻭﻻ ﺻﻔﺮ‬ Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada penyakit berjangkit, tiada sialan, tiada jelmaan roh manusia yang keluar dari kuburnya dan tiada kecelakaan pada bulan Safar‰⁄ (al-Bukhari: Kitab al-Tibb, Bab al-Juzam, nombor hadis: 5380)

‫ ﻻ ﻋﺪﻭﻯ ﻭﻻ ﺻﻔﺮ‬:‫ ﺇﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ‬:‫ﻋﻦ ﺃﰊ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ ﻗﺎﻝ‬ ‫ ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﻓﻤﺎ ﺑﺎﻝ ﺇﺑﻠﻲ ﺗﻜﻮﻥ ﰲ ﺍﻟﺮﻣﻞ ﻛﺄﻬﻧﺎ ﺍﻟﻈﺒﺎﺀ ﻓﻴﺄﰐ ﺍﻟﺒﻌﲑ‬:‫ ﻓﻘﺎﻝ ﺃﻋﺮﺍﰊ‬.‫ﻭﻻ ﻫﺎﻣﺔ‬ ‫ ﻓﻤﻦ ﺃﻋﺪﻯ ﺍﻷﻭﻝ؟‬:‫ﺍﻷﺟﺮﺏ ﻓﻴﺪﺧﻞ ﺑﻴﻨﻬﺎ ﻓﻴﺠﺮﻬﺑﺎ؟ ﻓﻘﺎﻝ‬ Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: „Tiada penyakit berjangkit, tiada kecelakaan di bulan Safar dan tiada jelmaan roh manusia yang keluar dari kuburnya‰. Seorang Badwi bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana pula seekor unta yang sihat bagaikan rusa di padang pasir apabila ia bercampur dengan unta yang berkudis, ia akan berkudis juga? Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: „Siapakah yang menjangkitkan unta yang pertama?‰.

‫ ﺃﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﺃﺧﺬ ﺑﻴﺪ ﳎﺬﻭﻡ ﻓﺄﺩﺧﻠﻪ‬:‫ﻋﻦ ﺟﺎﺑﺮ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ‬ ‫ ﻗﺎﻝ ﺃﺑﻮ ﻋﻴﺴﻰ ﻫﺬﺍ ﺣﺪﻳﺚ‬.‫ ﻛﻞ ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ﺛﻘﺔ ﺑﺎﷲ ﻭﺗﻮﻛﻞ ﻋﻠﻴﻪ‬:‫ ﰒ ﻗﺎﻝ‬،‫ﻣﻌﻪ ﰲ ﺍﻟﻘﺼﻌﺔ‬ ...‫ﻏﺮﻳﺐ‬ Maksudnya: Daripada Jabir bin ÂAbdullah r.a. berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memegang tangan pesakit kusta, lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda: „Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh dengan Allah dan bertawakal kepadaNya‰. Abu ÂIsa (al-Imam Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)



137

al-Tirmizi) mengatakan bahawa hadis ini gharib (diriwayatkan oleh seorang perawi) (Al-Tirmizi: Kitab al-AtÊimah, Bab al-Akl MaÊa al-Majzum, nombor hadis: 1817). Ketiga-tiga hadis ini mengisyaratkan bahawa tidak ada penyakit berjangkit dan perbuatan Rasulullah s.a.w. berurusan dengan seorang yang berpenyakit menunjukkan keharusannya.

6.3.2

Hadis yang Menunjukkan Kewujudan Penyakit Berjangkit

Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan kepada keperluan untuk menjauhkan diri daripada beberapa jenis penyakit. Antara hadis tersebut ialah:

‫ ﻻ ﻋﺪﻭﻯ ﻭﻻ ﻃﲑﺓ ﻭﻻ‬:‫ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ‬:‫ﻋﻦ ﺃﰊ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ ﻳﻘﻮﻝ‬ .‫ﻫﺎﻣﺔ ﻭﻻ ﺻﻔﺮ ﻭﻓﺮ ﻣﻦ ﺍﺠﻤﻟﺬﻭﻡ ﻛﻤﺎ ﺗﻔﺮ ﻣﻦ ﺍﻷﺳﺪ‬ Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada penyakit berjangkit, tiada sialan, tiada jelmaan roh manusia yang keluar dari kuburnya dan tiada kecelakaan pada bulan Safar dan larilah kamu daripada orang yang berpenyakit kusta sepertimana kamu lari daripada singa‰ (alBukhari: Kitab al-Tibb, Bab al-Juzam, nombor hadis: 5380).

« ‫ ﻳﻘﻮﻝ » ﻻ ﻳﻮﺭﺩﻥ ﳑﺮﺽ ﻋﻠﻰ ﻣﺼﺢ‬-‫ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬- ‫ﻋﻦ ﺃﰉ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﺃﻧﻪ ﲰﻊ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ‬ Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: „Janganlah dibawa unta yang sakit untuk minum bersama dengan unta yang sihat‰ (Abu Daud: Kitab al-Tibb, Bab Fi al-Tiyarah, nombor hadis: 3913).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

138  TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)

‫ﺻﻠﻰ ﺍﷲ‬- ‫ ﻓﺄﺭﺳﻞ ﺇﻟﻴﻪ ﺍﻟﻨﱮ‬،‫ ﻛﺎﻥ ﰱ ﻭﻓﺪ ﺛﻘﻴﻒ ﺭﺟﻞ ﳎﺬﻭﻡ‬:‫ﻋﻦ ﻋﻤﺮﻭ ﺑﻦ ﺍﻟﺸﺮﻳﺪ ﻋﻦ ﺃﺑﻴﻪ ﻗﺎﻝ‬ .‫ ﺇﻧﺎ ﻗﺪ ﺑﺎﻳﻌﻨﺎﻙ ﻓﺎﺭﺟﻊ‬:‫ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻓﻘﺎﻝ‬ Maksudnya: Daripada ÂAmr bin al-Syarid daripada bapanya berkata: Sekumpulan lelaki daripada kelompok Thaqif datang untuk berbaiah dengan Nabi s.a.w. dan salah seorang daripada mereka menghidap penyakit kusta. Maka Nabi s.a.w. mengutus kepada kumpulan tersebut dengan sabdanya: „Sesungguhnya kami sudah pun berbaiah dengan kamu, maka pulanglah‰ (Muslim: Kitab al-Salam, Bab Ijtinab al-Majzum Wa Nahwihi, nombor hadis: 5958).

‫ ﺍﻟﻄﺎﻋﻮﻥ ﺁﻳﺔ ﺍﻟﺮﺟﺰ ﺍﺑﺘﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﺰ‬:‫ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬:‫ﻋﻦ ﺃﺳﺎﻣﺔ ﺑﻦ ﺯﻳﺪ ﻗﺎﻝ‬ .‫ ﻭﺇﺫﺍ ﻭﻗﻊ ﺑﺄﺭﺽ ﻭﺃﻧﺘﻢ ﻬﺑﺎ ﻓﻼ ﺗﻔﺮﻭﺍ ﻣﻨﻪ‬،‫ ﻓﺈﺫﺍ ﲰﻌﺘﻢ ﺑﻪ ﻓﻼ ﺗﺪﺧﻠﻮﺍ ﻋﻠﻴﻪ‬،‫ﻭﺟﻞ ﺑﻪ ﻧﺎﺳﺎ ﻣﻦ ﻋﺒﺎﺩﻩ‬ Maksudnya: Daripada Usamah bin Zaid r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: „Wabak penyakit (yang merebak) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah uji hamba-hambaNya. Apabila kamu mendengar adanya wabak itu di sesebuah tempat, maka janganlah kamu masuk ke dalamnya. Dan apabila wabak itu berada di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar darinya‰ (Muslim: Kitab al-Salam, Bab al-TaÊun wa al-Tiyarah wa al-Kihanah wa Nahwiha, nombor hadis: 5904). Ini adalah di antara hadis-hadis yang menandakan keperluan untuk seseorang itu menjauhi sebarang penyakit yang boleh merebak atau berjangkit.

6.3.3

Percanggahan

Jelas sekali percanggahan yang wujud di antara kedua-dua kumpulan hadis di atas. Perkataan ( ‫ ) ال عدوى‬dalam hadis yang pertama memberi makna penafian secara jelas akan wujudnya jangkitan penyakit dari pengidapnya kepada orang sihat. Ia suatu bentuk penafian umum yang merangkumi apa saja penyakit dan siapa saja penghidap. Begitu juga hadis yang menunjukkan kemarahan Baginda Rasulullah s.a.w. apabila dikatakan unta yang sakit kiranya bercampur dengan unta yang sihat, ia akan menjangkitinya. Ini terbukti melalui pertanyaan Baginda: „Unta yang pertama yang membawa penyakit itu berjangkit dari mana pula?‰.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)



139

Manakala hadis: „Janganlah dibawa unta yang sakit untuk minum bersama dengan unta yang sihat‰, jelas mengesahkan wujudnya unsur-unsur jangkitan penyakit. Jadi larangan Baginda s.a.w. itu tidak lain tidak bukan adalah kerana bimbangkan penyakit itu merebak. Hadis: Sekumpulan lelaki daripada kelompok Thaqif datang untuk berbaiah dengan Rasulullah s.a.w. dan salah seorang daripada mereka menghidap penyakit kusta. Maka Rasulullah s.a.w. mengutus kepada kumpulan tersebut dengan sabdanya: „Sesungguhnya kami sudah pun berbaiah dengan kamu, maka pulanglah‰. Ia menunjukkan kebimbangan penyakit yang dihadapi oleh pesakit kusta dari keturunan Thaqif, akan merebak atau menjangkit kepada orang lain, sehingga Rasulullah s.a.w. menyuruhnya segara beredar pulang setelah dinyatakan baiahnya diterima. Demikian juga penyakit berjangkit lain, Rasulullah s.a.w. mengarahkan sekiranya terjadi penyakit itu di suatu tempat, maka orang yang berada di kawasan tersebut dilarang keluar dan orang yang berada di luar kawasan dilarang untuk masuk. Semua itu menunjukkan adanya unsur-unsur jangkitan dan ini bertentangan dengan apa yang ditegaskan oleh hadis yang pertama dan kedua. Lebih mengelirukan apabila terdapat hadis yang menyatakan pada permulaannya „tiada jangkitan‰ dan dalam masa yang sama di akhir hadis ini menyebutkan perintah Rasulullah s.a.w.: „Lari daripada pesakit kusta sebagaimana kamu lari daripada seekor singa‰. Kita sering kali didedahkan dengan berbagai berita mengenai penyakit-penyakit berjangkit seperti Hepatitis A, Hepatitis B, Difteria, Pertusis, Tetanus, Campak, Meningococcal Meningitis, Selesema, Polio, Rubela, Varicella dan berpuluh lagi yang disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai penyakit berjangkit yang perlu diawasi dan perlu mendapatkan rawatan perubatan. Penyakit Tibi yang diisytiharkan sebagai pembunuh nombor satu di Malaysia satu masa dahulu di antara tahun 1945 hingga 1957 adalah penyakit berjangkit nombor satu. Para pesakit diasingkan di satu tempat terpencil di hospitalhospital bagi mengelakkan jangkitan berlaku. Malah sajak tahun 1995, dilaporkan kes-kes baru Tibi meningkat dari setahun ke setahun. Kemuncaknya ialah pada tahun 2000 di mana sebanyak 15,050 kes dicatatkan. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan ketika itu, Dr Naim Abdul Kadir berkata bahawa penyakit Tibi masih menjadi satu masalah kesihatan awam yang besar kepada negara. Ia merupakan sejenis penyakit berjangkit utama malah mendahului denggi yang lebih ditakuti oleh masyarakat (Dr Rohaizan Baru, Ahmad Fauzi Hasan & Zulkifli Mohd, 2007). Copyright © Open University Malaysia (OUM)

140  TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)

6.3.4

Tawfiq

Tawfiq adalah kaedah dan proses menyelesaikan percanggahan antara hadis.

Ada beberapa jawapan yang diutarakan oleh para ulama dan ilmuwan semasa berhubung bagaimana mentawfiqkan di antara hadis-hadis yang bercanggah ini, di antaranya: (a)

Al-Imam al-Nawawi dan Ibn Hajar al-ÂAsqalani menyatakan bahawa penafian jangkitan bermakna sesuatu itu tidak berlaku secara semula jadi yakni dengan sendiri sebagaimana yang dipercayai oleh orang-orang jahiliah, tanpa menyandarkannya kepada kehendak Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. dengan itu ingin membasmi pemikiran atau pegangan seperti itu dengan menegaskan bahawa Allah s.w.t. yang menjadikan penyakit dan penyembuh. Adapun larangan daripada mendekati orang sakit itu pula bertujuan untuk menyatakan bahawa itu adalah sebahagian daripada caracara Allah s.w.t. menjadikan atau mencipta sesuatu penyakit.

(b)

Al-Imam Ibn Hajar al-ÂAsqalani dan al-Tabari mengatakan bahawa sememangnya tiada jangkitan kerana Rasulullah s.a.w. pernah menyatakannya dalam sebuah riwayat yang lain bahawa: „Sesuatu itu tidak menjangkit yang lain‰. Dikuatkan lagi dengan sebuah hadis lain di mana Rasulullah s.a.w. menyangkal dakwaan seseorang yang mengatakan bahawa seekor unta yang berpenyakit kulit akan mengakibatkan unta-unta lain terlibat sama apabila bercampur. Sabda Baginda s.a.w.: „Yang pertama itu berjangkit dari unta yang mana?‰. Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa Allah s.w.t. lah yang menjadikan unta-unta itu terkena penyakit (bukan hasil jangkitan mana-mana unta). Sebagaimana Dialah yang menjadikan unta yang pertama itu sakit. Adapun suruhan Baginda untuk menjauhi pesakit kusta, itu sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga. Ini supaya orang-orang Islam terhindar dari sebarang bentuk akidah yang salah dengan menganggap bahawa penyakit itu datang dari jangkitan dan bukan dari Allah s.w.t. Lalu mereka semua berdosa dengan kepercayaan seperti itu. Maka dengan demikian, awal-awal lagi perlu dijauhi daripada penyakit-penyakit berjangkit seperti kusta dan sebagainya.

(c)

Al-Baqillani dan Ibn Battal berpendapat bahawa secara umumnya memang tiada jangkitan, tetapi terdapat penyakit tertentu yang memang berlaku jangkitan. Sebab itulah Rasulullah s.a.w. melarang daripada mendekati para pesakit kusta. Jadi boleh ditafsirkan maksud Rasulullah s.a.w. dengan Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)



141

penafian itu, bahawa tiada jangkitan dalam penyakit kecuali penyakitpenyakit tertentu seperti kusta dan seumpamanya. (d)

Ada juga yang mengatakan bahawa sememangnya tiada jangkitan, apa yang Rasulullah s.a.w. suruh menjauhkan diri dari pesakit kusta itu sebenarnya ialah kerana menjaga perasaan mereka. Kalau mereka melihat orang yang sihat dan sempurna tubuh badannya, akan bertambahlah lagi derita di hati mereka apabila memandang nasib diri mereka yang tidak sihat dan tidak sempurna tubuh badan.

Ada juga yang mentawfiqkan dengan mengatakan arah cakap yang ditujukan oleh Rasulullah s.a.w. berbeza-beza. ‫ ال عدوى‬Ditujukan kepada orang yang kuat keyakinan dan tawakalnya, di mana dia boleh mengelak diri dari terjerumus ke arah kepercayaan adanya jangkitan dan orang ini boleh makan dan minum bersama pesakit kusta. Manakala hadis yang menyuruh lari daripada pesakit kusta pula, ditujukan kepada orang yang lemah keyakinannya yang tidak berdaya mengelak diri dari terpalit dengan kepercayaan adanya jangkitan. Maka dengan itu terpaksalah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyuruh dia menjauhkan diri dari pesakit kusta (Dr Rohaizan Baru, Ahmad Fauzi Hasan & Zulkifli Mohd, 2007).

SEMAK KENDIRI 6.2 1.

Huraikan bagaimana cara berhadapan dengan hadis-hadis yang kelihatan bertentangan secara zahirnya.

2.

Selesaikan masalah yang berkaitan dengan penyakit berjangkit mengikut pandangan ulama silam.

3.

Senaraikan hadis-hadis yang berkaitan kewujudan penyakit berjangkit.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

142  TOPIK 6 SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)



Akidah adalah perkara penting yang mesti dikuasai oleh semua orang. Walaupun begitu, tidak semua orang layak untuk membicarakan suatu permasalahan yang rumit dalam akidah tanpa ilmu yang kukuh kerana boleh mengakibatkannya terpesong dari landasan agama Islam yang sebenar.



Hari akhirat merupakan suatu yang hak dan pasti, ia akan berlaku setelah semua makhluk Allah s.w.t. melalui peringkat-peringkat yang telah ditetapkan olehNya.



Alam kubur adalah tempat persinggahan setiap hamba Allah s.w.t. yang meninggal dunia. Dia akan mendapat nikmat di dalamnya atau mendapat azab di atas segala kesalahannya.



Ayat-ayat al-Quran, hadis Nabi s.a.w., ijmak ulama dan kata-kata para ulama mensabitkan kewujudan azab kubur dan ia tidak boleh dinafikan dengan hanya menggunakan akal fikiran yang sempit.



Orang yang menolak azab kubur adalah seorang yang hanya berpegang kepada logik akal serta tidak mengetahui metodologi ulama dalam berurusan dengan semua dalil-dalil atau sumber-sumber hukum agama Islam.



Hadis berkaitan dengan penyakit berjangkit, secara zahirnya adalah bertentangan antara satu dengan yang lain, maka setiap muslim perlu mempraktikkan metodologi ulama Islam dalam berhadapan dengannya.



Para ulama telah pun menyelesaikan permasalahan penyakit berjangkit dengan mengemukakan pandangan mereka, kita bolehlah merujuk semua pandangan tersebut dan dikukuhkan dengan kajian semasa mengenainya.

Al-Tawfiq

Nikmat kubur

Alam barzakh

Logik akal

Azab kubur

Mutawatir

Hadis Ahad

Penyakit berjangkit

Kusta

Tempat persinggahan Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

SYARAH HADIS TENTANG AKIDAH (AZAB KUBUR DAN PENYAKIT BERJANGKIT)



143

Abu Daud, Sulayman bin al-AsyÊath. (1974). Sunan Abi Daud. Beirut: Dar alKitab al-ÂArabi. Alam

barzakh dan azab kubur. (2009). Dicapai dari http://blissinfinity.blogspot.com/2009/09/alam-barzakh-dan-azab-kubur.html

Al-Bukhari, Muhammad bin IsmaÊil al-JuÊfi. (1978). Al-JamiÊ al-Sahih alMukhtasar. Beirut: Dar Ibn Kathir. Al-Tabari, Muhammad bin Jarir bin Yazid. (2000). JamiÊ al-Bayan Fi TaÊwil Ay alQuran. Beirut: Muassasah al-Risalah. Al-Tirmizi, Muhammad bin ÂIsa. (t.t.) JamiÊ al-Tirmizi. Beirut: Dar IhyaÊ al-Turath al-ÂArabi. Dr Rohaizan Baru, Ahmad Fauzi Hasan, & Zulkifli Mohd. (2007). Kertas kerja Seminar Warisan Nabawi. Hadith-hadith kontradiksi dalam konteks kontemporari: Penyelesaian Tawfiq satu pilihan. Nilai: Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. Ibn al-Athir, Majd al-Din Abu al-SaÊadat al-Mubarak bin Muhammad al-Jazari. (2001). Al-Nihayah Fi Gharib al-Hadith wa al-Athar, Tahqiq: al-Sheikh Khalil MaÊmun Syiha. Beirut: Dar al-MaÊrifah. Ibn Kathir, IsmaÊil bin ÂUmar bin Kathir. (1999). Tafsir al-Quran al-ÂAzim. Riyadh: Dar Tayyibah. Muslim, Muslim bin al-Hajjaj. (1994). Sahih Muslim. Beirut: Dar al-Jayl.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik



7

Syarah Hadis tentang Konsep Ibadat

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menjelaskan pengertian fuqaha dan ahli hadis serta metode mereka;

2.

Menghuraikan metode fuqaha dan ahli hadis dalam istinbat hukum; dan

3.

Menerangkan sebab ikhtilaf fuqaha dalam memahami hukum bagi sesebuah hadis.

 PENGENALAN Perkembangan undang-undang Islam berkembang selepas hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah dengan terbentuknya Piagam Madinah. Setiap permasalahan yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. diselesaikan sama ada melalui perkhabaran wahyu daripada Allah s.w.t., atau ijtihad daripada Rasulullah s.a.w di bawah ilmu serta pengawasan dan pemerhatian Allah s.w.t. Pada zaman para sahabat pula, mereka masih melaksanakan dasar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan meletakkan penyelesaian berdasarkan al-Quran, Sunnah dan Ijtihad. Walaupun pada ketika itu tiada kaedah atau metode yang tersusun sebagaimana hari ini seperti ilmu usul fiqh, namun hakikatnya para sahabat menggunakan jalan dan kaedah yang sama. Ini adalah kerana ilmu usul fiqh secara teorinya masih belum tersusun pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat, namun ianya telah diamalkan oleh para sahabat secara praktikalnya. Sebagaimana dalam kisah Muaz Jabal, ketika diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. pergi ke Yaman. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT



145

Maksudnya: „Bagaimanakah nanti engkau akan memutuskan hukum apabila dibawa kepada engkau sesuatu permasalahan?‰ Muaz menjawab: „Saya akan memutuskan hukum berdasarkan Kitab Allah.‰ Nabi bertanya lagi, „Sekiranya kamu tidak mendapati di dalam Kitab Allah?„ Jawab Muaz: ‰Saya akan memutuskan berdasarkan Sunnah.„ Tanya Nabi lagi: „Sekiranya engkau tidak menemui di dalam Sunnah?„ Muaz menjawab: ‰Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan perkara tersebut.‰ Nabi pun menepuk dada sambil bersabda: „Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufiq kepada utusan Rasulullah s.a.w. ke arah sesuatu yang diredhainya.‰ (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud) Justeru, dalam topik ini anda akan mempelajari kaedah mengistinbatkan hukumhakam berdasarkan metodologi fuqaha dan ahli hadis yang berkaitan dengan konsep ibadat daripada hadis Rasulullah s.a.w. Selamat meneruskan pembacaan anda!

AKTIVITI 7.1 Bincangkan bersama ahli kumpulan anda mengenai sejarah perundangan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat. Kemudian, bentangkan dalam kelas anda tentang kaedah atau cara sesuatu hukum itu ditetapkan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat.

7.1

FUQAHA DAN AHLI HADIS (MUHADDITHIN)

Berdasarkan kisah Muaz Jabal di atas, dapatlah disimpulkan bahawa setiap ulama sama ada dalam kalangan fuqaha mahupun ahli hadis haruslah menetapkan hukum berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijtihad. Sekiranya sesuatu hukum itu tidak terdapat dalam al-Quran, maka hendaklah merujuk kepada hadis Rasulullah s.a.w. Sekiranya hukum itu tiada dalam al-Quran dan Sunnah, maka ketika itu haruslah berijtihad. Melalui ijtihad ini, hukum-hakam khususnya dalam konsep ibadat terus berkembang sesuai dengan keadaan, masa dan tempat. Dengan ijtihad jugalah terbentuknya sumber hukum, Ijmak ulama dan Qiyas sebagai sumber hukum ketiga dan keempat selepas al-Quran dan Sunnah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

146  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

7.1.1

Pengertian Fuqaha dan Pembahagian Fiqh

Fuqaha (‫ )فقھاء‬berasal daripada perkataan (‫ )فقه‬yang bermaksud ahli dalam bidang fikah. Dari sudut bahasa fiqh (‫ )فقه‬bermaksud faham. Manakala fiqh menurut istilah adalah pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan dan perkataan mukallaf (mereka yang telah dibebani dengan syariat agama) yang diambil daripada dalil-dalil yang bersifat terperinci daripada nas al-Quran,sunnah serta yang bercabang daripadanya seperti Ijmak ulama dan Qiyas (Badakhsyi, t.t.).

Kesimpulan daripada takrif tersebut, dapat dijelaskan bahawa fiqh ialah hukumhukum syarak yang bersifat amali dan diambil daripada dalil-dalil yang terperinci berdasarkan kaedah-kaedah tertentu. Para fuqaha membahagikan bidang fiqh kepada tujuh bab utama seperti yang terkandung dalam kitab-kitab fiqh. Berikut adalah tujuh bab fiqh yang dikupas oleh fuqaha dalam kitab mereka, antaranya: (a)

Fiqh Ibadat Fiqh yang menjelaskan mengenai hukum-hukum yang berkaitan dengan ibadat seperti wuduk, solat, puasa, haji dan sebagainya.

(b)

Fiqh Ahwal Syahsiah Fiqh yang menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan dengan masalah kekeluargaan seperti pernikahan, talaq, nasab, penyusuan, nafkah, harta pusaka dan lain-lain.

(c)

Fiqh Muamalat Fiqh yang mengupas hukum-hukum yang berkaitan dengan perbuatan manusia dan komunikasi di antara mereka, seperti jual beli, jaminan, sewa menyewa, pengadilan dan seumpamanya.

(d)

Fiqh Siasah SyarÊiyyah Fiqh yang menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan dengan kewajibankewajiban pemimpin seperti menegakkan keadilan, memberantas kezaliman, amar makruf nahi mungkar, dan menerapkan hukum-hukum syariat. Ia juga turut menyentuh mengenai kewajipan rakyat yang dipimpin seperti kewajipan taat dalam hal yang bukan maksiat dan lainlain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT



147

(e)

Fiqh ÂUqubat Fiqh yang menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan dengan hukuman terhadap pelaku-pelaku kejahatan, serta penjagaan keamanan seperti hukuman terhadap pembunuh, pencuri, pemabuk dan seumpamanya.

(f)

Fiqh al-Siyar Fiqh yang menjelaskan hukum-hukum yang mengatur hubungan negeri Islam dengan negeri lain seperti perbahasan tentang perang, damai dan seumpamanya.

(g)

Adab dan Akhlak Fiqh yang menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak dan perilaku, yang baik mahupun yang buruk.

Hadis dan fikah adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dari seorang mujtahid (fuqaha dan ahli hadis). Apabila seorang mujtahid mendapati sesuatu hadis, maka hadis tersebut bukan sekadar dihafaz olehnya, bahkan hadis tersebut akan diistinbatkan hukum-hakam daripadanya.

7.1.2

Ijtihad

Mari kita lihat hadis yang berikut.

‫ﺏ ﹶﻓﹶﻠﻪُ ﹶﺃ ْﺟﺮَﺍ ِﻥ َﻭِﺇﺫﹶﺍ َﺣ ﹶﻜ َﻢ ﻓﹶﺎ ْﺟَﺘ َﻬ َﺪ ﹸﺛﻢﱠ ﹶﺃ ْﺧ ﹶﻄﹶﺄ ﹶﻓﹶﻠﻪُ ﹶﺃﺟْﺮ‬ َ ‫ِﺇﺫﹶﺍ َﺣ ﹶﻜ َﻢ ﺍﻟﹾﺤَﺎ ِﻛﻢُ ﻓﹶﺎ ْﺟَﺘ َﻬ َﺪ ﹸﺛﻢﱠ ﹶﺃﺻَﺎ‬ Maksudnya: Apabila seorang hakim itu menghukum lalu dia berijtihad kemudian menepati kebenaran, baginya dua pahala. Dan apabila dia menghukum lalu dia berijtihad kemudian menyalahi kebenaran, baginya satu pahala. (Hadis Riwayat Bukhari) Hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan seseorang mujtahid/hakim yang memenuhi syarat-syarat sebagai mujtahid ketika menghukumkan sesuatu perkara. Seandainya ijtihadnya tepat, maka diberi ganjaran dua pahala, dan seandainya ijtihadnya adalah salah, ia mendapat ganjaran satu pahala.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

148  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

Ijtihad ialah menggunakan sepenuh kemampuan dalam memperoleh hukum syarak (Al-Isnawiyy, 1345H). Definisi ini menjelaskan bahawa ijtihad dari sudut syarak terdiri daripada beberapa asas utama, antaranya: (a)

Usaha yang bersungguh-sungguh semaksimum mungkin yang dilakukan oleh seseorang mujtahid. Namun sebahagian, ulama tidak mensyaratkan daya maksimum dan cukup sekadar ia dilakukan dengan bersungguhsungguh (Al-Shawkaniyy, t.t.);

(b)

Usaha ijtihad perlu dilakukan oleh seseorang faqih atau mujtahid yang mengetahui ilmu usul fiqh dari segi teorinya dan mampu menterjemahkannya dalam bentuk praktik. Oleh itu, usaha seorang faqih yang menghafal hukum sahaja tidak diterima oleh ulama usul fiqh sebagai suatu proses ijtihad; dan

(c)

Kaedah yang digunakan dalam usaha ijtihad perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan di dalam ilmu usul fiqh.

Usaha ijtihad hanya berkisar dalam soal-soal fiqh Islam sahaja dan bukannya di dalam bidang akidah dan bahasa. Ibn Qayyim menjelaskan bahawa Imam Syafie menegaskan seseorang itu tidak boleh mengeluarkan fatwa kecuali setelah dia betul-betul memahami al-Quran mengenai hal nasikh dan mansukh, hukumhukum yang bersangkut paut dengannya, takwil, asbab al-nuzul, makki dan madani. Dan dia mestilah mengetahui hadis seperti mana ia mengetahui alQuran, dia hendaklah memahami dengan baik tentang ilmu bahasa Arab serta perkara yang bersangkutan dengannya dan memahami kehendak sesuatu masyarakat semasa di dalam negeri yang tertentu mengenai sesuatu hukum serta hukum itu dikeluarkan dengan penuh rasa keinsafan serta tidak terburuburu dan mengikut hawa nafsu (Ibn al-Qayyim, 1968).

7.1.3

Pengertian Ahli Hadis (Muhaddithin)

Umumnya ahli hadis atau muhaddithin adalah ulama ahli dalam bidang hadis. Namun, dalam perbahasan ilmu Mustolah hadis, terdapat beberapa tingkatan ulama hadis berdasarkan kepada bilangan hadis yang dihafaz. Jadual 7.1 menunjukkan gelaran yang diguna pakai bagi ahli hadis:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT



149

Jadual 7.1: Gelaran Ahli Hadis Penerangan

Gelaran Ahli Hadis

Al-Hafiz

Menghafaz sebanyak 100,000 hadis dengan isnadnya.

Muhaddith

Orang yang mahir dengan hadis dan menghafal kurang daripada 100,000 hadis.

Al-Hujjah

Darjatnya lebih tinggi daripada al Hafiz. Menghafal 300,000 buah hadis termasuk matan, sanad, jarh, taÊdil dan sejarahnya.

Al-Hakim

Darjat tertinggi di kalangan ahli hadis. Mengetahui segenap hal berkenaan hadis, menghafal lebih daripada 700,000 buah hadis.

SEMAK KENDIRI 7.1 1.

Nyatakan kaedah istinbat hukum yang diamalkan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat serta contoh.

2.

Berikan pengertian ijtihad serta jelaskan syarat-syarat mujtahid.

3.

Huraikan pengertian Ijmak dan pembahagiannya.

AKTIVITI 7.2 „Apabila hadis tersebut sahih maka ia adalah mazhabku (peganganku)‰. Ungkapan ini sangat masyhur dinukilkan daripada tokoh-tokoh fuqaha dan ahli hadis, antaranya Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Hanbali. Berdasarkan ungkapan tersebut jelaskan kriteria hadis sahih dan hadis daÊif.

7.2

METODOLOGI FUQAHA DALAM MEMBICARAKAN HUKUM

Seterusnya, kita akan mempelajari metodologi fuqaha dalam soal hukum.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

150  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

7.2.1

Pengenalan Ringkas Metodologi Fuqaha

Ilmu fiqh amat berkait rapat dengan ilmu usul fiqh. Hukum fiqh tidak dapat diputuskan kecuali dengan satu proses pembinaan hukum melalui teori atau kaedah usul fiqh. Justeru, setiap fuqaha semestinya memiliki kepakaran dalam mengistinbatkan sesuatu hukum melalui kaedah usul fiqh. Kaedah ini penting bagi menganalisis dalil dan kaedah untuk mengambil hukum daripada sumbernya sama ada daripada nas al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sebagainya. Dalam memahami ilmu usul fiqh ini, ia bukan sahaja terbatas kepada ulama usul fiqh, sebaliknya ia juga melibatkan ulama hadis. Antara tokoh ulama hadis yang mengarang kitab usul fiqh ialah Imam Syafie, Imam Syawkani dan ramai lagi (Basri Ibrahim, 2011). Berikut adalah beberapa bidang ilmu yang penting yang anda seharusnya ketahui bagi menjelaskan metodologi fuqaha dalam membicarakan hukum: (a)

Usul Fiqh Ilmu yang menerangkan kaedah-kaedah dan perbahasan yang digunakan untuk mengistinbatkan hukum-hukum syarak yang bersifat amali daripada dalil-dalilnya yang tafsiliyy (Al-Halabiyy, t.t.). Melalui takrif ini jelas menunjukkan bahawa usul fiqh merupakan suatu ilmu yang berkaitan dengan kaedah-kaedah serta perbahasan-perbahasan yang membolehkan seseorang individu itu mampu untuk mengetahui hukum-hukum syarak yang praktikal dari dalil-dalil yang terperinci. Skop perbincangan ilmu usul fiqh ini meliputi sumber-sumber hukum, kaedahkaedah bagi memahami perkataan dan dalil yang bersifat umum dan khusus. Oleh itu, bagi melengkapkan ilmu ini, beberapa bidang ilmu lain juga diperlukan seperti ilmu tafsir dan ilmu mustolahat al-hadis. Ia boleh disimpulkan sebagai ilmu yang dapat mengenali tiga perkara asas iaitu (AlBadakhshiyy, t.t.): (i)

Mengenali segala sumber perundangan Islam (dalil-dalil fiqh);

(ii)

Mengenali cara atau metode yang digunakan untuk mengistinbatkan hukum; dan

(iii)

Mengenali sifat-sifat pengistinbat hukum.

Antara faedah mempelajari ilmu usul fiqh ialah kemampuan untuk mengeluarkan hukum-hukum Syarak daripada dalil-dalilnya berlandaskan kaedah yang betul. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT



151

(b)

Qawaid al-Fiqh Ilmu yang membincangkan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah fiqh. Kaedah dan prinsip ini disusun oleh fuqaha bagi menentukan kumpulankumpulan hukum yang telah sedia ada untuk dimasukkan ke dalam kaedah-kaedah tertentu bagi memudahkan kefahaman dan amalan, serta boleh menjadi asas sumber kepada penyelesaian perkara yang belum ada penentuan hukumnya sebelum ini (Al-Suyuti, t.t.).

(c)

Tarikh al-fiqh Ialah ilmu yang membincangkan pertumbuhan dan perkembangan pemikiran fiqh secara umum dan pelaksanaannya yang timbul daripada pelbagai aliran mazhab dan pelbagai peringkat masa kehidupan masyarakat Islam. Hasil dari perkembangan ilmu ini, lahirlah dua aliran utama dalam mengistinbatkan hukum, iaitu metodologi ahlu al-RaÊyi dan metodologi ahlu al-Hadis. (i)

Ahlu al-RaÊyi muncul di Kufah yang dipelopori oleh Abdullah MasÊud yang dipengaruhi oleh metodologi Umar dan Ali r.a. ; dan

(ii)

Manakala aliran ahlu al-Hadis berada di Hijaz yang dipelopori oleh Zaid Thabit dan Abdullah Umar r.a.

Aliran ini dikembangkan oleh fuqaha al-SabÊah yang terdiri daripada para tabiin iaitu Said ibn al-Musayyab, Urwah ibn al-Zubair, Abu Bakar ibn Abdul Rahman ibn Harith ibn Hisyam, Ubaidullah ibn Abdullah ibn Utbah ibn MasÊud, Kharijah bin Zaid, al-Qasim ibn Muhammad dan Sulayman ibn Yasar. Kewujudan dua aliran ini menyebabkan berlakunya perkembangan besar dalam ilmu khilaf dalam kalangan fuqaha Islam (Qattan, 1997). Perbezaan metodologi istinbat hukum semakin berkembang selepas zaman tabiin iaitu bermula dari pertengahan abad kedua hijrah hingga akhir abad ketiga hijrah. Zaman ini juga dikenali sebagai zaman kelahiran mazhab dan pembinaan disiplin ilmu usul fiqh. Mazhab yang lahir dalam zaman ini dipelopori oleh beberapa orang imam antaranya: (i)

Abu Hanifah al-NuÊman ibn Thabit ibn Zuti (W 150H);

(ii)

Al-AwzaÊi Abu Amr Abdul Rahman ibn Amr ibn Muhammad (W 157H);

(iii) Sufyan ibn SaÊid ibn Masruq al-Thawri (W 160H); (iv) Al-Layth ibn SaÊd (W 175H); (v)

Malik ibn Anas al-Asbahi (W 179H); Copyright © Open University Malaysia (OUM)

152  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

(vi) Sufyan ibn Uyaynah (W 198H); (vii) Muhammad ibn Idris al-SyafiÊe (W 204H); (viii) Ishaq ibn Rahawayh (W 238H); (ix) Abu Thawr Ibrahim ibn Khalid al-Kalbi (W 240H); (x)

Ahmad ibn Hanbal (W 241H); dan

(xi) Dawud ibn Ali al-Isbahani al-Baghdadi al-Zahiri (W 270H). Setiap daripada imam-imam di atas mempunyai metodologi tersendiri dalam mengistinbatkan hukum daripada nas-nas syarak (Al-Alwani, 1993). (d)

Ilmu Khilaf Ilmu yang membincangkan perbezaan aliran pemikiran fiqh dan mazhab dari pelbagai aliran sama ada daripada individu atau kumpulan. Perbezaan aliran yang timbul adalah berasaskan perbezaan terhadap sumber pengambilan hukum dan cara mengistinbatkannya. Ilmu ini memberi tumpuan yang lebih kepada proses memahami dan mendalami metodologi faqih tertentu atau imam-imam mazhab tertentu dan juga untuk memahami hukum-hukum yang telah diputuskan oleh mereka dan mempertahankannya (Ibn khaldun, t.t.).

7.2.2

Sebab Ikhtilaf Fuqaha dalam Memahami Hukum bagi Sesebuah Hadis

Berikut adalah sebab-sebab ikhtilaf fuqaha dalam memahami hukum bagi sesebuah hadis. (a)

Sebab Pertama Perbezaan dari sudut keharusan beramal dengan hadis. Mereka meletakkan kriteria-kriteria tertentu untuk beramal dengan hadis dan berhujah dengannya. Syarat ini kadangkala berbeza antara satu sama lain. Antara kriteria ini termasuklah perkara berikut (ÂAwamah, 1987): (i)

Ikhtilaf fuqaha dalam sesetengah syarat hadis sahih;

(ii)

Perlukah disyaratkan martabat sahih bagi hadis agar boleh beramal dengannya;

(iii) Memastikan lafaz hadis daripada Rasulullah s.a.w.; dan (iv) Memastikan baris (dabt) perkataan pada hadis. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

(b)

(c)

SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT



153

Sebab Kedua Perbezaan dalam memahami hadis. Ia berpunca daripada dua perkara: (i)

Perbezaan dari sudut akal fikiran; dan

(ii)

Terdapat lafaz hadis yang mengandungi lebih daripada satu makna.

Sebab Ketiga Perbezaan cara atau metode berdepan dengan pertentangan antara beberapa hadis. Apabila fuqaha berdepan dengan dua hadis yang bertentangan ketika mengistinbatkan sesuatu hukum, sebenarnya ia melibatkan dua ilmu penting dalam Islam iaitu ilmu hadis dan ilmu usul fiqh. Ilmu hadis digunakan semasa menilai dan mengamati hadis-hadis yang berkaitan dengan permasalahan yang ditimbulkan. Sementara ilmu usul fiqh dapat diambil faedah daripada kaedah-kaedah dan hukumnya yang telah ditetapkan berdasarkan nas daripada al-Quran dan Sunnah. Penyelesaian kepada masalah pertembungan dua hadis yang membawa makna yang berbeza memerlukan pengamatan dan pemahaman yang terperinci bagi mencari titik pertembungan. Para ulama telah meletakkan kaedah yang tuntas sebagai penyelesaiannya. Berikut adalah kaedah yang diguna pakai oleh mereka: (i)

Sekiranya nas (al-Quran, Sunnah, al-Ijma' dan al-Qiyas) saling menyetujui antara satu sama lain terhadap sesuatu hukum dan tiada percanggahan di antaranya, maka wajib ianya disabitkan atau ditetapkan;

(ii)

Sekiranya berlaku percanggahan di antaranya dan masih boleh dikumpulkan, maka wajib dihimpunkan kesemuanya di bawah satu hukum yang disepakati;

(iii) Sekiranya tidak boleh dikumpulkan, hendaklah berpindah kepada naskh (pemansuhan) jika cukup syarat, iaitu dalil yang terkemudian memansuhkan dalil yang terdahulu apabila dapat dikenal pasti tarikh. Di sini, diamalkan dengan dalil yang terkemudian sahaja; dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

154  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

(iv) Sekiranya tidak dapat dimansuhkan, hendaklah berpindah kepada tarjih (memilih yang lebih kuat) jika ada unsur-unsur al-Tarjih seperti berikut: 

Berkenaan al-Quran dan Sunnah ditarjihkan: 

Al-Nas (muktamad) ke atas al-zahir (jelas);



Al-Zahir (jelas) ke atas al-muawwal (ditakwil);



Al-Mantuq (tersurat) ke atas al-mafhum (tersirat); dan



Al-Muthbit (menetapkan) ke atas al-nafi (menolak).



Berkenaan al-ijmaÊ: Ditarjihkan al-ijma' al-qatÂi (muktamad) ke atas al-ijma' al-zhanni (berkemungkinan).



Berkenaan al-qiyas: Ditarjihkan al-qiyas al-jali (penyamaan yang jelas) ke atas al-qiyas al-khafi (penyamaan yang samar).

Sekiranya tidak wujud unsur al-Tarjih (memilih yang lebih kuat), hendaklah ditangguh (al-Tawaqquf) seketika. Al-Tawaqquf adalah sikap mulia orang-orang yang bertaqwa apabila berhadapan dengan hadis-hadis di mana pada zahirnya kelihatan saling bertentangan atau memusykilkan. Mereka menahan diri daripada mengeluarkan apa-apa hukum atau pendapat. (d)

Sebab Keempat Perbezaan kadar merujuk (ittilaÊ) terhadap hadis. Maksudnya di sini ialah sesetengah fuqaha tidak mendengar atau menjumpai hadis Rasulullah s.a.w. semasa berijtihad. Kebiasaannya para fuqaha mengetahui kebanyakan hadis yang berkaitan dengan permasalahan yang ditimbulkan, dan apa yang tidak diketahui mereka hanyalah melibatkan pendetilan terhadap permasalahan tersebut. Walau bagaimanapun kelebihan mereka yang banyak menghafal dan menelaah hadis membantu dalam mentarjihkan sesuatu hadis. Antara faktor berlakunya hal ini adalah seperti yang dinukilkan oleh Imam Syafie dalam kitabnya (al-Risalah): Maksudnya: Kami tidak mengetahui mana-mana lelaki (imam) dapat menjumpai dan mengumpul semua sunnah atau hadis tanpa ada yang tertinggal. Sesungguhnya sunnah akan menjadi sempurna jika dihimpunkan ke semua ulama yang memiliki ilmu tentangnya, tetapi sekiranya ulama ini dipisahkan, maka ilmu mengenai sunnah tidak lengkap dan tidak sempurna. Dan mana-mana sunnah yang tidak terdapat pada seseorang ulama, didapati ada pada ulama lain. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

7.2.3

SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT



155

Pendirian Muslim terhadap Ikhtilaf Fuqaha dalam Hadis Hukum

Apa yang dimaksudkan dengan pendirian Muslim terhadap ikhtilaf (perbezaan) fuqaha ialah setakat mana ikhtilaf ini boleh diambil dan diamalkan oleh individu Muslim. Terdapat tiga golongan pendirian Muslim terhadap ikhtilaf fuqaha dan muhaddithin berdasarkan latar belakang pengetahuan fikah mereka: (a)

Golongan Orang yang Berilmu Mereka ialah para mujtahid yang mampu mengeluarkan hukum berbezabeza, mampu menilai pelbagai masalah fikah dan memahami dalil syarak dengan baik. Golongan ini beramal dengan apa yang diijtihadkan walaupun ijtihadnya bertentangan dengan orang lain. Mereka tidak perlu mengikut (Taqlid) orang lain kerana mereka layak melakukan ijtihad. Sekiranya ijtihad mereka betul, mereka mendapat dua ganjaran dan sekiranya salah mereka beroleh satu ganjaran (Al-Bayanuniyy, 1975).

(b)

Golongan Orang Awam Golongan ini tidak mempunyai pilihan melainkan mengikut (Taqlid) hukum yang telah ditetapkan oleh mazhab pegangan mereka. Mereka wajib bertanya dan meminta fatwa terhadap sesuatu masalah fikah dan wajib beramal dengan apa yang telah difatwakan.

(c)

Golongan Orang yang Menuntut Ilmu Golongan ini berada di antara mujtahid dan orang awam. Ulama berbeza pendapat mengenai pendirian golongan ini. Sebahagian mereka tidak membezakan antara orang yang menuntut dan orang awam di mana keduanya wajib mengikut ijtihad yang dibuat. Sebahagian lainnya berpendapat bahawa golongan ini dibenarkan mengamati dan menilai dalil-dalil syarak di dalam masalah yang diikhtilafkan dan memilih untuk beramal dengan dalil yang dilihatnya sebagai rajih.

7.3

METODOLOGI AHLI HADIS DALAM MEMBICARAKAN HUKUM

Mari kita meneruskan perbincangan kita dengan metodologi ahli hadis dalam membicarakan hukum.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

156  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

7.3.1

Kemuliaan Ahli Hadis

Golongan ahli hadis adalah golongan yang mencari kebenaran daripada sumber yang benar. Al-Quran menjadi bekalan mereka dan sunnah hujah mereka. Mereka tidak bertindak berteraskan hawa nafsu dan tidak pernah melaporkan pendapat yang tidak bersandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Apabila berlaku perselisihan tentang sesuatu hadis, ahli hadislah menjadi rujukan utama. Ada di antara mereka yang sanggup menempuh perjalanan yang jauh sematamata untuk mencari satu hadis atau sunnah, dan mengambil sunnah itu daripada guru secara musyafahah. Kemudian, mereka meneliti dan mengkajinya sehingga mereka dapat memahami mana yang sahih dan mana yang cacat, mana yang nasakh dan mana yang mansukh (Basri Ibrahim, 2011). Al-SamÊani ada menyatakan dalam kitabnya (Sawni al-Mantiq): Maksudnya: ...apabila anda menelaah karya-karya ahli hadis daripada awal hingga akhir, baik dahulu mahupun sekarang, walaupun berbeza negara dan jarak yang jauh antara negara-negara tersebut dan berada di benua yang berlainan, anda akan dapati penjelasan mereka berkaitan dengan iktikad berada pada satu landasan sahaja. Mereka menggunakan satu pendekatan dan tidak berganjak daripadanya. Perkataan dan perbuatan mereka tidak pernah bercanggah di antara satu sama lain. Punca persepakatan pendekatan ahli hadis ialah kerana mereka mengambil agama daripada al-Quran dan Sunnah. Kerana itu mereka mewariskan persepakatan dan perpaduan. Sebaliknya, ahli bidaah mengambil agama daripada akal dan pendapat, kerana itu mereka mewariskan perpecahan dan perselisihan... Ibn Taimiyyah juga menegaskan bahawa manusia yang paling berhak dinamakan sebagai golongan yang berjaya ialah golongan ahli hadis dan sunnah yang tidak taasub melainkan kepada Rasulullah s.a.w. sahaja. Mereka adalah golongan paling alim tentang segala ucapan dan hal ehwal Rasulullah s.a.w. dan juga paling besar kemampuan dalam membezakan di antara hadis yang sahih dengan yang daif. Tokoh-tokoh utama mereka adalah ulama-ulama fiqh juga yang mahir tentang hadis (Ibn Taimiyyah, 1998).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

7.3.2

SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT



157

Metodologi Ahli Hadis dalam Membicarakan Hukum

Peranan hadis sebagai sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran jelas menunjukkan betapa pentingnya hadis dalam memahami hukum syariat Islam. Dalam memahami dan berhujah dengan hadis, ahli hadis telah meletakkan kaedah dan huraian dalam memahami hadis Rasulullah s.a.w. Ahli hadis membina asas fiqh mereka berdasarkan kepada kaedah-kaedah yang diambil daripada al-Quran, hadis sahih dan perjalanan salafussoleh. Walaupun Al-Quran merupakan sumber tertinggi dalam Islam, namun tidak semua ayat-ayatnya dapat difahami tanpa penjelasan Rasulullah s.a.w. Imam Abu Hanifah berkata: „Kalaulah tidak kerana sunnah tiada seorangpun dari kalangan kita yang memahami al-Quran.‰ Malah ibadat-ibadat utama seperti solat, zakat, puasa dan haji tidak dapat dikerjakan tanpa panduan dari Rasulullah s.a.w. Al-Quran merupakan asas sedang hadis adalah penjelas. AlQuran adalah teori sedangkan hadis adalah pelaksanaan amali dari Rasulullah s.a.w. terhadap apa yang terdapat dalam al-Quran itu. Al-Quran memerintahkan supaya didirikan solat tetapi tidak dinyatakan bilangan rakaat, waktu solat, malah cara solat itu sendiri tidak dinyatakan. Menurut Ibn Taimiyyah, ahli hadis menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai asas pegangan dan keyakinan mereka. Mereka tidak mempertahankan sesuatu perkataan jika tidak bertepatan dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. (Ibn Taimiyyah, 1998). Berikut adalah di antara metodologi utama ahli hadis dalam membicarakan hukum: (a)

Hukum-hukum Syarak Diambil daripada Hadis Sahih dan Tidak Harus Diambil daripada Hadis Daif Sebelum sesuatu hadis difahami, dihuraikan dan dikaji maksudnya, hadishadis perlu dipastikan kesahihan dan kekuatannya terlebih dahulu. Ini kerana hadis Rasulullah s.a.w. tidak seumpama ayat-ayat al-Quran yang diturunkan secara mutawatir atau secara keseluruhannya. Menurut Ibn Taimiyyah, hukum dalam syariat tidak boleh didasarkan kepada hadis yang daif, yang tidak sahih dan juga tidak hasan (Ibn Taimiyyah, 1998). Menurut al-Ansari pula dalam kitabnya (Fath al-Baqi Fi Syarah Alfiyah al-Iraqi) orang yang ingin berhujah dengan sesuatu hadis yang terdapat dalam al-Sunan atau al-Musnad, jika mempunyai kelayakan mengenali dan membezakan hadis yang hendak dijadikan hujah itu dengan hadis lain, perlu melihat terlebih dahulu kepada persambungan sanad hadis tersebut dan asas perawinya. Jika tidak mampu, sebaliknya menemui seseorang tokoh ulama yang menghukumkannya sebagai sahih atau hasan, Copyright © Open University Malaysia (OUM)

158  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

bolehlah bertaklid kepada ulama itu. Jika tidak menemui sebarang tokoh ulama yang boleh berbuat demikian, tidak boleh berhujah dengan hadis tersebut. (b)

Tidak Ada Perbezaan dari Segi Ketidakharusan Beramal dengan Hadis Daif dalam Perkara FadaÊil Al-AÊmal atau Bukan FadaÊil Al-AÊmal Hukum-hukum taklifi tidak boleh dibina melainkan berdasarkan kepada dalil yang sahih (wajib, haram, makruh, sunat dan harus). Hukum sunat adalah di antara hukum taklifi. Sesuatu amalan sunat tidak boleh dihukumkan sunat melainkan berdasarkan kepada dalil yang sahih seperti perkara fadaÊil al-aÊmal. Perkara fadaÊil al-aÊmal ini wajib disabitkan dengan dalil yang sahih. Generasi salafussoleh terdahulu tidak membezakan di antara hadis yang terdapat dalam perkara fadaÊil al-aÊmal dengan hadis-hadis yang terdapat dalam urusan agama yang lain. Mereka membahaskan tentang kethabitan sanad hadis dan beramal dengan yang sahih daripadanya. Imam Ahmad dan sesetengah imam yang lain ada menyatakan: „Jika kami riwayatkan hadis yang berkaitan dengan perkara hukum hakam, halal dan haram, kami mengambil sikap ketat dan apabila kami riwayatkan hadis yang berkaitan dengan perkara fadaÊil al-aÊmal, pahala dan balasan, kami mengambil sikap longgar.‰ Bagi menjawabnya, Basri Ibrahim (2011) menjelaskan bahawa maksud „kami mengambil sikap longgar‰ ialah longgar dalam meriwayatkan hadis tersebut, dan bukannya longgar dalam beramal dengan hadis daif dalam perkara fadaÊil al-aÊmal.

(c)

Wajib Memahami Dalil Sebagaimana yang Difahami oleh Salafussoleh Golongan salafussoleh adalah golongan yang telah dijelaskan tentang kesucian mereka oleh berbagai dalil, antaranya hadis Rasulullah s.a.w.: Maksudnya: „Sebaik-baik manusia adalah yang berada pada kurunku, kemudian yang mengikuti mereka, kemudian yang mengikuti mereka.‰ (Hadis Riwayat Imam Bukhari) Wajib ke atas setiap Muslim mengikut jejak langkah mereka dalam memahami al-Quran dan Sunnah kerana mereka adalah golongan manusia yang paling alim dan paling faham tentang kandungan nas-nas syarak. Sesiapa yang mencanggahi para sahabat dan tabiin, mereka adalah orang yang sesat sekalipun seorang yang memiliki banyak ilmu. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

(d)

SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT



159

Wajib Berpegang dengan Zahir Dalil dan Tidak Berpegang dengan Takwilannya Selagi Tidak Ada Dalil yang Menunjukkan Makna Lain Ahli hadis adalah golongan yang berpegang dengan zahir dalil dan mereka tidak mentakwilkan mahupun mengeluarkan zahir dalil daripada pengertian zahirnya kecuali dengan sesuatu dalil yang membuktikan kesahihan takwilan tersebut. Imam Syafie pernah menyatakan: „Jika harus diubah kefahaman terhadap makna hadis daripada zahir kepada makna batin yang mungkin terkandung di dalamnya, sudah tentu kebanyakan hadis mengandungi berbagai-bagai makna. Dengan itu tidak ada seorang pun yang berpegang dengan sesuatu makna boleh berhujah bagi melawan orang yang berpegang dengan makna yang lain dari yang dipegangnya. Tetapi kebenarannya hanya satu sahaja, iaitu keperluan berpegang dengan makna yang zahir dan umum kecuali terdapat dalil daripada Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan makna lain daripada itu.‰

(e)

Beristidlal dengan Hukum yang Terdapat dalam Sesuatu Kisah Tidak Khusus kepada Kisah itu sahaja Sebaliknya Melibatkan Orang Lain Berlaku sesuatu peristiwa kepada sesetengah sahabat Rasulullah s.a.w. dan dalam peristiwa tersebut terkandung sesuatu hukum. Hukum tersebut tidak khusus kepada sahabat yang terlibat sahaja, bahkan umum dan syumul merangkumi semua orang. Kesimpulannya, sebagaimana yang telah anda pelajari, hadis dan fikah adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dari seorang mujtahid. Apabila seorang mujtahid mendapati sesuatu hadis, maka hadis tersebut bukan sekadar dihafaz olehnya, bahkan hadis tersebut akan diistinbatkan hukum-hakam daripadanya.

AKTIVITI 7.3 Berpandukan topik di bawah, kumpulan anda dikehendaki membawa kitab al-MajmuÊ Syarh Al-Muhazzab karangan Imam Nawawi dan kitab Fathul Baari Syarh Sahih Bukhari bagi tujuan perbandingan syarah konsep ibadat dalam kitab fiqh dan hadis. Sila pilih bab tayammum dalam kedua kitab tersebut dan bandingkan metodologi mereka berdua dalam syarah hadis topik tayammum.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

160  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

7.4

CONTOH HURAIAN KONSEP IBADAT DALAM KITAB FIQH

Bagi membahaskan konsep ibadat dalam kitab fiqh, anda akan diberikan satu contoh kitab fiqh untuk dikaji. Kitab tersebut adalah al-MajmuÊ Syarh AlMuhazzab karangan Imam Nawawi. Untuk makluman anda, kitab al-MajmuÊ Syarh Al-Muhazzab ini adalah di antara rujukan utama fiqh mazhab Syafie. Imam Nawawi juga sangat terkenal dalam ilmu hadis, beliau adalah pengarang kitab Syarah hadis Imam Muslim, al-Minhaj. Hakikatnya, ulama fiqh dan ahli hadis menggunakan pendekatan yang sama ketika mensyarahkan konsep ibadat dalam kitab mereka. Sebagaimana yang kita bincangkan sebelum ini, ibadat merupakan salah satu cabang ilmu fiqh. Dalam mengupas konsep ibadat, fuqaha dan ahli hadis telah membahagikan ibadat kepada beberapa topik kecil seperti bersuci (taharah), solat, jenazah, zakat, puasa, haji dan sebagainya. Manakala dalam bab taharah sebagai contoh, terdapat pecahan-pecahan lain yang lebih khusus seperti bab air, bersuci daripada najis dan peralatan, siwak, wuduk, menyapu khuf, perkara yang membatalkan wuduk, mandi wajib dan sebagainya (sila lihat Rajah 7.1). Mari kita lihat perbahasan konsep ibadat dalam kitab al-MajmuÊ Syarh Al-Muhazzab karangan Imam Nawawi. Imam Nawawi merupakan seorang tokoh ulama besar yang tidak asing lagi dalam bidang fiqh dan hadis. Beliau adalah salah seorang ulama besar mazhab al-Syafie. Terdapat pelbagai kitab karangan beliau yang menjadi rujukan utama dalam bidang fiqh dan hadis, antaranya: (a)

Al-Majmu' Syarh al-Muhadzdzab (‫المھذب‬

(b)

Minhaj al-Thalibin (‫الشافعي‬

(c)

Tahdzib al-Asma (‫;)تھذيب األسماء‬

(d)

Taqrib al-Taisir (‫البشير النذير‬

(e)

Al-Arba'in an-Nawawiyah (‫النووية‬

(f)

Syarh Shahih Muslim (‫مسلم‬

‫;)المجموع شرح‬

‫;)منھاج الطالبين وعمدة المفتين في فقه اإلمام‬

‫;)التقريب والتيسير لمعرفة سنن‬ ‫ ;)األربعين‬dan

‫)شرح صحيح‬.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT



Rajah 7.1: Contoh syarah hadis tentang perkara yang membatalkan wudhuk

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

161

162  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

7.4.1

Contoh Metode Imam Nawawi dalam Konsep Ibadat Menerusi Kitab Al-Majmu’ Syarh

Al-Muhazzab

Kitab ini mensyarahkan kata-kata Abu Ishaq Al-Syirazi berkaitan hukum-hakam fiqh mazhab Imam Syafie. Kelebihan kitab ini adalah kerana Imam Nawawi turut membahaskan kekuatan hadis-hadis yang digunakan sebagai hujah dengan cara menerangkan kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam sanad hadis tersebut. Ini merupakan antara bentuk yang agak berbeza daripada kebiasaan fuqaha di zamannya. Kitab al-MajmuÊ ini juga merupakan salah satu rujukan terbesar yang penuh dengan pandangan-pandangan fiqh empat mazhab dan selainnya, walaupun fokus utamanya berkaitan fiqh al-Syafie. Selain itu, sudut pentarjihannya juga sangat menarik. Dalam setiap perbahasannya Imam Nawawi menjelaskan hadishadis hukum serta takhrijnya, penjelasan makna, penyebutan seluruh pendapat para imam dari kalangan ahli fiqh dan pentarjihan di antara pendapat serta mazhab mereka. Beliau juga turut menjelaskan kecacatan hadis, status hadis dan biografi para perawinya. Kitab ini juga mentafsirkan nas al-Quran dan hadis serta penjelasan bagi setiap lafaz yang sukar difahami. Keistimewaan-keistimewaan ini menjadikan kitab alMajmuÊ Syarh Al-Muhazzab benar-benar merupakan ensiklopedia umum dalam bidang fiqh, hukum, tafsir ayat al-Quran dan hadis. Selain itu, keunikan bahasa yang digunakan serta penjelasan berkenaan biografi para ulama terkemuka dari kalangan perawi dan ahli hadis menjadikan kitab ini sangat istimewa. Imam Nawawi memilih untuk tidak keluar daripada kaedah dan usul mazhab Syafie sekalipun beliau mempunyai kelayakan untuk berijtihad dan menilai dalil. Namun beberapa pilihan pendapat yang beliau pegang berbeza daripada apa yang masyhur di dalam mazhab membuktikan betapa beliau sebenarnya tidak terikat dengan keputusan mazhab Syafie yang terdahulu. Beliau bukan muqallid buta. Bahkan disebabkan berpegang dengan kaedah mazhablah beliau dan ramai lagi ulama memilih pendapat yang berbeza sama ada kerana dalil yang lebih kuat. Pemikiran fiqh beliau sebenarnya boleh difahami dengan cara meneliti beberapa pilihan pendapat tersebut. Kebiasaannya beliau akan menyatakan bahawa pilihannya itu adalah lebih kuat di sudut dalil berbanding pendapat yang satu lagi. Beliau juga akan menyandarkan pendapat itu kepada ulama yang terdahulu sekalipun ia bercanggah dengan pendapat jumhur. Adakalanya beliau sekadar mengisyaratkan bahawa pendirian mazhab tidak berdasarkan dalil yang kuat. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

Rajah 7.2 menunjukkan contoh muka depan bagi kitab ini.

Rajah 7.2: Contoh muka depan kitab Al-MajmuÊ Syarh Al-Muhazzab

Copyright © Open University Malaysia (OUM)



163

164  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

CONTOH HURAIAN KONSEP IBADAT DALAM KITAB SYARAH HADIS

7.5

Berikut adalah contoh-contoh huraian bagi konsep ibadat dalam kitab syarah hadis.

7.5.1

Contoh Metode Imam Al-Bukhari dalam Konsep Ibadat Menerusi Sahih Al-Bukhari

Imam Bukhari mempunyai pengaruh dalam perbahasan fiqh. Perkara ini boleh dilihat menerusi kitabnya, Sahih al-Bukhari yang digunakan oleh semua ulama bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. Kitab Sahih al-Bukhari hanya mengumpulkan hadis-hadis sahih berdasarkan syarat hadis sahih yang telah disepakati oleh ulama hadis. Imam al-Bukhari telah memilih hadis-hadis dengan menggunakan syarat yang ketat sebelum sesuatu hadis itu dimasukkan ke dalam kitabnya. Lima syarat hadis sahih mesti ada pada satu-satu hadis yang akan dikumpulkan. Ulama Islam telah meletakkan kitab ini sebagai kitab yang paling sahih selepas al-Quran. Manakala, kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari oleh Imam Ibn Hajar merupakan kitab syarah bagi Sahih

al-Bukhari. Dalam menghasilkan karya Sahih al-Bukhari, beliau bukan sahaja mengumpulkan hadis, bahkan beliau turut memuatkan idea fiqh di dalamnya. Hal ini dapat dibuktikan menerusi Sahih al-Bukhari yang disusun berdasarkan topik-topik fiqh serta ijtihad beliau sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Sahih al-Bukhari mengandungi sebanyak 97 Kitab dan 3450 bab yang disusun berdasarkan permasalahan fiqh, akidah dan sebagainya. Terdapat banyak hadis yang diringkaskan oleh Imam Bukhari di dalam kitabnya. Beliau juga banyak mengulangi satu hadis untuk diletakkan di beberapa tempat. Hal ini dilakukan dengan tujuan perbincangan hukum-hakam fiqh. Oleh yang demikian, karya Sahih al-Bukhari bukan semata-mata mengandungi hadis sahaja, malahan terdapat juga ayat-ayat al-Quran, kata-kata sahabat dan tabiÊin, serta hadis-hadis muÊallaq. Al-Hakim al-Naysaburi pernah mengiktiraf kefakihan Imam al-Bukhari dengan mengatakan bahawa Imam al-Bukhari adalah dalam kalangan ahli hadis yang menguasai fiqh al-hadith (Al-Naysaburi, 1977).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT



165

Imam Bukhari adalah seorang imam yang hebat di dalam hadis dan fiqh. Kehebatan beliau tidak dapat disangkal lagi oleh sesiapa sahaja yang mengenali beliau. Misalnya Imam Ahmad bin Hanbal, guru kepada Imam Bukhari pernah mengatakan bahawa Imam Bukhari adalah seorang yang alim dalam di dalam fiqh bagi umat ini. Pengiktirafan oleh guru Imam Bukhari ini adalah satu pengiktirafan besar dan bukti kuat yang menunjukkan bahawa Imam Bukhari sememangnya ahli fiqh yang hebat pada zamannya. Hadis yang dikumpulkan beliau diakui sebagai karya yang paling sahih selepas al-Quran (Ibn Salah, t.t.) Di dalam perbahasan ilmu fiqh, dalil yang terkuat menjadi satu perkara yang sangat dipentingkan, terutamanya di dalam perbahasan mengenai perkara khilaf. Dalam proses pentarjihan terhadap sesuatu pandangan yang berbeza, maka rujukan terhadap dalil yang kuat menjadi keutamaan oleh fuqaha. Imam Bukhari adalah ulama yang mengumpulkan dalil terkuat dalam karya sahihnya. Contoh syarah hadis ibadat melalui Sahih al-Bukhari adalah Tayamum pada wajah dan pergelangan tangan. Imam Bukhari membuat tarjamah bab bagi tajuk ini dengan katanya: ‫ باب التيمم للوجه والكفين‬. Bab ini bermaksud tayamum sekali tepuk tanah ke muka dan dua pergelangan tangan adalah wajib. Imam Bukhari dalam tarjamah bab ini membentuk ayat muktamad, walaupun terdapat khilaf di kalangan ulama kerana kekuatan dalil yang ada pada Imam Bukhari. Menurut Ibn Hajar, hadis-hadis yang didatangkan oleh Imam Bukhari mengenai sifat tayamum tiada yang sahih melainkan hadis Abi Juhaym dan ÂAmmar. Adapun hadis selain daripada dua perawi ini dikira daif atau berlaku pertikaian dalam kalangan ulama mengenai marfuÊ atau mauquf. (Ibn Hajar, 2000). Menurut Ibn Hajar, hadis Abi Juhaym disebutkan kedua tangan secara mujmal, manakala hadis ÂAmmar pula disebutkan kedua-dua pergelangan tangan di dalam Sahih Bukhari dan Muslim. Dan disebut kedua-dua siku dalam karya Sunan. Di dalam satu riwayat ada menyebut sehingga separuh lengan, bahkan ada riwayat lain sehingga ketiak. Perkara yang menguatkan riwayat Sahihayn Bukhari dan Muslim yang membataskan sapuan hanya di muka dan telapak tangan sahaja ialah keadaan ÂAmmar sendiri yang mengeluarkan fatwa setelah Rasulullah s.a.w. ÂAmmar adalah perawi hadis ini, sudah tentu lebih mengetahui kehendak Rasulullah s.a.w. berbanding orang lain. Lebih-lebih lagi beliau seorang sahabat yang mujtahid. Kesimpulannya, dalam hal ini fiqh Imam Bukhari menghendaki anggota tayamum itu hanyalah muka dan dua pergelangan tangan sahaja. Namun, dalam hal ini al-ÂAyni tidak bersependapat dengan Ibn Hajar mengenai sifat tayamum kerana selain daripada hadis Abi Juhaym dan ÂAmmar, terdapat lagi hadis sahih lain iaitu hadis marfuÊ daripada Jabir: ( ‫إن التيمم ضربة للوجه‬ ‫ )وضربة للذراعين إلى المرفقين‬Al-Hakim dan Dar al-Qutni berkata sanadnya sahih. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

166  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

Al-ÂAyni yang dilihat tidak sependapat dengan fikah Imam Bukhari cuba memberikan kritikan dengan mengatakan hadis ini berbentuk mutlak di mana boleh dikatakan kedua pergelangan tangan, atau kedua siku atau sebagainya. Oleh itu, al-ÂAyni tidak bersetuju dengan mengatakan anggota tayamum hanyalah muka dan kedua telapak tangan sahaja (Al-ÂAyni, 2001). Jelas di sini topik serta tarjamah bab yang dilakukan oleh Imam Bukhari telah menjadi satu perbincangan segar dalam kalangan ulama untuk berinteraksi dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang mempunyai pelbagai pandangan ulama hadis dari sudut statusnya. Walau bagaimanapun, kita sedia maklum bahawa Imam Bukhari hanya memilih dalil yang kuat untuk menyokong mazhabnya dan tidak memilih hadis yang lemah dan yang menjadi pertikaian ulama.

7.5.2

Contoh Metode Imam Al-Syawkani dalam Nail Al-Awtar

Kitab Nail al-Awtar Min Asrar Muntaqa al-Akhbar merupakan syarah kepada kitab „Muntaqa al-Akhbar Min Ahadith siyyid al-Akhbar‰ karangan Ibn Taymiyah al-Hirani. Kitab ini adalah sebuah syarah hadis hukum yang amat bernilai dan bermanfaat. Imam al-Syawkani telah menggembeling sepenuh tenaganya bagi menyiapkan buku ini terutama semasa menilai perbezaan pendapat di kalangan fuqaha. Di peringkat awal penulisan, beliau telah mendapat bimbingan daripada dua orang gurunya iaitu Abdul al-Qadir bin Ahmad dan Ahmad al-Hasan al-Maghribi, tetapi buku ini selesai dikarang selepas kembalinya kedua-dua guru ini ke rahmatullah. Kitab ini mengandungi hampir lima ribu hadis yang dikeluarkan daripadanya pelbagai hukum fikah. Kitab ini disusun dalam bentuk bab yang diberi nama bersesuaian dengan fiqh hadis yang diperbahasakan (www.saaid.net/book/11/3898.doc). Imam al-Syawkani telah merujuk pelbagai rujukan sepanjang tempoh beliau menyiapkan penulisan kitab ini. Antara sumber rujukan kitab Nail al-Awtar Min Asrar Muntaqa al-Akhbar ialah kitab hadis termasuklah dua kitab sahih, kitab sunan yang empat, Mucjam al-Tabrani; kitab-kitab syarah hadis; Kitab-kitab rijal hadis dan Kita-kitab fikah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT



167

Manakala metode yang digunakan oleh Imam al-Syawkani semasa menulis kitab Nail al-Awtar ialah seperti berikut: Memulakan perbahasan dengan memberi makna yang terperinci terhadap nama kitab dan tajuk bab utama; (a)

Kebiasaannya beliau akan menyebut makna lafaz-lafaz hadis ă khususnya lafaz yang gharib- dan mendatangkan perbahasan ulama bahasa (lughah) serta menyebut makna atau maksud lafaz dari sudut istilah syarak;

(b)

Mendatangkan beberapa hadis lain yang ada kaitan dengan hadis bab walau pun tidak disebut di dalam kitab al-Muntaqa dan beliau turut menerangkan kedudukan hadishadis tersebut serta membicarakan tentang sanadnya. Beliau akan mentakhrijkan hadis dengan mendatangkan jalan-jalan hadis (turuq), perbezaan lafaz dan juga riwayat-riwayat yang lain;

(c)

Tidak menyebut biografi perawi dengan panjang lebar kerana ini bukan perkara pokok dalam perbincangan. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan, beliau akan menyebut nama perawi dan keadaannya sekiranya nama perawi tersebut melibatkan tahrif atau tashif sebagai salah satu teknik untuk menarik perhatian pembaca (Al-Syawkani,1995);

(d)

Menjelaskan pandangan ahli hadis terhadap kedudukan hadis sama sahih atau daif dan beliau akan menegaskan pendapatnya di dalam hal ini kerana menyedari kepentingan kesan kedudukan hadis ini terhadap hukum yang akan ditetapkan;

(e)

Kebiasaannya beliau berpegang kepada pendirian dan dalil-dalil yang dibawa oleh Ibn Taymiah dalam fiqh al-hadis, tetapi beliau membuat penambahan kepada perkara yang perlu diperjelaskan;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

168  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

(f)

Menjelaskan hukum fiqh yang berkaitan dengan hadis berserta dengan dalil-dalil. Beliau akan membawa pendapat dan pendirian sahabat dan tabiin, pandangan mazhab fuqaha amsar berserta dengan dalil mereka. Seterusnya pendapat-pendapat ini dibahaskan dan dikeluarkan pendapat yang rajih menurut pendirian beliau.

(g)

Beliau menyebut di dalam mukadimah kitabnya bahawa beliau tidak memanjangkan perbahasan sekiranya kurang berlakunya perselisihan antara ulama. Tetapi sekiranya pada tempat yang mempunyai banyak perselisihan pendapat antara ulama ă disebut di dalam mukadimah dengan jidal dan khisam ă beliau akan membahaskannya secara terperinci. Perkara ini penting untuk dibahaskan dengan panjang lebar kerana melalui perbahasan inilah perselisihan dan perbezaan pendapat dapat dirungkaikan. Setiap perbahasan ini disandarkan kepada dalil dan akan memilih satu pendirian yang dirasakan rajih walau pun ia bertentangan dengan pendapat jumhur (Al-Syawkani, 1995).

(h)

Dikatakan bahawa Imam al-Syawkani memberi keutamaan kepada pendapat Imam al-Hafiz Ibn Hajar di dalam kitabnya Fath al-Bari terutama semasa menentukan pendapat yang rajih. Dan dalam kebanyakan keadaan, Imam al-Syawkani akan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ibn Hajar (www.saaid.net/book/11/3898.doc); dan

(i)

Mengeluarkan kaedah-kaedah usul dan mengaplikasikannya dalam hukum-hukum juzÊiyyah farÊiyyah di samping menyebut pandanganpandangan ulama usul terhadap kaedah.

SEMAK KENDIRI 7.2 1.

Huraikan metodologi Imam Bukhari dalam mensyarahkan hadis dalam konsep ibadat.

2.

Nyatakan kaedah yang digunakan oleh Imam Nawawi dalam penulisan kitab al-MajmuÊ.

3.

Jelaskan sebab-sebab ikhtilaf fuqaha dalam memahami hukum bagi sesebuah hadis.

4.

Apakah pendirian Muslim terhadap permasalahan ikhtilaf fuqaha dalam hadis hukum?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT



169



Pengertian fuqaha dan metodologi yang digunakan oleh mereka dalam mengistinbatkan hukum syarak melalui nas al-Quran, Sunnah dan Ijtihad.



Pengertian ahli hadis dan metodologinya dalam berhujah dengan hadis Rasulullah s.a.w. semasa mengistinbatkan hukum syarak.



Sebab-sebab ikhtilaf fuqaha dalam memahami hadis hukum dan pendirian muslim berkaitan permasalahan ini.



Aplikasi istinbat hukum syarak melalui kitab fiqh al-MajmuÊ dan kitab Sahih Bukhari dan Imam Syawkani.

Ahli hadis/Muhaddithin

Konsep ibadat

Fuqaha

Metodologi

Hukum syarak

Tarjih

Istinbat hukum

Usul fiqh

ÂAwwamah, Muhammad. (1987). Athar al-Hadith al-Syarif fi Ikhtilaf al-Aimmah al-Fuqaha. Halab: Dar al-Salam. Al-ÂAyni, Badr al-Din Abu Muhammad Mahmud Ahmad. (2001). Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Al-Alwani, Taha Jabir. (1993). The ethics of disagreement in Islam (Ed. A. S. alShaikh Ali) Herndon: The International Institute of Islamic Thought. Al-Bayanuniyy, Muhammad Abu al-Fath. (1975). Dirasat fi Ikhtilafat alFiqhiyyah. Halab: Maktabah al-Huda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

170  TOPIK 7 SYARAH HADIS TENTANG KONSEP IBADAT

Al-Halabiyy, Ibn Amir al-Hajj. (t.t.). Al-Taqrir wa al-Tahbir. Beirut: Dar al-Kutub Ilmiyyah. Al-Khayr Abadi, Muhammad Abu Laith. (2004). Ulum Hadith Asiluha wa Mucasiruha (Cet. 3) Selangor: Dar al-Syakir. Al-Naysaburi, Abu Abdullah Muhammad Abdullah al-Hakim. (1977). MaÊrifah Ulum al-Hadith. Tahqiq: al-Sayyid MuÊzam Husayn. Beirut: Dar al-Kutub al-ÂIlmiyyah. Al-Shawkaniyy, Muhammad ibn Ali ibn Muhammad. (t.t.). Irsyad al-Fuhul. Mesir: Idarah al-Muniriyyah. Al-Suyuti, Jalaluddin Abdul Rahman. (t.t.). Asybah wa al-Nazair. Kaherah. al-Syawkani, Muhammad Ali Muhammad. (1995). Nail al-Awtar Min Asrar Muntqa al-Akhbar. Tahqiq: Muhammad Salim Hasyim. Beirut: Dar alKutub al-Ilmiyah. Badakhsyi, Muhammad al-Hassan. (t.t.). Syarh al-Badakhsyi. Mesir: MatbaÊat Ali Sabih wa Awladuhu. Basri Ibrahim, & Zulkifli Mohamad. (2011). Kaedah-Kaedah penting usul fiqh berdasarkan manhaj ahli hadis. Batu Caves, Selangor: Al-Hidayah Publication. Dicapai dari www.saaid.net/book/11/3898.doc Ibn Khaldun, Abdul Rahman Muhammad. (t.t.). Muqaddimah. Beirut: Dar alFikr. Ibn Qayyim, Muhammad ibn Abi Bakar. (1968). IÊlam al-MuwaqqiÊin Âan Rabb alÂAlamin. Mesir: Maktabat al-Kulliyyat al-Azhariyyah. Ibn Taimiyyah, Taqqiyyuddin Ahmad Taymiyyah. (1998). MajmuÊ Fatawa. Beirut: Dar Ibn Hazm. Qattan, MannaÊ. (1997). Tarikh al-TasyriÊ al-Islamiy. Beirut: Muassasah alRisalah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik



8

Syarah Hadis tentang Misoginis

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menjelaskan pengertian misoginis dan memahami metode sahih syarah hadis misoginis;

2.

Mengenal pasti contoh hadis yang didakwa terdapat unsur misoginis; dan

3.

Membincangkan kaedah yang digunakan oleh ulama hadis semasa mensyarahkan hadis yang didakwa terdapat unsur misoginis.

 PENGENALAN Pada zaman ini, terdapat golongan mahupun individu yang mempertikaikan dan mempersoalkan kesahihan hadis Rasulullah s.a.w. sebagai sumber kedua hukum selepas al-Quran, sekali gus memberi pengertian yang tidak sejajar dengan maksud sebenar hadis. Sebenarnya, dalam konteks memahami sesebuah hadis, terdapat beberapa perkara yang seharusnya difahami oleh pelajar, antaranya aspek syarah hadis, asbab wurud hadis, ilmu rijal hadis dan beberapa perkara lagi. Semua ini merupakan asas utama dalam memahami sesebuah teks hadis. Pengabaian kepada perkara tersebut boleh menyebabkan berlakunya salah faham atau kekeliruan dalam memahami dan mentafsirkan hadis. Seharusnya pertikaian ini tidak terjadi, kerana ulama terdahulu bertungkus lumus mengkaji hadis satu persatu sebelum mengiktiraf kesahihannya. Bahkan proses pemeriksaan sanad dan matan hadis dilakukan oleh ulama terdahulu dengan penuh berhati-hati. Mereka juga mengenakan syarat yang sangat ketat dalam proses penerimaan hadis seperti yang dilakukan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

172  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

Antara individu yang mempertikaikan dan mempersoalkan sejumlah hadis sahih ialah Fatima Mernissi. Mernissi mendakwa adanya unsur misoginis dalam hadis dengan menampilkan sejumlah hadis yang dianggap anti wanita dan merendahkan darjat wanita seperti yang tercatat dalam bukunya Women and Islam: An Historical and Theological Enquiry. Ini adalah seperti Sisters in Islam (SIS) yang melakukan hal yang sama. Mereka dengan berani menerbitkan pelbagai buku dan artikel yang mendokong arus pemikiran mereka. Dalam bab ini, anda akan mengenali dan mempelajari hadis yang didakwa mempunyai unsur misoginis. Bagi menolak dakwaan ini, hadis yang dianggap misoginis akan dihuraikan menerusi syarah serta metode muhaddithin yang meliputi analisa sanad dan matan hadis.

AKTIVITI 8.1 Ilmu mengenai sanad dan matan sesebuah hadis adalah sangat penting dalam menjalankan kajian kritikan terhadap suatu hadis. Sila cari pengertian sanad dan matan dan jelaskan kaitannya dengan hadis sahih.

8.1

METODE SAHIH MEMAHAMI SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

Dalam topik yang lepas, anda telah pun mempelajari mengenai ilmu syarah hadis dan cabang-cabangnya secara terperinci. Dalam topik ini pula, anda akan mempelajari metode sahih memahami syarah hadis kritik ulama hadis dalam mengkaji keaslian sesuatu hadis (‫ﺍﳊﺪﻳﺚ‬

‫)ﻣﻨﻬﺞ ﺍﻟﻨﻘﺪ ﰲ‬. Kajian ini amat penting

semasa membahaskan sesebuah hadis bagi menjelaskan kesahannya serta mendapatkan pencerahan daripada permasalahan yang timbul. Terdapat dua aspek utama yang dibahaskan dalam kajian kritik hadis ini. Pertama, kajian kritik sanad; dan kedua, kajian kritik matan. Untuk mengetahui selok-belok ilmu berkaitan dengan sanad dan matan sesebuah hadis, Dr Yusuf Qardhawi menjelaskan tiga prinsip asas yang wajib dipelajari oleh setiap pengkaji hadis bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, kemusykilan, penyelewengan dan takwilan yang salah. Berikut adalah tiga prinsip asas tersebut: (a)

Memastikan kesahihan sesebuah hadis berdasarkan timbangan ilmiah yang terperinci oleh para ulama hadis; Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS



173

(b)

Memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud sesebuah hadis; dan

(c)

Memastikan sesebuah hadis tidak bercanggah dengan nas yang lebih kuat darinya, iaitu al-Quran dan hadis-hadis lain yang lebih kuat kedudukannya.

Selain itu, bagi memastikan sama ada sebuah hadis diterima atau ditolak, kajian kritik hadis perlu dilakukan. Menurut Ibn Rajab al-Hanbali mengenai kajian kritik hadis, beliau mengatakan: „Walau apa sekalipun halnya, pakar-pakar pengkaji hadis yang tahu tentang kecacatan hadis adalah individu-individu dalam kalangan ahli hadis yang amat sedikit bilangannya‰. Menurut beliau, antara ulama yang paling awal dikenali melakukan kritikan hadis ialah Ibn Sirin. Justeru, dalam kajian kritikan hadis, terdapat dua aspek utama yang menjadikan perbahasan ulama, iaitu kritik sanad dan kritik matan. Berikut adalah penjelasannya: (a)

Kritik Sanad Sanad adalah rantaian nama para perawi hadis. Ibn Sirin berpandangan bahawa fitnah yang berlaku adalah merupakan titik permulaan penyaringan terhadap sanad bagi memelihara kesucian hadis daripada sebarang bentuk penyelewengan. Menurut Ibn Sirin: „Para sahabat dan tabiin belum pernah bertanyakan tentang isnad, tetapi apabila berlakunya fitnah di kalangan umat Islam, mereka berkata: „Hendaklah kalian nyatakan kepada kami para perawi kalian. Sekiranya perawi-perawi terdiri daripada golongan Ahli Sunnah maka hadis mereka diterima, namun sekiranya perawi-perawi terdiri daripada golongan ahli bidaah, maka hadis mereka ditolak‰.

(b)

Kritik Matan Matan merupakan medium kedua kajian kritik hadis oleh ulama hadis kerana memahami maksud yang terkandung di dalam matan sesebuah hadis adalah tanggungjawab besar yang diberi perhatian. Kajian terhadap matan hadis dilakukan melalui pelbagai aspek bagi memastikan kesahihan matan agar tidak bertentangan dengan syarat dan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan. Selain itu, kritikan ini juga bertujuan untuk memahami matan hadis dan pemahaman fikah sama ada hukum atau memahami lafaz-lafaz yang terkandung di dalamnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

174  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

Dalam proses kritik sanad dan matan sesuatu hadis, pengkaji hadis juga seharusnya mempunyai ilmu mengenai sabab wurud hadis. Sabab wurud hadis adalah salah satu cabang ilmu dalam bidang hadis. Ia sangat penting dalam memahami sesuatu hadis secara tepat. Persoalan-persoalan seperti kenapa, siapa, apa dan bagaimana sesuatu hadis itu diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. dapat dijawab dengan mengetahui ilmu sabab wurud hadis. Sudah tentu ada sesuatu peristiwa, pertanyaan atau selainnya yang menyebabkan sesuatu hadis itu diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. Jadi, apa itu sabab wurud hadis?

Sabab wurud hadis bermaksud sesuatu perkara baik berupa peristiwa, atau pertanyaan atau selainnya yang terjadi hingga menyebabkan sesuatu hadis itu diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai penjelasan atau jawapan kepada peristiwa atau pertanyaan atau selainnya.

Sabab wurud hadis merupakan suatu ilmu yang digunakan bagi menganalisa sesuatu hadis sama ada ia bersifat umum atau khusus, mutlaq atau muqayyad, nasikh atau mansukh dan sebagainya. Dengan memahami sabab wurud hadis, pengkaji hadis dapat memahami kandungan hadis dengan tepat dan sempurna sama ada dari sudut makna, mahupun pengajaran daripada hadis tersebut. Ini adalah kerana sabab wurud hadis menyingkap peristiwa atau faktor-faktor yang melatari sesebuah hadis yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w.

SEMAK KENDIRI 8.1 1.

Huraikan pengertian sabab wurud hadis dan jelaskan kepentingannya dalam memahami sesebuah hadis berserta contohnya.

2.

Jelaskan pengertian sabab wurud hadis menurut Balqini dan juga Ibn Hamzah. Kemudian bincangkan bersama tutor anda persamaan dan perbezaan di antara dua pengertian tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

8.2

SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS



175

PENGERTIAN MISOGINIS AKTIVITI 8.2

Gerakan Feminisme yang diperjuangkan oleh wanita barat telah menular ke negara-negara Islam seperti Turki, Mesir, Pakistan dan lain-lain. Malaysia juga turut menerima tempias daripada pemikiran feminisme ini dengan wujudnya pertubuhan seperti Sisters in Islam (SIS). Sejauh manakah penglibatan Sisters in Islam (SIS) di Malaysia dalam mengintepretasikan kembali nas al-Quran dan menjalankan kajian kriktik terhadap hadis Rasulullah s.a.w. yang didakwa sebagai hadis misoginis bagi mencapai tujuan mereka mendapatkan kesetaraan antara lelaki dan perempuan dari semua aspek dalam kehidupan?

8.2.1

Pengertian Misoginis

Menurut Kamus Dewan (2002) perkataan misoginis bermaksud lelaki yang benci pada wanita. Dalam konteks hadis misoginis pula, ia bermaksud hadis yang terdapat unsur-unsur kebencian terhadap wanita ataupun hadis yang menghina wanita. Walau bagaimanapun, ini hanyalah tanggapan salah sesetengah individu atau golongan dalam memahami hadis secara saksama tanpa mempertimbangkan perkara-perkara lain yang seharusnya difahami dengan baik dalam memahami teks hadis seperti asbab wurud hadis.

8.2.2

Pemikiran Songsang Feminisme Islam Mengenai Hadis Misoginis

Kajian hadis misoginis menjadi topik yang hangat dibahaskan dewasa ini, seiring dengan perbahasan mengenai kesetaraan gender dan hak-hak asasi manusia yang berkaitan dengan perbahasan agama. Dakwaan wujudnya hadis misoginis ini merupakan pemikiran songsang yang didukung oleh individu tertentu antaranya, Fatima Mernissi, Amina Wadud dan lain-lain. Manakala dari kalangan golongan yang lantang mengkritik hadis misoginis di Malaysia ialah Sisters in Islam (SIS). Kebanyakan topik utama hadis misoginis ini adalah yang berkaitan dengan kehidupan rumah tangga, martabat wanita dan prinsip kesetaraan gender.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

176  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

Dalam bahagian ini, anda akan mengenali seorang individu yang mendokong pemikiran songsang dalam syarah hadis misoginis, beliau ialah Fatima Mernissi. Rajah 8.1 menunjukkan Fatima Mernissi serta latar belakangnya.

Rajah 8.1: Fatima Mernissi

Fatima Mernissi merupakan individu yang lantang menyuarakan bahawa wujudnya unsur kebencian terhadap wanita dalam hadis Rasulullah s.a.w. Dalam bukunya, Women and Islam: An Historical and Theological Enquiry, Mernissi meragui kebenaran hadis yang dianggap misoginis. Katanya: „Hadis tersebut perlu diteliti semula bukan hanya dari sudut kebenaran dan kehujahannya tetapi juga identiti para sahabat yang meriwayatkan hadis, situasi yang melingkupi, tujuan periwayatan mahupun rantaian sanad perawinya‰. Selain itu beberapa persoalan yang membimbangkan diajukan antaranya, „Mengapa Baginda s.a.w. sanggup mengucapkan hadis yang berunsur misoginis (anti wanita) dan melukakan hati wanita? Benarkah ia sebuah hadis? Sekiranya benar, dalam konteks apakah hadis tersebut diucapkan dan adakah boleh dipercayai perawi-perawi yang meriwayatkan hadis tersebut?‰ (Mernissi, 1993). Hakikatnya, Mernissi mengkaji hadis-hadis bukan berobjektif mencari sebuah pencerahan atau kebenaran ajaran yang terkandung dalam untaian wahyu Baginda s.a.w. Sebaliknya, beliau cuba mencari ruang dengan membuktikan Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS



177

hipotesis palsunya agar apa sahaja yang dikatakan hadis tiada kaitan dengan Rasulullah s.a.w. Hadis Rasulullah s.a.w. merupakan satu untaian wahyu dan sabdanya tidak akan pernah menimbulkan kontroversi dan kekeliruan. Agama Islam amat memuliakan wanita tidak seperti umat-umat dan tamadun-tamadun terdahulu. Justeru, mustahil hadis Rasulullah s.a.w. berisi ajaran yang menghina dan merendahkan kaum wanita. Begitu juga sikap pesimistik Mernissi terhadap kredibiliti perawi hadis walaupun ulama hadis mengiktiraf mereka sebagai perawi yang thiqah (dipercayai). Antara perawi hadis yang menjadi sasaran kritikan Mernissi ialah dua tokoh besar yang paling akrab dengan Rasulullah s.a.w., Umar al-Khattab r.a. dan Abu Hurairah r.a. Berdasarkan kritikan Mernissi tehadap dakwaan hadis misoginis, dapat kita simpulkan di sini bahawa pemikiran Mernissi jelas terpengaruh dengan pemikiran barat dan usaha orientalis di mana tujuan mereka adalah untuk mengelirukan umat Islam dengan pegangan al-Quran dan Sunnah. Para orientalis barat cuba mencari wakil-wakil mereka di kalangan pengkaji Muslim Arab yang terpilih dan mampu untuk menghasilkan suatu kajian ilmiah yang cenderung dengan kemahuan dan pemikiran orientalis barat. Kajian-kajian itu kemudiannya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris bagi merealisasikan konspirasi jahat mereka untuk menghancurkan Islam.

AKTIVITI 8.3 1.

Antara faktor yang melatari pemikiran Mernissi ialah sikap pesimistik terhadap hadis yang dianggap misoginis. Bincangkan bagaimana pemikiran ini mempengaruhi cara Mernissi mengulas dan mengupas pemahaman sebuah hadis.

2.

Selain Fatima Mernissi, terdapat beberapa individu lain yang mendakwa wujudnya hadis misoginis. Sila nyatakan nama dua individu lain yang mendokong fahaman ini serta latar belakang mereka.

3.

Sila kenal pasti mana-mana individu yang memiliki pendirian seperti Mernissi dan bincangkan metodenya dalam membahaskan hadis.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

178  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

8.3

HADIS PERTAMA: WANITA, KELDAI DAN ANJING PEMUTUS SOLAT

Berikut adalah contoh beberapa hadis yang didakwa misoginis oleh Fatima Mernissi. Sila baca dan fahami huraian dan perbincangannya dengan teliti.

8.3.1

Teks Hadis

‫ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻋﺒﻴﺪ ﺍﷲ‬-‫ﻭﻫﻮ ﺍﺑﻦ ﺯﻳﺎﺩ‬-‫ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺇﺳﺤﺎﻕ ﺑﻦ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﺃﺧﱪﻧﺎ ﺍﳌﺨﺰﻭﻣﻲ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻮﺍﺣﺪ‬ ‫ "ﻳﻘﻄﻊ ﺍﻟﺼﻼﺓ‬:‫ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬:‫ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻳﺰﻳﺪ ﻋﻦ ﺃﰊ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﻗﺎﻝ‬ ."‫ ﻭﻳﻘﻲ ﺫﻟﻚ ﻣﺜﻞ ﻣﺆﺧﺮﺓ ﺍﻟﺮﺣﻞ‬.‫ﺍﳌﺮﺃﺓ ﻭﺍﳊﻤﺎﺭ ﻭﺍﻟﻜﻠﺐ‬ Maksudnya: Ishaq ibn Ibrahim telah berkata kepada kami, al-Makhzumi telah memberitahu kami, Abd Wahid iaitu Ibn Ziyad telah berkata kepada kami, Ubaidillah ibn Abdullah ibn al-Asam telah berkata kepada kami, Yazid telah berkata kepada kami dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: „Solat itu terputus oleh wanita, keldai dan anjing. Dan perkara yang mengelakkan pemutusan itu ialah sutrah (penghadang) seumpama hujung pelana.‰ (Hadis riwayat Imam Muslim, Kitab al-Solah, Bab Qadar Ma Yastur al-Musalli, nombor hadis: 511)

8.3.2

Analisa Sanad

Berpandukan rantaian sanad, para perawi hadis di atas iaitu Ishaq Ibn Ibrahim, al-Makhzumi, Abdul Wahid Ibn Ziyad, Ubaydullah Ibn Abdullah Ibn al-AÊsam, Yazid dan Abu Hurairah r.a. adalah di kalangan para perawi yang thiqah, iaitu dipercayai. Dari sudut penentuan kualiti sanad, rantaian periwayatan di atas dihukum sebagai sahih. Justeru, kesahihan hadis ini tidak diragui dari sudut sanadnya kerana kesemua para perawi hadis ini merupakan perawi yang thiqah. Selain itu, hadis ini diriwayatkan dalam kitab Sahih Imam Muslim yang merupakan himpunan koleksi hadis sahih sahaja. Hadis ini juga turut diriwayatkan oleh imam-imam lain seperti Imam Abu Daud melalui jalur riwayat Ibn Abbas, Imam al-Tirmizi melalui Abu Dhar, Ibn Majah melalui Abdullah Ibn Mughaffal, Ibn Abi Syaibah. Syeikh al-Albani juga turut memasukkan riwayat ini dalam kitabnya Silsilah al-Ahadith as-Sohihah. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

8.3.2

SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS



179

Analisa Matan dan Pemahaman Hadis

Kita akan teruskan dengan analisa matan dan pemahaman hadis ini. (a)

Pencerahan daripada Riwayat Aisyah r.a. Hadis ini telah mendapat pencerahan daripada hadis Aisyah r.a. di mana beliau telah membuat penegasan dan pembetulan. Urwah bin Zubair menceritakan penjelasan yang dibuat oleh Aisyah r.a. dalam riwayatnya seperti berikut:

:‫ ﻓﻘﺎﻟﺖ‬.‫ ﻓﻘﻠﻨﺎ ﺍﳌﺮﺃﺓ ﻭﺍﳊﻤﺎﺭ‬:‫ ﻗﺎﻝ‬.‫ ﻣﺎ ﻳﻘﻄﻊ ﺍﻟﺼﻼﺓ‬:‫ ﻗﺎﻟﺖ ﻋﺎﺋﺸﺔ‬:‫ﻋﻦ ﻋﺮﻭﺓ ﺑﻦ ﺍﻟﺰﺑﲑ ﻗﺎﻝ‬ ‫ﺇﻥ ﺍﳌﺮﺃﺓ ﻟﺪﺍﺑﺔ ﺳﻮﺀ ﻟﻘﺪ ﺭﺃﻳﺘﲏ ﺑﲔ ﻳﺪﻱ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻣﻌﺘﺮﺿﺔ ﻛﺎﻋﺘﺮﺍﺽ‬ .‫ﺍﳉﻨﺎﺯﺓ ﻭﻫﻮ ﻳﺼﻠﻲ‬ Maksudnya: Daripada Urwah bin Zubayr telah meriwayatkan Aisyah r.a. berkata: Apakah yang dapat memutuskan solat seseorang? Kami menjawab: „Perempuan dan keldai‰. Aisyah r.a. berkata: „Jadi, kalau begitu, perempuan adalah binatang buruk. Tahukah kalian bahawa aku pernah berbaring melintang di hadapan Rasulullah s.a.w. seperti melintangnya jenazah dan Baginda s.a.w. sedang menunaikan solat?‰ (Hadis riwayat Muslim, kitab solah, bab al-iÊtirad bayn yadaiy al-musalli, nombor Hadis: 511) Dalam riwayat lain yang terdapat dalam Kitab Sahih Muslim juga ada menjelaskan kritikan Aisyah dengan lebih jelas seperti berikut.

:‫ ﻓﻘﺎﻟﺖ‬.‫ﻋﻦ ﻣﺴﺮﻭﻕ ﻋﻦ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺫﻛﺮ ﻋﻨﺪﻫﺎ ﻣﺎ ﻳﻘﻄﻊ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﺍﻟﻜﻠﺐ ﻭﺍﳊﻤﺎﺭ ﻭﺍﳌﺮﺃﺓ‬ ‫ ﻭﺍﷲ ﻟﻘﺪ ﺭﺃﻳﺖ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻭﺇﱐ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺴﺮﻳﺮ‬،‫ﺷﺒﻬﺘﻤﻮﻧﺎ ﺑﺎﳊﻤﺮ ﻭﺍﻟﻜﻼﺏ‬ ‫ﺑﻴﻨﻪ ﻭﺑﲔ ﺍﻟﻘﺒﻠﺔ ﻣﻀﻄﺠﻌﺔ ﻓﺘﺒﺪﻭ ﱄ ﺍﳊﺎﺟﺔ ﻓﺄﻛﺮﻩ ﺃﻥ ﺃﺟﻠﺲ ﻓﺄﻭﺫﻱ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ‬ .‫ﻭﺳﻠﻢ ﻓﺄﻧﺴ ﹼﻞ ﻣﻦ ﻋﻨﺪ ﺭﺟﻠﻴﻪ‬ Maksudnya: Daripada Masruq dari Aisyah r.a. dinyatakan bahawa apa sahaja yang memutuskan solat: anjing, keldai dan wanita. Aisyah r.a. berkata: „Kalian telah menyamakan kami dengan keldai dan anjing. Demi Allah, aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. solat dan aku berbaring di atas tempat Copyright © Open University Malaysia (OUM)

180  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

tidur (katil), kedudukanku adalah di antara baginda dan kiblat. Jika aku berkeinginan sesuatu aku tidak berbuat demikian kerana khuatir aku akan mengganggu Baginda, justeru aku hanya melewati Baginda namun tidak di hadapan Baginda. (Hadis riwayat Imam Muslim, kitab solah, bab al-iÊtirad bayn yadaiy almusalli, nombor hadis: 512) Berdasarkan pencerahan dua hadis kritikan Aisyah r.a. mengenai putusnya solat seseorang lelaki dengan sebab lalunya seorang wanita bukan merupakan kesepakatan di kalangan para ulama. Perbezaan antara hadis riwayat Abu Hurairah dan hadis Aisyah r.a. menyebabkan para ulama berbeza pendapat terhadap masalah ini. Sebahagian mereka mengambil hadis Abu Hurairah, manakala sebahagian ulama lain berpegang dengan pendapat Aisyah r.a. Imam an-Nawawi berkata: „Para ulama berbeza pendapat berkenaan hadis ini. Sebahagian mereka berpendapat bahawa solat seseorang akan terputus disebabkan wanita, keldai dan anjing. Al-Imam Malik, Abu Hanifah dan SyafiÊe dan kebanyakan ulama dari kalangan salaf dan khalaf berpendapat bahawa solat tidak terbatal kerana melintasnya salah satu dari tiga faktor yang dinyatakan dalam hadis ataupun yang selainnya. Mereka mengemukakan pendapat bahawa makna „terputus‰ dalam hadis tersebut bermaksud kurangnya nilai solat kerana hati terganggu dengan hal ini, dan ia tidak bermaksud membatalkannya. (b)

Justifikasi Penggabungan Perkataan Wanita, Keldai dan Anjing Penggabungan perkataan wanita, keldai dan anjing hitam dalam hadis tersebut hakikatnya tidak membawa maksud bahawa ketiga-tiga hal yang dinyatakan menunjukkan penyamaan taraf atau kedudukan. Penggabungan ini hanyalah kerana ketiga-tiga hal tersebut mempunyai kemungkinan mendatangkan gangguan. Contohnya, dalam hadis tersebut menyebut wanita, ini adalah kerana fitnah dan daya tarikannya terhadap orang yang melakukan solat. Manakala keldai, kerana kebiasaannya membawa muatan yang banyak menyebabkan orang yang bersolat lalai memerhatikan muatan tersebut. Anjing hitam pula disebut kerana ia berkemungkinan merupakan jelmaan syaitan. Setiap hal ini boleh mengganggu kesempurnaan solat seseorang. Berdasarkan maksud dan tujuan hadis, hendaklah seseorang itu mengadang dirinya daripada apa sahaja yang boleh mengganggu kesempurnaan solatnya tanpa terbatas kepada tiga faktor yang telah dinyatakan dalam hadis sebelum ini. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

8.3.3

SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS



181

Permasalahan Hadis dan Penyelesaiannya

Kita akan membincangkan masalah yang dihadapi hadis ini serta penyelesaainnya. (a)

Tohmahan Fatima Mernissi Bahawa Hadis ini Menghina Wanita Fatima Mernissi mendakwa hadis ini sebagai misoginis, iaitu menghina wanita dengan menyamakan kedudukan wanita sama seperti keldai dan anjing. Mernissi melakukan kajian kritik terhadap hadis Rasulullah s.a.w. dengan mencari hadis-hadis sebegini (misoginis) dan mengkritiknya melalui rantaian sanad dan matan hadis. Dalam hadis ini, Mernissi menunjukkan sikap pesimistik terhadap Abu Hurairah. Menurut Mernissi, Abu Hurairah r.a. tidak pernah berkahwin sepanjang usianya, dan merupakan seorang lelaki yang mempunyai kelainan seksual terhadap wanita dan banyak meriwayatkan hadis yang mendiskriminasikan wanita.

(b)

Sanggahan terhadap Fatima Mernissi dan Penyelesaiannya Dalam hal ini, kita dapati bahawa Fatima Mernissi tidak melakukan kajian menyeluruh tentang hadis ini sama ada dari sudut sanad mahupun matan hadis ini secara saksama. Walaupun Mernissi mengakui bahawa hadis Aisyah r.a. telah menjawab bahawa wanita bukan penyebab batalnya salat. Dakwaan Mernissi bahawa hadis ini adalah misoginis adalah ditolak, bahkan hal ini menunjukkan bahawa Mernissi tidak memahami hadis ini dengan baik serta kesilapannya semasa mengemukakan bukti bahawa hadis ini adalah misoginis. Meskipun Mernissi menyebut di antara buku rujukannya ialah Fathul Baari Sharh Sahih al-Bukhari, namun Mernissi jelas tidak merujuk secara teliti kitab tersebut dan kitab-kitab syarah hadis yang lain. Sekiranya Mernissi merujuk kitab-kitab dengan penuh teliti, pasti dia menemui riwayat-riwayat lain selain riwayat Abu Hurairah r.a.

8.4

HADIS KEDUA: WANITA PUNCA KETIDAKBERUNTUNGAN

Hadis kedua yang akan dibincangkan adalah mengenai wanita yang menjadi punca ketidakberuntungan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

182  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

8.4.1

Teks Hadis

‫ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺃﺑﻮ ﺍﻟﻴﻤﺎﻥ ﺃﺧﱪﻧﺎ ﺷﻌﻴﺐ ﻋﻦ ﺍﻟﺰﻫﺮﻱ ﻗﺎﻝ ﺃﺧﱪﱐ ﺳﺎﱂ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺃﻥ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ‬ ‫ "ﺇﳕﺎ ﺍﻟﺸﺆﻡ ﰲ‬:‫ ﲰﻌﺖ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻘﻮﻝ‬:‫ﻗﺎﻝ‬-‫ﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ‬ ."‫ﺛﻼﺛﺔ ﰲ ﺍﻟﻔﺮﺱ ﻭﺍﳌﺮﺃﺓ ﻭﺍﻟﺪﺍﺭ‬ Maksudnya: Telah berkata Abu al-Yaman telah memberitahu kami, Syuayb telah memberitahu kami dari al-Zuhri telah berkata: Salim Ibn Abdullah memberitahuku bahawa Abdullah Ibn Umar telah berkata: Aku mendengar Raasulullah s.a.w. bersabda: „Sesungguhnya sumber ketidakberuntungan itu disebabkan tiga perkara iaitu kuda, wanita dan rumah.‰ (Hadis riwayat Imam al-Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab al-Jihad wa al-Siyar, bab Ma Yuzkar Min ShuÊm al-MarÊah, nombor hadis: 2703)

8.4.2

Analisa Sanad

Berpandukan rantaian sanad, para perawi hadis yang dikemukakan oleh Imam Bukhari di atas iaitu Abu al-Yaman, Shuayb Ibn Abi Hamzah, al-Zuhri, Salim, dan Abdullah Ibn Umar adalah di kalangan para perawi yang thiqah. Dari sudut penentuan kualiti sanad, rantaian periwayatan di atas dihukum sebagai sahih. Justeru, kesahihan hadis ini tidak diragui dari sudut sanadnya kerana kesemua para perawi hadis ini merupakan perawi yang thiqah.

8.4.3

Analisa Matan dan Pemahaman Hadis

Pengertian hadis secara tekstual menunjukkan tidak berlaku pertentangan dengan al-Quran dan hadis serta hujah akal kerana hadis ini menerangkan amalan praktik masyarakat jahiliah yang suka bertenung nasib dengan menggunakan kuda, wanita dan rumah. Perbezaan matan hadis tentang al-shuÊm tidak merubah maksud dan tujuan hadis. Ibn Hajar mengatakan bahawa Ibn al-Arabi berpendapat penyebutan tiga perkara pada hadis tersebut hanyalah adat atau kebiasaan yang berlaku dan bukan bermaksud sebagai pembawa sial dalam aspek penciptaannya. Ibn Qutaybah mengatakan bahawa kaum jahiliah suka membuat ramalan dan bertenung nasib. Hal sedemikian dilarang pada zaman Rasulullah s.a.w. Namun di kalangan orang jahiliah terdapat mereka yang enggan meninggalkan amalan Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS



183

khurafat tersebut sehingga ketiga-tiga perkara tersebut masih diamalkan dalam kehidupan mereka seharian sebagai ramalan baik atau buruk.

Al-shuÊm atau ketidakberuntungan dalam hadis tersebut adalah merujuk kepada kesialan yang dilakukan pada zaman jahiliah dan perkara ini menurut Syeikh alAlbani dimansuhkan setelah kedatangan Islam. Dalam Islam tidak ada kesialan seperti kesialan bulan Safar serta sial berkahwin dalam bulan Syawal mengikut kepercayaan masyarakat jahiliah. Justeru, Islam tidak mengiktiraf perbuatan tersebut kerana ia boleh merosakkan akidah seorang Muslim. Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, maksud al-shuÊm dalam hadis bukan berdasarkan tekstual zahirnya, tetapi maksudnya adalah kebarangkalian ketidaksesuaian ketiga-tiga hal tersebut pada seseorang. Apabila dikatakan kesialan pada rumah, maka ia bermaksud sempitnya rumah itu atau kejahatan jiran-jirannya. Kesialan perempuan bermaksud kerana ia tidak dapat memiliki anak atau lidahnya yang tajam menyakitkan hati dan keinginannya terhadap perkara-perkara yang meragukan dan tidak berfaedah. Manakala kesialan kuda bermakna ia tidak dapat digunakan dalam peperangan atau ketidaktaatannya atau berkemungkinan harganya yang mahal. Adapun kesialan pembantu adalah kerana keburukan akhlaknya dan kecuaiannya terhadap tanggungjawab yang diserahkan kepadanya. Menurut fatwa Syeikh Muhammad Salih al-Uthaymin, berkemungkinan sejumlah tempat tinggal, kenderaan atau isteri dianggap mendatangkan sial mempunyai hikmah yang tersirat di sebalik kesialan tersebut. Mungkin ia berupa bahaya atau tiada manfaat yang diperoleh daripadanya. Seandainya seseorang mengalami hal sedemikian, maka hendaklah ia menyedari bahawa semuanya terjadi kerana takdir Allah s.w.t. Tambahan beliau lagi, tashaÊum adalah perasaan atau keyakinan akan ditimpa suatu musibah disebabkan oleh sesuatu hal yang dilihat, didengar atau kerana waktu. Orang jahiliah beranggapan jika melangsungkan perkahwinan pada bulan Syawal maka mereka akan mendapat sial. Menurut Syeikh Muhammad Salih al-Uthaymin lagi, tashaÊum tidak dibolehkan kerana ia akan memupuk sikap buruk sangka kepada Allah s.w.t., akibatnya seseorang itu enggan melakukan hal-hal yang sebenarnya akan mendatangkan kebaikan baginya. Kerana baginya, segala urusan dibayangi oleh rasa bimbang dan was was seterusnya menyebabkan penyakit jiwa. Oleh kerana itulah Rasulullah s.a.w. melarangnya. Hal ini berbeza dengan kepercayaan orang kafir di mana bagi mereka unsur sial atau ketidakberuntungan mereka didasari oleh kesyirikan sehingga amalan yang dilakukan untuk membuang kesialan penuh dengan kesyirikan. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

184  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

Menurut akidah Islam, ketidakberuntungan pada ketiga hal tersebut dapat dihindari dengan menjual barang, berpisah secara aman dengan isteri, atau melalui ruqyah syariyyah. Keyakinan bahawa sebahagian manusia mampu menolak bala dan membuang sial sewajarnya dihindari kerana ia boleh merosakkan akidah seorang Muslim. Islam tidak memandang hina terhadap urusan duniawi, bahkan menuntut umatnya mencari yang terbaik agar hidup mereka bahagia di dunia dan akhirat. Islam juga mengenal pasti beberapa asas penting dalam kehidupan dan menyuruh umatnya berusaha demi mencapai yang terbaik dalam asas-asas tersebut selagimana ia tidak melampaui batas.

8.4.4

Permasalahan Hadis dan Penyelesaiannya

Hadis di atas tidak seharusnya difahami secara tekstual atau makna zahir seolaholah mendiskriminasikan wanita. Wanita bukan penyebab utama kejahatan atau kerugian yang selama-lamanya buat kaum lelaki. Kajian Mernissi mengenai hadis ini tidak dilakukan secara menyeluruh dan tepat. Bahkan Mernissi tidak mengaplikasikan metode yang dijadikan sandaran dalam meneliti sanad dan matan sesebuah hadis, apa yang lebih memburukkan keadaan Mernissi sendiri terperangkap dalam kajian nas-nas keagamaan yang dikritik kerana tidak memahaminya dengan baik. Mari kita lihat penerangan berikut. (a)

Riwayat Imam al-Bukhari yang dikritik oleh Mernissi diletakkan dalam sebuah bab dalam Sahih Bukhari yang bertajuk Bab Ma Yuttaqa min ShuÊm

al-MarÊah wa Qawluhu TaÊala: „Inna min Azwaajikum wa Awlaadikum Aduwwan Lakum‰. Ketika mengkritik hadis ini, Mernissi terlepas pandang daripada melihat tajuk bab yang ditulis Imam Bukhari pada hadis ini, dan tidak memahami maksud min dalam ayat yang menunjukkan makna sebahagian sehingga mendakwa hadis ini sebagai misoginis. (b)

Menurut al-Qaradawi, golongan yang merendahkan wanita sering memahami hadis (fitnah) di atas dengan sebuah pemahaman yang salah. Mereka memahami kata fitnah tersebut dengan beranggapan kaum wanita itu amat hina dan merupakan azab, ancaman dan musibah yang ditimpa kepada manusia seumpama ditimpa musibah, penyakit, kelaparan dan ketakutan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

(c)

SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS



185

Dalam kebanyakan persoalan yang berkaitan hubungan antara kaum lelaki dan kaum wanita sama ada ia mencakupi bidang ibadah atau aspek sosial yang melibatkan pertemuan di antara mereka, para ulama selalu menjadikan hazar (sikap berhati-hati) dengan tujuan agar tidak berlaku atau tidak timbul sebarang fitnah iaitu sebarang suasana yang boleh mengganggu atau menggoda hati, perasaan dan fikiran kaum lelaki. Contohnya: (i)

Urusan saf dalam solat berjemaah. Kedudukan wanita dan lelaki hendaklah terpisah dan wanita hendaklah di belakang saf kaum lelaki; dan

(ii)

Kaum wanita tidak wajib solat Jumaat, dilarang menyampaikan khutbah Jumaat atau mengalunkan azan dengan suara yang dapat didengari oleh pendengaran kaum lelaki dan sebagainya. Bahkan mereka dianjurkan solat di rumah berbanding di masjid.

(d)

Hadis di atas merupakan salah satu pendapat atau pandangan para fuqaha untuk berpendapat sedemikian. Hal ini disebabkan wujudnya faktor kekhuatiran yang akan mengakibatkan fitnah. Meskipun terdapat mekanisme dalam situasi atau ruang tertentu dan dapat dipastikan bahawa kebarangkalian wujudnya fitnah tidak berlaku, para ulama fikah tetap menegah dan menafikan seorang wanita sebagai imam.

(e)

Perkara-perkara yang bersangkutan dengan ubudiyyah hendaklah diterima sebagaimana ia diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul-Nya serta garis panduan agama Islam. Ia bukan merupakan suatu perkara yang sesuai untuk dijawab dengan berasaskan rasional akal secara logik semata-mata apatah lagi menyesuaikannya dengan konteks sosial dan arus pemodenan. Sejumlah srikandi Islam terulung seperti Ummahat al-Mukminin telah terbukti berjaya memberi sumbangan besar kepada kebangkitan agama Islam.

(f)

Oleh itu, isi kandungan dari pesanan Rasulullah s.a.w. melalui hadis ini tidak bererti kaum wanita itu dianggap fitnah dan ralat dalam semua perkara. Yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. ialah wanita sememangnya mempunyai pengaruh yang dominan terhadap lelaki yang amat dikhuatiri akan mengakibatkan kaum lelaki lalai dari mengingati Allah s.w.t. dan mendapat balasan buruk di akhirat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

186  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

8.5

HADIS KETIGA: KETIDAKSEMPURNAAN AKAL DAN AGAMA WANITA

Hadis yang seterusnya pula adalah mengenai ketidsempurnaan akal dan agama wanita.

8.5.1

Teks Hadis

‫ ﺧﺮﺝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﰲ ﺃﺿﺤﻰ ﺃﻭ ﻓﻄﺮ ﺇﱃ ﺍﳌﺼﻠﻰ‬:‫ﻋﻦ ﺃﰊ ﺳﻌﻴﺪ ﺍﳋﺪﺭﻱ ﻗﺎﻝ‬ ‫ ﻓﻘﻠﻦ ﻭﰈ ﻳﺎ‬. ( ‫ﻓﻤﺮ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ ﻓﻘﺎﻝ ) ﻳﺎ ﻣﻌﺸﺮ ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ ﺗﺼﺪﻗﻦ ﻓﺈﱐ ﺃﺭﻳﺘﻜﻦ ﺃﻛﺜﺮ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻨﺎﺭ‬ ‫ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ؟ ﻗﺎﻝ ) ﺗﻜﺜﺮﻥ ﺍﻟﻠﻌﻦ ﻭﺗﻜﻔﺮﻥ ﺍﻟﻌﺸﲑ ﻣﺎ ﺭﺃﻳﺖ ﻣﻦ ﻧﺎﻗﺼﺎﺕ ﻋﻘﻞ ﻭﺩﻳﻦ ﺃﺫﻫﺐ ﻟﻠﺐ‬ ‫ ﻗﻠﻦ ﻭﻣﺎ ﻧﻘﺼﺎﻥ ﺩﻳﻨﻨﺎ ﻭﻋﻘﻠﻨﺎ ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ؟ ﻗﺎﻝ ) ﺃﻟﻴﺲ ﺷﻬﺎﺩﺓ‬. ( ‫ﺍﻟﺮﺟﻞ ﺍﳊﺎﺯﻡ ﻣﻦ ﺇﺣﺪﺍﻛﻦ‬ ‫ ﻗﻠﻦ ﺑﻠﻰ ﻗﺎﻝ ) ﻓﺬﻟﻚ ﻣﻦ ﻧﻘﺼﺎﻥ ﻋﻘﻠﻬﺎ ﺃﻟﻴﺲ ﺇﺫﺍ ﺣﺎﺿﺖ ﱂ‬. ( ‫ﺍﳌﺮﺃﺓ ﻣﺜﻞ ﻧﺼﻒ ﺷﻬﺎﺩﺓ ﺍﻟﺮﺟﻞ‬ ( ‫ ﻗﻠﻦ ﺑﻠﻰ ﻗﺎﻝ ) ﻓﺬﻟﻚ ﻣﻦ ﻧﻘﺼﺎﻥ ﺩﻳﻨﻬﺎ‬. ( ‫ﺗﺼﻞ ﻭﱂ ﺗﺼﻢ‬ Maksudnya: Dari Abu SaÊid al-Khudriy, dia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. keluar pada hari raya Idul Adha atau Idul Fitri, lalu beliau melewati tempat solat wanita dan bersabda: „Wahai sekalian wanita, bersedekahlah kalian, sesungguhnya aku melihat kalian adalah penduduk neraka paling banyak.‰ Para wanita bertanya: „Kenapa wahai Rasulullah?‰ Beliau menjawab: „Kalian banyak melaknat dan tidak bersyukur kepada suami. Tidaklah aku lihat golongan yang lemah akal dan agamanya yang dapat menghilangkan fikiran lelaki yang cerdas kecuali kalian‰. Mereka bertanya: „Apa kekurangan akal dan agama kami wahai Rasulullah?‰ Beliau menjawab: „Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan setengah kesaksian lelaki?‰ Mereka menjawab: „Betul.‰ Rasulullah bersabda: „Itulah kekurangan akalnya. Bukankah jika haid wanita tidak solat dan tidak puasa?‰ Mereka menjawab: „Betul.‰ Rasulullah s.a.w. bersabda: „Itulah kekurangan agamanya.‰ (Hadis riwayat Imam Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab al-Syiam, Bab tark al-haid al-syaum, nombor hadis: 298)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

8.5.2

SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS



187

Analisa Sanad

Sanad hadis ini diperoleh dari empat sahabat yang thiqah, iaitu: (a)

Abu Said Al-Khudri yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

(b)

Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, Ibn Majah dan beberapa orang perawi lagi;

(c)

Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi; dan

(d)

Ibn MasÂud yang diriwayatkan oleh Abu YaÊla.

Dengan jalur periwayatan yang banyak ditulis dalam kitab hadis muktabar seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Tirmizi, Sunan Ibn Majah dan Musnad Ahmad bin Hanbal. Bahkan dua hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Bukhari, manakala satu riwayat oleh Imam Muslim. Dengan ini, jelas terbukti dalam kajian sanad hadis ini, tiada kecacatan dari aspek sanad hadis. Maka, hadis ini tidak diragui lagi kesahihannya. Sementara itu, al-Albani juga menyatakan bahawa hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah adalah sahih. Dengan ini, dapat kita simpulkan bahawa hadis ini adalah sahih dari sudut analisa sanadnya kerana kesemua para perawi hadis ini merupakan perawi yang thiqah.

8.5.3

Analisa Matan dan Pemahaman Hadis

Sebelum kita pergi kepada analisa matan dan seterusnya memahami kehendak hadis ini, mari kita lihat sepintas lalu situasi yang melatari hadis ini ketika Rasulullah s.a.w. menuturkannya. Pertamanya, peringatan dalam hadis ini diucapkan ketika Rasulullah s.a.w. selesai memberi khutbah pada salah satu hari raya. Jadi, adalah tidak wajar dalam suasana yang gembira ini Rasulullah s.a.w. menjatuhkan air muka wanita yang berada di situ dengan sesuatu peringatan yang kurang enak didengar. Kedua, kandungan hadis ini lebih berbentuk peringatan untuk bekalan akhirat yang dimulai dengan kaum lelaki kemudian diteruskan kepada kaum wanita yang majoritinya pada waktu itu adalah wanita ahli Madinah yang kecerdikannya melebihi lelaki dalam sesetengah keadaan. Ini jelas dibuktikan dengan pujian Rasulullah s.a.w. terhadap mereka seperti yang terkandung dalam matan hadis, yang bermaksud: „Tidaklah aku lihat golongan yang lemah akal dan agamanya yang dapat menghilangkan fikiran lelaki yang cerdas kecuali kalian.‰

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

188  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

Namun begitu, jika dilihat hadis ini daripada kaca mata barat, tentu kita akan salah dalam memahaminya. Mengapa wanita disebutkan lebih banyak masuk neraka, padahal wanita diciptakan sama seperti lelaki, iaitu tanpa dosa asal. Justeru, hadis ini harus difahami bersama-sama dengan hadis lain yang mempunyai maksud yang sama dengannya. Justeru, ada beberapa perkara utama yang memerlukan pencerahan dalam hadis ini, iaitu seperti berikut: (a)

Pertama Perkara utama yang diberi penekanan oleh Rasulullah s.a.w. di awal hadis ini ialah saranan supaya wanita mengeluarkan sedekah. Inilah tujuan asal hadis ini dikeluarkan. Manakala mereka adalah penghuni neraka dan banyak melakukan perkara laknat serta tidak mensyukuri suami bukanlah merupakan matlamat hadis ini dikeluarkan tetapi ia merupakan sebab agar kaum wanita bersedekah. Oleh yang demikian, tidak sewajarnya isu kebanyakan penghuni neraka adalah wanita diberikan perhatian yang lebih berbanding perintah agar wanita mengeluarkan sedekah. Selain itu, perlu diketahui bahawa Rasulullah s.a.w. sama sekali tidak melihat wanita sebagai makhluk yang kurang akal dan agamanya walaupun dalam sesetengah keadaan wanita boleh mempengaruhi lelaki hingga kadangkala membuatkan mereka hilang kawalan dan kewarasan semasa bertindak. Dan Baginda s.a.w. sendiri telah menjelaskan maksud kurangnya akal dan agama wanita yang juga menjadi inti pati hadis ini.

(b)

Kedua Menerusi hadis ini Rasulullah s.a.w. menyebut dua perkara penting iaitu; (i)

Saranan bersedekah; dan

(ii)

Keadaan wanita yang kurang akal dan agama.

Secara jelasnya, keadaan ini bukanlah penyebab wanita dimasukkan ke dalam neraka, sebaliknya Rasulullah s.a.w. hanya menceritakan apa yang baginda lihat pada ketika itu dan bukanlah bertujuan untuk menunjukkan kaitan antara masuk neraka dan kurangnya akal dan agama wanita. Sebaliknya, keadaan wanita yang kurang akal dan agama ini telah dihuraikan oleh Rasullullah s.a.w. menerusi jawapan baginda kepada pertanyaan para wanita, yang bermaksud:

„ Kenapa wahai Rasulullah?‰ Baginda menjawab: „Kalian banyak melaknat dan tidak bersyukur kepada suami. Tidaklah aku lihat golongan yang lemah akal dan agamanya yang dapat menghilangkan fikiran lelaki yang Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS



189

cerdas kecuali kalian.‰ Dan huraian berkenaan keadaan wanita diteruskan apabila kaum wanita terus bertanya Rasullullah s.a.w. „Apa kekurangan akal dan agama kami wahai Rasulullah?‰ Baginda menjawab: „Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan setengah kesaksian lelaki?‰ Mereka menjawab: „Betul.‰ Rasulullah bersabda: „Itulah kekurangan akalnya. Bukankah jika haid wanita tidak shalat dan tidak puasa?‰ Mereka menjawab: „Betul.‰ Rasulullah s.a.w. bersabda: „Itulah kekurangan agamanya.‰ Jawapan Rasululllah s.a.w. buat kali kedua ini adalah lebih bersifat penambahan kepada jawapan baginda yang pertama tadi. Sekiranya penambahan ini tidak dibuat, maksud keadaan wanita yang kurang akal dan agama sudah terjawab pada pertanyaan pertama. Di dalam balaghah bahasa Arab, lenggok bahasa sebegini dikenali sebagai „al-istitbaʉ. (c)

Ketiga Terdapat persoalan, apakah hadis ini bermaksud wanita lebih senang dikuasai kejahatan dalam fitrah mereka berbanding lelaki? Jawapannya tentu tidak, jika memang kejahatan telah ada pada diri wanita, tentu mereka tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dikerjakan. Akan tetapi hadis tersebut menyatakan bahawa mereka bertanggungjawab terhadap apa yang mereka kerjakan sendiri, seperti tidak patuh kepada suami. Maka tidak salah jika Ibn Hajar menyatakan bahawa dalam hadis Jabir terdapat dalil yang menunjukkan bahawa yang terlihat dalam neraka adalah wanita-wanita yang memiliki sifat-sifat tercela seperti yang tertera dalam hadis ini:

‫ َﻭِﺇﺫﹶﺍ ﺳُِﺌ ﹾﻠ َﻦ‬،َ‫ َﻭِﺇ ﹾﻥ َﺳﹶﺄﹾﻟ َﻦ ﺃﹶﻟﹾﺤَﻔﹾﻦ‬،َ‫ﺸْﻴﻦ‬ َ ‫ ِﺇ ِﻥ ﺍﹾﺋُﺘ ِﻤﻦﱠ ﹶﺃ ﹾﻓ‬،ِ‫َﻭﹶﺃﻛﹾﹶﺜﺮُ َﻣ ْﻦ َﺭﹶﺃْﻳﺖُ ﻓِﻴﻬَﺎ ِﻣ َﻦ ﺍﻟﱢﻨﺴَﺎﺀ‬ ‫ﺸ ﹸﻜ ْﺮ ﹶﻥ‬ ْ ‫ﲔ ﹶﻟ ْﻢ َﻳ‬ َ ‫ َﻭِﺇﺫﹶﺍ ﺃﹸ ْﻋ ِﻄ‬،‫ﺨ ﹾﻠ َﻦ‬ ِ ‫َﺑ‬ Maksudnya: Orang yang paling banyak aku lihat di dalam neraka adalah kaum wanita yang apabila diberi kepercayaan menyimpan rahsia dia bocorkan, apabila diminta sesuatu kepadanya ia bakhil, apabila mereka meminta, mereka bersikap keras dan meminta lebih banyak, dan mereka tidak pandai berterima kasih. (Al-Hakim al-Naisaburi, nombor hadis 8788, Kitab al-′Ilmiyah)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

190  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

Menurut beliau: „Isnad hadis ini adalah sahih dan sesuai dengan syarat alBukhari dan Muslim tetapi mereka tidak mengeluarkannya. Hadis ini turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dan dikemukakan oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Baari. Begitu juga riwayat dari Ibnu Abbas:

‫ﺖ ﺍﻟﻨﱠﺎﺭَ ﻓﹶﺈِﺫﹶﺍ ﹶﺃ ﹾﻛﹶﺜﺮُ ﺃﹶﻫْﻠِﻬَﺎ‬ ُ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ﹸﺃﺭِﻳ‬ َ ‫ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻨِﺒ ﱡﻲ‬: ‫ﺱ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ‬ ٍ ‫َﻋ ْﻦ ﺍْﺑ ِﻦ َﻋﺒﱠﺎ‬ ‫ﺸ َﲑ َﻭَﻳﻜﹾﻔﹸﺮْ ﹶﻥ ﺍﻟﹾِﺈﺣْﺴَﺎ ﹶﻥ ﹶﻟ ْﻮ‬ ِ ‫ﺍﻟﱢﻨﺴَﺎ ُﺀ َﻳ ﹾﻜ ﹸﻔ ْﺮ ﹶﻥ ﻗِﻴ ﹶﻞ ﹶﺃَﻳﻜﹾﻔﹸﺮْ ﹶﻥ ﺑِﺎﻟﻠﱠ ِﻪ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ َﻳ ﹾﻜ ﹸﻔ ْﺮ ﹶﻥ ﺍﹾﻟ َﻌ‬ ‫ﻚ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻗﹶﻂﱡ‬ َ ‫ﺖ ﻣَﺎ َﺭﹶﺃْﻳﺖُ ِﻣْﻨ‬ ْ ‫ﻚ َﺷْﻴﺌﹰﺎ ﻗﹶﺎﹶﻟ‬ َ ‫ﺕ ِﻣْﻨ‬ ْ ‫ﺖ ِﺇﻟﹶﻰ ِﺇ ْﺣ َﺪﺍ ُﻫﻦﱠ ﺍﻟ ﱠﺪ ْﻫ َﺮ ﹸﺛﻢﱠ َﺭﹶﺃ‬ َ ‫ﺴْﻨ‬ َ ‫ﹶﺃ ْﺣ‬ Maksudnya: Dari Ibnu ÂAbbas, dia berkata bahwa Nabi s.a.w. bersabda: „Aku melihat neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka telah mengkufuri.‰ Dikatakan: „Apakah mereka kufur terhadap Allah?‰ Rasulullah s.a.w. bersabda: „Mereka mengkufuri suami dan kebaikan. Jika engkau berbuat baik kepadanya selama satu tahun penuh, lalu dia melihat sesuatu yang buruk darimu, maka dia akan mengatakan aku tidak pernah melihat kebaikan sedikit pun darimu.‰ (Al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Kufran al-Asyir wa Kufr BaÊda Kufr fih,nombor hadis: 19; Kitab al-Khusuf, nombor hadis :1004; dan Kitab an-Nikah, nombor hadis: 4901) Justeru, dosa yang paling banyak membawa wanita masuk ke neraka adalah kemaksiatan terhadap suaminya dan pengingkaran terhadap segala kebaikan suaminya. (d)

Keempat Peringatan Rasulullah s.a.w. kepada wanita ketika itu seperti yang tercatat di dalam hadis ini adalah mudah diterima oleh wanita pada zaman Rasulullah s.a.w. Ini adalah kerana mereka sentiasa saling ingat-mengingati tentang hari kebangkitan, padang mahsyar, syurga dan neraka. Justeru, hal ini tidak mengejutkan mereka, malah mereka berusaha bertanya kepada Rasulullah s.a.w. kenapa dan bagaimana cara mengelakkannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS



191

Hal ini berbeza dengan keadaan wanita zaman sekarang di mana kebanyakannya lalai dari urusan akhirat, sehingga ketika mendengar hadis ini mereka terkejut dan berusaha menepisnya. Oleh karena itu, hendaklah memahami hadis ini sesuai dengan suasana masyarakat ketika ia disabdakan. (e)

Kelima Hadis ini bermanfaat bagi seluruh kaum muslimin sama ada lelaki mahupun wanita agar mereka berusaha sedaya upaya menghindarkan diri dari seksaan neraka. Bagi kaum wanita, dapat dilakukan dengan memperbanyakkan sedekah dan meninggalkan sikap derhaka terhadap suami atau kufur terhadap kebaikannya. Sedangkan bagi lelaki, dapat diterjemahkan dengan memelihara ibu, isteri dan anak perempuan mereka dengan baik. Bahkan dia bertanggungjawab memberi pendidikan Islam yang secukupnya agar menjadi wanita yang solehah. Tanggung jawab ini sepenuhnya ada di pundak kaum lelaki. Sebagaimana Allah s.w.t. telah memerintahkan dalam firmanNya dalam surah at-Tahriim, ayat 6:

â¨$¨Ζ9$# $yδߊθè%uρ #Y‘$tΡ ö/ä3‹Î=÷δr&uρ ö/ä3|¡àΡr& (#þθè% (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ öΝèδttΒr& !$tΒ ©!$# tβθÝÁ÷ètƒ ω ׊#y‰Ï© ÔâŸξÏî îπs3Íׯ≈n=tΒ $pκön=tæ äοu‘$yfÏtø:$#uρ ∩∉∪ tβρâsΔ÷σム$tΒ tβθè=yèøtƒuρ Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. Ibnu Hajar ketika mengulas hadis ini turut mengatakan bahawa hadis ini terdapat anjuran menyampaikan nasihat kepada wanita kerana nasihat dapat menghilangkan sifat tercela, sedangkan bersedekah yang dianjurkan kepada wanita dapat menghindarkan azab dan menghapuskan dosa sesama makhluk.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

192  TOPIK 8 SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

AKTIVITI 8.4 Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: „Tidak akan berjaya suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada seorang wanita (sebagai pemimpin)‰ (Hadis Riwayat Bukhari). Hadis ini dianggap oleh sesetengah pihak sebagai terdapat di dalamnya unsur yang menjatuhkan martabat wanita sebagai pemimpin. Sila huraikan dakwaan penghinaan wanita dalam hadis ini dan jelaskan kehendak sebenar hadis ini berdasarkan apa yang telah disyarahkan oleh ulamak hadis.



Misoginis bermaksud lelaki yang benci wanita. Dalam konteks hadis misoginis pula, ia bermaksud hadis yang terdapat unsur-unsur kebencian terhadap wanita ataupun hadis yang menghina wanita.



Tanggapan bahawa wujudnya hadis misoginis adalah salah, bahkan ia merupakan satu penyelewengan dan penipuan terhadap hadis Rasulullah s.a.w.



Individu mahupun golongan yang mendakwa wujudnya hadis berunsur misoginis ini merupakan mereka yang terpengaruh dengan pemikiran barat dan orientalis.



Adalah tidak wajar memahami dan mengkritik sesebuah hadis berdasarkan literasinya sahaja, sebaliknya kritikan sesebuah hadis perlulah dilakukan terhadap sanad dan matan sejajar dengan metode yang telah ditetapkan oleh ulama hadis yang muktabar bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kekeliruan atau penyelewengan.



Kedatangan Islam telah mengubah kedudukan wanita dengan mengangkat tarafnya kepada status yang lebih mulia dan adalah mustahil Rasulullah s.a.w. mengucapkan kata-kata (hadis) yang menghina dan menjatuhkan martabat wanita.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

SYARAH HADIS TENTANG MISOGINIS

Analisa Isnad

Orientalis barat

Analisa matan

Perawi

Feminisme

Pesimistik

Liberalisme

Sabab wurud hadis

Metode kritik hadis

Syarah hadis



193

Misoginis

Al-Bukhari, Abi Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim. (1958). Sahih alBukhari. Misr: Mustafa al-Babi wa awladuhu. alAl-Qaradawi, Yusuf. (2000). Kayfa NataÊamal maÊa al-Sunnah al-Nabawiyyah. Mesir: Dar al-Syuruq. Fatima Mernissi. (1987). Beyond the Veilveil: Male-Female female Dynamics dynamics in Modern modern Muslim Societysociety. USABloomington: Indiana University Press. Fatima Mernissi. (1993). Women and Islam: An Historical historical and Theological theological Enquiryenquiry. New Delhi: Kali for Women. Ibn Rajab, Abu Farj, Abd Rahman Ibn Ahmad Ibn Rajab al-Hanbali. (1987). JamiÊ alUlum wa al-Hikam. Beirut: Dar al-Makrifah. Kamus Dewan. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. MaÊalim al-Quran wa al-Sunnah. (2005). Hadis „Naqisat Aql wa Din‰: Isykaliat, Asbab, Hulul. Prof. Dr. Muhammad Abu Lais Khair al-Abadi. Bil.1. Fakulti Pengajian Quran Sunnah, KUIM. Muslim, Muslim Ibn Hajjaj. (t.t). Sahih Muslim. Beirut: Dar IhyaÊ at-Turath alArabi. Sisters in Islam. (t.t.) Dicapai dari http://www.sistersinislam.org.my/http:// www.sisterinislam.org.my

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik



9

Syarah Hadis tentang Sains (HabbatussaudaÊ)

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Mengenal pasti hadis sahih berkaitan habbatussaudaÊ;

2.

Menerangkan intipati hadis habbatussaudaÊ dengan jelas;

3.

Menghuraikan perbahasan mengenai syarah hadis habbatussaudaÊ dalam kitab syarah Fathul Baari Syarh Sahih Bukhari oleh Ibn Hajar al-Asqalani dan kitab al-Minhaj Syarh Sahih Muslim oleh Imam Nawawi;

4.

Mengenal pasti permasalahan hadis habbatussaudaÊ; dan

5.

Menjelaskan penemuan saintifik yang dijalankan ke atas habbatussauda dalam ilmu perubatan dan menyingkap kebenaran hadis Nabi s.a.w.

 PENGENALAN Anda telah pun mempelajari mengenai kepentingan syarah hadis berkaitan sains khususnya syarah hadis tentang sains. Islam mengambil berat setiap perkara dalam kehidupan manusia sama ada ia perkara kecil seperti isu lalat mahupun besar seperti isu akidah. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. terdapat banyak perkara yang berkaitan dengan sains secara tidak langsung, antaranya hadis mengenai lalat, bangkai tikus, penyakit berjangkit, penggunaan herba dalam perubatan seperti habbatussauda, bersiwak dan sebagainya. Kita juga sedia maklum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. diutus Allah s.w.t. pada zaman yang tidak mempunyai sebarang peralatan canggih untuk menjalankan penyelidikan saintifik, malah tiada perkembangan sains dan teknologi pada ketika itu. Di sini jelas menunjukkan bahawa setiap perkataan yang keluar daripada mulut

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

 195

Rasulullah s.a.w. adalah merupakan wahyu dari Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Najm, ayat 3-4:

∩⊆∪ 4©yrθム֩óruρ ωÎ) uθèδ ÷βÎ) ∩⊂∪ #“uθoλù;$# Ç⎯tã ß,ÏÜΖtƒ $tΒuρ Maksudnya: Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadaNya. Pelbagai kajian ilmiah telah dijalankan sama ada di barat atau selainnya mengenai perkara-perkara yang dibahaskan dalam hadis Nabi s.a.w. khususnya yang berkaitan dengan sains. Hasil kajian ilmiah tersebut membuktikan bahawa segala kata-kata Nabi s.a.w. dalam hadis adalah bertepatan dengan penemuan sains hari ini, antaranya topik sains lalat yang telah anda pelajari dalam pelajaran yang lepas. Dalam topik ini, anda akan mempelajari mengenai hadis berkaitan habbatussaudaÊ dan pemahaman syarah hadis dari kitab-kitab syarah hadis muktabar seperti kitab Fathul Baari Syarh Sahih al-Bukhari oleh Ibn Hajar alAsqalani, kitab al-Minhaj Syarh Sahih Muslim oleh Imam Nawawi dan selainnya. Antara topik utama yang akan dikupas ialah hadis berkaitan habbatussaudaÊ, pemahaman syarah hadis mengenai habbatussaudaÊ dan kajian sains moden berkaitan khasiat habbatussaudaÊ dalam bidang perubatan moden serta pengiktirafan pakar perubatan mengenai habbatussaudaÊ dalam mengubati pelbagai jenis penyakit.

AKTIVITI 9.1 Sila layari Internet dan cari sebanyak mungkin maklumat mengenai habbatussaudaÊ. Bincang bersama rakan anda mengenai hasil dapatan anda mengenai habbatussaudaÊ, kemudian bandingkan maklumat tersebut dengan hadis mengenai habbatussaudaÊ yang ada dalam topik ini. Bentangkan hasil kajian anda mengenai habbatussaudaÊ kepada rakan-rakan anda yang lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

196  TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

9.1

HADIS HABBATUSSAUDA’

Di sini kita akan membincangkan hadis berkaitan dengan habbatussaudaÊ.

9.1.1

Teks Hadis dan Terjemahannya

Terdapat banyak hadis yang membicarakan mengenai habbatussaudaÊ (sila lihat Rajah 9.1) dan khasiatnya dalam kitab syarah hadis. Antaranya ialah kitab Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan at-Tirmizi, Musnad Imam Ahmad, Sunan Ibn Majah dan lain-lain. Manakala syarah hadis tersebut terkandung dalam kitabkitab syarahnya, antaranya kitab Fathul Baari Syarh Sahih Bukhari oleh Ibn Hajar al-Asqalani dan kitab al-Minhaj Syarh Sahih Muslim oleh Imam Nawawi. Kebanyakan kitab syarah hadis menceritakan mengenai khasiat habbatussaudaÊ dalam bidang perubatan, di mana ia mampu merawat pelbagai penyakit dan merupakan penawar yang mujarab kecuali mati.

Rajah 9.1: HabbatussaudaÊ

Berikut adalah antara hadis sahih tentang habbatussaudaÊ: (a)

Hadis 1

‫ )ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻬﺑﺬﻩ ﺍﳊﺒﺔ‬:‫ﺭﻭﻯ ﺃﺑﻮ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ‬ ‫ ﺍﳌﻮﺕ ﻭﺍﳊﺒﺔ‬:(‫ ﻭﺍﻟﺴﺎﻡ ﺍﳌﻮﺕ( ﻭ)ﺍﻟﺴﺎ ُﻡ‬،‫ﺍﻟﺴﻮﺩﺍﺀ ﻓﺈﻥ ﻓﻴﻬﺎ ﺷﻔﺎﺀ ﻣﻦ ﻛﻞ ﺩﺍﺀ ﺇﻻ ﺍﻟﺴﺎﻡ‬

.‫ﺍﻟﺴﻮﺩﺍﺀ ﺍﻟﺸﻮﻧﻴﺰ‬

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

 197

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: Dalam habbatussaudaÊ (jintan hitam) terdapat ubat dari segala penyakit kecuali mati. Maksud al-saam adalah maut. Sedangkan habbatussaudaÊ adalah pohon syuniz. (Hadis Riwayat Imam Muslim, nombor hadis: 2215) (b)

Hadis 2

‫ ﺧﺮﺟﻨﺎ ﻭﻣﻌﻨﺎ ﻏﺎﻟﺐ ﺑﻦ ﺃﲜﺮ ﻓﻤﺮﺽ ﰲ ﺍﻟﻄﺮﻳﻖ ﻓﻘﺪﻣﻨﺎ ﺍﳌﺪﻳﻨﺔ ﻭﻫﻮ‬:‫ﻋﻦ ﺧﺎﻟﺪ ﺑﻦ ﺳﻌﺪ ﻗﺎﻝ‬ ‫ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻬﺑﺬﻩ ﺍﳊﺒﻴﺒﺔ ﺍﻟﺴﻮﺩﺍﺀ ﻓﺨﺬﻭﺍ ﻣﻨﻬﺎ ﲬﺴﹰﺎ ﺃﻭ‬:‫ﻣﺮﻳﺾ ﻓﻌﺎﺩﻩ ﺑﻦ ﺃﰊ ﻋﺘﻴﻖ ﻓﻘﺎﻝ ﻟﻨﺎ‬ ‫ﺳﺒﻌﹰﺎ ﻓﺎﺳﺤﻘﻮﻫﺎ ﰒ ﺍﻗﻄﺮﻭﻫﺎ ﰲ ﻛﻼﳘﺎ ﺑﻘﻄﺮﺍﺕ ﺯﻳﺖ ﰲ ﻫﺬﺍ ﺍﳉﺎﻧﺐ ﻭﰲ ﻫﺬﺍ ﺍﳉﺎﻧﺐ‬

‫ﻓﺈﻥ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺣﺪﺛﺘﲏ ﺃﻬﻧﺎ ﲰﻌﺖ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻘﻮﻝ ﺇﻥ ﻫﺬﻩ ﺍﳊﺒﺔ ﺍﻟﺴﻮﺩﺍﺀ ﺷﻔﺎﺀ‬ .‫ﻣﻦ ﻛﻞ ﺩﺍﺀ ﺇﻻ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﺎﻡ ﻗﻠﺖ ﻭﻣﺎ ﺍﻟﺴﺎﻡ ﻗﺎﻝ ﺍﳌﻮﺕ‬

Maksudnya: Daripada Khalid bin Sa'ad, berkata: „Kami dalam perjalanan keluar dan Ghalib bin Abjar menemani kami. Dia telah jatuh sakit dalam perjalanan dan apabila kami sampai di Madinah dia masih sakit. Ibn Abi 'Atiq datang menziarahi dan berkata kepada kami: Tetaplah kamu dengan habbatussaudaÊ ini. Maka ambillah lima atau tujuh biji habbatussaudaÊ dan hancurkannya dan masukkannya kedalam kedua lubang hidung beberapa titis kerana sesungguhnya 'Aishah telah meriwayatkan kepada saya bahawa dia telah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya habbatussaudaÊ ini adalah penawar segala penyakit, kecuali kematian. (Hadis Riwayat Imam Bukhari, nombor hadis: 5255)

9.2

PEMAHAMAN HADIS HABBATUSSAUDA’

Di sini pula kita habbatussaudaÊ.

akan

lihat

bagaimanakah

pemahaman

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

bagi

hadis

198  TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

9.2.1

Syarah Hadis dari Kitab Fathul Baari Syarh

Sahih Bukhari

Dalam kitab syarah hadis Fathul Baari Syarh Sahih Bukhari oleh Ibn Hajar alAsqalani dalam kitab at-Tibb, bab al-habbatus saudaÊ, ada menyatakan beberapa perkara mengenai habbatussaudaÊ seperti berikut: (a)

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, terdapat lafaz selain habbatussaudaÊ yang digunakan dalam hadis, iaitu hubaibatussuwaidaÊ (‫ﺍﻟﺴﻮﻳﺪﺍﺀ‬

‫)ﺍﳊﺒﻴﺒﺔ‬

yang

bermaksud biji-biji hitam yang kecil. Sebahagiannya menggelar ia sebagai

kammun. Walaupun terdapat perbezaan dari sudut nama, ia tetap pokok yang sama, iaitu pokok habbatussaudaÊ atau dalam Bahasa Latin Nigella Sativa. (b)

Sebahagian riwayat hadis menggunakan lafaz (‫ )ﺍﻟﺴﺎﻡ‬dan sebahagiannya pula menggunakan lafaz (‫ )ﺍﳌﻮﺕ‬iaitu mati atau maut. Maksud di sini ialah habbatussaudaÊ merupakan penawar bagi penyakit kecuali maut atau mati. Perkataan (‫ )ﺍﻟﺴﺎﻡ‬dan (‫ )ﺍﳌﻮﺕ‬membawa pengertian yang sama, maut atau mati, iaitu apabila telah sampai ajal seseorang.

(c)

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, kemungkinan orang yang bertanya dalam hadis tersebut ialah Khalid bin Saad, manakala orang yang menjawab ialah Ibn Abi Atiq. Khasiat habbatussaudaÊ yang dinyatakan oleh Ibn Abi Atiq dalam hadis tersebut turut diterangkan oleh pengamal perubatan pada zaman itu, di mana habbatussaudaÊ boleh merawat penyakit selesema dan kerap bersin. Kaedah penyediaannya ialah habbatussaudaÊ tersebut perlu disangai, kemudian ditumbuk sehingga halus. Setelah itu, rendam dalam minyak zaitun dan dititiskan ke dalam hidung tiga titis.

(d)

Kemungkinan besar sahabat Rasulullah s.a.w. yang sakit dalam hadis tersebut, iaitu Ghalib bin Abjar sedang mengalami selesema yang teruk.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

(e)

SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

 199

Dalam kitab syarah hadis karangan Ibn Hajar al-Asqalani ada menjelaskan khasiat-khasiat habbatussaudaÊ. Tumbuhan ini boleh dijadikan penawar berbagai penyakit dengan pelbagai kaedah dan cara, antaranya adalah seperti berikut: (i)

Mengubati Selsema Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, dalam kitab syarahnya melalui toriq Husam bin Misok daripada Ubaidillah bin Buraidah daripada Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: Bahawasanya daripada habbatussaudaÊ itu terdapat penawar bagi segala penyakit. Dalam hadis tersebut terdapat lafaz hadis seperti berikut:

‫ ﻭﻛﻴﻒ ﺃﺻﻨﻊ؟‬.‫ﻭﻣﺎ ﺍﳊﺒﺔ ﺍﻟﺴﻮﺩﺍﺀ؟ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺸﻮﻧﻴﺰ‬ Maksudnya: „Apa itu habbatussauda? Dia berkata: ia adalah syuniz. Dan bagaimana habbatussaudaÊ tersebut diproses?‰ Dalam lafaz hadis tersebut ada menerangkan kaedah rawatannya, iaitu: „Ambil 21 biji habbatussaudaÊ dan diikat dengan kain perca lalu direndamkan ke dalam air semalaman. Keesokan paginya dititiskan ke dalam lubang hidung sebelah kanan setitis, dan ke dalam lubang hidung kiri sebanyak dua titis. Keesokan harinya dititiskan lagi ke lubang hidung sebelah kanan sebanyak dua titis dan sebelah kirinya setitis. Pada hari yang ketiga, dititiskan ke lubang hidung sebelah kanan setitis dan sebelah kirinya dua titis‰. (ii)

Mengubati Penyakit Batu Karang dan Melancarkan Perjalanan Haid Sekiranya habbatussaudaÊ ini ditumbuk dan diadunkan bersama madu lalu diminum dengan air panas, ia boleh menghilangkan batu karang dan melancarkan saluran air kencing dan haid.

(iii) Mengubati Selsema dengan Kaedah Hidu HabbatussaudaÊ juga boleh merawat selsema dengan menumbuknya sehingga halus lalu dimasukkan ke dalam kain perca dan diikat seperti pundi, kemudian pundi yang berisi serbuk habbatussaudaÊ itu dihidu oleh pesakit selsema, dengan izin Allah s.w.t. akan sembuh. (iv) Mengubati Penyakit Demam Kuning Ambil tujuh biji habbatussaudaÊ lalu direndam dengan susu ibu dan dititiskan ke dalam hidung pesakit demam kuning, akan sembuh penyakit tersebut. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

200  TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

(v)

Dijadikan sebagai Pembalut/Pelekat Boleh melegakan sakit kepala yang disebabkan oleh keadaan sejuk.

(vi) Melegakan Sakit Gigi Ibn Hajar dalam syarahnya menjelaskan sekiranya habbatussaudaÊ dimasak dengan cuka, kemudian berkumur-kumur dengan air tersebut, ia mampu melegakan sakit gigi atau rasa ngilu pada gigi kerana sejuk. Manfaat-manfaat habbatussaudaÊ yang dinyatakan oleh Ibn Hajar dalam syarahnya turut tercatat dalam kitab Ibn Baitar dan ulama-ulama lain dalam kitab mereka. Malah terdapat lebih banyak manfaat lain daripada habbatussaudaÊ yang tidak dijelaskan dalam kitab syarah Ibn Hajar ini, tetapi dijelaskan secara panjang lebar dalam kitab mereka. Kesimpulannya, habbatussaudaÊ ini boleh dijadikan penawar dengan pelbagai cara, sama ada digunakan bersama campuran lain atau tidak. Ia juga boleh dibuat serbuk, dimakan atau diminum, atau dijadikan kain pembalut luka berubat dan sebagainya. Dalam hadis tersebut ada menjelaskan bahawa habbatusssaudaÊ merupakan penawar bagi segala penyakit (‫ﺩﺍﺀ‬

‫)ﻛﻞ‬.

Maksud (‫ﺩﺍﺀ‬

‫)ﻛﻞ‬

di sini ialah segala

penyakit, ini bermakna (habbatussaudaÊ) boleh merawat segala penyakit, khususnya penyakit yang disebabkan oleh keadaan sejuk. Ini adalah kerana habbatussaudaÊ yang secara semula jadinya bersifat panas dan kering. Ia juga mampu merawat masalah kembung dan bengkak, demam yang datang empat hari sekali, lendir kahak, angin dan sebagainya. Selain itu, Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitab syarah hadisnya turut memetik beberapa pendapat ulama mengenai sejauh mana keberkesanan habbatussaudaÊ dalam merawat segala penyakit. Berikut adalah pendapat beberapa ulama yang disebut dalam kitab Ibn Hajar al-Asqalani: (a)

Al-Khattabi (‫)ﺍﳋﻄﺎﰊ‬: Menurut al-Khattabi lafaz hadis (‫ﺩﺍﺀ‬

‫)ﻣﻦ ﻛﻞ‬,

yang

bermakna dari segala penyakit, merupakan lafaz umum meliputi semua jenis penyakit, tetapi dalam konteks ini, ia sebenarnya membawa maksud yang khusus. Ini kerana sesuatu jenis tumbuhan tidak semestinya memiliki semua sifat yang mampu mengubati semua jenis penyakit. Bagi pokok habbatussaudaÊ, ianya mampu menjadi penawar bagi penyakit-penyakit yang disebabkan sejuk dan lembap.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

(b)

SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

 201

Abu Bakar bin al-ÂArabi: Menurut Abu Bakar al-ÂArabi, para doktor berpendapat bahawa madu lebah lebih tepat untuk dijadikan penawar bagi segala penyakit berbanding habbatussaudaÊ. Walaupun begitu, masih terdapat beberapa jenis penyakit yang tidak sesuai diubati dengan madu dan sekiranya diambil ia akan memudaratkan pesakit tersebut. Sedangkan ayat al-Quran mengiktiraf madu lebah sebagai penawar (‫ﻟﻠﻨﺎﺱ‬

‫)ﻓﻴﻪ ﺷﻔﺎﺀ‬.

Justeru, mengiktiraf habbatussaudaÊ sebagai penawar segala penyakit juga adalah lebih utama seperti madu lebah. (c)

Sebahagian ulama ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. mempreskripsikan ubatan atau penawar bagi sesuatu penyakit itu berpandukan fizikal seseorang pesakit itu dan jenis penyakitnya. Kemungkinan besar kata-kata Baginda s.a.w. berkenaan pengambilan habbatussaudaÊ sebagai penawar adalah bertepatan dengan penyakit tersebut yang berpunca daripada sejuk. Maka lafaz (‫ﺩﺍﺀ‬

‫ )ﺷﻔﺎﺀ ﻣﻦ ﻛﻞ‬ialah

segala penyakit yang berpunca dari sejuk. (d)

Syeikh Abu Muhammad bin Abi Jamrah berkata: „Ramai orang yang memperkatakan tentang khasiat habbatussaudaÊ. Mereka juga menyerahkan kebenaran tentang khasiat habbatussaudaÊ kepada pakar perubatan dan melalui kajian, penyelidikan, eksperimen dan sebagainya untuk membuktikan kebenarannya. Namun begitu, berpegang dengan hadis ini adalah lebih baik dan utama kerana Rasulullah s.a.w. tidak pernah berkata mengikut hawa nafsu semata-mata, bahkan apa yang diucapkan oleh Baginda s.a.w. adalah wahyu belaka. Sedangkan kajian dan eksperimen pakar perubatan adalah berasaskan teori dan eksperimen di mana kemungkinan benar atau tidak tetap ada dan ianya bersifat sementara di mana apabila wujud teori baru yang berbeza dengan teori sebelumnya, maka teori lama akan musnah, sedangkan wahyu Allah s.w.t. tidak bersifat sedemikian rupa. Justeru, beramal dengan hadis ini secara umumnya adalah lebih utama. Wallahu aÊlam.‰

9.2.2

Syarah Hadis dari Kitab Al-Minhaj Syarh Sahih

Muslim

Manakala dalam kitab syarah hadis al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (sila lihat Rajah 9.2) karangan Imam Nawawi dalam kitab Salam, bab at-Tadaawi bilhabbatussaudaÊ ada menyatakan kelebihan habbatussaudaÊ. Kebanyakan kelebihan yang dinyatakan dalam kitab syarah Sahih Muslim ini tidaklah jauh berbeza dengan apa yang telah dijelaskan dalam kitab syarah Sahih Bukhari. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

202  TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

Rajah 9.2: Kitab syarah hadis al-Minhaj Syarh Sahih Muslim

Antara kelebihan habbatussaudaÊ yang dinyatakan dalam syarah Sahih Muslim ini adalah seperti berikut:

(a)

Penyakit-penyakit yang boleh diubati dengan habbatussaudaÊ adalah penyakit yang disebabkan oleh keadaan yang sejuk, antaranya selsema, angin dan berbagai-bagai lagi. Rasulullah s.a.w. juga mempreskripsikan ubat-ubatan berdasarkan keadaan fizikal para sahabatnya.

(b)

Imam an-Nawawi dalam kitab syarah Sahih Muslim menukilkan kata-kata Galen, seorang pakar perubatan Greek mengenai kehebatan habbatussaudaÊ (sila lihat Rajah 9.3). Menurut Galen, habbatussaudaÊ adalah penawar bagi penyakit angin, masalah cacing di dalam usus, dapat menghilangkan selesema (dengan disangai habbatussaudaÊ itu dan diikat dengan kain menjadi pundi lalu dihidu), merawat penyakit kulit, melancarkan peredaran haid, merawat pening kepala dengan disapu di atas dahi, menghilangkan bintik-bintik jerawat dan bisul di badan, menghilangkan kahak dan sakit gigi. Selain itu, ia juga mampu melancarkan saluran air kencing dan susu ibu bagi wanita yang menyusukan bayi. Malah ia juga menjadi penawar bagi sengatan labah-labah dan sekiranya dibakar, asapnya boleh menghilangkan rasa mengantuk. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

 203

Rajah 9.3: Galen, seorang pakar perubatan Greek

(c)

Menurut al-Qadi dan ulama lain selain Galen, keistimewaan habbatussaudaÊ ini antaranya boleh mengubati batuk berkahak, masalah jerawat, selesema dan demam empat hari sekali. HabbatussaudaÊ ini boleh digunakan bersama dengan campuran bahan lain atau pun sebaliknya.

(d) Imam an-Nawawi dalam kitab syarah al-Minhaj ada menyatakan bahawa terdapat hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan mengenai kaedah pengubatan selain habbatussaudaÊ, antaranya kaedah berbekam, minum ubat-ubatan atau dengan cara dimasukkan ke dalam lubang hidung (‫)ﺍﻟﺴﻌﻮﻁ‬, menyapu ubat di tepi kanan atau kiri dalam mulut menggunakan jari (‫)ﺍﻟﻠﺪﻭﺩ‬, memotong urat (‫ﺍﻟﻌﺮﻭﻕ‬

‫ )ﻗﻄﻊ‬dan ruqyah syarÊiyyah.

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh seorang badwi: „Ya Rasulullah, apakah kita boleh berubat?‰ Jawab Rasulullah s.a.w.: „Boleh. Wahai hambahamba Allah, berubatlah! Sesungguhnya tidaklah Allah menurunkan penyakit melainkan Allah juga menurunkan penawarnya, kecuali satu, penyakit tua‰. (Hadis Riwayat Imam Ahmad) Hadis ini merupakan dalil yang jelas bahawa Rasulullah s.a.w. menganjurkan kita untuk berubat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

204  TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

SEMAK KENDIRI 9.1 1.

Huraikan bagaimana pengajian syarah hadis berkenaan dengan isu sains boleh dijadikan sebagai medium berdakwah dalam zaman sains dan teknologi ini?

2.

Ibn Hajar al-Asqalani ada mensyarahkan mengenai manfaat habbatussaudaÊ. Nyatakan manfaat-manfaat tersebut.

3.

Bagaimanakah Nabi s.a.w. kepada orang sakit? Jelaskan.

4.

Sila terjemahkan syarah hadis habbatussaudaÊ dalam kitab Syarah selain yang dinyatakan dalam topik ini.

9.3

mempreskripsikan

ubat-ubatan

BUKTI/PENEMUAN SAINTIFIK TERHADAP KEBENARAN HADIS

Mari kita teruskan perbincangan kita dengan bukti serta penemuan saintifik terhadap kebenaran hadis, di mana kita akan membincangkan habbatussaudaÊ.

9.3.1

Pengenalan Pokok Habbatussauda’

HabbatussaudaÊ ialah sejenis tumbuhan (sila lihat Rajah 9.4) yang banyak didapati di kawasan Mediterranean terutamanya di Mesir dan di kawasan yang beriklim gurun. Hari ini, pokok habbatussaudaÊ ditanam di pelusuk dunia seperti di Jazirah Arab seperti Yaman, Arab Saudi, Syria, Iraq dan di sebahagian Asia Tengah seperti India dan Pakistan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

 205

Rajah 9.4: Pokok habbatussaudaÊ Sumber: http://cahayawahyu.files.wordpress.com/2013/11/habbatus-sauda.jpg

Seperti yang diberitahu sebelum ini, nama Latin bagi habbatussaudaÊ ialah Nigella Sativa. Bentuknya berupa biji-biji kecil berwarna hitam, dan kerana itulah orang arab menamakannya habbatussaudaÊ yang bermaksud biji hitam. Ia juga dikenali sebagai black cumin. Ia berbentuk rumput kecil dan mempunyai batang yang boleh mencapai ketinggian 30-60cm. Tumbuhan ini akan menghasilkan bunga berwarna ungu kebiru-biruan atau keputih-putihan dan di dalamnya terdapat biji-biji habbatussaudaÊ. Panjang biji-biji hitam ini tidak lebih daripada 3mm. Biji-biji hitam inilah yang digunakan sebagai penawar segala penyakit seperti yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. dalam hadis. Nama-nama lain bagi habbatussaudaÊ ialah: (a)

Nigella Sativa;

(b)

Black Cumin;

(c)

Black Seed;

(d)

Habbatul Barakah; dan

(e)

Syuniz.

Di kebanyakan negara Arab, habbatussaudaÊ digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti dalam pembuatan roti dan sebagainya. Di Malaysia, penggunaan habbatussaudaÊ dalam masakan boleh dikatakan pada tahap sederhana. Namun begitu, anda yang telah mengetahui kehebatan habbatussaudaÊ ini boleh menggunakannya sama ada dalam masakan atau diamalkan sebagai makanan kesihatan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

206  TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

9.3.2

Kajian Saintifik Berkenaan Habbatussauda’

Kita telah pun mempelajari mengenai kelebihan habbatussaudaÊ sebagai penawar segala penyakit seperti yang dijelaskan dalam hadis sahih yang lepas. Bagi mereka yang tidak beriman dengan Allah s.w.t. dan RasulNya, pasti mempertikaikan kebenaran hadis ini, lebih-lebih lagi Rasulullah s.a.w. hidup di zaman yang tidak mempunyai sebarang peralatan canggih untuk mengkaji kelebihan habbatussaudaÊ dari sudut saintifik. Justeru, mereka mempertikaikan bagaimana habbatussaudaÊ itu boleh mengubati segala penyakit kecuali maut. Bagi menjawab persoalan ini, pelbagai kajian dan penyelidikan telah dijalankan untuk mengenal pasti kebenaran hadis Nabi s.a.w. Melalui kajian-kajian yang dijalankan, terbukti benarlah kata-kata Nabi s.a.w. mengenai habbatussaudaÊ dan benarlah firman Allah s.w.t. dalam surah an-Najm, ayat 3-4 yang telah kita bincangkan di awal topik ini. Sejak 1959, lebih daripada 200 kajian mengenai Nigella Sativa atau habbatussaudaÊ telah dijalankan dan diselesaikan di seluruh dunia. Penyelidikan mereka telah menunjukkan hasil yang begitu luar biasa. Seterusnya, anda akan didedahkan dengan beberapa kajian saintifik yang dijalankan oleh para saintis mengenai habbatussaudaÊ dan penemuan mereka dalam hasil kajiannya. (a)

Kajian yang Dijalankan oleh Dr. Peter Schleicher Dr. Peter Schleincher ialah seorang doktor immunologist di Munich dan merupakan ahli termuda dalam World Academy of Scientists. Beliau telah mengkaji ekstrak minyak habbatussaudaÊ dalam rangka mencari terapi baru bagi mengubati penyakit kronik dan kesan sampingannya. Hasil kajiannya menemui penemuan yang sama dengan kajian-kajian sebelum ini mengenai habbatussaudaÊ di mana ia mampu meningkatkan sistem imun tubuh pesakit. Beliau juga mendapati bahawa habbatussaudaÊ dapat mengubati penyakit alahan terhadap debunga, habuk, jerawat, penyakit neuro dermatologi, asma, selesema dan influenza. Menurut Dr. Schleicher, minyak habbatussaudaÊ menjadi begitu luar biasa kerana komponen-komponen dalam habbatussaudaÊ bertindak secara serentak untuk menghasilkan kesan yang optimum. Professor G. Rietmuller, Pengarah Institut Imunologi di Universiti Munich turut berpendapat bahawa ekstrak tumbuhan habbatussaudaÊ berfungsi secara positif ke atas sistem imun dan boleh digunakan sebagai bio-regulator (http://www.amazingherbs.com/arblacseedoi.html).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

 207

(b)

Kajian yang Menunjukkan Ekstrak HabbatussaudaÊ Berupaya Meningkatkan Sistem Imun atau Daya Tahan Badan Manusia Kita sedia maklum bahawa kelancaran sistem daya tahan melawan penyakit semula jadi badan sangat penting dalam aspek penjagaan kesihatan seseorang individu. Oleh kerana kesihatan tubuh badan manusia sangat berkait rapat dengan sistem imun badan, manakala habbatussaudaÊ pula mampu meningkatkan sistem imun badan seseorang dengan meningkatkan jumlah sel-sel T (iaitu sel yang diketahui sebagai limfosit dan memainkan peranan utama pada kekebalan selular), maka tidak syak lagi bahawa habbatussaudaÊ merupakan penawar bagi segala penyakit kecuali mati seperti yang dikhabarkan oleh junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. 1400 tahun yang lalu.

(c)

Melancarkan Air Susu Ibu Dalam kitab-kitab perubatan Islam lama dan juga kedua-dua kitab syarah hadis yang kita pelajari ada menukilkan bahawa habbatussaudaÊ membantu kelancaran susu ibu. Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam kitabnya mengatakan: „habbatussaudaÊ melancarkan pengeluaran kencing, haid dan susu ibu jika diminum secara teratur selama beberapa hari‰ (Ibn Qayyim, t.t.). Para saintis hari ini telah mengkaji hal tersebut, antaranya kajian yang dijalankan oleh Agharwal dan rakan-rakanya dari kuliah Shah di Jamanaghor pada 1979 yang menunjukkan bahawa minyak habbatussaudaÊ meningkatkan pengeluaran susu ibu. Mereka mendapati bahawa minyak habbatussaudaÊ mampu meningkatkan aliran susu ibu disebabkan kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon yang terkandung dalam habbatussaudaÊ. (http://www.blackseedherb.com/cgibin/category.cgi?category=blackseed _property#lactation)

SEMAK KENDIRI 9.2 Jelaskan peranan sistem imun badan manusia secara terperinci. Sila dapatkan maklumat tersebut dalam buku-buku sains. Kemudian nyatakan bagaimana habbatussaudaÊ mampu meningkatkan sistem imun badan manusia?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

208  TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)



Setiap muslim wajib mempercayai bahawa Allah s.w.t. sahaja yang mampu menyembuhkan segala penyakit hamba Nya. Namun begitu, Islam menyuruh umatnya berusaha untuk sentiasa menjaga kesihatan dengan mengamalkan pengambilan makanan yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. seperti pengambilan habbatussaudaÊ.



Setiap muslim wajib mempercayai bahawa segala perkhabaran yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah benar sama ada dibuktikan secara saintifik atau tidak.



Para ulama dan tabib silam mengiktiraf habbatussaudaÊ sebagai makanan yang berkhasiat tinggi khususnya dalam merawat penyakit-penyakit fizikal.



Semua kajian saintifik yang dijalankan ke atas habbatussaudaÊ mendapati bahawa tumbuhan ini mempunyai kehebatan yang luar biasa dalam mengubati pelbagai penyakit khususnya dalam meningkatkan sistem imun badan manusia.

Black cumin

Nigella Sativa

Black seed

Penyakit sejuk

Habbatul barakah

Sistem imun

HabbatussaudaÊ

Syuniz

Kajian saintifik

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA’)

 209

Amazing herbs. (2013). Dicapai dari http://www.amazingherbs.com/arblac seedoi.html An-Nawawi, Al-Imam Mahyuddin bin Yahya bin Syarf. (t.t.). Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin Hajjaj. Beirut: Dar al-Makrifah. Ibn Hajar al-Asqalani. Ahmad bin Ali bin Hajar. (1990). Fathul Baari Syarh Sahih Bukhari. Tahqiq: Muhammad Fuad Abdul Baqi. Beirut: Dar al-Kutub alIlmiah. Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (t.t.). at-Tibb an-Nabawi. Beirut: Dar al-Fikir.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik



10

Syarah Hadis tentang Taqlid

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menerangkan pengertian taqlid, perbezaannya dengan al-IttibaÊ dan hukumnya;

2.

Menghuraikan hadis berkaitan dengan taqlid; dan

3.

Membincangkan pandangan ulama berkaitan dengan taqlid.

 PENGENALAN Sebelum ini, kita telah membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan sains dan sebagainya. Kali ini, mari kita sama-sama mengupas salah satu daripada topik yang mempunyai hubungan dengan seluruh umat Islam, sama ada yang melakukan segala arahan Allah s.w.t. atau yang mengabaikannya. Kita akan membincangkan segala yang berkaitan dengan taqlid dan hakikatnya serta sabda Rasulullah s.a.w. berhubung dengan taqlid. Isu dan permasalahan taqlid banyak dibahaskan di dalam Usul al-Fiqh dan Fiqh itu sendiri. Ulama telah mengupas dengan panjang lebar di dalam kitab-kitab mereka sejak zaman imam-imam mazhab lagi. Kita akan menyentuh aspek tersebut di samping cuba membawa hadis-hadis taqlid. Semoga topik ini berupaya menambah ilmu pengetahuan kita serta mendalami hadis Rasulullah s.a.w. Selamat membaca dan mengkaji topik ini!

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

10.1

SYARAH HADIS TENTANG TAQLID



211

PENGERTIAN TAQLID DAN PERBEZAANNYA DENGAN AL-ITTIBA’

Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan pengertian taqlid serta perbezaannya dengan al-ittibaÊ.

10.1.1

Pengertian Taqlid dari Sudut Bahasa dan Istilah

Dari sudut bahasa, taqlid bermaksud meletakkan sesuatu di leher di samping ia membalut keseluruhan leher. Maka rantai juga dalam bahasa arab dinamakan alQiladah (sesuatu yang membelit diletakkan di leher). Oleh itu, disamakan semua yang membelit atau mengelilingi sesuatu dengan perkataana al-taqlid. Taqlid digunakan dalam erti kata menyerahkan sesuatu urusan kepada seseorang sebagai gambaran seolah-olah mengikatkan urusan tersebut pada tengkuknya. Kerana seorang yang bertaqlid pada sesuatu hukum adalah seperti orang yang meletakkan rantai kepada lehernya tanpa memerhati atau mengkaji dalilnya (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006). Dari sudut istilah pula, ia bermaksud menerima pandangan orang lain tanpa sebarang hujah, atau menerima amalan orang lain tanpa dalil. Ibn al-Hammam berkata: „Taqlid bermaksud beramal dengan pandangan seseorang yang tiada sebarang hujah atau dalil tanpa sebarang bukti atau alasan untuk mengikutnya‰ (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006). Al-Syaukani memilih pengertian yang dinyatakan oleh Ibn al-Hammam dan berkata: „Ia adalah lebih baik daripada maksud yang dinyatakan sebelum ini‰ (Al-Syaukani, 1978). Kata-kata Ibn Hammam: „Pandangan yang tidak ada sebarang hujah padanya‰, ungkapan ini bermaksud pandangan yang tidak memiliki hujah yang pasti akan kebenarannya. Dengan ini taqlid itu tidaklah merujuk kepada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, atau ijmak, kerana kesemua ini dinamakan sebagai merujuk atau kembali kepada dalil. Begitu juga seorang orang awam yang merujuk kepada mufti atau kepada kadi. Merujuk ini tidak dinamakan taqlid, kerana jawapan mufti dan saksi itu diambil berasaskan hujah, maka penerimaan pandangan atau kata-kata dengan hujah tidak dinamakan taqlid kerana maksud sebenar taqlid adalah menerima pandangan atau pendirian seseorang tanpa bukti atau dalil. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

212  TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID

Hasil daripada kenyataan ini maka pemilihan (hukum) oleh seorang mujtahid jika dia mengetahui dalilnya dan bertepatan pula dengan ijtihad ulama lain, maka ia tidak dinamakan sebagai taqlid. Ini kerana beliau memilih hukum tersebut dan bersamaan dengan ijtihad ulama lain adalah berasaskan kepada dalil, bukan disebabkan ijtihad ulama lain tetapi dengan asas ilmu dan dalil. Al-Qadi Abu Bakar al-Baqillani menamakannya sebagai al-IttibaÊ dan bukannya taqlid (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006).

10.1.2

Perbezaan antara al-Ittiba’ dan Taqlid

Ulama menetapkan bahawa Taqlid berbeza dengan al-IttibaÊ. Mereka berpandangan bahawa al-IttibaÊ adalah melakukan sesuatu berpandukan kepada dalil. Al-Hafiz Ibn ÂAbd al-Bar berkata: „Taqlid di sisi sekumpulan dari ulama adalah berbeza dengan al-IttibaÊ, kerana al-IttibaÊ bermaksud mengikut pandangan seseorang berdasarkan kepada hujah dan dalil yang telah jelas kepada kamu, begitu juga pendirian dan mazhabnya‰. Maka dapat disimpulkan bahawa al-IttibaÊ adalah mengambil sesuatu pandangan dengan dalil dan bukan daripada seorang mujtahid, kerana proses mengetahui dalil juga memerlukan kepada ijtihad (kesungguhan), di mana ia bergantung kepada kesesuaian dalil tanpa sebarang pertentangan. Jika seseorang itu mengikut pandangan ulama yang mana mereka berhukum berpandukan Rasulullah s.a.w. dan dibawakan dalil, maka dia dianggap sebagai MuttabiÊ dan bukan Muqallid (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006). Khuwayz Mindad al-Maliki berkata: „Maksud Taqlid dalam istilah SyaraÊ adalah merujuk atau mengikut kepada pandangan yang tiada dalil, dan ia adalah dilarang di dalam Islam. Manakala al-IttibaÊ pula adalah sesuatu yang telah ditetapkan dengan dalil. Maka setiap (ulama) yang kamu mengikut pandangannya tanpa kamu dimestikan mengetahui dalilnya, maka kamu adalah muqallid kepada ulama tersebut. Taqlid di dalam agama Allah s.w.t. itu adalah tidak dibenarkan. Begitu juga setiap ulama yang kamu mengikutinya disebabkan dalil yang kamu mengetahuinya, maka kamu adalah MuttabiÊ kepada ulama tersebut. Al-IttibaÊ dalam agama merupakan suatu tuntutan dan taqlid pula suatu larangan (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

SYARAH HADIS TENTANG TAQLID



213

SEMAK KENDIRI 10.1 1.

Huraikan maksud taqlid dari sudut bahasa dan istilah.

2.

Nyatakan perbezaan antara taqlid dan al-IttibaÊ.

AKTIVITI 10.1 Kaji dan bincangkan dengan rakan-rakan anda berkaitan pengertian taqlid serta tahap kefahaman masyarakat Islam di Malaysia tentangnya.

10.2

HUKUM TAQLID DALAM MASALAH AQIDAH DAN PERKARA CABANG

Seterusnya, kita akan meneruskan perbincangan kita dengan hukum taqlid dalam masalah aqidah dan perkara cabang.

10.2.1

Taqlid dalam Masalah Aqidah

Ulama berbeza pandangan berkaitan dengan masalah aqidah dan kewujudan Allah s.w.t. dan sifatNya, adakah ia dibolehkan taqlid atau tidak? Jumhur ulama mengatakan bahawa tidak harus taqlid dalam masalah usul agama atau asas aqidah sama ada seseorang itu mujtahid atau orang awam, bahkan mesti memperolehi ilmu berkaitan dengannya dengan cara yang sebenar. Ini disebabkan masalah aqidah adalah terbatas (tidak mempunyai permasalahan yang mempunyai khilaf yang besar) dan dalilnya bersifat ijmali (umum). Begitu juga aqidah bukanlah suatu perkara yang baharu atau berubah-ubah. Ini adalah pandangan al-Razi, Ibn Hajib, al-Amidi dan al-Zarkasyi (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006). Al-Ustaz Abu Ishaq al-Isfarayini menukilkan ijmak ulama dari kalangan ahl alHaq dan selain mereka berkaitan dengan tidak harus taqlid dalam masalah aqidah. Abu Al-Husayn bin al-Qattan berkata: „Kami tidak mengetahui adanya khilaf di kalangan ulama pada larangan taqlid dalam masalah tauhid. Ibn alSamÊani menukilkan daripada keseluruhan al-Mutakallimin dan sebahagian ulama fiqh mengatakan bahawa: Tidak harus bagi seorang awam untuk bertaqlid dalam masalah aqidah, dia mesti mengetahuinya dengan dalil, kerana asas aqidah Copyright © Open University Malaysia (OUM)

214  TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID

bersifat aqliyyah, dan semua manusia memiliki akal‰ (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006). Jumhur berdalilkan kepada menyelidik dan mengkaji itu suatu kewajipan, dan taqlid adalah perbuatan yang meninggalkan kewajipan ini, maka ia tidak diharuskan. Dalil kewajipannya adalah apabila Allah s.w.t. menurunkan ayat dalam surah al-Baqarah, ayat 164:

∩⊇∉⊆∪ ... ÇÚö‘F{$#uρ“ÌøgrB ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# È,ù=yz ’Îû ¨βÎ) Maksudnya: Sesungguhnya pada penciptaan langit-langit dan bumi... Rasulullah s.a.w. telah bersabda: „Celakalah bagi seseorang yang membacanya dengan mulutnya tetapi tidak memikirkannya‰ (dinukilkan oleh al-Qurtubi di dalam al-JamiÊ Li Ahkam al-Quran). Hadis ini mengandungi amaran bagi sesiapa yang tidak menyelidik dan berfikir tentangnya dan ia menunjukkan kepada kewajipan mengetahui dalil dalam aqidah. Jumhur juga menggunakan dalil ijmak dari kalangan salaf yang mengatakan kewajipan mengenal Allah s.w.t., ia tidak diperoleh dengan taqlid. Ini kerana Muqallid hanya mengambil pandangan orang yang ditaqlidkan, tanpa dia mengetahui sama ada benar atau salah. Al-Quran juga menunjukkan kepada kerendahan taqlid berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Zukhruf, ayat 23:

∩⊄⊂∪ šχρ߉tFø)•Β ΝÏδÌ≈rO#u™ #’n?tã $¯ΡÎ)uρ 7π¨Βé& #’n?tã $tΡu™!$t/#u™ !$tΡô‰y`uρ $¯ΡÎ) ... Maksudnya: Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami berada di atas sebuah agama (yang pada hakikatnya tidak benar) dan sesungguhnya kami di belakang mereka dalam keadaan mengikut dan mencontohi mereka. Ayat ini menjelaskan bahawa taqlid adalah suatu yang dikeji pada pandangan syarak, ia tidak diharuskan kecuali pada perkara cabang (hukum). (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

SYARAH HADIS TENTANG TAQLID



215

Sekumpulan ulama pula mewajibkan taqlid dalam masalah aqidah. Ini adalah pandangan al-ÂAnbari dan ulama yang mengikutinya, sekumpulan ahli hadis dan ahli zahir. Pada mereka hujah-hujah akal adalah bersifat batil (salah), kajian dan ijtihad pada aqidah adalah haram dan taqlid wajib ke atas setiap mukallaf. Pada pandangan mereka kajian atau pemikiran boleh membawa kepada batil atau kesalahan dalam perkara aqidah, maka ia diharamkan serta wajib taqlid padanya. Pandangan ini adalah daif kerana Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Zukhruf yang telah dibincangkan tadi. Ayat ini menunjukkan kejian kepada kaum yang mengikut bapa-bapa mereka dalam perkara agama. Ia menunjukkan ketidakharusan kerana cara untuk memperolehnya (aqidah) adalah akal, manusia semuanya sama dari sudut akal, maka taqlid tidak dibolehkan (Dr alSheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006). Manakala bagi golongan fuqahaÊ pula, kebanyakan mereka mengharuskan taqlid dalam masalah aqidah, menghukumkan kesahihan iman orang yang bertaqlid, tetapi dianggap sebagai berdosa bagi sesiapa yang hanya cukup dengan bertaqlid dan tidak berusaha untuk mengetahuinya dengan dalil-dalil. Ini adalah bagi keempat-empat mazhab, al-AwzaÊi, al-Thauri dan kebanyakan golongan mutakallimin. Ini adalah kerana mencari dalil dan mengkajinya merupakan cara untuk mencapai ilmu pengetahuan yang meyakinkan seseorang itu tanpa sebarang keraguan. Sesiapa yang telah mencapai pegangan aqidah dan tidak ada sebarang keraguan padanya tanpa dalil yang pasti, dia juga termasuk di dalam golongan mukmin, dan terangkat daripadanya tuntutan untuk mencari dalil. Tuntutan untuk mencari dalil tidak sepatutnya diserahkan kepada orang awam yang akan menyebabkan suatu kesukaran dan kesusahan kepada mereka. Ini semua berpandukan kepada perbuatan Rasulullah s.a.w. yang tidak memerintahkan golongan Arab yang duduk di pendalaman untuk mengkaji sesuatu dalil. Jika kajian terhadap dalil mengenal Allah s.w.t. adalah suatu kewajipan, nescaya akan diperintahkan (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006).

AKTIVITI 10.2 Kita telah bincangkan dengan terperinci pandangan ulama dan perbezaan mereka dalam masalah taqlid dalam aqidah. Kaji dan selidik dengan lebih lanjut untuk memilih pandangan yang rajih dan sesuai bagi masyarakat Malaysia kini. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

216  TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID

10.2.2

Taqlid dalam Masalah Cabang

Ulama berbeza pandangan pada hukum taqlid dalam masalah fiqhiyyah atau cabang. Pandangan ulama ini terbahagi kepada tiga seperti berikut. (a)

Pandangan Pertama Sebahagian ulama berpandangan haram untuk taqlid dalam masalah fiqhiyyah secara mutlak. Malah diwajibkan ke atas setiap mukallaf untuk berijtihad dan mempelajari kaedah serta alat-alat ijtihad tersebut. Ini adalah pandangan sebahagian golongan Muktazilah yang mengatakan haram bertaqlid secara mutlak. Pandangan ini dipersetujui oleh Ibn Hazm, bahkan beliau mendakwa ijmak ulama dalam masalah ini. Al-Qarafi berkata: „Mazhab Maliki dan jumhur ulama mengatakan wajib ijtihad dan terbatalnya taqlid berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Taghabun, ayat 16.‰

∩⊇∉∪ ... ÷Λä⎢÷èsÜtFó™$# $tΒ ©!$# (#θà)¨?$$sù Maksudnya: Maka hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah mengikut kemampuan kamu (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006). Ibn Hazm pula berkata: „Taqlid adalah haram, tidak halal bagi sesiapa untuk mengambil pandangan orang lain tanpa dalil, berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-AÊraf, ayat 3.‰

∩⊂∪... 3 u™!$u‹Ï9÷ρr& ÿ⎯ÏμÏΡρߊ ⎯ÏΒ (#θãèÎ7−Fs? Ÿωuρ óΟä3În/§‘ ⎯ÏiΒ Νä3øŠs9Î) tΑÌ“Ρé& !$tΒ (#θãèÎ7®?$# Maksudnya: Hendaklah kamu semua mengikut apa yang diturunkan kepada kamu oleh Tuhan kamu, dan janganlah kamu mengikut selainNya sebagai wali-wali. Maka tidak halal bagi seseorang untuk bertaqlid dengan orang lain sama ada dia masih hidup atau mati, bahkan setiap orang mesti berijtihad mengikut kemampuannya. Mujtahid yang tersalah adalah lebih baik di sisi Allah daripada orang muqallid yang betul (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

SYARAH HADIS TENTANG TAQLID



217

Al-Khatib al-Baghdadi telah menolak pandangan ini dengan kata-katanya: „Ini merupakan suatu kesalahan (pandangan yang mengatakan taqlid haram dalam fiqhiyyah), kerana tiada cara bagi orang awam untuk mengetahuinya kecuali selepas mendalami ilmu selama beberapa tahun, bergaul dengan fuqaha dalam tempoh yang panjang, mengetahui kaedah qiyas, mengetahui apa yang membenarkannya dan yang merosakkannya serta mengetahui apa yang perlu didahulukan dan dikemudiankan. Tuntutan kepada orang awam seperti ini adalah suatu yang menyukarkan dan melampaui kemampuan mereka (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad alMallah, 2006). (b)

Pandangan Kedua Sebahagian daripada ulama mengatakan keharusan taqlid secara mutlak. Ini adalah pandangan al-Hasywiyyah dan al-TaÊlimiyyah (golongan batinyyah) yang mengatakan bahawa untuk mengetahui kebenaran mesti melalui taqlid, dan itulah yang wajib, manakala kajian dan penyelidikan adalah haram. Pandangan ini tidak perlu diambil kerana bertentangan dengan dalil-dalil al-Quran dan Sunnah serta logik akal (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad alMallah, 2006).

(c)

Pandangan Ketiga Pandangan jumhur ulama yang memperincikannya, iaitu haram taqlid kepada seorang mujtahid dan wajib kepada orang awam. Ini adalah pandangan yang sebenar. Ibn Taymiyyah berkata: „Pandangan jumhur ulama adalah ijtihad maka hukumnya harus secara umum, begitu juga taqlid dimana hukumnya harus secara umum. Tidak diwajibkan ijtihad kepada setiap orang dan juga tidak diharamkan taqlid, tidak diwajibkan taqlid kepada setiap orang dan begitu juga tidak diharamkan ijtihad. Sesungguhnya ijtihad itu harus bagi sesiapa yang memiliki kemampuan ijtihad dan taqlid harus bagi orang yang tidak mampu berijtihad (Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah, 2006).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

218  TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID

10.3

HADIS BERKAITAN DENGAN TAQLID

Di sini, kita akan membincangkan hadis-hadis yang berkaitan dengan taqlid.

10.3.1

Lafaz Hadis dan Takhrij

‫ﺤﻤﱠ ُﺪ ْﺑ ُﻦ َﻳﺰِﻳ َﺪ َﺣ ﱠﺪﹶﺛﻨَﺎ‬ َ ‫ ﺣَﺪﱠﺛﹶﻨَﺎ ﹶﺃﺑُﻮ ِﻫﺸَﺎ ٍﻡ ﺍﻟ ﱢﺮﻓﹶﺎ ِﻋ ﱡﻰ ُﻣ‬- ‫ﻗﺎﻝ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﺘﺮﻣﺬﻱ – ﺭﲪﻪ ﺍﷲ‬ ‫ﻀْﻴ ٍﻞ َﻋ ِﻦ ﺍﻟﹾﻮَﻟِﻴﺪِ ْﺑ ِﻦ َﻋْﺒ ِﺪ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ْﺑ ِﻦ ﺟُ َﻤْﻴ ٍﻊ َﻋ ْﻦ ﹶﺃﺑِﻰ ﺍﻟ ﱡﻄ ﹶﻔْﻴ ِﻞ َﻋ ْﻦ ﺣُ ﹶﺬﻳْ ﹶﻔ ﹶﺔ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ‬ َ ‫ﺤﻤﱠ ُﺪ ْﺑ ُﻦ ﻓﹸ‬ َ ‫ُﻣ‬ ‫ﺴﻨﱠﺎ‬ َ ‫ﺴ َﻦ ﺍﻟﻨﱠﺎﺱُ ﹶﺃ ْﺣ‬ َ ‫ » ﹶﻻ َﺗﻜﹸﻮﻧُﻮﺍ ِﺇ ﱠﻣ َﻌ ﹰﺔ َﺗﻘﹸﻮﻟﹸﻮ ﹶﻥ ِﺇ ﹾﻥ ﹶﺃ ْﺣ‬-‫ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬- ‫َﺭﺳُﻮ ﹸﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ‬ ‫ﻼ‬ ‫ﺴﻨُﻮﺍ َﻭِﺇ ﹾﻥ ﹶﺃﺳَﺎﺀُﻭﺍ ﹶﻓ ﹶ‬ ِ‫ﺤ‬ ْ ُ‫ﺴ َﻦ ﺍﻟﻨﱠﺎﺱُ ﹶﺃ ﹾﻥ ﺗ‬ َ ‫ﺴﻜﹸﻢْ ِﺇ ﹾﻥ ﹶﺃ ْﺣ‬ َ ‫َﻭِﺇ ﹾﻥ ﹶﻇﹶﻠﻤُﻮﺍ ﹶﻇﹶﻠ ْﻤﻨَﺎ َﻭﹶﻟ ِﻜ ْﻦ َﻭﻃﱢﻨُﻮﺍ ﹶﺃﻧْﻔﹸ‬ .‫ﺐ ﹶﻻ َﻧﻌْ ِﺮﻓﹸﻪُ ِﺇﻻﱠ ِﻣ ْﻦ َﻫﺬﹶﺍ ﺍﹾﻟ َﻮ ْﺟ ِﻪ‬ ٌ ‫ﺴ ٌﻦ ﹶﻏﺮِﻳ‬ َ ‫ﺚ َﺣ‬ ‫ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﺃﺑُﻮ ﻋِﻴﺴَﻰ َﻫﺬﹶﺍ َﺣﺪِﻳ ﹲ‬.« ‫َﺗ ﹾﻈِﻠﻤُﻮﺍ‬ Maksudnya: Berkata al-Imam al-Tirmizi r.h.: Telah menyampaikan kepada kami Abu Hisyam al-RifaÊi Muhammad bin Yazid, telah menyampaikan kepada kami Muhammad bin Fudail, daripada al-Walid bin ÂAbd Allah bin JumaiÊ, daripada Abu al-Tufail, daripada Huzaifah RA berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: „Janganlah kamu semua menjadi ImmaÊah, kamu berkata: Jika manusia semuanya baik, kami akan menjadi baik, jika mereka zalim, kami akan zalim. Tetapi tetap dan teguhkan diri-diri kamu semua, jika manusia baik, maka kamu akan baik, jika mereka melakukan kejahatan, maka janganlah kamu menjadi zalim.‰ Abu ÂIsa berkata: Hadis ini hasan gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali melalui bentuk (isnad) ini. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi di dalam kitab JamiÊnya di dalam kitab al-Birr wa al-Silah, Bab al-Ihsan wa al-ÂAfwu, hadis yang ke 2007.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

SYARAH HADIS TENTANG TAQLID



219

Al-Imam al-Tirmizi menghukumkan hadis ini sebagai hadis hasan gharib. Istilah hadis sebagai hasan gharib ini telah menjadi perbahasan di kalangan para ulama hadis terdahulu dan wujud pelbagai ungkapan bagi mentafsirkannya. Al-Hafiz Ibn Hajar alÊAsqalani di dalam kitabnya Nuzhah al-Nazar Fi Taudih Nukhbah alFikr Fi Mustalah Ahl al-Athar berkata: „Al-Imam al-Tirmizi di dalam kitabnya hanya menyatakan pengertian hasan dengan katanya: Setiap yang kami sebutkan di dalam kitab kami dengan Hadis Hasan, maka kami maksudkan adalah isnadnya yang hasan di sisi kami: iaitu setiap hadis yang diriwayatkan, di mana para perawinya tidak dituduh berdusta, serta diriwayatkan hadis tersebut dengan sanad yang lain juga dan ia tidak syaz (bertentangan dengan hadis yang lain yang lebih kuat). Jelas dengannya beliau (al-Imam al-Tirmizi) hanya menyatakan pengertian hadis yang disebut sebagai hasan sahaja, manakala hadis yang disebutkan sebagai hasan sahih, hasan gharib atau hasan sahih gharib, maka beliau tidak menyatakan pengertiannya. Begitu juga istilah sahih atau gharib semata-mata, seolah-olah beliau meninggalkan daripada menyebut maknanya kerana berasa cukup dengan apa yang diketahui secara masyhur pada istilah ulama hadis (Al-ÂAsqalani, Ibn Hajar Ahmad bin ÂAli, 2001). Intipati daripada pandangan al-Hafiz Ibn Hajar ini dapat disimpulkan bahawa hadis ini dihukumkan sebagai hasan di sisi al-Imam al-Tirmizi dan ia hanya memiliki satu saluran atau isnad sahaja dengan berpandukan kata-katanya: Gharib dan La NaÊrifuhu illa Min Haza Wajh yang bermaksud: Kami tidak mengetahuinya kecuali hanya melalui isnad ini. Terdapat juga pandangan ulama lain yang mengatakan bahawa hadis ini di sisi al-Imam al-Tirmizi adalah hasan li ghairihi dengan maksud gharib adalah daif. Al-Hafiz al-Munziri di dalam kitabnya al-Targhib wa al-Tarhib hanya menukilkan pandangan al-Imam al-Tirmizi dengan mengatakan hadis ini hasan (al-Munziri, Zakiy al-Din ÂAbd al-ÂAzim, 2000). Al-Hafiz al-Minnawi dalam kitabnya Takhrij Ahadith al-Masabih, Isnadnya adalah baik (jayyid). (Al-Minnawi, Muhammad bin Ibrahim al-Sulami, 2004). Manakala Sheikh al-Albani mengatakan bahawa hadis ini daif dan ia adalah sahih jika disandarkan hanya kepada sahabat (Al-Albani, Muhammad Nasir alDin, 2001).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

‫‪220  TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID‬‬

‫‪Syarah Hadis‬‬

‫‪10.3.2‬‬

‫‪Hadis ini disyarahkan oleh Sheikh al-Mubarakfuri di dalam kitabnya Tuhfah al‬‬‫‪Ahwazi Bi Syarah JamiÊ al-Tirmizi dengan katanya:‬‬

‫ﻗﻮﻟﻪ ) ﻋﻦ ﺍﻟﻮﻟﻴﺪ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺑﻦ ﲨﻴﻊ ( ﺑﻀﻢ ﺍﳉﻴﻢ ﻭﻓﺘﺢ ﺍﳌﻴﻢ ﻣﺼﻐﺮﺍ ﺍﻟﺰﻫﺮﻱ ﺍﳌﻜﻲ ﻧﺰﻳﻞ ﺍﻟﻜﻮﻓﺔ‬ ‫ﺻﺪﻭﻕ ﻳﻬﻢ ﻭﺭﻣﻲ ﺑﺎﻟﺘﺸﻴﻊ ﻣﻦ ﺍﳋﺎﻣﺴﺔ‪.‬‬ ‫ﻭﻟﻪ ) ﻻ ﺗﻜﻮﻧﻮﺍ ﺇﻣﻌﺔ ( ﺑﻜﺴﺮ ﺍﳍﻤﺰﺓ ﻭﺗﺸﺪﻳﺪ ﺍﳌﻴﻢ ﻭﺍﳍﺎﺀ ﻟﻠﻤﺒﺎﻟﻐﺔ ﻭﳘﺰﺗﻪ ﺃﺻﻠﻴﺔ ﻭﻻ ﻳﺴﺘﻌﻤﻞ ﺫﻟﻚ‬ ‫ﰲ ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ ﻓﻼ ﻳﻘﺎﻝ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﺇﻣﻌﺔ ﻛﺬﺍ ﰲ ﺍﻟﻨﻬﺎﻳﺔ‪ .‬ﻭﻗﺎﻝ ﺻﺎﺣﺐ ﺍﻟﻔﺎﺋﻖ ﻫﻮ ﺍﻟﺬﻱ ﻳﺘﺎﺑﻊ ﻛﻞ ﻧﺎﻋﻖ‬ ‫ﻭﻳﻘﻮﻝ ﻟﻜﻞ ﺃﺣﺪ ﺃﻧﺎ ﻣﻌﻚ ﻷﻧﻪ ﻻ ﺭﺃﻱ ﻟﻪ ﻳﺮﺟﻊ ﺇﻟﻴﻪ‪ ،‬ﻭﻣﻌﻨﺎﻩ ﺍﳌﻘﻠﺪ ﺍﻟﺬﻱ ﳚﻌﻞ ﺩﻳﻨﻪ ﺗﺎﺑﻌﺎ ﻟﺪﻳﻦ‬ ‫ﻏﲑﻩ ﺑﻼ ﺭﺅﻳﺔ ﻭﻻ ﲢﺼﻴﻞ ﺑﺮﻫﺎﻥ ﺍﻧﺘﻬﻰ ﻛﻼﻣﻪ‪ .‬ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻘﺎﺭﻯﺀ ﺑﻌﺪ ﻧﻘﻞ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻜﻼﻡ ﻋﻦ ﺍﻟﻔﺎﺋﻖ ﻣﺎ‬ ‫ﻟﻔﻈﻪ ﻭﻓﻴﻪ ﺇﺷﻌﺎﺭ ﺑﺎﻟﻨﻬﻲ ﻋﻦ ﺍﻟﺘﻘﻠﻴﺪ ﺍﺠﻤﻟﺮﺩ ﺣﱴ ﰲ ﺍﻷﺧﻼﻕ ﻓﻀﻼ ﻋﻦ ﺍﻻﻋﺘﻘﺎﺩﺍﺕ ﻭﺍﻟﻌﺒﺎﺩﺍﺕ‪ .‬ﻭﰲ‬ ‫ﺍﻟﻘﺎﻣﻮﺱ ﺍﻻﻣﻊ ﻛﻬﻠﻊ ﻭﻫﻠﻌﺔ ﻭﻳﻔﺘﺤﺎﻥ ﺍﻟﺮﺟﻞ ﻳﺘﺎﺑﻊ ﻛﻞ ﻭﺍﺣﺪ ﻋﻠﻰ ﺭﺃﻳﻪ ﻻ ﻳﺜﺒﺖ ﻋﻠﻰ ﺷﻲﺀ ﻭﻣﺘﺒﻊ‬ ‫ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺇﱃ ﺍﻟﻄﻌﺎﻡ ﻣﻦ ﻏﲑ ﺃﻥ ﻳﺪﻋﻰ ﻭﺍﶈﻘﺐ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺩﻳﻨﻪ ﻭﺍﳌﺘﺮﺩﺩ ﰲ ﻏﲑ ﺻﻨﻌﺔ ﻭﻣﻦ ﻳﻘﻮﻝ ﺃﻧﺎ ﻣﻊ‬ ‫ﺍﻟﻨﺎﺱ‪ .‬ﻭﻻ ﻳﻘﺎﻝ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﺇﻣﻌﺔ ﺃﻭ ﻗﺪ ﻳﻘﺎﻝ ﻭﺃﺗﺄﻣﻊ ﻭﺍﺳﺘﺄﻣﻊ ﺻﺎﺭ ﺇﻣﻌﺔ ﻭﻗﻴﻞ ﻫﻮ ﺍﻟﺮﺟﻞ ﺍﻟﺬﻱ ﻳﻜﻮﻥ‬ ‫ﻟﻀﻌﻒ ﺭﺃﻳﻪ ﻣﻊ ﻛﻞ ﻭﺍﺣﺪ‪ .‬ﻭﺍﳌﺮﺍﺩ ﻫﻨﺎ ﻣﻦ ﻳﻜﻮﻥ ﻣﻊ ﻣﺎ ﻳﻮﺍﻓﻖ ﻫﻮﺍﻩ ﻭﻳﻼﺋﻢ ﺃﺭﺏ ﻧﻔﺴﻪ ﻭﻣﺎ‬ ‫ﻳﺘﻤﻨﺎﻩ‪ ،‬ﻭﻗﻴﻞ ﺍﳌﺮﺍﺩ ﻫﻨﺎ ﺍﻟﺬﻱ ﻳﻘﻮﻝ ﺃﻧﺎ ﻣﻊ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻛﻤﺎ ﻳﻜﻮﻧﻮﻥ ﻣﻌﻲ ﺇﻥ ﺧﲑﺍ ﻓﺨﲑ ﻭﺇﻥ ﺷﺮﺍ ﻓﺸﺮ‬ ‫ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻘﺎﺭﻯﺀ ﻭﻫﺬﺍ ﺍﳌﻌﲎ ﻫﻮ ﺍﳌﺘﻌﲔ ﻛﻤﺎ ﻳﺪﻝ ﻋﻠﻴﻪ ﻗﻮﻟﻪ )ﺗﻘﻮﻟﻮﻥ ﺇﻥ ﺃﺣﺴﻦ ﺍﻟﻨﺎﺱ( ﺃﻱ ﺇﻟﻴﻨﺎ ﺃﻭ ﺇﱃ‬ ‫ﻏﲑﻧﺎ )ﺃﺣﺴﻨﺎ( ﺃﻱ ﺟﺰﺍﺀ ﺃﻭ ﺗﺒﻌﺎ ﳍﻢ )ﻭﺇﻥ ﻇﻠﻤﻮﺍ( ﺃﻱ ﻇﻠﻤﻮﻧﺎ ﺃﻭ ﻇﻠﻤﻮﺍ ﻏﲑﻧﺎ ﻓﻜﺬﻟﻚ ﳓﻦ‬ ‫)ﻇﻠﻤﻨﺎ( ﻋﻠﻰ ﻭﻓﻖ ﺃﻋﻤﺎﳍﻢ‪ .‬ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻄﻴﱯ ﻗﻮﻟﻪ ﺗﻘﻮﻟﻮﻥ ﺍﱁ ﺑﻴﺎﻥ ﻭﺗﻔﺴﲑ ﻟﻺﻣﻌﺔ ﻷﻥ ﻣﻌﲎ ﻗﻮﻟﻪ ﺇﻥ‬ ‫ﺃﺣﺴﻦ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻭﺇﻥ ﻇﻠﻤﻮﺍ ﺃﻧﺎ ﻣﻘﻠﺪ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﰲ ﺇﺣﺴﺎﻬﻧﻢ ﻭﻇﻠﻤﻬﻢ ﻭﻣﻘﺘﻔﻲ ﺃﺛﺮﻫﻢ )ﻭﻟﻜﻦ ﻭﻃﻨﻮﺍ‬ ‫ﺃﻧﻔﺴﻜﻢ ﺇﻥ ﺃﺣﺴﻦ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺃﻥ ﲢﺴﻨﻮﺍ ﺍﱁ( ﻗﺎﻝ ﰲ ﺍﻟﻘﺎﻣﻮﺱ‪ :‬ﺗﻮﻃﲔ ﺍﻟﻨﻔﺲ ﲤﻬﻴﺪﻫﺎ ﻭﺗﻮﻃﻨﻬﺎ ﲤﻬﺪﻫﺎ‬ ‫ﺍﻧﺘﻬﻰ‪ .‬ﻭﰲ ﺍﳌﻨﺠﺪ‪ :‬ﻭﻃﻦ ﻧﻔﺴﻪ ﻋﻠﻰ ﺍﻷﻣﺮ ﻭﻟﻸﻣﺮ ﻫﻴﺄﻫﺎ ﻟﻔﻌﻠﻪ ﻭﲪﻠﻬﺎ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻧﺘﻬﻰ‪ ,‬ﻭﰲ ﺃﺳﺎﺱ‬ ‫ﺍﻟﺒﻼﻏﺔ ﺃﻭﻃﻦ ﺍﻷﺭﺽ ﻭﻭﻃﻨﻬﺎ ﻭﺍﺳﺘﻮﻃﻨﻬﺎ ﻭﻣﻦ ﺍﺠﻤﻟﺎﺯ ﻭﻃﻨﺖ ﻧﻔﺴﻲ ﻋﻠﻰ ﻛﺬﺍ ﻓﺘﻮﻃﻨﺖ‪ ،‬ﻗﺎﻝ‬ ‫)‪Copyright © Open University Malaysia (OUM‬‬

TOPIK 10

SYARAH HADIS TENTANG TAQLID



221

‫ ﺇﻥ ﲢﺴﻨﻮﺍ‬:‫ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻄﻴﱯ‬،‫ ﻭﻻ ﺧﲑ ﻓﻴﻤﻦ ﻻ ﻳﻮﻃﻦ ﻧﻔﺴﻪ ﻋﻠﻰ ﻧﺎﺋﺒﺎﺕ ﺍﻟﺪﻫﺮ ﺣﲔ ﺗﻨﻮﺏ‬:‫ﺍﻟﺸﺎﻋﺮ‬ ‫ ﻭﺟﻮﺍﺏ ﺍﻟﺸﺮﻁ ﳏﺬﻭﻑ ﻳﺪﻝ ﻋﻠﻴﻪ ﺇﻥ ﲢﺴﻨﻮﺍ ﻭﺍﻟﺘﻘﺪﻳﺮ ﻭﻃﻨﻮﺍ ﺃﻧﻔﺴﻜﻢ ﻋﻠﻰ‬،‫ﻣﺘﻌﻠﻖ ﺑﻘﻮﻟﻪ ﻭﻃﻨﻮﺍ‬ .‫ ﻷﻥ ﻋﺪﻡ ﺍﻟﻈﻠﻢ ﺇﺣﺴﺎﻥ‬،‫ ﺇﻥ ﺃﺣﺴﻦ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻓﺄﺣﺴﻨﻮﺍ ﻭﺇﻥ ﺃﺳﺎﺀﻭﺍ ﻓﻼ ﺗﻈﻠﻤﻮﺍ‬،‫ﺍﻻﺣﺴﺎﻥ‬ Sheikh al-Mubarakfuri memulakan syarahnya terhadap hadis ini dengan menyatakan biografi ringkas salah seorang perawi iaitu al-Walid bin ÂAbdullah bin JumaÊi dengan menyebut sebutan yang betul bagi perkataan JumaÊi iaitu baris hadapan huruf Jim serta baris atas huruf Mim, dinisbahkan kepada al-Zuhri alMakki dan menetap di Kufah. Perawi ini dihukumkan sebagai seorang yang saduq tetapi ada melakukan kesilapan (dalam periwayatan hadis), dituduh sebagai penganut fahaman Syiah dan berada di tabaqat yang kelima. Seterusnya beliau mengemukakan kaedah sebutan dan tafsiran bagi perkataan ‫إمعة‬ َ ‫ ﱠ‬dalam ungkapan ‫ال تكونوا إمعة‬. Sheikh al-Mubarakfuri mengupas kaedah bacaan yang betul bagi perkataan ‫ إمعة‬dan makna ayat tersebut iaitu, istilah yang diberikan kepada seseorang yang mengikut setiap orang yang menyeru kepada sesuatu, juga sentiasa berkata: Aku bersama denganmu, kerana dia adalah seorang yang tidak mempunyai pendirian sendiri untuk dijadikan pegangan. Perkataan ‫ إمعة‬juga bermaksud seorang Muqallid yang menjadikan agamanya sebagai ikutan kepada agama orang lain tanpa sebarang pandangan dan tidak berusaha mendapatkan hujah berkaitan dengannya. Sheikh al-Mubarakfuri menukilkan pandangan al-Faiq (seorang yang mentafsirkan hadis ini) iaitu: Di dalam hadis ini adanya suatu penegasan terhadap larangan taqlid semata-mata sehinggakan pada perkara yang berkaitan dengan akhlak. Ia lebih-lebih lagi ditegah jika berkaitan dengan aqidah dan ibadah. Perkataan ‫ إمعة‬juga membawa erti seorang lelaki yang mengikut pandangan orang lain sedangkan dia tidak memiliki apa-apa pilihan, juga seorang yang mengikut orang lain ke jamuan makan yang mana dia tidak dijemput menghadirinya juga diberikan kepada orang yang berkata: Aku mengikut manusia lain. Perkataan ini tidak diberikan kepada wanita serta ia memiliki kata kerja yang tersendiri iaitu ‫ أتامع‬dan ‫استأمع‬. Ungkapan di dalam hadis ini bermaksud seseorang yang hanya mengikut apa yang bersesuaian dengan hawa nafsunya dan kehendak jiwanya. Terdapat pandangan yang mengatakan ia bermaksud seseorang yang berkata: Aku mengikut manusia lain sepertimana mereka bersama-samaku, jika mereka baik, maka aku akan baik, jika jahat, maka aku akan turut menjadi jahat. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

222  TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID

‫ﱢ‬ Seterusnya Sheikh al-Mubarakfuri menyatakan makna perkataan ‫وطنوا‬ iaitu meneguhkan dan meletakkan asas yang kukuh bagi diri. Ia juga bermaksud menyediakan diri untuk melaksanakannya dan menanggungnya. Kemudian, di pengakhiran syarahnya kepada hadis ini Sheikh al-Mubarakfuri menyatakan pandangan ulama berkaitan dengan ungkapan ‫ولكن وطنوا أنفسكم إن‬ ‫أحسن الناس أن تحسنوا وإن أساءوا فال تطلموا‬. Secara keseluruhannya, ia membawa erti Rasulullah s.a.w. menyatakan: „Bahawa hendaklah kamu semua meneguhkan diri kamu dan menyediakannya untuk melakukan kebaikan, jika manusia semuanya baik, tetapi jika manusia zalim, maka janganlah kamu menjadi zalim, kerana tidak zalim itu adalah kebaikan‰.

SEMAK KENDIRI 10.2 1.

Berikan hadis Rasulullah s.a.w. berkaitan dengan taqlid dalam perkara berkaitan akhlaq.

2.

Jelaskan maksud perkataan yang berikut: (a)

‫ ;إمعة‬dan

(b)

‫وطنوا أنفسكم‬.



Taqlid dari sudut bahasa bermaksud meletakkan sesuatu di leher di samping ia membalut keseluruhan leher.



Taqlid dari sudut istilah bermaksud menerima pandangan orang lain tanpa sebarang hujah, atau menerima amalan orang lain tanpa dalil.



Taqlid berbeza dengan al-IttibaÊ. Ulama berpandangan bahawa al-IttibaÊ adalah melakukan sesuatu berpandukan kepada dalil manakala Taqlid mengikut pandangan tanpa mengetahui dalilnya.



Ulama berbeza pandangan sama ada boleh bertaqlid atau tidak dalam masalah aqidah dan kewujudan Allah s.w.t. dan sifatNya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

SYARAH HADIS TENTANG TAQLID



223



Pandangan yang sahih adalah pandangan golongan fuqahaÊ yang mana kebanyakan mereka mengharuskan taqlid dalam masalah aqidah, menghukumkan kesahihan iman orang yang bertaqlid, tetapi dianggap sebagai berdosa bagi sesiapa yang hanya cukup dengan bertaqlid dan tidak berusaha untuk mengetahuinya dengan dalil-dalil.



Manakala taqlid dalam masalah furuÊ atau berkaitan masalah fiqh, jumhur ulama berpandangan memperincikannya iaitu haram taqlid kepada seorang mujtahid dan wajib kepada orang awam. Ini adalah pandangan yang sebenar.



Nabi s.a.w. melarang umatnya dari hanya mengikut sahaja perlakuan orang ramai tanpa memiliki suatu pendirian yang tegas berkaitan perkara yang baik atau buruk.



Sikap hanya mengikut akhlak orang ramai tidak boleh digunakan dalam kehidupan berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

Al-IttibaÊ

Istilah

FuruÊ

Muqallid

Hasan gharib

MuttabiÊ

Ijtihad

Usul

ImmaÊah

Taqlid

Al-Albani, Muhammad Nasir al-Din. (2001). Takhrij Al-Albani Li al-Misykat. AlDammam: Dar Ibn al-Qayyim. Al-ÂAsqalani, Ibn Hajar Ahmad bin ÂAli. (2001).Nuzhah al-Nazar Fi Taudih Nukhbah al-Fikr Fi Mustalah Ahl al-Athar. Tahqiq: Dr ÂAbd Allah alRuhayli. Riyadh: Maktabah al-Malik Fahd. Al-Minnawi, Muhammad bin Ibrahim al-Sulami. (2004). Takhrij Ahadith alMasabih. Beirut: al-Dar al-ÂArabiyyah Li al-MausuÊat. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

224  TOPIK 10 SYARAH HADIS TENTANG TAQLID

Al-Munziri, Zakiy al-Din ÂAbd al-ÂAzim. (2000). al-Targhib wa al-Tarhib. Tahqiq: Muhammad al-Sayyid. Kaherah: Dar al-Fajr Li al-Turath. Al-Syaukani. (1978). Irsyad al-Fuhul Ila Tahqiq al-Haq Min ÂIlm al-Usul. Beirut: Dar al-MaÊrifah. Dr al-Sheikh Husayn Muhammad al-Mallah. (2006). Al-Fatwa, Nasyatuhu wa Tatawwaruhu. Beirut: al-Maktabah al-ÂAsriyyah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik



11

Syarah Hadis tentang Fanatik dan Taasub

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menerangkan hadis yang berkaitan tentang fanatik dan taasub;

2.

Mengenal pasti kemudaratan bersikap fanatik dan taasub;

3.

Menghuraikan cara sebenar atau sifat Wasatiyyah dalam beragama; dan

4.

Menerangkan penyelesaian kepada permasalahan taasub dan fanatik.

 PENGENALAN Dewasa kini kita melihat pelbagai perubahan yang berlaku di dalam masyarakat merangkumi perubahan ekonomi, sosial, politik dan amalan beragama. Terdapat di kalangan umat Islam yang terlalu ringan dalam urusan agamanya, hanya mengaku bahawa dia beragama Islam, tetapi tidak melaksanakan perintah Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w. malah melakukan banyak perkara yang dilarang dalam Islam dengan pelbagai helah dan hujah. Di sebelah pihak yang lain pula terdapat sekelompok manusia yang berlebihan dan melampau dalam urusan agama mereka, sanggup melafazkan ungkapan kufur dan kekal dalam neraka bagi sesiapa yang dilihat melakukan kesalahan kecil di sisi Allah s.w.t., melampau dalam pegangannya terhadap sesuatu pendapat ulama atau ustaz yang diikutinya, melampau dan fanatik dengan sesuatu mazhab sehingga menghukumkan sesat kepada mazhab yang lain, taasub dengan guru atau Copyright © Open University Malaysia (OUM)

226  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

kelompoknya yang dianggap semua yang bersalahan dengan pegangannya adalah termasuk dalam kategori penduduk neraka. Sikap yang terbaik adalah tidak melampau, tidak fanatik dan taasub yang menyeleweng dari landasan sebenar Islam, menjalankan urusan agama mengikut garis panduan yang diberikan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w. Atau dalam bahasa mudah yang biasa kita dengari pada era ini di Malaysia dan digembar gemburkan kehebatannya ialah bersikap Wasatiyyah dalam segala urusan dunia dan akhirat. Dalam topik ini, kita akan membincangkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menerangkan tentang keburukan sikap fanatik, taasub, melampau dan melebihi had dalam Islam. Kita akan sama-sama melihat pandangan ulama berkaitan dengannya dan seterusnya akan huraikan permasalahan berkaitan dengan Wasatiyyah dalam agama, maksud, pendekatan dan ciri-cirinya. Semoga perbincangan ini akan menghasilkan natijah yang baik untuk diri kita dan disampaikan kepada masyarakat akan kesempurnaan Islam dan kesesuaiannya di setiap masa, tempat dan kelompok manusia.

AKTIVITI 11.1 Kemunculan banyak kelompok-kelompok yang mendakwa menegakkan Islam atau sunnah Nabi s.a.w. di Malaysia dilihat sebagai satu fenomena yang boleh memberikan kesan yang positif kepada perkembangan agama Islam. Walaupun begitu, kadang-kala mereka membawa beberapa elemen melampau atau fanatik yang tidak diharuskan dalam Islam. Kaji ciri-ciri fanatik dan taasub yang salah yang wujud dalam kelompokkelompok ini dan berikan pandangan anda mengenainya.

11.1

FANATIK DAN TAASUB

Apakah itu fanatik dan taasub? Di sini, kita akan membincangkan pengertian fanatik dan taasub.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 11

11.1.1

SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB



227

Pengertian Fanatik dan Taasub dan Hakikatnya

Fanatik bermaksud sikap yang keterlaluan dan melampau dalam sesuatu pegangan atau pendirian yang biasanya berkaitan dengan keagamaan. la disama ertikan dengan taasub.

Lawan bagi fanatik dan taasub ialah tasamuh dan toleransi, yang bermaksud lapang dada, luas fikiran dan sabar. Melampau-lampau diistilahkan dengan al-ghuluww, al-tanattuÊ dan al-tashdid. Sikap melampau bertentangan dengan sikap adil dan sederhana. Maksud firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 143:

tβθä3tƒuρ Ĩ$¨Ψ9$# ’n?tã u™!#y‰pκà− (#θçΡθà6tGÏj9 $VÜy™uρ Zπ¨Βé& öΝä3≈oΨù=yèy_ y7Ï9≡x‹x.uρ ∩⊇⊆⊂∪... 3 #Y‰‹Îγx© öΝä3ø‹n=tæ ãΑθß™§9$# Maksudnya: Dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus). Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah), dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu (http://www.faziliaton.com/iqraÊ/buku6/index.php). Sikap fanatik dan taasub kepada pendapat sendiri, mahu pun guru atau kumpulan adalah salah satu dari gejala melampau. la memberi gambaran kebekuan fahaman seseorang yang tidak mahu melihat maslahah ummah dan tidak mampu untuk berbincang bagi membandingkan pendapat sendiri dengan pendapat orang lain, bagi mengambil pendapat yang lebih kuat dalil dan alasannya. Fanatik dan taasub adalah sikap menutup pintu bagi pandangan lain yang berbeza dan berusaha untuk menidakkannya. Sikap ini adalah pembawaan yang memandang bahawa hanya diri sendiri atau kumpulannya sahaja yang betul. Malah secara berani menuduh orang yang berlainan pendapat darinya sebagai jahil, bodoh, fasiq dan derhaka. Ini seolah-olah menjadikan diri sendiri sebagai Copyright © Open University Malaysia (OUM)

228  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

nabi yang maksum dan perkataannya sebagai firman yang diturunkan. Ijmak semua ulama salaf dan khalaf, semua orang boleh diambil dan ditinggal pendapatnya melainkan Rasulullah s.a.w. Sikap fanatik dan taasub ini dikutuk kerana ia mengikat orang lain dengannya dan menafikan peranan orang lain. Justeru itu, mana-mana orang atau kumpulan yang fanatik dan taasub tidak mungkin bertemu dengan pihak lain. Keadaan akan menjadi lebih gawat apabila dia mahu mewajibkan pandangannya ke atas orang lain dengan kekerasan seperti mengutuk dan menuduh orang lain melakukan bidaah, kufur dan keluar dari agama. Dalam tindakan secara kekerasan, fanatik dan taasub ini menjadi lebih bahaya, seperti mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah s.w.t. dan mewajibkan meninggalkan yang makruh seperti meninggalkan yang haram. Fenomena ketaasuban juga boleh berlaku apabila ada golongan yang mengkafirkan masyarakat secara menyeluruh, kecuali mereka yang berpegang kepada prinsip mereka atau menganggotai jemaah mereka sahaja. Ketaasuban ini boleh membawa kepada menghalalkan darah dan harta orang yang di luar jemaah, kerana telah dianggap murtad dan kufur. Golongan melampau juga akan memperlihatkan sikap prasangka buruk kepada pihak lain. Lebih banyak menuduh dan menghukum dari memberi nasihat dan pengajaran. Kekerasan bersenjata mungkin digunakan terhadap perkara yang mereka anggap batil. Selalunya ia ditujukan kepada pemerintah yang tidak melaksanakan hukum seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. atau menangguhkan pelaksanaan syariat dan menggantikannya dengan hukuman ciptaan manusia. Golongan ini akan melancarkan jihad terhadap sesiapa yang enggan menunaikan hukum Islam. Golongan di atas sebenarnya keliru dan tidak boleh membezakan antara tugas pemerintah dengan tugas individu. Sayidina Abu Bakar r.a. memerangi orang yang tidak membayar zakat dan murtad adalah sebagai menjalankan tugas sebagai pemerintah. Pada peringkat individu mereka hanya perlu melakukan amr bil maaruf wa nahyu anil munkar. Mencegah kemungkaran dengan menggunakan kekuasaan tidak semestinya atas semua orang, tetapi bagi yang ada kuasa terhadap orang bawahannya. Bapa terhadap anak, majikan ke atas pekerjanya atau pemerintah terhadap rakyatnya (http://www.faziliaton.com/iqraÊ/buku6/index.php).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 11

11.1.2

SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB



229

Hadis-hadis Nabi s.a.w. Berkaitan dengan Fanatik dan Taasub

Terdapat banyak hadis Nabi s.a.w. yang melarang umatnya dari bersikap fanatik, taasub, melampaui batas dan berlebih-lebihan, antaranya:

‫ ﺇﻥ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﻳﺴﺮ ﻭﻟﻦ ﻳﺸﺎﺩ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﺃﺣﺪ ﺇﻻ ﻏﻠﺒﻪ‬:‫ﻋﻦ ﺃﰊ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ‬ .‫ﻓﺴﺪﺩﻭﺍ ﻭﻗﺎﺭﺑﻮﺍ ﻭﺃﺑﺸﺮﻭﺍ ﻭﺍﺳﺘﻌﻴﻨﻮﺍ ﺑﺎﻟﻐﺪﻭﺓ ﻭﺍﻟﺮﻭﺣﺔ ﻭﺷﻲﺀ ﻣﻦ ﺍﻟﺪﳉﺔ‬ Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: „Sesungguhnya agama ini adalah mudah, tidak ada seseorang yang menyukarkan urusan agama kecuali dia akan disusahkan dan merasa sukar melaksanakannya, maka hendaklah kamu melakukan segala (di dalam Islam) dengan bentuk yang terbaik, hampir kepada kesempurnaan (jika tidak mampu untuk menyempurnakannya) dan carilah bantuan dengan melaksanakan amalan di waktu pagi dan petang serta awal malam‰. (Al-Bukhari: Muhammad bin IsmaÊil al-Bukhari, 1987, Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar Ibn Kathir, Kitab al-Iman, Bab al-Din Yusr, nombor hadis: 39) Hadis ini menerangkan kepada kita tentang kemudahan dan kesenangan dalam urusan agama Allah s.w.t. ini. Ia tidak memerlukan kepada sikap berlebih lebihan atau melampau yang boleh membawa kepada taasub dan fanatik.

‫ ﻗﺎﳍﺎ ﺛﻼﺛﺎ‬.« ‫ » ﻫﻠﻚ ﺍﳌﺘﻨﻄﻌﻮﻥ‬-‫ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬- ‫ﻋﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﻗﺎﻝ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ‬ Maksudnya: Daripada ÂAbdullah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda: „Binasalah orang yang melampaui batas dan berlebihan (pada perkataan dan perbuatannya)‰. Nabi s.a.w. mengungkapkannya sebanyak tiga kali. (Muslim, Muslim bin al-Hajjaj, Sahih Muslim, Beirut: Dar al-Jail, Kitab al-Âilm, Bab Halaka al-MutanattiÊun, nombor hadis: 6955) Sikap melampau yang juga salah satu ciri fanatik dan taasub amat ditegah oleh Nabi s.a.w. malah dijanjikan kebinasaan bagi dirinya sama ada di dunia mahupun akhirat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

230  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

‫ ﻭﺇﻳﺎﻛﻢ ﻭﺍﻟﻐﻠﻮ ﰲ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﻓﺈﳕﺎ‬:‫ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ‬،‫ﻋﻦ ﺍﺑﻦ ﻋﺒﺎﺱ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ‬ ‫ﺃﻫﻠﻚ ﻣﻦ ﻛﺎﻥ ﻗﺒﻠﻜﻢ ﺍﻟﻐﻠﻮ ﰲ ﺍﻟﺪﻳﻦ‬ Maksudnya: Daripada Ibn ÂAbbas r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda: „Waspadalah kamu dengan sikap melampau dan berlebihan dalam urusan agama, kerana sesungguhnya yang membinasakan umat terdahulu adalah kerana sikap melampau dan berlebihan mereka dalam urusan agama‰. (Al-Nasai', Ahmad bin SyuÊaib, 1986, Sunan al-NasaiÊ, Halb: Maktab al-MatbuÊah al-Islamiyyah, Kitab: Manasik al-Hajj, Bab Iltiqad al-Hasa, nombor hadis: 3057) Hadis jelas melarang semua umat Islam dari bersikap fanatik dan melampau dalam urusan agama.

‫ ﻣﻦ ﻧﺼﺮ ﻗﻮﻣﻪ ﻋﻠﻰ ﻏﲑ‬:‫ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺑﻦ ﻣﺴﻌﻮﺩ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ‬ .‫ﺍﳊﻖ ﻓﻬﻮ ﻛﺎﻟﺒﻌﲑ ﺍﻟﺬﻯ ﺭﺩﻯ ﻓﻬﻮ ﻳﻨﺰﻉ ﺑﺬﻧﺒﻪ‬ Maksudnya: Daripada ÂAbdullah bin MasÊud r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: „Sesiapa yang membantu kaumnya ke atas kezaliman, maka dia adalah seumpama unta yang mencampakkan dirinya ke dalam telaga buta, dalam keadaan dia ditarik dengan ekornya‰. (Abu Daud, Sulayman bin al-AsyÊath, Sunan Abi Daud, Beirut: Dar al-Kitab alÂArabi, Kitab al-Adab, Bab: FI al-ÂAsabiyyah, nombor hadis: 5119) Hadis ini mencela perbuatan Muslim yang terburu-buru bersikap Âasabiyyah dan fanatik tanpa dapat membezakan antara yang hak dan yang batil.

‫ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ) ﻣﻦ ﻗﺎﺗﻞ ﲢﺖ ﺭﺍﻳﺔ ﻋﻤﻴﺔ ﻳﺪﻋﻮ ﺇﱃ‬:‫ﻋﻦ ﺃﰊ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﻗﺎﻝ‬ ( ‫ﻋﺼﺒﻴﺔ ﺃﻭ ﻳﻐﻀﺐ ﻟﻌﺼﺒﻴﺔ ﻓﻘﺘﻠﺘﻪ ﺟﺎﻫﻠﻴﺔ‬ Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda: „Sesiapa yang berperang (berjuang) di bawah panji yang tidak diketahui (kebenarannya dan kezalimannya), yang mengajak kepada Âasabiyyah atau marah dengan sebab Âasabiyyah maka peperangan dan perjuanganya itu bersifat jahiliyyah (bukan dari Islam)‰. (Ibn Majah, Muhammad bin Yazid, Sunan Ibn Majah, Sulayman bin al-AsyÊath, Beirut: Dar al-Fikr, Kitab al-Fitan, Bab: Fi al-ÂAsabiyyah, nombor hadis: 3948) Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 11

SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB



231

Ini adalah hadis-hadis sahih yang menyatakan tentang keburukan dan kesengsaraan yang ditimbulkan oleh sikap berlebihan, melampau, fanatik dan taasub. Begitu juga ayat-ayat Allah s.w.t. yang menyokong hadis-hadis ini seperti yang berikut. Sikap fanatik dan taasub adalah dilarang oleh Allah s.w.t. terhadap umat yang dahulu khasnya Ahli Kitab. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-MaÊidah, ayat 77:

u™!#uθ÷δr& (#þθãèÎ6®Ks? Ÿωuρ ÈdYysø9$# uöxî öΝà6ÏΖƒÏŠ ’Îû (#θè=øó?s Ÿω É=≈tGÅ6ø9$# Ÿ≅÷δr'¯≈tƒ ö≅è% ∩∠∠∪ È≅‹Î6¡¡9$# Ï™!#uθy™ ⎯tã (#θ=|Êuρ #ZÏVŸ2 (#θ=|Êr&uρ ã≅ö6s% ⎯ÏΒ (#θ=|Ê ô‰s% 7Θöθs% Maksudnya: Katakanlah, „Wahai Ahli Kitab! janganlah kamu melampau-lampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul‰. Antara perkara diingkari ialah bersikap keras bukan pada tempat dan masanya. Sikap melampau diistilahkan dengan al-ghuluww, al-tanattuÊ dan al-tashdid. Sikap ini adalah bertentangan dengan sikap adil dan sederhana seperti yang dituntut oleh Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 143 yang telah dibincangkan tadi. Sikap tasamuh dan berlapang dada hendaklah diutamakan terutamanya apabila berhadapan dengan mereka yang baru memeluk Islam atau berada di negara bukan Islam. Sifat kulli hendaklah diutamakan dari yang bersifat juzÊi. Begitu juga perkara pokok adalah diutamakan sebelum furuÊ. Allah memerintahkan hambaNya berdakwah secara bijaksana dan pengajaran yang baik seperti maksud Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nahl, ayat 125:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

232  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

©ÉL©9$$Î/ Οßγø9ω≈y_uρ ( ÏπuΖ|¡ptø:$# ÏπsàÏãöθyϑø9$#uρ Ïπyϑõ3Ïtø:$$Î/ y7În/u‘ È≅‹Î6™ y 4’n<Î) äí÷Š$# ÞΟn=ôãr& uθèδuρ ( ⎯Ï&Î#‹Î6™ y ⎯tã ¨≅|Ê ⎯yϑÎ/ ÞΟn=ôãr& uθèδ y7−/u‘ ¨βÎ) 4 ß⎯|¡ômr& }‘Ïδ ∩⊇⊄∈∪ t⎦⎪ωtGôγßϑø9$$Î/ Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. Bersikap kasar dalam pergaulan dan kesat kata-kata adalah sangat dilarang. Perkataan yang kesat dan sikap yang keras hanyalah digunakan dalam medan perang ketika menghadapi musuh. Ini dijelaskan melalui Firman Allah s.w.t. dalam surah at-Taubah, ayat 123:

(#ρ߉Éfu‹ø9uρ Í‘$¤à6ø9$# š∅ÏiΒ Νä3tΡθè=tƒ š⎥⎪Ï%©!$# (#θè=ÏG≈s% (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ ∩⊇⊄⊂∪ š⎥⎫É)−Gßϑø9$# yìtΒ ©!$# ¨βr& (#þθßϑn=÷æ$#uρ 4 Zπsàù=Ïñ öΝä3ŠÏù Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu, dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu, dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa (dengan memberikan pertolongan) (http://www.faziliaton.com/iqraÊ/buku6/index.php).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 11

SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB



233

SEMAK KENDIRI 11.1 1.

Apakah maksud fanatik?

2.

Huraikan amaran Nabi s.a.w. terhadap sikap dan ciri-ciri fanatik serta melampaui batas.

3.

Nyatakan ayat al-Quran yang menegah dari sikap fanatik serta taasub beserta huraianya.

11.2

FANATIK DAN TAASUB DALAM MASYARAKAT

Fanatik dan taasub adalah ciri-ciri yang dibenci dalam Islam, namun ia wujud dalam setiap kelompok masyarakat. Mari kita bincangkannya.

11.2.1

Punca Taasub

Sikap taasub ini kadangkala berlaku sebagai reaksi kepada masyarakat Islam yang membenarkan kemungkaran berleluasa. Dalam erti kata lain, Islam yang ada telah bercampur dengan kesyirikan akidah dan bidaah dalam ibadah. Kejumudan fikiran, mendatar dalam fahaman, mencari yang payah dalam fatwa dan keras dalam pergaulan, juga boleh menyuburkan sikap fanatik. Fenomena ini boleh menyebabkan ternafinya pembaharuan dan ijtihad dalam hukum (http://www.faziliaton.com/iqraÊ/buku6/index.php).

11.1.2

Contoh Taasub dalam Masyarakat

Salah satu contoh taasub dalam masyarakat ialah Tarekat Naqsyabandiyah AIKhalidiyyah di Malaysia. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh seorang calon Doktor Falsafah di Universiti Sains Malaysia, pada 2002, terdapat sebelas perkara yang menjadi asas tarekat tersebut. Antara asas yang penting dalam konteks ini ialah seperti berikut: (a)

Husy dar dam Ia bermaksud akal dalam nafas atau diertikan dengan sedar sewaktu bernafas. Konsepnya ialah latihan penumpuan konsentrasi sufi yang berkaitan usaha menghadirkan hati berserta Allah s.w.t. la dipercayai memberi suatu kekuatan rohaniah dan membawa seorang pengamal tarekat itu hampir kepada Allah s.w.t. la juga bermaksud memelihara nafas Copyright © Open University Malaysia (OUM)

234  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

dari sebarang kelalaian ketika nafas masuk dan keluar. Amalan ini bertujuan memelihara hati supaya tidak lalai dari mengingati Allah s.w.t. serta sentiasa menghadirkan diri berserta Allah s.w.t. pada setiap kali nafas masuk dan keluar. Bagi orang tasawuf mereka menganggap perkara sebegini bukanlah sukar bagi mereka yang sudah ditarbiah oleh guru mursyid. (b)

Nazar bar Qadam la bermaksud menjaga langkah. Sewaktu berjalan, murid hendaklah menjaga langkahnya, demikian juga sewaktu duduk dengan memandang lurus ke hadapan kerana pemandangan di sekeliling itu mengganggu tumpuan atau konsentrasi seseorang dari amalan kerohanian.

(c)

Safar dar Watan Salah satu tafsirannya ialah perjalanan fizikal melintasi suatu negeri untuk mencari mursyid sejati bagi memimpin diri murid ke jalan sejahtera, malah sebagai perantaraan hubungannya dengan Allah s.w.t. Konsep ini amat penting kerana murid ingin mencari seorang mursyid yang dapat membimbing dirinya ke jalan kebenaran Ilahi. Guru mursyid dianggap memiliki kesempurnaan ilmu dan amal di dalam membimbing murid mencapai malakah al-hudur yakni sentiasa mengingati Allah.

(d)

Konsep lain ialah Khalwat dan Anjuman, iaitu menyepi diri dari tengah khalayak, sama ada dengan beruzlah atau beriktikaf. Konsep Yad Kard ialah zikir berulang-ulang sama ada menyebut Allah, Allah⁄ atau nafiithbat iaitu La ilaha illa-Allah.

Kenyataan di atas menunjukkan bahawa dalam ajaran tarekat, banyak perkara tambahan yang mereka dakwakan sebagai ajaran Nabi, tetapi adakah dakwaan mereka benar? Anggota tarekat Naqsyabandiyyah al-Khalidiyyah percaya ajaran yang mereka amalkan bersumberkan ajaran Rasulullah s.a.w. sewaktu baginda bertahannuth di gua HiraÊ. Khalifah Lebai Ishak bin ÂArif dari Negeri Pahang yang menjadi khalifah (mursyid) di Raub berkata: „Tidak syak lagi bahawa ajaran dan amalan Tarekat Naqsyabandiyyah al-Khalidiyyah adalah berpunca dari amalan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah menerima wahyu pertama dari Allah s.w.t., iaitu firman Allah s.w.t. dalam surah al-ÊAlaq, ayat 1 hingga ayat 5″. Kelima-lima ayat itu dianggap dasar atau dalil menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menerima wahyu tersebut sebagai tanda amalan dengan ism dzat yakni Allah, Allah⁄ diterima dari Jibril dan Jibril menerima dari Allah s.w.t. Justeru itu bagi mereka, tarekat mereka pada asalnya bernama Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 11

SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB



235

Tarekat Muhammadiyah. Sesudah diajar dan diijazahkan oleh nabi kepada Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq maka dinamakan pula Tarekat al-Siddiqiyyah. Demikian seterusnya sampai nama itu berakhir kepada BahaÊuddin alNaqsyabandi. Ahli tarekat ini beranggapan bahawa nama al-Naqsybandiyyah bukanlah sengaja diletakkan untuk mencari kehormatan di dunia, tetapi sebagai menghormati usaha yang dilakukan oleh mujaddid BahaÊuddin al-Naqsyabandi yang memper-kenalkan tiga perinsip utama dalam zikir tarekat iaitu wuquf qalbi, wuquf ÂAdadi dan wuquf Zamani. Ajaran tarekat ini juga mensyaratkan, jika anggotanya ingin mencapai suatu peningkatan dalam memelihara zikir, maka hendaklah memasuki suluk. Tanpa bersuluk, pelajar hanya sekadar boleh berzikir pada tahap asas iaitu Allah, Allah ⁄ sebanyak 5,000 kali. Apabila bersuluk, murid itu mestilah memahami peraturan dan syarat. Murid tidak boleh memakan daging sepanjang tempoh menjalani suluk iaitu 10 atau 20 hari minimum dan 30 atau 40 hari maksimum. Sewaktu bersuluk, murid diminta melepaskan semua ingatan kepada perkara keduniaan dengan memberi perhatian kepada zikir semata-mata. Malahan makanan untuk mereka yang bersuluk pun disediakan oleh pihak lain. Dua persoalan di sini iaitu larangan makan daging dan tidak perlu menghadiri sembahyang Jumaat. Isu yang berkaitan langsung dengan taasub kepada guru ialah adanya rabitah iaitu murid menambat hatinya dengan syeikh yang Kamil (sempurna). Syeikh yang roh dan hatinya mencapai maqam musyahadah dan tahqiq serta berbagai sifat zat yang dinisbahkan kepada zat Allah tanpa kaif dan tanpa kaifiat. Abdul Ghani al-Nabulsi berkata rabitah ialah rasa kasih sayang yang amat mendalam dari murid kepada syeikhnya sehingga hatinya sentiasa berhubungan dengan syeikhnya dalam apa juga keadaan. Kesimpulan dari konsep rabitah ini dapat dirumuskan empat perkara: (a)

Kasih sayang murid amat mendalam terhadap syeikhnya;

(b)

Ikatan yang menjadikan murid sentiasa ingatkan syeikhnya;

(c)

Kasih sayang dan ingatan menghasilkan bayangan syeikh dalam khayalannya; dan

(d)

Seorang syeikh sudah sampai maqam musyahadah dan bersifat karamah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

236  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

Dari kesimpulan di atas, dapat dibuat satu rumusan umum bahawa fanatik dan taasub akan berlaku apabila satu-satu tarekat atau didakwa sebagai tarekat, dipimpin oleh mereka yang berusaha mencari sesuatu kelebihan. Mereka bukanlah orang yang pandai, tetapi mempunyai sedikit sebanyak ilmu yang membolehkannya mengabui mata orang awam. Dengan ilmu yang sedikit tetapi pandai memberi pengajaran, mereka mengeksploitasi orang awam yang jahil dengan ilmu agama. Kes di atas serta banyak kes seperti itu adalah contoh umat Islam yang terpesong dari landasan sebenar. Ini adalah bersesuaian dengan maksud surah al-AnÊam, ayat 153:

⎯tã öΝä3Î/ s−§xtGsù Ÿ≅ç6¡9$# (#θãèÎ7−Fs? Ÿωuρ ( çνθãèÎ7¨?$$sù $VϑŠÉ)tGó¡ãΒ ‘ÏÛ≡uÅÀ #x‹≈yδ ¨βr&uρ ∩⊇∈⊂∪ tβθà)−Gs? öΝà6¯=yès9 ⎯ÏμÎ/ Νä38¢¹uρ öΝä3Ï9≡sŒ 4 ⎯Ï&Î#‹Î7y™ Maksudnya: Dan ini jalanku yang lurus maka hendaklah kamu semua mengikutinya dan jangan kamu ikut jalan-jalan lain maka ia menyebabkan kamu berpecah-belah. Bahaya telah menimpa umat Islam sejak dahulu lagi apabila ketaksuban dan kefanatikan ini menjadi cara hidup mereka. la mencukur, bukan mencukur rambut, tetapi mencukur (al-Haliqah) agama. Bacakan sahaja sejarah kejatuhan Baghdad, serangan Timurlank terhadap kerajaan Uthmaniah, kejatuhan Andalusia yang berperang sesama sendiri sehingga orang sanggup berperang dengan bapa saudara sepupu malahan adik-beradik sendiri kerana merebut sedikit kekuasaan dan pengaruh. Bacakan pula bagaimana kejatuhan India dari kerajaan Islam kepada kerajaan yang beragama Hindu yang cukup amat menyayat hati. Apa yang berlaku masakini mengulangi semula sejarah masa lampau mereka. Peranan tetap sama, hanya nama pelakonnya sahaja yang bertukar. Penerbitnya masih sama. Pentas juga sama. Cerita dan skrip juga tetap sama. Kalau ditanya siapakah yang menyebabkan umat Islam mundur? Ada yang menjawab kuasa besar dunia. Ada pula yang menjawab Yahudi. Adakah itu benar? Memang musuh-musuh Islam sentiasa berpakat memerangi umat Islam, tetapi apa akan berlaku jika umat Islam semua bersatu dan berpadu. Apa yang boleh dilakukan oleh kuman-kuman kepada badan manusia yang sihat?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 11

SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB



237

Penyakit besar umat Islam ialah tidak bersikap sederhana dan menjadi fanatik dan taasub. Itulah penyakit yang menyerupai kanser yang menghinggapi umat Islam. Kemudian ia dieksploitasi oleh pihak lain untuk memusnahkan kita. Ketaksuban telah menukar pemimpin dan guru menjadi berhala, mazhab pula bertukar menjadi agama. Soalnya, jika semua orang bercakap soal perpaduan, siapakah yang memecahkan perpaduan? Jika semua orang bercakap tentang kesederhanaan, siapakah pula yang melampau? Diceritakan bahawa Abdullah Ibn al-Mubarak, seorang ulama hadis, sedang mengajar di masjid. Dia berbicara tentang takutkan Allah s.w.t. dan muraqabah, sedang pendengar pula menangis kerana takutkan Allah s.w.t. Apabila semua sudah selesai, dilihat mushaf yang dia baca dan tafsir itu hilang. Dia lantas berkata dalam keadaan yang menghairankan: „Anda semua menangis kerana takutkan Allah s.w.t. Di masjid ini tiada lagi orang lain selain dari saya dan anda. Jadi siapa yang mencuri mushaf itu?‰. Ringkas kata, setiap dari kita harus bermula dengan diri masing-masing. Islahkan minda dan hati. Minda yang sederhana dan hati yang bebas dari dosa dalaman. Kesederhanaan yang dimaksudkan adalah dari segi tasawwur dan suluk. Rawatan utama adalah mengenali hakikat Islam yang sebenarnya. Kemudian buangkan taksub mazhab. llmu mestilah diambil dari ulama yang berautoriti dan dengan cara yang beradab. llmu sahaja tidak cukup tetapi ia diikuti dengan adab munazarah, metode ilmiah dan akhlak ulama. Jika Islam adalah berasaskan ilmu dan akhlak, maka mana-mana ajaran yang tidak tunduk kepada ilmu Islam dan akhlak Islam, bukan dari ajaran Islam. Penuntut ilmu agama sekarang memerlukan adab ulama dan akhlak ulama. Wasatiyyah itu adil, kesatuan itu rahmat dan bersatu itu membawa banyak maslahah. Syariat itu adil dan rahmat membawa maslahah. Musuh Islam akan sentiasa menyusupkan pertentangan agar umat Islam tidak berada pada garis wasat itu. Mereka akan menolak umat ke tepi sama ada arah ghuluw, tatarruf sehingga kamu berperang sesama sendiri. Ini tidaklah pula bermaksud segala polimik ilmu membawa kepada persengketaan seperti adanya mazhab dalam aliran berfikir. Ia adalah rahmat, memberi kemudahan, menutup pintu kesusahan dan ia menandakan fleksibalitinya syariah. Umar Ibn Abdul Aziz pernah berkata: „Aku tidak suka umat Islam tidak berbeza pendapat, kerana kalau hanya berpegang kepada satu pendapat sahaja, ia menjadi sempit. Kalau hanya berpegang kepada seseorang sahaja, ia menjadi sunnah orang itu‰ (http://www.faziliaton.com/iqraÊ/buku6/ index.php).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

238  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

SEMAK KENDIRI 11.2 1.

Bincangkan punca berlakunya fanatik dan taasub.

2.

Berikan contoh semasa berkaitan dengan fanatik dan taasub.

11.3

WASATIYYAH DALAM BERAGAMA

AKTIVITI 11.2 Kaji konsep Wasatiyyah yang dijadikan slogan bagi banyak program keislaman yang dinyatakan oleh kerajaan Malaysia. adakah ia telah mencapai konsep sebenar Wasatiyyah dan bagaimana pula kefahaman masyarakat Islam di Malaysia berkenaan dengannya?

Seterusnya kita akan membincangkan konsep Wasatiyyah dalam beragama.

11.3.1

Pengertian Wasatiyyah

Wasatiyyah dari sudut istilah mempunyai pelbagai maksud. Menurut Muhammad al-Munawi, Wasat ialah apabila persamaan yang nisbah sudut-sudut kepadanya semua adalah sama, ia adalah Khiyar al-SyaiÊ (sesuatu yang terpilih). Apabila tergelincir daripada pertengahan, terjadilah kezaliman (ketidaksamaan) yang terjerumus dalam kesesatan daripada tujuan (al-Munawi, Muhammad Abd al-Rahman, 1990; Zulkifli al-Bakri & Mohd Aizam MasÊod, 2012). Manakala Dr Ahmad Umar Hashim pula mengatakan Wasatiyyah ialah keseimbangan dan kesaksamaan antara dua pihak, iaitu satu pihak tidak mendominasi yang lain, tidak terlalu rigid dan tidak terlalu longgar, tidak melampau dan tidak mengabaikan, tetapi mengikut kepada yang paling utama, peling tepat, paling baik dan paling sempurna (Hasyim, Ahmad Umar, 1998; Zulkifli al-Bakri & Mohd Aizam MasÊod, 2012).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 11

SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB



239

Berdasarkan kepada kedua-dua makna istilah yang diberikan oleh keduadua tokoh, dapat disimpulkan bahawa maksud Wasatiyyah secara istilah ialah al-IÊtidal (kesederhanaan), al-Khairiyyah (kebaikan), al-Insaf (keadilan) dan al-RifÊah (ketinggian) dengan sebab sifat-sifat mahmudah (terpuji) yang tidak terlalu ifrad (rigid) dan tidak terlalu tafrid (longgar).

Apabila istilah Wasatiyyah disandarkan kepada umat Islam, maka Wasatiyyah membawa maksud umat Islam yang mencapai sifat-sifat mahmudah yang terbit daripada kedudukan syariat Allah s.w.t. dalam kesederhanaan, kebaikan, keinsafan dan ketinggian yang menjadikannya sebagai penghulu segala umat, ketua segala bangsa dan menjadi saksi ke atas mereka pada hari Kiamat. Justeru, Wasatiyyah bukan bermaksud seseorang itu berada pada tingkatan sederhana dalam ibadah, amalan atau akhlaknya, atau sederhana dalam ilmu mahupun pekerjaan sehingga tidak menjadi orang terkehadapan atau cemerlang dalam kehidupan. Bahkan makna Wasatiyyah adalah yang benar, yang terbaik, paling utama, paling sempurna dan paling adil sesuai dengan ungkapan sebaikbaik perkara ialah pertengahannya bererti yang paling adil (Zulkifli al-Bakri & Mohd Aizam MasÊod, 2012).

11.3.2

Konsep Wasatiyyah dalam Ibadah

Konsep Wasatiyyah dalam ibadah yang paling terserlah dalam agama Islam ialah konsep kesederhanaan Islam dalam pengsyariatan hukum-hakam ibadah serta mudah dan praktikal untuk diamalkan. Bagi menjelaskan lagi konsep ini, kita perlu melihat kepada pendekatan agama lain dalam konsep ibadah mereka. Sebagai contoh, Islam membawa pendekatan Wasatiyyah dalam ibadah jika dibandingkan dengan pendekatan Yahudi dan Nasrani. Kita melihat pendekatan Yahudi dalam ibadah lebih banyak mementingkan dunia dan kebendaan meterial semata-mata. Sementara pendekatan Nasrani pula lebih benyak menjurus kepada pengasingan dunia dalam ibadah dan kehidupan (Roslan Mohamed, Ahmad Wifaq Mokhtar, & Ahmad Husni, 2012). Mari kita lihat pendekatan Yahudi, Nasrani dan juga agama Islam dalam ibadah. (a)

Pendekatan Yahudi dalam Ibadah Jika kita membuka kitab Taurat yang telah diubah suai oleh kaum Yahudi, kita dapati hampir keseluruhan isi kitab ini tidak menyebut mengenai hari Akhirat dan pembalasannya. Malah hukuman dan ancaman yang disebut Copyright © Open University Malaysia (OUM)

240  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

di dalam kitab ini hanya berkisar kepada hukuman di dunia semata-mata tanpa menyatakan balasan yang akan diterima pada hari Akhirat. Allah s.w.t. juga telah menjelaskan perihal mereka di dalam banyak ayat al-Quran. Antaranya ialah firman Allah s.w.t. yang menceritakan bahawa mereka adalah manusia yang paling takut akan kematian, dalam surah al-Baqarah, ayat 94-95:

Ĩ$¨Ψ9$# Èβρߊ ⎯ÏiΒ Zπ|ÁÏ9%s{ «!$# y‰ΨÏã äοtÅzFψ$# â‘#£‰9$# ãΝà6s9 ôMtΡ%x. βÎ) ö≅è% $yϑÎ/ #J‰t/r& çνöθ¨ΨyϑtGtƒ ⎯s9uρ ∩®⊆∪ š⎥⎫Ï%ω≈|¹ ÷Λä⎢Ψà2 βÎ) |Nöθyϑø9$# (#âθ¨ΖyϑtFsù ∩®∈∪ t⎦⎫ÏΗÍ>≈©à9$$Î/ 7Λ⎧Î=tæ ª!$#uρ 3 öΝÍκ‰É‰÷ƒr& ôMtΒ£‰s% Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): Kalaulah Akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar. Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan, dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu. Setelah itu, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa mereka dan kaum Musyrikin adalah manusia yang paling tamakkan kehidupan dunia, dalam firmanNya dalam surah al-Baqarah, ayat 96:

–Šuθtƒ 4 (#θä.uõ°r& š⎥⎪Ï%©!$# z⎯ÏΒuρ ;ο4θuŠym 4’n?tã Ĩ$¨Ψ9$# š⇑tômr& öΝåκ¨Ξy‰ÉftGs9uρ βr& É>#x‹yèø9$# z⎯ÏΒ ⎯ÏμÏnÌ“ômt“ßϑÎ/ uθèδ $tΒuρ 7πuΖy™ y#ø9r& ã£ϑyèムöθs9 öΝèδ߉tnr& ∩®∉∪ šχθè=yϑ÷èƒt $yϑÎ/ 7ÅÁt/ ª!$#uρ 3 t£ϑyèãƒ

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 11

SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB



241

Maksudnya: Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (halobanya mereka kepada hidup itu) melebihi haloba orang-orang yang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya dia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya daripada azab (yang disediakan Allah) dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan. Bahkan dalam beriman kepada Allah s.w.t. yang merupakan ibadah asas, mereka enggan beriman kecuali dengan melihat Allah s.w.t. dengan mata kepala mereka di dunia, seperti dalam firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 55 (Roslan Mohamed, Ahmad Wifaq Mokhtar, & Ahmad Husni, 2012):

ãΝä3ø?x‹yzr'sù Zοtôγy_ ©!$# “ttΡ 4©®Lym y7s9 z⎯ÏΒ÷σœΡ ⎯s9 4©y›θßϑ≈tƒ óΟçFù=è% øŒÎ)uρ ∩∈∈∪ tβρáÝàΨs? óΟçFΡr&uρ èπs)Ïè≈¢Á9$# Maksudnya: Dan ingatlah ketika kamu (kaum Yahudi) berkata: Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehinggalah kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami). Lalu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya. Beginilah keadaan sifat melampau yang dipraktikkan oleh golongan Yahudi sehingga menyebabkan mereka semakin jauh daripada kebenaran dan garis panduan Allah s.w.t. (b)

Pendekatan Nasrani dalam beribadah Pendekatan ini pula lebih banyak menjurus kepada pengasingan dunia dalam ibadah dan kehidupan serta menokok tambah perkara berkaitan dengan keimanan dan ketuhanan. Walaupun ada di kalangan mereka yang benar-benar beriman, kebanyakan daripada mereka telah tersesat jalan dan menderhakai Allah s.w.t.. Terdapat dalam kalangan mereka yang menggunakan pendekatan melampau dalam kerohanian dan kerahiban, seperti menjadikan Nabi Isa a.s. dan ibunya sebagai tuhan, mengharamkan perkahwinan, menyekat hawa nafsu manusia, dan menghalang pelbagai jenis perhiasan dan rezeki yang baik. Mereka juga melampau-lampau dalam beribadah sehingga mewajibkan perkara yang tidak wajib dan mengharamkan perkara yang baik. Penokok tambahan yang dilakukan Copyright © Open University Malaysia (OUM)

242  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

tanpa hujah dan dalil memburukkan lagi keadaan ini (Roslan Mohamed, Ahmad Wifaq Mokhtar, & Ust Ahmad Husni, 2012). Seperti yang dinyatakan dalam firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hadid, ayat 27:

çμ≈oΨ÷?s #u™uρ zΟtƒötΒ È⎦ø⌠$# †|¤ŠÏèÎ/ $uΖøŠ¤s%uρ $oΨÎ=ß™ãÎ/ ΝÏδÌ≈rO#u™ #’n?tã $uΖøŠ¤s% §ΝèO ºπ§‹ÏΡ$t6÷δu‘uρ ZπuΗ÷qu‘uρ Zπsùù&u‘ çνθãèt7¨?$# š⎥⎪Ï%©!$# É>θè=è% ’Îû $oΨù=yèy_uρ Ÿ≅‹ÅgΥM}$# ¨,ym $yδöθã t u‘ $yϑsù «!$# Èβ≡uθôÊÍ‘ u™!$tóÏGö/$# ωÎ) óΟÎγøŠ=n tæ $yγ≈uΖö;tGx. $tΒ $yδθããy‰tGö/$# ∩⊄∠∪ tβθà)Å¡≈sù öΝåκ÷]ÏiΒ ×ÏWx.uρ ( óΟèδtô_r& öΝåκ÷]ÏΒ (#θãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $oΨ÷s?$t↔sù ( $yγÏFƒt $tãÍ‘ Maksudnya: Kemudian Kami iringi sesudah mereka; rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa Ibn Maryam, serta Kami berikan kepadanya Kitab Injil; dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan sesama sendiri. Dan perbuatan mereka beribadah secara Rahbaniyyah ă merekalah sahaja yang mengadakan dan merekakannya: Kami tidak mewajibkannya ke atas mereka: mereka bernuat demikian kerana mencari keredahaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut apa yang sewajibnya. Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, Kami berikannya pahala dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik ă derhaka. Inilah keadaan golongan Nasrani yang jelas dan nyata melampau dalam urusan yang mereka anggap sebagai rohani dan mengabaikan faktor jasmani dan sifat sebenar manusia itu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 11

(c)

SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB



243

Manhaj Wasatiyyah Islam dalam Ibadah Manhaj Wasatiyyah Islam dalam ibadah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran, antaranya firmanNya dalam surah al-Qasas, ayat 77:

š∅ÏΒ y7t7ŠÅÁtΡ š[Ψs? Ÿωuρ ( nοtÅzFψ$# u‘#¤$!$# ª!$# š9t?#u™ !$yϑ‹Ïù ÆtGö/$#uρ ’Îû yŠ$|¡xø9$# Æö7s? Ÿωuρ ( šø‹s9Î) ª!$# z⎯|¡ômr& !$yϑŸ2 ⎯Å¡ômr&uρ ( $u‹÷Ρ‘‰9$# ∩∠∠∪ t⎦⎪ωšøßϑø9$# =Ïtä† Ÿω ©!$# ¨βÎ) ( ÇÚö‘F{$# Maksudnya: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagian hari Akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. Jelas di sini Allah s.w.t. menuntut agar umat Islam menggunakan segala nikmat yang dianugerahkan kepada mereka untuk beribadah kepadaNya, mentaati perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Semua ini akan membawa mereka kepada kebahagian dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Namun begitu, tanggungjawab ini dilaksanakan tanpa mengabaikan keperluan kehidupan di dunia yang dibenarkan seperti makanan dan minuman yang baik, pakaian, tempat tinggal dan bekeluarga. Maka mereka perlu melaksanakan setiap hak yang dipertanggungjawabkan, hak kepada Allah s.w.t., hak kepada diri, hak kepada keluarga, hak kepada tetamu, hak kepada masyarakat dan sebagainya (Ibn Kathir, 1999) Inilah yang dimaksudkan dengan manhaj Wasatiyyah dalam beribadah di dalam Islam yang menggabungkan dan mengharmonikan antara keduadua keperluan dunia dan akhirat tanpa mengabaikan salah satu dari keduanya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

244  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

Berdasarkan sunnah Nabi s.a.w. pula, terdapat banyak hadis yang menjelaskan manhaj Wasatiyyah Islam dalam beribadah, antaranya hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari:

‫ ﺟﺎﺀ ﺛﻼﺙ ﺭﻫﻂ ﺇﱃ ﺑﻴﻮﺕ ﺃﺯﻭﺍﺝ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ‬:‫ﻋﻦ ﺃﻧﺲ ﺑﻦ ﻣﺎﻟﻚ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ ﻳﻘﻮﻝ‬ ،‫ ﻓﻠﻤﺎ ﺃﺧﱪﻭﺍ ﻛﺄﻬﻧﻢ ﺗﻘﺎﻟﻮﻫﺎ‬.‫ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﻳﺴﺄﻟﻮﻥ ﻋﻦ ﻋﺒﺎﺩﺓ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ‬ .‫ ﺃﻳﻦ ﳓﻦ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ؟ ﻗﺪ ﻏﻔﺮ ﺍﷲ ﻟﻪ ﻣﺎ ﺗﻘﺪﻡ ﻣﻦ ﺫﻧﺒﻪ ﻭﻣﺎ ﺗﺄﺧﺮ‬:‫ﻓﻘﺎﻟﻮﺍ‬ ‫ ﻭﻗﺎﻝ‬.‫ ﺃﻧﺎ ﺃﺻﻮﻡ ﺍﻟﺪﻫﺮ ﻭﻻ ﺃﻓﻄﺮ‬:‫ ﻭﻗﺎﻝ ﺁﺧﺮ‬.‫ ﺃﻣﺎ ﺃﻧﺎ ﻓﺈﱐ ﺃﺻﻠﻲ ﺍﻟﻠﻴﻞ ﺃﺑﺪﺍ‬:‫ﻗﺎﻝ ﺃﺣﺪﻫﻢ‬ .‫ ﺃﻧﺎ ﺃﻋﺘﺰﻝ ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ ﻓﻼ ﺃﺗﺰﻭﺝ ﺃﺑﺪﺍ‬:‫ﺁﺧﺮ‬ ‫ﺃﻧﺘﻢ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﻗﻠﺘﻢ ﻛﺬﺍ ﻭﻛﺬﺍ ؟ ﺃﻣﺎ ﻭﺍﷲ ﺃﱐ‬:‫ﻓﺠﺎﺀ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﻓﻘﺎﻝ‬ ‫ ﻓﻤﻦ ﺭﻏﺐ ﻋﻦ‬،‫ﻷﺧﺸﺎﻛﻢ ﷲ ﻭﺃﺗﻘﺎﻛﻢ ﻟﻪ ﻟﻜﲏ ﺃﺻﻮﻡ ﻭﺃﻓﻄﺮ ﻭﺃﺻﻠﻲ ﻭﺃﺭﻗﺪ ﻭﺃﺗﺰﻭﺝ ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ‬ .‫ﺳﻨﱵ ﻓﻠﻴﺲ ﻣﲏ‬ Maksudnya: Anas bin Malik r.a. menceritakan bahawa datang tiga orang lelaki ke rumah isteri Nabi s.a.w. bertanya tentang ibadah Nabi s.a.w. Tatkala dikhabarkan (tentang ibadah Baginda), mereka merasakan seolah-olah ia amat sedikit (bagi diri mereka jika dibandingkan dengan Nabi s.a.w.). Lalu mereka berkata: Dimanakah kedudukan kita jika dibandingkan dengan kedudukan Nabi s.a.w. yang telah diampunkan dosa-doa yang lalu dan yang akan datang? Berkata salah seorang dari mereka: Adapun aku, maka aku akan bersolat malam selama-lamanya. Berkata yang lain: Aku akan berpuasa sepanjang masa dan tidak akan berbuka. Berkata yang terakhir: Aku akan menghindari wanita dan tidak akan berkahwin selama-lamanya. Maka Rasulullah s.a.w. datang kepada mereka dan bersabda: „Kaliankah yang mengatakan begini dan begitu? Ketahuilah, demi Allah! Sesungguhnya akulah orang yang paling takut antara kalian kepada Allah dan paling bertaqwa kepadaNya antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan berbuka, bersolat (malam) dan tidur, serta aku menikahi wanita. Maka sesiapa yang berpaling daripada sunnahku, maka dia tidak termasuk daripadaku.‰ (Al-Bukhari, 1987, Kitab al-Nikah, Bab al-Targhib Fi al-Nikah, jilid 5, halaman 1949, nombor hadis: 4776) Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 11

SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB



245

Inilah manhaj Wasatiyyah yang menunjukkan bahawa Islam adalah agama kesederhanaan dan seimbang. Antaranya lagi seperti hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim:

‫ ﻛﺎﻧﺖ ﻋﻨﺪﻱ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﻓﺪﺧﻞ ﻋﻠﻲ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ‬:‫ﻋﻦ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻬﺎ ﻗﺎﻟﺖ‬ ‫ ﻣﻪ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻣﺎ‬:‫ ﻓﻘﺎﻝ‬.‫ ﻓﻼﻧﺔ ﻻ ﺗﻨﺎﻡ ﺑﺎﻟﻠﻴﻞ ﺗﺬﻛﺮ ﺻﻼﻬﺗﺎ‬:‫ ﻗﻠﺖ‬. ‫ ﻣﻦ ﻫﺬﻩ؟‬:‫ﻭﺳﻠﻢ ﻓﻘﺎﻝ‬ .‫ﺗﻄﻴﻘﻮﻥ ﻣﻦ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﻓﺈﻥ ﺍﷲ ﻻ ﳝﻞ ﺣﱴ ﲤﻠﻮﺍ‬ Maksudnya: Daripada ÂAisyah r.a. berkata: Pernah seorang wanita duduk bersamaku di rumahku, lalu Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumah dan bertanya: „Siapakah wanita ini?‰ Aku menjelaskan bahawa dia ialah wanita yang tidak tidur malam kerana bersolat. Maka Nabi s.a.w. bersabda: „Ambillah daripada amalan, apa yang kamu mampu, maka sesungguhnya Allah tidak bosan sehingga kamu bosan‰. (al-Bukhari, 1987, Kitab Abwab al-Tahajjud, Bab Ma Yakrah Min al-Tasydid fi al-ÂIbadah, jilid 1, halaman 386, nombor hadis: 1100) Itu merupakan petunjuk daripada Nabi s.a.w. yang menggalakkan amal ibadah yang bersederhana dan tidak melampau-lampau. Hadis ini juga menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. sangat mengambil berat kepentingan umatnya dengan menjelaskan konsep Wasatiyyah dalam ibadah yang mampu dilakukan oleh umatnya tanpa dibebankan dengan bebanan yang bolah memudaratkan diri sendiri dan merosakkan ibadah lain agar mereka dapat beribadah dengan tenang dan penuh penghayatan (Al-Nawawi, 2003).

11.3.3

Penyelesaian Masalah

Sifat adalah berpunca dari faktor pemikiran, kejiwaan, kemasyarakatan dan politik. Bagi mengubatnya juga memerlukan faktor yang sama dan bertitik tolak dari Islam dalam konteks yang bercorak keagamaan. Kontradiksi yang nyata hendaklah dihilangkan dari kehidupan mereka. Golongan fanatik dan taasub hendaklah digauli dengan baik. Kita tidak harus menjadi hakim kepada mereka, tetapi cubalah membela. Hukuman tidak patut terlalu cepat dijatuhkan tanpa pembelaan diri, terutamanya tanpa mengenali dari dekat tetapi menghukum dari jauh. Gambaran yang keterlaluan hendaklah Copyright © Open University Malaysia (OUM)

246  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

dielakkan kerana ia boleh menjadikan orang takut dan keliru dengan hakikat yang sebenar. Setiap orang hendaklah memperbaiki diri sendiri. Masyarakat pula mesti mendekati agama dan mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Apabila setiap orang bertenang, lembut, bijaksana dan bersederhana, barulah boleh mengajak orang lain untuk bertenang, lembut, bijaksana dan bersederhana. Peranan badan-badan agama adalah amat penting dalam menangani kes-kes ketaasuban ini. Segala tindakan hendaklah berdiri atas kebenaran semata-mata, tanpa dipengaruhi oleh pihak lain dalam membuat keputusan. Institusi agama hendaklah menjadi rujukan masyarakat dengan melahirkan generasi ulama yang berpengetahuan agama yang mendalam dan berfikiran yang tajam.

SEMAK KENDIRI 11.3 1.

Kupas maksud Wasatiyyah dalam Islam dan ciri-cirinya.

2.

Bincangkan hujah-hujah beribadah secara Wasatiyyah dalam Islam dengan membuat perbandingan dengan agama lain.



Fanatik bermaksud sikap yang keterlaluan dan melampau dalam sesuatu pegangan atau pendirian yang biasanya berkaitan dengan keagamaan. la disama ertikan dengan taasub.



Taasub dan fanatik adalah sikap menutup pintu bagi pandangan lain yang berbeza dan berusaha untuk menidakkannya. Sikap ini adalah memandang bahawa hanya diri sendiri atau kumpulannya sahaja yang betul.



Golongan melampau dan taasub akan memperlihatkan sikap prasangka buruk kepada pihak lain. Mereka lebih banyak menuduh dan menghukum dari memberi nasihat dan pengajaran.



Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang melarang umatnya dari bersikap fanatik, taasub, melampaui batas dan berlebih-lebihan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 11

SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB



247



Rasulullah s.a.w. menerangkan kepada kita tentang kemudahan dan kesenangan dalam urusan agama Allah s.w.t. ini. Ia tidak memerlukan kepada sikap berlebih lebihan atau melampau yang boleh membawa kepada fanatik dan taasub.



Sikap tasamuh dan berlapang dada hendaklah diutamakan terutamanya apabila berhadapan dengan mereka yang baru memeluk Islam atau berada di negara bukan Islam.



Bahaya yang menimpa umat Islam sejak dahulu lagi adalah apabila kefanatikan dan ketaasuban ini menjadi cara hidup mereka. la mencukur, bukan mencukur rambut, tetapi mencukur (al-Haliqah) agama.



Wasatiyyah secara istilah bermaksud al-IÊtidal (kesederhanaan), alKhairiyyah (kebaikan), al-Insaf (keadilan) dan al-RifÊah (ketinggian) dengan sebab sifat-sifat mahmudah (terpuji) yang tidak terlalu ifrad (rigid) dan tidak terlalu tafrid (longgar).



Sifat melampau yang dipraktikkan oleh golongan Yahudi sehingga menyebabkan mereka semakin jauh daripada kebenaran dan garis panduan Allah s.w.t.



Allah s.w.t. menuntut agar umat Islam menggunakan segala nikmat yang dianugerahkan kepada mereka untuk beribadah kepadaNya, mentaati perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Namun begitu, tanggungjawab ini dilaksanakan tanpa mengabaikan keperluan kehidupan di dunia yang dibenarkan seperti makanan dan minuman yang baik, pakaian, tempat tinggal dan bekeluarga.



Sifat fanatik dan taasub adalah berpunca dari faktor pemikiran, kejiwaan, kemasyarakatan dan politik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

248  TOPIK 11 SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB

Al-Haliqah

Pengasingan dunia

Adil

Taasub

Fanatik

Tasamuh

Manhaj

Yahudi

Material

Wasatiyyah

Nasrani

Abu Daud, Sulayman bin al-AsyÊath. (2007). Sunan Abi Daud. Beirut: Dar alKitab al-ÂArabi. Al-Bukhari, Muhammad bin IsmaÊil al-JuÊfi. (1978). Al-JamiÊ al-Sahih alMukhtasar. Beirut: Dar Ibn Kathir. al-NÊsai', Ahmad bin SyuÊaib. (1986). Sunan al-NasaiÊ. Halb: Maktab al-MatbuÊah al-Islamiyyah. Al-Tirmizi, Muhammad bin ÂIsa. (t.t.). JamiÊ al-Tirmizi. Beirut: Dar IhyaÊ alTurath al-ÂArabi. Ibn Majah, Muhammad bin Yazid, Sunan Ibn Majah, Sulayman bin al-AsyÊath. Beirut: Dar al-Fikr. Ibn Kathir, IsmaÊil bin ÂUmar bin Kathir. (1999). Tafsir al-Quran al-ÂAzim. Riyadh: Dar Tayyibah. Muslim, Muslim bin al-Hajjaj. (1972). Sahih Muslim. Beirut: Dar al-Jayl. Roslan Mohamed, Ahmad Wifaq Mokhtar, & Ahmad Husni. (2012). Wasatiyyah dalam Ibadah. Kertas Kerja Manhaj Fiqah Wasathiy, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 11

SYARAH HADIS TENTANG FANATIK DAN TAASUB



249

Zulkifli al-Bakri, & Mohd Aizam MasÊod. (2012). Wasatiyyah dalam Akidah. Kertas Kerja Manhaj Fiqah Wasathiy, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd. Mohd Kamil Abd Majid. (t.t.). Ebook JAKIM. Dicapai dari http://www. faziliaton.com/iqraÊ/buku6/index.php.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

MODULE FEEDBACK MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to: 1.

E-mail your comment or feedback to [email protected]

OR 2.

Fill in the Print Module online evaluation form available on myVLE.

Thank you. Centre for Instructional Design and Technology (Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi) Tel No.:

03-27732578

Fax No.:

03-26978702

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Related Documents


More Documents from "12035safyaabdulmalik"