Zaman Jahiliah

  • Uploaded by: nadirahhusna
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Zaman Jahiliah as PDF for free.

More details

  • Words: 757
  • Pages: 10
Loading documents preview...
ZAMAN JAHILIAH

PENGERTIAN KONSEP JAHILIAH • Jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab iaitu JAHALA yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. • Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa. • Malah kebanyakan daripada mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme. • Kehidupan mereka kucar-kacir kerana pada ketika itu tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan. • Akhlak mereka rendah, misalnya mereka bersifat kejam, angkuh dan degil.

• CIRI-CIRI MASYARAKAT ZAMAN JAHILIAH • AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT ZAMAN JAHILIAH • CORAK KEHIDUPAN MASYARAKAT JAHILIAH

SOSIAL • Masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan , iaitu (a) masyarakat Badwi - masyarakat nomad yang hidup berpindah-randah di kawasan gurun dan pedalaman, khususnya di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab . (b) masyarakat Hadari - penghuni kota yang khususnya menetap di kawasan persisiran pantai Semenanjung Tanah Arab • Kehidupan masyarakat Arab ketika itu dalam keadaan mundur dengan amalam-amalam yang tidak bermoral seperti berjudi, riba , minum arak dan berzin

SOSIAL • Wanita berkedudukan rendah dalam masyarakat Arab Jahiliah . Buktinya: (a) ada dalam kalangan mereka sanggup mumbunuh bayi perempuan semata-mata kerana berpendapat bahawa anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga . (b) kaum wanita tidak dibenarkan mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa mereka . (c) kaum lelaki dibenarkan berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus

AGAMA DAN KEPERCAYAAN • Pada Zaman Jahiliah tidak wujud nabi dan kitab sebagai petunjuk. • Terdapat 4 bentuk kepercayaan agama ketika itu , iaitu

(a) animisme - memuja alam seperti pokok , matahari dan sebagainya . (b) samawi - mengamalkan agama Kristian dan Yahudi (c) wathani - menyembah berhala (d) kepercayaan khurafat - menilik nasib , mempercayai roh orang mati menjadi burung atau sihir . • Ada antara masyarakat Arab Jahiliah juga menganut agama Hanif , iaitu ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail . • Namun, setelah kira-kira 3500 tahun amalan mereka jauh menyimpang dan telah dicampur adukkan dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah .

POLITIK • Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah. (a) sistem ini berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok (b)setiap kabilah mempunyai peraturan dan identiti sendiri . (c)Ahli sesebuah kabilah terdiri daripada keturunan atau suku tertentu dan tinggal di kawasan tertentu dalam kelompok masing-masing. (d)Ahi sesebuah kabilah amat taasub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing. Mereka tidak mempedulikan masyarakat di luar kabilah mereka. (e)setiap kabilah diketuai oleh seorang syeikh yang merupakan lambang perpaduan kaum mereka. • Syarat-syarat pelantikan seorang syeikh : (a) mereka mestilah disukai oleh ahli-ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai . (b) mereka mestilah berfikiran matang , gagah , berani dan pandai berpidato .

POLITIK • Semangat perkauman / kesukuan melampau yang dikenali sebagai semangat assabiah wujud akibat amalan sistem kabilah . (a) semangat assabiah juga wujud akibat keadaan geografi dan keadaan tempat tinggal mereka yang panas dan kering-kontang .Untuk menghadapi keadaan hidup yang sukar ini ahli-ahli kabilah perlu bersatu . (b) Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah masing-masing. • Kesannya, peperangan antara kaum atau kabilah sering berlaku disebabkan perkara-perkara yang kecil .Contohnya, Perang al-Basus yang berlaku selama 40 tahun antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar tercetus akibat tindakn seorang ahli Bani Bakar membunuh serang Bani Taghlib 

EKONOMI • Masyarakat Arab Jahiliah menjalankan kegiatan ekonomi yang tidak adil . Keuntungan dan kekayaan mat dipentingkan para pedagang berasaskan riba dan penindasan . • Penindasan dan eksploitasi sering dilakukan golongan yang kuat dan kaya ke atas mereka yang  lemah dan miskin. • Rampasan dan rompakan ke atas kafilah di padang pasir  dianggap aktiviti yang sah dan menjadi sumber ekonomi yang penting . Malahan , kadangkala kegiatan ini dianggap sebagai satu kewajipan. 

SENI DAN KESUSASTERAA N • Seni bahasa Arab (syair) merupakan suatu seni yang paling indah yang amat dihargai dan dimuliakan oleh bangsa tersebut. • Mereka amat gemar berkumpul mengelilingi penyair-penyair untuk mendengarkan syairsyairnya. • Ada beberapa pasar tempat penyair-penyair berkumpul iaitu pasar Ukaz, Majinnah, dan Zul Majaz. • Seorang penyair mempunyai kedudukan yang amat tinggi dalam masyarakat Arab. Apabila pada suatu suku/kabilah muncul seorang penyair, maka datanglah utusan dari kabilahkabilah lain untuk mengucapkan selamat kepada kabilah itu. Untuk itu, kabilah tersebut mengadakan jamuan besar-besaran dengan menyembelih binatang ternak. • Untuk upacara ini, wanita-wanita cantik dari kabilah tersebut keluar untuk menari, menyanyi, dan bermain menghibur para tetamu. Upacara yang diadakan adalah untuk menghormati penyair. Dengan demikian penyair dianggap mampu menegakkan martabat suku atau kabilahnya. • Salah satu dari pengaruh syair pada bangsa Arab ialah bahawa syair itu dapat meninggikan darjat orang yang hina, atau sebaliknya, dapat menghinakan orang yang mulia. 

Related Documents


More Documents from "Norman"

Zaman Jahiliah
March 2021 0