4.0 Pengurusan Dan Persiapan Perkhemahan

  • Uploaded by: Heroyuy1994
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 4.0 Pengurusan Dan Persiapan Perkhemahan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,375
  • Pages: 13
Loading documents preview...
4.1

KONSEP PERKHEMAHAN

 Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan.  Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda.  Kini perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar ko-kurikulum di institusiinstitusi pengajian. Perkhemahan sering dikaitkan dengan unit-unit beruniform. Unit beruniform yang sering dikaitkan dengan aktiviti perkhemahan ialah pengakap.  Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan. 4.2

TUJUAN PERKHEMAHAN

 Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini. Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius. Pergerakan pengakap dan pandu puteri sejak 80 tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya. Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut.  Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar. Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatu perkhemahan, di antaranya ialah: 1.

Berkhemah sebagai cara pendidikan.  Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Sebagai contoh semasa menuju ke tempat perkhemahan, peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya. Kerap kali mereka terpaksa merentas bukit-bukau, danau dan sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihanlatihan ini dapat melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani dan mental.  Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang akademik semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan di mana, setiap peserta dipertanggungjwabkan menguruskan kesemua kegiatan hariannya tanpa bantuan daripada sesiapa pun contohnya, memasak, membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri dan sebagainya.  Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan

persekitaran alam semula jadi dan kawasan desa. Sesetengah daripada mereka tidak mengenali pokok getah atau padi dan sebagainya. Belia dari bandar dapat mengadakan perkhemahan di kawasan pergunungan, perkampungan dan tepi pantai. Mereka dapat melihat dan menyiasat tumbuh-tumbuhan, binatang, batu-batan, dan sebagainya. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu-batan ini tidak terdapat di kawasan bandar bahkan di kawasan perkampungan tertentu. 2.

Berkhemah sebagai cara ibadat.  Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya yang terbentang luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa keinsafan kepada-Nya dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita di depan-Nya yang Maha Esa. Melalui aktiviti perkhemahan ini juga akan menggalakkan kita untuk berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah yang berbagai-bagai, seterusnya kita juga boleh melakukan kajian ke atas spesimen-spesimen yang dijumpai untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada kebesaran Allah SWT yang menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya. Tidak lupa juga, yang paling penting ialah supaya apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah, maka itu adalah merupakan ibadat terhadap Allah SWT.

3.

Perkhemahan untuk orientasi sosial.  Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap peserta akan tinggal bersama. Mereka belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan aktiviti dan berkenalan di antara satu sama lain. Mereka dapat mengenali peserta dari negara lain daripada semua aspek seperti sosial, adat resam, kebudayaan, masakan dan sebagainya. Keadaan ini sangat penting bagi mewujudkan persaudaraan dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan.  Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu setiap peserta seharusnya bekerjasama, bantu-membantu di antara satu sama lain dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin.  Di perkhemahan juga, banyak pertunjukan kebudayaan dapat diadakan. Peserta dari kumpulan, daerah, atau negara lain yang menyertai perkhemahan tersebut dapat mununjukkan kebudayaan masing-masing. Setiap orang seharusnya faham dan tahu adat resam sesuatu daerah, negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita yang berbilang kaum demi mengeratkan lagi tali persaudaraan dan mengurangkan jurang konflik antara kaum, agama dan kebudayaan.

4.

Berkhemah untuk rekreasi.  Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan berasa seronok. Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka lapang serta bebas daripada segala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal. Mereka dapat menenangkan fikiran untuk mengingati dan menghafal bukubuku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur apabila menghadiri sesuatu perkhemahan. Jiwa yang damai akan melahirkan peribadi yang mulia dan kewarasan berfikir.

5.

Berkhemah untuk menghargai alam semula jadi dan mencari ketenangan.  Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri dan perasaan sayang serta kesediaan untuk melindungi alam sekitar semula jadi yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah alam luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak hentihenti membinasakannya.  Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya akan nampak semakin berharga apabila kita semakin hampir kehilangannya. Begitu juga dengan alam semula jadi kita yang semakin hari semakin lenyap dari muka bumi ini akibat daripada pelbagai provokasi. Seolah-olah ada satu keanehan di mana apabila dunia sedang pesat membangun, kecintaan terhadap alam maya ini bertambahtambah. Seolah-olah kasih sayang yang tiba-tiba datang dengan mendadak terhadap seorang ibu yang sedang sakit tenat dan nazak walaupun kasih sayang itu diabaikan sahaja sebelumnya.  Pinggir hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu perasaan yang aneh dan penuh dengan kebanggaan apabila kita mendapat peluang untuk berdikari atau menemui cabaran-cabaran tanpa bantuan sesiapa pun yang sebelum ini kita memperolehinya dengan mudah dengan adanya bantuan daripada teknologi-teknologi yang canggih, pembantu rumah yang sentiasa melayani kehendak kita serta berbagai-bagai kemudahan lagi.

6.

Berkhemah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.  Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas Perang Dunia II, bermula daripada beberapa keluarga bercambah menjadi berjuta- juta keluarga. Untuk menyahut kelahiran semula minat untuk berkhemah, kerajaan tempatan dan kebangsaan telah memajukan tamantaman lipur dan kawasan-kawasan perkhemahan khas. Lebih dari 9,308,000 hektar telah dikenal pasti sebagai taman lipur tempatan, negeri dan kebangsaan, hutan lipur untuk tujuan perkhemahan. Kerajaan negeri dan persekitaran dengan senang hati memberi maklumat-maklumat kepada bakal pekhemah tentang tempat-tempat dan kemudahan- kemudahan yang terdapat untuk berkhemah dan banyak sekali terdapat buku dan brosur panduan tentang perkhemahan diterbitkan.  Melalui aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi apabila kita bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan seperti memasang khemah, membuat unggun api, memasak serta mandi bersamasama di sungai. Selain dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita juga berpeluang untuk lebih memahami pasangan masing-masing serta mempunyai lebih masa untuk bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan membaiki semula hubungan yang telah lama tegang.

7.

Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan.  Perkhemahan juga merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan para belia tentang kesihatan serta sebagai usaha untuk mempromosikan perihal kesihatan agar setiap individu menjadi lebih prihatin, berpengetahuan dan berkeupayaan dan mempertingkatkan status kesihatan mereka.  Sepanjang perkhemahan, para peserta akan diberikan penerangan mengenai topik-topik kesihatan seperti taklimat pertolongan cemas, bahaya

merokok dan juga aktiviti yang menjurus kepada hidup sihat seperti bersenam, mengamalkan diet yang seimbang serta menjauhi amalanamalan yang menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, mengambil pil atau dadah dan sebagainya.

4.3

JENIS PERKHEMAHAN

Perkhemaha n

Perkhemahan kumpulan

Perkhemahan ringkas

Perkhemahan secara besarbesaran

1. Perkhemahan ringkas  Untuk 3 atau 4 orang ahli di tempat tinggal mereka.  Biasanya dilakukan pada hujung minggu.  Biasa diadakan selama satu malam atau dua malam.  Tujuannya adalah untuk mendapatkan sesuatu lencana atau ujian atau sekadar untuk perkhemahan sahaja. 2. Perkhemahan kumpulan  Dianjurkan oleh pemimpin atau Majlis Ketua Patrol.  Dihadiri oleh sekumpulan ahli.  Dijalankan selama dua atau tiga hari.  Biasanya diadakan sekali bagi tiap-tiap penggal persekolahan.

3. Perkhemahan secara besar-besaran  Dianjurkan oleh Maljis peringkat daerah, negeri, negara atau dunia.  Dihadiri oleh beratus-ratus atau beribu-ribu orang peserta.  Dikenali sebagai ‘jambori’.  Diadakan 4 tahun sekali.  Mengambil masa 3-7 hari.

Jenis Khemah Khemah satu tiang

Ciri-ciri Khemah  Ringan, senang didirikan dan sesuai digunakan untuk perkhemahan ringkas.  Memuatkan 1 hingga 2 orang penghuni sahaja.  Ditegakkan dengan menggunakan satu tiang sahaja.

Khemah berbentuk A

 Memuatkan 3 hingga 6 penghuni.  Digunakan untuk perkhemahan ringkas dan perkhemahan kumpulan.  Ditegakkan dengan menggunakan 2 batang tiang dan 1 batang galang (bumbung).

Khemah berbentuk dinding

 Sesuai untuk perkhemahan kumpulan.  Sama dengan khemah berbentuk A, tetapi mempunyai penahan angin atau hujan di bahagian tepinya.  Untuk 5 hingga 6 orang.

Khemah Ridge

 Mempunyai sempadan yang lebih panjang dan luas daripada khemahkhemah lain.  Sesuai di kawasan pergunungan dan di tepi sungai.  Memuatkan 4 hingga 7 orang.

4.4

PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL

1. Pembentukan Jawatankuasa  Untuk menggerakkan sesuatu aktiviti perkhemahan supaya program dapat dirancang dengan baik dan teratur.  Kesesuaian jawatankuasa bergantung pada tempat perkhemahan dan aktivti yang akan dijalankan.  Setiap jawatankuasa mempunyai tugas masingmasing.  Ahli jawatankuasa terdiri daripada:  Urus setia  Aktiviti  Pengangkutan  Peralatan  Keselamatan dan kecemasan  Penajaan  Makanan

2. Kenal Pasti Kawasan  Penting untuk melihat tapak perkhemahan untuk memastikan tempat yang dipilih bersesuaian dan selamat untuk diadakan aktiviti perkhemahan.  Perkara yang perlu diambil kira:  Kesesuaian tempat  Kemudahan asas (air, tandas)  Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin  Mudah untuk berhubung dengan pihak polis dan hospital sekiranya berlaku kemalangan. 3. Surat Kebenaran  Surat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri / Pegawai Pendidikan Daerah melalui pengetua --- sebelum menjalankan aktiviti.  Surat kebenaran pihak polis --- memastikan aktiviti berjalan lancar.  Surat kebenaran ibu bapa --- diperolehi sebelum peserta dibenarkan mengikut aktiviti perkhemahan.

 Mendapat insurans kelompok untuk semua peserta sebelum aktiviti perkhemahan. 4. Belanjawan  Untuk memastikan persiapan yang dibuat boleh menampung segala keperluan selama tempoh perkhemahan.  Belanjawan seperti kos pengangkutan, peralatan, insurans, perubatan dan makanan. 5. Alatan Perkhemahan  Alatan untuk perkhemahan perlu disediakan sebelum menjalankan aktiviti:

4.5

PEMILIHAN TEMPAT

1. Tanah atau tapak yang rata.  Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat.  Sebaik-baiknya walau pun tapak yang rata, cuba elakkan daripada kawasan yang terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut.  Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai tempat laluan air ketika hujan turun. 2. Berhampiran punca air.  Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama harus difikirkan ialah mengenai punca air bersih.  Air yang bersih digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya.  Tapak perkhemahan haruslah berhampiran dengan punca air tidak kira sungai, anak sungai, telaga, kolam atau sebagainya tetapi air tersebut

hendaklah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini seperti sakit perut atau penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air yang tidak bersih.  Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang tiada pencemaran. 3. Jauh daripada dahan mati.  Pemilihan tapak perkhemahan juga mesti berdasarkan kepada kawasan sekitar, khasnya perlu melihat pokok-pokok yang besar di sekeliling kawasan perkhemahan tiada dahan mati atau ranting yang boleh membahayakan peserta perkhemahan.  Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, ranting serta dahan mati tersebut boleh menimpa khemah dan orang yang terdapat di tapak perkhemahan tersebut. 4. Tapak yang lebih tinggi dari punca air.  Pemilihan tempat atau tapak yang tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai dan air pasang jika berkhemah di pantai. 5. Mudah untuk mendapatkan bantuan.  Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan.  Tapak perkhemahan tersebut mungkin berhampiran kawasan kampung, laluan orang atau mudah dihubungi.  Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan kepada pihak berwajib seperti Polis dan Jabatan Perhutanan. 6. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar.  Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar yang digunakan untuk memasak perlu diambil kira.  Jika memasak menggunakan dapur kayu iaitu ranting-ranting mati, tapak perkhemahan yang dipiiih mestilah di kawasan yang mudah dan banyak untuk mendapatkan bahan tersebut. 7. Keselamatan kawasan perkhemahan.  Keselamatan kawasan perkhemahan adalah penting.  Pastikan bahawa kawasan tersebut adalah bukan kawasan binatang buas dan mudah diganggu oleh penceroboh luar.

4.6 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

ASPEK KESELAMATAN Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenalmengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program. Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali . Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam 12.00 tengah malam. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa perkhemahan. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan. Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/ pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

4.7

KEMUDAHAN ASAS

Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu diberi perhatian untuk satu perkhemahan akan bergantung kepada beberapa faktor seperti jangka masa, tempat dan bilangan peserta. Di bawah disenaraikan peralatan asas yang perlu anda bawa untuk memastikan perkhemahan anda selamat dan selesa:  Khemah yang sesuai.  Bag galas  Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)  Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)  Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain  Botol air, kole dan bekas minuman  Pisau dan pembuka tin  Lampu picit serta beteri dan lat gantinya  Mancis dan lilin atau bahan penyala api  Kotak pertolongan cemas  Kotak ikhtiar hidup  Tali  Ponco atau baju hujan  Parang/kapak kecil  Bekas air tambahan  Selimut atau bag tidur

Kalau anda tidak membawa messtin, anda perlu membawa periuk dan cerek. Selain perkara-perkara yang disebut anda perlu juga membawa keperluan-keperluan peribadi seperti berus gigi, sabun, tuala dan pakaian. Dan perlu diingatkan bahawa apa yang disebutkan di atas adalah merupakan keperluan asas dan boleh ditambah jika difikirkan perlu. Adalah diingatkan bahawa segala peralatan yang anda bawa hendaklah 1/3 daripada berat badan. Beratan ini adalah yang sesuai dipikul pada jarak yang jauh. Jika anda berkhemah dengan kenderaan beratan boleh ditambah mengikut kesesuaian. Pastikan segala peralatan untuk berkhemah disiapkan dengan awal sebelum tarikh anda kan pergi berkhemah untuk mengelakkan daripada tertinggal. 4.8

PEMERIKSAAN PAGI

Semasa perkhemahan, kebersihan diri dan kekemasan khemah serta kawasan perkhemahan perlu diambil kira, sebagai satu amalan disiplin diri yang mesti dipupuk. Oleh yang demikian adalah perlu Pemeriksaan Pagi dilakukan. Pemeriksaan Pagi ini dilakukan oleh beberapa orang pemimpin yang mengadakan lawatan ke setiap khemah. Lazimnya, pemeriksaan pagi dilakukan pada pukul 8.00 pagi. Antara aspek-aspek yang dinilai termasuklah:  Kebersihan dalam dan persekitaran khemah  Susun atur barang dan peralatan kumpulan  Pakaian yang dibawa  Gajet yang dibawa Cara Pemeriksaan Pagi dilaksanakan adalah seperti berikut: 1. Membersihkan kawasan perkhemahan, membersihkan periuk dan peralatan masak yang digunakan, menyusun peralatan perkhemahan dan sarapan pagi hendaklah selesai sebelum pemeriksaan pagi. 2. Satu tiupan wisel yang panjang dibunyikan oleh pemimpin yang bertugas bagi menandakan Pemeriksaan Pagi akan dilakukan. 3. Ketika Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua ahli badan unit beruniform berdiri sebaris mengikut sistem patrol iaitu ketua patrol berada di kanan sekali, kuarter master, ahli-ahli dan di kiri sekali ialah penolong ketua patrol. 4. Semasa Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua pakaian dalam patrol berkenaan diletakkan di hadapan ahli-ahli patrol. 5. Ketua Patrol akan memberi arahan bersedia kepada ahli-ahlinya. Seperti “Patrol Nuri Sedia,” sebelum pemimpin berada di pintu gerbang patrol itu. 6. Semasa pemimpin memasuki pintu gerbang patrol, ketua patrol bergerak ke hadapan lalu memberi tabik hormat dan melapor diri kepada pemimpin bertugas. Contoh ayat laporan: “Kami Patrol Nuri seramai 20 orang, siap sedia menerima arahan tuan.” 7. Manakala penolong ketua patrol dan kuarter master akan keluar baris sejurus selepas menerima arahan daripada salah seorang pemimpin. Kemudian kembali ke dalam barisan setelah selesai pemeriksaan. 8. Selepas itu, ketua patrol memberi hormat sekali lagi dan meminta kebenaran menjalankan tugas-tugas lain. Contoh ayat: “Kami Patrol Nuri seramai 20 orang mengucapkan ribuan terima kasih, dan minta kebenaran menjalankan tugas lain, tuan.” 9. Maka selesailah Pemeriksaan Pagi, selepas pemimpin keluar daripada pintu gerbang. Ketua Patrol mengarahkan ahli-ahlinya keluar baris.

4.9

REFLEKSI

Contoh: Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya berjaya menyiapkan refleksi keseluruhan sepanjang saya belajar subjek WAJ3111 iaitu Kokurikulum II (Unit Beruniform) semester ini dengan selengkapnya mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang telah mengajar dan banyak membantu saya dan rakan-rakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan terutamanya kepada ketua penasihat BSMM iaitu Puan Zowyah bt Shabdin dan Encik Abd Aziz bin Ishak selaku pensyarah bagi pasukan saya, Pasukan 1. Secara jujurnya, kursus ini banyak memberi impak yang positif kepada saya dalam menambahkan pengetahuan yang baru serta dapat menjadikan saya sebagai

seorang bakal guru yang berwibawa melalui kesemua aktiviti yang dijalankan sepanjang semester ini. Hal ini kerana kursus ini banyak mendedahkan perihal kegiatan kokurikulum yang dijalankan. Sebelum itu, wibawa bermaksud seseorang yang memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Oleh itu, kursus ini sangat sesuai dipelajari oleh para guru pelatih demi melengkapkan diri dengan pelbagai bidang ilmu terutamanya dalam bidang kegiatan kokurikulum sebagai persediaan untuk melangkah kaki ke dunia pendidikan yang sebenar. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang semester ini bermula. Antaranya ialah latihan kawad kaki, pendidikan asas kesihatan, kursus Rawatan Cemas dan Perkhemahan. Latihan kawad kaki dan nyanyian lagu BSMM diadakan pada setiap petang pada hari Rabu. Latihan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar guru teknik dan cara kawad kaki yang betul. Hal ini sebagai persediaan kepada para pelajar guru untuk mengajar murid-murid kawad kaki di sekolah nanti. Selain itu, kursus Rawatan Cemas dilakukan pada minggu seterusnya bagi mendedahkan kepada para pelajar guru terutamanya kepada Unit Beruniform BSMM mengenai rawatan awal yang boleh dilakukan bagi mengelakkan kecederaan yang lebih parah dan serius. Sebagai contoh, teknik CPR boleh dilakukan kepada mangsa yang dijumpai separuh sedar. Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti terakhir bagi setiap unit beruniform. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, saya beroleh banyak pengalaman berharga untuk saya berkongsi dengan rakan-rakan dan anak murid saya nanti. Melalui aktiviti perkhemahan yang diadakan selama 4 hari 3 malam iaitu dari 11 September hingga 14 September 2012 di sekitar kawasan IPG Kampus Pulau Pinang, saya berupaya memantapkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan unit beruniform untuk membolehkan saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru penasihat di sekolah kelak. Selain itu, saya juga berpeluang menguruskan aktiviti perkhemahan unit beruniform, meningkatkan jati diri dan merapatkan silaturahim dalam kalangan pelajar guru lebih-lebih lagi dalam unit BSMM. Banyak aktiviti yang menarik dilakukan sepanjang perkhemahan antaranya ialah kawad kaki, istiadat menaikkan bendera, mendirikan khemah dan gajet. Saya dan rakan juga berpeluang untuk memasak sarapan pagi dan minum petang. Kami juga didedahkan cara membuat roti lilit hanya menggunakan tepung gandum, garam dan air. Sesungguhnya, aktiviti perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan berjaya mencapai objektifnya dan memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk saling tolong-menolong dan bekerjasama dalam melakukan semua kerja yang ditugaskan.

Related Documents


More Documents from "fanipramudita"