5. Filologi

  • Uploaded by: Jason Mathew
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 5. Filologi as PDF for free.

More details

  • Words: 568
  • Pages: 15
Loading documents preview...
Permasalahan Filologi Dalam Pensejarahan Malaysia Nama Guru Pelatih: Jason MG & Nurhanani S. Opsyen: Sejarah Ambilan: Jun 2015 Kursus: Pensejarahan Malaysia (SJHK3033) Nama Pensyarah: Encik Linos Sumping

Apakah Yang Dimaksudkan dengan Filologi? Filologi ialah ilmu yang mempelajari bahasa dalam sumber-sumber sejarah yang ditulis serta merupakan kombinasi daripada kritikan sastera, sejarah dan linguistik. Selain itu, filologi juga merupakan ilmu yang mempelajari tentang ketepatan naskhah-naskhah manuskrip yang dikaji sejak dari zaman dahulu (manuskrip lama dan kuno).

PERMASALAHAN FILOLOGI • Sebuah teks dalam manuskrip lama agak sukar difahami kerana berlaku penyalinan semula manuskrip tersebut secara berulang kali. • Ini telah mengakibatkan pelbagai kesalahan ditemui pada teks tersebut dari segi ejaan, struktur ayat dan istilah. • Terdapat banyak faktor yang mengakibatkan kekeliruan dan kesukaran dalam memahami manuskrip.

Masalah tradisi penurunan teks Perubahan berlaku secara tidak sengaja. (Haplografi, ditografi, interpolasi)

FAKTOR BERLAKUNYA PERMASALAHA N FILOLOGI Kecuaian penulis ketika menyalin naskhah asal manuskrip tersebut.

Berlaku secara sengaja. (faktor politik, agama, ideologi, budaya dan sbgnya)

Tindakan penulis yang telah mengubah isi kandungan teks asal sesebuah manuskrip (menokok tambah dan membuang isi teks asal)

Permasalahan Filologi dalam Naskhah Pensejarahan Tradisional Melayu

SEJARAH MELAYU • Terdapat 29 buah naskhah Sejarah Melayu semasa kajian dan pengumpulan teks Sejarah Melayu. • Dari aspek filologi, setiap satu naskhah Sejarah Melayu tersebut adalah berbeza dari segi versi, resensi dan salinannya. Contohnya, terdapat dua versi Sejarah Melayu iaitu versi pendek dan versi panjang.

BUKTINYA Penulis: Munsyi Abdullah, T.D. Situmorang, A.E Teeuw dan Dato’ Madjoindo. • Karya Sejarah Melayu versi pendek. • Penceritaan Sejarah Melayu berakhir setakat kematian Tun Ali Haji di Johor.

Penulis: W.G Shellabear* • Sejarah Melayu versi panjang pula, penceritaan dilakukan sehingga pemerian tentang episod serangan Jambi terhadap Johor pada 1673. • *versi penulisan Sejarah Melayu yang paling popular.

• Walau bagaimanapun, Muhammad Yusoff Hashim (1988) telah mengkritik sikap Shellabear yang tidak menjelaskan dalam hasil kerjanya tentang tindakannya yang telah menggabungkan Sejarah Melayu versi pendek dan versi panjang secara bersama.

Hikayat Raja-Raja Pasai • Mempunyai satu naskhah sahaja. • Naskah ini dimiliki oleh Kyai Suradimanggala, Adipati Demak yang disalin untuk Stamford Raffles pada 1814. • Disebabkan naskhah ini hanya satu, maka agak kurang permasalahan filolog yang timbul.

TUHFAT AL-NAFIS • Terdapat empat naskhah Tuhfat Al-Nafis yang ditemui, iaitu milik Syamsuddin bin Imam Musa di Kelang dan Tengu fatimah binti Sultan Abu Bakar di Johor. • Daripada kajian terdahulu, teks Sejarah Raja-raja Melayu dan Bugis serta Sejarah Rajaraja Riau juga merupakan teks asal Tuhfat Al-Nafis.

Terdapat dua versi Tuhfat Al-Nafis, iaitu tiga naskhah merupakan versi panjang, manakala sebuah naskhah adalah versi pendek Teks Tuhfat al-

• .

Nafis versi pendek dianggap sebagai teks asas kepada naskhahTuhfat alNafis versi panjang. Hal ini disebabkan  teks Tuhfat al-Nafis versi panjang berlaku pemanjangannya disebabkan oleh dua perkara.

Permasalahan Filologi

Pertam a

• Proses pembungaan bahasa ke atas versi pendek mungkin bertujuan untuk memperindahkan bahasanya. • Buktinya, wujud penggunaan kalimah Arab, penggunaan pepatah, perbilangan, bahasabahasa kiasan dan lain-lain lagi.

Kedua

• Selain itu, wujud penambahan kata tambah dan imbuhan, kata kias, ulangan, gelaran-gelaran tokoh, klise dan sebagainya. • Tuhfat al-Nafis versi panjang juga mempunyai tokok-tambah isu-isu, isi serta perkara baru.

Rumusan • Dalam penulisan sejarah, masalah filologi sukar untuk dielakkan. • Hal ini disebabkan oleh tindakan penulis yang telah mengubah struktur teks asal sesebuah manuskrip yang akhirnya membawa kepada pemahaman yang berbeza. • Oleh itu, penulis sejarah haruslah berusaha untuk mengekalkan isi kandungan sejarah bagi mengelakkan perubahan fakta dan percanggahan maklumat di dalam sesebuah karya sejarah.

Related Documents

5. Filologi
January 2021 0
5
February 2021 1
5
February 2021 3
5
February 2021 2
Nahej Us Sadaath (5/5)
January 2021 1
Ch 5
February 2021 3

More Documents from "Miftahudin Miftahudin"