Bab 10 Penyata Aliran Tunai

  • Uploaded by: ljniannic
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 10 Penyata Aliran Tunai as PDF for free.

More details

  • Words: 2,213
  • Pages: 10
Loading documents preview...
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

BAB 10 PENYATA ALIRAN TUNAI

OBJEKTIF Selepas mempelajari bab ini, pelajar seharusnya boleh ; 

Menerangkan kepentingan penyata aliran tunai.



Menjelaskan maksud dan klasifikasi aliran tunai. a) Menjelaskan aktiviti dan mengenalpasti item-item aktiviti operasi. b) Menjelaskan aktiviti dan mengenalpasti item-item aktiviti pelaburan. c) Menjelaskan aktiviti dan mengenalpasti item-item aktiviti pembiayaan.



Menjelaskan dua kaedah menyediakan penyata aliran tunai iaitu kaedah langsung dan kaedah tidak langsung.

220

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

10.0

Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

Pengenalan

Untung adalah penting bagi menentukan kejayaan sesebuah perniagaan. Keuntungan tidak dapat dicapai atau dikekalkan sekiranya aliran tunai tidak diuruskan dengan sebaiknya. Tunai umpama minyak untuk menghidupkan perniagaan. Aliran tunai adalah penerimaan tunai dan pembayaran tunai. Penyata Aliran Tunai melaporkan penerimaan tunai dan pembayaran tunai yang dikelaskan mengikut tiga (3) aktiviti utama iaitu operasi, pelaburan dan pembiayaan. Penyata ini melaporkan aliran tunai masuk bersih atau aliran tunai keluar bersih bagi setiap aktiviti bagi perniagaan secara keseluruhan. Lembaran Imbangan melaporkan baki tunai pada akhir tempoh. Dengan membandingkan baki tunai bagi dua tempoh berturut, kita dapat menyatakan samada tunai berkurang atau bertambah tetapi lembaran imbangan tidak menyatakan bagaimana tunai masuk dan keluar. Penyata Pendapatan menyenaraikan hasil dan belanja yang merupakan petunjuk mengenai sumber dan penggunaan tunai tetapi tidak dapat memberitahu secara terperinci mengapa tunai bertambah atau berkurang. Oleh itu, penyata aliran tunai diperlukan untuk menyelesaikan masalah di atas. 31 Disember 1999 Lembaran Imbangan

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2000 31 Disember 2000 Penyata Pendapatan Penyata Ekuiti Pemilik Penyata Pendapatan Tertahan Penyata Aliran Tunai

Lembangan Imbangan

Rajah 1: Konsep Asas Penyata Aliran Tunai Untuk menyediakan penyata aliran tunai kita perlukan maklumat daripada penyata kewangan yang lain iaitu Penyata Pendapatan, Penyata Ekuiti Pemilik atau Penyata Pendapatan tertahan dan Lembaran Imbangan untuk dua (2) tarikh berurutan.

10.1

TUJUAN PENYATA ALIRAN TUNAI

Penyata aliran tunai disediakan untuk memenuhi tujuan-tujuan berikut: 10.1.1 Menjangkakan aliran tunai masa hadapan Kebiasaannya, sumber dan penggunaan tunai dalam perniagaan tidak berubah secara mendadak daripada tahun ke tahun. Dengan itu, penerimaan dan pembayaran tunai bagi tahun-tahun lepas adalah merupakan jangkaan yang agak tepat mengenai penerimaan dan pembayaran bagi tempoh akan datang. 10.1.2 Menilai keputusan-keputusan pihak pengurusan Jika pengurus membuat keputusan pelaburan yang bijak, perniagaan akan bertambah maju. Sebaliknya jika pengurus silap membuat keputusan, perniagaan akan mengalami kesan yang buruk. Penyata aliran tunai melaporkan pelaburan dari segi aset-aset jangka panjang dan maklumat tersebut dapat dilihat oleh para pelabur dan pemiutang, seterusnya dapat menilai keputusan yang dibuat oleh pengurus.

221

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

10.1.3 Menentukan kemampuan untuk membayar dividen kepada pemegang saham dan kemampuan untuk membayar faedah dan hutang pokok kepada pemiutang/pembiaya. Pemegang saham biasanya berminat terhadap penerimaan dividen atas pelaburan saham mereka dalam perniagaan. Manakala pemiutang mengharapkan supaya hutang pokok dan faedahnya akan diterima bila sampai tempoh yang ditetapkan. Penyata aliran tunai boleh menolong mereka ini menjangkakan samada perniagaan tersebut mampu membuat semua pembayaran itu. 10.1.4 Menunjukkan hubungan antara untung bersih dengan perubahan tunai dalam perniagaan. Biasanya, tunai dan untung bersih berubah secara langsung. Pendapatan yang tinggi menunjukkan peningkatan tunai, begitu juga sebaliknya. Bagaimanapun, baki tunai boleh berkurang bila pendapatan bersih tinggi dan tunai mungkin meningkat bila untung rendah. 10.2

MAKSUD DAN KLASIFIKASI AKTIVITI ALIRAN TUNAI

Aktiviti operasi + Aliran masuk - Aliran keluar

Tunai + Kesetaraan tunai Baki pada awal tempoh

Aktiviti pelaburan + Aliran masuk - Aliran keluar

Tunai + Kesetaraan tunai Baki pada akhir tempoh

Aktiviti pembiayaan + Aliran masuk - Aliran keluar Rajah 2 : Katagori Penyata Aliran Tunai Kesetaraan tunai Dalam penyata aliran tunai, tunai dan kesetaraan tunai dianggap sebagai satu item. Perubahan tunai adalah merujuk kepada “tunai dan kesetaraan tunai”. Pelaburan yang dianggap sebagai kesetaraan tunai mestilah boleh ditukarkan kepada tunai dan mempunyai risiko penurunan nilai yang amat rendah. Oleh itu, pelaburan tersebut adalah pelaburan jangka pendek yang mempunyai tempoh matang selama tiga bulan atau kurang. Overdraf juga adalah sebahagian daripada kesetaraan tunai.

222

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

10.2.1 Aliran Tunai dari Aktiviti Operasi Jumlah aliran tunai daripada aktiviti operasi adalah petunjuk penting bahawa perniagaan mempunyai tunai yang cukup untuk membayar balik pinjaman, bayar dividen dan buat pelaburan. Aliran tunai adalah berdasarkan urusniaga dan peristiwa yang dimasukkan dalam menentukan untung dan rugi. Aliran masuk tunai Kutipan daripada pelanggan Terimaan daripada hasil faedah Terimaan daripada hasil dividen

Aliran keluar tunai Pembayaran kepada Pembekal Pembayaran kepada pekerja Pembayaran cukai, faedah Pembayaran belanja-belanja

(Dapat dilihat dengan jelas sekiranya menggunakan kaedah langsung) Jika kaedah tidak langsung digunakan item-item berikut yang disenaraikan Untung bersih selepas cukai Untung atas jualan aset tetap/pelaburan Belanja susut nilai Penambahan aset semasa kecuali tunai & Rugi atas jualan aset tetap/pelaburan kesetaraannya Pengurangan aset semasa kecuali tunai & Pengurangan liabiliti semasa kecuali Nota kesetaraannya Belum Bayar, Dividen Belum Bayar Penambahan liabiliti semasa kecuali Nota Belum Bayar, Dividen Belum Bayar Rajah 3 : Contoh Aliran Tunai dari Aktiviti Operasi 10.2.2 Aliran Tunai dari Aktiviti Pelaburan Aktiviti pelaburan melibatkan penambahan atau pengurangan dalam aset tetap perniagaan termasuk pelaburan saham dalam perniagaan lain secara tunai. Aliran masuk tunai Jualan aset tetap perniagaan Jualan pelaburan yang bukan kesetaraan tunai Terimaan daripada pinjaman diberi/Nota Belum Terima

Aliran keluar tunai Pembelian aset tetap Pembelian pelaburan yang bukan kesetaraan tunai Memberi pinjaman / Nota belum terima

Rajah 4: Contoh Aliran Tunai dari Aktiviti Pelaburan 10.2.3 Aliran Tunai dari Aktiviti Pembiayaan Aktiviti pembiayaan melibatkan aktiviti untuk mendapatkan tunai daripada pelabur atau peminjam bagi memulakan atau membiaya perniagaan. Aktiviti ini berkaitan dengan penambahan dan pengurangan dalam ekuiti pemilik dan liabiliti jangka panjang. Aliran masuk tunai Terbitan saham Terbitan Nota Belum Bayar Pinjaman Terbitan bon belum bayar

Aliran keluar tunai Persaraan saham Pembayaran balik Nota Belum Bayar Pembayaran balik pinjaman Pembayaran dividen Persaraan bon belum bayar

Rajah 5: Contoh Aliran Tunai dari aktiviti Pembiayaan

223

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

10.3

Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

PENYEDIAAN PENYATA ALIRAN TUNAI

Terdapat dua (2) cara untuk menyediakan penyata aliran tunai iaitu kaedah langsung dan kaedah tidak langsung. Kedua-dua cara menghasilkan subtotal yang sama bagi aktiviti operasi, pelaburan, pembiayaan dan perubahan tunai bersih. Perbezaan kedua-dua kaedah adalah senarai item di dalam bahagian aktiviti operasi sahaja. Bagaimanapun, silibus untuk Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menumpukan satu kaedah sahaja iaitu kaedah tidak langsung. Berikut ditunjukkan penyata aliran tunai menggunakan kaedah tidak langsung: NAMA PERNIAGAAN PENYATA ALIRAN TUNAI (KAEDAH TIDAK LANGSUNG) BAGI TEMPOH BERAKHIR… Aliran tunai dari aktiviti operasi: Untung bersih selepas cukai Item tidak melibatkan tunai: Belanja Susut Nilai X Rugi/Untung atas jualan aset/pelaburan X/(X) Pengurangan/peningkatan Aset semasa (kecuali tunai) X/(X) Peningkatan / pengurangan Liabiliti. Semasa (kecuali Nota Belum Bayar, Dividen belum bayar & Overdraf bank) X/(X) Aliran tunai bersih dari aktiviti operasi Aliran Tunai Dari Akt. Pelaburan: Beli aset tetap/pelaburan (X) Jual aset tetap / pelaburan X Aliran tunai bersih dari aktiviti pelaburan Aliran Tunai Dari Akt. Pembiayaan: Terbit saham / Tambah modal X Terbitan bon belum bayar X Persaraan saham (X) Persaraan bon belum bayar (X) Buat pinjaman/Nota Belum Bayar X Bayar Pinjaman/Nota Belum Bayar (X) Bayar dividen/ambilan (X) Aliran tunai bersih dari aktiviti pembiayaan Lebihan/(kurangan)tunai + Baki tunai awal Baki tunai akhir Maklumat yang diperlukan bila menyediakan penyata aliran tunai ialah:i. penyata pendapatan ii. dua tarikh lembaran imbangan iii. penyata ekuiti pemilik/penyata pendapatan tertahan iv. lain-lain maklumat tambahan

224

X

X XX

XX

XX X X XX

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

Latihan 1 (untuk aktiviti operasi sahaja) Kutipan hasil dividen Bayaran faedah Jualan tunai Rugi atas jualan tanah Membeli tanah Bayaran Akaun Belum Bayar Untung bersih selepas cukai Bayar cukai pendapatan

RM7,000 16,000 12,000 5,000 37,000 45,000 24,000 13,000

Belanja susut nilai Pengurangan dalam liabiliti semasa Penambahan dalam aset semasa selain tunai Bayaran dividen Kutipan Akaun belum Terima Bayaran gaji dan upah

RM12,000 20,000 17,000 7,000 93,000 34,000

Kirakan dan tunjukkan aliran tunai bersih dari aktiviti operasi. Contoh jawapan Aliran tunai dari aktiviti operasi: Untung bersih selepas cukai Item tidak melibatkan tunai: Belanja Susut Nilai Rugi atas jualan tanah Peningkatan Aset semasa (kecuali tunai) Pengurangan Liabiliti. Semasa Aliran tunai bersih dari tunai operasi

RM 24,000 RM 12,000 5,000 (17,000) (20,000)

(20,000) RM 4,000

Soalan 2 Berikut adalah petikan Lembaran Imbangan perbandingan pada 31 Disember bagi Syarikat Indah Permai.

Aset semasa Tunai Akaun belum terima Faedah belum terima Inventori Insurans prabayar Liabiliti semasa Nota belum bayar Akaun belum bayar Cukai belum bayar Utiliti belum bayar Faedah belum bayar Gaji belum bayar

2001

2000

21,300 45,900 2,900 68,600 3,700

8,600 48,300 3,600 60,200 2,800

13,400 42,400 13,800 8,200 3,700 900

18,100 40,300 14,500 9,700 2,900 2,600

Maklumat tambahan: a. Pendapatan bersih RM 56,200 b. Belanja susut nilai peralatan RM 10,200 c. Beli pelaburan jangka panjang RM 4,900 d. Jual tanah dengan harga RM 46,900 mengalami kerugian RM 6,700 e. Mendapatkan peralatan dengan menerbitkan nota belum bayar jangka panjang RM 14,300 f. Bayar NBB jangka panjang RM 61,000 g. Terima tunai kerana menerbitkan saham biasa RM 3,900 h. Bayar dividen RM 38,100 i. Bayar NBB jangka pendek dengan menerbitkan saham biasa RM 4,700 225

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

DIKEHENDAKI: Tunjukkan pengiraan aliran tunai dari aktiviti: I. Operasi II. Pelaburan III. Pembiayaan Jawapan: Aliran tunai dari aktiviti operasi: Untung bersih selepas cukai Item tidak melibatkan tunai: Belanja Susut Nilai – peralatan RM 10,200 Rugi atas jualan tanah 6,700 Pengurangan ABT 2,400 Pengurangan Faedah belum bayar 700 Peningkatan Inventori (8,400) Peningkatan Insurans prabayar (900) Peningkatan ABB 2,100 Pengurangan cukai BB (700) Pengurangan utiliti BB (1,500) Peningkatan Faedah BB 800 Pengurangan gaji BB (1,700) Aliran tunai bersih dari aktiviti operasi

RM 56,200

9,700 65,900

Aliran tunai dari aktiviti pelaburan: Beli pelaburan jangka panjang Jual Tanah Aliran tunai bersih dari aktiviti pelaburan

RM (4,900) 46,900 42,000

Aliran tunai dari aktiviti pelaburan: Bayar NBB Terbitan saham biasa Bayar dividen Aliran tunai bersih dari aktiviti pembiayaan

RM (61,000) 3,900 (38,100) (95,200)

226

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

Soalan 3 (komprehensif) Berikut adalah penyata kewangan bagi Syarikat UMI Bhd bagi tahun berakhir 31 Disember 2005: SYARIKAT UMI BHD LEMBARAN IMBANGAN PADA 31 DISEMBER 2005 DAN 2004 ASET 2005(RM) Tunai 40 000 Insuran Prabayar 8 000 Akaun belum Terima 112 000 Inventori 86 000 Tanah 176 000 Bangunan 155 000 Susutnilai terkumpul - Bangunan (86 000) Mesin 129 000 Susutnilai - Mesin (62 000) 558 000 LIABILITI Akaun Belum bayar 108 000 Gaji Belum Bayar 4 000 Cukai Belum Bayar 16 000 Dividen Belum Bayar 0 Nota Belum Bayar 72 000 200 000 EKUITI PEMILIK Modal Saham Biasa (nilai tara RM1.00) 170 000 Perolehan tertahan 188 000 358 000 Jumlah Ekuiti Pemilik 558 000 Jumlah Liabiliti dan Ekuiti Pemilik

2004 (RM) 46 000 2 000 120 000 68 000 140 000 120 000 (74 000) 144 000 960 000) 506 000

Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2005 Jualan RM722 000 Tolak: KBDJ 400 000 Untung kasar 322 000 Tolak: Belanja Belanja Jualan 126 000 Belanja Gaji 96 000 Belanja Insuran 10 000 Belanja susutnilai - Mesin 8 000 Belanja susutnilai - bangunan 12 000 Belanja Faedah 14 000 Rugi Jualan Mesin 2 000 54 000 Campur: Laba Jualan Tanah 6 000 Untung sebelum Cukai 60 000 Belanja Cukai 18 000 Untung Bersih 42 000

227

80 000 0 24 000 14 000 128 000 246 000 114 000 146 000 260 000 506 000

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

Maklumat Tambahan : Dalam tahun 2005, Syarikat Umi Bhd telah menjalankan urusniaga berikut: 1. Syarikat menerbitkan 56,000 unit saham baru pada nilai tara 2. Syarikat menjual tanah yang mempunyai kos RM 30,000 secara tunai 3. Mesin yang dibeli pada harga RM 15,000 telah dijual secara tunai. Susutnilai terkumpul bagi mesin tersebut berjumlah RM 6,000. 4. Syarikat membeli tanah dan bangunan secara tunai DIKEHENDAKI: a) Sediakan Penyata Aliran Tunai Syarikat UMI bagi tahun berakhir 31 Disember 2005 menggunakan kaedah tidak lansung b) Terangkan kepentingan Penyata Aliran Tunai. JAWAPAN: SYARIKAT UMI BHD PENYATA ALIRAN TUNAI (KAEDAH TIDAK LANSUNG) BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DIS 2005 Aliran tunai dari aktiviti operasi: Untung bersih Item tidak melibatkan tunai: BSN – Mesin BSN – Bangunan Rugi atas jualan mesin Untung jualan tanah Peningkatan Insuran prabayar Pengurangan Akaun belum terima Peningkatan Inventori Peningkatan Akaun belum bayar Peningkatan Gaji belum bayar Pengurangan Cukai belum bayar Aliran tunai bersih dari aktiviti operasi Aliran Tunai Dari Akt. Pelaburan: Beli tanah Jual tanah Jual mesin Beli Bangunan (155,000 – 120,000) Aliran tunai bersih dari akt. Pelaburan Aliran Tunai Dari Akt. Pembiayaan: Terbitan saham (56000 x RM 1) Bayar NBB (128,000 – 72,000) Bayar dividen Aliran tunai bersih dari akt. Pembiayaan Kurangan tunai +Baki tunai awal Baki tunai akhir

42,000 8,000 12,000 2,000 (6,000) (6,000) 8,000 (18,000) 28,000 4,000 (8,000)

(66,000) 36,000 7,000 (35,000)

56,000 (56,000) (14,000)

228

24,000 66,000

(58,000)

(14,000) (6,000) 46,000 40,000

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

Pengiraan: Tanah Baki b/b Tunai (beli)

140,000 66,000 206,000

Untung jual tanah = RM 6,000 = X = =

Harga X RM 6,000 + RM 36,000

Kos RM 30,000 RM 30,000

Rugi jual mesin RM - 2000 X

Harga jual X RM 9,000 RM 7,000

(Kos – SNT) (RM 15,000 – RM 6,000) RM 2,000

= = = =

Jual Baki h/b

229

30,000 176,000 206,000

Related Documents


More Documents from "Nataliyana Gigih Pramono"