Budaya Melayu Dan Kebudayaan Malaysia

  • Uploaded by: Syaza Khalis
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Budaya Melayu Dan Kebudayaan Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 3,943
  • Pages: 24
Loading documents preview...
PENGENALAN Budaya dan masyarakat adalah konsep-konsep yang luas dan mendalam pengertiannya. Konsep-konsep tersebut sering digunakan untuk memahami kewujudan sosial masyarakat. Tanpa kedua-dua konsep ini, agak sukar untuk kita memahami erti kehidupan sebenarnya. Untuk kita mehamai gaya hidup berbagai jenis manusia termasuklah diri kita sendiri, sosiologi seringkali menggunakan konsep budaya, yang merujuk kepada perkongsian bersama barangan, ilmu dan kepercayaan sebuah kumpulan manusia atau masyarakat. Konsep ini tidak terhad kepada seni, sastera, dan muzik klasik sahaja tetapi merangkumi aspek-aspek kehidupan lain dalam masyarakat. Ahli sosiologi membahagikan budaya kepada dua jenis iaitu :

Budaya Kebendaan Buda ya

Budaya Bukan Kebendaan Rajah 1 : Jenis budaya Budaya kebendaan yang terdiri daripada objek fizikal yang digunakan oleh manusia untuk mencapai matlamatnya. Contoh budaya kebendaan adalah seperti peralatan dan mesin yang digunakan dalm pembinaan, atau komputer dan mesin kira untuk menyelesaikan masalah matematik. Budaya bukan kebendaan yang terdiri daripada nilai-nilai, seni lukisan, bahasa, pandangan hidup dan symbol yang mewakili dunia sosial dan fizikal. Contoh budaya bukan kebendaan adalah seperti cerita dongeng kanak-kanak, kod perundangan, muzik dan pandangan hidup yang dipelajari semasa dewasa. 1

TUGASAN 1 (a) Secara

individu,

anda

dikehendaki

menghasilkan

penulisan (esei) yang menarik, lengkap dan menyeluruh berkaitan

dengan

konsep

budaya,

masyarakat,

kebudayaan Melayu dan Kebudayaan Kebangsaan, serta halangan pelaksanaannya.

2

KONSEP BUDAYA DAN MASYARAKAT Sebagai seorang manusia, kita tidak boleh lari daripada pengaruh budaya. Sama ada kita seorang Melayu, Cina, India atau sebagainya, kita sudah semestinya membesar dalam sesebuah masyarakat yang mengamalkan budaya atau cara hidup yang tersendiri. Kepelbagaian budaya masyarakat sedunia memastikan bahawa kehidupan manusia sentiasa menarik dan beraneka ragam. Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim (1963), perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu “budhi’ yang bermaksud kecergasan fikiran dan “daya” yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Kamus Dewan (2005), pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Dictionary of Philosophy (1996), memberikan maksud budaya sebagai “ The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are too pervasive to be readily noticed from within”.

Rajah 2 : Kepelbagaian budaya Budaya juga boleh didefinisikan sebagai corak hidup dan juga sebagai pemahaman, persetujuan yang digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti seharian. Ahli sesebuah masyarakat perlu berkongsi idea asas yang sama tentang bagaimana masyarakat mereka berfungsi, apa yang penting dalam kehidupan, apakah maksud tindak-tanduk mereka. Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam mengatur kehidupan seharian. Pembelajaran, upacara perkahwinan dan aspek-aspek lain dalam budaya dipelajari dan disampaikan melalui interaksi di antara manusia dalam sesebuah masyarakat. Misalnya, di India, lazimnya ibu bapa memilih jodoh untuk anak mereka. 3

Tetapi di Barat lain pula caranya. Ibu bapa memberi kebebasan kepada anak mereka mencari jodoh sendiri. Aspek-aspek budaya yang lazimnya membentuk cara bagaimana sesebuah masyarakat itu hidup adalah :-

Bahasa

Nilai

Aspek Kebudaya an

Norma

Kawala n

Rajah 3 : Aspek Kebudayaan Pengertian masyarakat pula boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Dalam penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam 9denti hidup yang tertentu. Menurut Sabree Hussien (2009) , dalam artikelnya yang bertajuk Konsep Masyarakat dalam Hubungan Etnik, masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Semua makhluk mempunyai corak kehidupan masing-masing, iaitu kepercayaan agama, gaya membesarkan anak, strategi mencari nafkah seharian, cara memperolehi tempat tinggal dan sebagainya. Apa yang menarik tentang budaya ialah

ia

mencorakkan

kehidupan

sesebuah

pembelajaran.

4

masyarakat

melalui

proses

KEBUDAYAAN MELAYU Di Malaysia, budaya dari aspek politik dapat dilihat dari aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dijalankan di Negara ini. Di Negara kita dapat lihat kepelbagaian politik di Negara ini yang merangkumi pelbagai kaum. Pluralisme masyarakat di Malaysia menjadikan 9denti ini mempunyai pelbagai bentuk dan corak acuan parti politik yang dipimpin mengikut pelbagai kaum. Namun hal ini masih di dalam kawalan kerana masyarakat di Malaysia masih mempunya nilai-nilai 9dentity9y, hormat menghormati, serta menghargai antara satu sama lain. Namun begitu, pengaruh

penjajah

sebelum

ini

telah

menhyebabkan

kita

mengamalkan

pemerintahan dan pentadbiran demokrasi. Dalam kebudayaan melayu, terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaitkan dengan sudut sosial. Antaranya ialah agama dan kepercayaan. Orang Melayu 9denti seluruhnya beragama Islam. Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan 9dentit masih dapat dilihat dalam 9denti kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Selain itu, sudut sosial dalam kebudayaan melayu juga dapat dilihat dalam amalan adat istiadat. Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur tempatan dan unsur pengaruh luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Budaya Melayu dari sudut ekonomi di Malaysia boleh dilihat berdasarkan aktiviti yang dijalankan masyarakat melayu di Negara ini. Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, majoritinya menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan. Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, kelapa sawit, kelapa, dan tanaman campuran. Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja di 9denti perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Penguasaan ekonomi dalam kalangan orang Melayu secara keseluruhannya masih rendah dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh penduduk bukan melayu, terutamanya orang Cina. Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli korporat. Ramai yang tinggal di 9dentibandar besar dan mampu memiliki kereta mewah dan rumah 9denti. Selain itu juga, ramai orang Melayu yang mempunyai pendidikan yang tinggi, sama ada 9dentity9y di dalam mahu pun di luar 9denti. 5

KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Dalam sesebuah 9denti yang mempunyai masyarakat majmuk sebagaimana Malaysia, unsur perpaduan adalah merupakan teras yang utama. Terdapat pelbagai dasar dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha memupuk perpaduan semua kaum di Malaysia. Salah satu inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah penggubalan dasar kebudayaan kebangsaan. Objektif penggubalan dasar kebudayaan kebangsaan adalah sebagaimana berikut :

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan

Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang

Rajah 4 : Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan

6

HALANGAN PELAKSANAAN Dalam

pelaksanaan

sesuatu

dasar,

sememangnya

akan

timbul

banyak

permasalahan yang menghalang pelaksanaan sesuatu dasar tersebut. Merujuk kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan, halangan pelaksanaan yang dapat kenalpasti adalah, hubungan 9denti antara anggota masyarakat yang berbilang kaum. Kurangnya interaksi antara kaum sejak kecil lagi di mana majority murid Melayu belajar di sekolah kebangsaan, murid India di sekolah Tamil dan murid Cina di sekolah Cina. Gaya 9denti ini berlarutan hingga sekolah menengah dan seterusnya di Universiti. Banyak Universiti Swasta yang ditubuhkan mempunyai pelajar yang majoritinya didominasi oleh sesuatu kaum. Selain itu, halangan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga adalah, kecenderungan anggota masyarakat untuk mengekalkan 9dentity masing-masing dan tiada usaha mengasimilasikan budaya antara sesuatu kaum juga menjadi cabaran untuk melestarikan Kebudayaan Kebangsaan ini yang memerlukan penyatuan budaya. Malah, setiap kaum ingin mengekalkan kebudayaan masing dan menganggap penyatuan budaya akan menyebabkan kebudayaan asal sesuatu kaum itu akan terjejas dek masa. (850 patah perkataan)

7

TUGASAN 1 (b) Secara individu, anda dikehendaki membincangkan faktorfaktor

pengaruh

luar

yang

meresapi

kebudayaan

masyarakat Melayu dari sudut sosial yang merangkumi aspek-aspek kesenian, kepercayaan, perubatan, pakaian tradisional dan permainan.

8

PENGENALAN : FAKTOR KEBUDAYAAN MELAYU MENERIMA PENGARUH LUAR Kehidupan masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh tamadun-tamadun luar seperti Arab, Cina, India serta Barat. Pengaruh-pengaruh ini dapat dilihat dalam sistem politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Pengaruh tamadun luar ini telah memberi impak yang besar dalam kehidupan masyarakat Melayu hingga sekarang. Adat merupakan cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Ia juga mencerminkan perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama. Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha, selepas itu dipengaruhi oleh campuran Hindu/Buddha dan Islam. Pengaruh tamadun luar yang ketiga yang juga merupakan pengaruh yang paling kuat dalam kebudayaan dan adat Melayu adalah pengaruh Islam. Tamadun Barat pula banyak mempengaruhi masyarakat Melayu dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Hal ini kerana masyarakat Melayu telah mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu dijajah seluruhnya oleh Inggeris. Bagaimanapun, pengaruh Islam masih lagi memainkan peranan yang amat penting dalam senario politik Melayu khasnya dan masih digunakan sehingga kini. Seni bina merupakan satu lagi cabang yang boleh kita lihat untuk mengkaji bagaimana kuatnya pengaruh luar dalam masyarakat Melayu. Kita dapat lihat seni bina banyak dipengaruhi oleh pengaruh Cina dan Islam.

9

10

Kesenian

Kepercaya an

Perubatan

Pakaian Tradisional

Permainan

11

Rajah 5 : Aspek Kebudayaan Melayu Yang Menerima Pengaruh Luar KESENIAN Selain politik dan sosial, kesenian dan juga aspek yang penting yang perlu dititikberatkan dalam melestarikan kebudayaan melayu. Di Malaysia, antara ancaman dan cabaran yang dilihat menyukarkan kelestarian kebudayaan melayu adalah seperti bahasa melayu yang semakin kurang ditekankan dalam penggunaan seharian selain daripada tarian dan nyanyian, serta seni bina dan reka bentuk. Seni Bina Dalam bidang kesenian pengaruh India dapat dilihat pada binaan dan bangunan agama. Dalam hal ini pengaruh India jelas kelihatan pada penggunaan batu dan bata sebagai bahan utamanya kerana ia merupakan bahan yang lebih kekal dan dianggap sesuai untuk membina rumah dewa dan dewi. Oleh sebab itulah tugu agama yang dibina pada zaman purba masih dapat dikesan sehingga kini. Pengaruh ini jelas dilihat pada ukiran seni pahat dinding patung dewa Logam yang berupa arca. Selain itu terdapat patung Kuwera dan Hariti yang juga dipuja dalam agama Buddha. Dari segi ukiran, yang menjadi pola hiasan pada dinding candicandiatau kuil ialah makhluk ajaib dan tumbuh-tumbuhan, sesuai dengan suasana Gunung Mahameru. Antara motif ukiran yang selalu digunakan ialah seperti kepala Kala, daun-daunan, ranting-ranting dan bunga teratai. Dalam bidang kesenian pengaruh Islam pula dapat dilihat pada makam atau batu nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya. Batu nisan merupakan karya seni Islam yang pertama sekali masuk ke nusantara. Contohnya yang pernah ditemui ialah batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam bertarikh 903 masihi yang dijumpai di Linggir, Kedah. Pada permukaan makam-makam yang dijumpai ini terdapat tulisan yang dipahat daripada ayat Al-Quran serta ajaran Islam yang menekankan tentang hukum dan tasawuf. Dari segi corak batu nisan tersebut, di samping menerima pengaruh asing ia juga menunjukkan daya kreativiti penduduk tempatan. Contohnya batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang dibawa dari G. Jeram mempunyai bentuk seperti kepala terbalik yang menunjukkan adanya pengaruh Parsi.

12

Selain batu nisan, masjid merupakan karya seni Islam yang terpenting di nusantara. Dari segi coraknya, masjid-masjid yang menunjukkan corak dari abad 14 hingga abad 18 di mana ianya masih lagi berbentuk tradisional. Pengaruh tradisi ini dapat dilihat pada bentuknya yang tersusun sebagai lanjutan daripada seni Bali yang disebut Meru. Pengaruh Hindu lebih jelas lagi pada bentuk dan bangunan menara kudus yang didirikan pada zaman Sunan Kudus. Terdapat juga pengaruh masyarakat tradisi pada bentuk perhiasannya. Contohnya pola-pola yang menjadi perhiasan yang berasal dari zaman pra Islam seperti daun-daunan, bunga teratai, bukit-bukit karang, permandangan dan garis-garis geometri. Di samping itu, terdapat juga perkembangan kaligrafi atau seni khat Islam. Ini dapat dilihat pada makam, masjid dan sebagainya. Contohnya masjid terdapat ukiran khat pada mihra, mimbar, bingkai atau lengkung tiang dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa seni ini juga dipengaruhi oleh unsur pra Islam yang telah lama seperti dengan masyarakat tempatan. Tarian dan Nyanyian Selain daripada bahasa, tarian dan nyanyian juga satu aspek lain yang menjadi ancaman dan cabaran dalam sudut kesenian yang telah menyukarkan kebudayaan melayu untuk dilestarikan. Hal ini demikian kerana, fenomena budaya popular yang telah mempengaruhi masyarakat melayu hari ini membawa kesan kepada kelemahan kedudukan budaya Melayu tradisional. Minat orang ramai, terutama golongan muda terhadap warisan tradisi itu semakin berkurang. Seni hiburan barat ini menjadi ikutan negara lain termasuklah Malaysia. Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah mula dipinggirkan sehingga ke hari ini. Pada hari ini, Malaysia mula diperkenalkan dengan aliran-aliran muzik barat yang pelbagai. Antaranya kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada, pop, jazz,

dan

lain-lain. Setiap

aliran

ini

mempunyai

identiti

dan

imej

yang

tersendiri. Contohnya, imej penyanyi rock dan jazz adalah berbeza sama sekali. Imej pemuzik aliran pop juga berbeza dengan aliran rap. Melalui kepelbagaian imej yang dibawa oleh mereka, ini telah mendatangkan kesan buruk kepada imej tradisi kita kerana perkara-perkara yang dibawa barat ini sebenar sangat mudah mempengaruhi masyarakat melayu termasuk di Malaysia. 13

“Penyebaran budaya pop Amerika yang “menyegarkan pancaindera dan mematikan roh”.” Chandra Muzaffar. Berdasarkan pernyataan Chandra Muzaffar, jelas sekali bahawa budaya pop yang dibawa oleh pengaruh barat dapat menyebabkan budaya melayu akan terus lenyap kerana identiti serta imej yang bertentangan dengan budaya melayu itu sendiri. Sebagai contoh, pemuzik ‘rock’ biasanya akan mengekalkan imej ‘rockers’ yang menggunakan seluar ‘jeans’ yang koyak, berambut panjang dan selekeh bagi lelaki. Jika dibandingkan dengan budaya melayu, hal ini sebenarnya bercanggahan sama sekali kerana budaya melayu banyak mengikut cirri-ciri islam yakni lebih sopan dan bersih. Sejak beberapa bulan yang lalu, dunia digemparkan dengan tarian ‘Oppa Gangnam Style’ yang dipopularkan oleh sebuah kumpulan dari Korea. Tarian ini telah menyebabkan seluruh dunia termasuklah Malaysia terikut-ikut dengan tarian tersebut. Tarian yang dikatakan mempunyai unsur-unsur negatif seperti unsur lucah menyebabkan

tarian

ini

tidak

sepatutnya

menjadi

kegilaan

masyarakat

melayu. Galakan dari pihak kerajaan dengan membawa masuk tarian ini ke dalam Negara seolah-olah mengenenggahkan budaya asing yang bukan mengikut normanorma budaya melayu. Bukan itu sahaja, Negara juga banyak membenarkan artisartis dari luar Negara masuk ke Negara ini membuat persembahan tanpa menapis terlebih dahulu corak persembahan yang bakal dipersembahkan. Hal ini juga menjadi salah satu punca utama masyarakat hari ini terikut-ikut dengan budaya luar dan tidak lagi mencuba untuk mempelajari tarian dan nyanyian dalam kebudayaan melayu seperti zapin, inang, dan mak yong yang mempunyai nilai budaya yang sangat tinggi.

14

Reka Bentuk Seni reka bentuk pula, boleh dilihat dari bangunan-bangunan yang dibina dengan rekabentuk

yang

dianggap

moden

oleh

orang

ramai. Contohnya, Menara

Berkembar Petronas contohnya, dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh barat. Selain itu, sesetengah reka bentuk binaan bangunanbangunan yang terdapat di tempat kita ini juga adalah sebagai bukti pengaruh barat terhadap kita. Binaan bersenikan kebaratan boleh dilihat pada bangunan-bangunan baharu yang dibina dengan berkonsepkan kemodenan. Selain itu, di Bandar Sunway contohnya terdapat bangunan yang berbentuk piramid yang menyerupai dengan unsur-unsur dari negara Arab sudah lari daripada keseniaan melayu. Jika semakin banyak bangunan di Negara ini dibina mengikut corak binaan luar, sudah pasti generasi baru dan bakal berada di bumi Malaysia ini tidak kenal akan kekayaan seni bina dan seni reka melayu yang sebenarnya.

15

KEPERCAYAAN Menurut E. B Taylor (1871), kepercayaan kepada makhluk halus dan roh merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia primitif. Kepercayaan animisme merupakan satu bentuk culturals universals yang wujud di kalangan suku-suku primitive. Dalam kepercayaan rakyat di Nusantara, terdapat anggapan bahawa roh orang yang telah mati boleh masuk ke dalam tubuh binatang, misalnya suku Nias, di sebuah pulau yang terletak di barat Sumatera mempercayai seekor tikus yang keluar masuk rumah dianggap sebagai roh daripada orang yang telah mati beranak. Kadang-kadang roh itu memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai binatang itu akan mengganggu orang yang menjadi musuh simati pada masa hidupnya. Jikalau roh itu baik ia akan menjelma menjadi haiwan yang jinak dan sekiranya sebaliknya roh itu akan menjelma di dalam tubuh haiwan yang liar. Ini juga disebut sebagai penjelmaan dewa-dewa sama ada jahat atau baik. Islam mengubah pandangan dunia orang Melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti pada zaman hindu kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa. Al Quran menjadi pegangan hidup dan sumber rujukan bagi umat Islam sama ada dalam hal-hal dunia dan akhirat. Segala aturcara sehari-harian adalah bergantung kepada ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kepercayaan karut yang boleh merosakkan akidah umat Islam dan

memecahbelahkan

masyarakat

lenyap

beransur-ansur

diganti

dengan

kepercayaan kepada Allah Yang Esa. Pegangan yang satu ini telah memulihkan semangat orang Melayu bahawa tiada yang lain yang perlu ditakuti dan tiada kuasa lain yang lebih kuat melainkan Allah yang Maha Berkuasa.

16

Masyarakat hari ini lebih terpengaruh kepada cara berfikir yang dianggap moden iaitu berfikiran terbuka. Pemikiran yang terbuka ini dapat kita lihat dalam kepercayaan masyarakat kita terhadap perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain. Kebiasaannya, pantang larang dianggap sebagai sesuatu hukum dalam masyarakat Melayu yang wajib dipatuhi dan akan mengakibatkan kesan yang tidak diingini oleh seseorang sekiranya melanggar pantang larang itu. Cara berfikir seperti ini sudah mula berubah sejak kedatangan barat dan menganggap

perkara-perkara

ini

lebih

kepada

karut. Masyarakat

hari

ini,

terutamanya golongan belia sudah tidak mahu mengikut adat atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat melayu sejak zaman dahulu kerana dianggap akan dipandang kolot oleh rakan-rakan sebaya mereka.

17

PERUBATAN Perubatan tradisional Melayu ialah perubatan Melayu yang diamalkan oleh para bomoh dan Tok Dusun sejak beberapa abad dahulu. Perubatan ini yang banyak menggunakan bahan-bahan yang berasal daripada tumbuh - tumbuhan dan herba telah diterima dengan penuh minat oleh masyarakat Melayu di Malaysia kerana ia merupakan kaedah yang selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan manusia. Ini dapat di buktikan dengan banyaknya produk ubat tradisional Melayu yang dipasarkan. Satu lagi faktor tentang mengapa perubatan tradisional Melayu mendapat tempat dalam kalangan masyarakat adalah kerana ia lebih murah, berbanding dengan rawatan dan perubatan lain. Pengamal perubatan tradisional Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan dan ingatan yang diwarisi daripada guru mereka secara turun-temurun. Pada zaman penjajahan British, amalan perubatan Barat sangat popular sehingga amalan perubatan tradisional Melayu dilupai, khususnya oleh golongan bangsawan

dan

paracendiakawan.

Masyarakat

Melayu

lebih

mempercayai

perubatan Barat yang dibawa oleh penjajah kerana kajian yang dijalankan mereka terhadap sesuatu penyakit adalah lebih saintifik. Namun sejak akhir-akhir ini, perubatan tradisional Melayu semakin mendapat tempat di hati masyarakat Melayu kerana ia tidak menggunakan bahan-bahan kimia dan beracun. Perubatan tradisional Melayu adalah melalui amalan petua yang terdiri daripada dua aspek, iaitu amalan suruhan dan amalan tegahan. Amalan suruhan banyak berhubung dengan pemakanan daripada segi jenis, kuantiti, dan khasiat yang terdapat di dalam tumbuhan. Ia bertujuan untuk mendapatkan keseimbangan serta mengelakkan sebarang serangan penyakit dan keuzuran. Amalan tegahan pula bertujuan untuk menghalang pesakit daripada memakan makanan tertentu sewaktu dalam tempoh rawatan sebagai pantang larang. Ia bertujuan untuk memeliharakan kesihatan manusia dalam keadaan baik secara berterusan atau bagi mempercepatkan penyembuhan penyakit.

18

PAKAIAN TRADISIONAL Orang Melayu tempatan pra sejarah sudah mempunyai kemahiran membuat pakaian daripada kulit kayu melalui bukti batu penerap yang ditemui. Dipercayai, batu penerap itu digunakan sebagai penumbuk kulit kayu supaya menjadi lembut dan nipis. Sebelum kedatangan Islam, pengaruh Hindu-Buddha masih kuat ke atas masyarakat Melayu. Masyarakat tempatan pada masa itu, memakai pakaian yang amat ringkas. Mereka hanya menutup di bahagian tertentu tubuh. Kaum lelaki hanya menggunakan 2 helai kain iaitu kain di kepala yang diikat ringkas dan kain sarung dikilas atau kain sarung dijadikan cawat. Pakaian sebegini sesuai dan selesa dipakai dalam cuaca panas kawasan tropika.

Kaum wanita pula hanya

menggunakan 3 helai kain; iaitu kain sarung, kain kemban dan kain selendang. Perbezaan golongan wanita bangsawan dengan rakyat adalah golongan bangsawan menggunakan kain daripada jenis yang mahal dan indah serta memakai perhiasan keemasan. Dapat dilihat jurang sosial yang wujud dari cara berpakaian masyarakat, semenjak sebelum kedatangan Islam. Pengaruh Islam sekitar abad ketujuh yang antaranya dibawa oleh pedagang-pedagang Arab melalui kegiatan perdagangan, secara tidak langsung mempengaruhi reka bentuk pakaian tradisional masyarakat Melayu secara berperingkat-peringkat. Dari abad ketujuh hingga ke-13, adalah satu tempoh transisi dan penyesuaian yang panjang. Walaupun agama Islam telah tersebar di alam Melayu, namun pengaruh Hindu-Buddha masih kuat..

Dari segi pakaian,

masyarakat tempatan mula berpakaian secara sopan dengan menutup badan mereka dengan baju. Kaum wanita dan lelaki memakai baju berbentuk tunik pendek berkain kapas hijau dengan bahagian bawah dililitkan dengan kain sari sutera. Selepas abad yang ke-13 baharulah pengaruh Islam menampakkan kesannya. Agama Islam mula dihayati oleh masyarakat tempatan. Pakaian masyarakat tempatan mula dipengaruhi pakaian orang Arab seperti pemakaian jubah.

19

Proses evolusi pakaian Melayu mencapai tahap tertinggi pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Bermula dari istana-istana raja, bangsa Melayu mencapai zaman kegemilangannya dan sehingga sekarang warisan budayanya masih menjadi sumber inspirasi kepada bangsa Melayu. Seperti yang tercatat dalam buku Sejarah Melayu, ada menceritakan bahawa Tun Hassan (yang hidup semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah) adalah orang yang pertama yang mengubah bentuk baju Melayu asal kepada bentuk baju Melayu yang dipakai sekarang. Tun Hassan telah melabuhkan baju Melayu serta membesarkan dan memanjangkan pangkal tangan baju Melayu. Baju itu dinamakan baju kurung. Dengan melabuhkan baju tersebut, bentuk rupa pakaian Melayu serupa dengan bentuk rupa jubah, pakaian orang Arab.

20

PERMAINAN Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang ataupun bersenam . Ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan. Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang menang dan ada yang kalah, ataupun seri. Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya dipanggil sukan. Permainan masih diadakan sehingga kini tetapi terdapat perbezaan antara permainan dahulu dan permainan sekarang. Perbezaan permainan dahulu dan permainan sekarang akan dibincangkan selepas ini. Permainan-permainan dahulu seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan dilakukan secara berkumpulan dimana mereka mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga, pendapat, dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan. Manakala bagi permainan sekarang, biasanya adalah permainan komputer yang tidak melambangkan apa-apa dan tidak perlu dilakukan oleh sekelompok manusia serta tidak dapat mengeratkan hubungan antara manusia seperti permainan dahulu. Selain itu, permainan komputer akan menyebabkan ketagihan di kalangan pemain. Pemain yang terlalu ketagih kepada permainan tersebut tidak akan mempedulikan kesihatan mereka, tidak makan atau tidur semata-mata untuk bermain permainan tersebut. Permainan dahulu biasanya bersifat harmoni berbeza dengan permainan sekarang yang berunsur ganas seperti permainan-permainan komputer seperti counter strike yang bersifat ganas yang mendapat sambutan hangat daripada golongan remaja lelaki. Ini dengan secara tidak langsung akan mencemarkan minda golongan orang muda zaman ini.

21

KESIMPULAN Tuntasnya, masyarakat dan budaya adalah merupakan kombinasi yang tidak akan dapat dipisahkan. Jika masyarakat wujud, maka kebudayaan juga akan wujud dan berkembang seiring dengan perkembangan kelompok masyarakat tersebut. Setiap masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri. Budaya yang menjadi amalan masyarakatnya melambangkan keperibadian, identiti, dan jati diri masyarakat tersebut. Sikap, amalan, dan penerimaan masyarakat terhadap budayanya dapat menjelaskan budaya masyakat tersebut. Berdasarkan pengamatan terhadap pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pula, dasar ini sebenarnya boleh diwujudkan sekiranya terdapat kerjasama, persetujuan dan penerimaan antara semua pihak. Merujuk kepada objektif utama pelaksanaan dasar ini iaitu bertujuan untuk membentuk perpaduan, maka pihak yang bertanggngjawab hendaklah memastikan setiap kaum atau etnik yang terlibat bersetuju dengan penggubalan dasar ini. Hal ini penting kerana, jika terdapat etnik atau kaum yang tidak berpuas hati dengan penggubalan dasar ini maka objektif penggubalan dasar ini akan selamanya tidak tercapai bahkan mungkin menyumbang kearah pemberontakkan kaum atau etnik yang tidak berpuas hati.

22

RUJUKAN Abam Ming, (2012). Konsep Budaya. Diakses pada 17 Februari 2016 daripada http://notagurupelatih.blogspot.my/2012/04/konsep-budaya.html Ahmad Mubin, (2015). Pengaruh Luar Dalam Kebudayaan Melayu. Diakses pada 21 Februari 2016 daripada http://cikgubbm.blogspot.my/2015/07/pengaruh-luardalam-kebudayaan-melayu.html A. Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka A. Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd Aziz Bin Harjin, (2008). Pengaruh Islam Dalam Kebudayaan Masyarakat Melayu. Diakses pada 17 Februari 2016 daripada http://ctu551.blogspot.my/2008/04/pengaruh-islam-dalam-kebudayaanmelayu.html Ahmad Mubin, (2015). Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Diakses pada 17 Februari 2016 daripada http://cikgubbm.blogspot.my/2015/07/dasar-kebudayaankebangsaan-nota.html Chin Choy Keng, (2013). Pakaian Kaum-kaum di Malaysia. Diakses pada 21 Februari 2016 daripada http://choykeng.blogspot.my/2013/04/pakaian-kaumkaum-di-Malaysia.html Cikgu Hist, (2015). Sejarah Pakaian Tradisional Melayu. Diakses pada 21 Februari daripada http://cikgusajaratun.blogspot.my/p/jenis-jenis-baju.html Fatratul Wahyi Arief, (2012). Konsep Masyarakat dan Sosial Budaya. Diakses pada 17 Februari 2016 daripada http://zahrah02fatrahajar.blogspot.my/2012/11/konsepmasyarakat-dan-sosial-budaya.html Hajah Noresah Binti Baharom. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

23

Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff. (1983). Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. N. Hadiyati, (2011). Kebudayaan Melayu. Diakses pada 17 Februari 2016 daripada http://pointofauthorities.blogspot.my/2011/11/kebudayaan-melayu.html Tika Zukhi, (2013). Konsep Budaya, Masyarakat dan Kebudayaan Meayu. Diakses pada 17 Februari 2016 daripada http://rtkasensei90.blogspot.my/2013/03/tugasan-kkbi-bmm3114.html Zahir Zainudin, (2015). Pengaruh tamadun luar dalam kehidupan masyarakat melayu.

Diakses

pada

21

Februari

2016

daripada

http://zahirzainudin.blogspot.my/2015/03/pengaruh-tamadun-luar-dalamkehidupan.html

24

Related Documents


More Documents from "Nuur"