Ciri-ciri Komunikasi Yang Berkesan

  • Uploaded by: deenizam
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ciri-ciri Komunikasi Yang Berkesan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,259
  • Pages: 26
Loading documents preview...
PKUK 3013

NAMA PENSYARAH : TN HAJI MUSTAFA BIN JANTAN PN ZALEHA NAMA AHLI : NURUL MARDIANA BINTI NIZAM HISHAMUDDIN NURFADHILA NADIA AIN BINTI AZMAN NUR AINAA NAJIHAH BINTI MOHD ZAWAWI

CIRI-CIRI KOMUNIKASI BERKESAN 1. 2. 3. 4.

Menggunakan bahasa yang positif Bersifat empati Menjadi pendengar yang baik Menguasai teknik menyoal untuk mendapatkan maklumat 5. Menjaga air muka orang lain 6. Bersikap terbuka 7. Bahasa tubuh yang berkesan

KOMUNIKASI BERKESAN Komunikasi sebagai satu proses pemindahan makna yang terdapat dalam maklumat , idea atau perasaan melalui penggunaan simbol sama ada berbentuk lisan, bahasa badan, tulisan, visual atau simbol lain daripada pihak penerima dengan harapan akan menghasilkan maklum balas atau respon yang dihajati (Abdul Mua’ti, 2006)

Komunikasi berkesan atau komunikasi efektif ialah komunikasi yang dapat menyampaikan maklumat dengan jelas daripada penyampai kepada penerima dalam usaha mencapai matlamat organisasi. Komunikasi berkesan ialah proses dua hala melalui penghantaran mesej yang betul, diterima dan difahami oleh orang lain. Bagi menjadikan komunikasi itu berkesan adalah penting untuk memahami bagaimana manusia berinteraksi dan menginterpretasikan sesuatu mesej.

1. MENGGUNAKAN BAHASA YANG POSITIF Bahasa ialah alat yang sangat berkesan untuk menguasai orang lain Contoh : Guru-guru boleh mengawal tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah dengan cara berkata-kata secara positif kepada mereka.

BAHASA POSITIF Bahasa positif merupakan gaya bahasa yang sangat digemari orang dan gaya ini sangat berpengaruh. Maksudnya, jika seseorang itu hendak membuat individu-individu lain suka bercakap dan berbual dengannya supaya mereka dapat dipengaruhi, maka

gaya bahasa yang positif dapat membantunya untuk mempengaruhi mereka.

2. MENJADI PENDENGAR YANG BAIK  Tujuan mendengar adalah untuk memahami maklumat sebagaimana yang difahami oleh penyampai. Menguasai kemahiran mendengar akan dapat membantu pengumpulan maklumat atau mesej dan memperbaiki kefahaman tentang kelakuan orang lain.

2. MENJADI PENDENGAR YANG BAIK  Mendengar ialah proses yang aktif Keterampilan mendengar dengan baik dapat :  Membantu meningkatkan hubungan  Memahami orang lain dengan lebih baik  Meraih keselesaan dalam pekerjaan dan kehidupan

MENJADI PENDENGAR YANG BAIK Mendengar secara aktif melibatkan beberapa deria utama iaitu telinga, mulut dan mata.  Fungsi deria utama tersebut ialah seperti berikut: (a) Telinga

Telinga digunakan untuk mendengar dengan aktif mesej yang cuba disampaikan dan mengenal pasti nada suara yang menggambarkan perasaan.

(b) Mata : Mata pula digunakan untuk melihat komunikasi lisan yang nyata atau tidak nyata. (c) Mulut : Mulut digunakan untuk bersuara dan mengajukan pertanyaan.

TINDAKAN PENDENGAR YANG BAIK • Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan

• Berikan perhatian sepenuhnya • Lihat tepat ke dalam anak matanya • Anggukkan kepala sebagai tanda gerak balas •Ikuti perbualannya dengan berkata, “ya…ya…” •Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya

3. BERSIFAT EMPATI 

Kamus Dewan Edisi Keempat : daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain



kemampuan kita untuk menempatkan diri kita pada situasi atau keadaan yang dihadapi oleh orang lain



kebolehan untuk memahami dan menyokong orang lain dengan perasaan belas kasihan dan sensitiviti

komunikasi dalam membangun kerjasama kumpulan. i. saling memahami situasi orang lain ii. menimbulkan sikap saling menghormati, iii. membangun kepercayaan Cara memupuk sikap empati dalam komunikasi : i. sabar dan tidak memotong pembicaraan. ii. tenang iii. berprasangka baik iv. memahami

Faktor yang mempengaruhi proses empati : i. ii. iii. iv. v.

Sosialisasi Perkembangan kognitif Perasaan Situasi dan tempat komunikasi

4. MENGUASAI TEKNIK MENYOAL UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT Soalan boleh digunakan bagi mendapatkan maklum balas dan memberi maklum balas

 Merupakan penjelasan atau penerangan yang lebih lanjut mengenai mesej atau perasaan di sebalik mesej Kemukakan soalan yang tepat bagi mendapatkan maklum balas yang tepat. Soalan yang tepat akan membawa kepada pengetahuan dan kefahaman

5. MENJAGA AIR MUKA ORANG LAIN Muka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada air muka (Asmah, 2001). Air muka dalam bahasa Melayu pula bermaksud : rupa iaitu wajah seseorang maruah seseorang Penjagaan muka semasa berkomunikasi bermaksud menjaga wajah diri ataupun menjaga maruah diri serta maruah orang lain semasa berkomunikasi dengan orang lain. Konsep malu dalam masyarakat Melayu begitu luas serta menjadi asas didikan anak-anak. Malu itu bukan sahaja perasaan sendiri bahkan sesuatu tindakan kita yang boleh memalukan keluarga dan masyarakat. Mulut merupakan salah satu anggota badan yang perlu dijaga memandangkan mulut adalah bahagian anggota yang mengungkapkan kata dan anggota yang paling hampir dengan muka

PENJAGAAN MUKA DIRI SENDIRI PENJAGAAN MARUAH DIRI :

Menjaga maruah diri semasa berkomunikasi dengan orang lain, serta tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri dan menggunakan cara yang sopan Menggunakan perkataan atau ayat yang tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri semasa bertutur. Bertutur dengan lemah lembut, tidak meninggikan suara semasa bercakap untuk menjaga muka sendiri (maruah diri). Tidak bercakap bohong kerana hal ini boleh menjejaskan kepercayaan orang lain terhadap kita. Bersifat merendah diri dan tidak sombong semasa menjalankan perbualan dengan orang lain supaya tidak dibenci oleh orang lain.

PENJAGAAN WAJAH : Menjaga mimik muka sendiri semasa berkomunikasi dengan

orang lain. Kita tidak sepatutnya menunjukkan emosi yang negatif seperti murung, sedih dan sebagainya apabila berkomunikasi

dengan orang lain. Kita sepatutnya senyum apabila berkomunikasi dengan orang lain. Semasa dimarahi oleh orang lain, terutamanya orang yang lebih tua daripada kita, kita seharusnya pandai menjaga mimik muka kita dengan tidak menunjukkan muka yang gembira atau seronok. Hal ini adalah untuk menghormati orang lain.

Sebaliknya, kita haruslah menunjukkan muka yang serius.

PENJAGAAN MUKA ORANG LAIN Selain menjaga maruah diri, kita juga haruslah menjaga maruah orang lain semasa berkomunikasi supaya hati orang lain tidak tersinggung dan mereka merasa diri mereka dihormati. Mengelakkan diri daripada menghina dan merendahrendahkan peribadi seseorang untuk menghormati orang lain. Memanggil seseorang itu dengan gelaran yang sesuai dan tepat. Kita haruslah bertegur sapa sama ada mereka yang di kenali atau tidak di kenali supaya mereka berasa diri mereka dihormati.

Kita haruslah menjadi pendengar yang baik dengan memberi perhatian terhadap percakapan orang lain untuk menghormati penutur. Memberi salam dahulu kepada orang lain sebelum memulakan sesuatu perbualan terutamanya apabila kita bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kita.

Kita haruslah mengambil kira sama ada percakapan kita akan menyinggung perasaan orang lain atau tidak. Dengan cara demikian, kita dapat menjaga air muka orang lain.

6. BERSIKAP TERBUKA • Bersikap terbuka ialah rela untuk menerima ideaidea baharu. • Sikap terbuka merupakan sikap yang secara dalamannya menunjukkan keinginan untuk memahami perkara yang berlaku dalam masyarakat.

Bersikap terbuka begitu sinonim dalam

kehidupan bermasyarakat. Sikap keterbukaan dapat dilakukan oleh masyarakat sekiranya: i) dapat menerima kritikan dan teguran orang lain; ii) memberi peluang kepada orang lain memberikan pendapat; iii) saling mengingati jika melakukan kesalahan iv) tidak marah apabila ditegur secara terbuka.

7. BAHASA TUBUH YANG BERKESAN Dr. Albert Mehrabian dalam bukunya yang

bertajuk Silent Messages menyatakan bahawa kepercayaan pada apa-apa yang kita

komunikasikan dipengaruhi oleh : 7% oleh kata-kata

38% oleh nada suara 55% oleh bahasa tubuh

PENGERTIAN BAHASA TUBUH Bahasa tubuh merupakan komunikasi secara nonverbal (tanpa kata-kata). Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran apabila mesej yang hendak disampaikan menggunakan isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, artifak (lambang yang digunakan), diam, waktu, suara, serta postur dan gerakan tubuh (Richard E. Potter dan Larry A. Samoval, 2006).

Knapp, M.L. dalam Nonverbal Communication in Human Interaction menyatakan bahasa tubuh memiliki lima fungsi: Repetisi - Mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal. Subtitusi - Menggantikan lambang verbal. Kontradiksi - Menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan nonverbal. Pelengkap - Melengkapi dan memperkaya pesan nonverbal. Aksentuasi - Menegaskan pesan nonverbal.

CONTOH BAHASA BADAN YANG MENJADIKAN KOMUNIKASI SESEORANG LEBIH BERKESAN Jangan silangkan kaki dan tangan anda. Lakukan eyes contact, namun bukan menatapnya. Buatlah jarak antara kedua kaki anda. Santaikan bahu anda. Mengangguk ketika lawan bicara anda sedang berbicara. Tersenyum dan tertawa. Jagalah posisi kepala anda tetap lurus. Jangan terburu-buru. Hindari gerakan-gerakan yang menunjukkan bahawa anda gelisah. Jangan berdiri terlalu dekat.

Related Documents


More Documents from "Farida Fajriati"