Gaya Dan Teknik Pertukaran Baton

  • Uploaded by: Emily Ling
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gaya Dan Teknik Pertukaran Baton as PDF for free.

More details

  • Words: 732
  • Pages: 4
Loading documents preview...
GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATON Terdapat dua teknik asas penukaran baton : Teknik bawah-atas dan Teknik atas-bawah.

Teknik atas-bawah -

cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh

pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila sampai sahaja ke tempat penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya. Sambil berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya terbuka (menadah) untuk menerima baton. Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan tangan dari atas ke bawah. Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan memberikannya pada tangan kanan pelari ketiga. Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya kepada pelari keempat pada tangan kiri.

Cara Memberikan Baton 1. kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian banton 2. pemberi harus beri isyarat kepada penerima 3. hulurkan baton dengan tangan yang lurus 4. perhatikan tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya. Cara Menerima Baton 1. Penerima dalam keadaan yang sedia 2. Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton 3. Berlepas dengan panas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di tandaan. Bagi gaya tanpa pandang, jangan menoleh ke belakang semasa berlari. 4. Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat daripada pelari yang sedang membawa baton. 5. Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.

Gaya Selang-seli Tanpa Pandang Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat membawa dengan tangan kanan. Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di hadapannya supaya menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton. Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang. Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan tangan dan jangan menggoyangkannya. Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan. Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti. Gaya Selang-seli Cara Pandang Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan serentak kedua-dua mereka akan memandang baton. Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak. Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka. Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari-jarinya yang sebelah lagi. Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima menggenggam baton itu. Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan lariannya. Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat. -

Pergerakan ke atas (upsweep) 

Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton dengan menghayunkannya dari bawah ke atas.



Baton akan ditolak seberapa jauh yang boleh ke tangan penerima baton. Tapak tangan penerima baton menghadap ke bawah.



Penerima baton akan memegang baton tersebut di antara ruang berbentuk ‘V’ yang dibentuk ibu jari dan jari kelingkingnya.

Pergerakan ke bawah (downsweep) 

Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton dengan menghayunkannya dari atas ke bawah.



Tapak tangan penerima baton menghadap ke atas. Apabila baton dihantar kepadanya, dia perlu memegang 1/3 daripada bahagian atas baton tersebut.

GAYA PENUKARAN BATON Semasa penukaran baton, terdapat dua gaya utama yang digunakan iaitu: a) gaya selang seli cara pandang b) gaya selang seli tanpa pandang

Gaya selang seli cara pandang 

Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti 4x400meter.



Penerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya.

Gaya selang seli tanpa pandang 

Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti 4x100meter.



Mengikut gaya ini, pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa baton dengan tangan kanan.



Semasa penukaran baton berlaku, penerima baton tidak menoleh ke belakang. Pembawa baton akan memberi isyarat supaya penerima baton yang berada di hadapannya akan menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton.

Related Documents


More Documents from "DannyCheng"

Ethique Et Infini Pdf
February 2021 4
Unidad 3 Tarea V.docx
January 2021 1
February 2021 0