Peranan Ibu Bapa Ppi

  • Uploaded by: Raphy Njq
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peranan Ibu Bapa Ppi as PDF for free.

More details

  • Words: 814
  • Pages: 3
Loading documents preview...
TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK (20%) Program Pendidikan Inklusif (PPI) merupakan program pendidikan yang direka khas untuk murid berkeperluan pendidikan khas yang melibatkan murid berkeperluan khas bersamasama dengan murid kelas aliran perdana di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Murid yang mempunyai masalah pendengaran, penglihatan, kesukaran bertutur dan masalah pembelajaran dikategori sebagai murid berkeperluan khas (MBK) yang boleh menyertai program ini bagi mendapat bimbingan sama rata daripada guru mata pelajaran dan guru pendidikan khas (Lindsay, 2003). Oleh itu, MBK mampu menjalankan pembelajaran mereka di kelas aliran perdana supaya mereka tidak berasa terasing daripada golongan murid biasa. Namun begitu, menurut Zarina dan Safani (2015), penglibatan ibu bapa yang aktif dalam pembelajaran anak mampu memperkembangkan potensi penuh anak mereka dengan kerjasama guru-guru di sekolah. Tanpa sokongan dan penerimaan ibu bapa, PPI ini tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk menjayakan PPI demi membantu murid-murid berkeperluan khas dan menjayakan PPI. Peranan pertama ibu bapa ialah mewujudkan persefahaman dengan guru PPI bagi kejayaan program ini. Menurut Zarina dan Safani (2015), persefahaman antara ibu bapa dan guru dapat mengekalkan hubungan yang baik bagi meningkatkan tahap penglibatan ibu bapa di sekolah. Ibu bapa perlu sentiasa berkongsi maklumat tentang anak mereka antara guru PPI supaya guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sesuai untuk murid tersebut. Komunikasi dua hala berterusan yang berkesan dapat memastikan kerjasama antara dua pihak bagi menjayakan program ini kerana persefahaman antara satu sama lain dapat dibina melalui proses komunikasi. Tambahan pula, ibu bapa perlu bersedia untuk melibatkan diri dalam aktiviti PPI yang dirancang secara sukarelawan. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah dapat membina hubungan baik dengan pihak sekolah dan guru (Zarina, 2015). Penglibatan secara langsung memberi peluang kepada ibu bapa mengenai keadaan pembelajaran anak mereka serta program yang bakal dilancarkan untuk membantu anak mereka. Aktiviti seperti mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dapat memberi peluang ibu bapa lebih memahami matlamat, konsep dan cara pelaksanaan PPI yang mampu membantu anak mereka. Dengan itu, keprihatinan

ibu

bapa

terhadap

keadaan

anak

di

sekolah

mampu

membantu

memperkembangkan potensi anak mereka serta menjayakan PPI. Selain itu, peranan ibu bapa dalam menjayakan PPI adalah penglibatan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran anak mereka di rumah. Menurut Sulaiman, Abdullah dan Yusop (2004), komitmen para ibu bapa dalam menyediakan suasana pembelajaran yang

terapeutik mampu meningkatkan motivasi belajar anak-anak mereka. Ibu bapa boleh mendirikan satu sudut khas untuk menjalankan aktiviti pembelajaran bagi anak mereka. Anak mereka dapat belajar di sudut tersebut bersama dengan bimbingan langsung daripada ibu bapa di luar waktu persekolahan. Dengan itu, ibu bapa dapat memperkembangkan konsep kendiri dan penerimaan kendiri yang positif anak mereka bagi meningkatkan keyakinan semasa proses pembelajaran dalam kelas. Secara tidak langsung, komitmen ibu bapa yang berterusan semasa di rumah mampu menjayakan PPI dan mempertingkatkan minat belajar anak mereka. Murid yang terlibat dalam PPI akan mendapat bantuan yang sesuai untuk memperkembangkan potensi mereka walaupun mereka mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan murid biasa. Namun begitu, mereka masih mengalami cabaran dalam proses pembelajaran mereka di sebahagian sekolah di Malaysia. Isu-isu yang dihadapi oleh MBK akan menjejaskan kejayaan PPI yang dijalankan jika tidak ditangani dengan baik (Saad, 2005). Isu yang sering dihadapi murid PPI ialah kekurangan prasarana dan susun atur kelas yang mengehadkan pergerakan mereka. Menurut Hussin dan rakan beliau (2005), kemudahan yang lengkap serta susunannya di dalam kelas mampu membantu guru menjalankan PdP dengan lancar. Cabaran murid berkeperluan khas ialah susun atur kelas yang terlalu sempit menyebabkan murid berkeperluan khas sukar bergerak dan tidak selesa. Selain itu, peralatan mesin braile dan kanta pembesar untuk murid bermasalah penglihatan tidak dibekalkan oleh pihak sekolah. Disebabkan itu, mereka tidak dapat menjalankan proses PdP kerana kekurangan peralatan yang membantu mereka memperoleh ilmu. Secara kesimpulannya, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang penting untuk menjayakan PPI bagi membantu murid berkeperluan khas. Sokongan penuh daripada ibu bapa terhadap perancangan PPI mendorong kejayaan program yang berfaedah ini. Program ini perlu dititikberat oleh semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan supaya tidak sesiapa tercicir dalam pembelajaran mereka. Pendidikan yang tidak mengabai sesiapa baru mampu membantu memperkembangkan potensi setiap insan yang ada di dalam negara kita. (650 patah perkataan)

RUJUKAN Hussin, S., Marzuki, S., Abdul Razak, A. Z., Md Som, H., & Ranee, A. (2005). Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Lindsay, G. (2003). Inclusive education: A critical perspective. British Journal of Special Education, 30(1), 3-12. Malaysia, K. P. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Saad, S. (2005). Komitmen dan peranan guru dalam pelaksanaan pendekatan pendidikan inklusif di Malaysia. In Seminar Kanak-Kanak Bermasalah Emosi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya. Sulaiman, H., Abdullah, S. S., & Yusop, F. D. (2004). Peranan Ibu Bapa dan Guru dalam Membantu Pelajar-pelajar yang Menghadapi Masalah Pencapaian Akademik. Masalah Pendidikan, 27, 75-86. Zarina, A, A., Safani, B. (2015). Penglibatan Ibu Bapa Di Dalam Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran: Satu Kajian Kes. Internasional Seminar On Special Education For Southeast Asia Region 5th Series 2015, 1-13.

Related Documents

Peranan Ibu Bapa Ppi
January 2021 1
Wawancara Ppi
February 2021 0
Program Ppi Puskesmas
March 2021 0
Ibu Gayong2
January 2021 2
Peranan Lintas Sektor
February 2021 1

More Documents from "AlamSyah"

Peranan Ibu Bapa Ppi
January 2021 1