Sejarah Kesusasteraan Melayu

  • Uploaded by: nurulnadia26
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Kesusasteraan Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 840
  • Pages: 14
Loading documents preview...
SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU NUR UL NADI A BI NTI ZAIN UDD IN 2 PRA PI SMP KS /P I/ PM

SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU Sejarah kesusasteraan melayu terbahagi kepada dua iaitu: Ø Kesusasteraan melayu sebelum Islam. Ø Kesusaateraan melayu sesudah Islam.

Kesusasteraan melayu sebelum islam  R.O.Winstedt

menyatakan pendapatnya mengenai sejarah kesusasteraan melayu klasik, iaitu: Literature strictly came into being with the art of writing, but long before letters were shaped, there existed the material of literature, words spoken in verse to wake emotion by beauty of sounds and words spoken in prose to appeal to reason by beauty of sense. (Winstedt, 1969:1)

 Pendapat

beliau itu menepati konsep kesusasteraan iaitu pengertian kepada istilah “sastera” yang hanya menjadi matang dan sempurna setelah wujudnya bentuk lisan dan tulisan.  Seperti yang diakui sejarah, bahawa tradisi tulisan hanya wujud dalam kesusasteraan Melayu sesudah hadirnya Islam dalam budaya Melayu. Sudah sewajarnya, sastera yang wujud ialah bentuk tulisan.  Besar kemungkinan bahawa bentuk sastera yang terawal adalah puisi.  Menurut pengkaji-pengkaji sastera sejagat, bentuk puisi mendahului bentuk prosa. (Drew, 1972)

 Dalam

puisi Melayu tradisional, genre-genre terawal yang sedikit sekali menyerlahkan campur tangan asing ialah pantun, peribahasa, teka-teki, talibun dan mantera. (Harun, 1989)  Mantera dipercayai mendahului bentuk-bentuk puisi yang lain.  Dalam bentuk prosa pula, andaian ialah kepada genre “sastera rakyat” yang mengandungi cerita-cerita yang sederhana berupa memorat dan fantastik.  Dihubungkan dengan makhluk-makhluk halus, hantu dan jembalang.

 Mitos

yang menghubungkan kewujudan manusia dan alam sekitar dengan kuasa yang lebih besar dan misteri.  Prototaip kepada genre hikayat seperti yang dilihat dalam beberapa cerita yang digolongkan di sini sebagai lipur lara.  Kebanyakan cerita dalam genre tersebut dan juga bentuk-bentuk puisi yang berkembang dalam tempoh itu menunjukkan sifat-sifat tempatan yang bersih daripada pengaruh-pengaruh asing.  Apa yang berlaku selepasnya adalah hasil daripada proses transmisinya yang cukup panjang di samping tokok tambah dan kesialapan yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji yang terkemudian.

 Misalnya,

Winstedt dan Sturrock telah melakukan kesilapan yang cukup besar dan mengelirukan melalui usaha-usahanya membukukan hasil-hasil sastera lisan, seperti:  Awang

Sulung Merah Muda kepada Hikayat Awang Sulung Merah Muda.  Malim Deman kepada Hikayat Malim Deman.  Kekeliruan

yang timbul ialah kerana istilah “hikayat” merujuk kepada bentuk tulisan dan hanya dikenali sesudah kedatangan Islam.  Kajian-kajian terkemudian yang dilakukan oleh para sarjana yang mendapatkan ceritacerita daripada para penutur, semuanya menyebutkan “cerita”, contohnya:

 Cerita

Pak Pandir  Cerita Lebai Malang  Cerita Awang Punggung Tajam, atau;  Terus

saja menyebutkan nama pelakunya, contohnya:  Bongsu

Pinang Peribut  Seladang Cantik  Asal Usul Bukit Kaplu  Kata

“cerita” memang tepat dan wajar kerana sesuai dengan tradisi yang sama yang berkembang di daerah Melayu yang lebih awal iaitu, Minangkabau melalui tradisi “kaba” yang juga bermakna cerita, contohnya:

 Kaba

Anggun nan Tungga Magek Jabang  Kaba Cinduo Mato  Kaba Si Umbut Muda  Kerana

itu, pengekalan identiti yang asal dengan menyebutnya sebagai “cerita” akan dapat mengelakkan beberapa kekeliruan yang menjadi kontroversi kepada pengkaji-pengkaji yang terkemudian.  Kajian-kajian yang telah dilakukan terhadap khazanah lisan ini membuktikan sebahagian besar daripadanya adalah tradisi tempatan yang terdapat secara umum dalam daerah Nusantara.  Hal ini membuktikan cerita-cerita itu tidak berasal dari luar, khususnya India, seperti yang dikemukakan oleh Winstedt, Crawfurd, Wilkinson dan lain-lain.

Perkembangan melalui hubungan dengan budaya india  Di

Palembang, terdapat pusat-pusat pengajian agama Buddha dan kegiatan-kegiatan menulis dan menyalin karya-karya sastera seperti yang dilaporkan oleh I-Tsing, yang datang ke palembang pada tahun 671 Masihi.  Pada masa tersebut, perkembangan kesusasteraan berlaku dalam kedua-dua bahasa, Sanskrit, dan Melayu Purba.  Sementara itu di Jawa Tengah, bahasa Jawa Kuno berkembang bersama bahasa Sanskrit dan diabadikan melalui tulisan-tulisan dalam bidang sastera dan bidang-bidang lain.

 Keadaan

yang sama turut berlaku dalam kerajaankerajaan selepasnya, iaitu Kediri, Singasari dan Majapahit.  Para sejarawan sastera membahagikan tahaptahap kesusasteraan Hindu-Jawa itu kepada empat tahap, iaitu: 1) 2) 3) 4)

Zaman Zaman Zaman Zaman

Mataram (abad ke-9-19) Kediri (abad ke-11-12) Majapahit Awal (abad ke-14) Majapahit Akhir (abad ke-14-16)

 Hasil-hasil

penulisannya pula didapati dalam bentuk prosa(gencaran) dan bentuk puisi(tembang).  Tembang Jawa Kuno dikenali sebagai kakawin, sementara tembang Jawa Tengahan dikenali sebagai kidung

 Kebanyakan

hasil sastera dari zaman-zaman itu terdapat dalam bentuk kakawin.  Pengaruh kesusasteraan Hindu-Jawa ini sangat luas dan dapat dilihat dari segi jumlah dan kepelbagaian karya yang sebahagian besarnya masih didapati atau diketahui umum.

 Poerbatjaraka,

sarjana Jawa yang terkenal ini membahagikan warisan sastera Jawa Kuno kepada lima bahagian, iaitu: 1. Kitab-kitab Jawa Kuno golongan tua seperti Kitab Chandra Kirana dan Kitab Ramayana. 2. Karya-karya kesusasteraan Jawa Kuno dalam bentuk kakawin seperti Kakawin Krishnayana dan Kakawin Bomakawya. 3. Hasil-hasil karya Jawa Kuno yang dalam golongan baru seperti Kakawin Sutasoma dan Kakawin Kunjarakarna. 4. Karya-karya yang tertulis dalam bahasa Jawa Tengahan seperti Tantu Pangelaran dan Calon Arang. 5. Dalam bentuk tembang atau puisi Jawa Tengahan seperti Kakawin Dewa Ruci dan Sudamala.

 Pada

zaman ini juga telah wujud perkembangan tradisi tulisan.  Karya-karya terjemahan atau penyesuaian epik-epik India dan yang dikarang sendiri oleh para pujangga Jawa telah tertulis dalam huruf Pallava dan kemudian aksara Jawa Kuno atau Kawi.

Related Documents


More Documents from "Solikhun"