Soalan 4 A

  • Uploaded by: Nur Shuhada Mahamad
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Soalan 4 A as PDF for free.

More details

  • Words: 2,352
  • Pages: 10
Loading documents preview...
1.0 PENGENALAN Titik tolak kepada pembaharuan sosial dan pendidikan di India dikatakan mula tercetus apabila munculnya idea-idea daripada falsafah Bentham yang mempunyai penilaiannya yang tersendiri dalam menilai sesuatu penggunaan sumber secara maksima. Idea-idea tersebut jelas diterapkan oleh pegawai-pegawai British yang berkhidmat di India. Setelah beberapa tempoh dapat dilihat bahawa pemikiran dan idea yang dibawa oleh Bentham itu sedikit demi sedikit membuahkan hasil. Perkembangan hasil sastera, seni dan budaya India yang istimewa mula dieksploitasi oleh pegawai-pegawai British demi kepentingan masing-masing. Falsafah Bentham ini berpaksikan kepada semua perbelanjaan kerajaan di sesebuah tempat haruslah memberikan kepuasan atau keuntungan maksima kepada semua yang ada dan dianggap membazir sekiranya terdapat pihak tertentu yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu pencapaian. Oleh itu, setiap pelaburan atau nilai guna wang yang digunakan itu perlulah membawa keuntungan yang maksima kepada semua orang dan mana-mana dasar kerajaan haruslah membawa kepuasan maksima kepada bilangan penerima yang terbesar. Prinsip utiliti bagi mengenal pasti peranan asas keseronokan dan kesakitan dalam kehidupan manusia telah dikemukakan oleh Jeremy Betham pada tahun 1748 hingga 1832. Berdasarkan falsafah Bentham ini juga, pihak pentadbir tidak memperdulikan tentang adat resam. Selain itu, desakan daripada Reformis India juga dilihat merupakan titik tolak kepada perubahan sosial yang berlaku di India. Desakan ini dilakukan oleh beberapa orang pribumi India sendiri seperti Raja Ram Mohun Roy, Iswara Chandra Vidyasegar, Dwarkanath Tagore dan Keshub Chandran Sen yang mendesak berlakunya perubahan sistem sosial di India. Tambahan, berlaku juga desakan daripada golongan Mubaligh Kristian yang mendesak supaya amalan-amalan yang tidak masuk akal yang diamalkan di India dihapuskan dan diganti dengan amalan yang lebih moden dan berperikemanusiaan 1

demi menjamin kesejahteraan masyarakat India. Desakan oleh Mubaligh Kristian ini juga dilihat berpunca daripada ketiadaan peluang yang diberikan oleh pemerintah di India agar ajaran Kristian dapat disebarkan di India. Hal ini demikian kerana mereka menginginkan kebebasan dalam aktiviti menyebarkan agama Kristian tersebut. Namun, Mubaligh Kristian yang menetap di India tidak pernah berputus asa dalam mencari peluang untuk mengembangkan ajaran agama mereka. Piagam EIC yang diperbaharui sejak tahun 1790 telah dipengaruhi oleh mubaligh Kristian supaya mendapat kebebasan dan kebenaran untuk menyebarkan agama Kristian di India. Wilberforce yang merupakan salah seorang mubaligh telah melakukan pelbagai usaha sehingga akhirnya wujud Jabatan Agama Kristian pada tahun 1813. Namun, bantuan kewangan tidak diberikan malah aktiviti mubaligh dihadkan kepada wilayahwilayah di bawah pentadbiran British sahaja.

2

2.0 SUSURGALUR PEMBAHARUAN SOSIAL Era pembaharuan sosial di India mula muncul apabila William Bentick memegan jawatan Gabenor Jeneral di India. Beliau yang merupakan pengikut setia gurunya Betham telah menggunakan peluang tersebut untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem sosial dan pendidikan di India. Menurut Percival Spear, pembaharuan yang dilakukan oleh Bentick ini merupakan satu percubaan untuk membaratkan budaya India bermula pada tahun 1828 sehingga 1858. Sekiranya dilihat secara telus, jelas menunjukkan bahawa pemerintahan Bentick menunjukkan ketinggian Barat dalam menunjukkan India sebagai satu tamadun yang tidak moden dan ketinggalan zaman. Terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh Bentick sewaktu pemerintahannya seiring dengan idea utilitarian yang dibawa oleh gurunya Betham. Pengharaman adat Sutee pada tahun 1829 merupakan antara pembaharuan dari aspek sosial yang dilakukan oleh Bentick. Sutee merujuk kepada suatu amalan pengorbanan diri oleh wanita-wanita atau balu yang kematian suami yang mana si isteri akan dibakar bersama mayat suami mereka. Amalan ini dikatakan dilakukan demi menjaga maruah isteri yang sudah kematian suami. Sutee bukanlah suatu upacara keagamaan atau amalan agama India namun merupakan perkara yang diamalkan sejak awal lagi. Adat pembakaran balu bersama-sama suami ini adalah untuk membuktikan ketaatsetiaan kepada suami sehingga sanggup sehidup semati. Lazimnya, mereka dikehendaki memakai sari berwarna putih supaya dapat dikenali sebagai wanita yang telah kematian suami. Selain itu, sarjana sejarah menyatakan bahawa amalan ini dilaksanakan bagi menjaga hal ekonomi sesebuah keluarga. Seorang isteri yang berkahwin dengan seorang suami yang berasal dari zamindar atau tuan tanah berkemungkinan untuk memperoleh harta warisan suaminya. Kesannya, perkara ini akan membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli keluarga sebelah suami kerana mengganggap bahawa pihak keluarga lebih berhak untuk mewarisi harta yang 3

ditinggalkan oleh si mati berbanding isteri. Rentetan daripada itu, amalan ini telah dilaksanakan secara meluas di India bagi menjamin kesepaduan komuniti setempat dan mengelak berlaku ketidaksepakatan hingga mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku. Lord William Bentick ingin menghapuskan adat sutee ini kerana mengganggap amalan tersebut suatu jenayah yang besar. Pada tahun 1829, wujudnya sebuah akta iaitu akta penghapusan adat sutee. Akta ini melarang keras perbuatan membakar wanita secara paksa atau sukarela semasa pembakaran mayat si suami. Masyarakat India dilarang untuk terus mengamalkan amalan ini kerana dianggap diluar perikemanusiaan dan menetapkan hukuman penjara akan dikenakan kepada individu yang terlibat. Tindakan British telah menimbulkan kemarahan penduduk yang beragama Hindu. Ram Mohun Roy pada tahun 1818 telah menulis rencana bahawa adat sutee ini tidak direstui oleh agama Hindu yang mana beliau banyak menggunakan ayat-ayat yang terkandung dalam kitab Veda dan Kanun Manu. Mungkin beliau turut merasakan bahawa amalan ini dianggap tidak baik untuk dilaksanakan. Namun, beliau hanya mengulas dari bait-bait kitab tersebut tanpa menunjukkan yang beliau tidak setuju amalan ini dilakukan malah tidak pernah untuk menyarankan agar amalan ini diharamkan melalui undang-undang. Jelas menunjukkan bahawa pembaharuan sosial ini dapat diperdebatkan sama ada pembaharuan tersebut wajar dilakukan atau sebaliknya. Hal ini demikian kerana sesuatu masyarakat bebas untuk mengamalkan apa sahaja amalan yang diinginkan. Namun, sekiranya dilihat secara telus tindakan British dalam penghapuskan amalan tertentu di India seakan-akan mereka ingin menunjukkan bahawa mereka lebih moden berbanding masyarakat India yang dilihat kolot dan terlalu mengikut kepada adat yang ingin dikekalkan. Hakikatnya, amalan yang dilakukan oleh masyarkat India boleh dianggap

4

sebagai suatu tindakan rasionalis dalam menjaga maruah balu-balu yang telah kematian suami. Amalan Thugee telah diharamkan sewaktu pemerintahan William Bentick iaitu pada tahun 1830. Amalan Thugee ini merupakan aktiviti merompak dan membunuh di kawasan sunyi seperti denai-denai di dalam hutan. Ianya dilakukan oleh kumpulan-kumpulan agama yang bersenjata terhadap saudagar atau pengembara yang melalui kawasan tersebut. Hal ini demikian kerana para pedagang terpaksa melalui jalan hutan yang sunyi untuk meneruskan kelangsungan aktiviti dagangan mereka. Pengamal amalan Thugee ini akan menyorok di laluan pedagang untuk melakukan rompakan dan pembunuhan. Sebelum amalan Thugee ini dilakukan, mereka akan mendapatkan restu terlebih dahulu kepada dewi mereka di kuil untuk mendapatkan keberkatan. Mereka akan membunuh mangsa dengan mencekik dan memenggal kepala mereka dan kemudiannya disembahkan kepada Dewi Kali. Pengamal amalan Thugee ini dikatakan tidak mengenali antara satu sama lain dan bertindak menggunakan sesuatu nama sebagai kod untuk berkomunikasi. Tambahan, dikatakan juga bahawa pengamal Thugee ini juga merupakan pegawai atasan yang telah kehilangan kuasa pemerintahan sewaktu zaman pemerintahan Moghul. Seterusnya, Akta Civil Disablities telah diluluskan pada tahun 1833 oleh pemerintah British di India. Akta ini merupakan salah satu daripada titik tolak era pembaharuan sosial di bawah pemerintah Lord William Bentick. Akta ini bertujuan untuk melindungi hak mewarisi harta pusaka seseorang yang memeluk agama Kristian. British dilihat secara sembunyi memberikan peluang kepada para mubaligh untuk dalam menyebarkan agama Kristian di India. Perlindungan yang diperoleh oleh pemeluk agama Kristian ini memberi gambaran jelas bahawa galakan diberikan kepada penganut baru agama Kristian.

5

Sebelum akta ini diluluskan awalnya individu yang keluar daripada agama asal kepada Kristian tidak dibenarkan untuk mewarisi harta pusaka keluarga. Para mubaligh Kristian beranggapan bahawa keadaan ini akan menjadi penghalang kepada perkembangan agama Kristian di India. Para mubaligh di India telah mendesak supaya halangan ini dihapuskan supaya memberi kelebihan kepada penyebaran agama mereka. Jelas menunjukkan bahawa pembaharuan sosial yang dilakukan British ini memberi kelebihan kepada mereka malah jika dilihat secara telus terdapat beberapa agenda tersembunyi yang dirahsiakan oleh Lord William Bentick sewaktu era pemerintahannya di India. 3.0 SUSURGALUR PEMBAHARUAN PENDIDIKAN DI INDIA Melalui sistem pendidikan pula pembaharuan dapat dilihat menerusi kemunculan pendidikan barat pada tahun 1835 yang diperkenalkan oleh pemerintah British. Pada awalnya, British telah menyokong penuh pendidikan tempatan yang dijalankan di India kerana British ingin meluaskan kuasanya. Oleh itu, bagi mewujudkan pemerintahan British di India, pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur telah mengambil keputusan untuk mengekalkan pengetahuan Hindu dan Islam. Hal ini dapat dilihat apabila Warren Hastings (1780) yang merupakan Gabenor General India pada ketika itu telah membuka Madrasah di Calcutta, India yang bertujuan membuat kajian mengenai undang-undang Islam dan subjek berkaitan. Suatu perkara yang boleh dibahaskan melalui tindakan tersebut ialah Gabenor General sendiri dilihat menyokong pendidikan tempatan di India berbanding William Bentick yang hanya dipenuhi oleh ideologi gurunya Betham yang dilihat tidak seiring dengan tujuan utama penjajahan British di India. Selain itu, sebuah maktab Sanksrit telah dibuka oleh seorang pegawai British iaitu Jonathan Duncan pada tahun 1791 bagi mengajar seni, sastera, undang-undang dan agama Hindu dalam bahasa Sanskrit. Penubuhan maktab ini bertujuan bagi menunjukkan bahawa

6

pegawai British di India pada ketika itu memihak kepada pembangunan budaya India disamping pemeliharaan Vangmaya Sanskrit. Ianya turut dipersetujui oleh Gabenor Jeneral Lord Cornwallis. Hal ini juga bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh sejarawan India yang menyatakan bahawa pada kemunculan awal British di India, mereka sangat mengagumi kekayaan seni, sastera dan budaya di India. Namun, perkara itu dilihat tersasar sewaktu pemerintahan diambil alih oleh William Bentick. Sebuah akta Pembaharuan Piagam EIC Rs 100, 000 telah diperuntukan pada tahun 1813 bagi kemajuan pendidikan dalam bahasa tempatan. Selain itu, sebanyak tiga buah maktab Sanskrit yang mengajar seni dan sains dibuka di Calcutta, Delhi dan Agra. Calcutta Hindu College telah diberikan oleh pihak British yang mengajar sains dan sastera

barat

dalam bahasa Inggeris. Malah, pelbagai usaha yang dijalankan oleh pemerintah untuk melakukan proses penterjemahan buku-buku sains barat ke dalam bahasa tempatan. Namun, terdapat penentangan daripada Anglicist yang tidak suka dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak British. Anglicist merupakan kelompok mubaligh Kristian yang menyokong pengenalan institusi pembelajaran barat berdasarkan kurikulum British dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Mereka mencadangkan supaya sastera barat dan agama Kristian diajar kepada kanak-kanak India dalam bahasa Inggeris. Golongan Anglicist ini turut mengkritik tindakan kerajaan yang menggunakan sistem pendidikan tempatan yang berbentuk tradisional. Mereka mahukan sistem pendidikan barat dalam bahasa Inggeris diamalkan di India. Justeru, pada tahun 1835 golongan Anglicist telah membawa perkara ini ke majlis Gabenor General iaitu pegawai tertinggi dalam pentadbiran di India. Ahli undang-undang iaitu Lord Macaulay telah diminta agar mengkaji isu pendidikan yang diutarakan oleh golongan Anglicist. Macaulay kemudiannya mengkaji isu pendidikan

7

ini dan melaporkan kepada Bentick bahawa tiada ilmu yang terdapat dalam pendidikan tempatan India dan hasil kajian secara telus menunjukkan bahawa peruntukan kerajaan bagi pendidikan tempatan adalah suatu pembaziran semata-mata. Dalam laporannya, beliau menyatakan bahawa: “a single shelf of good European library was worth the whole native literature of India and Arabia”

Laporan ini beerti bahawa buku-buku dari barat yang terdapat di sebuah perpustakaan usang dan kecil lebih berharga daripada buku-buku di India dan Arab. Hal ini demikian kerana kebanyakan buku yang terdapat di India merupakan hasil penulisan orang-orang di tanah Arab yang meliputi pelbagai bidang seperti agama, kesusasteraan, seni dan sains. Keangkuhan Macaulay dapat dilihat apabila beliau sering merendah-rendahkan bahan-bahan ilmiah dari India dan Arab. Pengenalan pendidikan Barat di India bermula pada 7 Mac 1835 apabila Bentick membuat keputusan untuk membiayai pendidikan Barat sahaja dan pembiayaan pendidikan barat sahaja dan pembiayaan kerajaan bagi pendidikan dalam bahasa tempatan telah dihentikan. Kesannya, semakin meningkat jumlah sekolah-sekolah Inggeris di buka di India. Tambahan, pendidikan Inggeris juga dilanjutkan ke peringkat Universiti. Pada tahun 1857, sebanyak tiga buah universiti di Bengal, Bombay dan Madras telah dibuka. Manakala, pada tahun 1882 Universiti of Allahabad telah dibuka. Lord Dalhousie telah meneruskan dasar pembaharuan sosial yang dimulakan oleh William Bentick yang mana beliau telah memperkenalkan Akta Berkahwin Semula Janda pada tahun 1856. Hal demikian kerana pengharaman Sutee telah menyebabkan peningkatan dalam bilangan janda yang terpaksa hidup secara terasing dengan kedudukan sosial yang terhina.

8

Justeru, Iswara Chandra Vidyasegar iaitu pengetua Sanskrit College, Calcutta telah menulis sebuah risalah pada tahun 1853 untuk menunjukkan bahawa agama Hindu membenarkan perkahwinan semula janda. Namun, terdapat Hindu ortodoks menentang pembaharuan-pembaharuan tersebut. Misalnya, Deb telah menubuhkan Patitoddor Sabha untuk memberi peluang kepada mereka yang mahu kembali dari agama Kristian. Selain itu, tidak kurang daripada 120 bantahan telah dihantar kepada British meminta agar pengharaman itu ditarik semula. 4.0 KUPASAN ISI PERBINCANGAN Setelah mengupas beberapa perkara yang melibatkan isu dasar pembaharuan British di India, timbul persoalan sama ada British bertindak menamadunkan India atau dasar yang dilakukan ini bertindak membaratkan budaya India? Hakikatnya, jika dilihat secara kasar sememangnya apa yang dilakukan oleh British itu adalah bertujuan untuk menambahbaik tamadun India dari aspek sosial dan juga pendidikan sedia ada. Hal ini demikian kerana British melihat bahawa amalan yang diamalkan oleh masyarakat india adalah tidak perikemanuasian kerana melanggar hak asasi manusia dan dianggap kolot. Namun, pengamalan sesuatu amalan oleh masyarakat tertentu sememangnya menjadi hak keistimewaan kepada mereka untuk melaksanakannya. Pastinya setiap perkara yang dilakukan mempunyai sebabnye tersendiri. Contohnya, amalan Sutee diamalkan oleh masyarakat India bertujuan untuk menjaga maruah balu-balu yang kematian suami. Persoalan yang timbul disini ialah adakah pembaharuan ini diperlukan dalam pentadbiran di India dan apakah niat sebenar disebalik pembaharuan ini?. Seperti yang dapat kita lihat pembaharuan dalam aspek pendidikan misalnya jelas wujud keadaan yang tidak seimbang. Hal ini demikian kerana pendidikan tempatan yang ditukar kepada sistem British dilihat hanyalah alasan bagi membaratkan budaya India semata-mata. Rentetan pada tahun 1835

9

berkenaan golongan mubaligh kristian yang tidak berpuas hati dengan sistem pendidikan di India yang mana mereka mahukan pemerintah British pada ketika itu menggunakan sistem pendidikan barat dalam bahasa Inggeris diamalkan di India. Kesannya, segala bahan bacaan tidak lagi dari tanah Arab tetapi hanya dibawa dari barat. Jelas dapat dikesan bahawa wujud usaha untuk mengkristiankan masyarakat India melalui pembaharuan yang dilaksanakan. 5.0 KESIMPULAN Jelaslah bahawa terdapat banyak pembaharuan yang dilihat berlaku di India selepas Lord William Bentick dilantik sebagai Gabenor General pada tahun 1828. Perubahan pembaharuan itu dapat kita lihat khususnya dalam aspek pembaharuan sosial dan sistem pendidikan di India. Sememangnya titik tolak kepada pembaharuan sosial dan pendidikan di India dikatakan mula tercetus apabila munculnya idea-idea daripada falsafah Bentham yang mempunyai penilaiannya yang tersendiri dalam menilai sesuatu penggunaan sumber secara maksima. Menurut Percival Spear, Bentick telah menggunakan polisi yang dikeluarkan oleh gurunya untuk mentadbir India. Beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh Bentick ini hakikatnya boleh dipuji jika niat utamanya adalah murni dan bukanlah untuk kepentingan sesuatu. Sebenarnya, menjadi sesuatu yang sukar untuk India dalam menerima perubahan yang dijalankan. Hal ini jelas memperlihatkan bahawa pemerintah ingin memudarkan budaya India dan melakukan beberapa pembaharuan. Namun, hakikatnya ‘sudah terang lagi bersuluh’ bahawa pembaharuan yang dilakukan oleh British dilihat ingin membaratkan budaya India.

10

Related Documents

Soalan 4 A
January 2021 0
Soalan Graf
March 2021 0
Soalan 1
February 2021 3
Soalan Station Oral
January 2021 8
Soalan Sho Eham
January 2021 3
Soalan Sho Paper 1
January 2021 3

More Documents from "shamsiah"