Analisis Syair Nasihat (raja Ali Haji)

  • Uploaded by: shuhada haron
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Analisis Syair Nasihat (raja Ali Haji) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,404
  • Pages: 25
Loading documents preview...
SYAIR NASIHAT

KARANGAN: RAJA ALI HAJI

Disediakan oleh: • Nur Kiasatina binti Mohamad Fisal • Nurul Shuhada binti Mohd Haron • Mohd Amir Aqil bin Azeman

PENGENALAN SYAIR: ◦ Syair ialah sejenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandungi 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud. Keempat-empat baris itu pula berirama sama. Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan juga sejarah.

Raja Ali Haji

◦ Syair Nasihat yang dikarang oleh Raja Ali Haji merupakan sebuah syair nasihat. Syair ini dikarang pada abad ke-19. Kandungan syair ini adalah berkaitan dengan nasihat seorang ayah kepada anak-anaknya.

BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR Bentuknya terikat.

-Dilafazkan secara berlagu.

-Terdapat pertalian maksud antara rangkap.

Terdiri dari empat baris serangkap.

-Bilangan kata sebaris dalam empat hingga enam patah perkataan.

-Rima akhir bagi setiap rangkap adalah aaaa.

SYAIR NASIHAT Rangkap 1:

Rangkap 3:

Dengarkan tuan ayahanda berperi,

Kerja kebajikan janganlah malas,

Kepada anakanda muda bestari,

Zahir dan batin janganlah culas,

Nasihat kebajikan ayahanda beri,

Jernihkan hati hendaklah ikhlas,

Amalkan jangan malas dan ngeri

Seperti air di dalam gelas.

Rangkap 2:

Rangkap 4:

Ayuhai anakanda muda remaja,

Menuntut ilmu janganlah segan,

Jika anakanda menjadi raja,

Ilmuyang benar jangan yang bukan,

Hati yang betul hendak disahaja,

Iaitu ilmu yang kebajikan,

Serta rajin pada bekerja.

Di kitab ini sudah disebutkan.

Rangkap 5:

Rangkap 7:

Hendaklah anakanda mengaji selalu,

Ilmu itu besar faedahnya,

Dari yang lain lebihkan dulu,

Membezakan hak dengan batilnya,

Had syarak jangan dilalu,

Mengetahui rakyat benar salahnya,

Tidaklah anakanda beroleh malu

Supaya dihukum dengan adilnya.

Rangkap 6:

Rangkap 8:

Segala perbuatan dengan berilmu,

Jika ilmu tidak diendah,

Maka kebajikan boleh bertemu,

Sebab anakanda campak permudah,

Jika sebarang-barang diramu,

Takyat datang membawa gundah,

Akhirnya anakanda jatuh tersemu.

Anakanda tercengang tunduk terngadah.

MAKNA SYAIR MENGIKUT RANGKAP

SYAIR Dengarkan tuan ayahanda berperi, Kepada anakanda muda bestari, Nasihat kebajika ayahanda beri, Amalkan jangan malas dan ngeri

MAKSUD Nasihat  yang diberi oleh ayah perlu dituruti dan janganlah mengamalkan sikap malas

SYAIR Ayuhai anakanda muda remaja, Jika anakanda menjadi raja, Hati yang betul hendak disahaja, Serta rajinpada bekerja.

MAKSUD Seseorang yang dilantik menjadi pemimpin mestilah memiliki hati yang mulia dan komited terhadap tugas yang diamanahkan.

SYAIR Kerja kebajikan janganlah malas, Zahir dan batin janganlah culas, Jernihkan hati hendaklah ikhlas, Seperti air di dalam gelas.

MAKSUD Kerja kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan jangan mengharapkan kepada pembalasan

SYAIR Menuntut ilmu janganlah segan, Ilmuyang benar jangan yang bukan, Iaitu ilmu yang kebajikan, Di kitab ini sudah disebutkan.

MAKSUD Ilmu perlu rajin dituntut. Jangan pula kita menuntut ajaran sesat atau ajaran salah.

SYAIR

MAKSUD

Hendaklah anakanda mengaji selalu, Dari yang lain lebihkan dulu, Had syarak jangan dilalu, Tidaklah anakanda beroleh malu.

Ilmu perlu diutamakan terutamanya hukum-hukum syarak demi mengelakkan aib..

SYAIR Segala perbuatan dengan berilmu, Maka kebajikan boleh bertemu, Jika sebarang-barang diramu, Akhirnya anakanda jatuh tersemu.

MAKSUD Tindakan perlu didasarkan kepada pengetahuan supaya membawa kepada kebaikan dan kebajikan untuk mengelakkan kejatuhan.

SYAIR Ilmu itu besar faedahnya, Membezakan hak dengan batilnya, Mengetahui rakyat benar salahnya, Supaya dihukum dengan adilnya.

SYAIR Jika ilmu tidak diendah, Sebab anakanda campak permudah, Takyat datang membawa gundah, Anakanda tercengang tunduk terngadah.

MAKSUD Ilmu yang baik akan menjurus kepada keadilan dan kebenaran. Hal ini akan dapat membezakan antara perkara yang benar dan yang salah.

MAKSUD Jika ilmu tidak dituntut atau diambil mudah akan menjerumuskan seseorang atau negara ke lembah kehancuran.

PROSES KREATIF INTRINSIK PENGARANG SYAIR NASIHAT KARANGAN : RAJA ALI HAJI

PROSES KREATIF INTRINSIK

Definisi Proses : Beberapa perbuatan berperingkat-peringkat yang dilakukan untuk mendapatkan sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005) Definisi Kreatif : Mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005) Definisi Intrinsik : Sebahagian daripada sifat atau ciri seseorang atau sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005) / bersifat dalaman Proses Kreatif Intrinsik : Perbuatan berperingkat seseorang pengarang memperlihatkan unsur dalaman dalam mengarang sesebuah karya.

PROSES KREATIF INTRINSIK PENGARANG SYAIR BOLEH DILIHAT PADA

Tema

Persoalan

Pengajaran

PROSES KREATIF INTRINSI K

Rima

Diksi

:

Tema Gagasan utama yang menjadi dasar sesebuah syair. Persoalan Sesuatu yang dibincangkan atau diketengahkan dalam sesebuah syair. Diksi Pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea. Rima Keselarasan bunyi pada suku kata terakhir dalam sesuatu rangkap. Pengajaran Pesanan atau nasihat yang ingin disampaikan oleh pengarang.

TEMA SYAIR NASIHAT

Nasihat ibu bapa menjadi panduan hidup untuk anak-anak.

Raja Ali Haji berpesan-pesan kepada anakandanya agar menuntut ilmu agama sejak usia muda lagi. Ilmu agama amat penting kepada kita untuk dijadikan panduan dalam mengharungi kehidupan dan mentadbir negara.

Anak yang mendengar nasihat ibu bapa akan beroleh kejayaan hidup di dunia dan akhirat. (Keseluruhan syair)

Kepentingan ilmu kepada manusia. (Rangkap 4,5,6,7,8)

Ilmu dapat membantu manusia menyelesaikan masalah. (Rangkap 7)

Terdapat pelbagai disiplin ilmu, tetapi ilmu agama mesti diutamakan. (Rangkap 5)

Pemimpin mestilah berilmu supaya dapat mentadbir negara dengan sempurna. (Rangkap 8)

PERSOALAN SYAIR NASIHAT

Capak - tidak mengendahka n (Rangkap 8)

Berperi mengeluarkan kata-kata (Rangkap 1)

Bestari - luas pengetahuan (Rangkap 1)

DIKSI SYAIR NASIHAT Culas - sangat malas; tidak tangkas (Rangkap 3)

Tersemu - terpedaya (Rangkap 6) Syarak - hukum Islam (Rangkap 5)

RIMA AKHIR

Hendaklah anakanda mengaji selalu, Dari yang lain lebihkan dulu, a-a-a-a Had syarak jangan dilalu, Tidaklah anakanda beroleh malu.

Kita mestilah mendengar nasihat ibu bapa agar kehidupan diberkati. (Keseluruhan syair)

PENGAJARAN SYAIR NASIHAT

Kita perlulah menyiasat sesuatu perkara sebelum menjatuhkan hukum. (Rangkap 7) Kita hendaklah sentiasa berbuat baik dan kebajikan, serta ikhlas dalam setiap tindakan. (Rangkap 3) Kita mestilah menuntut ilmu agar dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. (Rangkap 7)

Unsur Ekstrinsik Syair ◦ Latar belakang kehidupan penyairnya ◦ Pendidikan penyair ◦ Latar belakang budaya dan sosial ◦ Adat atau juga kebiasaan masyarakat setempat

◦ Nama penuhnya ialah Raja Ali Haji bin Raja Ahmad dan kadangkala dikenali sebagai Engku Haji Tua. Beliau berketurunan Daeng Bugis ataupun raja-raja Bugis dan dilahirkan di Pulau Penyengat, Riau pada tahun 1809. Beliau dibesarkan dalam kalangan bangsawan. Ketika berusia 11 tahun, Raja Ali Haji menunaikan fardhu haji bersama bapanya, Raja Ahmad dan tinggal di sana selama beberapa tahun. Setelah pulang ke Riau, beliau menjadi penasihat Yamtuan Muda Riau dalam bidang agama dan undang-undang. Ketika itu, Pulau Penyengat menjadi pusat kebudayaan Melayu dan pusat tumpuan ilmu pengetahuan, khususnya Islam. Beliau memiliki pengetahuan yang tinggi dalam bahasa Melayu dan Arab serta alim dalam hal ehwal agama Islam. Raja Ali Haji terkenal sebagai ahli tawarikh dan politik semasa hidupnya. Bakat-bakat ilmiah, sastera dan politik yang ada pada dirinya adalah diwarisi daripada ayahnya. Sekiranya mempunyai kelapangan, beliau akan mengarang buku dan antara anak muridnya yang terkenal termasuklah Yang Dipertuan Muda Riau sendiri dan Syed Syeikh al-Hadi dari Melaka (bapa novel Melayu). Beliau meninggal dunia pada tahun 1870.

Latar Belakang Raja Ali Haji

◦ Mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri iaitu Raja Haji Ahmad. Mendapat pendidikan dari lingkungan istana Kesultanan Riau-Lingga di Pulau Penyengat.

Pendidikan Penyair

◦ Raja Ali Haji menjadi utusan kerajaan Riau ke Jawa, waktu yang berguna itu telah dimanfaatkan oleh puteranya Raja Ali untuk menemui banyak ulama, untuk memperdalam ilmu pengetahuan Islamnya, terutama ilmu fiqh. Antara ulama Betawi yang sering dikunjunginya oleh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman al-Mashri. Raja Ali Haji sempat belajar ilmu falak dengan beliau. Selain dapat mendalami ilmu keislaman, Raja Ali Haji juga banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan hasil pergaulan dengan sarjanasarjana kebudayaan Belanda seperti T. Roode dan Van Der Waal yang kemudian menjadi sahabatnya. ◦ Mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama di Mekah. Beliau mengikut ayahnya menunaikan haji dan juga berkelana beberapa bulan di sana. Beliau menuntut ilmu dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani.

Latar Belakang Budaya dan Sosial

Raja Ali Haji Fisabilillah adalah keturunan keluarga kerajaan Riau. Sementara neneknya, Opu Daeng Cellak memiliki garis keturunan dari kerajaan Bugis.

Selain dibesarkan di lingkungan kerajaan, Raja Ali Haji semasa mudanya juga telah memangku beberapa jabatan penting. Ketika usia Raja Ali Haji telah mencapai 32 tahun, ia beserta saudara sepupunya dipercaya memerintah wilayah Lingga untuk mewakili Sultan Mahmud Muzaffar Syah, yang pada saat itu masih berumur sangat muda. Pada tahun 1845, Raja Ali Haji diangkat sebagai penasihat keagamaan kesultanan. Selain itu, Pekerjaan sebagai penanggung jawab bidang hukum Islam di Kerajaan Riau-Lingga.

Adat atau kebiasaan masyarakat setempat

Pembudayaan ilmu yang sangat tinggi kerana pada ketika itu, Kerajaan Melayu-Riau menjadi pusat persuratan bahasa Melayu.

Masyarakat yang mementingkan ilmu agama.

Masyarakat terdiri daripada golongan bangsawan dan susur galur Raja Ali Haji ialah keturunan pemimpin

◦ Raja Ali Haji The Living Malay Wisdom. Diakses pada 8 April 2020 http://www.rajaalihaji.com/en/ ◦ https://en.wikipedia.org/wiki/Raja_Ali_Haji ◦ http://tamanseribupuisi.blogspot.com/2012/05/syair-nas ihat-penghujung-thamarat-al.html ◦ https://harchunwaiofficialwebsite.fandom.com/wiki/Sy air_Nasihat_(Penghujung_Thamarat_al-Muhimmah)

RUJUKAN

Related Documents


More Documents from "maktabkpi"

Elc230 Wan
February 2021 0
Soalan 4 A
January 2021 0