Sumbangan Tamadun Melayu Kepada Tamadun-tamadun Dunia Yang Lain.

  • Uploaded by: Rosli Jalil
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sumbangan Tamadun Melayu Kepada Tamadun-tamadun Dunia Yang Lain. as PDF for free.

More details

  • Words: 2,638
  • Pages: 8
Loading documents preview...
SUMBANGAN TAMADUN MELAYU KEPADA TAMADUN-TAMADUN DUNIA YANG LAIN. Tamadun Melayu tidak mengambil kira sumbangan beberapa kerajaan awal Alam Melayu seperti kerajaan Srivijaya di Palembang, Langkasuka di Kedah dan Kerajaan Majapahit di Pulau Jawa yang telah dibina lebih awal daripada Tamadun Melayu, walaupun sejarah membuktikan bahasa Melayu telah mula digunakan lebih awal daripada kemunculan Tamadun Melayu. Ini kerana tamadun awal ini tidak mempunyai rantaian dengan tamadun Melayu yang muncul setelah kewujudan pengaruh Islam di rantau Alam Melayu. Pencapaian Tamadun Melayu menjadikan bukti kegemilangan Melayu pada lembaran sejarah silam yang dibuktikan dalam bentuk catatan tulisan, peninggalan seni bina dan artifak yang boleh disaksikan hingga hari ini. Ianya jelas menggambarkan masyarakat Melayu mampu berdikari, berusaha dan berhadapan dengan segala kemungkinan dan perubahan. Berasaskan kepada sumbangan para sarjana Melayu pada masa silam, banyak pencapaian yang dapat dilihat dari segala aspek yang boleh dirangkumkan kepada tiga kategori, iaitu: 1. Pencapaian material (benda) iaitu kerajaan dan system pemerintahan, ekonomi dan juga kemahiran pembuatan. 2. Intelektual (ilmu pengetahuan) iaitu pendidikan, perundangan, komunikasi, Bahasa, tulisan, persuratan, sastera, sains dan teknologi serta kemahiran pembuatan. dan 3. Spritual (agama/ kepercayaan), iaitu agama dan istiadat Setiap satu aspek sumbangan dalam ketiga-tiga kategori akan di bincangkan dengan lebih lanjut lagi dalam subtopik seterusnya.

4.1 Kerajaan dan Sistem Pemerintahan Kerajaan dan sistem pemerintahan menjadi tunggak sebuah masyarakat dan memainkan peranan penting dalam pembinaan tamadun. Terdapat banyak kerajaan Melayu yang dibina oleh masyarakat Melayu dalam siri kegemilangan Tamadun Melayu. Kerajaankerajaan ini mengisytiharkan kerajaan dan pemerintahan mereka sebagai Kesultanan, seperti yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka. ini juga sebagai menunjukkan bahawa sesebuah kerajaan Melayu tersebut berteras kepada ajaran Islam. Antara kerajaan-kerajaan tersebut adalah seperti, kerajaan Sribuza Islam, Palembang, kerajaan Samudera-Pasai di Pasai, Aceh, Sumatera Utara, kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Islam Demak, Banten, Ceribon di Pulau Jawa, kerajaan Aceh Darussalam, kerajaan Pattani, Selatan Thailand, kerajaan Buton, Ternate di Sulawesi dan kerajaan Melayu Johor-Riau. Setiap kerajaan ini mempunyai sistem pemerintahan masing-masing yang berasaskan undang-undang Islam. Sistem pemerintahan

yang diguna pakai ditulis pada naskhah-naskhah Melayu dan batu bersurat (prasasti). Contohnya, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka diguna pakai dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Kanun Meukuta Alam dilaksanakan dalam Kerajaan Melayu Aceh Darussalam, Undang-undang Kedah dilaksanakan dalam Kerajaan Melayu Kedah, Hukum Kanun Pahang termaktub dalam sistem pemerintahan Kerajaan Melayu Pahang dan Undang-undang 99 diguna pakai dalam Kesultanan Melayu Perak.

4.2 Ekonomi Dari aspek ekonomi, kegiatan perekonomian yang berpusat di pelabuhan-pelabuhan Alam Melayu telah berjaya menjadi pusat import eksport yang maju dan terkenal di serata dunia khususnya Eropah, China, Arab, India dan rantau Asia. Antara pelabuhan-pelabuhan yang muncul dalam Tamadun Melayu ialah Pasai, Melaka, Aceh, Demak, Betawi, Terengganu, Ligor dan Johor. Pelabuhan ini ditadbir urus dengan baik oleh pemerintah Melayu. Sebagai contohnya, Sultan Muzaffar Shah dalam Kesultanan Melayu Melaka telah menubuhkan satu jawatan khas untuk memantau kegiatan di pelabuhan menerusi jawatan Shah bandar. Tamadun Melayu berjaya menggerakkan ekonomi orang Melayu ke persada serantau dan antarabangsa. Walaupun kegiatan perdagangan yang rancak di pelabuhan-pelabuhan Alam Melayu memberi kesan kepada kemunculan bandar dan kota yang lengkap dengan prasarana. Masyarakat pedalaman tidak ketinggalan memanfaatkan kemunculan pekan dan bandar. Mereka menuju ke pekan dan bandar untuk memasarkan hasil pertanian, ternakan, hasil tangkapan dan hasil kreatif. Tanpa disedari situasi ini membuktikan masyarakat Melayu telah menuju ke arah masyarakat bandar yang berdaya maju dan berdaya saing. Kegiatan ekonomi dalam Tamadun Melayu telah mencapai tahap cemerlang dengan penggunaan mata wang. Pemerintah Melayu telah berjaya mencipta mata wang yang digunakan dalam perdagangan, terutamanya di pelabuhan. Antara mata wang yang dapat dikesan ialah mata wang Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Aceh Darussalam.

4.3 Kemahiran Pembuatan Masyarakat Melayu terkenal dengan pelbagai kemahiran pembuatan barang-barang keperluan. Setiap hasil kemahiran disematkan nilai falsafah Melayu yang berteras kepada agama Islam. Selain itu, hasil-hasil kemahiran masyarakat Melayu juga dipenuhi dengan nilai estetika yang tinggi. Antara kemahiran-kemahiran tersebut adalah seperti pembuatan rumah.

Kemahiran membuat rumah di kalangan masyarakat Melayu menyebabkan tukang-tukang Melayu mampu memberi identiti pada rumah-rumah Melayu (Abdul Halim Nasir,1985). Antara identiti rumah Melayu boleh di lihat pada bumbung yang seperti bumbung limas, kepelbagaian ruang dalam rumah melayu antaranya ruang induk/ ruang ibu, ruang tengah, ruang dapur dan serambi atau beranda. Ianya juga dihiasi dengan seni hias pada tingkap, dinding, curu atap dan lain-lain. Selain itu, masyarakat Melayu awal bijak mengolah peralatan kelengkapan rumah menggunakan tanah liat untuk menghasilkan keperluan rumah seperti pinggan, mangkuk, cawan, periuk, kuali dan sebagainya. Masyarakat Melayu di Perak pula terkenal dengan hasil pembuatan Labu Sayung yang merupakan satu bekas air yang dingin tanpa air batu. Demikian juga alat-alat perabot seperti almari, meja, kerusi dan sebagainya. Masyarakat Melayu awal juga mampu menghasilkan sampan, perahu, bot dan kapal untuk meredah lautan mencari rezeki. Mereka bekerjasama dan berganding bahu menghasilkan keperluan harian. Tidak terhenti disitu, masyarakat melayu juga merupakan pereka fesyen pakaian yang mampu memaparkan identiti dan jati diri bangsa Melayu. Contoh yang jelas ialah seperti baju Kurung, baju Melayu, Kebaya, dan Busana Muslim. Masyarakat Melayu juga pintar menghasilkan kertas dari bahan yang tersedia di sekeliling mereka. Demikian juga dengan alat-alat tulis daripada buluh dan sebagainya. Walaupun masyarakat Melayu tidak menggunakan teknologi canggih dalam menghasilkan peralatan menulis tetapi mereka mempunyai daya fikir dan inisiatif yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu barangan.

4.4 Pendidikan Masyarakat Melayu membahagikan pendidikkan kepada dua bahagian. Pendidikan formal dan informal. Pendidikan formal melahirkan pelbagai institusi pendidikan yang banyak di Alam Melayu. Pendidikan bentuk ini di awali oleh pendidikan ajaran Islam. Sistem pendidikan dan kurikulum juga berteraskan kepada bidang pengajian Islam seperti tauhid, fiqah, akhlak, tafsir dan sejarah Islam (Mohd Salleh Lebar, 1990). Pendidikan informal pula merupakan pendidikan yang berlangsung dalam kehidupan bermasyarakat. Masyarakat menjadi pendidik bangsa. Pendidikan ini berbentuk kemahiran berfikir, berusaha, berbudi pekerti, bijak membuat tindakan, penghasilan teknologi, berpolitik dan bergiat cergas dalam ekonomi. Tradisi lisan yang diwarisi turun temurun merupakan satu kaedah pendidikan informal. Melalui tradisi ini, masyarakat dididik melalui pantun, syair, hikayat, gurindam, seloka, nazam dan sebagai. Melalui tradisi ini juga, masyarakat disindir, dihukum dan dinasihatkan melalui perumpamaan, perbidalan, peribahasa dan simpulan bahasa. Pencapaian Tamadun Melayu dalam aspek pendidikan boleh dilihat dengan wujudnya institusi pendidikan

agama Islam. Institusi pendidikan agama Islam dimulai oleh istana dan kemudiannya rumahrumah ulama. Istana sebagai instutusi pendidikan hanya dikhaskan untuk sultan, keluarga diraja dan ahli istana sahaja. Di samping itu, para ulama turut membuka kelas-kelas pengajian di rumah mereka. Kelas-kelas yang dibuka bersedia menerima masyarakat tanpa kelas. Apabila kecenderungan mempelajari Islam semakin berkembang di kalangan masyarakat awam, maka terbinalah institusi-institusi pendidikan Islam untuk masyarakat awam. Justeru itu, situasi ini melahirkan penubuhan institusi pendidikan Islam di seluruh Alam Melayu. Kepelbagaian rumpun Melayu telah melahirkan pelbagai nama institusi pendidikan Islam. Walau bagaimanapun semuanya mempunyai peranan yang sama iaitu melahirkan ilmuan yang bertaqwa. Antara panggilan nama institusi adalah Masjid (Pusat ibadat dan pelbagai kegiatan masyarakat), Madrasah/Meunasah (pusat pembelajaran Islam yang terkenal di Selangor, Perak dan beberapa tempat di Sumatera), Langgar (pusat pembelajaran Islam yang terkenal di Kalimantan), Surau (pusat ibadat dan pelbagai kegiatan masyarakat Islam.), Pondok (pusat pembelajaran Islam yang luas di Pattani, selatan Thailand, Perak Utara, Kedah dan Kelantan.), Pesantren (pusat pembelajaran agama Islam yang berkembang luas di Pulau Jawa.), Dayah (pusat pembelajaran agama Islam yang wujud di Aceh, Sumatera). Dayah merupakan institusi tertinggi dalam pembelajaran Islam dalam masyarakat Aceh. Sebelum sampai ke tahap ini, pendidikan Islam bermula di peringkat meunasah, rangkang dan balee. Contoh Dayah yang paling terkenal ialah Dayah Cot Kala di Aceh. Dayah ini telah melahirkan ramai ilmuwan Aceh seperti Hamzah Fansuri, Shamsuddin Sumatrani dan Abdul Rauf Singkel. Kecenderungan sultan menguasai pendidikan Islam pula telah mendorong sultan mengarahkan ulama menulis dan menterjemah kitab agama Islam dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. Penterjemahan ini berfungsi untuk menjelaskan ajaran Islam dan menjawab permasalahan masyarakat dari perspektif Islam. Contoh-contoh berikut menggambar secara jelas kecenderungan para sultan: 1. Sultan Mansur Shah mempelajari kitab Dur al-Manzum (Sejarah Melayu menulis dengan nama Dar al-Mazlum), 2. Sultan Mahmud Shah mempelajari kitab al-Luma’ (dalam Sejarah Melayu ditulis sebagai kitab Maklumat) karya Abu Nasr al-Sarraj al-Tusi seorang ulama tasawuf. 3. Sultanah Safiatuddin di Aceh memohon Abdul Rauf Singkel menjelaskan mengenai konsep kerohanian dalam Islam melalui karyanya Kifayah al-Muhtajin ila Mashrab almuwahhidin al-qailin bi Wahdat al-Wujud. 4. Sultan Alauddin Riayat Shah (Sultan Selangor) menjadi menjadikan barisan ulama sebagai penasihat. Beliau juga menjadi khatib dalam solat jumaat.

5. Kemunculan golongan intelektual Melayu. Penumpuan golongan intelek Melayu zaman awal ialah kepada asas agama dan falsafah kerana bidang ini memantapkan erti kehidupan dan jati diri bangsa Melayu. Penyebaran secara meluas pemahaman dua aspek ini di kalangan masyarakat Melayu menjamin penerusan generasi Melayu yang memahami tugas dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat. Antara intelek Melayu yang tercatat dalam sejarah adalah seperti, Hamzah Fansuri, Shamsuddin alSumatera’I, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Abdul Samad al-Palembani, Yusuf Tajul Khalwati Makasar, Muhamad Nafis al-Banjari, Muhamad Arsyad al-Banjari, Daud al-Fatani dan keturunannya. Melalui intelek-intelek ini lahirnya naskhah-naskhah Melayu atau manuskrip Melayu. Naskhah-naskhah Melayu yang dihasilkan oleh golongan intelek Melayu merangkumi segala aspek kehidupan masyarakat seperti perubatan, ilmu falak (astronomi), undang-undang, pemerintahan (ketatanegaraan), pertanian, pengetahuan Islam, sejarah Melayu dan kemasyarakatan. Sebagai contohnya, naskhah perubatan berjudul Kitab Tib, naskhah undang-undang berjudul Hukum Kanun Melaka, naskhah ketatanegaraan berjudul Bustan alSalatin, naskhah pertanian berjudul Pembukaan Kebun Kelapa di Pulau Kemili, naskhah agama Islam dalam bidang tauhid berjudul Masa’il al-Mubtadi’ li Ikhwan al-Mubtadi’. Naskhah Melayu mempunyai keunikan yang menampakkan identiti bangsa. Antara keunikannya, ia ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi yang berteraskan aksara Arab dengan beberapa penambahan. Naskhah ini ditulis pada pelbagai bahan seperti pada daun lontar, kepingan buluh, kulit haiwan yang telah disamak, kain dan kertas. Selain itu, naskhah Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi. Ini terbukti dengan adanya ilustrasi dan seni hias pada naskhah-naskhah Melayu.

4.5 Perundangan Dalam konteks sejarah, perundangan sendiri yang berasaskan adat Melayu dan undangundang Islam (hukum syarak). Cacatan awal mengenai undang-undang Islam di Tanah Melayu adalah pada prasasti Terengganu yang ditemui pada tahun 1899 di Sungai Terasat, Kuala Berang, Terengganu. Batu bersurat ini bertarikh 17 Rejab 702 H bersamaan dengan 22 Februari 1303 m. Ia mengandungi beberapa cacatan tentang hukum Islam yang perlu dilaksanakan, iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum sebat ke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tentang ketaksamaan antara semua orang sama ada orang atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman, 2004:90) Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang disusun

Pemerintahan Sultan

Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di bawah pengaruh

Undang-undang Melaka, Hukum kanun Melaka, Undang Undang Laut Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggong juga telah dijadikan system perudangan di Melaka pada masa itu (Abdul Monir, 2005).

4.6 Komunikasi Komunikasi Alam Melayu terjalin melalui hubungan perdagangan, diplomatik dan budaya. Komunikasi harmoni yang berjalan lancar mengukuhkan ikatan Tamadun Melayu di Alam Melayu. Hubungan komunikasi melalui bahasa Melayu sebagai bahasa perantara (lingua franca) di alam Melayu telah memudahkan para sultan Melayu membuat interaksi antara satu wilayah ke satu wilayah serta antara satu negeri ke satu negeri juga dengan negara sekitarnya sama ada di rantau Nusantara mahupun hubungan antarabangsa. Hasilnya, para pemerintah Melayu telah berjaya menjalin interaksi antara rumpun Melayu di seluruh wilayah Alam Melayu dengan semangat persahabatan yang bermula melalui peluasan wilayah. Sebagai contohnya kerajaan Melaka meluaskan pengaruh ke negeri-negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Pulau Sumatera yang meliputi Inderagiri, Siak, Kampar, Rokan dan lainlain. Peluasan wilayah ini memberi laluan kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Sumatera menjalin hubungan perdagangan dan budaya secara aman dan harmoni. Selain itu kerajaan Melaka mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Kerajaan Majapahit di Pulau Jawa dan Dinasti Ming di Tanah Besar Cina. Kerajaan Aceh Darussalam pula mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Pahang. Hubungan ini dikukuhkan dengan perkahwinan puteri Iskandar Muda Mahkota Alam bernama Puteri Safiatuddin dengan putera Sultan Pahang bernama Raja Ahmad. Seterunya kerajaan Aceh Darussalam turut mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Para pemerintah Melayu juga telah mengadakan interaksi antara kaum bukan Melayu khususnya dengan kuasa Eropah. Interaksi ini dibuktikan dengan adanya surat-surat sultan Melayu kepada pegawai-pegawai British. Ilmu persuratan yang dapat dikuasai dengan baik melalui tulisan Jawi-Arab oleh para pemerintah Melayu telah dapat menghubungkan antara kerajaan Melayu Islam seperti Melaka, Johor, Kedah, Perak dan Pahang dengan kerajaan di Patani, Sumatera, Jawa, China, India, Arab dan Inggeris (catatan di Arkib Negara menyatakan Sir Stamford Raffles dan Sir Francis Light boleh menulis dan membaca dalam tulisan Jawi). Di antara contoh yang boleh dilihat adalah surat daripada Sultan Cakra Adiningrat dari negeri Madura kepada Gabenor Ganeral Thomas Stamford Raffles di Betawi bertarikh 14 Muharam 1231 H, Surat Sultan Ratu Mahmud Badruddin dari Palembang kepada Thomas Raffles

Esquire di Melaka bertarikh 1 Rabiulawal 1226 H (1811 M), surat Sultan Syarif Kasim ibni al-marhum Sultan Syarif Abdul Rahman ibni al-Marhum Habib al-Husin al-Kadri dari Pontianak kepada Thomas Raffles Esquire bertarikh 20 Safar 1226 H. surat Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dari Kedah kepada Thomas Raffles di Melaka bertarikh 6 Rabiulawal 1226 H dan surat Yang Dipertuan Negeri Perak kepada Thomas Raffles Esquire di Melaka bertarikh 28 Rabiulawal 1226 H. 4.7 Sastera Sastera Melayu berbentuk prosa dan puisi. Prosa merupakan karya dalam bentuk esei atau karangan untuk menjelaskan satu perkara. Puisi pula merupakan karya yang memaparkan kemahiran bahasa dan penggunaan bahasa yang indah melalui rima bunyi yang tertentu. Sastera prosa Melayu dapat dilihat pada naskhah Melayu. Penulisannya meliputi pelbagai bidang seperti ketatanegaraan, pemerintahan, perubatan, undang-undang, agama Islam, ilmu falak, petua dan lain-lain. Antara contohnya adalah buku atau naskah Taj al-Salatin, Bustan alSalatin, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan MirÊat al-Tullab (Anas Ahmad, 1982). Puisi-puisi Melayu pula terdiri daripada beberapa genre. Antaranya syair, pantun, gurindam, seloka, nazam dan sajak. Syair menghasilkan rima bunyi akhir yang sama. Pantun pula menghasilkan rima bunyi rangkap 1 sama dengan rangkap 3 dan rangkap 2 sama dengan rangkap 4. Pantun-pantun Melayu terdiri daripada beberapa rangkap. Antaranya pantun dua rangkap. Ia juga dikenali dengan pantun dua kerat. Pantun empat rangkap juga dikenali dengan pantun empat kerat. Pantun enam rangkap juga dikenali dengan pantun enam kerat dan pantun lapan rangkap dikenali dengan pantun lapan kerat (Anas Ahmad, 1982). Antara contoh Pantun 2 kerat: “Siakap senohong gelama ikan duri, Bercakap bohong lama-lama mencuri.” Pantun 4 kerat pula: “Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan di kandung tanah, Budi yang baik dikenang jua.” Pantun 6 kerat: “Sarat bermuat ikan cencaru, Gelama tidak berumpan lagi, Kail tersangkut di tepi batang;

Sudah dapat orang yang baru, Yang lama tidak berkenan lagi, Ibarat melukut d itepi gantang.

4.8 Agama dan Adat Istiadat Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu bukan sahaja telah mengubah sistem kepercayaan beragama tetapi juga turut memantapkan adat istiadat Melayu selagi tidak bertentangan dengan hukum (Ahmad Ibrahim, 1987). Islam dan adat Melayu secara khususnya telah menjadi salah satu struktur dan elemen penting kemelayuan dalam tamadun Malaysia, malah ia merupakan struktur yang saling melengkapi dan berintegrasi ke wadah kemelayuan. Islam terus menjadi faktor identiti Melayu iaitu orang Melayu sebagai orang yang mengamalkan istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Pentakrifan Melayu ini telah diletakkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang merujuk takrifan Melayu dari sudut undang-undang dalam perlembagaan. Islam menjadi identiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan sahaja menjadi faktor yang mentakrif Melayu, ia juga dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa orang Islam menjadi ketua agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyebut pihak kerajaan pusat menerusi jabatan agama Islam bagi setiap negeri boleh melaksanakan pembangunan agama Islam dan pentadbiran hukum syariah Islam. Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia, tidak bermakna agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang bukan Melayu atau bukan Islam. Menurut perlembagaan, wujud kebebasan beragama tetapi bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh menggubal undang-undang untuk mengawal atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap menyeleweng atau sesat. Dalam konteks pengamal adat istiadat Melayu dalam kalangan orang Melayu, ia menjelaskan bahawa apabila orang Melayu menganut agama Islam, adat lama yang mereka amalkan telah diubah suai agar ia selari dengan ajaran Islam. Contoh adat istiadat yang dilakukan oleh masyarakat Melayu adalah dalam soal kelahiran, pertunangan, perkahwinan, berkhatan, pertabalan dan sebagainya (Ahmad Ibrahim, 1987).

Related Documents


More Documents from "zatyzems"