Kesamarataan Peluang Pendidikan Di Malaysia

  • Uploaded by: NUR FADZLAINIE BINTI ROSLI
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesamarataan Peluang Pendidikan Di Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 1,228
  • Pages: 25
Loading documents preview...
Kesamarataan Peluang Pendidikan Di Malaysia Disediakan oleh : Ahmad Hafiz Bin Azahar Muhammad Amin Bin Ahmad Saifuddin

Kesamarataan Pendidikan Di Malaysia kenapa perlu pendidikan ?



Pendidikan merupakan suatu hak asasi kepada semua manusia tanpa mengira sebarang perbezaan latar belakang dan juga sosiobudaya.



Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat penting kepada pembangunan negara. (merupakan penyalur kepada modal insan Negara)



Namun begitu, masih wujud sebilangan masyarakat yang masih tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya atas beberapa faktor (jantina, kelas sosial, pedalaman, minoriti)

Jantina 

Pada zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki.



Golongan wanita seolah-olah dinafikan peluang untuk menerima pendidikan pada ketika itu.



Hasil kajian mendapati bahawa kadar pencapaian murid perempuan di Pengajian Tinggi telah meningkat daripada 0.5% (1970) pada tahun 1970 kepada 4.9% pada tahun (1991).



Peningkatan pencapaian dalam pendidikan formal telah mempengaruhi kadar penglibatan guna tenaga.



Siti Rohani Yahya (1989 & 1998) melihat secara Makro penyertaan tenaga wanita dalam proses pembangunan.



Faktor Pertama ialah kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki.



Faktor Kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian.



Faktor Ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru(1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita Melayu luar bandar ke kawasan bandar.



Penyelidik Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, sekolah vokasional dan teknik serta di Institut Pengajian Tinggi, khususnya di Politeknik.



Di pusat pengajian tinggi, kebanyakan ruang dan peluang lebih dimonopoli oleh golongan perempuan.

Kelas Sosial 

Konsep Kelas Sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok masyarakat.



Kelas Sosial wujud apabila segolongan individu tidak mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.



Antara contoh Kelas Sosial yang terdapat dalam Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada 2 Golongan iaitu:-



(a) Bourgeoisie: Masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran.



(b) Proletariat: Masyarakat yang tidak memiliki modal, sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja.



Institusi Sosial merujuk konsep utama dalam memahami masyarakat dan Kebudayaan.



Antara contoh Institusi Sosial yang utama ialah Institusi Keluarga, Institusi Agama, Institusi Pelajaran, dll.



Konsep Diskriminasi atau ketidaksamaan pula ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan Negatif oleh seseorang atau Sekelompok Etnik terhadap Kelompok Etnik yang lain.



Ini merupakan manifestasi Prasangka yang wujud dalam kalangan Kumpulan Etnik dan mudah berlaku apabila wujud Prejudis dan Stereotaip dalam sesebuah masyarakat.



Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk sama ada berbentuk individu atau kumpulan Etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan Etnik.



Ketaksamaan Peluang Pendidikan juga merupakan satu bentuk diskriminasi yang perlu dielakkan.



Diskriminasi dan Ketaksamaan peluang pendidikan masyarakat telah wujud sejak munculnya Kelas Sosial masyarakat dari Sistem Feudal lagi.



Rakyat bawahan, golongan pembesar dan golongan istana menerima Sistem Pendidikan yang berbeza.



Pihak penjajah meneruskan dasar yang sama yang mana anak-anak dari golongan pentadbir dan pembesar diberikan peluang untuk belajar di sekolah yang dikhaskan untuk mereka.



Ketidaksamaan Sosial (Social Inequality) merujuk kepada Ketidaksamaan Sosial yang merujuk Ketidaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial berbeza akibat daripada Sistem Stratifikasi Sosial.



Rohand Meighan (1986),Ketidaksamaan Sosial mengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan sesuatu bangsa yang sama.



Max Weber mengatakan ada 5 Kelas Sosial iatu:-

i. Golongan Bangsawan (Aristokrat) ii. Golongan Pertengahan Atasan (Profesional) iii. Golongan Pertengahan Bawahan iv. Kelas Pekerja (Kolar Biru)

v. Golongan Bawahan (Kelulusan Amat Rendah)



Saifuddin Hj. Masduki (1977), dalam kajiannya mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa.



Rusli Md Zain (1998), melaporkan terdapat hubungan positif antara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga.



Mereka yang berpendapatan tinggi akan dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.



Faktor Kelas Sosial ataupun Status Sosio-Ekonomi (SES) jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid.



Tahap Kesihatan seperti kemudahan mendapatkan rawatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit juga menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid.



Suasana tempat tinggal yang lengkap dan keadaan persekitaran (Environment) turut memberikan impak kepada jurang pendidikan.



Struktur Keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes penceraian, tahap pendidikan ibu bapa, pengaruh luar yang terdiri daripada masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan terhadap pembentukan Kelas Sosial dalam masyarakat.



Dalam Rancangan Malaysia Ketiga (RMke-3), kerajaan telah menekankan supaya semua rakyat di Malaysia menerima peluang pendidikan yang sama.



Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar.



Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan Akses Jalur Lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman serta pusat akses akan dibina.



Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan RM 1 Billion untuk keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program pembangunan pendidikan dalam usaha mengatasi Ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat di negara ini.



Apa yang kita perlukan ialah melihat cara kita menanam nilai dan kepercayaan dalam mempromosikan pembelajaran dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa membataskan mengikut Kelas Sosial Masyarakat.

Antara yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah seperti berikut:



i. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ii. Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM) iii. Bantuan Makanan Asrama iv. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid. v.

Jaket Keselamatan

vi. Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya vii. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) viii. Skim Baucer Tuisyen (SBT) ix. Biasiswa Kecil Peruntukan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan

x. Asrama Harian.



Kita perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek membaca, menulis dan mengira.



Rakyat di negara ini perlu digalak ‘Memburu’ maklumat daripada sekadar menerimanya secara pasif sahaja.



Segala bentuk pendekatan yang diambil perlu diterima bagi menggalakkan rakyat bersikap terbuka pada idea baru dan berlainan.



Selain Budaya pembelajaran, masyarakat Malaysia juga harus meningkatkan pembangunan dalam ‘Budaya Analitikal’.



Murid perlu dilatih merenung dan faham ‘apa’, ‘bagaimana’, ‘kenapa’ sesuatu perkara itu kita lakukan.



Tanpa Budaya analitikal, setiap keputusan dibuat akan menimbulkan pelbagai pandangan dan prejudis berbanding logik dan bersebab.



Pembangunan intelektual pula sudah tidak lagi menjadi perhatian utama dalam kebanyakan masyarakat termasuklah negara-negara kaya yang kelihatan enggan menyokong Budaya tersebut.



Jika kita ingin membangunkan Modal Insan, kita harus memiliki komuniti yang mengamalkan Budaya kerja yang banyak bertanya, mencabar dan berfikir dan setiap Kelas Sosial perlu diberikan hak yang sama dalam mendapatkan ilmu pengetahuan tersebut.

Ketaksamaan Pendidikan Dalam Lokaliti (Penempatan) Faktor 

Kelengkapan Infrastruktur



Jarak ke sekolah



Ibu bapa



latar belakang sosioekonomi

Kesan ? 

Sosioekonomi tak maju



Pembangunan yang perlahan



Pembinaan modal insan kurang



Mengamalkan dasar tutup pintu



Kurang peka dengan isu terkini

Cara mengatasi Usaha masyarakat ?

Usaha kerajaan ?



Menanam minat



Pembangunan infrastruktur



Menggunakan kemudahan yang ada secara maksima



Peningkatan kesedaran pendidikan



Memperkasakan sekolah sedia ada



Memberi perhatian yang lebih kepada sekolah luar Bandar



Tambahan dana kepada sekolah luar Bandar



Ibubapa memainkan peranan utama

Ketaksamaan Dalam Minoriti 

Merupakan suatu kumpulan dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil.



Terbahagi kepada dua : 

Positif = ulat buku, rajin membantu, meningkatkan taraf kehidupan



Negatif = menjadi samseng untuk mendapatkan perhatian/mencabar kuasa

Minoriti Faktor-faktor ketaksamaan 



Guru mengamalkan sikap perkauman Kumpulan minoriti sukar bergaul dengan kumpulan majoriti



Guru memainkan peranan sebagai pemudah cara ( fasilitator )



Memupuk semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan muridmurid

Related Documents


More Documents from "fazlyna"