Kesamarataan Peluang Pendidikan Di Malaysia

  • Uploaded by: nurputeri johari
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesamarataan Peluang Pendidikan Di Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 2,640
  • Pages: 48
Loading documents preview...
Kesamarataan Peluang Pendidikan di Malaysia Disediakan oleh: Nor Zaihanis Binti Zulkifli Siti Nurputeri Najihah Binti Johari Nur Asyikin Binti Ibrahim @ Azizi

Kesamarataan Peluang Pendidikan Jantina

Kesamarataan Kumpulan Peluang Minoriti Pendidikan

Pedalaman

Kelas Sosial

Jantina • Sekolah dan guru memainkan peranan membentuk persekitaran pembelajaran yang mana hak untuk belajar kurikulum tidak dikaitkan dengan jantina. • Penggubal kurikulum dan penyemakan semula kurikulum perlu mewujudkan suatu kefahaman bagaimana pelajar dan guru harus bertindak terhadap pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran. • Perkara ini perlu dilakukan kerana pelajar lelaki dan perempuan mempunyai pemikiran dan gaya pembelajaran yang berbeza. • Oleh itu, guru harus berkebolehan mengenal pasti dan menangani isu perbezaan dengan berkesan.

Cara Mengimbangkan Peluang Pendidikan Dari Segi Jantina 1) Amalan pedagogi harus berubah • Perubahan proses pengajaran dan pembelajaran perlu berlaku dengan berkesan dan refleks kepekaan/sensitiviti terhadap jantina di dalam bilik darjah. • Guru perlu sedar bahawa pelajar perempuan boleh memberi respons seperti pelajar lelaki di dalam bilik darjah. 2) Penaksiran dalam pendidikan • Guru perlu dilatih untuk menggunakan penaksiran formatif secara berterusan bagi memantau dan menyokong pembelajaran pelajar melalui: • 1. Teknik pemerhatian • 2. Semak semula portfolio • 3. Maklum balas • Hal ini bertujuan untuk memahami bagaimana persepsi serta harapan pelajar lelaki dan perempuan.

Intervensi Kesamarataan Jantina Dalam Pengujian dan Penaksiran Tambahkan pelbagai jenis soalan (puisi, gambar rajah, carta dan jadual) apabila menggubal item ujian, peperiksaan atau penaksiran untuk memberi respons terhadap kepelbagaian dalam gaya pembelajaran pelajar.

Gunakan pelbagai jenis soalan (aneka pilihan, esei, jawapan pendek) dan mengimbangkan item ujian untuk memastikan pelajar pelbagai gaya pembelajaran mempunyai peluang yang sama untuk berjaya.

Imbangkan kaedah-kaedah penaksiran bilik darjah untuk menilai tugasan individu dan kumpulan dengan menggunakan alat lisan dan bertulis seperti ujian kertas dan pensil.

Kelas Sosial • Kelas sosial merujuk kepada lapisan sosial atau kedudukan sesuatu kelompok yang sama dalam masyarakat tanpa membezakan apakah dasar pembahagian kelas itu sama ada dari segi kewangan, kuasa, politik, pekerjaan atau dasar lain. • Kelas sosial wujud disebabkan perbezaan dari segi penghormatan dan status sosial. Contohnya, seorang anggota masyarakat dipandang tinggi kerana memiliki status sosial yang tinggi, manakala seorang anggota masyarakat dipandang rendah kerana memiliki status sosial yang rendah.

Perbezaan Peluang Pendidikan Berdasarkan Kelas Sosial Golongan Atasan Berpendapatan Tinggi

Golongan Bawahan Berpendapatan Rendah

1. Mempunyai keupayaan kewangan untuk menikmati akses kepada pelbagai pilihan dan peluang pendidikan dalam atau luar negara. Contohnya, ibu bapa berkemampuan menyediakan guru tuisyen untuk mengajar anak mereka di rumah.

1. Tidak mempunyai asas kewangan yang kukuh untuk membiayai pendidikan anak mereka.

2. Dapat menyediakan pelbagai jenis peralatan untuk kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti komputer, perisian computer canggih, ipod dan iphone.

2. Tidak dapat menikmati pemerolehan maklumat kerana terbatas akibat kurang berkemampuan membekalkan peralatan dan akses internet kepada anak mereka.

Cara Guru Menangani Isu Kesamarataan Kelas Sosial di dalam Bilik Darjah 1. 2. 3. 4.

Mengawal dan menguruskan bilik darjah. Melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya murid yang datang dari kelas sosial yang rendah tidak berasa tersisih dan malu terhadap rakan mereka yang datang dari kelas sosial atasan. 5. Menggalakkan murid-murid untuk bergaul dengan bebas tanpa ada sekatan budaya. 6. Menerapkan nilai murni di dalam kelas yang mempunyai perbezaan kelas sosial dengan menggalakkan murid dari kelas atasan untuk saling membantu murid dari kelas sosial bawahan serta meningkatkan keyakinan diri murid kelas sosial bawahan.

Pedalaman Faktor Ketaksamaan Peluang Pendidikan di Kawasan Pedalaman: 1) Kekurangan guru pakar yang berpengalaman dalam sesuatu bidang. 2) Pertumbuhan pusat urban yang lembab turut memberi kesan kepada sistem pendidikan di kawasan berkenaan. 3) Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan pendalaman juga kurang memberangsangkan. 4) Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru. 5) Pengunaan bahasa sendiri oleh murid setempat turut menyulitkan pengajaran dan pembelajaran dan guru harus cuba mempelajari dan mengunakan bahasa tempatan bagi menarik minat mereka untuk belajar di samping meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

Langkah-langkah Kesamarataan di Kawasan Pedalaman 1) Program Pembestarian Sekolah • Program pembestarian sekolah yang dijalankan dapat menyediakan sekolah luar bandar yang dilengkapi dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. • Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pendalaman, pusat akses akan dibina. 2) Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat • Usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan perlu dijalankan merangkumi pemberian bantuan kewangan yang bersifat bantuan kebajikan penuh. • Selain itu, bantuan kewangan di dalam menyokong penglibatan masyarakat dalam kegiatankegiatan sara hidup baru perlu diberikan. Ini termasuk menggalakkan mereka menceburi bidang-bidang keusahawanan, pertanian moden, perniagaan dan lain-lain. • Apabila taraf sosioekonomi masyarakat orang asli berjaya ditingkatkan, secara tidak langsung anak-anak mereka berpeluang untuk belajar di sekolah tanpa perlu ponteng untuk membantu menyara keluarga.

Kumpulan Minoriti • Kumpulan minoriti merujuk kepada golongan kecil orang yang sama keturunan, agama, budaya dan sebagainya yang tinggal di sebuah tempat yang majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama dan sebagainya (Kamus Dewan, 2007).

Kumpulan Minoriti di Malaysia Orang asli

• Tinggal di kawasan pedalaman dan kawasan terpencil. • Mempunyai kelainan ciri dari segi fizikal, budaya, ekonomi dan tingkah laku menyebabkan mereka ketinggalan daripada aliran perdana.

Kumpulan peribumi di Sabah dan Sarawak

• Menghadapi isu ketaksamaan peluang pendidikan akibat lokasi tempat tinggal di pedalaman, perhubungan dan pengangkutan, infrastruktur, kemudahan asas dan kelengkapan sekolah. • Faktor tersebut menyumbang kepada kadar keciciran yang tinggi dan jurang pencapaian murid adalah besar berbanding dengan kumpulan majoriti.

Berlaku di kawasan setempat iaitu di sekolah tertentu

• Pihak sekolah perlu peka dan prihatin terhadap cara hidup dan budaya satu-satu kaum supaya kumpulan minority tidak terpinggir dalam peluang pendidikan yang disediakan. • Guru juga harus dapat menyesuaikan dan mengadaptasi kurikulum sedia ada supaya mesra budaya dan semua murid tanpa mengira kaum, agama dan budaya dapat menerimanya.

Program Pendidikan untuk Semua di Malaysia Program Pendidikan Orang Asli, Pribumi dan Pedalaman

Program Pendidikan Juvana

Sekolah Dalam Hospital

Program Pendidikan Pemulihan

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

Program Pendidikan Khas

Sekolah Kurang Murid

PROGRAM PENDIDIKAN KEPADA ORANG ASLI, PRIBUMI DAN PEDALAMAN Menurut Akta Orang Asli 1954, Seksyen 3(1) mentakrifkan Orang Asli sebagai : (a) mana-mana orang yang bapanya ialah anggota kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuk seorang keturunan melalui jurai lelaki orang itu; (b) mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa bayi oleh Orang Asli yang telah dilahirkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan ialah anggota suatu masyarakat Orang Asli; (c) anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli.

Perkara 12: Hak berkenaan dengan pendidikan. (1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 81, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir.

• (a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran yuran; atau • (b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).

MASALAH DIHADAPI MURID SEKOLAH KANAKKANAK ASLI • Pengangkutan ke sekolah • Pemerolehan dokumen sijil kelahiran dan kad pengenalan • Bantuan peralatan dan kelengkapan persekolahn • Rancangan Makanan Tambahan (RMT) • Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) • Keprihatinan pengetua, guru besar dan guru-guru • Pengajaran dan pembelajaran

Persekitaran

Budaya

Keluarga

Faktor

Ekonomi

Kemudahan

USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA • Menguatkuasakan Pendidikan Wajib dan Percuma pada tahun 2003 • Meningkatkan Kadar Penyertaan dan Mengurangkan Keciciran • Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) • Memperkenalkan Sekolah Model Khas (K9) • Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Orang Asli dan Penan (KAP) • Peruntukan Khas untuk KAP • Latihan Khas untuk Guru-Guru Daerah Pedalaman

Latar Belakang KAP Konsep KAP 



Mesyuarat JK menangani Isu Pendidikan Orang Asli dan Penan Bil 3/2006 memutuskan semak kurikulum Pada 2007 KAP di laksanakan di 6 buah sekolah rintis dan 14 buah sekolah pada 2008.



Pada 2010, LINUS dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara.



JK KAP: BPKhas-Penyelaras, BPG-Redefine Schooling, BPK-Kurikulum.

   

Program Mari Ke Sekolah Minimum Adequate Syllibus Pedagogi Peribumi Mengambil kira latar belakang, cara hidup dan sosio budaya tempatan

19

Matlamat dan Objektif Matlamat Melahirkan murid orang Asli/Penan yang berpengetahuan, berakhlak mulia, mencintai alam persekolahan dan sosio budaya mereka dan sesuaikan diri dengan sosio budaya negara.

Objektif    

  

Menguasai kemahiran 3M Berminat hadir ke sekolah Praktikkan amalan kebersihan, kesihatan dan keselamatan Berinteraksi dengan masyarakat setempat dan masyarakat luar untuk melahirkan perpaduan dan keharmonian Bersikap positif Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian Memahami sosio budaya setempat dan negara 20

Kaedah Pelaksanaan Tempoh Pelaksanaan 6-7 tahun Tahap 1: 3-4 tahun Tahap 2: 3 tahun Memenuhi Seksyen 29 Akta Pendidikan 1996 Pengajaran dan Pembelajaran Mengintegrasikan pedagogi peribumi

Penilaian Tahap l Penilaian berterusan berasaskan sekolah seperti yang terkandung dalam Modul. Penilaian Akhir Tahap ll Penilaian yang berasaskan KAP – diberi pengiktirafan setara UPSR

21

Pengisian KAP Tahap

Tema

Pengisian Kurikulum

Mari ke sekolah





I



Mari Belajar 

Tahap

Tema

Kesediaan/orientasi/motivasi untuk menarik dan mengekalkan minat murid hadir ke sekolah Kemahiran psikomotor halus dan motor kasar Praoperasi-membaca, menulis, nombor (mengira) Kemahiran membaca, menulis (membaca)

Pengisian kurikulum Aplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran berikut:

ll

Mari Berfikir

B.M, B.I, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, PJK, Budaya dan Warisan

(Nilai murni dan ICT merentas kurikulum)

22

Modul Teras Berasaskan Sekolah (Modul Budaya dan Warisan Orang Asli dan Penan) Pengisian kurikulum berkaitan kehidupan/ sosiobudaya kaum meliputi elemen:

Pelaksanaan Modul:  melibatkan kerjasama masyarakat  penggunaan bahasa Etnik sekiranya guru menguasai

 Bahasa Etnik  Kesenian 1.Muzik

tradisional 2.Nyanyian 3.Tarian 4.Permainan 5.Anyaman 6.Kraf tradisional 7.Perhiasan diri 8.Ukiran 9.Peralatan

 Kegiatan ekonomi 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Jati diri 1. 2.

 Kemahiran Sosial 1.Komunikasi

Memburu Mengumpul Berniaga Pertukangan Pertanian Kerja dengan kerajaan Nelayan

3. 4.

Kepercayaan Nilai Kepekaan Patriotik

2.Adat

resam 3.Upacara 4.Pantang larang

23

DEFINISI

TUJUAN

PENDIDIKAN JUVANA

KAEDAH

PUNCA

DEFINISI • Pemulihan juvana melalui modifikasi tingkah laku merupakan objektif utama institusi pemulihan. • Pelbagai kaedah dan teknik baru diperkenalkan bagi menyekat berkembangnya tingkah laku anti sosial yang boleh membawa kepada masalah perundangan.

PENGENALAN PENDIDIKAN JUVANA • Di hujung kurun ke 18, keluarga dianggap sebagai faktor utama devian. • Ekoran anggapan tersebut, satu idea timbul – keluarga yang terurus dan ‘well-adjusted’ dijadikan model institusi pemulihan untuk kanak-kanak. • Bermula di pertengahan kurun ke 19 institusi pemulihan direka khusus untuk membawa kehidupan keluarga, peraturan dan disiplin dalam kehidupan juvana di institusi. • Institusi menjadi rumah, rakan sebaya yang ditahan sebagai ahli keluarga dan staf institusi sebagai ibu dan bapa.

PUNCA • Keluarga • Individu • Sekolah • Rakan sebaya • Globalisasi

TUJUAN • Untuk mengubah juvana menjadi well-adjusted individu, produktif dan berguna kepada masyarakat • Lipsey (1992) menyatakan bahawa program modifikasi tingkah laku yang bertujuan memberi kemahiran skil hubungan interpersonal, kawlan diri dan pencapaian di sekolah sebagai program yang paling berjaya memulihkan juvana • Kajiannya mendapati program bercorak psikologikal seperti kaunseling individu, kelompok atau keluarga menunjukkan kesan positif yang sederhana

KAEDAH Kaedah ‘merawat’ juvana termasuklah : • Modaliti menolong seperti kaunseling dan bimbingan (individu atau kelompok). • Pendekatan agama dan akhlak. • Program kemahiran komunikasi dan interaksi samada inter atau intrapersonal. • Program pendidikan dan kemahiran vokasional. • Program rekreasi.

Program Pendidikan Juvana • Pendekatan perkhidmatan institusi di Malaysia : - Supaya juvana dapat hidup berdikari, memperbaiki tingkah laku, meningkatkan kemampuan dan kebolehan mereka • Asrama akhlak : - tahanan sementara dan pemulihan juvana tidak terkawal berumur 10 tahun keatas. - Beri perlindungan, bimbingan dan jagaan bagi juvana dalam tahanan sementara • Sekolah Tunas Bakti : - Bagi mendidik juvana membina sikap positif yang membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat • Sekolah Henry Gurney - Sekolah pemulihan untuk juvana berumur 14 tahun ke atas

PEMULIHAN KHAS • Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. • Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.

OBJEKTIF  Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu.  Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.  Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran.  Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka.

3 ALTERNATIF KELAS PEMULIHAN • Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.

• Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.

• Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, muridmurid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang. • Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. • Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.

Sekolah dalam Hospital (SDH) • Program ini telah dilancarkan dengan rasminya pada 26 Julai 2011 oleh bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

• TUJUAN : • Selaras dengan hasrat yang diperjuangkan oleh UNESCO iaitu 'Education For All' dan pendidikan berterusan. • Boleh diakses oleh semua kanak-kanak dan remaja umur persekolahan tanpa mengira keadaan dan tempat termasuk murid yang menerima rawatan di wad hospital.

Satu bentuk perkhidmatan pendidikan yang berterusan secara formal & berstruktur.

PROGRAM SDH

Pembangunan modal insan dapat diteruskan di luar amalan persekolahan yang konvensional.

Berfokuskan kepada kesediaan & keupayaan murid yang sedang menerima rawatan di wad hospital.

Didik Hibur & Fleksibel.

Guru sebagai pemudahcara.

Prosedur PdP di SDH Serdang • Kaedah Kemasukan MuridTerima senarai nama bercetak komputer dari pihak hospital (intranet) • 1. Keperluan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk kemasukan ke SDH ( Diperolehi sewaktu pendaftaran masuk wad). • 2. Kebanyakan murid SDH berusia 4-12 tahun dari wad Pediatrik dan selebihnya murid sekolah menengah (usia 13- 18 tahun ) dari wad

Pembedahan, Kardiologi, Nefrologi, Medical, Ortopedik.

• Taklimat Persediaan Pengajaran oleh Penyelia • Pembahagian murid untuk diajar oleh guru-guru (kelas dan wad) • Taklimat pengurusan pentadbiran dan kurikulum

• Guru Membuat Persediaan Mengajar • Guru merangka dan mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan murid yang akan diajar.

• Guru Bergerak Ke Lokasi Pengajaran • Kelas Sekolah Menengah, Kelas Sekolah Rendah dan Wad.

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

Tujuan Penubuhan i.

Memberi pendidikan kepada kanak-kanak di kawasan gelandangan seperti di Chow Kit.

ii.

Ciri-ciri murid yang didaftarkan di sekolah ini: i.

Kanak-kanak terbiar.

ii.

Kanak-kanak yang tidak mempuyi sijil kelahiran.

iii.

Kanak-kanak dari keluarga gelandangan.

Prosedur PdP

Pengambilan murid tidak mengikut umur atau darjah.

Terdapat silibus khas mengikut peringat rendah dan menengah.

Kesemua murid perlu menguasai asas dalam sesuatu pembelajaran sebelum ke peringkat seterusnya.

Sekolah Kurang Murid (SKM) 1. SKM dibina adalah untuk merapatkan jurang pengaksesan pendidikan antara bandar dan luar bandar. 2. Perkara ini adalah untuk mewujudkan keadilan dalam menyediakan infrastruktur serta penempatan guru terutamanya di kawasan luar bandar. 3. Mengamalkan sistem kelas bercantum dan

menekankan pencantuman murid-murid mengikut umur yang hampir sama.

Kaedah Pelaksanaan Wujudnya kelas bercantum kerana bilangan murid dalam tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang sahaja. Kleas bercantum merupakan program mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada satu tahun persekolahan.

Dalam kelas tersebut berkemungkinan terdiri daripada murid tahun 1, 2 mahupun 3. Seorang guru dikehendaki mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan secara serentak dalam sesebuah kelas bercantum ini.

Cabaran Kesamarataan Peluang Pendidikan di Malaysia

SEKIAN, TERIMA KASIH

Related Documents


More Documents from "fazlyna"