01-perkembangan Perdagangan Di Melaka

  • Uploaded by: Rusli bin Kemat
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 01-perkembangan Perdagangan Di Melaka as PDF for free.

More details

  • Words: 2,481
  • Pages: 13
Loading documents preview...
HNS 2013: KENEGARAAN TAJUK

Bincangkan Perkembangan Perdagangan Di Melaka Pada Abad Ke-15 Dengan Merujuk Kepada Sistem Komersial Dan Rangkaian Perdagangan Serta Jenis Produk Yang Diniagakan.

KUMPULAN EL-W02(A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

RUSLI BIN KEMAT

D20121061537

0133495774

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK MOHAMAD KAMAR BIN ZAINUDIN TARIKH SERAH

: 1 NOVEMBER 2012

Isi kandungan

Muka surat

Pengenalan

2

Pentadbiran Berwibawa

2

Pemimpin Berwibawa

4

Kedudukan Geografi

4

Peranan Syahbandar

5

Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka

6

Peranan Laksamana Dan Orang Laut

7

Kemudahan Di Pelabuhan

7

Sistem Cukai dan Surat Kebenaran Berniaga

7

Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca

8

Penggunaan Sistem Mata Wang

9

Perlabuhan Entrepot

9

Hubungan Diplomatik dengan Negara Serantau

9

Hubungan dengan Kerajaan Pasai

10

Kampar dan Siak

10

Hubungan Persahabatan Antara Melaka dengan China

10

Kesimpulan

11

Bibliografi

12

1

Bincangkan Perkembangan Perdagangan Di Melaka Pada Abad Ke-15 Dengan Merujuk Kepada Sistem Komersial Dan Rangkaian Laluan Perdagangan Serta Jenis Produk Yang Diniagakan.

Pengenalan

Pada pertengahan abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Kegemilangan Melaka dalam bidang perdagangan telah dinyatakan dalam buku Sejarah Melayu iaitu : " Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai Bandar Melaka pada zaman itu." (W.G Shallebear, 1612)

Pedagang atas angin bermaksud pedagang yang datang dari negara di sebelah Barat. Pedagang bawah angin ialah pedagang yang datang dari Timur.

Faktor utama yang menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan di rantau Melayu ialah kedudukan Melaka yang srategik iaitu dikawasan perairan Selat Melaka yang mana merupakan laluan utama pedagang dari Timur ke Barat dan sebaliknya. Selat Melaka juga merupakan kawasan yang terlindung daripada tiupan angin monsoon. Hal ini menyebabkan para pedagang akan singgah ke Melaka untuk berlindung daripada tiupan angin monsoon.

Pentadbiran Berwibawa

Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan iaitu sistem pentadbiran yang hampir sama dengan Sistem Jemaah Menteri sekarang. Melalui sistem ini setiap pembesar diberi tugas dan tanggungjawab masing-masing bagi melicinkan pentadbiran kerajaan. Sistem Pentadbiran Pembesar Empat Lipatan adalah satu sistem pentadbiran yang sistematik.

Setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab untuk melicinkan

pentadbiran

A.

Bendahara * Menteri utama * Penasihat utama sultan dalam pentadbiran 2

* Ketua hakim untuk menyelesaikan kes yang besar * Ketua istiadat * Ketua turus angkatan perang * Pemangku sultan ketika sultan gering atau ke luar Negara

B.

Temenggung * Memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri * Penguasa bandar dan kota Melaka * Mengawasi pedagang asing dan memastikan sukatan dan timbangan pedagang adalah betul * Protokol istana * Hakim di darat

C.

Laksamana * Ketua angkatan laut * Menjaga ketenteraman laut * Mengawal keselamatan sultan atau pengawal peribadi sultan * Mengetuai utusan diraja ke seberang laut * Ketua duta * Mengetuai angkatan tentera sekiranya ketiadaan Bendahara * Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah

D.

Penghulu Bendahari * Ketua segala bendahari * Ketua urusetia istana * Ketua segala syahbandar * Menjaga harta negara * Pemegang amanah * Memungut hasil cukai atau upti

3

Jadual Perbezaan Sistem Pembesar Empat Lipatan dan Jemaah Menteri Sekarang

Jawatan Semasa

Tugas

Kesultanan Melayu Melaka Bendahara

Ketua Pentadbir Negara Menjaga Keselamatan dan

Temenggung

Keamanan Negara

Laksamana

Menjaga Perairan Negara

Penghulu Bendahari

Pemegang Amanah dan Harta Negara

Jawatan Sekarang Perdana Menteri Menteri Dalam Negeri Menteri Pertahanan Menteri Kewangan

Pemimpin Berwibawa

Ketrampilan

dan

kepimpinan

yang

berwibawa

telah

mengunggulkan

dan

memartabatkan lagi Melaka sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara. Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah serta Bendahara Tun Perak telah berjaya menaikkankan nama Melaka sehingga menjadi pusat perdagangan yang terkenal di serata dunia. Para pemimpin tersebut menjadi tulang belakang yang membawa kepada keagungan politik dan ekonomi Kesultanan Melayu Melaka.

Kedudukan Geografi

Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka, iaitu di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Pedagang-pedagang asing yang berulang alik di antara India (Barat) dan China (Timur) akan berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan keperluan seperti makanan dan air mahupun membaiki kapal.

Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera.

Pedagang-

pedagang yang datang berdagang juga menunggu pertukaran angin Monsun untuk pulang dan datang ke Melaka. Angin Monsun Timur laut yang bertiup dalam bulan November hingga Mac membawa pedagang China ke Melaka dan pada masa sama akan membawa pedagang Asia Barat dan India belayar pulang dari Melaka. Angin Monsun Barat Daya yang bertiup 4

dalam bulan Mei hingga September pula akan membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang sama membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka.

Selain itu, muara sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar berlabuh di kawasan pelabuhan. Perairan Selat Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal Selat Melaka yang menjadi laluan kapal-kapal dagang dengan mudah. Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan untuk kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu pelabuhan serta tempat memerhati musuh. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di persisiran pantai pula menjadikannya sukar ditembusi musuh.

Selain faktor geografi, kemajuan perdagangan di Melaka juga dikaitkan dengan beberapa faktor lain.

Peranan Syahbandar

Parameswara telah mengasaskan sebuah kerajaan yang cekap, baik dan adil di Melaka melalui Majlis Tertinggi yang diketuai olehnya. Jentera pentadbiran yang tersusun ini telah berjaya mengekalkan keselamatan, kemakmuran dan keamanan di Melaka.

Jawatan

Syahbandar diwujudkan bagi memastikan kegiatan perdagangan berjalan lancar. Syahbandar iaitu antara jawatan terpenting dalam usaha menguruskan pentadbiran di pelabuhan dengan cekap dan bijak

Antara tugas-tugas Syahbandar ialah a.

Menguruskan cukai

b.

Menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal

c.

Menguruskan gudang

d.

Menguruskan pasar

e.

Menjaga kebajikan pedagang

g.

Menjaga keselamatan pedagang

h.

Menjadi hakim di pelabuhan

5

Syahbandar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kumpulan pedagang,

Syahbandar I

Mengurus pedagang dari Gujerat

Syahbandar II

Menguruskan pedagang dari a. China b. Ryukyu (Jepun) c. Champa (Kemboja)

Syahbandar III

Menguruskan pedagang dari a. Kalingga b. Pegu c. Benggala d. Parsi

Syahbandar IV

Mengurus pedagang dari a. Pulau Jawa b. Banda c. Borneo d. Filipina e. Maluku f. Kalimantan g. Pasai

Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka

Undang-undang Laut Melaka telah dilaksanakan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

Undang-undang Laut Melaka digubalkan untuk melancarkan dan

memastikan urusan serta aktiviti pedagangan di Selat Melaka berjalan lancar. Perlaksanaan undang-undang ini membolehkan pedagang-pedagang mendapat jaminan keselamatan terhadap barang-barang, kapal dan diri mereka sendiri daripada unsur jenayah dan pencemaran lanun.

Terdiri daripada 24 fasal yang mengandungi peraturan dan tata tertib berniaga, hukum jenayah di kapal, cara berjual-beli, larangan dan tanggungjawab anak kapal, kiwi dan 6

nakhoda. Kiwi merupakan penyewa ruangan perahu dan penumpang yang membawa barang untuk diperdagangkan.

Mulkiwi adalah ketua segala kiwi.

. Ini telah menggalakkan

kedatangan pedagang asing dari luar untuk terus berdagang di Melaka.

Peranan Laksamana Dan Orang Laut

Laksamana ialah pembesar yang bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan Selat Melaka. Hal ini adalah untuk menjamin keselamatan pedagang dan keamanan perairan Melaka. Tugas-tugas mengawal dilaksanakan oleh Orang Laut.

Orang Laut merupakan

pasukan perang yang gagah, berani dan setia. Kemahiran mereka mendayung telah menjadikan mereka pilihan utama sebagai tentera angkatan laut. Sangat mahir tentang angin monsun dan pulau-pulau di pesisir pantai barat dan timur Semenanjung Tanah Melayu. Kekuatan Orang Laut juga tergambar kerana jumlah mereka yang menjadi hulubalang lebih ramai daripada orang Melayu pada abad ke-17. Mereka dianggarkan menganggotai kira-kira satu suku tentera Kerajaan Melayu Melaka.

Kemudahan Di Pelabuhan

Pelbagai kemudahan seperti gudang untuk menyimpan barang, tempat tinggal untuk pedagang semasa menunggu pertukaran angin monsun. kapal, perahu, jong, lancar, gajah dan pekerja disediakan oleh Syahbandar untuk mengangkut barang bekalan makanan dan minuman ke gudang. Manakala kapal-kapal yang rosak boleh dibaiki dipelabuhan. Kemudahan semua prasarana ini penting untuk kemudahan pedagang yang berdagang di Melaka. Gudang bawah tanah dibina untuk membolehkan para saudagar menyimpan barang dagangan mereka dengan jaminan perlindungan daripada api, kerosakan dan kecurian. Gudang-gudang pula dikelilingi oleh pagar kayu dan mempunyai pintu berkunci serta dikawal oleh penjaga bagi menjamin keselamatan.

Sistem Cukai dan Surat Kebenaran Berniaga

Melaka mempunyai cukai pelabuhan yang teratur dan berpatutan. Terdapat dua jenis cukai yang dikenakan dalam urusan perniagaan iaitu: a. Cukai rasmi (duti import) atau Panduan 7

b. Cukai tak rasmi iaitu dalam bentuk hadiah kepada sultan dan pembesar

Selain itu, cukai juga dikenakan ke atas barangan makanan yang keluar masuk di Melaka kerana hasil pertanian Melaka tidak mencukupi untuk keperluan sendiri. Perdagang juga perlu membuat bayaran untuk mendapat Surat Kebenaran Berniaga untuk urusan jual beli. Surat ini merupakan lesen untuk berniaga. Surat Kebenaran Berniaga dikeluarkan bertujuan untuk a. Memastikan urusan perdagangan adalah lancar b. Sumber pendapatan kerajaan

Sistem pungutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan Melaka ialah Sistem Cukai Berkeutamaan.

Cukai yang dikenakan ialah mengikut kawasan dan hubungan dengan

Melaka a. Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6% b. Pedagang dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai tetapi mereka dikehendaki memberi persembahan iaitu hadiah kepada Sultan, Temenggung dan Syahbandar c. Pedagang dari Kepulauan Melayu atau tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai sebanyak 3% d. Pedagang dari China dan Jepun hanya perlu memberi hadiah

Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca

Kehadiran pelbagai bangsa menyebabkan terdapat 84 jenis bahasa yang dituturkan oleh masyarakat di Melaka. Namun begitu, Bahasa Melayu tetap dijadikan sebagai lingua franca atau bahasa perantaraan di Melaka. Hal ini kerana bahasa Melayu mudah difahami dan menjadi bahasa utama masyarakat di rantau ini.

Pemerintah Melaka membenarkan

rakyatnya dan bangsa asing bertutur dalam bahasa masing-masing.

Sebagai contoh,

pedagang China boleh bertutur dalam bahasa cina untuk berkomunikasi antara mereka. Bukti penggunaan bahasa asing di Melaka dapat dilihat dengan penggunaan istilah bahasa Jawa di kalangan masyarakat Jawa seperti Manira dan Kulo. Istilah ini digunakan oleh masyarakat Jawa terhadap pihak yang tinggi keduduaknnya sebagai tanda hormat. Pedagang-pedagang

8

asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi dengan pegawai Melaka kerana mereka boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran, ekonomi, agama agama dan pendidikan. Selain itu, Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka dan tanah jajahan Melaka.

Penggunaan Sistem Mata Wang

Melaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga dijalankan melaui sistem tukar barang dan penggunaan mata wang. Wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan kedatangan pedagang asing telah meluaskan lagi menggunakan mata wang tersebut. Wang logam ini diperbuat daripada timah yang dipanggil calains. Pada permukaan wang timah ini dipahat nama sultan yang memerintah Melaka pada masa itu. Penggunaan mata wang emas, perak dan timah juga digunakan. Mata wang ini dibawa dari Pedir,Pasai, Kembayat dan Gujerat.

Perlabuhan Entrepot

Pelabuhan Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan entrepot. Perkembangan ekonomi perdagangan di Melaka bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pelabuhan Melaka sebagai pusat entrepot. Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan dari kepulauan Melayu iaitu rempah ratus yang sangat diperlukan oleh saudagar dari timur dan barat.

Ini telah menggalakkan kedatangan mereka untuk mengunjungi pelabuhan

Melaka. Perlabuhan Melaka juga berperanan sebagai pusat pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu.

Hubungan Diplomatik dengan Negara Serantau

Melaka telah menjalankan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pasai, Jawa, Kampar dan Siak sejak pemerintahan Parameswara lagi. Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan ekonomi negera-negara ini kerana kegiatan perdagangan seperti a. Pasai - membekalkan lada hitam, emas dan beras b. Jawa - membekalkan beras, bahan makanan dan rempah c. Kampar dan Siak - membekalkan emas 9

Hubungan dengan Kerajaan Pasai

Hubungan dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini puteri Pasai dan memeluk agama Islam. Rakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah berkahwin dengan orang tempatan. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan hukum agama Islam. Kerajaan Melaka juga telah membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan huru-hara dengan menghantar pembesar dan tenteranya. Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan tolong menolong. Hubungan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Istilah Salam digunakan semasa berutus surat. Melalui hubungan diplomatik ini, kerajaan sekitar Melaka telah mendapat bejalan seperti

a. Beras, makanan dan rempah dari Jawa b. Lada hitam, beras dan emas dari Pasai

Penaklukan Kampar dan Siak

Penaklukan Melaka ke atas Siak pula membolehkan Melaka mengawal pengeluaran emas dan penguasaan ke atas Kampar pula membolehkan Melaka mengawal eksport lada hitam dan emas.

Hubungan Diplomatik dengan China

Selain itu, terdapat juga faktor lain yang menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan, iaitu Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Sebagai tanda persahabatan, Melaka kerap menghantar rombongan melawat Negara China. Tujuannya ialah untuk mengeratkan lagi tali persahabatan dan juga untuk memperluaskan perdagangan Melaka.

Contohnya pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah,

baginda meneruskan hubungan dengan negera China bagi memastikan kepentingan perdagangan Melaka dapat diteruskan dan berkembang. Negara China merupakan sebuah negara yang luas dan sudah tentunya mempunyai pasaran dan kuasa beli yang tinggi, ini merupakan kesempatan bagi para pedagang Melaka untuk mendagangkan barang dagangan mereka di China. Hal ini sudah tentu akan memberi keuntungan kepada Melaka. Namun pada masa yang sama perhubungan dengan China juga dapat memenuhi keperluan barangan 10

di Melaka. Dengan terjalinnya hubungan diplomatik dengan Negara China, perdagangan Melaka telah berkembang dengan pesat sehingga Melaka menjadi pusat perdagangan yang terkenal di Alam Melayu.

Melaka juga mendapat perlindungan daripada China. Keselamatan Melaka terjamin terutama daripada ancaman Siam. Ini dapat dilihat, apabila Laksamana Cheng Ho yang diutuskan oleh Kerajaan China untuk ke Melaka telah diarahkan untuk singgah di Siam terlebih dahulu untuk memberi amaran kepada Siam supaya tidak menyerang dan mengancam Melaka kerana Melaka berada di bawah naungan China.

Kesimpulan

Melaka berkembang menjadi peneraju ekonomi di Alam Melayu pada abad ke-15 bukan sahaja disebabkan oleh kedudukan yang strategik, lautnya yang terlindung, muara sungai Melaka yang dalam malahan ditunjangi oleh kepimpinan yang berwibawa. Sistem pemerintahannya yang cekap dan tersusun yang diwujudkankan oleh pemerintahan Kerajaan Melaka pada masa itu telah menaikkan namanya. Pengelibatan semua pihak dari rakyat sehinggalah pemerintah (Raja) serta wujudnya semangat kekitaan yang menginginkan negara makmur yang aman dan berdaulat menjadikan Melaka sebuah pusat perdagangan termaju di nusantara. Memang tidak dapat dinafikan kewibawaan pemerintah dan pentadbir memainkan peranan penting. Bagai ungkapan “Raja adil Raja disembah...” yang bermaksud pemerintah yang berwibawa, adil, jujur, amanah dan tidak mementingkan diri sendiri serta berpandangan jauh dalam membawa kemajuan akan terus disanjung dan disokong rakyat.

11

Bibliografi

Abd Aziz Bari (2004): Constitution of Malaysia: Text and Commentary. Kuala Lumpur : Pearson Prentice Hall Abdul Rahman Haji Abdullah (1989): Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Terbitan Pena Sdn.Bhd, Kuala Lumpur Joginder Singh Jessa (1978): Sejarah Tanah Melayu 1400-1959, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Jamil Bin Mukmin (1994): Melaka Pusat Penyabaran Islam Dinusantara, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur. Muhammad Yusoff Hashim (1990): Kesultanan Melayu Melaka, Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad Ke-15 Dan Abad Ke-16 Dalam Sejarah Malaysia Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Muhammad Yusuff Hashim (1989): Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ramlah Adam (2004): Tokoh-tokoh gemilang Melaka pentadbiran dan politik. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia ( IKSEP ). Shallebear. W.G (1612), Sejarah Melayu, edisi 1961. Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd Shellabear. W.G (1989): Sejarah Melayu. Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd Tamadun Islam dan Tamadun Asia: Buku Teks Kursus TITAS untuk Institut Pengajian Tinggi. 2001 & 2006. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Tan Ding Eng (1975): Sejarah Malaysia Dan Singapura.Kuala Lumpur. Siri Sejarah Fajar Bakti.

12

Related Documents


More Documents from "Prabandari"