Hukum Kanun Melaka

  • Uploaded by: Anonymous uZfR44
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hukum Kanun Melaka as PDF for free.

More details

  • Words: 1,208
  • Pages: 4
Loading documents preview...
Latarbelakang Hukum Kanun Melaka (HKM) :   

Disusun dengan lengkap oleh Sidi Ahmad. Terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka ( Undang-undang Negeri) dan Undang-undang Laut Melaka. Terdapat pengaruh Islam dan Hindu.

isi kandungan Hukum Kanun Melaka. F1 mengandungi 44 fasal F2 menyentuh bidang kuasa raja F3 menyentuh bidang kuasa pembesar F4 pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat F5 hukuman terhadap kesalahan jenayah awam F6 undang-undang keluarga Undang-undang Melaka • atau lebih dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka pada mulanya merupakan peraturan yang tidak bertulis. Peraturan itu diadakan untuk melindungi kerajaan, rakyat, dan negeri Melaka. Walaupun Hukum Kanun ini sudah dijalankan pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1446-1456 M) namun ia baru ditulis dan disusun secara teratur setelah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (14891511 M). Itulah sebabnya Hukum Kanun ini hanya dianggap ada setelah tahun 1489 M. Perhatikan bahasa yang digunakan dalam petikan Hukum Kanun atau Undang-undang Melaka ini: – Lima perkara, yang tiada beroleh kita menurut kata itu, melainkan raja yang kerajaan juga. Pertama-tama 'titah', kedua 'berparik', ketiga 'murka', keempat 'karunia', kelima 'anugerah'. Maka segala kata ini tiada dapat kita mengatakan dia. Dan jikalau orang keluaran berkata demikian itu, digocoh hukumnya.

Isi : Undang-undang Islam dalam Hukum Kanun Melaka 1. Undang-undang Jenayah- terbahagi kpd 3 bahagian. 2. Hukum Qisas Dinyatakan sesispa yg mengambil nyawa (membunuh) orang akan dibalas bunuh.Orang Islam yg membunuh orng kafir tak dikenekan qisas. Dalam soal mencederakan anggota juga akan dibalas perbuatan yg sama dan setimpal. Hala ini selari dengan surah al-Maidah ayat 45. Hukum Diat Fasal 17 HKM menyatakan pembunuh dengan sengaja jika diberi maaf oleh waris akan dikenakan Diat(denda) Hal ini selari

dengan mazhab Shafiee.Hukum Hudud berhubung dengan kesalahan zina,Qazaf,Mencuri, Minum arak dan Murtad. Sbgai cth kesalahan zina akan direjam sampi mati bagi yg tlh berkahwin dan disebat 100 x bagi yg belum berkahwin. Hal ini selari dengan surah anNur ayat 2 dan juga Hadith. Bagi kesalahan Qazaf akan disebat 80x sebatan.Bagi kesalahan minum arak akan disebat 40x sebatan. Hukum Ta’zir bagi kesalahan yg tidak dikenakan hudud dan qisas sprit mencuri tak cukup nisab akan dikenakan ta’zir. Cth akan diminta pulang smula barang yg dicuri atau digantung dileher dan di arak keliling kampong sebagai pengjaran. Undang-undang Muamalah, 

Ini berhubung dengan jual beli, riba, sewa, pinjam meminjam ada dinyatakan dalam fasal 30HKM. Cth disebut dengan nyata haramnya riba, tidak blh berniaga dengan orng gila.

Undang-undang Keluarga 

Ini berhubung dengan perkahwinan,perceraian,wali talah dan sebagainya.Dlm hal ini semuanya selari dengan hukum Islam.

Undang-undang Keterangan dan Acara 

Hal ini adalah berkaitan dengan syarat-syarat menjadi Sultan seperit mesti Islam, adil, pengampun,pemurah dan sebagainy. Disini dinyatakan juga hakim/ kadi dilarang menerima hadiah.

Penglibatan Ulamak dlm soal pentadbiran negeri disebut dengan nyata. Ulamak dan Kadi terlibat aktif dalam soal pertabalan, perkahwianan pemakaman seseorang raja/sultan. Meskipun pengaruh Islam amat ketara dalam hokum Kanun Melaka, masih terdapat banyak pengaruh Hindu dan adat Melayu yang bertentangan dengan Islam seperti perkara di bawah. Undang-undang yg Tidak Selari Dengan Islam : 1. Sultan berada di atas undang-undang ( Konsep Devaraja) 2. Hukuman qisas tidak dikenakan kepada sultan/ kerabat raja contohnya Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar, hukuman dibuang negeri. 3. Hukuman hudud tidak dikenakan kepada sultan contoh Sultan Mahmud telah berzina dengan isteri orang. Mengamalkan Diskriminasi Dalam Undang-undang : 

Tidak amalkan persamaan taraf, ini kerana ada larangan memakai warna kuning, bina rumah seperti

Konsep Daulat dan Tulah :



Amalkan konsep pantang derhaka kepada raja/sultan walaupun memerintah dengan zalim.

Pengaruh adat Temenggung : 

Mengikut Yusuf Hashim hanya 41% sahaja Hukum Kanun Melaka yang mempunyai Islam dan selebihnya pengaruh daripada Adat Temenggung.

Walaupun HKM diamalkan dengan meluas di Melaka dan menjadikan Islam sebagai rujukan namun masih ada ruang yang bertentyangan dengan syarak.Hukum Kanun Melaka juga dikenali sebagai Undang-undang Darat Melaka dan Risalat Hukum Kanun (dalam bahasa arab). Ia juga merupakan dokumen yang digubal sebagai panduan bagi seseorang pemerintah dalam menjalankan pemerintahan. Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang tradisional tertua di negara ini. Ia berasal daripada hukum yang dibuat oleh raja Iskandar Dzulkarnain dan kemudiannya diwarisi pemerintah Melaka pada abad ke-15. Undang-undang ini sungguh penting kerana menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Hukum Kanun Melaka dapat mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam negara serta menjamin keselamatan rakyat. Dengan itu, perilaku jenayah di dalam negeri melaka dapat diatasi dengan baik dan terurus.Hal ini demikian kerana setiap jenayah akan dikenakan hukuman yang setimpal.sebagai contoh kesalahan membunuh akan dibalas dengan hukuman bunuh. Ini sudah tentu akan menjadi peringatan dan rakyat takut melakukan jenayah. sekaligus negara akan aman serta keselamatan rakyat lain terpelihara. Selain itu, Hukum Kanun Melaka penting sumber rujukan bagi menentukan hukuman bagi kesalahan tertentu. dengan ini hukuman dapat dijatuhkan dengan seadil-adilnya dan mengikut undang-undang negara. tidak akan berlaku fenomena "main hakim sendiri" dalam kalangan masyarakat kerana Hukum Kanun Melaka sudah memaktubkan semua peruntukan yang berkenaan. Sebagai contohnya, dalam Hukum Kanun Melaka mengandungi hukuman awam atau undang-undang awam menyentuh perkara-perkara seperti hutang, penyewaan tanah, harta dan hamba. Selain itu, terdapat juga hukuman untuk perbuatan jenayah meliputi perbuatan membunuh dan menikam orang, menetak dan memukul, merampas dan mencuri, tidak menurut perintah raja dan menderhaka serta tuduh-menuduh. Peruntukan hukuman yang lengkap dalam hukum kanun melaka ini sesungguhnya telah menjadi panduan yang sempurna dalam menjalankan pemerintahan kerajaan. Pentingnya Hukum Kanun Melaka juga terletak pada peranannya sebagai menentukan pembahagian tugas, peranan serta struktur pemerintahan. Dalam undang-undang tersebut, terkandung satu adat yang digelar Adat Lembaga yang di dalamnya mengkanunkan satu sistem pentadbiran dan pemerintahan yang teratur. Adat tersebut menerangkan tentang adat-adat raja dan larangannya, perihal peranan bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan syahbandar dalam membantu raja. Hal ini dapat melancarkan pentadbiran, memudahkan urusan tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya meningkatkan mutu dan produktiviti. Maka

nyatalah, Hukum Kanun Melaka dapat menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Di samping itu, kepentingan Hukum Kanun Melaka turut terserlah bagi mempertahankan sistem sosial. Ini turut dapat membezakan keistimewaan golongan raja dengan rakyat jelata. Walaupun golongan pemerintah amat berbeza dan jauh jurangnya dengan golongan yang diperintah, hak masing-masing sentiasa terpelihara. Raja berada pada hierarki tertinggi dalam struktur pemerintahan negeri, maka baginda menduduki tempat yang istimewa dalam masyarakat Melayu tradisional. Taraf seseorang raja ternyata berbeza berbanding dengan golongan rakyat samada dari segi kedudukan, pakaian, peralatan, atau pertuturan. bagi memastikan perbezaan antara raja dengan golongan rakyat biasa berkekalan, maka diadakan pelbagai peraturan dan larangan tertentu ke atas rakyat supaya wujud jurang antara pemerintah dengan rakyat, justeru memperkukuh kedudukan raja. Misalnya, raja sahaja yang berhak memakai pakaian kuning, payung kuning, pakaian nipis, keris berhulu emas. Rakyat dilarang menggunakan barang-barang tersebut kecuali dianugerahkan oleh raja. Walau bagaimanapun, kedudukan hamba terpelihara. Buktinya, sebahagian daripada peruntukan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka menjelaskan tentang undang-undang perhambaan. Undang-undang ini memperakukan kedudukan hamba abdi, iaitu hamba abdi tidak diibaratkan seperti barang, tetapi mempunyai hak yang tertentu. Tegasnya, Hukum Kanun Melaka mengukuhkan institusi beraja di Melaka, mempertahankan sistem sosial yang adil. Peruntukan yang telah termaktub ini sebenarnya menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan baik melibatkan golongan bangsawan, rakyat jelata mahupun hamba. Kesimpulannya, Hukum Kanun Melaka penting bagi melancarkan pemerintahan negeri. Undangundang ini yang awalnya dipengaruhi oleh agama Hindu, diresapi unsur agama Islam yang ketara pada akhirnya. Hukum-hukum syarak ini meresap secara beransur-ansur. Sesungguhnya, undang-undang ini sungguh lengkap, menyentuh pelbagai perkara berkaitan dengan adat lembaga dan tanggungjawab pembesar, hukuman awam dan perbuatan jenayah serta perkaraperkara berkaitan dengan pertanian, perhambaan, dan kekeluargaan.

Related Documents

Hukum Kanun Melaka
February 2021 0
Hukum Hukum Stratigrafi
February 2021 2
Hukum Perdata
February 2021 0
Filsafat Hukum
March 2021 0
Sistem Hukum
March 2021 0

More Documents from "Damma Renna"