10 Ulasan1

  • Uploaded by: Chewball Soleha
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 10 Ulasan1 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,297
  • Pages: 23
Loading documents preview...
TOPIK 10 ULASAN, RESENSI & KRITIKAN Zairinah Mohd Shukur IPGK Raja Melewar

Perkara yang akan dibincangkan 1. Mengulas pelbagai genre penulisan 2. Menulis kritikan terhadap sesuatu isu 3. Mengulas resensi buku akademik & bukan akademik 4. Menulis resensi karya kreatif

1.0 mengulas pelbagai genre penulisan  Mengulas bermaksud memberi tafsiran atau penerangan lanjut, pendapat dan sebagainya berkaitan sesuatu, membuat komentar, mengupas dan mentafsir (Kamus Dewan, 1996)  Genre merupakan kategori atau jenis karya  Penulisan didefinisikan sebagai perihal atau kegiatan menulis, mengarang  Oleh itu mengulas pelbagai genre penulisan adalah  satu aktiviti memberi tafsiran atau membuat komentar mengenai penulisan pelbagai kategori karya

5 JENIS GENRE PENULISAN http://www.essayhelpers.co.uk/blog/5-basic-types-of-genres-in-writing/

1.    Expository Writing (penulisan ekspositori)

 Penulisan ekspositori merupakan satu bentuk penulisan yang biasa.  Anda dapat melihat penulisan sebegini di penulisan penyelidikan, penulisan ilmiah dan penulisan tesis.  Tujuan utama penulisan jenis ini adalah untuk menerangkan kepada khalayak tentang suatu topik yang tertentu.  Contoh: Biografi, pengkisahan, artikel, surat perniagaan dan suratsurat persendirian.

2.    Writing to Communicate (penulisan untuk komunikasi)  Penulisan untuk berkomunikasi merupakan bentuk penulisan awal sejak wujudnya manusia. Ia menjadi cara biasa untuk berkomunikasi sebelum wujudnya internet dan emel.  Contoh: emel, penulisan surat, chatting di internet, penulisan artikel dan pesanan ringkas sms,  Ia berfokus kepada keperluan individu dan matlamat untuk menulis dan bukannya membincangkan sesuatu topik.  Ditulis dengan menggunakan ganti nama diri

3.    Narrative Writing (penulisan naratif)

 Penulisan ini berasaskan fakta kehidupan seseorang.

Bentuk penulisan ini boleh ditemui pada era prasejarah lagi. Manusia menggunakan metod penulisan untuk mengisahkan keseluruhan kehidupan mereka.  Penulisan naratif memfokuskan kepada sesuatu peristiwa

tertentu dan pengalaman serta pemikiran penulisnya dicerminkan melalui penulisan ini.  Contoh : Cerita pendek biografi dan penulisan sejarah

4.    Persuasive Writing (penulisan memujuk)

 Penulisan untuk menyakinkan  Merupakan satu genre penulisan yang menggunakan teknik untuk meyakinkan orang lain. Ia mengandungi pandangan utama untuk menyakinkan pembaca.  Contoh : iklan propaganda filem, ulasan buku, surat kepada editor

5.    Creative Writing (penulisan kreatif)

 Penulisan kreatif adalah satu bentuk ekspresi perasaan. Ia dapat membentuk emosi tertentu, menunjukkan perasan gembira dan sedih serta keseronokan.  Penulisan kreatif boleh memberi pelbagai makna dan interpretasi kepada kumpulan manusia yang berbeza.  Contoh: puisi, prosa, cerpen dan drama

10.2 Menulis kritikan terhadap sesuatu isu  Tujuan ulasan kritikal  Ulasan kritikal merupakan penulisan yang meminta anda meringkaskan dan menilai sesuatu penulisan. Penulisan kritikal boleh dibuat terhadap sebuah buku, satu bab, atau artikel jurnal. Penulisan ulasan kritikan memerlukan anda membaca teks secara terperinci dan membaca teks lain yang berkaitan agar anda boleh membuat penilaian yang adil dan saksama.  Apa yang dimaksudkan dengan kritikal?  Di universiti, menjadi pengkritik bukan bermakna mengkritik secara negatif. Adalah lebih baik bertanya soalan untuk mendapatkan informasi dan pendapat di dalam teks dan nyatakan penilaian dan penghakiman terhadap teks. Adalah lebih baik anda memahami topik berkenaan dari perspektif berbeza contohnya membaca teks lain yang berkaitan dan mengaitkannya denga teori, pendekatan dan rangkakerja dalam tugasan anda.

Apa yang dimaksudkan dengan menilai atau menghakimi?

 Di sini anda melihat dan menilai kekuatan dan kelemahan yang ada pada teks. Hal ini boleh dilihat kepada kriteria yang spesifik. Penilain yang dilakukan bukan sahaja melihat isi kandungan teks tersebut tetapi tujuan teks itu ditulis kepada khalayak tertentu dan kenapa teks berkenaan distrukturkan sedemikian rupa. Apa makna menganalisis?  Menganalisis memerlukan membahagikan kandungan dan konsep teks kepada bahagian-bahagian tertentu dan memahami bagaimana ianya dikaitkan, dihubungkan dan mempengaruhi antara satu sama lain.

Struktur penulisan ulasan kritikal  Ulasan kritikal sama ada pendek (1 muka surat) atau panjang (4 muka surat) sebenarnya mempunyai struktur yang sama. Semak garis panduan membuat ulasan anda format dan struktur penulisannya yang tertentu. Tajuk kecil seringnya tidak perlu ditulis namun amat memudahkan pembaca jika ada.

Introduction (pengenalan)

 Panjang pengenalan adalah satu perenggan untuk ulasan artikel jurnal dan 2-3 perenggan bagi ulasan buku. Hal ini termasuklah beberapa perkara yang pengenalan untuk menyatakan siapa pengarang, tajuk dan secara ringkas menerangkan topic teks tersebut. Nyatakan matlamat penulisan teks dan ringkaskan dapatan utama atau perkara asas pemasalahan. Buat kesimpulan pengenalan dengan satu pernyataan ringkas penilaian anda terhadap teks. Sama ada penilaian negatif atau positif atau kedua-duanya.

Summary ( ringkasan)

 Nyatakan ringkasan kepada kata kunci penting dengan contoh-contoh yang tertentu. Anda boleh menerangkan secara ringkas tujuan pengarang dan apa yang menjadi perkara utama keseluruhan teks dan anda boleh menerangkan bagaimana teks itu distrukturkan. Ringkasan ini perlu 1/3 daripada ulasan kritikal.

Critique (mengkritik)

 The critique should be a balanced discussion and evaluation of the strengths, weakness and notable features of the text. Remember to base your discussion on specific criteria. Good reviews also include other sources to support your evaluation (remember to reference).  Kritik itu perlu diperbincangan yang seimbang dan dinilai sama ada kekuatan, kelemahan dan tarikan dalam teks berkenaan. Adalah dingatkan untuk membincangkan teks berkenaan berdasarkan kriteria yang tertentu. Ulasan yang baik perlu memasukkan sumber lain untuk menyokong penilaian anda( perlu buat rujukan)  Ada boleh memilih bagaimana untuk menyusun kritikan anda. Contohnya:  Dari yang paling penting kepada kesimpulan yang kurang penting berkenaan teks tersebut.  Jika kritikan anda banyak yang positif utarakan ulasan-ulasan negatif dahulu dan kemudian baharulah ulasan yang positif.  Jika teks tersebut banyak ulasan yang negatif maka utarakan ulasan positf dahulu, kemudian barulah yang negatif.

Critique (kritikan)

 Jika anda melihat kekuatan dan kelemahan adalah sama banyak, maka anda perlu memilih apakah pandangan keseluruhan anda sama ada lebih komen positif atau komen negatif. Anda boleh memulakan ulasan dengan idea yang positif dan kemudian menyatakan kelemahan-kelemahan yang ada. Jika anda menilai positif dan negatif dalam teks tersebut sama banyak maka adalah lebih negatif dari positif.  Dalam ulasan yang panjang, anda boleh menyatakan tiap kriteria yang anda pilihan dalam beberapa perenggan, termasuklah sama ada negatif atau positif, Bagi ulasan kritikal yang pendek( 1 muka surat ) di mana komen adalah lebih ringkas , masukkan sahaja dalam 1 perenggan perkara positif dan negatif .  Anda juga boleh menyatakan cadangan bagaimana teks tersebut boleh diperbaiki samada idea, pendekatan penyelidikan, teori atau rangka kajian yang digunakan dalam bahagian penulisan kritikan

Conclusion ( kesimpulan )

 If you have used other sources in you review you should also include a list of references at the end of the review.  Biasanya dalam perenggan yang pendek  Nyatakan pandangankeseluruhan anda tentang teks  Nyatakan cadangan anda secara ringkas  Jiks perlu, kualiti atau penerangan kepada penilaian teks perlu dimasukkan. Hal ini boleh membantu supaya kritikan tersebut kelihatan adil dan boleh dipercayai.

 Rujukan  Jika anda menggunakan sumber dalam ulasan anda anda sepatutnya memasukkannya pada bahagian akhir pegulasan.  https://student.unsw.edu.au/structure-critical-review

10.3 Menulis resensi buku akademik dan bukan akademik  Pertimbangan atau perbicaraan mengenai buku dan lain-lain (ulasan buku)  Resensi buku adalah rencana yang diterbitkan dalam surat khabar, atu majalah berkala yang mengumumkan penerbitan buku baru, menerangkan isi buku baru itu dan menilainya. Nilai resensi buku bergantung kepada pengetahuan dan kemampuan orang yang membuat resensi dan keadilannya dalam membuat penilaian terhadap buku tersebut. Oleh itu pembuat resensi harus ada pengetahuan yang luas tentang subjek buku yang diperkatakan itu, kebolehan menganalisis karya, dan standard kritikan yang tinggi

 Resensi adalah ulasan. Resensi digunakan oleh Bahasa Indonesia dari kata Bahasa Inggeris recency. Makna yang dutarakan sama dengan ulasan kritikan.

 Pendahuluan umum  Buku  Penulis  Ulasan kandungan keseluruhan  Tahap keintelektualan buku/  Tahap akademik buku  Penilaian saksama tentang kekuatan dan kelemahan, kekuatan4.1.1) huraian, cth (penerangan)4.2) kelemahan4.2.1) huraian, cth (penerangan)5) kesan kepada pengulas5.1) tersurat5.2) tersirat6) kesimpulan dan cadangan

ULASAN BUKU AKADEMIK

 Tajuk: Action Research in Teaching and Learning: A practical guide to conducting pedagogical action research  Penulis: Lin s. Norton  Penerbit: Routledge Taylor & Francis Group  Tahun terbitan: 2009  http://www.vbook.pub.com/doc/16300707/ULASAN-BUKU

ULASAN BUKU BUKAN AKADEMIK  https://www.academia.edu/2579500/Ulasan_Buku_Barry_Wain_Mahathir_Mo hamad_Malaysian_Maverick  

Contoh ulasan novel  http:// contohtugasan.blogspot.com/2010/09/contoh-ulasan-novel-andai-itu-takdirn ya.html

SEKIAN.

ZAIRINAH MOHD SHUKUR IPGK RAJA MELEWAR

Related Documents

10 Ulasan1
February 2021 0
Rules&reg-10-10
February 2021 0
10 Axioms
February 2021 0
10 Franchise
February 2021 0
10._volumenes_1
February 2021 0

More Documents from "Juan Felipe Villamil"

10 Ulasan1
February 2021 0
Manual Mutu
January 2021 1