Bab_4 - Prinsip Asas Etika

  • Uploaded by: Mahmoud Ikhwan
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab_4 - Prinsip Asas Etika as PDF for free.

More details

  • Words: 385
  • Pages: 2
Loading documents preview...
Bab 4

Prinsip Asas Etika Jacques P.Thiroux (2001) mengenal pasti beberapa prinsip asas etika. 1). 2). 3). 4). 5).

Prinsip nilai hidup manusia Prinsip kebaikan dan keburukan Prinsip keadilan atau saksama Prinsip kejujuran Prinsip kebebasan induvidu

1) Prinsip Nilai Hidup Manusia

2)

-

Menekankan soal hidup dan soal mati. Nyawa adalah pemberian Tuhan yang sangat berharga, oleh itu semua manusia sepatutnya sayangkan nyawanya dan nyawa orang lain

-

Prinsip ini menjadi asas kepada prinsip-prinsip lain kerana tiada guna kita memperkatakan soal baik dan buruk, benar atau salah, jujur atau tidak jujur, adil atau tidak adil jika tidak ada manusia yang hidup atau terjamin boleh hidup di bumi ini.

-

Oleh itu, perbuatan mengambil nyawa (sendiri atau orang lain) dianggap sebagai perbuatan yang sangat tidak bermoral

Prinsip Kebaikan dan Kebenaran Sistem moral mesti menyatakan dengan jelas mengenai prinsip kebaikan dan keburukan kerana semua sistem moral adalah didasarkan kepada penegasan untuk kita berbuat baik dan betul dan mengelak dari melakukan sesuatu yang buruk dan salah. -

Prinsip ini mengkehendaki manusia berusaha: a) Menyuburkan kebaikan, mengatasi keburukan dan berbuat baik b) Tidak mencetuskan kemudaratan dan keburukan c) Menghalang kemudaratan dan keburukan

3) Prinsip Keadilan Dan Saksama Prinsip ini menekankan bahawa kita mesti melayan manusia lain dengan adil dan saksama khususnya dalam soal agihan kebaikan dan keburukan. Sekadar berbuat baik dan melakukan tindakan yang betul sahaja adalah tidak memadai tetapi yang lebih penting ialah berusaha bersungguh–sungguh agar faedah dari berbuat baik dan betul dapat dirasai dan dinikmati oleh orang lain secara adil. -

1

4) Prinsip Kejujuran - Asas hubungan sesama manusia adalah diatas dasar percaya mempercayai antara satu sama lain, iaitu yakin dan percaya bahawa apa yang dikatakan itu adalah sesuatu yang jujur, ikhlas dan telus -

Prinsip ini agak sukar untuk diamalkan kerana manusia mempunyai kecenderungan menyembunyikan identitinya atau berpura-pura baik dari segi kata-kata mahupun tindak – tanduknya.

5) Prinsip

Kebebasan Individu

- Setiap Individu mempunyai keinginan, kebolehan, keperluan dan kemampuan yang berbeza-beza dan mereka bebas memilih cara untuk mencapai tujuan-tujuan tersebut tetapi tidak sehingga menggangu dan menyusahkan kehidupan orang lain. Masing–masing dengan kebebasannya boleh bertindak menurut apa yang difikirkannya baik kerana setiap individu dan situasi adalah berbeza. -Kebebasan yang diberikan adalah bertujuan untuk disesuaikan dengan keperluan dan kehendak masing-masing. Walau bagaimanapun kebebasan itu bukanlah mutlak sehingga seseorang itu boleh berbuat apa sahaja diatas nama kebebasan.

2

Related Documents


More Documents from "katerina_stathaki"

Arabic-classic-control
March 2021 0
Pdf-push-workout
January 2021 1
What Is A Ubbp
February 2021 0
Machining Calculations
January 2021 1