Etika Dalam Kaunseling

  • Uploaded by: Yaishu
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Etika Dalam Kaunseling as PDF for free.

More details

  • Words: 3,804
  • Pages: 18
Loading documents preview...
1.0 PENGENALAN

Kod etika bertujuan untuk menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada standard perlakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan standard perlakuan kaunselordalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan,individu dan profesion

lain

serta

masyarakat

keseluruhannya.

la juga

merangkumi

etika perlakuan yang standard mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor. Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan kepada harga diri, dan keunikan semua individu termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni.

1

2.0 KONSEP ETIKA Etika merupakan satu batasan yang dikenakan untuk mengehadkan tingkah laku manusia. Pada dasarnya istilah etika berasal daripada istilah Yunani iaitu “ethos” yang bermaksud hukum, adat resam, budi pekerti dan kebiasaan. Mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, etika merupakan satu garis panduan

yang

melaksanakan

digunakan tugasnya

untuk

mengikut

menolong peraturan

seseorang yang

telah

ahli

professional

ditetapkan.

Etika

menyatakan tentang perkara yang terbaik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai. Dalam etika mempunyai tiga ciri utama iaitu, bertindak sebagai peraturan, manual kerja atau prosedur kerja, dan nilai-nilai murni yang perlu dipatuhi. Etika dalam kaunseling adalah merupakan salah satu contoh etika yang ditekankan dalam bidang perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh kaunselor bagi mengukuhkan lagi tahap profesional mereka. Etika dalam kaunseling merangkumi etika kaunseling dan etika kaunselor.

Setiap kaunselor perlu

memahami dan mematuhi etika yang ditetapkan supaya dapat menjaga imej bidang kaunseling. Menurut Othman Mohamed dalam Othman Mohamed, 2005:283-284, menyatakan bahawa kod etika adalah tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Menurut Akinade (2005) etika adalah bersifat normatif dan memberi tumpuan kepada prinsip dan standard yang mengawal hubungan antara individu, seperti kaunselor dan klien. Menurut Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof, (2002), etika merupakan satu panduan yang dapat memastikan tugas kaunselor dapat dijalankan dengan lebih cekap selari dengan matlamat kaunseling yang ingin dicapai. Tujuan utama etika sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah untuk melahirkan kaunselor yang cekap dan kurang melakukan kesilapan. Selain itu, penekanan etika dalam perkhidmatan kaunseling dapat meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan. Pada kesimpulannya, daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika mengkaji tingkah laku manusia sama ada patut atau tidak manusia bertingkah laku.

2

2.1 PRINSIP-PRINSIP ETIKA KAUNSELING Seorang kaunselor perlu menerapkan prinsip etika dalam ke dalam praktisnya. Menurut Othman (2005) dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling, prinsip etika adalah satu tahap penaakulan yang lebih tinggi yang dapat membantu kaunselor membuat penilaian dan keputusan yang lebih baik terhadap isu yang dibawa oleh klien. Beliau juga menggariskan beberapa prinsip etika dalam buku tersebut.

Membuat Kebaikan Persetujuan Termaklum

Autonomi PrinsipPrinsip Etika

NonMaleficence (Keselamatan Klien

Kesetiaan

Keadilan

Rajah 1: Prinsip-prinsip Etika Rajah 1, menunjukkan prinsip-prinsip etika yang telah digariskan oleh Othman (2005) dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling.

a) Prinsip Autonomi Prinsip ini melibatkan usaha seseorang untuk bertindak secara bebas berasaskan nilai dan kata putusnya. Autonomi merujuk kepada syarat yang membenarkan klien untuk bebas membuat pilihan yang diingini atau memberi sebab-sebab tertentu jika seseorang itu dihalang daripada melakukan apa yang dirasakannya baik. Konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan dalam memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya. Ia juga mempunyai kaitan dengan tanggungjawab atas perlakuan diri sendiri. Apabila seorang individu bertindak mengikut autonomi, beliau akan bertanggungjawab pada 3

perlakuannya kerana beliau sudah melaksanakan kebebasan pemilihan dalam membuat keputusan. Selain itu, apabila seseorang individu menuntut hak kebebasan diri, maka dalam masa yang sama dia akan menghormati hak orang lain. Dalam kaunseling, contohnya klien mempunyai hak untuk menerima layanan yang baik semasa sesi kaunseling.

b) Prinsip membuat kebaikan (Beneficence) Prinsip ini berasaskan kepada niat untuk melakukan sesuatu dengan niat yang bersih serta hasrat yang murni agar proses kaunseling membawa kesan serta faedah kepada klien. Prinsip ini difahami sebagai membuat kebaikan dengan menjalankan proses kaunseling secara berkesan dan berfaedah. Dalam kaunseling, prinsip ini selaras dengan niat menjalankan proses kaunseling itu secara berkesan serta berfaedah. Hasil kaunseling diharap akan dapat memberi sumbangan yang bermakna dan boleh membantu klien hidup sebagai seorang ahli yang sempurna dalam masyarakat. Menurut Othman Mohamed (2005), prinsip kerahsiaan maklumat perlu diberi timbangan untuk menghadapi dilema etika. Berdasarkan etika yang digariskan, seseorang kaunselor tidak boleh mendedahkan maklumat sulit tanpa persetujuan daripada klien. Kaunselor juga harus memastikan bahawa setiap rekod maklumat berkaitan klien seperti laporan, rakaman kaset dan video disimpan di tempat yang selamat dan hanya pihak yang mempunyai kuasa tertentu sahaja boleh mendapatkan rekod maklumat tersebut. Dengan adanya prinsip kerahsiaan ini, kaunselor akan dapat menonjolkan diri sebagai individu yang boleh dipercayai, amanah dan bertanggungjawab untuk menjaga hak dan kepentingan privasi klien.

c) Persetujuan termaklum Prinsip ini merujuk kepada informed consent dimana klien berhak mengetahui dan diberi penjelasan tentang tujuan dan proses kaunseling. Menurut Fisher (2003), persetujuan termaklum adalah merupakan perjanjian utama bagi melindungi hak-hak privasi klien yang dilakukan pada awal sebelum perkhidmatan kaunseling dijalankan. Ia juga membawa maksud tidak memudaratkan klien atau orang lain dan tidak melakukan kerosakan sepanjang proses kaunseling berlangsung. Prinsip etika ini menekankan kepada keperluan seseorang kaunselor 4

untuk memberikan penerangan yang secukupnya kepada klien tentang perkaraperkara berkaitan matlamat kaunseling, teknik dan prosedur dalam perkhidmatan kaunseling, kerahsiaan, limitasi dan risiko tertentu serta hal-hal penting lain yang melibatkan kaunselor dan juga klien. Klien juga berhak mengetahui daripada kaunselor tentang kesan atau akibat yang akan dapat kepada dirinya atau orang yang rapat dengannya berkaitan dengan proses kaunseling tersebut. Menurut Othman Mohamed(2005) dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling, seorang kaunselor perlu prihatin dalam mengatur sesebuah proses kaunseling agar tidak mendatangkan sebarang bahaya dan risiko kepada dirinya, klien dan masyarakat.

d) Prinsip keselamatan klien Prinsip ini menekankan kepada kepentingan menjaga keselamatan klien. Keselamatan klien tersebut termasuklah memberi perlindungan kepada klien dari segi fizikal, emosi dan juga trauma psikologikal. Selain itu, etika ini juga menggariskan bahawa klien tidak boleh diperalatkan untuk kepentingan diri kaunselor bagi tujuan kewangan, emosi, seksual dan sebagainya. Seseorang kaunselor tidak boleh menyalahgunakan hasil penilaian dan intrepretasi dalam kaunseling dan mereka juga bertanggungjawab untuk menghalang orang lain daripada menggunakan maklumat tersebut.

e) Prinsip keadilan. Satu lagi prinsip utama dalam etika profesional perkhidmatan kaunseling ialah keadilan. Prinsip ini menerima bahawa semua insan adalah sama. Prinsip Keadilan ini merangkumi konsep kesaksamaan atau keseimbangan dalam semua perkara sebagai contoh dalam pemikiran, percakapan, perasaan serta perlakuan. Menurut agama Islam, konsep keadilan adalah boleh dikatakan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya, iaitu tempat yang sesuai dan sepatutnya di mana ia melibatkan kesaksamaan atau keseimbangan yang sepatutnya. Mengikut prinsip etika ini, kaunselor tidak boleh mengamalkan atau melakukan diskriminasi terhadap perbezaan manusia dari segi aspek-aspek seperti budaya, umur, gender, bangsa, etnik, agama, kepercayaan, ketidakupayaan fizikal dan mental, orientasi seksual, bahasa yang digunakan, status perkahwinan, status 5

sosioekonomi dan apa-apa sahaja yang membezakan di antara klien dengan kaunselor. Kaunselor seharusnya perlu mengambil kira isu-isu sensitif yang dimiliki oleh klien. Menurut Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof, (2002), kaunselor haruslah mempunyai kemampuan mengubah perasaan negatif mereka terhadap sesetengah klien suapaya klien merasa diri mereka dihormati. Prinsip etika keadilan dalam perkhidmatan kaunseling sangat penting, ia juga menjadi garis panduan kepada kaunselor agar tidak bersikap prejudis kepada klien dan melayan klien secara sama rata tanpa mengimbilkira perbezaan yang ada pada manusia.

f) Prinsip kesetiaan Prinsip ini merujuk kepada ketaatan dalam perhubungan antara insan. Kesetiaan bermaksud adanya janji untuk melengkapkan sesuatu tindakan antara dua pihak. Prinsip ini berkait rapat dengan kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan. Kepercayaan adalah perkara yang asas dalam prinsip etika kerahsiaan. Ia juga merupakan satu elemen yang penting dalam kaunseling. Klien percaya bahawa kaunselor

akan

memelihara

kepercayaannya

dengan

menjaga

kerahsiaan

maklumat yang telah dikongsi dengannya. Dengan kepercayaan tersebut, klien dapat berkongsi masalahnya dengan kaunselor tanpa ada sebarang gangguan. Oleh itu, kerahsiaan adalah asas kepada prinsip kesetiaan.

2.2 TANGGUNGJAWAB PROFESIONAL GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING. 6

2.3.1 : KOD TATALAKU Kaunselor hendaklah sentiasa menjaga tatalakunya untuk memelihara standard dan identiti sebagai seorang kaunselor yang berprofesional. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya. Seorang kaunselor yang berprofesional, perlu menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling. Kaunselor mempunyai banyak tanggungujawab sebagai seorang kaunselor yang berprofesional.

Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien

Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional

Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat

Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan

RAJAH 2: TANGGUNGJAWAB PROFESIONAL

A) TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP KLIEN Kaunselor mempunyai beberapa tanggungjawab terhadap klien. Antaranya adalah, kaunselor perlu mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien kelompok. Selain itu, kaunselor perlu menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa sesi kaunseling dijalankan melainkan

maklumat

yang

akan

membahayakan

klien

atau

orang

di

persekitarannya. Kaunselor perlu memahami dan menghormati latar belakang klien. Semasa sesi

kaunseling

dijalankan,

kaunselor

perlu

berusaha

untuk

memelihara

kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk 7

kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya. Seterusnya, kaunselor perlu membimbing klien ke arah pembentukan sikap

bertanggungjawab

terhadap

tingkah

lakunya.

Kaunselor

juga

perlu

menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien. Selain itu, kaunselor perlu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya. Kaunselor

tidak

boleh

mengamalkan,

mempersetujui

atau

menggalakkan

diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fizikal dan mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekali pun. Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling. Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan. Persetujuan antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama. Dalam hal ini dapat tahu bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat. Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang membuat penilaian. Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada kaunselor lain. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama. Sekiranya

mengikut

pertimbangan

kaunselor,

klien

memerlukan

perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya, kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan. Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi kaunseling. Klien tidak seterusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam audio atau video.

B) TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP KLIEN

8

Kaunselor hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya. Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya. Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika. Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

C) TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP MASYARAKAT Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur-unsur sosiobudaya masyarakat di mana beliau berkhidmat. Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasannya berlandaskan undangundang tersebut. D) TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat. Kaunselor hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya. Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi amalan pekerjaan. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya. Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya. Selain itu, kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntabiliti. Kaunselor hendaklah memberitahu kepada pihak majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya. Kaunselor juga perlu membenarkan dirinya dinilai secara profesional dari masa ke masa. Kaunselor sentiasa bersama-sama dengan bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk dirinya dan stafnya.

9

3.0 MEMBUAT JUSTIFIKASI TERHADAP JURNAL MERUJUK KEPADA KOD ETIKA

KAUNSELOR

DAN

ISU-ISU

ETIKA

DALAM

PERKHIDMATAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING. 3.1 : DEFINISI ORANG KURANG UPAYA Orang Kurang Upaya adalah seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada diri dari fizikal atau mental dan sama ada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu. Menurut

WHO(World

Health

Organisation),

orang

kurang

upaya

didefinisikan sebagai Kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat adalah mereka yang pada sesuatu masa, terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari dan vokasional.

O ra n g K u ra n g U paya

melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, rekreasi , pelajaran

Orang kurang berupaya terbahagi kepada tiga kategori.

Kecacatan Fizikal Kecacatan Mental Kecacatan Sensori

Gambar 1: Kategori-Kategori Orang Kurang Berupaya a) Kecacatan Fizikal Kecacatan fizikal adalah seseorang yang disebabkan oleh keadaan fizikal terhalang dari mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sosial ,rekreasi dan vokasional. Contohnya: autism. b) Kecacatan Mental Kecacatan mental adalah keadaan perkembangan otak yang terbantut terutamanya dari segi kepintaran hingga memerlukan rawatan penjagaan atau latihan khas. Contohnya: Down Sindrom. c) Kecacatan Sensori 10

Kecacatan sensori melibatkan kecacatan deria pada pada manusia seperti deria pada manusia seperti deria pendengaran dan penglihatan. Contohnya pekak dan buta.

11

3.2 JUSTIFIKASI TERHADAP JURNAL MERUJUK KEPADA KOD ETIKA KAUNSELOR DAN ISU-ISU ETIKA DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING. Dengan mengkaji jurnal ‘Persepsi, penerimaan serta kebolehpercayaan orang kurang upaya terhahap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling di Malaysia’ yang ditulis oleh Zuhda Husaian & Nor Shafrin Ahmad saya dapat mengetahui bahawa terdapat banyak pandangan dalam kalangan orang kurang upaya terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan kaunselor dan setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Kajian tersebut adalah bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan, persepsi serta kebolehkepercayaan klien Orang Kurang Upaya terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling dalam usaha untuk membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Dengan kajian ini saya dapat tahu bahawa golongan kurang upaya mempunyai kekangan dan masalah dari segi penerimaan dan kebolehpercayaan terhadap kaunselor dan juga perkhidmatan kaunseling. Dengan dapatan kajian tersebut, ramai dalam kalangan OKU memberikan persepsi yang berbeza terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling yang diikuti. Malah, terdapat kekangan daripada segi penerimaan dan kebolehpercayaan OKU terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling yang diberikan kepada mereka. Berikut merupakan analisis yang diperolehi dari temubual yang dijalankan.

a) Perasaan menghadiri sesi kaunseling Semasa sesi temubual dijalankan, majoriti daripada responden menyatakan bahawa mereka tidak suka apabila dipanggil untuk mengikuti sesi kaunseling. Apabila pengkaji bertanya sebabnya, mereka menyatakan bahawa mereka menganggap kaunseling hanya diberikan kepada individu yang bermasalah tingkah laku dan mempunyai masalah perhubungan. Oleh sebab itu, mereka menolak untuk menyertai sesi kaunseling. Apabila bertanya tentang perasaan mereka, ada dalam kalangan mereka yang menyatakan perasaan teruja untuk bersama-sama ahli kelompok lain kerana tidak pernah menghadiri mana-mana sesi sebelum ini. Ada juga responden yang menyatakan bahawa tiada ada apa-apa perasaan selepas menyertai sesi kaunseling dan ia adalah biasa sahaja. Menurut pendapat Sapora dan Wan Anor (2000), kaunselor perlu menangani klien yang tidak rela dan resisten melalui pelbagai cara seperti memberi keyakinan dan kepercayaan kepada klien

12

bahawa kaunselor rela membantu dan mendengar apa-apa yang dinyatakan oleh klien.

b) Pengetahuan mengenai kaunseling Dengan kajian ini, terdapat dua jawapan untuk soalan tentang pengetahuan mengenai kaunseling iaitu ‘Ya’, atau ‘Tidak’. Terdapat responden yang menyatakan bahawa mereka hanya mengetahui tentang kaunseling, semasa belajar di sekolah tetapi mereka tidak pernah menghadirinya. Situasi ini mungkin berlaku, kerana mereka kurang mempunyai pendedahan dan pengetahuan mengenai fungsi dan peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam membantu mereka menangani masalahnya. Ada juga responden yang menyatakan bahawa, di pusat institusi terdapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tetapi mereka tidak tahu mengenai

fungsinya.

Keadaan

ini

menggambarkan

bahawa,

perkhidmatan

kaunseling di institusi tidak diberikan kepada OKU. Selain itu, ada juga responden yang memberi persepsi bahawa perkhidmatan kaunseling yang diberikan merupakan satu hukuman kepada seseorang yang berlakuan tidak baik, bermasalah dalam perhubungan dan terlibat dengan pelbagai gejala sosial. Mereka juga memaklumkan bahawa mereka tidak pernah mengambil insiatif untuk mengambil tahu mengenai perkhidmatan kaunseling dan juga fungsinya kepada golongan kurang upaya. Keadaan ini berlaku, kerana mereka tidak berminat untuk mengetahui apa yang berlaku di sekeliling kerana berasa selesa dengan apa yang dimiliki sekarang. Selain itu, situasi ini juga mungkin berlaku, kerana kaunselor tidak memainkan peranannya sebagai kaunselor dengan betul. Tambahan pula, kaunselor juga mungkin kurang berpeka terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada OKU dari segi psikososial mereka. Peranan seorang kaunselor amat penting dalam pendedahan mengenai keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada OKU. Selain itu, kaunseling juga perlu berpeka terhadap kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada OKU. Kaunselor juga tidak boleh menganggap bahawa perkhidmatan kaunseling hanya diberikan kepada OKU apabila mereka mempunyai masalah disiplin atau masalah pembelajaran. Seterusnya, kaunselor perlu menerima klien OKU dengan hati yang terbuka, empati dan kaunselor juga perlu memberi kepercayaan kepada klien supaya mereka menganggap bahawa perkhidmatan kaunseling dapat menyelesaikan masalah mereka dalam kehidupan.

13

c) Pandangan mengenai kaunselor Dalam bahagian ini, pengkaji mengemukakan soalan kepada responden mengenai pandangan terhadap kaunselor. Dengan kajian ini, saya dapat tahu bahawa, responden tidak mempunyai pandangan yang positif mengenai kaunselor. Ramai responden menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui kaunselor dalam sesi kaunseling. Selain itu, responden juga memberi pendapat bahawa kaunselor hanya mencungkil masalah mereka dan ingin mendapatkan maklumat mengenai perkara-perkara yang buruk mengenai mereka. Hal ini menyebabkan responden tidak berasa selesa dan tidak berminat untuk mengikuti sesi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Mereka juga enggan membincangkan tentang masalahnya kepada klien. Situasi ini akan menjadi rumit apabila klien tersebut tidak rela untuk mengikuti sesi kaunseling. Selain itu, ada juga responden yang menganggap bahawa sesi kaunseling tersebut tidak akan memberi apa-apa fungsi kepada mereka dan mereka juga menganggap bahawa kaunselor tidak boleh membantu mereka dalam menyelesaikan masalahnya. Daripada pendapat pendapat responden-responden tersebut, pengkaji dapat tahu bahawa, tiada komunikasi terbuka berlaku antara responden dan kaunselor dalam sesi kaunseling. Selain itu, kaunselor juga gagal menunjukkan sikap-sikap positif kepada klien semasa mengendalikan sesi kaunseling. Menurut Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman (2002), terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk membantu klien dalam penerimaan kaunselor. Antaranya ialah, kaunselor perlu jujur dan berterus terang apabila menjalankan sesi kaunseling. Selain itu, kaunselor juga perlu menerangkan tentang peranan kaunselor dan peranan klien dalam satu sesi kaunseling supaya klien dapat mengetahui tentang peranannya dan ia dapat membantu sesi tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Melalui, komunikasi yang baik dan berkesan klien dapat memberikan persepsi yang baik terhadap kaunselor.

d) Persepsi, penerimaan dan kebolehpercayaan terhadap kaunselor. Pandangan

kali pertama penting

dalam

menentukan keberkesanan

hubungan yang bakal terjalin di antara kaunselor dan klien. Daripada dapatan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa ramai responden tidak mempunyai pandangan yang positif terhadap klien. Responden tidak mempunyai kepercayaan bahawa kaunselor dapat membantu mereka dalam menyelesaikan masalahnya. Kajian ini juga 14

menunjukkan bahawa responden menganggap kaunselor hanya mencungkil keburukan klien dan menceritakan masalah mereka kepada orang lain. Hal ini menunjukkan bahawa responden tidak mempercayai kerahsiaan yang ditekankan dalam sesi kaunseling. Responden juga tidak yakin bahawa kaunselor akan menyimpan rahsiah yang dikongsi dalam sesi kaunseling sebaliknya, kaunselor akan menceritakan rahsiahnya kepada orang lain. Pendapat ini, bertentangan dengan etika kaunseling. Keadaan ini boleh menyebabkan klien tidak rela dan tidak senang untuk berkongsi masalah kepada kaunselor. Dalam hal ini, isu kerahsiaan amat ditekankan. Kaunselor tidak boleh berkongsi maklumat rahsiah tanpa persetujuan klien atau tanpa justifikasi etika atau undang-undang yang mantap. Sekiranya kaunselor berpegang kepada prinsip dan etika kerahsiaan yang telah ditetapkan oleh Akta Kaunselor(1998), klien tidak berasa terancam ketika mengikuti sesi kaunseling. Mengikut kod etika, kaunselor perlulah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling. Hal ini menyebabkan, klien dapat menceritakan masalahnya kepada kaunselor dengan bebas dan tanpa takut. Selain itu, hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa, dalam kalangan OKU menganggap bahawa kaunselor hanya memberikan ceramah seperti ceramah agama, ataupun ceramah motivasi. Hal ini menyebabkan klien enggan mengikuti sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu peka terhadap isu keagamaan. Kaunselor tidak boleh menceritakan tentang agama semasa sesi kaunseling. Seterusnya, klien tidak boleh menerima kaunselor apabila dia merupakan klien

dirujuk.

Responden

menganggap

kaunselor

kurang

mesra.

Untuk

mengelakkan perasaan ini wujud dalam kalangan klien, kaunselor perlu mengenal pasti tahap pengetahuan serta keupayaan diri sendiri ketika menjalankan sesi bersama golongan ini. Kebolehpercayaan juga ditekankan dalam kajian ini. Empat orang responden memberi pendapat bahawa mereka tidak percaya bahawa kaunselor dapat membantu mereka kerana kaunselor kelihatan muda. Mereka berfikir bahawa bolehkah kaunselor muda ini dapat memahami masalah mereka. Selain itu, ada juga responden tidak mempercayai kaunselor kerana perwatakannya sangat lembut. Oleh sebab itu, kaunselor perlu berpeka terhadap orang lain, memiliki kemampuan menganalisa kekuatan dan kelemahan seseorang secar objektif. Pada keseluruhannya,

kematangan seorang

kaunseling denga berkesan. 15

kaunselor

akan menjayakan

proses

e) Kepercayaan terhadap ahli kelompok. Dalam kajian ini, semua responden menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai kepercayaan terhadap ahli kelompoknya. Mereka menganggap bahawa ahli kelompok lain akan menyebarkan masalahnya kepada orang lain. Oleh itu, mereka rasa kurang selesa untuk berkongsi masalahnya. Dalam hal ini, kaunselor boleh menjalankan sesi kaunselong individu supaya mereka rasa lebih selesa untuk mengikuti sesi kaunseling.

f) Persepsi, penerimaan dan kebolehpercayaan terhadap perkhidmatan kaunseling. 1) Persepsi Ramai responden menganggap bahawa kaunseling hanya untuk individu yang bermasalah disiplin, bergaduh, merokok dan masalah tingkah laku. Pada pendapat responden, apabila seorang individu dipanggil untuk sesi kaunseling, individu tersebut mesti mempunyai masalah tingkah laku. Hal ini menyebabkan responden tidak berminat untuk menghadiri sesi kaunseling. Selain itu, ada juga responden yang menganggap bahawa kaunseling merupakan satu ceramah keagamaan. Dalam menangani masalah ini, kaunselor perlu memberi pendedahan kepada responden mengenai kaunseling.

2) Kebolehpercayaan Menurut responden, nilai kebolehpercayaan sangat sukar untuk dizahirkan pada awal sesi. Tetapi mereka mula percaya apabila memasuki sesi pertengahan. Kaunselor perlu berusaha untuk menghubungi dan menyelami secara dalam kehidupan klien yang sebenar. Selain itu, kaunselor juga perlu mengambil berat tentang klien dan tidak boleh berat sebelah dalam mehami klien.

16

3) Pengalaman selepas mengikuti sesi kaunseling Selepas mengikuti sesi kaunseling, responden mempunyai tanggapan yang positif terhadap perkhidmatan kaunseling. Mereka menganggap kaunseling dapat membantu mereka menyelesaikan masalah dan mengurangkan kebebanan. Selain itu, dalam perkongsian masalah dengan kaunselor, responden dapat mencari penyelesaian masalah untuk membantu ahli kelompok yang lain. Selain itu, mereka juga menggubah pandangan mereka, iaitu kaunseling adalah penyebaran agama. Akhirnya, responden juga dapat mempercayai bahawa kaunselor merupakan penggerak

kelompok

berkenaan

dan

beliau

dapat

membantu

mereka

menggurangkan kebebanannya.

3) Perasaan selepas mengikuti sesi kaunseling Pada akhir sesi kaunseling, semua responden berasa lega dan tenang. Mereka tidak lagi mempunyai persepsi yang negative terhadap perkhidmatan kaunseling dan kaunselor. Mereka menganggap bahawa sesi kaunseling dapat mengurangkan kebebanan mereka dalam masalahnya. Responden juga mula mempercayai ahli kelompok yang lain. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa responden dapat menerima perkhidmatan kaunseling dan kaunselor selepas mereka memahami fungsi dan peranan kaunselor dan kaunseling. Oleh sebab itu, kaunselor

perlu

menerangkan

peranan

memulakan sesi.

17

kaunseling

kepada

klien

sebelum

4.0 RUMUSAN Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa Kod Etika adalah medium yang amat penting bagi setiap kaunselor bagi menjalankan tanggungjawabnya dengan efektif. Kod etika telah menjadi garis panduan kepada kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada standard perlakuan kaunselor. Etika dalam kaunseling adalah merupakan salah satu contoh etika yang ditekankan dalam bidang perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh kaunselor bagi mengukuhkan lagi tahap profesional mereka. Etika dalam kaunseling merangkumi etika kaunseling dan etika kaunselor.

Setiap kaunselor perlu

memahami dan mematuhi etika yang ditetapkan supaya dapat menjaga imej bidang kaunseling

18

Related Documents


More Documents from "Gerry Cuenca"

Etika Dalam Kaunseling
February 2021 1