Falsafah Pendidikan Kebangsaan

  • Uploaded by: Riduan Ewan
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Falsafah Pendidikan Kebangsaan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,975
  • Pages: 15
Loading documents preview...
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1.0)

Konsep Falsafah Pendidikan Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Tujuan falsafah ialah untuk mencari serta membuktikan kebenaran serta memberi hala tuju atau pedoman untuk perkara-perkara penting dalam kehidupan. Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu Philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia bermaksud kebijaksaan. Secara kesimpulannya, falsafah pendidikan ialah pedoman, hala tuju

atau

pandangan

terhadap

perkara-perkara

yang

berkaitan

pendididkan. 1.1)

Latar Belakang Falsafah Pendidikan Kebangsaan Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, amat penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan yang tersendiri. Menyedari hakikat tersebut, idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

tercetus

pada

tahun

1979

setelah

penerbitan

Laporan

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran di Malaysia. Jawatankuasa ini telah ditubuhkan pada tahun 1974 (Yew Chee Wai, 2001) dan dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Menteri Pelajaran ketika itu. FPK pada mulanya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tetapi ditukar namanya kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seterusnya telah digubal pada tahun 1988. FPK menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip-prinsip berkaitan bidang pendidikan di 1

negara kita serta turut menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai entiti keseluruhan yang tekal,jelas dan logik.

2.0)

Konsep dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Umum mengetahui bahawa Falsafah Pendidikan Negara yang dirumuskan pada tahun 1988 berbunyi: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan

terhadap

keharmonian

dan

kemakmuran,

masyarakat dan negara. ” Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif. Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputifalsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Malaysia. Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

mempunyai

matlamatnya

tersendiri. Matlamat utama FPK ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna

supaya

menjadi

warganegara

yang

berguna.

Falsafah

pendidikan juga perperanan untuk melahirkan warga negara yang

2

berlandaskan dengan rukun negara dan menekankan kepercayaan kepada Tuhan. Saranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah untuk membentuk manusia yang berpengetahuan dan berakhlak tinggi dan mulia. Sikap bertanggungjawap harus ada pada setiap manusia bagi menentukan kemajuan individu itu sendiri, bangsa dan negara. Oleh itu, FPK turut memainkan peranan dalam menbentuk warganegara yang bertanggungjawab

kepada

diri,

masyarakat,

agama

dan

negara.

Warganegara yang dibentuk berpandukan FPK mestilah seimbang dari semua aspek. Seorang itu harus memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu. Selain.itu, matlamat FPK ialah untuk mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum. Kesimpulannya, matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan generasi yang mempunyai ilmu pengetahuan, potensi, jati diri dan budaya yang baik untuk pembangunan insan yang sempurna. 3.0)

Faktor-faktor Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Terdapat beberapa faktor bagi pembentukan FPK. Antaranya ialah agama. Islam merupakan agama rasmi di Malaysia tetapi masyarakat diberi kebebasan untuk menganut agama-agama lain seperti agama Buddha, Hindu dan sebagainya mengikut undang-undang negara. Faktor sosial turut mempengaruhi pembentukan FPK. Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis kaum yang harmonis dan aman. Sikap kerjasama, toleransi dan hormat-menghormati diberi kepentingan bagi mengekalkan kemakmuran negara. Politik turut menjadi faktor pembentukan FPK. FPK berlandaskan Laporan

Pendidikan,

Rancangan 3

Malaysia

dan

Rukun

Negara.

Sehubungan

ini,

pertimbangan

matlamat pencapaian

asas

dalam

perpaduan

penggubalan

kaum menjadi

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan. Matlamat ini dapat diperlihatkan sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas. Ekonomi

turut

mempengaruhi

pembentukan

FPK.

Pelbagai

kemahiran yang dapat membantu kemajuan ekonomi negara turut diberikan

kepada

pelajar

ketika

di

bangku

Memperkembangkan ekonomi negara turut menjadi

sekolah

lagi.

sasaran dan

matlamat pendidikan negara. Di samping itu, setiap individu diberi perhatian ketika penggubalan FPK. Sekolah harus mengambil berat dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Faktor yang terakhir ialah faktor sejagat. Penggubalan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan

pula

tidak

terpisah

daripada

pengaruh

perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, ideaidea yang dihasilkan daripada seminar pendidikanantarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.0)

Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Antara elemen dalam FPK ialah pendidikan satu usaha yang berterusan. Pendidikan merupakan proses pemerolehan dan pemindahan ilmu yang berlangsung secara berterusan dari kecil hingga ke akhir hayat.

4

Proses

pendidikan

yang

berterusan

mampu

membantu

individu

menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. Seterusnya ialah perkembangan potensi individu. Setiap individu mempunyai bakat dan potensi tersendiri yang harus dikembangkan melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekitar. Tambahan lagi, perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan potensi dan bakat tidak boleh dilaksanakan secara berasingan dan dilakukan secara seiring dengan empat aspek iaitu intelek, rohasi, emosi dan jasmani serta sosial. Untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis juga antara elemen dalam FPK. Sifat-sifat seperti intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial yang baik mampu melahirkan individu yang seimbang dan mampu menghadapi segala cabaran. Selain itu juga FPK diharapkan dapat melahirkan individu yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Ini bermaksud masyarakat yang memiliki daya tahan yang kuat dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang halangan dan cabaran. Elemen dalam FPK ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara dan masyarakat dengan berusaha meningkatkan dan menjaga kestabilan ekonomi, maruah dan kemerdekaan negara. Kesimpulannya, elemen-elemen yang terkandung dalam FPK adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang lengkap dari pelbagai sudut sama ada

ilmu pengetahuan, sahsiah, pegangan agama,

5

personaliti, kesihatan dan juga penampilan yang baik dan mampu menjadi ikutan masyarakat lain.

5.0)

Peranan

Sekolah

dalam

Merealisasikan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan (FPK). Berdasarkan pemerhatian saya semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Gang, saya dapati sekolah ini telah mencapai hasrat FPK berdasarkan aspekaspek seperti: Aspek Kepimpinan Kepimpinan merupakan aspek yang penting di sekolah. Mengikut carta organisasi sekolah, guru besar memainkan peranan untuk memajukan sekolah. Guru harus mengetahui cara mengendalikan pengurusan sekolah dengan cekap, kreatif dan inovatif. Selain itu, semua anggota sekolah mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain. Hubungan yang erat antara pentadbir dengan pentadbir, pentadbir dengan staf sokongan, guru-guru serta para pelajar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sekolah tersebut mempunyai hubungan sosial dan interaksi yang baik. Pihak sekolah juga harus memberi perhatian kepada aspek-aspek seperti budaya sekolah, aktiviti kokurikulum dan disiplin murid agar hasrat FPK tercapai. Tambahan lagi, sifat kepimpinan yang dilatih di sekolah sejak kecil mampu menjadikan murid menjadi seorang pemimpin yang yang disenangi di samping mampu memimpin diri sendiri agar menjadi rakyat yang boleh memberi sumbangan kepada negara.

6

Aspek Budaya Sekolah Budaya sekolah atau lebih dikenali sebagai iklim sekolah memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat FPK. Iklim sesebuah sekolah membina sosialisasi dalam kalangan murid di mana mereka bebas berinteraksi dalam kalangan mereka, dengan guru, staf sokongan serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Iklim sekolah yang kondusif juga amat penting bagi guru-guru dan pelajar untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Budaya sekolah yang menekankan sistem demokrasi juga mampu mencapai hasrat FPK. Murid yang dedikasi, berinisiatif, sopan dan kreativiti serta tinggi motivasinya dapat dibentuk sekiranya sekolah mempunyai iklim yang demokratik. Budaya sekolah dapat dibahagikan kepada empat aspek iaitu aspek fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal menekankan kebersihan kemudahan-kemudahan sekolah seperti bilik darjah, kantin, tandas dan kawasan sekolah. Selain itu, keselamatan turut diberi perhatian. Keselamatan anggota-anggota sekolah dilindungi dengan peraturan sekolah, alatan dan kemudahan, keselamatan

yang

lengkap

termasuk

mengadakan

perkhidmatan

keselamatan seperti pertolongan cemas dan kawalan keselamatan lalu lintas. Selain itu juga, kemudahan-kemudahan sekolah juga didapati cukup dan lengkap seperti penggunaan ICT, bahan rujukan di pusat sumber, kerusi dan meja murid dan lain-lain. Keselesaan juga dititikberatkan oleh pihak sekolah. Daripada pemerhatian, keselasaan pelajar seperti ruang untuk bergerak mencukupi, peredaran udara segar dan menyenangkan di dalam mahupun di luar kelas serta persekitaran dan suasana yang tenang dan kondusif untuk 7

pengajaran dan pembelajaran disediakan dengan baik. Tambahan lagi, keindahan sekolah dengan tumbuh-tumbuhan, bunga, pokok serta perhiasan-perhiasan yang merangsangkan suasana keselesaan juga terdapat di sekolah tersebut. Pondok-pondok disediakan untuk murid berehat dan mengulang kaji pelajaran. Dari aspek sosial pula merangkumi perkara-perkara seperti hormatmenghormati di antara anggota-anggota sekolah serta mematuhi peraturan-peraturan sekolah, rasa tanggungjawab terhadap diri, anggota sekolah lain serta sekolahnya dan saling bekerjasama di antara anggotaanggota sekolah, bersedia untuk bantu-membantu dan rela menjalankan tugas masing-masing tanpa rungutan. Aspek perkembangan intelek juga diberi penekanan di sekolah tersebut. Murid ditanam dengan semangat mahu belajar. Ini dibuktikan dengan pelaksanaan program-program akademik dan insentif dan hadiah kepada murid yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Selain itu, murid digalakkan menggunakan perpustakaan untuk mendapatkan sumber atau ilmu dan program NILAM diharapkan dapat memupuk aktiviti membaca dalam kalangan murid. Manakala dari aspek penggunaan bahasa, murid di sekolah tersebut digalakkan menggunakan bahasa yang betul di dalam atau di luar kelas. Jadi, pihak sekolah telah mengadakan pelbagai pertandingan seperti perbahasan, pidato, syarahan dan bercerita. Penggunaan bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris juga amat digalakkan. Peranan Guru Sewajarnya,

guru

memainkan

peranan

penting

dalam

merealisasikan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi 8

membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di serantau. Sehubungan dengan itu, usaha guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah ditumpukan kepada penekanan-penekanan berikut seperti pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya memperkembangkan potensi murid dari aspek intelek, jasmani, emosi, dan rohani secara keseluruhan dan bersepadu. Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti yang diadakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Murid digalakkan menggunakan bahan dan kreativiti serta idea masing-masing secara individu mahupun berkumpulan. Selain itu juga, guru juga bertanggungjawab dalam pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang baik dan selamat. Contohnya, pembelajaran yang mengaplikasikan ICT dapat digunakan secara berkesan oleh pelajar dengan bantuan guru. Aspek Kokurikulum Kokurikulum

turut

memainkan

peranan

penting

dalam

merealisasikan hasrat FPK. Gerak kerja kokurikulum yang dijalankan di luar kelas dilaksanakan sebagai kesinambungan dengan aktiviti kurikulum yang dijalankan di dalam kelas. Aktiviti kokurikulum ini dilihat dapat memupuk sahsiah dan peribadi secara jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial para pelajar. Tambahan lagi, aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah tersebut telah menjadi platform bagi murid mengcungkil dan mengasah potensi dan bakat mereka. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah tersebut. Antaranya ialah pasukan unit beruniform, persatuan atau kelab dan juga sukan. Penglibatan semua pelajar adalah wajib dan dipantau oleh semua pelajar sesuai dengan moto pihak sekolah “1 Murid 1 Guru”. 9

Ini menunjukkan guru dan pihak pentadbir terlibat secara langsung memastikan hasrat FPK ini dicapai di sekolah di samping dapat melahirkan modal insan yang dapat memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan juga diri sendiri. Aspek Disiplin Disiplin seseorang murid hendaklah dibentuk sejak kecil lagi. Iklim sekolah yang kondusif boleh melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani, jasmani dan sosial sejajar dengan FPK. Guru besar dan juga guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukan disiplin pelajar. Menurut kaunselor sekolah tersebut, masalah disiplin yang dicatatkan di sekolah itu dalam peratusan yang kecil dan semakin berkurangan. Murid yang mengalami masalah disiplin biasanya terdiri daripada keluarga yang bermasalah. Di sekolah terbabit, bermula tahun 2010 guru besar telah membahagikan laluan kepada dua menggunakan garisan kuning. Garisan kuning tersebut adalah untuk memastikan para murid dan juga semua anggota sekolah berjalan mengikut arah yan bertentangan dan mengelakkan berlaku pertembungan. Setelah hampir setahun, murid-murid di sekolah tersebut telah sebati dengan perubahan yang berlaku. Aspek Pendidikan Pendidikan ialah satu proses pembelajaran yang berterusan. Pendidikan amat diberi perhatian dalam era globalisasi ini agar murid mampu bersaing dengan negara maju secara sihat. Peranan semua anggota sekolah amat penting. Sepanjang laluan terdapat mural-mural, kata-kata hikmah dan juga sudut informasi untuk semua subjek serta pondok-pondok yang menyediakan bahan bacaan dan juga sudut yang dikenali sebagai “ Singgahan Bestari”. Secara tidak langsung, pendidikan mampu diserapkan kepada pelajar tidak kira tempat dan masa serta 10

menggalakkan minat membaca dan mengelakkan pembaziran masa pelajar.

6.0)

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam Sistem Pendidikan Negara Kita.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan akar tunjang kepada sistem pendidikan di negara kita. Segala perancangan dan pelaksanaan berkaitan pendidikan terkandung dalam FPK. Oleh itu, FPK membawa implikasi-implikasi dan perkembangan yang positif kepada sistem pendidikan kita. Impilikasi yang pertama ialah terhadap kurikulum sekolah. Hal ini kerana, segala sukatan pelajaran berorientasikan FPK membawa kepada pembinaan individu yang seimbang dan harmonis. Perubahan sukatan pelajaran juga berubah kepada yang berorientasikan kepada program bersepadu dan menyeluruh. Hal ini dapat membuka minda murid-murid seterusnya

memberi

berpandangan

jauh.

idea-idea

dan

Perubahan

dan

dapat

bahan-bahan

melatih pelajaran

mereka yang

mengutamakan nilai-nilai murni juga telah diserapkan dalam semua mata pelajaran. Hal ini amat penting agar mereka mampu mengukuhkan nilainilai yang baik dalam diri di samping dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari di dalam kelas Pendidikan Islam dan Moral. Tambahan lagi, peratusan pencapaian murid di sekolah dalam peperiksaan semakin meningkat. Selain itu, FPK menyarankan pendidik menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu juga, perubahan profesional 11

dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia. Ini dapat dibuktikan dengan pemansuhan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang berpusatkan kepada guru dan ditukar Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang berpusatkan kepada murid. Guru-guru tidak hanya menggunakan buku teks sebagai bahan pengajaran malah mereka boleh menggunakan sumber lain seperti mengadakan aktiviti di luar kelas serta membuat permainan yang mampu menggerakkan pelajar agar tidak bosan semasa belajar. Pelaksanaan FPK turut memberi impak kepada institusi pendidikan. Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilainilai murni dalam jiwa pelajar dan mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang. Malahan, perubahan iklim sekolah yang kondusif mampu melahirkan

pelajar-pelajar

yang

mencintai

ilmu

dan

seterusnya

membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka. Hai ini secara tidak langsung akan menaikkan lagi nama sekolah dan institusi pendidikan di negara kita. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa FPK menggariskan normanorma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang dihasratkan negara Malaysia.

RUMUSAN/ CADANGAN

Kesimpulannya, sekolah merupakan medium utama untuk mencapai segala visi dan misi serta matlamat yang disarankan melalui Falsafah Pendidikan 12

Negara (FPK). Fpk dijadikan satu rujukan dan pedoman utama kepada semua institusi pendidikan, warga pendidik dan juga semua yang terlibat dalam bidang pendidikan. Segala panduan dan pelaksanaan yang termaktub dalam FPK akan membantu memajukan lagi sistem pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan diimplikasikan di sekolah mengikut pelbagai aspek iaitu kepimpinan, kokurikulum, budaya atau iklim sekolah, pendidik dan disiplin. Kesemua ini akan menentukan pembinaan generasi masa hadapan yang memenuhi hasrat FPK. Murid-murid yang diterapkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mampu menjadi modal insan yang akan membawa perkembangan dan kemajuan kepada negara serta mengharungi pelbagai cabaran dan halangan dalam kehidupan. Oleh itu, pihak sekolah dan juga kerajaan harus berganding bahu dan terus berusaha untuk menyediakan segala keperluan dan kelengkapan yang diperlukan oleh murid dan juga pendidik untuk mencapai hasrat-hasrat FPK. Guru yang juga berperanan sebagai fasilitator wajib memastikan pembinaan murid-murid seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial . murid-murid yang seimbang dalam semua aspek secara tidak langsung boleh menjadi seorang warganegara Malaysia yang berguna. Selain itu juga, pihak sekolah haruslah peka kepada persekitaran sekolah. Persekitaran sekolah haruslah ditingkatkan lagi dari aspek kebersihan dan keceriaan kerana persekitaran yang bersih dan sihat akan mewujudkan suasana yang selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran yang selesa juga amat penting kerana proses pembelajaran adalah melalui pemerhatian(Bandura,1986). Mural-mural lama yang terdapat di sekeliling sekolah hendaklah diperbaharui supaya idea-idea segar daripada murid-murid atau guru-guru dapat diilhamkan dengan cemerlang. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan murid-murid belajar berinteraksi dengan persekitaran supaya mereka dapat menimba pengalaman yang sebenar 13

selaras dengan saranan tokoh pendidik iaitu Maria Montessori yang mengatakan bahawa kanak-kanak lebih mudah belajar jika mereka diberi peluang berinteraksi dengan persekitaran. Oleh itu, pihak sekolah contohnya boleh mendorong muridmurid melaksanakan Projek Sains kerana proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Sebagai deduksinya, segala hasrat kerajaan dalam bidang pendidikan haruslah dicapai demi melahirkan insan yang seimbang dalam segala aspek selain menjadi pewaris pemerintahan negara. Semua pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan haruslah bersatu hati, menggenggam tekad yang jitu dengan sepenuh hati serta berusaha bersungguh-sungguh merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi melahirkan modal insan yang gemilang yang mempunyai

mentaliti

kelas

pertama.

Kualiti

guru

merupakan

asas

kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan guru merupakan tonggak kepada profesionalisme mereka. Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi serta mampu mencapai Standard Guru Malaysia (SGM) dan mampu memartabatkan lagi profesion keguruan di negara kita.

REFLEKSI Berdasarkan kajian saya terhadap kerja kursus ini iaitu tentang sejauh mana sekolah telah berjaya merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan

14

Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Gang, Kota Bharu Kelantan, saya dapati sekolah tersebut telah mencapai hasrat FPK. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya mendapat banyak pengetahuan tentang dunia pendidikan yang sebenar. Saya juga dapati bukan senang mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari di dalam kelas dengan dunia sebenar pendidikan. Guru-guru dan pentadbir sekolah amat memainkan penting yang penting untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan seterusnya menjana modal insan yang gemilang. Saya juga amat berterima kasih kepada pihak pengurusan, kaunselor sekolah dan semua yang terlibat kerana memberi banyak informasi dan maklumat yang berguna kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya mampu berkolaborasi dengan baik dengan pihak sekolah dan murid-murid itu sendiri lantaran kejayaan pihak sekolah berjaya menerapkan elemen-elemen dalam FPK. Tugasan ini juga telah membuka mata saya bahawa pentingnya falsafah ini dalam dunia pendidikan yang kian mencabar dari semasa ke semasa. Justeru, FPK yang menekankan bahawa “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan” amat berkesan untuk menyiapkan modal insane yang lengkap dengan ilmu pengetahuan, sahsiah dan kesihatan diri yang baik.

15

Related Documents


More Documents from "PrimadonnaNgan"