Kod Etika Gbksm / Gbsm

  • Uploaded by: failin2872
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kod Etika Gbksm / Gbsm as PDF for free.

More details

  • Words: 345
  • Pages: 2
Loading documents preview...
KOD ETIKA GBKSM / GBSM 1.

GBKSM / GBSM hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang- undang tersebut.

2.

GBKSM / GBSM hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang GBKSM / GBSM dan integriti profesion.

3.

GBKSM / GBSM hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

4.

GBKSM / GBSM hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur.

5.

GBKSM / GBSM hendaklah diselia dan dinilai tugasnya oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim dan sokongan perunding.

TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM 1. GBKSM / GBSM bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien. 2. GBKSM / GBSM hendaklah menghormati hak klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa menjalankan perkhidmatan melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orangorang di persekitarannya. 3. GBKSM / GBSM hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio ekonomi klien serta menerima mereka tanpa syarat. 4. GBKSM / GBSM hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri. 5. GBKSM / GBSM hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. 6. GBKSM / GBSM hendaklah merujuk klien kepada pihak yang berkaitan jika mengikut pertimbangannya klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya.

TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM TERHADAP RAKAN PROFESIONAL 1.

GBKSM / GBSM hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.

2.

GBKSM / GBSM hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.

3.

GBKSM / GBSM bertanggungjawab mengingatkan rakan profesional mengamalkan nilai-nilai dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang sepatutnya.

4.

GBKSM / GBSM hendaklah bersedia membantu rakan profesional yang teraniaya .

TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM TERHADAP MASYARAKAT 1.

GBKSM / GBSM hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio budaya masyarakat.

2.

GBKSM / GBSM hendaklah sentiasa memberi khidmat untuk memenuhi kehendak masyarakat dalam konteks pendidikan dan pembangunan murid.

TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN 1. GBKSM / GBSM hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan, keberkesanan perkhidmatan organisasinya. 2. GBKSM / GBSM hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalismenya. 3. GBKSM / GBSM hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dengan ahli-ahli dalam organisasi.

Related Documents

Kod Etika Gbksm / Gbsm
February 2021 1
Profil Gbksm / Gbsm
February 2021 0
Profil Gbksm / Gbsm
February 2021 0
Kod / Kursus
January 2021 1
Etika
January 2021 3

More Documents from "goranberus"