Pembentukan Insan Bermoral Secara Terpimpin.docx

  • Uploaded by: Geethu Princess
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pembentukan Insan Bermoral Secara Terpimpin.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 5,307
  • Pages: 22
Loading documents preview...
2.0 Pembentukan Insan Bermoral secara Terpimpin 2.1 Pengenalan Moral membawa erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat watak dan perangai. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, moral ialah ajaran atau pegangan bukan buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, akhlak, kewajipan dan lain-lain); yang berkaitan dengan apa yang betul atau adil. Insan bermoral juga adalah lahir daripada amalan nilai murni berasaskan kepada dimensi dan pegangan prinsip moralnya. Kekuatan untuk mengamal dan mempertahankan prinsip moral yang selari dengan peraturan masyarakat menjadi faktor utama dalam melahirkan insan bermoral. Ketekalan moral menguatkan pegangan “aku tetap aku” walau dalam apa keadaan dan di mana seseorang itu berada. Apakah itu peribadi? Menurut kamus dewan edisi keempat,sahsiah merupakan perkataan Arab yang membawa definisi keperibadian atau peribadi. Peribadi pula bererti manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang individu yang sudah sebati dengan diri sendiri bagi membentuk watak dirinya sendiri. Maka, kenyataan ini dapat menggambarkan bahawa seorang individu itu berbeza dengan individu yang lain. Sahsiah juga dapat menjelaskan sistem tingkah laku seseorang iaitu bolehlah dikatakan bahawa perlakuan atau tingkah laku itu dapat dilihat sebagai lebih kurang sama dari sehari ke sehari dan telah tertanam sejak dari kecil dan menjadi rutin. Maka untuk mengubahnya mengambil masa dan memerlukan pendekatan yang sangat efisien. Ibarat menarik rambut di dalam tepung. Rambutnya tidak putus dan tepungnya tidak berselerak. Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah atau peribadi merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebihkurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia. Selain itu,sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai.Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah atau peribadi adalah organisasi dinamik sistempsikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus.Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan . Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif. Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilaipositif yang murni.

Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju.

3.0 Kesabaran

3.1 Pengenalan Sabar adalah kemampuan untuk bertahan ketika keadaan semakin sulit. Sabar adalah kepabilitas seseorang untuk menghadapi kesulitan, tantangan, dan kendala dalam hidup tanpa mengeluh dan pitus asa. Sabar adalah salah satu watak yang sangat penting untuk membangun kehidupan yang positif. Sayangnya tidak semua orang mampu untuk bersabar. Banyak diantara kita yang kehilangan kesabaran, contohnya ketika kita sedang mengembangkan karir, ditimpa musibah, menghadapi kesulitan, menderita sakit, dan kejadian- kejadian lainnya. Tidak sabar dapat mengakibatkan stres bahkan bias mengakibatkan kerusakan fisik pada tubuh kita. Tidak sabar juga dapat merusak hubungan dan kualitas hidup kita. Dalam membentuk peribadi pelajar, kesabaran memainkan peranan yang sangat penting kerana kesabaran memberi hala tuju untuk sesuatu pencapaian atau kejayaan para pelajar. 3.2 Kesan kesabaran Bagai saya sabar berfungsi untuk mengeratkan silaturrahim antara insan. Contohnya apabila kita berasa marah tentang sesuatu tetapi kita masih cuba bertenang agar tiada perkara buruk berlaku. Semua orang sudah maklum bahawa marah mempunyai potensi yang tinggi untuk menyebabkan kejadian buruk yang lain berlaku. Jika kita mengikut perasaan marah yang meruap-ruap tersebut pastinya pelbagai kata kesat akan kita hamburkan dan mungkin juga ada antara kita yang tercedera akibat tindakan yang diambil ketika sedang marah. Namun, Allah telah menganugerahkan sifat sabar dalam diri setiap umat manusia agar kita gunakan dengan sebaiknya. Selain itu, sikap toleransi juga dapat dipupuk dengan adanya pengamalan sabar dalam kehidupan. kita ambil contoh yang paling mudah. Apabila emak menyuruh pergi ke kedai untuk membeli sesuatu sedangkan kita masih punyai kerja atau urusan yang harus diselesaikan. Ada di antara kita yang pasti 2

menolak atau ada juga yang mengikut kehendak emak tetapi sambil mengomel. Apabila keadaan ini berlaku, kita perlulah memikirkan apa yang telah dilakukan oleh emak unutk membesarkan kita. Emak tidak mengomel apabila berpenat lelah melahir dan menyusukan kita. Emak juga tidak mengabaikan kita apabila kita menangis minta disuapkan nasi atai ditukarkan lampin. Jadi mengapa kita harus bising-bising apabila disuruh emak melakukan kerja yang begitu mudah sedangkan selama kita hidup telah banyak urusan yang emaka terpaksa tangguhkan terlebih dahulu bagi melayan keranah kita. Di sinilah pentingnya sabar. Seterusnya, sabar juga dapat mendekatkan diri mereka kepada pencipta iaitu Allah SWT tau tuhan. Cuba kita lihat dalam konteks ibadah. Jika pelajar beragama islam diwajibkan untuk bersolat lima waktu sehari semalam. Sesetengah orang berfikir bahawa solat amat membebankan kerana mengganggu urusan mereka seharian. Ada juga yang bersolat mengikut kemahuan, jika pada waktu tertentu dirasakan seperti ingin bersolat, maka mereka akan bersolat. Jika tidak, terpaksalah tunggu hingga perasaan untuk bersolat timbul kembali. Bagi saya, mereka inilah golongan yang tidak mengaplikasikan konsep sabar dalam beribadah. Jika tidak, pasti ibadah tidak dirasakan sebagai bebanan malahan ia pasti sentiasa ditunggu-tunggu kehadirannya. Dengan tekun dan sabar dalam beribadah, mereka akan merperbaik hubungan mereka dengan Allah Taala. Bukankah orang yang tekun beribadah amat disayangi oleh-Nya? Jika mereka

tidak dapat melakukan ibadah sunat

sekalipun cukuplah sekadar mereka menjaga ibadah fardu. Apabila mereka sudah terbiasa melakukan ibadah, pasti tiasa masalah lagi untuk mereka melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain. Sesungguhya Allah menyukai ibadah yang sedikit tetapi dilakukan dengan berterusan dan untuk mememastikan agar ibadah mereka sentiasa berterusan dan diterima Allah, marilah kita sama-sama bersabar dalam beribadah. Kesan sabar juga dapat dilihat dalam konteks mengurangkan gejala sosial. Pada zaman ini, pelbagai isu sosial yang timbul akibat kurangnya kesedaran dalam diri manusia. Semua perkara dilakukan sesuka hati tanpa mengira batasan yang seharusnya tidak dilepasi. Masalah dadah, pergaulan bebas, rogol dan pencabulan seakan-akan telah menjadi suatu isu yang sudah sebati dalam masyarakat. Mengapa Allah telah menggariskan panduan dalam kehidupan kita yang terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah? Mengapa pemimpin menggubal undang-undang dalam negara yang diketuainya? Adakah semuanya dilakukan untuk membebankan manusia? Pastinya tidak. Peraturan dan undang-undang diadakan untuk memastikan manusia bertindak selayaknya sebagai manusia, tambahan pula sebagai pelakar mereka telah dianugerahkan dengan akal yang membolehkan mereka membezakan antara yang hak dan yang batil. Sabar dalam pergaulan contohnya, boleh difahami sebagai menjaga batas-batas pergaulan tidak kira apa jua jantina bagi membolehkan mereka dapat

mengawal nafsu. Apabila rakan-rakan melakukan perkara yang bertentangan dengan norma kehidupan,mereka tidaklah cenderung untuk melakukan perkara yang sama jika sifat sabar ada dalam diri. Fikirkan akibat yang didapati apabila ingin melakukan sesuatu perkara bukannya seperti kata pepatah 'sudah terjatuh baru nak terngadah'. Sementara itu, sabar dapat meningkatkan produktiviti diri. Ada orang yang apabila dilanda ,asalah mudah benar emosinya terganggu dan sekaligus menjejaskan tugasan yang dilakukan.

Segalanya

dirasakan

tidak

kena

kerana

ketidakupayaan

untuk

tidak

mencampurkan urusan peribadi dengan tugasan yang sedang dilakukan. Ini adalah masalah bagi kebanyakan orang terutama para pelajar kerana emosi mereka sentiasa mempengaruhi tindakan mereka dan akhirnya juga akan mempengaruhi emosi orang lain. Bayangkan jika mereka datang ke tempat belajar misalnya kolej dengan perasaan marah-marah, pasti rakan sekelas atau sebaya tidak berani untuk bertegur sapa dengan mereka. Apabila ketua menegur kesilapan mereka, bertambahlah terasa hati sedangkan semuanya berpunca daripada diri mereka sendiri. Kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan dalam waktu yang tertentu juga tidak dapat disiapkan kerana masa yang sepatutnya mereka peruntukkan untuk melakukan tugasnya yang hakiki sebagai pelajar telah digunakan untuk melayan emosi mereka yang tidak stabil. Pernah suatu masa ketika saya masih bersekolah, jika ada guru yang pada suatu hari masuk kelas dengan muka yang masam mencuka dan tiba-tiba 'naik angin' dengan kesalahan pelajar yang kecil, pasti ada suara-suara dari meja pelajar yang lain mengatakan " cikgu ni mesti bergaduh dengan suami die ni, sebab tu la' bad mood' tak tentu pasal". Sebenarnya pelajar tidak boleh disalahkan apabila mereka membuat kesimpulan yang sedemikian kerana seperti yang saya katakan sebentar tadi emosi kita pasti akan mempengaruhi orang lain di sekeliling kita. Sebaliknya, jika mereka dapat bersabar dengan masalah yang melanda, mereka pasti dapat menggembirakan orang lain dan prestasi kerja akan meningkat. Seorang pelajar yang bagus akan tetap melakukan tugasan yang sepatutnya dilakukan kerana ia adalah suatu kewajipan. Apakah markah atau sesuatu kepujian yang mereka terima terjamin kehalalannya jika mereka tidak belajar dengan bersungguh-sungguh? Jadi di sini bolehlah saya katakan ada kebenarannya jika kesabaran dapat meningkatkan produktiviti diri.

4

4.0 Intergriti

Intergriti adalah suatu perkataan yang asing bagi sesetengah orang. Jika orang tidak faham maknanya maka sudah tentulah penghayatannya juga tidak akan jelas. Integriti adalah berasal dari bahasa Latin iaitu ‘integritas’ dan ‘integra’ yang bermaksud keseluruhan, lengkap atau satu Menurut kamus dewan edisi keempat,. Integriti adalah keseimbangan perhubungan antara apa yang seseorang itu fikirkan atau percaya dan ianya mempunyai nilai yang baik dengan apa yang ia cakapkan kepada orang lain dan juga apa yang ia lakukan. Ia bermakna integriti wujud apabila Apa yang difikirkan = Apa yang dicakapkan = Apa yang dilakukan. Kita boleh menganggapkan sebagai Fikir, Cakap, Buat sebagai suatu bulatan yang bertindihan. Jika salah satu daripadanya tidak bertindih maka seseorang itu tidak berintegriti. 4.1 Kesan sikap intergriti Sikap intergriti penting kepada pelajar itu sendiri. Pelajar yang sentiasa melaksanakan sikap intergriti pasti akan lebih dihormati dan disanjungi oleh orang lain. Masyarakat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pelajar yang bersikap intergriti dan seringkali mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Individu tersebut pasti jiwanya akan merasa tenang ,aman dan akan lebih dipercayaai kerana melaksanakan satu tanggungjawab yang besar dengan melaksanakan segala amanah yang telah dituntut olehnya. Pelajar telah menunaikan segala amanahnya terutamanya terhadap Allah iaitu menjadi khalifah yang baik di muka bumi dan kemudian amanah terhadap sesama manusia dengan ikhlas dan

istiqamah.

Mereka

berusaha

untuk

menjaga

harga

diri

dan

berusaha

untuk

mempertingkatkan iman serta menjaga akhlaknya dariapada amalan yang tidak baik. Kemudian kepentingan sifat intergriti terhadap golongan pelajar. Aturan hidup menjadikan manusia saling bersandarkan dan memerlukan antara satu sama lain dengan ini kelangsungan hidup dapat dinikmati dengan lancar. Penerapan sifat intergriti dalam setiap individu dapat menjamin kesejahteraan hidup antara satu sama lain kerana pelajar saling berkerjasama mencapai objektif yang tersendiri. Contohnya antara guru dan pelajar yang mana guru mesti amanah menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada pelajar dan begitu pula disebaliknya pelajar harus amanah menuntut ilmu serta dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dengan seikhlas mungkin. Bagi seorang pelajar tentunya mempunyai angan-angan untuk mendapatkan sebuah pekerjaan yang enak tetepi dapat menghasilkan wang banyak. Dengan mempunyai perilaku yang jujur tentunya akan mempermudah untuk mendapatkan dan lebih-lebih menciptakan sebuah pekerjaan yang di inginkan. Hal ini dikeranakan seseorang yang mempunyai sikap jujur maka ia akan mudah mengerti jika diberikan sebuah persoalan-persolan yang ditugaskannya kepada seseorang tersebut. Kemungkinan besar akan mempermudah menyelesaikan tugas-tugasnya dan cepat tanggap dengan segala masalah-masalah yang menghadang.

5.0 Menghormati hak orang lain

Sikap menghormati hak orang lain boleh ditakrifkan sebagai memberi penghargaan yang baik kepada seseorang dengan penuh kesopanan. Setiap individu diberikan hak dan kebebasan untuk menjalani kehidupan mereka mengikut peraturan dan undang-undang yang diperuntukkan. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, sikap saling menghormati dan toleransi perlu dijadikan amalan. Terdapat tiga perkara utama yang perlu diamalkan oleh 6

anggota masyarakat terutama para pelajar iaitu menghormati perbezaan individu, menghormati kebolehan dan bakat orang lain serta menghormati pendapat orang lain. Sebagai anggota masyarakat, pelajar perlu menyedari bahawa setiap individu berbeza baik dari segi kebolehan, pemikiran, agama dan kepercayaan. Perbezaan ini berpunca daripada faktor keturunan, latar belakang ekonomi keluarga, baka, persekitaran tempat tinggal, agama dan didikan yang diperoleh daripada keluarga. Justeru, untuk hidup dalam kelompok pelajar yang harmoni, perbezaan ini perlu difahami dengan sepenuhnya. Pada waktu yang sama, mereka tidak sesekali menghina atau mengejek disebabkan perbezaan seseorang pelajar dari segi pemikiran, kebolehan dan sebagainya.Hal ini demekian kerana, menghargai orang lain bererti tidak merendahkan derajatnya di depan umum. Perbuatan menghina atau mengejek orang lain dapat menyakitkan hati dan menyinggung perasaan mereka.. Bakat dan kebolehan pelajar lain juga perlu dihormati ke arah pengekalan keharmonian pelajar. Setiap pelajar dilahirkan dengan bakat dan potensi yang berbeza dan memberi sumbangan berasaskan potensi dan bakat yang mereka miliki dengan cara mereka tersendiri. Justeru, seseorang pelajar tidak boleh menganggap dirinya sahaja yang mampu memberi sumbangan dan mengenepikan peranan orang lain. Setiap pelajar dapat hidup dalam keadaan yang harmoni jika mereka mengamalkan sikap saling menghormati. Sikap menghormati hak orang lain membolehkan mereka menerima hakikat bahawa Tuhan mencipta manusia berpuak-puak dan berbeza-beza. Mereka mungkin tidak memahami cara hidup orang lain yang berbeza dengan cara hidup yang mereka amalkan, namun melalui amalan sikap toleransi dan menghormati hak orang lain mereka akan menerima perbezaan tersebut dan memahami cara hidup orang lain. Sikap ini membuatkan ,mereka lebih empati terhadap kesukaran yang ditempuh oleh orang lain dan menjadikan mereka lebih fleksibel untuk hidup bersama dalam pelbagai situasi.

6.0 Rendah diri

6.1 Pengenalan kerendahan hati bukanlah sebuah sikap tubuh yang merendah-rendah. Di dalam banyak budaya, sikap merendahkan tubuh dianggap sebagai kerendahan hati. Sesungguhnya kerendahan hati bukanlah sikap tubuh melainkan sikap hati, yang tidak mementingkan diri, malah mengedepankan kepentingan orang lain. Bukan itu sahaja, Sifat merendah diri ialah suatu sifat yang mengakui kebenaran dan menerima kebenaran tersebut , tiada rasa sombong dengan segala yang ada pada dirinya dan merasa rela hati kerana dapat menerima kebenaran/pandangan tidak kira daripada sesiapa pun. Ianya terhasil daripada kemanisan iman. Dalam kehidupan pelajar, rendah diri adalah suatu sikap positif yang sewajarnya ada pada diri seseorang pelajar untuk melahirkan insan beretika tinggi dan bermoral.

6.2 Kesan sifat rendah diri Pelajar yang rendah hati biasanya memandang bahawa orang lain sebagai ciptaan Tuhan memiliki keunikan dan keistimewaan, sehingga mereka senantiasa membuat orang lain merasa penting. Setiap orang adalah spesial, unik, dan berhak untuk dihargai. Manusia adalah peribadi yang harus diperlakukan khusus. Manusia adalah makhluk yang sangat sensitif. Jika apa yang pelajar fikirkan mengenai orang lain berubah, maka sikap dan tindakan mereka terhadap orang lain juga akan berubah. Hal ini demekian kerana, manusia sangat sensitif satu sama lain dalam banyak hal, biasanya sangat peka terhadap apa yang difikirkan oleh satu sama lainnya. Jika hubungan pelajar dengan rakan sebaya mereka tidak sebagaimana pelajar tersebut harapkan, mereka sepatutnya lihat lebih jauh ke dalam fikiran mereka apa yang sesungguhnya mereka fikirkan saat ini tentang orang tersebut. Pada waktu yang sama,seseorang pelajar yang mempunyai sikap rendah diri, mereka akan rela memaafkan orang lain. Bahkan dalam setiap agama dikatakan bahawa kita harus 8

mengampuni kesalahan sesama kita, kerana Tuhan juga mahu mengampuni dosa-dosa kita. Sifat ini tidak pelajar temui dalam keseharian mereka. Masih ramai pelajar yang tidak dapat memaafkan orang lain dan senantiasa hidup dalam dendam dan sakit hati. Dalam edisi Mandiri yang membahas tentang topik ini, pelajar sepatutnya diingatkan bahawa dengan tidak rela memaafkan, pelajar membiarkan dirinya dikuasai oleh perasaan dendam dan sakit hati yang menimbulkan berbagai-bagai penyakit baik fisik mahupun kejiwaan. Melalui sikap rendah diri para pelajar dapat menjadi lemah lembut (gentle) dan penuh pengendalian diri (self control). Mereka tidak akan membiarkan emosinya tidak terkendali. Mereka tidak menunjukkan kemarahan dengan sikap kasar, kata-kata yang tidak baik, atau melakukan tindakan fisik. Mereka akan menunjukkan kemarahannya dalam rangka mendidik orang lain. Kemarahan atau kekecewaan yang dirasakan sentiasa dapat mereka kendalikan sepenuhnya, diacuhkan atau dapat ditahankan.

7.0 Bersyukur

7.1 Pengenalan Kebersyukuran dalam bahasa Inggeris disebut gratitude. Kata gratitudediambil dari akar Latin gratia, yang berarti kelembutan, kebaikan hati, atau berterima kasih. Semua kata yang terbentuk dari akar Latin ini berhubungan dengan kebaikan, kedermawanan, pemberian, keindahan dari memberi dan menerima, atau mendapatkan sesuatu tanpa tujuan apapun. Dalam buku ‘pendidikan moral’ yang ditulis oleh Dr.Tam Yeow Kwai telah dinyatakan bahawa, menurut tucker dalam Fluhler (2010), bersyukur itu berbeda dari menghargai (appreciation). Saat seseorang mendapatkan sesuatu dari orang lain bisa saja dia

menghargai pemberian itu tanpa merasa bersyukur. Tapi jika dia bersyukur, sudah dipastikan dia memberi penghargaan terhadap pemberian. Bukan itu sahaja, Seligman dan Peterson (2004) mendefinisikan gratitude atau syukur sebagai suatu perasaan terima kasih dan menyenangkan atas respon penerimaan hadiah, dimana hadiah itu memberikan manfaat dari seseorang atau suatu kejadian yang memberikan kedamaian. Menurut Wood (2009), menyatakan kebersyukuran adalah sebagai bentuk ciri peribadi yang berpikir positif, mempresentasikan hidup menjadi lebih positif. 7.2 Kesan sikap bersyukur Salah satu manfaat bersyukur ialah pelajar akan mendapat nikmat yang lebih baik dan bertambah-tambah daripada-Nya. Hal ini kerana, Allah menyukai hamba yang tahu bersyukur atas segala pemberiannya. “Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nisaa’ : 147) Contohnya, sebagai seorang pelajar, sudah pasti mereka mengharapkan keputusan yang cemerlang dalam akedemik. Oleh sebab itu, sekiranya mereka tidak mendapatkan kejayaan yang diimpikan, mereka haruslah terus menyatakan syukur kepada-Nya kerana segala kejadian mempunyai hikmahnya tersendiri. Jika pelajar terus berusaha dan bersyukur, mereka pasti akan menempa kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Hal ini kerana, tuhan hanya memberikan sedikit ujian untuk menguji sama ada kita tergolong antara orang-orang yang redha atas segala yang keadaan. Bersyukur merupakan satu amalan yang mulia sehinggakan orang yang bersyukur sentiasa mendapat keredhaan-Nya.Sebagai seorang pelajar, mereka menjalani kehidupan dengan berbagai-bagai perkara.Contoh situasi yang dapat jelaskan disini ialah apabila seseorang pelajar tersebut mengalami kegagalan dalam ujian akedemiknya. Pelajar tersebut pastilah berasa risau dan sedih atas keputusan tersebut. Namun, dia seharusnya bersyukur kerana ia merupakan dugaan dan ujian untuk dia lebih berjaya pada masa akan datang. Pelajar tersebut akan lebih meningkatkan fokusnya semasa pembelajaran di dalam kelas dan semakin rajin mengulang kaji pelajaran untuk memastikan pisang tidak berbuah dua kali. Atas peringatan dan usaha yang diberikan, pelajar tersebut akan mendapat kejayaan yang lebih cemerlang berbanding sebelumnya.

10

Bukan itu sahaja, bersyukur mengajar pelajar supaya sentiasa redha dan pasrah atas segala ketentuan-Nya. Contohnya, apabila seseorang pelajar sudah bergelar seorang guru, mereka mudah merasai keredhaan walaupun mendapat anak murid yang nakal atau mereka ditempatkan di kawasan sekolah yang kurang menyenangkan seperti kawasan edalaman. Dengan bersyukur, segala urusan dipermudahkan dan rezeki akan berlimpah-ruah. Malah, mereka akan berasa sentiasa dekat dengan pencipta kita iaitu tuhan. “Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (QS. Ali Imran:145) Tambahan lagi, seperti yang kita sedia maklum, bersyukur merupakan satu sikap yang baik dan disukai Allah. Jika pelajar bersyukur,mereka dapat menambahkan pahala mereka kerana sentiasa meredhai pemberian-Nya. Hadis diatas jelas menunjukkan bahawa Allah amat menyayangi kita dan menyukai sifat bersyukur. Kesimpulannya, bersyukur merupakan satu sifat yang terpuji dan amat dusukai oleh Allah s.w.t. Setiap orang yang bersyukur sama ada semasa mereka senang atau susah akan memperolehi nikmat yang lebih baik.

8.0 Kesetiaan kepada negara

8.1 Pengenalan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, mengikut sistem

beraja yang diamalkan di setiap negeri dan Yang di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri adalah lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. Di peringkat negeri pula rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Sebarang sikap atau pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat ke arah negara lain atau rakyat mengabaikan taat setia kepada negara Malaysia dan Raja adalah merupakan elemen yang bertentangan sama sekali dengan prinsip Rukun Negara. 8.2 Peranan pelajar dalam menunjukkan kesetiaan kepada negara Pelajar merupakan aset yang penting bagi suatu negara. Generasi pelajar adalah bibit-bibit yang harus dikembangkan untuk menjadi generasi yang dapat memajukan agama, nusa dan bangsa. Oleh itu, seseorang pelajar yang bermoral seharusnya memaikan peranan dalam memajukan negara dengan menunjukkan kesetiaan kepada negara. Antaranya, Para pelajar hendaklah mengenali tokoh-tokoh yang memperjuang untuk kemerdekaan negara dan mereka juga hendaklah didedahkan kepada jasa-jasa serta pengorbanaan pejuang tanah air kita agar golongan pelajar sedar dan insaf, bak kata pepatah “Tak kenal maka tidak cinta”.Kalau generasi muda tahu akan pahit maung dan susah payahnya tokohtokoh pada zaman silam memperjuangkan kemerdekaan negara , tentunya mereka tidak tergamak menghancurkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini dengan tindakantindakan negatif. Selain itu, pelajar seharusnya melawat tempat-tempat bersejarah. Pemerhatian mereka kepada kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Misalnya, kunjungan ke tempat-tempat yang bersejarah seperti Bandar Hilir, Melaka akan mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis,Belanda dan Inggeris. Di samping itu, para pelajar juga perlu didedahkan kepada Jalur Gemilang yang berkibar megah pada sepanjang masa dan perayaan Hari Kebangsaan setiap tahun itu sepatutnya dijadikan wadah untuk memperbaharui azam mempertahan kemerdekaan pada masa depan. Mereka perlu sedar betapa pentingnya erti kemerdekaan terhadap sesebuah negara. 12

Seterusnya,mereka juga perlu didedahkan kepada lagu-lagu patriotik terutama lagu “Negara ” untuk menyemaikan rasa cinta dan taat kepada negara. Pelajar boleh mengambil bahagian dalam pertandingan tamsilnya, pertandingan menulis esei bertemakan semangat patriotic yang dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia.. Peraduan seperti ini akan memberi kesempatan kepada golongan pelajar untuk mengumpulkan bahan-bahan sejarah yang banyak dalam akhbar-akhbar. Pengumpulan bahan-bahan sejarah ini secara tidak langsung akan mencelikkan mereka kepada sejarah perjuangan generasi silam demi kemerdekaan negara daripada belenggu penjajah. Kesimpulannya, sikap kesetiaan kepada negara memainkan peranan yang sangat penting untuk membentukan peribadi

pelajar iaitu menjadikan mereka sebagai insan bermoral.

Apabila mereka mempunyai cinta dan kesetiaan

kepada negara, mereka akan mula

mementingkan kebaikan dan kemajuan negara sebaliknya mementingkan diri sendiri.

9.0 Berbudaya cemerlang 9.1 Pengenalan Makhluk budaya bererti makhluk yang berkemampuan melakukan hal-hal yang positif, menciptakan kebaikan, kebenaran, keadilan dan bertanggung jawab. Sebagai makhluk

berbudaya,

manusia

mendayagunakan

akal

budinya

untuk

menciptakan

kebahagiaan baik bagi dirinya mahupun bagi masyarakat demi kesempurnaan hidupnya. Dalam konteks ini, golongan pelajar juga sebagai makhluk budaya dan mereka sepatutnya berbudaya cemerlang supaya dapat melahirkan ciri-ciri seorang insan bermoral dalam diri mereka. Berikut adalah ciri- ciri pelajar yang berbangsa cemerlang. Berilmu Bah kata cendekiawan, ilmu itu Chaya, yang jahil itu merbahaya. Ilmu adalah entiti penting dalam kehidupan manusia. Tanpa ilmu, manusia mundur dan terkebelakang berbanding manusia lain. Persaingan mengejar kemajuan dan kekayaan kini adalah berasaskan ilmu pengetahuan. Pelajar positif ialah pelajar yang mempunyai ilmu positif. Pelajar yang memiliki ilmu dan mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan. Pelajar berilmu adalah pelajar yang memiliki

pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam menghadapi kehidupan dan cabaran. Ilmu positif juga memberi manfaat dan memandu para pelajar kea rah positif. Pelajar tidak sesekali mengotorkan minda dan jiwa dengan pengetahuan yang tidak berguna dan membawa kerugian kepada diri mereka. Doa “Doa adalah senjata orang beriman”, begitulah sabda Rasulullah s.a.w. Pelajar perlu berdoa sentiasa agar diberikan kekuatat jati diri. Jati diri perlu dicari dengan menggunakan kekuatan ilmu, usaha berdasarkan rasional dan doa. Jati diri amat penting kepda pelajar yang mahu menjadi pelajar positif. Kekuatan diri adalah penangkis segala keburukan dan kejahatan. Jati diri perlu ditambah dan diperkuatkan sepanjang masa supaya dapat menambahkan kekuatan dalaman yang lebih kukuh dan sejati.

Tidak berputus asa Manusia yang putus asa sebenarnya telah gagal dalam kehidupan. Jika pelajar gagal dalam pelajaran, pelajar tidak perlu putus asa. Pelajar boleh belajar pelbagai kemahiran yang selari dengan minat pelajar. Ramai manusia yang Berjaya walaupun tanpa pelajaran tinggi. Tuan Ramli yang mengasaskan Rmaly Burger Berjaya menjadi jutawan walaupun hanya berkelulusan SPM. Walau apa pun kegagalan dan kesusahan yang pelajar hadapi, jangan putus asa. Selagi nafas masih berfungsi dan jantung masih berdenyut, pelajar perlu mengiatkan lagi usaha mereka.

10.0 Memahami personaliti Dalam buku ‘Remaja positif’ yang ditulis oleh Saat Sulaiman,ada dinyatakan bahawa personaliti memberi maksud keperibadian dan perwatakan. Menurut bahasa latin personal berasal dari perkataan persona atau personalitas. Persona memberi erti topeng yang merujuk kepada rupa luaran seseorang individu. Namun persona juga memberi beberapa pengertian seperti ciri-ciri dan kualiti dalaman dan juga luaran seseorang. Personaliti juga bermaksud

seluruh

perlakuan

individu

samada

bersifat

luaran

(jasmaniah)

atau

dalaman(rohaniah) yang lahir sepontan iaitu tanpa paksaan dari luaran yang menjadi kelaziman perlakuan luaran atau tingkah laku luaran pada individu merujuk kepada semua gerak balas individu yang melihat segala perbuatan anggota fizikal badan. 14

Terdapat beberapa cara untuk mengenali keperibadiaan diri pelajar. Antaranya, sifat-sifat dan karakter. Setiap orang terutama pelajar pasti membawa berbagai sifat dan karakter masing-masing. Kalaupun ada kemiripan, tapi setiap pelajar tidak pernah memiliki kesamaan yang total. Sifat-sifat dan karakter dalam diri seseorang tidak memiliki batasan baik dan buruk walaupun pada akhirnya tentu saja harus ada penilaian. Seterusnya, hasrat dan keinginan. Setiap pelajar pasti memiliki hasrat dan keinginan yang biasanya merupakan refleksi dari sebuah bentuk ideal atau cita-cita yang awalnya bersumber dari ego. Dalam bentuk yang paling sederhana, ego semua manusia pada dasarnya adalah hal yang baik kerana secara alamiah bersumber dari naluri untuk mempertahankan hidup. Hal ini harus difahami dan disadari sehingga mereka bisa benarbenar menyatu dengan hasrat dan keinginan sendiri walaupun tentu saja mereka harus menjadikan kondisi lingkungan sebagai rambu-rambu untuk keseimbangan. Selain itu, adalah kemampuan. Penguasaan terhadap suatu hal yang merupakan ciri khas seseorang yang dimiliki dan didapat secara alamiah. Hal tersebut harus terus digali dan dikembangkan serta dipergunakan secara positif demi kebaikan diri sendiri. Kemampuan memang akan selalu terasa kurang kerana adanya persaingan. Maka dari itu, belajar dan berlatih merupakan hal-hal pokok yang sangat berperanan dalam usaha meningkatkan kemampuan diri sendiri. Ketidakmampuan dan keterbatasan. Selain kemampuan, setiap individu juga diliputi oleh ketidakmampuan dan keterbatasan. Jika pelajar bermaksud melakukan proses pengenalan diri, maka mereka harus lebih mengenal ketidakmampuan dan keterbatasan yang mereka miliki. Tentu saja maksudnya adalah untuk memperbaiki dan mengubahnya sebisa mungkin sehingga menjadi faktor yang ju dapat diandalkan. Akhirnya, latar belakang. Latar belakang seseorang biasa dianggap sebagai akar dari semua perkembangan yang muncul dan ada sekarang. Walaupun pelajar memang tidak perlu mempermasalahkannya, namun usaha untuk memahami latar belakang diri mereka itu akan berguna untuk mengetahui siapa dan bagaimana diri mereka yang sesungguhnya. 11.0 Penerimaan 11.1 Pengenalan Penerimaan diri adalah dimana kita menerima segala kelemahan dan kelebihan kita atau menerima segala sesuatu yang ada didalam diri kita, menerima segala hal yang telah terjadi dalam kehidupan dan diri kita. Sehingga sikap kita memandang diri sendiri sebagaimana

adanya dan mempermalukan diri kita secara baik disertai rasa syukur, senang dan bangga sambil terus mengusahakan kemajuan. 11.2 Ciri-ciri penerimaan diri Perasaan sederajat. Individu iaitu golongan pelajar merasa dirinya berharga sebagai manusia yang sederajat dengan orang lain, sehingga individu tidak merasa sebagai orang yang istimewa atau menyimpang dari orang lain. Pelajar merasa dirinya mempunyai kelemahan dan kelebihan seperti halnya orang lain. Seterusnya, percaya kemampuan diri.Pelajar yang mempunyai kemampuan untuk menghadapi kehidupan. Hal ini tampak dari sikap pelajar yang percaya diri, lebih suka mengembangkan sikap baiknya dan mengeliminasi keburukannya dari pada ingin menjadi orang lain, oleh kerana itu pelajar puas menjadi diri sendiri Selain itu,bertanggung jawab.Pelajar yang berani memikul tanggung jawab terhadap perilakunya.

Sifat ini tampak dari perilaku individu yang mahu menerima kritik dan

menjadikannya sebagai suatu masukan yang berharga untuk mengembangkan diri. 12.0 Meritokrasi

Menurut Dr.Tam Yeow Kwai, meritokrasi bermaksud satu sistem sosial yang menyanjung tinggi kebolehan dan keupayaan seseorang tanpa mengira pangkat,keturunan, kaum dan agama.Sistem ini telah lama diaplikasikan dalam sistem pendidikan di negara kita.

16

12.1 Ciri- ciri seorang yang mempunyai meritokrasi Antaranya, Kemahiran mendengar bukan sahaja penting dalam dunia pembelajaran tetapi juga penting dalam kehidupan. Golongan pelaajr tidak akan berubah jika tidak mendengar sesuatu yang baru. Mereka juga tidak ada kelainan dari masyarakat jika mereka tidak mendengar dan akhirnya tidak berubah. Kemahiran mendengar perlu dijadikan kemahiran hidup dan amalan seharian. Kerap kita dapat melihat tidak dapat menfaat dari kehadiran dalam sesuatu majlis, keramaian, ceramah atau seminar jika kita tidak mendengar dan datang untuk tidur lepas itu makan dan balik. Anak anak yang berjaya akan cuba sedaya upaya untuk memahami apa yang dipelajari didalam kelas. Ini adalah proses pembelajaran yang terbaik bermula dari kemahiran mendengar yang baik. Seterusya, kemahiran menyiasat. Menyiasat ini bermakna pelajar perlu membaca buku, pergi perpustakaan, melawat sambil belajar, tanya kawan-kawan atau cikgu atau ibubapa dan melayari internet. Melawat sambil belajar adalah aktiviti yang sangat penting diamalkan. Semasa lawatan mereka dapat melihat apa yang mereka pelajari didalam kelas. Negeri Melaka adalah negeri yang kaya dengan sejarah. Apa yang dipelajari dalam fakta sejarah ada di Negeri Melaka. Melawat Melaka Bermakna Melawat Malaysia. Ini bermakna apa yang ada di seluruh Malaysia boleh didapati di Melaka. Selain itu, mempelajari sains dan teknologi lebih membuatkan proses penyiasatan menjadi sangat penting. Makmal adalah tempat menjalankan kerja penyiasatan yang sangat penting jika pelajar ingin memahami sains. Memahami sains juga sangat penting dalam zaman moden ini kerana setaip aspek kehidupan moden berasaskan sains. Ini kerana dari pengetahuan sains dikembangkan kepada keperluan kehidupan dan kadang-kadang dapat melahirkan inovasi. Ini yang dinamakan teknologi. Kerja penyelidikan sangat penting untuk membuktikan teknologi boleh digunakan untuk memudahkan kehidupan.

Rujukan Noresah Bahrom et al. (Ed). (2015). Kamus Dewan (edisi ke-3). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Tam Yeow kwai. (2006). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai-Nilai Murni dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Saat Sulaiman. (2007). Remaja Positif. Kuala Lumpur: Utusan publications & Distributors sdn. Bhd.

Berbagai ilmu & Literature Psikologi. ( t.t & t.p). Dicapai pada 20 September 2014, daripada http://www.psychoshare.com/file947/psikologi-umum/apa-kata-psikologi-mengenai-bersyukur.html

18

Penerimaan kesabaran Memahami personaliti

Meritokrasi

Berbudaya cemerlang

Pembentukan Insan bermoral secara Terpimpin Kesetiaan kepada negara Intergriti

Menghormati hak orang lain

Bersyukur

Rendah diri

Refleksi Semasa saya menerima tugasan ini,persoalan utama yang muncul pada minda saya ialah mampukah saya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan.Ini disebabkan pada masa yang sama terdapat juga beberapa kerja kursus yang lain perlu disiapkan dalam tempoh masa yang sama .Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya.Walau bagaimanapun,saya pun berfikir positif untuk menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan.Ini disebabkan saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberi oleh pensyarah

tidaklah begitu sukar

kerana tajuk-tajuk tugasan telah diajar oleh En Norizam Md Nor semasa kuliah.

Saya telah mengumpulkan maklumat dan isi penting dengan menggunakan beberapa sumber-sumber bacaan,cetak dan sebagainya.Saya juga pergi ke perpustakaan untuk mencari buku-buku yang berkaitan dengan Pendidkan Moral terutama tentang tajuk yang berkaitan dengan pembentukan peribadi pelajar. Dengan menggunakan internet juga,saya dapat mempelajari tentang tajuk yang bersesuai dalam proses pembentukan peribadi seseorang pelajar secara mendalam.Melalui ini,saya dapat mempelajari banyak nilai murni semasa melaksanakan tugasan ini,saya telah sedar bahawa pentingnya menghargai masa.Oleh itu,saya mendapat soalan tugasan daripada pensyarah,saya haruslah bertindak proaktif supaya dapat menjalankan tugasan dengan sempurna.Jika saya dapat merancang dengan teliti,saya dapat elak daripada melaksanakan tugasan pada saat-saat terakhir.Saya juga ingin memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah berkualiti dan menepati standart yang telah ditetapkan.Pada masa yang sama,saya boleh menguruskan masa dengan baikdan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti mengantuk dalam kelas kerana menyiapkan kerja sampai larut malam. Kesimpulannya,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya kerana saya telah lebih memahami tajuk ini.Saya berasa teruja untuk belajar tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Kesantunan berbahasa masyarat Malaysia 20

1.0 Penghargaan Pada kesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya kerja kursus ini.Ucapan terima kasih ditujukan khas buat keluarga tercinta terutamanya ibu saya, Vasanthe a/p Palraj dan bapa saya, Murali a/l Muthali yang telah banyak memberi dorongan serta sokongan sepanjang kajian ini dijalankan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada En Norizam Md Nor, selaku pensyarah Pendidikan Moral Generik, yang telah banyak memberi panduan serta dorongan dan bimbingan sepanjang saya menjalankan kerja kursus ini.

Sekalung budi juga buat Kannan a/l Annamalai sahabat yang sudi meluangkan masa menemani saya sewaktu proses mencari maklumat untyk kerja kursus ini serta tidak lupa juga sahabat-sahabat saya yang telah banyak memberi kerjasama di dalam pencarian maklumat ini.Akhir kata , saya ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya sehingga terhasilnya kerja kursus ini.Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa baik semua.

Senarai Kandungan BIL

TAJUK

MUKA SURAT

1.

Peta minda

I

2.

1.0 Penghargaan

1

1.1 Peta minda 3.

2.0 Pembentukan Insan Bermoral secara Terpimpin

3

2.1 Pengenalan 4.

3.0 Kesabaran

4

3.1 Pengenalan 3.2 Kesan Kesabaran 5.

4.0 Intergriti

7

4.1 Kesan sikap Intergriti 6.

5.0 Menghormati Hak Orang lain

8

7.

6.0 Rendah Diri

10

6.1 Pengenalan 6.2 Kesan sifat Rendah diri 8.

7.0 Bersyukur

11

7.1 Pengenalan 7.2 Kesan sikap Bersyukur 9.

8.0 Kesetiaan Kepda Raja dan Negara

13

8.1 Pengenalan 8.2 Peranan pelajar 10.

9.0 Berbudaya Cemerlang

15

9.1 Pengenalan 11.

10.0 Memahami Personaliti

16

12.

11.0 Penerimaan

18

11.1 Pengenalan 11.2 Ciri-ciri Penerimaan Diri 13.

12.0 Meritokrasi

18

12.1 Ciri-ciri seorang Meritokrasi 14.

Refleksi

20

15.

Rujukan

21

16.

Lampiran

23 22

Related Documents


More Documents from "Mustain Rahman"