Program Pendidikan Orang Asli, Peribumi Dan Pedalaman

  • Uploaded by: Henry Sia
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Program Pendidikan Orang Asli, Peribumi Dan Pedalaman as PDF for free.

More details

  • Words: 483
  • Pages: 7
Loading documents preview...
Program pendidikan orang Asli, peribumi dan pedalaman

Perkembangan dalam bidang pedagogi peribumi perlu dimantapkan dengan memberikan peluang kepada mereka agar dapat berada dalam arus perdana pendidikan kebangsaan.

Pelbagai teknik dan strategi pengajaran perlu diteroka serta digunakan untuk murid-murid peribumi bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran mereka.

Program khusus telah dirancang untuk merapatkan jurang pendidikan bagi masyarakat peribumi. Contohnya, pelaksanaan kelas dewasa bagi ibu bapa murid orang asli dan peribumi yang bermula pada tahun 2008 adalah untuk mengurangkan kadar buta huruf.

Antara program yang akan dilaksanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia termasuklah penggubalan kurikulum kontekstual, iaitu Kurikulum Asli yang disesuaikan untuk murid orang Asli.

Program pendidikan juvana • Pendidikan bagi juvana dan Banduan Muda merupakan program kerjasama antara Jabatan Penjara Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mewujudkan pendidikan formal yang tersusun dan sistematik di penjara. • Program pemulihan untuk Juvana adalah melalui system persekolahan. • Sebanyak lima buah kelas diwujudkan di Sekolah Juvana, iaitu kelas 3M, kelas Pra-PMR, Kelas Pra-SPM dan kelas SPM. • Semua sekolah masih mengekalkan Kelas 3M kerana terdapat sebilangan kecil juvana yang masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Program pendidikan pemulihan khas • Merujuk satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M yang kompleks disebabkan oleh factor persekitaran. • Program ini dijalankan oleh guru yang khsus, bagi membantu muridmurid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. • Matlamat utama program pemulihan khas ini adalah untuk memastikan semua murid di Tahap1 sekolah rendah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Program pendidikan khas • Kumpulan berkeperluan khas merujuk kanak-kanak istimewa. • Sekolah pendidikan khas adalah untuk menempatkan murid kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran dan masalah pembelajaran, manakala Program pendidikan khas integrase merupakan sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khas untuk murid berkeperluan khass. • Program pendidikan inklusif merupakan program pendidikan untuk murid berkeperluan khas yang belajar bersama dengan murid arus perdana yang menempatkan satu hingga lima orang murid berkeperluan khas berada di dalam satu kelas.

Sekolah dalam hospital • Program sekolah dalam hospital merupakan konsep baharu dalam system pendidikan di Malaysia. Antara objektif penubuhan sekolah dalam hospital adalah seperti yang berikut:  menyediakan pendidikan yang formal dan berstruktur dalam persekitaran yang kondusif secara santai (fun learning) bagi murid yang sedang dirawat di hospital  Menyokong dengan memberikan rangsangan kepada murid untuk meneruskan pembelajaran supaya tidak tercicir dalam pelajaran.  Menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada semua peringkat umur kanak-kanak yang bersekolah tanpa batasan tempat dan keadaan

Sekolah bimbingan jalinan kasih • SBJK merupakan sekolah yang ditubuhkan untuk memberikan pendidikan asas kepada anak-anak jalanan yang tidak mempunyai dokumen, anak yatim piatu dan mereka yang tercicir dari sekolah. • Objektif utama penubuhan sekolah ini adalah Menyediakan akses pendidikan formal dalam persekitaran yang kondusif bagi kanak-kanak jalanan dan terpinggir Mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan penduduk Malaysia  memberikan peluang untuk membentuk laluan kerjaya kepada kanak-kanak jalanan dan terpinggir.

Related Documents


More Documents from "Shaline Vijayan"