Tamadun China

  • Uploaded by: Nurul Izzati Ramadhan
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tamadun China as PDF for free.

More details

  • Words: 2,535
  • Pages: 7
Loading documents preview...
Seni Bina Tamadun China

Seni pembinaan Cina merupakan satu yang unik. Ini kerana reka bentuknya agak berlainan dari tamadun lain, kecuali di sebelah Asia Timur. Secara umumnya seni bina Cina meliputi beberapa bangunan tersendiri seperti istana-istana, tempat ibadah dan taman-taman maharaja. Selain itu kota-kota lama China seperti Anyang dan Changan juga direka berdasarkan pembinaan tembok-tembok besar bagi menghalang kemaraan musuh. Kajian mengenai bangunan-bangunan lama dan tempat tinggal orang Cina telah banyak dibuat oleh ahli arkeologi. Antara tempat yang pernah menjadi kawasan penyelidikan ialah Banpo di luar Xian. Di situ didapati kampung dikelilingi oleh parit; rumah berbentuk segi empat atau bulat, berlantai tanah dan berdinding pagar. Atap disokong oleh tiang bulat yang diletak di dalam rumah dan alangditutupi lapisan yang bercampur tanah liat dan jerami. Pintu masuk rumah di sebelah selatan. Manakala bandar lama seperti Shang terletak berdekatan dengan perja-lanan sungai. Masyarakat bandar pula terdiri dari beberapa kelas. Oleh itu bandar dibahagikan dengan membina dinding-dinding untuk penempatan kelas aristokrat, bangunan upacara, dan pelbagai kumpulan tukang. Manakala dindingdinding bandar diperbuat daripada tanah dan dikelilingi pula oleh parit. Kebanyakan bandar-bandar Cina kemudiannya mengikuti contoh bandar awal Shang. Antara ciri-ciri pentingnya ialah berdinding, dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk kedai dan pedagang, jalan dikakisi dari selatan ke utara dan timur ke barat dan sempadan untuk kawasan keluarga diraja dan aristokrat. Pada peringkat awal penggunaan bahan-bahan untuk pembinaan bangunan boleh didapati di sekitar kawasan pembinaan. Pada zaman Dinasti Chou, jubin-jubin tanah liat digunakan untuk menutup atap. Manakala semasa zaman Negeri-negeri Berperang munculnya penggunaan batu-bata. Walau bagaimana pun penggunaan batu bata ini telah dijumpai lebih awal namunpenggunaannya tidaklah meluas. Manakala rumah diperbuat daripada kayu dengan berdinding dan pembahagian telah diteruskan. Batu bata dan batu digunakan untuk membina kubur, bangunan ibadah dan kadang kala untuk membina jambatan.

Secara keseluruhannya bangunan-bangunan lama China mempunyai beberapa ciri utama. Antaranya ialah: 1 Kebanyakan bangunan lama atau tradisi dibina daripada material kayudan batu bata. 2 Kebiasaannya bag! bangunan-bangunan penting seperti istana-istana dan kuilkuil mempunyai ukiran yang tersendiri. Gambar-gambar patung perti naga, harimau, singa dan sebagainya akan menghiasi perkarangan bangunan tersebut atau diukir di dinding-dinding atau atap bangunan tersebut.

3 Mempunyai tembok yang besar, khususnya istana-istana lama yang dibina akan dipagari oleh tembok besar. 4 Pembinaan bangunan bergantung kepada kepercayaan orang China seperti Yin dan Yang dan Feng Shui. Warna merah merupakan satu kebiasaan bagi bangunan-bangunan utama. Warna ini melambangkan keberanian dan kesejahteraan kepada pemiliknya.

Tamadun China mempunyai seni bina yang unik dari segi struktur, bentuk bumbung, warna yang banyak dipengaruhi oleh tradisi masyarakat Cina. Kayu merupakan bahan binaan struktur utama dan juga medium kesenian seperti ukiran, lukisan dan perhiasan tradisional. Struktur bangunan diperbuat daripada batang kepingan kayu yang disambung dengan rekaan cantuman yang khas dan tanpa dipaku. Tiang pula daripada kayu balak besar, batu kapur, menyokong bumbung dan batu manakala jubin digunakan untuk membuat lantai, dinding, membina makam. Jambatan dan tugu peringatan. Tokong Cina Seni bina China mempunyai empat ciri-ciri yang menunjukkan identiti. Pertama, dagoba iaitu tugu peringatan yang bumbungnya melengkung (kubah) dan berunsur Buddishism. Kedua, padoga iaitu kuil atau bangunan suci yang berbentuk menara dan terdiri daripada banyak tingkat. Ketiga, pavilion iaitu bangunan kecil yang menyerupai pondok sebagai tempat teduhan, bertakafur atau tempat melakukan aktiviti komunikasi sosial. Keempat, stupa iaitu kubah Buddha yang menegak dan bertujuan untuk mengenangkan seseorang yang berjasa atau sebagai tempat kesucian. Semasa Dinasti Han, kota dalam segi empat telah diperkenalkan di mana kota dikelilingi dengan dinding tinggi dan menara ditempatkan pada setiap penjuru kota. Pagoda telah diperkenalkan semasa kemasukan agama Buddha ke Negara China. Contoh pagoda termasuklah Pagoda Songyue yang terbina 1400 tahun dahulu dan Pagoda Forest yang bersebelahan dengan kuil Shaolin.

China, negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia, dengan jumlah populasi mencecah 1.3 bilion. Negara Tembok Besar ini pernah diperintah oleh maharaja dinasti sejak 5000 tahun dahulu sehingga menjadi sebuah negara republik pada 1912. Pada era pemerintahan Dinasti Tang, dakwah Islam mula bertapak di bumi China dan menambat hati sebilangan rakyatnya. Hingga kini, bilangan penganut Islam melebihi 30 juta orang. Tidak banyak fakta tentang masyarakat Islam di China yang dipaparkan oleh media. Kejayaan dan keutuhan ajaran Islam yang berkembang di bawah sistem pemerintahan komunis ini juga masih misteri. Buku ini membongkar dan mendedahkan rahsia ini. Di sebalik lingkaran kemegahan tembok besar dan legasi dinasti maharaja China, tersembunyi lipatan sejarah kegemilangan Islam di benua Asia. Bermula daripada kedatangan delegasi Saad bin Abi Waqas yang disambut baik oleh Maharaja Yung Wei dari Dinasti Tang, Islam bertapak dan terus subur berkembang di bumi China. Walaupun empayar maharaja silih berganti hingga

era pemerintahan republik komunis, sinar Islam tidak pernah pudar. Malah, sejak 618 M hingga kini, dakwah Islam yang dibawa oleh sahabat Nabi Muhammad terus kukuh di bawah acuan budaya dan nilai yang tersendiri sebilangan rakyat China.

ISLAM DI CHINA- Islam merupakan salah satu agama yang popular dianuti oleh orang Cina. Islam dipercayai telah datang ke China pada abad ke-17.- Kini terdapat 17 juta penganut Islam di China dan mereka terdiri daripada bangsa Hui, Uygur, Khazag, Dongxiang, Khirgiz, Salar, Tajik, Uzbek, Bao’an dan Tartar.- Terdapat lebih daripada 26,000 masjid dengan 4,000 orang imam di China. Catatan-catatan Tentang Islam di China- Kehadiran 4 orang pendakwah di China semasa era Dinasti Tang (Maharaja Wu-Ti) iaitu: 1. 1. Su-ha-pai Kan-kon-syih (Saad b. Abd. Qais). 2. Kai-su (Qais bin Hudhafah). 3. Wu-ai-su (Urwah bin Abi Uthman). 4. Wan-ko-ssu (Abu Qais bin Al-Harith). - Kehadiran Sulaiman (yang dihantar oleh Hisyam bin Abdul Malik – khalifah Bani Umaiyyah) pada tahun 725 masehi mengadap Maharaja Tang Xuan Zong (Dinasti Tang).Pada tahun 1224, seorang Islam – Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Kewangan Dinasti Yuan.- Syed Ajall (Umar Shamsuddin) dari Bukhara dilantik sebagai Gabenor Wilayah Yunnan.- Syed Ali Akhbar yang mendiami Peking ( Beijing) sejak abad ke-15 menceritakan tentang kehidupan orang Islam di seluruh China. Pembesar dan Ulama Islam di China- Cheng Ho- Ma Huan – menghasilkan buku Ying Yai Syeng Ian.- Liu Zhi – penulisan buku ilmu tauhid, falsafah, sirah Nabi Muhammad dan lain-lain. Karya beliau yang terulung Tien Fang hsing li. Buku ini mengandungi hal berkaitan kosmologi, kejadian alam, kejadian makhluk dan keEsaan Allah.- Ma Hua-Lung – pemimpin masyarakat Islam di China dan menjadikan Chin-chi-pu sebagai pusat perkembangan Islam. Sumbangan Islam Terhadap Ilmu Sains dan Teknologi a. Bidang Perubatan - Banyak bahan perubatan dari Arab dibawa masuk ke China. - Penulisan buku perubatan oleh seorang Islam bernama Li Xun. - Buku Hui Yao (kaedah perubatan Muslim). - Li Shu Sao menjalankan perniagaan perubatan. Yang Fen de (1833-1899) mendirikan gedung perubatan – sehnyang chiejin tan. - Bai yin sheng (1889-1963) mendirikan farmasi – Huaxi da yao fa. - Ma yinsheng (1899-1984) pakar doctor wanita. - Yang tuan shen (1898-1953) mendirikan klinik kesihatan untuk bangsa Hui. - Buku perubatan mata Bu Chi Fad an Ben Chao Kan Mu – menggunakan kaedah perubatan Islam.

b. Bidang Astronomi dan Matematik- Kaedah perkiraan dari Arab dibawa masuk ke China yang dikenali sebagai xiyi Lishu.- Penggunaan calendar Islam.- Penciptaan peralatan astronomi oleh seorang Islam (Jamaluddin) iaitu alat melihat cuaca, alat bumi, alat bebola langit, alat rata lengkongan dan alat curang lengkongan. c. Bidang Ketenteraan- Afendi Shamsudin mencipta meriam Hui Hui dan meriam Xiyi. d. Bidang Ilmu Pengetahuan- Pembinaan masjid dan dewan untuk membaca Al-Quran, taman, perkuburan dan seni bina Islam. e. Bidang Pembinaan Kapal dan Teknik Pelayaran- Ekspedisi pelayaran oleh orang Islam di China melintasi Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Pelayaran ini menyumbangkan kemahiran ilmu pelayaran dan pembinaan kapal.- Berkaitan dengan ilmu pelayaran lahir pula ilmu astronomi, penggunaan kompas dan kaedah mengukur kedalaman air laut. KesimpulanTamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan agak unik jika dibandingkan dengan tamaduntamadun lain di Asia. Ini memandangkan tamadun China telah maju dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Negara China seharusnya dijadikan contoh kepada negara-negara lain di Asia terutamanya kepada negara Islam. Ini melihat kepada sabda Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi ”tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China”. Soalan PBL 1. Pada pendapat anda, apakah elemen yang paling penting dalam tamadun China? 2. Apakah kelebihan yang ada pada tamadun China jika dibandingkan dengan tamadun Asia yang lain? 3. Bincangkan mengapakah Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan umatnya agar menuntut ilmu walaupun sehingga ke negeri China. Mengapa tidak negara Arab, India atau Amerika? RujukanAzhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor, Zulkarnain Abd. Rahman (ed), TITAS KERTAS 2, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2000. Gernet, Jacques, A History of Chinese Civilization, London:Cambridge University Press, 1996. Morton, W.Scott, China: It’s History and Culture, New York, McGraw Hill, 1995. Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1999. Osman Bakar, Calssifiacation of Knowledge in Islam: A Study in Islamic Philosophy of Science, Kuala Lumpur:Inst.For Political Research. Wang, Gungwu, The Chineseness of China, Selected Essays, Hong Kong:Oxford University Press, 1991.

Jumlah umat Islam meningkat dengan pesat di China bermula pada hujung tahun 1960-an. Menurut banci penduduk yang dijalankan di seluruh negara pada tahun 2006, jumlah umat Islam di Tanah Besar China lebih daripada 20 juta orang. Sekarang ini, di mana sahaja ada kawasan kediaman masyarakat Islam, di situ terdapatlah masjid yang berbeza-beza saiznya. Menurut statistik rasmi, di China sekarang ini terdapat lebih daripada 17 ribu buah kuil dan biara agama Buddha, lebih daripada 1500 buah kuil pengikut fahaman Tao, lebih daripada 4600 buah gereja Katholik dan lebih daripada 12 ribu gereja Kristian, manakala jumlah masjid mencatat lebih daripada 30 ribu buah. Selain membina masjid yang baru, kerajaan China juga memperuntukkan dana untuk membina semula atau membesarkan masjid yang sedia ada di pelbagai tempat untuk menampung lebih ramai penganut yang melaksanakan ibadat bersama-sama. Dengan ekonomi yang berkembang pesat di China, taraf hidup rakyat semakin meningkat. Begitu juga dengan taraf hidup umat Islam. Pada masa ini, penganut Islam yang sudah mampu berbelanja untuk membina masjid. Contohnya, Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat Kumpulan Farmaseutikal Xiuzheng, Xiu Laigui dan isterinya, iaitu pasangan penganut agama Islam yang telah melabur lebih 4 juta Yuan RMB untuk membina Masjid Tonghua di provinsi Jilin. Masjid yang luasnya lebih daripada 1400 meter persegi itu siap dibina pada tahun 2006. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah umat Islam China yang mampu menunaikan fardu haji ke Mekah juga terus meningkat. Jumlah tersebut mencecah 10 ribu orang buat kali pertamanya pada tahun 2007. Menurut pegawai dari Jabatan Agama Provinsi Gansu, umat Islam di sana yang menunaikan fardu haji ke Mekah dengan menyertai jemaah haji dari China pada tahun 1985 hanya berjumlah lebih 10 orang sahaja. Manakala pada tahun ini, jumlah mereka telah mencecah hampir 2500 orang, mencipta rekod baru dalam sejarah provinsi itu. Persatuan Islam China telah menubuhkan jabatan khas pada bulan Mei lalu untuk menguruskan hal ehwal jemaah haji demi memberikan bantuan kepada umat Islam China yang menunaikan fardu haji ke Mekah. Persatuan itu bukan sahaja menyediakan penterjemah dan doktor untuk mengiringi jemaah haji, malah menghantar petugasnya ke Mekah lebih dulu untuk mengatur penginapan dan kemudahan pengangkutan untuk memastikan umat Islam China dapat menunaikan fardu haji dengan lancar di sana. Selain itu, budaya Islam juga berkembang dengan baik di China pada masa ini. Muzium Etnik Hui China-muzium pertama yang mempamerkan budaya Islam di China telah dibuka di Wilayah Autonomi Hui Ningxia pada bulan September lalu. Sejarah etnik Hui, agama, budaya, adat resam, tokoh dalam sejarah dan perkembangan etnik Hui serta maklumat tentang sejarah dan budaya agama Islam di dunia dipamerkan di muzium itu menerusi gambar, tulisan, artifak, arca, audio dan video. Kesimpulannya, kita boleh lebih mengetahui tentang tamadun islam di china melalui laporan ini. Dari masa dahulu sehingga masa sekarang, umat islam di China telah melakukan perubahan yang lebih maju dan berteknologi. Malah mereka juga memberi banyak sumbangan kepada negara china.

SAINS DAN TEKNOLOGI CHINA - Asas penting perkembangan sains dan teknologi. China menggunakan Konsep Yin dan Yangb dan Teori Lima Unsur. Bidang-bidang Utama Perkembangan Ilmu Sains di China: a) Bidang Perubatan- Bermula sejak kurun ke-2 masehi.- Karya perubatan yang terkenal i.) Inner Cannon (Nei Ching) – rekod teori-teori perubatan China. ii) Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine – teori dan falsafah perubatan China klasik – kelebihan akupunktur, herba, diet dan senaman. iii) Treaties on Diseases Caused by Cold Factors – ditulis oleh Chang Chung Ching. iv) Material Medica – ditulis oleh Li Shih Chen merupakan ensaiklopedia yang mengandungi hamper 2,000 jenis perubatan.

b) Bidang Matematik- Dua karya matematik yang terkenal i.) Chou Pei Suan King – mengenai calendar, cara tentukan masa melalui baying. ii) Chiu Chan Suan Shu – mengandungi 9 bab mengenai ilmu kira-kira, ukuran dan teori matematik.- Ahli matematik China yang terkenal 1. Liu Hiu 2. Li Zhi 3. Li Shanlan c) Bidang Astronomi- Dinasti Chou – pembuatan catalog bintang, kejadian gerhana, komet dan penggunaan gnomon dan clepsydra. Sumbangan Tamadun China di Bidang Sains dan Teknologi Alkimia, kompas, serbuk letupan, kertas, percetakan dan seismoskop. ISLAM DI CHINA - Islam merupakan salah satu agama yang popular dianuti oleh orang Cina. Islam dipercayai telah datang ke China pada abad ke-17. Kini terdapat 17 juta penganut Islam di China dan mereka terdiri daripada bangsa Hui, Uygur, Khazag, Dongxiang, Khirgiz, Salar, Tajik, Uzbek, Bao’an dan Tartar. Terdapat lebih daripada 26,000 masjid dengan 4,000 orang imam di China. Catatan-catatan Tentang Islam di China. Kehadiran 4 orang pendakwah di China semasa era Dinasti Tang (Maharaja Wu-Ti) iaitu: a) Su-ha-pai Kan-kon-syih (Saad b. Abd. Qais). b) Kai-su (Qais bin Hudhafah). c) Wu-ai-su (Urwah bin Abi Uthman). d) Wan-ko-ssu (Abu Qais bin Al-Harith). Kehadiran Sulaiman (yang dihantar oleh Hisyam bin Abdul Malik – khalifah Bani Umaiyyah) pada tahun 725 masehi mengadap Maharaja Tang Xuan Zong (Dinasti Tang). Pada tahun 1224, seorang Islam .Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Kewangan Dinasti Yuan. Syed Ajall (Umar Shamsuddin) dari Bukhara dilantik sebagai Gabenor Wilayah Yunnan. Syed Ali Akhbar yang mendiami Peking (Beijing) sejak abad ke-15 menceritakan tentang kehidupan orang Islam di seluruh China. Pembesar dan Ulama Islam di ChinaCheng Ho. Ma Huan menghasilkan buku Ying Yai Syeng Ian. Liu Zhi ialah penulisan buku ilmu tauhid, falsafah, sirah Nabi Muhammad dan lain-lain. Karya beliau yang terulung Tien Fang hsing li. Buku ini mengandungi hal berkaitan kosmologi, kejadian alam, kejadian makhluk dan keEsaan Allah. Ma Hua-Lung – pemimpin masyarakat Islam di China dan menjadikan Chin-chi-pu sebagai pusat perkembangan Islam. Sumbangan Islam Terhadap Ilmu Sains dan Teknologi a. Bidang Perubatan. Banyak bahan perubatan dari Arab dibawa masuk ke China. Penulisan buku perubatan oleh seorang Islam bernama Li Xun. - Buku Hui Yao (kaedah perubatan Muslim). - Li Shu Sao menjalankan perniagaan perubatan. Yang Fen de (1833-1899) mendirikan gedung perubatan sehnyang chiejin tan. Bai yin sheng (1889-1963) mendirikan farmasi – Huaxi da yao fa. - Ma yinsheng (18991984) pakar doctor wanita. - Yang tuan shen (1898-1953) mendirikan klinik kesihatan untuk bangsa Hui. - Buku perubatan mata Bu Chi Fad an Ben Chao Kan Mu – menggunakan kaedah perubatan Islam. b. Bidang Astronomi dan Matematik- Kaedah perkiraan dari Arab dibawa masuk ke China yang dikenali sebagai xiyi Lishu.- Penggunaan calendar Islam.- Penciptaan peralatan astronomi oleh seorang Islam (Jamaluddin) iaitu alat melihat cuaca, alat bumi, alat bebola langit, alat rata lengkongan dan alat curang lengkongan. c. Bidang Ketenteraan- Afendi Shamsudin mencipta meriam Hui Hui dan meriam Xiyi. d. Bidang Ilmu Pengetahuan- Pembinaan masjid dan dewan untuk membaca AlQuran, taman, perkuburan dan seni bina Islam.

e. Bidang Pembinaan Kapal dan Teknik Pelayaran- Ekspedisi pelayaran oleh orang Islam di China melintasi Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Pelayaran ini menyumbangkan kemahiran ilmu pelayaran dan pembinaan kapal.- Berkaitan dengan ilmu pelayaran lahir pula ilmu astronomi, penggunaan kompas dan kaedah mengukur kedalaman air laut.

Related Documents

Tamadun China
January 2021 0
Tamadun China
January 2021 0
Tamadun China
January 2021 0
Tamadun China
January 2021 0
Titas Tamadun China
January 2021 0

More Documents from "Faiez Lee"

Tamadun China
January 2021 0
Matriks Transpose
February 2021 1
Ppt Transplantasi Organ
January 2021 1