Ternakan Arnab Pedaging Kaf Malaysia - Agro Bank

  • Uploaded by: hasyirin adha
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ternakan Arnab Pedaging Kaf Malaysia - Agro Bank as PDF for free.

More details

  • Words: 2,761
  • Pages: 12
Loading documents preview...
_____________________________________________________________________________________

PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI PERTUBUHAN KAMI ANAK FELDA MALAYSIA (KAF) WILAYAH TROLAK 1.0

TUJUAN

Kertas ini bertujuan untuk mencadangkan kepada pihak Pengurusan Agro Bank mengenai pembiayaan aktiviti sumber pendapatan baharu Peneroka Felda dan Generasi Baharu Felda iaitu dengan menjalankan aktiviti Penternakan Arnab Pedaging oleh Pertubuhan Kami Anak Felda Malaysia (KAF) Wilayah Trolak.

2.0

MATLAMAT

Matlamat kami ialah untuk mewujudkan sumber pendapatan baharu kepada Peneroka dan Generasi Baharu Felda bersesuaian dengan cadangan kerajaan dalam Kertas Putih yang dibentangkan pada 10 April 2019 di Parlimen oleh Menteri Ekonomi Malaysia.

3.0

OBJEKTIF

Pelaksanaan projek ini akan dapat mencapai perkara berikut:  Menyediakan ruang untuk aktiviti meningkatkan pendapatan Warga Felda melalui aktiviti selain daripada tanaman komoditi.  Mengaktif dan rancangan.

memanfaatkan

penggunaan

tanah-tanah

kosong

dalam

 Memberi ruang kepada individu / badan pertubuhan dalam rancangan untuk berkongsi sama usaha ini.  Mengembangkan aktiviti penternakan arnab pedaging sedia ada.  Membuka ruang kepada peserta memperolehi hasil dalam tempoh yang singkat.

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 1

_____________________________________________________________________________________

4.0

LATAR BELAKANG PROJEK

Di dalam pembentangan Kertas Putih Felda, ”Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)” terdapat usaha untuk melahirkan peneroka baharu yang mahir dan inovatif bagi meningkatkan pendapatan melalui aktiviti pertanian dan ternakan yang menggunakan teknologi baharu seperti smart farming dan precision agriculture, serta keyakinan Yang Berhormat Menteri Ekonomi bahawa Felda mampu untuk bangkit kembali sebagaimana kegemilangannya sebelum ini. Kepimpinan KAF Malaysia rasa terpanggil untuk berkongsi buah fikiran dan usaha bagi merealisasikan usaha tersebut. KAF sebelum ini telah merangka beberapa projek pertanian dan ternakan seperti penanaman nenas, penanaman buah tin dan ternakan arnab untuk dilaksanakan oleh generasi baharu felda di seluruh wilayah. Bertepatan dengan isi kandungan Kertas Putih yang dibentangkan, KAF berhasrat untuk berkongsi cadangan tersebut dengan pihak Pengurusan Felda dan Kerajaan seterusnya bersama-sama menggerakkan usaha membangunkan projek tersebut. Dengan sokongan pihak pengurusan dan kerajaan, kami yakin pelaksanaan projek tersebut akan lebih berkesan dan memberi impak yang besar. Di dalam kertas cadangan ini kami mencadangkan Projek Ternakan Arnab Pedaging sebagai projek yang akan dijadikan sumber pendapatan baharu kerana aktiviti ini mampu dilaksanakan oleh setiap peneroka dan generasi baharu di tanah rancangan. Ia boleh dilaksanakan dalam skala besar atau kecil.

4.1

Senario Semasa Industri Arnab Pedaging

Di Malaysia, mereka yang terlibat dengan ternakan arnab pedaging masih kurang dan agak asing bagi masyarakat Malaysia memakan daging arnab. Hakikatnya arnab pedaging tidak asing di Negara Eropah seperti Perancis, Itali, German, Belgium. Kanada, Amerika Syarikat, Jepun dan Afrika. Daging arnab menjadi sumber protein dan diet utama dalam menu pemakanan mereka. Walaupun di Malaysia penggunaan daging arnab dalam menu pemakanan rakyatnya agak kurang popular, kami tidak menganggap itu sebagai halangan untuk melaksanakan aktiviti penternakan arnab pedaging. Kami mengambil senario ini sebagai peluang di mana ia menunjukkan bahawa ruang pasaran daging arnab yang masih luas dan terbuka. 4.2

Fakta Daging Arnab

Kajian oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melalui bukunya Penternakan Arnab (1995), menyatakan bahawa daging arnab mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan berbanding dengan _____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 2

_____________________________________________________________________________________

daging-daging lain. Di samping rasanya yang enak, daging arnab mempunyai kadar lemak yang sangat rendah, tinggi protein dan sangat sesuai dijadikan pengganti kepada daging-daging lain seperti ayam, lembu dan kambing. Tidak mustahil daging arnab akan menjadi salah satu sumber makanan yang akan diterima baik oleh rakyat Malaysia. Kandungan Nutrien Daging Arnab: Tenaga : 160kcal Crude Protein : 18% Lemak : 7.1% Kolesterol : 136mg / 100gm Air : 71% Terkandung juga vitamin B3 & B12, mineral dan asid amino. 4.3

Khasiat dan Faedah Lain Daging Arnab

Menjalankan penternakan arnab pedaging secara komersial akan membuka ruang pelbagai pihak membuat kajian lebih mendalam berkaitan khasiat lain yang terkandung dalam daging arnab. Antara khasiat daging arnab yang diperkatakan hari ini: 4.3.1 Mengatasi masalah pencernaan kerana ia mudah hadam. 4.3.2 Mengawal tekanan darah tinggi dan kandungan uric asid. 4.3.3 Mengawal implikasi asthma dan demam malaria. 4.3.4 Memperbaiki sel-sel dalam tubuh. 4.3.5 Meningkatkan kecerdasan otak. 4.3.6 Mengawal kebuncitan perut. 4.3.7 Berkhasiat untuk meningkatkan tenaga batin golongan lelaki. 4.3.8 Hempedunya baik untuk kesuburan wanita. 4.3.9 Tulang arnab boleh menjadi sumber kolagen. 4.3.10 Kulit arnab boleh digunakan untuk menghasilkan kraf. 4.3.11 Tinja arnab sangat sesuai untuk baja tumbuhan. 4.3.12 Telinga arnab sesuai sebagai makanan basah haiwan peliharaan.

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 3

_____________________________________________________________________________________

4.4

Kenapa Ternakan Arnab Pedaging

Kami merujuk kepada pengusaha ternakan arnab pedaging di beberapa tempat. Antara faktor yang menyebabkan kami berusaha untuk menjayakan projek ternakan arnab pedaging dan seterusnya mencadangkan kepada pihak pengurusan dan kerajaan untuk dijadikan sebagai sumber baharu pendapatan peneroka dan generasi baharu felda ialah: 4.4.1 Kos Operasi permulaan yang rendah. 4.4.2 Kos operasi dan penjagaan yang minima 4.4.3 R.O.I (titik pulang modal) yang cepat 4.4.4 Keperluan ruang yag kecil dan tidak panas 4.4.5 Produktif - Kadar kelahiran yang tinggi (purata 7 ekor & sehingga 10 kelahiran setahun) dan dalam tempoh yang singkat (tempoh bunting 30 hari). 4.4.6 Tempoh matang (sedia untuk dijual) yang cepat (60 hari) 4.4.7 Harga pasaran yang kompetitif 4.4.8 Pasaran yang masih luas (dalam negara & luar negara). 4.4.9 Mempunyai potensi membangunkan industi hiliran yang luas.

5.0

METHOD PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI

Tenakan arnab pedaging komuniti ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua komuniti melibatkan diri dalam industri ternakan arnab pedaging. Satu method dicadangkan bagi membolehkan peserta menuai hasil yang cepat dengan risiko yang rendah (rujuk SOP) 5.1

Penternakan Rezeki Di Laman Rumah

Aktiviti penternakan di laman rumah ini boleh dilaksanakan oleh peneroka atau generasi baharu felda di laman belakang atau hadapan rumah masing-masing. Pakej akan bermula dengan seekor arnab jantan dan 5 ekor arnab betina sebagai induk. Arnab mampu melahirkan anak dari 5 hingga 12 belas ekor. Dengan anggaran setiap ekor induk akan melahirkan 7 ekor anak, ia akan menghasilkan sejumlah 35 ekor anak daripada lima ekor induk. Anak-anak arnab ini boleh dijual kepada grower pada umur 2 bulan dan berat 1kg dengan harga RM20.00 seekor kepada KAF ataupun jualan terus dengan harga RM40 seekor. Peserta juga boleh terus membela arnab tersebut sehingga matang _____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 4

_____________________________________________________________________________________

sekiranya ingin mendapatkan pendapatan yang lebih (harga pasaran induk RM200 seekor).

5.2

Anggaran Kos Aktiviti Penternakan di Laman Rumah

Berikut ialah anggaran kos bagi memulakan aktiviti penternakan di laman rumah: 5.2.1 Baka – Arnab pedaging 1 x Arnab Jantan 5 x Arnab Betina (RM200.00 x 6 ekor) - RM1200.00 5.2.2 Sangkar Lengkap dengan sistem pemakanan – RM1,660.00 5.5.3 Bekalan makanan sehingga jualan pertama – RM240.00 5.5.4 Latihan & praktikal (2 hari 1 malam) – RM700.00 5.5.5 Bekalan Ubat – RM200.00 5.5.6 Jumlah anggaran kos permulaan ialah RM4,000.00

5.3

Insentif Kepada Peserta

Peserta yang menyertai program ini akan menikmati insentif berikut: 5.3.1 Latihan teori dan praktikal sehingga peserta mahir mengendalikan aktiviti penternakan. 5.3.2 Aktiviti promosi yang akan diadakan oleh KAF Wilayah Trolak. 5.3.3 Kerjasama oleh KAF Wilayah Trolak dengan 10 Wilayah Felda di seluruh Malaysia. 5.3.4 Belian semula hasil. 5.3.5 Potensi pasaran yang akan dimainkan oleh KAF Wilayah Trolak secara berterusan. 5.3.6 Kempen penternakan arnab di rancangan-rancangan yang akan digerakkan oleh KAF Wilayah Trolak.

5.4

Ternak Sendiri

Peserta akan melaksanakan projek dengan cara menternak sendiri di laman rumah. Dalam tempoh ini peserta akan diberi peluang untuk mengikuti ”on the job training” di tempat grower.

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 5

_____________________________________________________________________________________

5.5

Mewujudkan Team mentor / Grower di Setiap Rancangan Atau Zon

Bagi memudahkan pemantauan aktiviti penternakan, team mentor atau grower akan diwujudkan di setiap zon – 5 zon. Pasukan ini dicadang diwujudkan secara berkumpulan / berkelompok. Kami memikirkan bahawa aktiviti yang dijalankan secara berkelompok adalah lebih berkesan dan lebih berdaya saing. 5.5.1 Bagi setiap team mentor / grower akan mewujudkan sekurangkurangnya 20 orang penternak di laman rumah di setiap zon bagi memperolehi bekalan arnab pedaging berjumlah 2,000 ekor sebulan. 5.5.2 Team mentor / grower akan dikenalpasti dan dilatih di kalangan ahli KAF bagi memudahkan pemantauan dibuat oleh KAF Wilayah Trolak. 5.5.3 Modal awal yang diperlukan bagi membangunkan team mentor / grower ialah sekitar RM15,000.00. Perinciannya sebagaimana di lampiran 1. 5.6

Mewujudkan Hubungan Dengan Agensi / Jabatan Pemberi Khidmat Nasihat.

Selain daripada Agro Bank sebagai pembiaya, kami juga mendapatkan khidmat nasihat dari agensi dan jabatan seperti Veterinar, FAMA, SIRIM bagi menjayakan program ini. Agensi / jabatan dibawah Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Exco Luar Bandar di negeri terlibat juga akan dirujuk.

5.7

Kempen Menternak Arnab Kepada Penduduk Rancangan

Antara fasa yang tidak kurang pentingnya dalam projek ini ialah untuk menggalakkan penduduk rancangan turut serta menjalankan aktiviti penternakan. Kempen menternak arnab pedaging akan dijalankan sebagai salah satu usaha mempelbagaikan sumber pendapatan peneroka / generasi baharu Felda kerana mudah,cepat & tidak perlu berpanas.

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 6

_____________________________________________________________________________________

5.8

Titik Pulang Modal

Arnab boleh melahirkan antara 5 hingga 12 ekor / induk. Dengan mengandaikan kelahiran adalah 7 ekor setiap induk dan umur boleh jual (bercerai susu) ialah 2 bulan, titik pulang modal di jangkakan seperti berikut: Harga belian KAF 35 ekor x RM20.00 = RM700.00 RM4,000.00 / 700 = 6 bulan + 2 bulan Harga pasaran 35 ekor x RM40.00 = RM1400.00 RM4,000.00 / 1400 = 3 bulan + 2 bulan *Titik pulang modal untuk aktiviti penternakan di laman rumah ialah 8 bulan bagi jualan terus kepada KAF atau 5 bulan jika dijual terus, di mana hasil mula di tuai di bulan ke 3.

6.0

PEMBIAYAAN PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING DI LAMAN RUMAH Pembiayaan merupakan elemen penting bagi menjayakan projek ternakan ini. KAF mencadangkan pembiayaan sebanyak RM4000 dengan tempoh pinjaman selama 24 bulan. dan tempoh bayaran semula pada bulan ke 7 memandangkan hasil hanya akan dituai pada bulan ke 3. 6.1

Cadangan pembiayaan sebanyak RM4000 untuk tempoh pinjaman selama 24 bulan serta bayaran semula pada bulan ke 7.

*Bagi pembiayaan melalui pinjaman, KAF Wilayah Trolak akan memastikan bayaran bulanan di buat oleh peserta.

7.0

PEMBIAYAAN PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING OLEH MENTOR / GROWER

Grower merupakan entiti utama yang akan mengurus perjalanan ternakan arnab di laman rumah. Selain daripada mengurus, grower juga bertanggungjawab untuk melahirkan penternak laman, melatih peserta dan mengumpul hasil ternakan peserta disetiap rancangan. Dicadangkan supaya setiap zon akan ada seorang grower. Adalah dicadangkan kos pembangunan pusat grower ini juga dibiayai oleh Agro Bank. Anggaran modal permulaan yang diperlukan untuk memulakan sebuah pusat grower sebagaimana di lampiran 1. _____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 7

_____________________________________________________________________________________

8.0

RANCANGAN PENGURUSAN

Aktiviti ini merupakan pembangunan projek baharu atau pengembangan kepada projek sedia ada yang memungkinkan ia beralih kepada satu projek berskala besar yang melibatkan komuniti. Pengurusan bagi projek ini akan di pecahkan kepada tiga bahagian iaitu bahagian pentadbiran dan pengurusan, bahagian pengeluaran (produksi) dan bahagian pembangunan pemasaran. Bahagian-bahagian lain boleh diwujudkan mengikut keperluan. 8.1

Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Bahagian ini akan bertanggungjawab menguruskan keahlian kelompok, peserta ternakan di laman rumah, menguruskan pinjaman dari serta pembayaran kepada Agro Bank bagi membantu pembangunan aktiviti kelompok ini.

8.2

Bahagian Pengeluaran Bahagian ini akan fokus kepada pembangunan kaedah ternakan (amalan baik) untuk menternak arnab pedaging dengan kos yang paling minima. Bahagian ini juga akan bertanggungjawab untuk memberi latihan kepada peserta ternakan di laman.

8.3

Bahagian Pembangunan dan Pemasaran Bahagian ini bertanggungjawab untuk mengenalpasti pasaran dan kaedah pembungkusan produk (presentation). Kebanyakan produk Industri Kecil dan Sederhana mempunyai masalah jualan produk. Oleh itu menjadi keperluan kepada projek ini untuk diwujudkan bahagian khas yang akan mengenalpasti dimanakah produk hendak dijual.

Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk membangunkan kepelbagaian produk yang berasaskan daging arnab atau lebih tepat akan melaksanakan aktiviti Research and Development (R & D)

9.0

RANCANGAN PEMBANGUNAN PEMASARAN 9.1

Analisa Pemasaran Hasil maklumat daripada pemain industri yang agak terhad, pasaran daging arnab masih terbuka ekoran aktiviti penternakan yang masih kurang. Oleh itu produk ini perlu diperkenalkan kepada masyarakat ekoran ia bukanlah sumber makanan yang menjadi makanan asasi atau makanan yang biasa dimakan oleh masyarakat kita seperti ayam dan

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 8

_____________________________________________________________________________________

ikan. Namun demikian, daging arnab merupakan salah satu sumber protein yang tinggi. Kami mengambil positif kepada situasi ini di mana ia sebenarnya merupakan peluang kepada KAF untuk mengembangkan kepada masyarakat mengenai pengambilan daging arnab sebagai sumber protein. 9.2

Strategi Pemasaran

Pendekatan yang kami gunakan untuk mengatur berikut:

pemasaran adalah seperti

9.2.1 Sasaran utama pemasaran ialah dengan memasuki pasaran industri berasaskan daging seperti industri makanan segera (burger), Sate dan lain-lain peruncit serta pasaran luar negara seperti negara timur tengah. 9.2.2 Membangunkan produk sebagai produk sejuk beku yang berkualiti. Ahli terpilih akan dihantar ke kursus pembangunan produk sejuk beku.

9.2.3 Membekalkan kepada pasaraya tempatan, hotel & restoren. 9.2.4 Mensasarkan gerai-gerai runcit & Dmart di seluruh rancangan Felda sesuai dengan kempen pemakanan sihat (mengambil contoh Brunei yang menggalakkan rakyatnya mengambil daging arnab sebagai sumber protien) 9.2.5 Minimum Oder Quantity akan diperkenalkan kepada peruncit. 9.2.6 Diskaun tunai akan diperkenalkan bagi menggalakkan pembelian secara tunai. 9.3

Harga

Harga pasaran daging – RM35/kg Harga pasaran hidup arnab berumur 2 bulan – RM20 - RM40 Harga pasaran arnab dewasa – RM150 – RM250 Harga makanan berasaskan arnab – RM80/kg

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 9

_____________________________________________________________________________________

9.4

Rancangan Jangka Pendek Dan Jangka Panjang Jualan 9.4.1 Rancangan Jangka Pendek Untuk jangka pendek jualan terus akan dibuat kepada masyarakat sekitar. KAF akan pergi kepada pemain industri makanan segera seperti Ramly Burger, Azmy Burger, Sate Haji Samuri dan lain-lain untuk mempromosikan daging arnab ini. Juga kepada pengeluar makanan haiwan (wet food).

9.4.2 Rancangan Jangka Panjang Bagi rancangan jangka panjang kami akan melaksanakan R & D untuk memproses sendiri daging arnab ini kepada pelbagai produk akhir, seperti kepingan burger, rendang segera dan sebagai produk frozen yang sedia untuk dimasak di mana produk sedemikian menjadi keperluan kepada gaya hidup masyarakat hari ini.

10.0

RANCANGAN KEWANGAN

KAF Wilayah Trolak akan memantau pengurusan kewangan oleh peserta. Untuk kos permulaan projek adalah sebagaimana dilampiran.

11.0

PENGURUSAN RISIKO 11.1

Bekerjasama Dengan Pemain Industri Kerjasama dengan pemain industri penternakan arnab pedaging adalah penting kerana industri ini belum menjadi satu industri sebagaimana ternakan ayam daging dan lain-lain sumber protein. Antara pemain industri yang menjadi rujukan ialah Pusat Ternakan Arnab Haji Ismail di Bukit Badung.

11.2

Khidmat Nasihat Jabatan Veterinar Khidmat nasihat dari jabatan veterinar perlu supaya projek ini akan dapat dipantau dengan sempurna oleh jabatan berkaitan.

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 10

_____________________________________________________________________________________

11.3

Penyediaan “Standard Operation Procedure” (SOP) Bagi menjamin proses ternakan berjalan dengan sempurna, SOP disediakan sebagai rujukan peserta. Melalui SOP proses penternakan akan berjalan mengikut kaedah yang betul.

12.0

PERLAKSANAAN PROJEK

Di Wilayah Trolak yang ada 21 tanah rancangan Felda, kami mencadangkan agar diwujudkan skim Projek Penternakan Arnab Pedaging Komuniti ini 5 zon iaitu di Zon Hulu Selangor, Zon Tengah, Zon Besout, Zon Trolak & Zon Hulu Perak. Setiap rancangan akan membangunkan 5 peserta dengan model Ternakan Rezeki Di Belakang Rumah & 1 Grower disetiap zon. Rancangan Felda serta zon yang terlibat ialah: 12.1

21 Tanah rancangan yang terlibat dengan Program Ternakan Rezeki Di Belakang Rumah ialah; 12.1.1 12.1.2 12.1.3 12.1.4 12.1.5 12.1.6 12.1.7 12.1.8 12.1.9 12.1.10 12.1.11 12.1.12 12.1.13 12.1.14 12.1.15 12.1.16 12.1.17 12.1.18 12.1.19 12.1.20 12.1.21

Felda Sungai Behrang Felda Trolak Utara Felda Trolak Selatan Felda Trolak Timur Besout 1 Besout 2 Besout 3 Besout 4 Besout 5 Sg Klah Sg Tengi Selatan Sg Tengi Soeharto Gedangsa Ijok Lasah Papulut Lawin Utara Lawin Selatan Bersia Nenering

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 11

_____________________________________________________________________________________

12.2

Program Grower pula dicadangkan di 5 zon di bawah; 12.2.1 Zon Hulu Selangor 12.2.2 Zon Tengah 12.2.3 Zon Besout 12.2.4 Zon Trolak 12.2.5 Zon Hulu Perak

13.0 HARAPAN PEDAGING

DAN

POTENSI

MASA

HADAPAN

TERNAKAN

ARNAB

KAF Wilayah Trolak amat yakin bahawa industri ternakan arnab pedaging ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di samping itu, kami yakin bahawa aktiviti industri hiliran akan juga dapat dibangunkan. Antaranya aktiviti pemprosesan daging arnab dan pemprosesan makanan arnab yang kami yakin akan dapat dibangunkan kemudian. Begitu juga arnab sebagai haiwan peliharaan dan kami berhasrat untuk mempopularkan ”Taman Arnab” disetiap rancangan bagi memberi pengetahuan mengenai kepelbagaian fungsi arnab kepada manusia juga menarik minat anak cucu untuk pulang ke kampung. Pihak kami juga sedang berusaha melaksanakan aktiviti industri hiliran di lokasi projekprojek sentuhan kasih yang masih belum dapat di optimumkan pengeluaran hasil dan aktiviti-aktiviti ekonomi melalui kemudahan yang disediakan oleh pihak Pengurusan Projek Sentuhan Kasih.

14.0

PENUTUP

Kami berharap projek ini akan dapat dijayakan seterusnya menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi masyarakat rancangan khususnya generasi baharu Felda. Ternakan arnab yang mampu menjana tuaian hasil dalam masa yang singkat di samping peluang pasaran yang luas menjadikan ia sangat bersesuaian dijadikan sebagai sumber pendapatan baharu kepada peneroka dan generasi baharu Felda. Semoga usaha kami ini beroleh sokongan dari semua pihak. Kami juga berharap agar JKKR/MPKK, GPW dan lain-lain pertubuhan dalam rancangan dapat bersama-sama kami dalam menjayakannya projek ternakan arnab pedaging ini.

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 12

Related Documents


More Documents from "DataGroup Retailer Analysis"