Implikasi Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

  • Uploaded by: Nur Wahidah Md Redzuan
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Implikasi Perkembangan Pendidikan Di Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 913
  • Pages: 5
Loading documents preview...
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALASIA (EDU 3101)

TAJUK: IMPLIKASI PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA NAMA : NADHIRATUL AKMAL BINTI AHMAD MAZUKI NUR WAHIDAH BINTI MOHAMED REDZUAN UNIT : J18 PENSYARAH PEMBIMBING : TUAN HAJI ZAHARI BIN SARJI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENGENALAN

Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas.

Manakala

falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju, atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Dalam hal ini, falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan Timur, dan falsafah pendidikan Barat telah dijadikan panduan dalam

pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Falasafah pendidikan Islam adalah berasaskan ajaran Al-Quran. Pendidikan menurut agama Islam merupakan usaha-usaha membaiki diri supaya membentuk sifat-sifat kesempurnaan sebagai seorang manusia yang beriman, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan beramal ikhlas. Manakala Falsafah Pendidikan Barat mempunyai mazhab-mazhab dan model-model tersendiri. Antaranya perenialisme, essensialisme, progresivisme, rekontrusktivisme dan eksistensialisme.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA Jika dinilai perbandingan antara Falsafah-falsafah pendidikan Barat, Timur atau Islam, falsafah pendidikan di Malaysia adalah suatu falsafah yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Walaubagaimanapun, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mengandungi sebahagian unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan Barat, Timur dan Pendidikan Islam. Jika kita lihat sedalam–dalamnya falsafah pendidikan di Malaysia, ia telah digubal oleh ideologi–ideologi negara berinspirasikan Falsafah Pendidikan Islam. Cuba kita renungkan bersama, Falsafah Pendidikan Islam seperti yang di bawah : “Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berteraskan al-Quran dan As-sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup

sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat “ Manakal FPK pula berteraskan kepada konsep kesepaduan antara intelek, emosi, rohani dan jasmani telah diwujudkan. FPK ini berbunyi : “Pendidikan

di

Malaysia

adalah

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai ksejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Jelas sekali, kita telah mencedok sebahagian besar daripada ideologi ahli falsafah Islam yang membentuk falsafah tersebut. Di sini, jelas sudah terbukti yang falsafah Pendidikan Islam telah memberi impak serta terselit dengan nyata implikasinya terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Usaha mewujudkan FPK ini secara langsung menunjukkan bagaimana teori menyepadukan antara elemen roh, jasad dan akal yang bakal menghasilkan manusia yang mempunyai keseimbangan emosi telah diterapkan dalam sektor pendidikan di Malaysia sehingga kepada asas yang paling kukuh sekali. Bagi menghidupkan FPK ini, dua bentuk kurikulum baru yang mengamalkan sistem pendidikan bersepadu, Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Berasaskan Sekolah Menengah (KBSM) telah diwujudkan. Kedua-dua KBSR dan KBSM ini memberikan penekanan asas kepada usaha pembentukan sahsiah, peribadi, emosi dan semangat tanggungjawab kepada diri, masyarakat dan alam sekitar. Di dalam pembentukan KBSR dan KBSM ini penekanan yang lebih seimbang diberikan kepada bidang fardu Ain dan Kifayah. Ternyata Falsafah Pendidikan Islam

memberi impak yang besar terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Namun, menjelang tahun 2011 sistem kurikulum KSSR telah diperkenalkan dan digunakan secara beriringan dengan sistem kurikulum KBSR. Selain itu, jika diperhatikan dari sudut barat pula, perkembangan pendidikan di Malaysia melihat Falsafah Pendidikan Barat sebagai satu ikutan atau ‘role model’. Falsafah Pendidikan Barat terbahagi kepada dua iaitu, tradisional dan moden. Ia menekankan aspek-aspek perenialisme dan essensialisme. Perennial bermaksud tidak berubah. Atau lebih jelas lagi, sesuatu yang tidak akan berubah. Ia berkonsepkan ciriciri semulajadi manusia bersifat sejagat dan tidak berubah. Matlamat pendidikan bagi falsafah ini pula, mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi atau tidak dan mempunyai had masa. Lebih tertumpu kepada potensi dan rasional individu, lebih pasif, penekanan agama melebihi sains, melatih 3M serta kemahiran mental, dan menaakul. Essensialisme pula berkonsepkan menumpukan perkara-perkara asas sahaja dan perkara ini pula boleh berubah dari masa ke semasa. Ia bersifat praktikal dan pragmatik. Matlamat pendidikannya pula, pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh anak murid kita serta penghayatan budaya. Ia tertumpu kepada inovasi kurikulum sekolah yang dirancang secara sistematik. Guru memainkan peranan utama, latihan intelek dan mental dibekalkan, 3M diterapkan dan nilai-nilai kemasyarakatan ditekankan. Namun sebenarnya FPK dilihat adalah lebih mirip kepada falsafah pendidikan moden iaitu rekonstruktivisme, dimana ia menekankan matlamat pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat keharmonian dan kemakmuran. Ini adalah disebabkan ia berasaskan kepada falsafah progresivisme. Maka falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciri-ciri progresivis medan pragmatisme. Ciri-ciri tersebut boleh dihayati melalui KBSR dan KBSM yang menitikberatkan penggunaan kaedah inkuiri-penemuan dan lebih berpusatkan murid.

Pengajian bidang kemanusiaan, sains tulen dan kurikulum sekolah yang merangkumi pendidikan teknik dan vokasional, adalah dititikberatkan berdasarkan tafsiran falsafah pendidikan berlandaskan progresivisme.

Salah satu fungsi

pendidikan di Malaysia adalah mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, demi membentuk insan yang harmonis dan seimbang. Ini boleh dihayati daripada falsafah pendidikan rekonstruktivisme,konfusianisme, nasionalisme dan internasionalisme.

KESIMPULAN Begitulah, besar sekali implikasi falsafah pendidikan Timur, Islam dan Barat kepada perkembangan pendidikan di Malaysia. Sejarah pendidikan di Tanah Melayu juga ada menjelaskan bahawa, sebelum ia dijajah oleh pihak Inggeris, sistem pendidikan di situ sangat mementingkan suatu proses yang berterusan serta keakhiratan. Namun begitu, setelah didatangi oleh pihak penjajah, sistem pendidikan tersebut secara perlahan-lahan telah diubah mengikut rentak pendidikan di Barat. Walaubagaimanapun, sekarang kita telah mempunyai ramai rakyat yang bijak dan mereka ini telah memilih jalan tengah untuk mencedok idea–idea dari pendidikan Islam, Timur dan Barat.

Related Documents


More Documents from "Amad"