Laporan Amali Sains Sukan Fartlek.docx

  • Uploaded by: Siew Siew Janet
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Amali Sains Sukan Fartlek.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 484
  • Pages: 3
Loading documents preview...
4. (a) Ringkasan butiran aktiviti Tarikh : 7.10.2016 Tempoh: 2:30 p.m. Tempat : Stadium Tun Zaidi, Sibu. Aktiviti : i. Menanda jarak  Jarak antara aktiviti telah diukur dengan menggunakan pita ukur dan seterusnya diletakkan tanda dengan kon. Jarak antara aktiviti latihan yang telah diukur ialah 50m, 200m, 100m dan 40m bagi jarak berjalan pantas, berjoging, lari langkah panjang dan lari pecut. Latihan ini diikuti dengan aktiviti lari naik dan turun tangga iaitu dengan jarak 2 tingkat bangunan. ii. Memanaskan badan dan regangan  Sebelum memulakan latihan, para pelajar yang akan menjalankan amali tersebut telah membuat aktiviti memanaskan badan dan regangan dalam sekumpulan. iii. Pembahagian kumpulan  Pelajar yang menjalankan amali telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan di mana terdapat 5 orang dalam setiap kumpulan. Kumpulan yang terbentuk akan melaksankan latihan pada masa yang sama. iv. Menjalankan aktiviti-aktiviti dalam latihan Fartlek  Berjalan pantas (50m) Pelajar dikehendaki berjalan dengan pantas sebanyak 50m dari garis permulaan.  Berjoging (200m) Pelajar dikehendaki berjoging dengan kelajuan yang sederhana sebanyak 200m.  Larian langkah panjang (100m) Pelajar dikehendaki berlari dengan langkah yang panjang dengan kelajuan yang sederhana sebanyak 100m.

 Lari pecut (40m) Pelajar dikehendaki berlari pecut sehingga tamat jarak 40m. Selepas tamat larian tersebut, pelajar boleh berlari secara perlahan ke stesen latihan yang seterusnya dan meneruskan aktiviti latihan yang berikutnya.  Lari naik tangga (2 tingkat bangunan) Pelajar dikehendaki berlari naik tangga sejarak 2 tingkat bangunan.  Lari turun tangga (2 tingkat bangunan) Pelajar dikehendaki berlari turun tangga sejarak 2 tingkat bangunan. v.

Mencatat masa dan skor dalam bacaan jam randik Tempoh setiap pelajar yang sedang melakukan setiap aktiviti dalam latihan amali akan dicatat oleh seorang pencatat dengan menggunakan jam randik. Setelah tamat latihan, pencatat akan merekodkan masa bagi setiap aktiviti dalam borang aktiviti yang telah disediakan.

vi.

Menyejukkan badan Setelah tamatnya pelaksanaan latihan Fartlek setiap pelajar, kami dikehendaki melakukan aktiviti menyejukkan badan dengan berjoging dalam jangka masa pendek dan diikuti dengan regangan-regangan badan.

vii.

Mengemas peralatan Selepas melakukan aktiviti menyejukkan badan, peralatan yang telah digunakan dalam latihan tersebut telah dikemas. Sebelum meninggalkan tempat latihan, kawasan yang digunakan juga telah dibersihkan.

viii.

Bersurai Kami telah bersurai pada pukul 4:15p.m.

(b) Takrifan latihan Fartlek Latihan Fartlek merupakan suatu kaedah latihan yang melibatkan aktiviti yang dilakukan dengan pelbagai kelajuan. (c) Prinsip-prinsip latihan Fartlek i.

ii. iii. iv. v. vi. vii.

Latihan Fartlek merupakan satu corak latihan bebas di mana jarak dan masa tidak dipentingkan. Atlet adalah bebas untuk menentukan jarak dan kadar kederasan sendiri. Melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum memulakan latihan. Atlet ditegah melakukan aktiviti sehingga lesu atau tidak lagi berupaya. Kadar intensiti latihan mestilah ditingkatkan secara progresif dari satu masa ke semasa. Atlet ditegah berehat sehingga pulih 100%. Rehat pasif patut dielakkan, dan rehat aktif dijalankan seperti berjalan atau berjogging. Spesifikasi pada kesan latihan ditentukan secara khusus seperti penekanan kepada sistem daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot. Aktiviti menyejukkan badan / “cooling down” dilakukan selepas latihan.

Related Documents


More Documents from "ABP J. U"

January 2021 0
Pdf (1)
January 2021 6
Actor Civil
February 2021 0
Manuel_jackielyn_task 3
January 2021 1
February 2021 1