1.0 Konsep Pedagogi Relevan Budaya

  • Uploaded by: Saifu Ismail
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 1.0 Konsep Pedagogi Relevan Budaya as PDF for free.

More details

  • Words: 604
  • Pages: 3
Loading documents preview...
Konsep Pedagogi Relevan Budaya Pedagogi relevan budaya merupakan satu amalan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah menjadi lebih bermakna kepada murid-murid. Dalam amalan ini, penekanan akan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta memupuk nilai-nilai murni bagi menggalakkan perkembangan yang menyeluruh dari aspek kepelbagaian kebolehan murid. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mengambilkira aspek kepelbagaian budaya yang diamalkan oleh murid-murid supaya setiap murid tidak terpinggir dalam proses pembelajaran mereka serta mereka dapat terlibat secara aktif. Dalam konteks sosiologi, konsep kebudayaan dikatakan sebagai cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi dalam sesebuah masyarakat tertentu. Oleh yang demikian, guru bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan murid tanpa ada sikap prejudis terhadap setiap budaya murid yang berbeza-beza tersebut.

Guru-guru

perlulah tahu untuk memilih strategi, teknik atau kaedah yang bersesuaian dengan perbezaan dan kerelevanan budaya yang wujud dalam kalangan murid-murid. Menurut Gloria Ladson Billings (1992), pedagogi relevan budaya ialah pedagogi yang mengupayakan kekuatan intelek, sosial, emosi dan politik murid dengan merujuk budaya dalam menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap. Ini bermakna bahawa pedagogi relevan budaya melibatkan pelbagai aspek keperluan murid murid iaitu intelek, sosial, emosi dan termasuklah politik terhadap murid. Oleh itu,kesemua aspek ini perlu dititikberatkan dalam menyediakan bahan pengajaran kepada murid-murid. Menurut Gay (2000) pula, pendekatan pedagogi relevan budaya merupakan pendekatan yang menggunakan pengetahuan budaya, pengalaman, rujukan dan gaya persembahan yang berbeza-beza mengikut perbezaan etnik murid dan hal ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Beliau menjelaskan bahawa pengetahuan tentang budaya itu sendiri akan membantu murid untuk memahami pembelajaran di samping pengalaman mereka sendiri yang menjadi rujukan kepada mereka serta perbezaan dalam gaya persembahan dalam setiap etnik yang mempunyai keunikan masing-masing. Antara perkara yang diketengahkan Gay (2000) ialah:  Pendekatan ini wajar dimasukkan ke dalam kurikulum.

 Pedagogi relevan budaya dapat menghubungkan pengalaman di rumah dengan pengalaman di sekolah.  Pedagogi relevan budaya menggunakan strategi bimbingan yang meluas serta mampu dikaitkan dengan gaya pembelajaran yang berbeza-beza.  Pendekatan ini juga mengajar murid mengetahui dan menghargai warisan budaya.  Pendekatan ini mampu membekalkan maklumat pelbagai buday, sumber dan bahan dalam semua subjek dan kemahiran yang diajar di sekolah. Ciri-Ciri Pedagogi Relevan Budaya  Pembelajaran yang mampu menghubungkan pengalaman murid di rumah dengan pengalaman di sekolah serta memenuhi tuntutan dan keperluan kurikulum.  Memanfaatkan latar belakang, pengetahua dan pengalaman murid untuk memahami pengajaran guru.  Menjadikan budaya sebagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran.  Meningkatkan perkembangan murid dalam bidang pembelajaran dengan memberi penumpuan membantu dan membimbing murid menguasai kemahiran membaca, menulis, bertutur dan mampu menyelesaikan masalah bersama-sama rakan yang lain.  Kesediaan mempelajari dan menyokong budaya sama ada budaya di sekolah mahupun budaya di rumah. Guru pula berperanan untuk menilai dan membina kemahiran sedia ada pada murid berdasarkan budaya yang dibawa dari rumah.  Guru membantu murid untuk mengenal pasti, mengkritik dan menambah baik ketidaksamarataan sosial melalui pembangunan sosiopolitik dan kesedaran kritikal.

Tindakan Guru Dalam Melaksanakan Pedagogi Relevan Budaya Antara perkara yang perlu dilaksanakan oleh duru dalam melaksanakan pedagogi relevan budaya ialah:  Menerima kepelbagaian latar belakang murid yang berbeza-beza dari segi budaya,etnik, bahasa dan kelas sosial secara positif.  Perlu mengenalpati pendekatan- pendekatan yang sesuai untuk dilaksanakan kepada murid yang berbeza budaya.  Memilih pendekatan yang sesuai untuk menghubungkan pengalaman murid- murid di rumah dengan di sekolah.

 Guru perlu meluangkan masa untuk terlibat dalam majlis komuniti supaya menunjukkan sokongan moral.  Mewujudkan

hubungan

dan

ikatan

yang

baik

dengan

murid

supaya

dapat

membangunkan komuniti yang boleh bekerja secara kolaboratif dan bertanggungjawab.

Pendekatan Dalam Pedagogi Relevan Budaya

Kontekstual Generatif

Metakognitif

Mediatif

Konteks Luar

Kajian Masa Depan

Direktif

Pendekatan Kolaboratif

Pendekatan Pedagogi Relevan Budaya

Pendekatan Koperatif

Related Documents


More Documents from "Lucky Pratama"