Implikasi Kepelbagaian Sosio- Budaya Murid Dan Guru

  • Uploaded by: Nurmaziah Mohd Alias
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Implikasi Kepelbagaian Sosio- Budaya Murid Dan Guru as PDF for free.

More details

  • Words: 1,903
  • Pages: 8
Loading documents preview...
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO- BUDAYA MURID DAN GURU TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.0 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya murid, khususnya ketika mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.1 Murid Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkah laku manusia. Kerap kali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkah laku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Antara perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkah laku murid ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudis terhadap bangsa lain. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira

anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk mesyarakat yang toleran ke arah memacu pembangunan negara. Penggunaan bahasa yang selaras harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, seberapa yang terdaya murid harus diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina. Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetulkan kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap

gurunya, dan keberkesanan

pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya. Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang. Komunikasi berkesan dapat dilahirkan melalui cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan, serta melalui pengunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya. Guru yang menggunakan kemahiran berkomunikasi sering menjana suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan cara pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran tertentu dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan. Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Guru mesti menggunakan komunikasi berkesan untuk menghasilkan motivasi yang berkesan. Guru diminta membiasakan diri dengan senyuman selain

kerap dan mudah memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya misalnya kelas yang lebih teratur, bersih dan kemas. Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mesti membentuk programprogram yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkah laku negatif. Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, di samping meningkat kecergasan mental, kreatif dan ininovatif dan bermatlamat. Guru diperlukan bagi membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru. Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti perasaan kasih sayang dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri mereka ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Guru boleh dapat mengurangkan kadar ponteng dan masalah disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar bilangan murid yang terlalu ramai dan tidak seimbang bukanlah ukuran subjektif bahawa kelas itu tidak dapat dibangunkan. Kecekapan yang ditunjukkan oleh bakal guru menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat di transformasikan

menjadi sebuah rumah yang menepati slogan ‘bilik

darjahku, rumahku’. Mungkin terdapat beberapa orang murid yang nakal di dalam setiap kelas, namun harus diingat bahawa bukan murid menjadi punca permasalahan. Kemahiran mengawal kelas sebaik sahaja guru memasuki kelas merupakan titik noktah penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid –murid yang menimbulkan punca permasalahan harus dikenalpasti, supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’. Guru mesti mencuba membantu menyelesaikan punca permasalahan dan meneruskan aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan murid sehingga mereka merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai sehingga mereka merasakan

mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana diri mereka tetapi kerana tingkah laku yang disenangi guru. Ketegasan terhadap disiplin murid perlu dilakukan dengan cara dan pendekatan berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan mendera tetapi lebih kepada pengajaran. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai murid sememangnya mengambil masa yang lama. Murid juga harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada masanya. 1.2 Guru Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional.Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas. Rohand Meighan (1986) menulis bahawa kelas sosial menggambarkan perbezaan caran hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Karl Marx berpendapat kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Terdapat lima kelas sosial yang boleh dibezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bawahan, pekerja dan bawah. Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tiada pinggiran ditunjukkan. Guru harus bijak dalam mengendalikan kelas sosial murid di mana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Melalui cara ini sebuah suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan.

Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai sikap, tingkah laku yang sesuai. Guru harus melayan keperluan murid ke arah perkembangan potensi secara optimum. Murid harus dibantu untuk memahami kekuatan dan dan kelemahan yang ada pada diri mereka. Setiap kelemahan perlulah diatasi dan kekuatan yang ada boleh digunakan untuk membantu murid lain yang memerlukannya. Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah melalui penganjuran kem motivasi dan sebagainya. Guru mesti membiasakan diri datang awal ke bilik darjah dan mempunyai amalan sentiasa menepati masa.Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid. Memulakan set induksi yang menarik dan aktiviti pembelajaran yang menghilangkan rasa kebosanan atau melakukan tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut. Guru tidak seharusnya melengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan akan hanya akan menamatkan pengajaran pada minit-minit akhir tempoh pengajaran. Masa pengajaran hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti yang dapat merangsangkan minda. Kata-kata motivasi dan penuh senyuman dan jenaka, pujian supaya suasana sentiasa ceria, di samping teguran berupa nasihat dan bukan leteran. Guru perlu menghormati murid

seperti orang lain, bersikap adil kepada

semua murid, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan

hubungan

guru dengan murid akan

renggang dan

menghilangkan minat untuk meneruskan pembelajaran. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman di kalangan murid.

Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid mereka. Guru harus mengurangkan bahasa dialek dan mengunakan bahasa yang rasmi untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid, tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana-mana jantina mesti dielakkan untuk memberi peluang yang sama pada setiap murid menerokai aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut. Guru mesti merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah yang menarik. Guru bukan sekadar mengambarkan sepintas lalu isi kandungan tetapi boleh menggerakkan murid memberi rumusan berdasarkan pengalaman pembelajaran tersebut. Rumusan boleh dibuat seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak, pantun, soal jawab dan main peranan. Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan pelbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa dijalankan.

Guru

yang

berwibawa

sentiasa

memikirkan

kaedah

bagi

mencapai

pengurusan yang cemerlang. Fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realisitik dan bijak dalam pengurusan masa. Guru yang berwawasan bertindak sebagai muallim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud ‘ Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan perkerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi). Untuk memastikan objektif-objektif tercapai, perancangan

guru yang rapi

meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Keutamaan diberikan kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. Guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir, kemahiran mengaplikasikan peralatan terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan di samping memilik wawasan yang jelas. Guru harus berkemampuan membuat pemantauan dan refleksi di atas kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping memilik sahsiah sebagai guru yang berteladan baik serta mematuhi Tonggak Dua Belas, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam serta etika kerja dalam Islam. Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada murid telah bertukar kepada guru sebagai pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran, ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian

pengajaran

dan

pembelajaran

menjadi

efektif,

menarik

dan

menyeronokkan. Guru adalah segala-galanya. Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia, permulaan latihan guru untuk guru pelatih yang berminat dalam profesion keguruan

dibuat dengan teliti. Pelatih harus terdiri daripada mereka yang berminat dan mempunyai sahsiah yang baik sahaja yang terpilih, langkah-langkah inovatif juga perlu dipergiatkan bagi menarik lebih ramai murid cemerlang menyertai profesion keguruan. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak dan patut menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru, pemantapan kebajikan dan kerjaya terus diperbaiki dan diberi penekanan.

Related Documents


More Documents from "pajim buang"