Kluster Dalam Pedagogi Masa Kini

  • Uploaded by: mohamad sholahuddin
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kluster Dalam Pedagogi Masa Kini as PDF for free.

More details

  • Words: 1,434
  • Pages: 5
Loading documents preview...
PEDAGOGI EDUD2093 Kerja 1:Kluster pedagogi masa kini Pensyarah: Baharuddin bin Hussin Kumpulan: PI 1 NAMA PELAJAR

NO IC

MOHAMAD SHOLAHUDDIN BIN JUSOH

910211115047

NURUL HANAN BINTI AZHAR

950123126164

SAIDATINA NUR AIN BINTI MOHD SALLEH

940624115480

Soalan: Dalam bentuk kerja kumpulan bertiga, anda diminta menjelaskan Kluster yang terbentuk dalam pedagogi masa kini. Bincangkan juga apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru berdasarkan kluster pedagogi klasik dan kontemporari.

Jawapan: 1. Kluster pedagogi masa kini Pedagogi ialah kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, pedagogi ialah seni pengajaran yang melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Pendekatan pedagogi pula merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, pemilihan pendekatan pedagogi amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini yang mengamalkan pembelajaran tanpa sempadan. Guru tidak boleh lagi memilih pendekatan pedagogi yang membosankan dan perlu melihat situasi semasa pelajar masa kini. Pembelajaran masa kini sudah tidak sama dengan cara pembelajaran masa lalu dari segi bahan, masa, cara dan juga peluang untuk belajar. Pembelajaran alam maya merupakan salah satu jenis pedagogi yang membezakan antara pedagogi lama dan baru, iaitu pembelajaran tanpa sempadan yang menghubungkan antara guru dan murid di seluruh dunia yang mana tidak boleh dilaksanakan pada masa dahulu. Oleh itu, boleh kita kategorikan jenis pedagogi masa kini kepada tiga kluster, iaitu Pedagogi Antik, Pedagogi Klasik, dan Pedagogi Kontemporari. Pedagogi Antik ialah jenis pendekatan daripada Greek purba, iaitu jenis pengajaran yang tidak menekankan kepada penglibatan dan kolaborasi antara guru dan murid. Guru hanya akan mengajar dan menerangkan sesuatu tajuk dan berkongsi pengetahuan mereka melalui satu hala sahaja. Guru tidak perlu membuat aktiviti-aktiviti yang boleh menarik minat pelajar kerana mereka hanya memberikan ilmu pengetahuan mereka kepada pelajar yang berminat sahaja. Pelajar pula perlu menerima segala maklumat dan ilmu pengetahuan yang diberikan kepada mereka walaupun proses pembelajaran itu membosankan dan tidak menarik. Selain itu juga, pedagogi antik juga boleh dikenalpasti melalui cara penyampaian maklumat, iaitu guru hanyalah berperanan sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai penerima maklumat. Menurut Paulo Freire, pedagogi antik boleh diumpamakan sebagai jenis perbankan, kerana ia memperlakukan murid seperti bekas kosong yang perlu diisi maklumat-maklumat di dalamnya. Maka, pendidikan seperti pengeluaran dan kemasukan

1

duit yang ditukar kepada pengeluaran dan kemasukan maklumat. Oleh itu, pedagogi antik ialah pedagogi tradisional yang sangat mundur dan tidak boleh dipakai oleh guru masa kini kerana ianya melihat murid sebagai penerima maklumat dan sekadar mengikut apa yang diajar oleh guru mereka. Manakala, pedagogi klasik pula adalah gabungan antara idea pedagogi pada zaman Greek purba dan juga disiplin ilmu pengajaran dan pembelajaran masa kini. Ianya bermaksud guru menjadi pembantu dan pemudah cara murid dalam menyemai ilmu pengetahuan mengikut kesesuaian dan kesediaaan murid tersebut. Guru juga mahir dalam menyusun langkahlangkah dan teknik pengajaran yang berkesan dan menarik selain mengatur strategi-strategi pembelajaran yang memerlukan kepada kesesuaian masa dan tempat. Dengan kata lain, guru pandai menyesuaikan diri dalam situasi-situasi yang akan datang dan bukan hanya mahir dalam mengajar sahaja. Pedagogi klasik ini juga memerlukan guru yang mahir dalam merangka bahan-bahan mengajar, menyediakan kerja berkumpulan yang sesuai bagi kerja dalam kumpulan yang kecil, atau memudahkan kerja bagi yang melibatkan kumpulan yang besar. Pedagogi klasik juga menjadikan murid sebagai pemikir yang kritis, ahli kumpulan yang berkolaborasi, perancang bagi setiap kerja projek dan seorang yang kreatif dalam menyumbangkan sesuatu idea. Oleh itu, pedagogi klasik boleh didefinisikan sebagai pedagogi yang membantu dan menggalakkan murid-murid menjadi pelajar yang lebih yakin terhadap diri mereka sendiri, lebih kritis dalam pemberian idea dan dapat membuat kerja secara kendiri. Jenis yang terakhir dalam kluster pedagogi masa kini adalah pedagogi kontemporari. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat, kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama (dengan seseorang atau sesuatu), (pada) masa kini: sandiwara yang mengambil perbahanannya daripada lembaran-lembaran sejarah yg penting dan beralih kepada penimbaan peristiwa-peristiwa semasa. Dari segi konteks pendidikan pula, kontemporari bermaksud keboleh keberadaan kita pada masa sekarang. Maka, pedagogi kontemporari boleh diklasifikasikan sebagai pedagogi yang sentiasa berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman. Pada masa kini, hubungan antara guru dan murid tidak lagi melalui komunikasi di dalam kelas, bahkan ianya menjangkau masa, tempat dan iklim. terkesan Kepesatan kecanggihan teknologi masa kini seperti penggunaan internet, penambahan alat-alat teknologi digital serta aplikasi-aplikasi yang merubah secara total suasana dan iklim pembelajaran di dalam dunia pendidikan. Pedagogi kontemporari memfokuskan kepada kemahiran pelajar dalam menyusun atur pembelajaran mereka tanpa bantuan dan arahan daripada guru mereka sendiri. Pelajar juga boleh memilih kurikulum, memilih kaedah pembelajaran dan masa serta tempat mereka belajar, manakala guru hanyalah sebagai pemudahcara dan penasihat bagi aktiviti-aktiviti dan pembelajaran pelajar. Oleh itu, dapat kita simpulkan di sini bahawa pedagogi kontemporari merupakan jenis pembelajaran yang memerlukan kepada usaha dan kemahiran pelajar itu sendiri, dan guru bukanlah lagi sebagai sumber utama ilmu pengetahuan untuk pelajar.

2

Kesimpulannya, pedagogi masa kini dapat dibahagikan kepada tiga kluster, iaitu pedagogi antik, pedagogi klasik dan pedagogi kontemporari. Pada era globalisasi ini, setiap guru perlu mengetahui ciri-ciri guru kontemporari sebagai panduan mengajar dan melaksanakannya di dalam dunia pendidikan masa kini.

2. Ciri-ciri guru berdasarkan kluster pedagogi klasik Antara ciri-ciri guru kluster klasik ialah guru itu mampu membantu pelajar sehingga mereka menjadi lebih berani dan mampu untuk berkendiri. Sebagai contoh, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditugaskan untuk membentangkan kerja mereka dihadapan pelajar lain. Dengan ini, pelajar akan menjadi lebih berani berhadapan dengan orang ramai dan mampu untuk mengawal atau membimbing ahli kumpulan mereka dan membuat sesuatu keputusan. Ciri kedua yang perlu ada pada seorang guru kluster klasik ialah guru yang membantu pelajar sehingga pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir aras tinggi dan memberi pendapat secara kritis dan bernas. Ciri ini dapat dilihat apabila guru meminta pelajar memberi pendapat mereka didalam kelas menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan menanyakan soalan-soalan yang menggunakan kaedah mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Soalan-soalan ini dapat menjadikan pelajar lebih berfikiran kritis dan dapat mengeluarkan pelbagai jenis pendapat yang berbeza dari sisi pandangan mereka. Seterusnya, ciri-ciri guru kluster klasik ialah memberi peluang kepada pelajar untuk membuat pilihan. Contohnya, guru memberi arahan kepada pelajar untuk melakukan sesuatu aktiviti secara berkumpulan samaada dalam kumpulan kecil atau besar atau secara individu dan pelajar sendiri yang menyelesaikan masalah yang ada dan guru hanyalah sebagai pembimbing atau pembantu mereka sahaja. Dan ciri yang terakhir yang perlu ada pada guru kluster klasik ialah guru menyediakan bahan mengajar kepada pelajar seperti nota, kertas latihan dan sebagainya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga menggunakan papan putih dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seperti melukis peta I-think pada papan putih dan pelajar perlu melengkapkan peta I-think tersebut menggunakan fakta-fakta atau isi-isi pengajaran yang diajar di dalam bilik darjah.

3. Ciri-ciri guru berdasarkan kluster pedagogi kontemporari.

3

Antara ciri-ciri guru kluster kontemporari ialah guru membantu pelajar untuk menjadi seorang yang boleh membuat sesuatu keputusan dan perbincangan dengan sendiri tanpa bantuan guru mereka. Sebagai contoh, apabila diberi tugasan pembentangan secara berkumpulan, pelajar dapat membuat keputusan dengan cara mengagihkan tugasan dan berbincang sesama mereka. Secara tidak langsung, guru dapat menerapkan nilai pengurusan diri dalam pembelajaran berdasarkan keputusan yang mereka buat. Selain itu, ciri kedua yang perlu ada pada seorang guru kluster kontemporari ialah guru sebagai panduan atau pembimbing kepada pelajar. Ciri ini dapat dilihat melalui cara guru memudahkan pelajar menggunakan media massa yang terkini dan sesuai dengan arus zaman mereka seperti twitter, facebook, instagram, whatsapp dan telegram untuk memberi tugasan pembelajaran kepada mereka tanpa perlu berada di dalam bilik darjah. Oleh itu, proses pembelajaran boleh berlaku di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sahaja. Seterusnya, ciri guru kluster kontemporari ialah guru boleh melatih pelajar yang boleh memberi pendapat secara kritis dan menghasilkan sesuatu tugasan dengan menggunakan media massa terkini. Antara contohnya, pelajar mampu mengkritik hasil sedia ada untuk menghasilkan produk yang lebih baik. Pelajar juga dapat mengembangkan kemahiran dengan menghasilkan filem, video, audio dan gambar menggunakan pengetahuan dan kemahiran tersendiri. Ciri yang keempat yang perlu ada pada seorang guru kluster kontemporari ialah memberi dorongan kepada pelajar untuk menjadi seorang yang kreatif dalam mereka cipta dan menghasilkan sesuatu tugasan. Contohnya, pelajar mempersembahkan hasil pembentangan mereka melalui rakaman video, audio atau gambar digital mengikut kreativiti masingmasing. Ciri yang terakhir perlu ada pada seorang guru kluster kontemporari ialah guru mampu melahirkan pelajar yang berglobalisasi. Guru membantu pelajar mengembangkan bakat dan potensi mereka secara individu untuk mengasah daya fikiran secara kreatif dan kritis dalam pembelajaran menggunakan aplikasi berbentuk digital melalui media massa. Seterusnya, pelajar dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran mereka kepada seluruh pelajar di dunia tanpa sempadan ini.

4

Related Documents


More Documents from ""

Sangkuriang
February 2021 1
Buku Teks Fizik T4 Kssm.pdf
February 2021 3
Doc-20190410-wa0150.pdf
February 2021 1
Pengkelasan Bahan
February 2021 1