Perancangan Awal Proses Temu Bual

  • Uploaded by: Roazmi Mohamad
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perancangan Awal Proses Temu Bual as PDF for free.

More details

  • Words: 748
  • Pages: 5
Loading documents preview...
Perancangan Awal Proses Temu bual - Perlu dirancang dengan teliti supaya proses yang terlibat dapat dilaksanakan dengan lancar. - Antara aspek yang perlu ditekankan: - Persediaan untuk menemu bual -Memohon dan mendapatkan izin untuk menjalankan temu bual A) Persediaan untuk menemu bual - Terdapat dua aspek penting yang memerlukan keprihatinan penyelidik yang menggunakan temu bual sebagai kaedah pengumpulan data: a) Mengenal pasti individu untuk ditemu bual - Berdasarkan criteria pensampelan yang dibuat diperingkat perancangan dan mereka bentuk penyelidikan, faktor yang diambil kira apabila membuat keputusan tentang sampel yang akan diselidik ialah umur, jantina, ras, latar belakang pendidikan serta status sosioekonomi keluarga dan responden. - Penyelidik juga boleh menggunakan khidmat “ Orang lain” yang lebih arif tentang calon responden untuk ditemu bual. - Maksud “Orang lain” ini seperti : *Guru besar / Nazir sekolah : untuk temubual guru di bawah pengawasan beliau *Guru kelas / Ibu bapa : untuk temubual pelajar - Khidmat “Orang lain” ini boleh membantu mengurangkan kebarangkalian terpilihnya calon yang “sukar” atau kurang sesuai, yakni yang tidak mahu ataupun tidak mampu bekerjasama dengan penyelidik. b) Menyediakan protocol temu bual - Dibahagikan kepada tiga peringkat: 1) Membina soalan temu bual - Memastikan soalan yang diajukan kepada responden dapat menjawab persoalan penyelidikan. - Menjangka soalan susulan yang boleh dikemukakan secara spontan ketika menemu bual. - Menurut Robson (2002), soalan temubual seharusnya tidak: * terlalu panjang * mengandungi dwimakna * soalan berpandu (leading questions)

* berat sebelah * mengandungi istilah khas atau perkataan yang tidak difahami responden

2) Mengatur soalan temu bual - Merupakan satu proses penting yang akan menggalakkan respons yang lebih berkesan. - Soalan awalan (ice breaker) perlu untuk memastikan responden penyelidikan berasa lebih selesa dan hilang rasa takut, malu atau risau - Soalan yang diajukan – soalan mudah kepada soalan yang lebih mencabar - Soalan penutup – supaya responden merasakan temu bual yang telah dilalui telah sampai ke penghujung. 3) Menguji-rintis soalan temu bual Penting kerana: a) Penyelidik dapat mengenal pasti soalan-soalan yang baik dan kurang baik serta dapat membaiki soalan, jika wujud keperluan. b) Penyelidik dapat melatih diri dengan selok-belok dan kemahiran menemu bual supaya akan kelihatan lebih bersedia ketika temu bual yang sebenar kelak. c) Ujian rintis membenarkan penyelidik menganggar jangka masa yang diperlukan untuk setiap sesi temu bual. d) Memberi peluang kepada penyelidik untuk menyemaksemua arahan dan soalan sebelum pengumpulan data yang sebenar dijalankan. B) Memohon dan mendapatkan izin untuk menjalankan temu bual - Minta izin dari pihak tertentu (mereka yang berkuasa) sebelum memulakan proses pengumpulan data. - Tanpa kebenaran, akan didakwa tidak beretika, dapatan yang diperoleh juga boleh dipertikaikan kesahihannya. - Langkah-langkah yang perlu diambil oleh penyelidik untuk mendapatkan keizinan sebelum memulakan proses pengumpulan data: a) Mendapatkan keizinan untuk menjalankan temu bual di sekolah - Dibahagikan kepada tiga fasa: 1) Fasa pertama – melibatkan proses mendapatkan persetujuan secara lisan daripada penjaga utama sekolah, iaitu Pengetua atau Guru Besar. 2) Fasa kedua - melibatkan keizinan untuk menjalankan penyelidikan di sekolah dan mewajibkan penyelidik memohon kebenaran daripada pihak KPM melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD). 3) Fasa ketiga - Pengetua akan membenarkan penyelidik berurus terus dengan guru kelas untuk mendapatkan cadangan pemilihan responden yang terpilih dan bila mereka boleh ditemu bual.

Carta aliran untuk memohon kebenaran menjalankan temu bual di sekolah FASA 1: MENDAPATKAN PERSETUJUAN SECARA LISAN Mengenal pasti sekolah berdasarkan sampel penyelidikan

Membuat temu janji dengan pengetua

Bertemu pengetua

Mendapatkan persetujuan secara verbal FASA 2: MENDAPATKAN PERSETUJUAN SECARA FORMAL Mendapatkan kebenaran EPRD

Mendapatkan kebenaran daripada jabatan pendidikan negeri FASA 3: MEMASUKI SEKOLAH Memohon kebenaran daripada pengetua (untuk mendapatkan akses kepada guru dan fasiliti)

Mendapatkan kebenaran daripada guru kelas (untuk mendapatkan akses kepada pelajar dan kelas)

Temu bual dengan pelajar

Proses untuk penyelidik luar Negara mendapatkan kebenaran menjalankan penyelidikan di sekolah

Memohon kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Mendapatkan Kebenaran EPRD Surat kelulusan daripada EPU dengan pemberian Tag Pengenalan Penyelidik

Mendapatkan kebenaran daripada Jabatan pendidikan negeri

Temu janji dengan pengetua sekolah

Penjadualan untuk menjalankan penyelidikan

Pengumpulan data

b) Mendapatkan keizinan menjalankan temu bual di luar sekolah - Temu bual dengan pelajar sekolah atau kanak-kanak di luar kawasan sekolah pula boleh dijalankan di mana-mana tempat yang dipersetujui oleh penyelidik dan ibubapa atau penjaga pelajar tersebut. - Contohnya: Di rumah responden penyelidikan, rumah penyelidik atau tempat-tempat awam seperti di restoran, ruang legar pusat membeli-belah dan perhentian bas.

Proses mengenal pasti pelajar sekolah sebagai responden untuk temu bual di luar sekolah Mengenal pasti responden Menghantar surat jemputan menyertai penyelidikan Menghubungi ibu bapa atau penjaga untuk mendapatkan kebenaran bertulis Membuat temu janji untuk temu bual Temu bual

Related Documents

Proses Kellogg
February 2021 1
Proses Penyulingan
January 2021 1
Proses Pembelajaran
March 2021 0
Proses Pirolisis
January 2021 1

More Documents from "dianmaesita"