Peranan & Implikasi Sosiobudaya Di Malaysia

  • Uploaded by: Aris Jamaludin
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peranan & Implikasi Sosiobudaya Di Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 1,251
  • Pages: 28
Loading documents preview...
PERANAN & IMPLIKASI SOSIOBUDAYA DI MALAYSIA BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDUP 3073 DIN & ARIS EN. AZLAN B. LIN

PENGENALAN • Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya menjadikan keunikan. • Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat. • Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberikan kesan langsung kepada perkembangan sistem pendidikan dan kepada suasana pembelajaran.

PERANAN & IMPLIKASI SOSIOBUDAYA DI MALAYSIA

MURID

GURU

GURU • Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang berkenaan. • Guru harus mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu dalam satu kumpulan sahaja.

• Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas.

• Menurut Rohand Meighan (1986), Kelas Sosial mengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. • Karl Marx menyatakan Kelas Sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama dengan punca-punca pengeluaran

5 KELAS SOSIAL

i. Golongan Atasan ii. Pertengahan Atasan

iii. Pertengahan Bawahan iv. v.

Pekerja

Golongan Bawahan

• Perbezaan kelas sosial yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. • Keadaan ini menjamin semua murid akan berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas. • Kebijaksaan guru mengendalikan kelas sosial akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat.

• Guru harus berusaha untuk menolong murid memahami dan membentuk nilai, sikap serta tingkah laku yang sesuai. • Guru perlu melayan keperluan murid ke memperkembang potensi mereka secara optimum.

arah

• Guru mesti menolong murid membentuk Konsep Kendiri Positif supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan perasaan yang seronok.

• Guru juga perlu memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik murid yang lemah melalui penganjuran kem-kem motivasi dan sebagainya. • Guru mesti mengamalkan ketepatan masa.

• Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid (Mixed-Ability Students).

• Masa pengajaran dapat digunakan semaksimumnya untuk melakukan banyak aktiviti yang merangsangkan minda. • Ini boleh dilakukan dengan menggunakan kata-kata bermotivasi dan penuh dengan senyuman dan jenaka (Sense Humour). • Guru juga perlu menghormati murid-murid, bersikap adil, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan murid dengan guru akan renggang serta memberi teguran umum berbentuk nasihat tetapi bukan leteran.

• Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat kemungkinan berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dalam kalangan murid. • Guru perlu bertanggungjawab untuk membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai Sosio-Budaya.

• Dari aspek kepercayaan, guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid mereka. • Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum mestilah menggunakan pelbagai dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada pembelajaran. • Penggunaan bahasa yang Standard akan memberi peluang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti Pembelajaran.

• Jantina yang berbeza juga akan memberikan kesan kepada aktiviti pembelajaran. • Guru seharusnya merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid tanpa mengira jantina.

• Guru harus boleh menggerakkan murid untuk memberi rumusan berdasar pengalaman pembelajaran tersebut. • Rumusan boleh dipindah dalam pelbagai bentuk seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak, pantun, soal jawab dan main peranan.

• Tugasan yang disediakan kepada murid adalah pemulihan dan pengukuhan, bergantung kepada hasil pembelajaran. • Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta mengemuka pandangan serta cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah

• Antara perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistik dan bijak dalam pengurusan masa. • Keutamaan diberikan kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi.

• Guru yang berwawasan bertindak sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh sewaktu melaksanakan tugas. • Sabda Nabi Muhammad, ‘Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi).

• guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan itu.

• guru perlu memahami, memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

• Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan murid telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. • Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia, permulaan latihan untuk guru pelatih yang berminat dalam profesion keguruan dibuat dengan teliti.

• Langkah-langkah inovatif juga akan dipergiatkan bagi menarik lebih ramai orang menyertai profesion keguruan. • Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. • Skim perkhidmatan guru akan terus diperbaiki bermula daripada pengambilan, latihan dan penempatan bagi memastikan guru-guru berpeluang menikmati skim yang setara atau lebih baik daripada skim perkhidmatan lain.

MURID

• Murid ialah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. • Guru perlu menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah, • Penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan Budaya murid. • Proses Sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.

• Pengurusan hal-ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang bercakap bahasa lembut, menegur dan membetul kesilapan dengan cara berhemah, • menggunakan segala sifat akan mempercepat proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya.

• Kemahiran Komunikasi memainkan peranan ke arah pembentukan Budaya penyayang. • Guru harus meghadiahkan senyuman, memberikan penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang baik daripada sebelum. • Sekeping kertas berbentuk penghargaan, sebatang pen, dll sebagai tanda penghargaan sudah menunjukkan keikhlasan guru bagi meningkatkan prestasi murid dalam bilik darjah.

• Murid terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. • Guru mesti membentuk program yang bertujuan untuk membangunkan murid dengan peraturan yang jelas, bagi mengurang segala tingkah laku negatif. • Guru harus mengelak diri daripada menggunakan pendekatan yang bertentangan dengan norma kemanusiaan yang menghalang murid menghargai pertumbuhan dan kemahiran diri.

• Murid juga suka akan budaya belajar ceria, menyeronokkan serta meningkatkan kecergasan mental, kreatif, inovatif, penyertaan yang aktif, pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat. • Guru perlu membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru. • Murid yang sentiasa mendapat dorongan serta bimbingan guru dapat mengembangkan potensi mereka ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti.

• Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. • Dengan ini, guru dapat mengurangkan kadar ponteng dan permasalahan disiplin melalui pengurusan bilik darjah berkesan. • Kadar bilangan murid yang terlalu banyak dalam seebuah bilik darjah bukan satu ukuran yang subjektif untuk dibuat kesimpulan bahawa kelas tersebut tidak dapat dibangunkan. • Keadaan ini merupakan satu cabaran kepada guru bagi menjayakan visi dan misi sekolah.

• Kecekapan yang ditunjukkan guru bakal menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat ditransformasikan menjadi sebuah rumah yang menepati slogan, ‘bilik darjahku, rumahku’. • Kemahiran mengawal kelas apabila guru melangkah masuk ke kelas tersebut menjadi penting kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan pengajaran serta pembelajaran dengan berkesan.

• Murid-murid yang menimbulkan masalah dalam kelas harus dikenal pasti. • Ketegasan terhadap disiplin murid ketika pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan pendekatan berhemah.

• Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai murid kadang kala mengambil masa yang agak lama. • Apabila berlaku perubahan ke arah kebaikan, berilah pengiktirafan dan penghargaan terima kasih.

SEKIAN

Related Documents


More Documents from "anbarasi89"